Rabu, 24 Ogos 2011

Tukar Tiub

Tukar Tiub


JANGAN MAKAN HASIL LENDIR ORANG

Posted: 24 Aug 2011 07:12 PM PDT




SIAPA MENGARAP DIA MENUAI




GALAK PETANI USAHA LADANG KONTRAK :NOH OMAR - meloya

TANJONG KARANG 24 Ogos - Para petani digalakkan menyertai program ladang kontrak kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang turut menyediakan pasaran bagi produk tanaman mereka.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar berkata, melalui program itu, mereka juga boleh mendapatkan pembiayaan mikro kredit dengan dana sebanyak RM4 juta yang sebelum ini disalurkan melalui Agrobank.

"Melalui dana tersebut para petani boleh mendapatkan pinjaman maksimum RM50,000 bagi mengusahakan ladang kontrak di kawasan masing-masing dan proses kutipan pembayaran balik akan dikendalikan oleh FAMA.

''Konsep ladang kontrak ini mempunyai prospek yang baik dari segi pemasarannya," katanya.

Noh berkata, bagi memastikan projek ladang kontrak tidak mengalami kerugian, FAMA akan membantu dari segi pemasaran produk selain menggalakkan para petani mengusahakan ladang secara berkelompok.

Terdahulu, pada majlis tersebut, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menyampaikan wang pendahuluan sebanyak RM1,500 setiap seorang bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 96 pelajar dari seluruh kawasan Tanjong Karang.

NOTA:
fahami berita ini
lihat bagaimana gerombolan ingin membebankan
kaum tani dengan hutang

felda hutang
ptptn hutang
sekarang nak berkebun juga hutang

kenapa kaum tani ini tidak diberikan tanah
kenapa mereka perlu diikat dengan hutang
hutang ini akan mengkayakan bank
hutang ini akan mengikat kaum tani ini
hutang ini kan memastikan kaum tani ini tunduk pada gerombolan

dalam sistem ini yang kaya raya ialah birokrat fama
ini sama konsepnya dengan birokrat felda
lihat berapa kali peneroka menang dimahkamah
selama ini felda rendahkan grade minyak mereka
sengaja beli sawit dengan harga murah

para birokrat felda dan fama
tak sehari pun turun bertani
tapi bergaji lumayan

yang gaji kuli batak kaum tani
yang berpanas berhujan kaum tani

ini lah contoh ketuanan melayu
inilah contoh melayu tipu melayu!


NOTA:
tanah untuk petani yang tidak bertanah
tanah untuk yang menggarap
siapa mengharap dialah makan

jangan makan atas titik peloh orang lain
siapa bekerja dia yang makan
siapa menanam dia menuai

MINTA BANTUAN DARI PEMBACA

Posted: 24 Aug 2011 01:59 PM PDT




SAFIAN MENUNGGU RAWATAN





MEMINTA BANTUAN PEMBACA

Adik Safiah Mardhiah, 5 tahun akan menjalani pembedahan 'open heart surgery' bagi menutup lubang pada jantungnya. Dia merupakan anak kepada salah seorang aktivis Anwar Ibrahim Club (AIC) dan anggota Angkatan Muda KeADILan, Mohd Zulfadzli Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Zul Bumilangit.

Ini adalah pembedahan kedua setelah prosedur pertama pada disember 2010 menggunakan tiub TEE gagal kerana diameter lubang yang terlalu besar. Pembedahan kedua ini lebih berisiko kerana melibatkan tulang dadanya dibelah untuk mengeluarkan jantung.

Untuk pengetahuan, semua kos perubatan dan pembedahan ini tidak ditanggung oleh pihak insuran kerana ia dikira kecacatan sejak lahir. Dalam pembedahan kali kedua ini akan dijalankan di Institut Jantung Negara pada hari raya ke 10 (10 September 2011) dan dijangka menelan kos sebanyak RM25,000 yang mana sebahagian daripadanya ditanggung pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain itu, isteri beliau terpaksa berhenti kerja untuk penjagaan pos surgeri yang mengambil masa sekitar 2 - 3 bulan sebelum Safiah boleh ke sekolah semula.

Harapnya, disebalik kemeriahan kita menyambut hari raya, ada yang sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban, apatah lagi pada bulan Ramadhan ni.

Sumbangan boleh disambungkan terus kepada Mohd Zulfadzli (Maybank) 162209905368

atau hubungi beliau di 0192717548 atau melalui emel di

mohdzulfadzli.abdulhalim@malaysiaairlines.com atau jonbuobage@yahoo.com

Kes adik Safiah Mardhiah boleh dirujuk di IJN melalui no MRN: 215319

WILLIAM LEMBING BERGOYANG

Posted: 24 Aug 2011 12:47 PM PDT




MAMAT LEMBING BERGOYANG







HISHAMUDDIN TERIMA UGUTAN , PELURU HIDUP
- meloya

Hishammuddin Hussein mengesahkan beliau menerima dua butir peluru hidup dalam sepucuk surat yang diposkan ke pejabatnya di Putrajaya kira-kira pukul 2 petang hari ini.

Beliau berkata, surat yang turut mengandungi nota ugutan tulisan tangan itu dialamatkan kepadanya dan diterima oleh kerani kepada Pegawai Khasnya, Wan Najmuddin Mohd.

"Dalam surat yang di pos ke pejabat saya itu, di dalamnya terdapat sebuah buku yang di tengahnya ditebuk dan diletakkan dua butir peluru hidup beserta nota ugutan.

"Peluru hidup itu akan saya hantar ke Jabatan Forensik untuk disiasat dan mengenai surat ugutan dan kandungannya, saya serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat," katanya pada sidang akhbar sebelum majlis berbuka puasa anjuran Parlimen Lembah Pantai di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, tindakan tersebut merupakan perbuatan orang tertekan dan terdesak.

"Bagi saya, ia perkara biasa dan saya sedikit pun tidak akan gentar dan akan terus bersemangat untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepada saya," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH




SANDIWARA


Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Sandiwara disebut juga drama, adalah sebuah pertunjukan pentasan sebuah cerita atau disebut pula lakon dalam bahasa Jawa. Sebuah sandiwara bisa berdasarkan skenario atau tidak. Apabila tidak, maka semuanya dipentaskan secara spontan dengan banyak improvisasi.

Secara umum istilah "sandiwara" dalam bahasa Indonesia diartikan sama dengan drama. Akan tetapi secara khusus istilah sandiwara mengacu kepada kesenian pertunjukan teater drama tradisional rakyat Indonesia, khususnya di daerah Jawa Barat. Kelompok Sandiwara Sunda atau Sandiwara Indramayu dapat ditemukan di Jawa Barat (terutama sekitar Cirebon danIndramayu) dan Jakarta, salah satunya yang terkenal adalah kelompok Sandiwara Sunda Miss Tjitjih di daerah di Cempaka Baru Timur, Jakarta Pusat. Kisah sandiwara ini dapat bersifat percintaan, komedi, horor, tragedi, atau kisah roman sejarah.

APA AKAN TERJADI PADA 7 SEPTEMBER NANTI?

Posted: 24 Aug 2011 12:21 PM PDT




KITA TUNGGU 14 HARI




nota:

kita sabar dan tunngu
hari ini 24 ogos
kaklau 14 hari lagi
maka hari itu ialah

7 september

apa yang akan berlaku
pada 7 september nanti?
sama sama kita tunggu


PAS: DAFTAR PEMILIH KOTOR UNTUK TUMBANGKAMN SELANGOR - malaysiakini

Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa pihaknya mempunyai "daftar pemilih kotor" yang didakwa boleh menumbangkan kerajaan negeri Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Mohd Adram Musa berkata pihaknya mempunyai data seramai "puluhan ribu" yang didakwa "pengundi klon".

"Apa yang kami ada, daftar pemilih kotor yang sudah cukup untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor.

"Adakah ini kerja-kerja seperti mana yang disebut oleh perdana menteri yang berkata melakukan apa sahaja untuk mengambil balik Selangor?

"Apa yang kami ada, sudah cukup (untuk) menjatuhkan kerajaan Selangor," katanya.

Menurutnya lagi, berdasarkan analisis pihaknya jumlah pengundi klon itu, membolehkan BN merampas sekurang-kurang sepuluh kerusi DUN di negeri itu.

Sehubungan itu, beliau mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Pendaftaran Negera menjelaskan jumlah pengundi dari daftar pemilih yang telah digugurkan dan yang akan digugurkan.

Pihaknya memberi masa 14 hari kepada kedua-dua pihak tersebut untuk membuat penjelasan.

NOTA:
semua sudah jelas
semua telah dibuktikan

undi pos undi tipu
mat indon
mat bangla
dijadikan pengundi

beri 14 hari?

lepas 14 hari berlalu apa jadi

orang ramai sudah bosan
dulu ada amaran:
ada 7 hari
ada 9 hari
ada 3 hari

tapi hari berlalu tak ada apa apa
satu habuk taraak
tolong jangan tipu rakyat

tolong jangan jadi nato
nato: no action talk only

nota:
di libya nato tak cakap banyak
dia bom gadaffi

nota:
tolong jangan keraskan
tapi tak pancut pancut
kah kah kah

HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB

Posted: 23 Aug 2011 11:36 PM PDT




KONTRADIKSI NAJIB DAN MUHYIDDIN


Lapan tuntuan Bersih masih menunggu jawapan. Satu demi satu bahan bukti tentang penyelewengan dipaparkan kepada umum. Satu demi satu penipuan di buktikan kepada khalayak umum. Semua ini adalah hasil politik jalan raya. Inilah buktinya bahawa politik jalan raya berjaya membawa perubahan. Tunjuk perasaan 9 Julai 2011 dahulu adalah satu dialektika yang telah mengubah lanskap politik negara kita.

Dialektika iailah hukum semula jadi alam ini. Hukum alam ini lahir dari kontradiksi. Kontradiksi ini wujud disekeliling kita. Semua wujudiah dihadapan mata kita ini wujud dengan kontradiksi. Hanya kita kurang sedar akan kewujudan kontradiksi ini. Ini kerana kontradiksi tidak dapat dipegang atau dilihat tetapi boleh dianalisa untuk difahami. Tidak memahami kontradiksi bermakna tidak memahami bagaimana dunia dan alam ini bergerak.

Apabila dua pekara berkontradiksi/bertentangan maka akan muncul satu pekara yang baru. Pertentangan dua pekara ini pasti akan melahirkan satu yang baru. Apabila air dimasak - api berkontradiksi dengan air - maka wap akan lahir. Wap adalah pekara yang baru yang dimaksudkan itu. Apabila orang ramai turun ke jalan raya maka berlaku bertentangan antara para demonstran di jalan raya dengan elit politik yang berkuasa. Tidak dapat tidak akan lahir sesuatu yang baru.

Hukum ini lahir semenjak alam bermula. Kita sebagai makhluk yang befikir boleh menggunakan akal dan fikrah untuk memahami hukum hukum dan kontradiksi ini. Mengenal dialektik dan kontradiksi amat penting untu memahami politik negara. Tanpa pemahaman kosep dan falsafah kontradiksi ini maka semua pemahaman politik akan salah. Ini sama juga seperti memganalisa politik tanpa memahami kelas.

Apa sangkut paut dialektik dan kontradiski dengan 8 tuntutan Bersih? Jawabnya –tunjuk perasaan Bersih 2.0 telah menajamkan pelbagai kontradisksi-kontradiksi kecil yang sedia wujud .

Sebelum berpanjangan biar saya terangkan disini tentang peranan tunjuk perasaan. Adalah salah jika kita berpendapat bahawa tunjukan perasaan telah menjatuhkan Sukarno, Raja Iran, atau Mubarak di Mesir. Ini tidak betul. Tidak ada kerajaan jatuh kerana tunjukan perasaan. Ahmad Reza Pahlevi di Tehran jatuh bukan kerana tunjuk perasaan. Mubarak di Khaerah jatuh bukan kerana tunjuk perasaan. First Lady Leila Trebelsi bersama Ben Ali lari dengan 1 tan jongkong emas ke Saudi Arabia bukan kerana tunjuk perasaan.

Kalau bukan kerana tunjuk perasaan kerana apa rejim-rejim ini runtuh?

Tunjuk perasaan itu hanyalah alat politik yang paling ampoh untuk melahir satu kontradiksi dikalangan elit pemerentah. Untuk memahami ini mari kita lihat apa yang terjadi sebelum, ketika dan sesudah 9 Julai yang lalu. Dengan melihat dan memahami 9 Julai diharapkan para pembaca akan dapat memahami apa itu kontradiksi dan apa itu dailektika.

Apabila orang ramai mula turun ke jalan raya apa yang berlalu ialah kontradiksi bertambah tajam. Ertinya berlaku pertentagan anatara dua pihak – rakyat dengan United Malay National Organisation – semakin tajam. Suasana ini adalah dialektika yang baik dalam perjuangan politik.

Pada 9 Julai lalu, Najib Razak yang mewakili United Malay National Organisation kini berhadapan dengan ujian dan dugaan dari rakyat. Umum mengetahu bahawa Najib menjadi Presiden United Malay National Organisation bukan melalui pertandingan. Najib tidak pernah bertempur dalam politik. Najib menyelit-nyelit dan menyeludup ke kerusi Presiden party. Ini di ketahui umum. Malah Najib juga dianggap seorang yang penakut. Najib takut bertempur dalam politik. Ini ditambah pula dengan riwayat Najib takut kepada bini. Dalam Malaysia ini hanya orang mati dan bayi yang belum lahir saja yang tidak pernah mendengar Tok Perawi Politik bersurah-surah tentang Najib yang takut dengan bininya.

Justeru , tunjuk perasaan Bersih 9 Julai dahulu telah menterbaraikan kain lampin Najib. Dia bukan saja dilihat penakut malah dilihat tidak memiliki ketrampilan sebagai pemimpin. Najib telah berdulak dalik. Kalau Dolah Badawi dahulu selalu berdulak dalik dalam tidor. Ini boleh juga diamponkan kerana Dolah dianggap mengigau. Najib tidak tidur- matanya buntang berjaga. Tetapi Najib ini lebih manai dari Dolah. Orang Terengganu kata Najib ini klik klok. Orang Puteh kata Najib ini flip-flop. Dalam dunia siber Najib ini dikatakan menjadi mangsa Kang Kang.

Najib yang lembik ini telah melahirkan dialektika politik yang baru didalam United Malay National Organsiation. Kontradiksi-kontradiksi kecil didalam parti ini menjadi besar dan bertambah tajam. Umum mengetahui tentang Muhyiddin Yassin yang memiliki cita-cita untuk duduk di kerusi Presiden party. Ini bukan dongeng. Ini realpolitik. Politik jalan raya 9 Julai dahulu telah menajamkan lagi kontradikssi antara Najib dengan Muhyiddin.

Najib yang berdulak dalik telah menjadi bahan ketawa bukan hanya di kalangan warga Pakatan Rakyat malah penyokong Barisan Nasional juga turut sakit kepala kerana ketawa melihat Najib yang berdulak dalik. Kerana itu, sesudah 9 Julai selain dari manusia yang bernama Ambiga dan Mat Sabu – sosok yang paling gumbira sekali ialah Muhyiddin Yassin. Ini kerana 9 Julai telah memperlekehkan kepimpinan Najib. Dalam congak politik Muhyiddin semuanya amat enteng. Apabila Najib lekeh maka yng unggul dan memiliki ketrampilan pastilah dirinya.

Kontradiksi didalam United Malay National Organisation semakin meruncing. Perbalahan antara mereka sesama sendiri semakin dilihat jelas oleh umum. Najib sesudah 9 Julai kelihatan lebih terpinggir. Kontradiksi ini telah menjemput sosok-sosok yang telah diketepikan atau dinafikan projek oleh Najib menjadi berani untuk bersuara. Mereka mula berkumpul di bawah payung Muhyiddin. Semua ini tidak akan berlaku jika tidak ada politik jalan raya 9 Julai dahulu.

Malah Lebai Desas bin Haji Desus telah mula berkata bahawa ketika Najib Razak terbaring di hospital kerana sakit lutut satu delegasi dari kumpulan Yang Berhormat telah datang menemui Najib dan meminta Najib berundur. Ini hanya desas desus. Berita ini tidak ada kesahehan sehingga satu kenyataan dari Aziz Shamsuddin keluar. Sosok ini ialah bekas orang kuat dan kaki pukul Mahathir Muhamad. Aziz telah menafikan berita dari Lebai Desas bin Haji Desus. Di Malaysia ini - penafian ini telah membuktikan kesahehan berita.

Apa yang saya gambarkan disini ialah politik jalan raya dan tunjuk perasaan telah melahirkan kontradiksi dikalangan elit politik. Lebih lama demonstrasi berlaku lebih tajam kontradiksi yang akan mucul dikalangan elit politik, elit ekonomi dan elit tentera. Apabila orang ramai semakin berani bersuara dan anak anak muda terus keluar ke jalan raya maka semua ini akan menjadi tekanan kepada elit politik. Tekanan ini menjadi kontradiski. Kontradiksi ini akan pecah apabila elit politik akan mula tuduh menuduh sesama sendiri.

Sesudah 9 Julai kita lihat bagaimana Tengku Razaleigh, Khairy Jamaluddin dan Saifuddin Abdullah memiliki pandangan yang berbeza dari Najib. Kita juga lihat bagaimana Muhyiddin sendiri tidak berkata apa apa tentang Bersih. Tuduh menuduh ini semakin kalut apabila Hishamudin Hussein mengeluarkan kenyataan bahawa kuasa telah diberikan kepada pihak polis untuk menangani dengan cara polis. Hishamudin kemudian diikuti pula oleh sepupunya. Satu minggu sebelum 9 Julai kelihatan Malaysia telah menjadi negara anak bini dan sepupu.

Kontradiksi yang dibawa oleh tunjuk perasaan 9 Julai semakin tajam. Anak anak muda dari semua bangsa telah tidak ambil pot dengan kenyataan Ketua Polis Negara. Anak anak muda juga tidak ambil pusing dengan kenyataan sepupu Najib, Menteri Dalam Negeri. Kenyataan dari Najib sendiri memang tak ada sesipa yang ambil peduli. Hanya Rosmah Mansor sahaja yang tidak bersuara. Mungkin sang Rosmah sedang sibuk menjual nasi lemak untuk menyimpan duit agar dapat membeli sebentuk lagi cicin berlian.

Kontradiksi/pertentangan antara Najib dengan Muhyiddin ini akan terus menajam. Untuk memperkuatkan diri Najib telah cuba memperbaiki imejnya. Najib telah mencadangkan penubuhan satu Jawatan Kuasa Parlimen untuk memperbaiki sistem pilihanraya. Pada awalnya langkah Najib ini dilihat cukup positif. Tetapi seperti biasa Najib telah klik klok – berdulak dalik. Najib berkata jawatankuasa ini tidak ada sangkut paut dengan pilihanraya yang boleh diadakan bila-bila masa sahaja. Kelihatan apa shaja yang dilakukan oleh Najib telah membawa 'sial' kepada dirinya sendiri.

Najib mahu mengadakan pilihanraya secepat mungkin. Lebih lama piliharaya ditangguhkan lebih bogel dirinya untuk dilihat lembik dan tidak berkualiti sebagai pemimpin. Lebih lama pilihanraya ditangguh akan lebih berani dan lebih tersusun pasokan anti-Najib begerak dalam United Malay National Organisation sendiri. Dengan mengadakan piliharaya yang cepat Najib bercongak dia dapat memileh calon yang akan setia pada dirinya. Dalam masa yang sama Najib berpeluang mengenepikan calon-calon yang berkemungkinan menyokong Muhyiddin Yassin. Ertinya 'orang-orang Muhyiddin' akan dibungkus timbang kati pada pilihanraya ini. Ini realpolitik.

Dalam politk seperti dalam kehidupan harian – kita boleh merancang tetapi Mahkamah di Peranchis telah merancang lebih lama lagi. Kes pembelian kapal selam Scorpene akan dibuka di Paris pada bulan September ini. Ini bukan kontradiksi. Inilah Tok Tok Kai yang amat amat ditakuti Najib. Ketakutan Najib ini ialah kegumbiaran untuk Muhyiddin Yassin. Kontradiksi antara Najib dan Munyiddin ini akan meletup bila-bila masa sahaja. Bila ini terjadi pasti akan lahir sesuatu yang baru.

Apakah benda baru yang akan lahir dari kontradiksi Najib/Muhyiddin ini? Apakah Najib akan diundurkan? Apakah Muhyiddin akan menjadi Presiden baru? Ketika ini saya tidak memiliki jawapan. Apa yang saya pasti ialah 8 tuntutan Bersih 2.0 tidak akan dipedulikan. Tetapi jika Najib tergelincir saya ada satu kepastian.Yang pasti ialah Rosmah akan menjadi kurus dan slim - merana makan hati berulamkan jantung kerana bukan lagi Firstv Lady.(TT)

nota:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akbar
mingguan ini sila pukul talipon:
03-22-72-40-45

BELAJARLAH MEMBUAT FITNAH

Posted: 23 Aug 2011 10:46 PM PDT




YANG MANA SATU?




DISPLINKAN PENULIS BLOG - meloya

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta 'mendisiplinkan' penulis blog yang ghairah menyebarkan pelbagai bentuk fitnah terhadap kerajaan.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, SKMM perlu bertindak segera kerana fitnah dan tohmahan liar kini berleluasa di alam maya dan mengundang pelbagai masalah jika dibiarkan berlanjutan.

"Jika pihak bertanggungjawab itu membiarkan fitnah dan tohmahan berleluasa di alam maya tanpa sebarang tindakan, ia akan memberi gambaran kepada rakyat bahawa apa yang didakwa itu adalah benar.

"Pihak yang difitnah juga diseru mengambil tindakan dengan memfailkan saman terhadap mereka yang melakukan tohmahan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...INI SUDAH LEBIH.... kah kah kah...

kah kah kah....INI SUDAH BERAT.... kah kah kah...

kah kah kah.... SEMUA GEROMBOLAN MAHU.... kah kah kah...

kah kah kah.... PROJEK NAK BOLOT...kah kah kah....

kah kah kah...KONTREK NAK BOLOT.... kah kah kah..

woit.... MENGELUARKAN FITNAH PUN NAK MONOPOLI....kah kah kah...

kah kah kah.. BAGI CHAN LAH ORANG LAIN BUAT FITNAH.... kah kah kah..

kah kah kah... TAK KAN UTUSAN..RTM... BERITA HAIRAN SAJA BOLEH BUAT FITNAH.....kah kah kah...

kah kah kah...BLOGER PUN ADA HAK BUAT FITNAH.... kah kah jkah


nota:

tanya malaon ini
ujung minggu lalu tidoo
di felda mana?

dia pernah janji tiap hunjung
minggu akan tido di perkampongan felda
atau tidoo atas peha siti felda
kah kah kah

HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB

Posted: 23 Aug 2011 10:02 PM PDT




RAKYAT BERSEDIA PM BARU!




nota:

telah dibuktikan
bahawa muhyiddin
lebih hebat dan lebih berkebolehan
dalam kepimpinan

rakyat malaysia akan merasa selamat
apabila muhyiddin mejadi perdana menteri

bila muhyiddin jadi pm
maka musuh muhyiddin pasti tidak akan
dapat menggulingkan beliau lagi
muhyiddin amat susah untuk disembelih
kerana tak ada leher
kah kah kah

NAJIB TUNDUK PADA MUHYIDDIN - NIK NAZMI - keadilan daily

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menegur Najib Razak kerana tunduk kepada bakal penggantinya Muhyiddin Yassin dalam isu pembentukan Jawatankuasa khas Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan pilihan raya.

Pada 15 Ogos lalu, Najib Razak mengumumkan pembentukan jawatankuasa tersebut yang dianggotai wakil kerajaan BN dan parti pembangkang untuk membincangkan reformasi pilihan raya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun sehari selepas itu, Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa reformasi pilihan raya bukan bermakna sistem pilihan raya yang sudah diguna pakai selama ini tidak baik tetapi sebaliknya, untuk memperkukuhkannya.

"Penyakit 'flip-flop' ini terus menular dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Pembaharuan Pilihan Raya apabila PM tunduk kepada Muhyiddin Yassin dan menegaskan pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan media hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


NOTA
makin jelas
mat mongol ini bukan saja takut pada bini
rupa rupa nya mat mongol takut pada sembab

kalau dolah dulu dipanggil mat ngantuk yang klik klok
ni mat mongol lebih lembik dari mat ngantuk

ini betul betuk mat takubin

tahu apa mat takkubin?
kah kah kah

nota:
tolong jangan
sebar fitnah tentang
bubur kang kang
kah kah kah

TERKINI BOTOL PLASTIK TELAH DITEMUI

Posted: 23 Aug 2011 09:37 PM PDT




TER NOW TERKINI




BERITA TERKINI

seorang mak janda obese
telah menemui botol plastik
yang disimpan dalam jubur saifool

mak janda obese ini menemui
botol plastik ketika tangannya
merayau rayau dengan harapan
akan menemui sebentuk cincin
dalam jubur saifool

cincin berlian tidak ditemui
tetapi mak janda obese ini
telah dapat gelang kuning
dilengannya kah kah kah


KENALI DARI DEKAT






kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

INI LAGI KESAH POLIS BERHEMAH

Posted: 23 Aug 2011 08:47 PM PDT




NOTA:

jangan kita lupakan
jangan kita abaikan
jangan kita lalai

ingat dan ingat

sejarah dunia diubah oleh anak muda
sejarah dunia di lakar oleh oarng yang berani

rakamkan ingatan
untuk masa depan!


SURAT DARI PEMBACA


tt... nak tengok polis berhemah senang je... cer tengok gerak khas dan yg seangkatan dengannya... semua berhemah mcm banggang... prof kangkong mlm2 tengok cerita gerak khas setiap minggu... sbb tu dia kata polis berhemah... kahkahkah...
By Lang on LAGI LAGI POLIS MALAYSIA BERHEMAH on 8/23/11

wa prnah kena tahan mase rodblok kat tasik permaisuri,kl dlm pkul 3 pagi..kesnya keta kncil yg aku pnjam dr awek wa rodtax dah xpired,mmg cam sial time tu,dr elok nk saman psal rodtax bole pg ke kes lain plak..maunye tak,wa ngan member mata msing2 rabak gile, yela bru amik husin 50 sen dr kg baru ,bile keta digeledah,nah amik ko!!dlm keta ada botol,btg betik yg siap ngan culing skali,husin yg dah siap cai,rokok daun yg baru stengah isap, mmg x ckp byk trus wa n member kena escort g blai polis yg kat sebelah jusco maluri tu (skang dah ttup balai polis tu)..

nk dijadikn cite dlm balai kena wat urine test n hsilnya +ve,kna soal siasat skit,pastu kena reman kt pnjara pudu (mase ni pnjara pudu digunakn utk thanan reman kes2 kecil spt brgaduh,mencuri n narkotik yg kecik2,skang pnjara pudu pun dah roboh,knangan siot..)mase kena reman,cikgu (pnggilan utk polis dlm tahanan) mmg amat berhemah ngan korang,lbih2 lg jika korang brduit skit..wa dpt mkn nasi goreng n rokok dunhill 3 btg = RM 50,mmg See more...
By ex-weed on LAGI LAGI POLIS MALAYSIA BERHEMAH on 8/23/11

salam TT dan semua pengunjung serta mungkin tidak terlalu awal saya nak ucapkan selamat aidil fitri. Pagi ni saya ingin mencurahkan sedikit 'keterbukuan' di hati saya ni (rasa sebal dan terbuku) dan rasa terkilan itu disebabkan oleh kesilapan saya sendiri. (ingin saya jelaskan ini tak kena mengena ngan 'keberhemahan' polis ) sengaja saya nak bawak tajuk yang menyimpang dari tajuk entry TT pagi ni.

Saya ada seorang bapa saudara (pak su) adik bungsu ayah saya beza umur ngan saya pun lebih kurang 20 tahun la kot. Kecil-kecil dulu rumah dia salah satu tempat saya bermain ngan sepupu-sepupu saya (anak dia dan sepupu saya yang lain).

Pak su saya ni cuma menoreh getah je kerja dia, seingat saya sejak dari harga getah 40 sen sekati dulu lagi dia tak pernah menukar karier dia sehingga harga getah naik beberapa tahun dulu dan sehingga kini harga getah dah mula menurun balik dia masih tetap setia ngan pisau getah dia. Ada satu insiden yang membuat saya merasa terharu sangat. Waktu tu cuti See more...
By ayah chu on POLIS MALAYSIA BERHEMAH KE? on 8/22/11




Arwah bapa aku.. ada pesan anak cucu dia jgn ada yang jadi polis.. pasal lesen moto dia kena gantung setahun gara gara polis..aku sendiri pun banyak pengalaman dengan polis. ni ada dua yang aku nak kongsi 1) aku kena tahan dgn polis kat federal highway pada hari pertama bawak moto kat kl.

dalam mencari lane moto, polis dah tahan.. so dia nak 20 ringgit aku kata 10 ringgit boleh la dia nak juga 20 aku kata boleh tapi duit syiling la.. pas tu dia ambil 10.. 2) aku kena tahan speed trap.. so polis kata depa ada 4 org so aku kata sorong 10 hinggit so aku bagi note 50 pasal tadak duit kecik.. dan depa bagi balik 10 hinggit.. kah kah.. sekarang aku tak buat dah kerja tawar menawar nih.. kalau nak saman saman.. kalau tak nak saman bagi aku jalan..
By Anonymous on INI TAMBAHAN CERITA POLIS BERHEMAH on 8/22/11

kes berlaku masa aku belajar di usm tronoh perak sekitar tahun 92/93..malam minggu kami biasa tengok wayang kat ipoh..pastu makan kat railway station..kami park larr moto kapcai memasing kat depan gerai tu...masa tgh makan tetiba polis trafik datang terus saman motor yg parking depan gerai tu..aku ni bukan anak org kaya.

bapak tanam kelapa sawit kat kampong..nak settle saman memang tak mampu..bagitau bapak..bapak aku jual satu gulung paip getah meracun..dapat larr 200 hingget..aku pi balai trafik ipoh , kat kaunter depan tu aku bagitau niat aku nak bayar kompoun..polis tu tanye "mampu ker nak bayor kompoun?"

..sebab aku bagitau aku ni masih belajar kat usm..aku pun tunjuk ler duit yg aku bawak tu (lurus betul aku masa tu)...polis tu amik duit aku pastu suruh aku balik...cilaka..! skang aku dah jadik kontraktor..buat projek kerajaan barisan nasional..untung yg aku buat aku bagi kat PAS utk dana pilhanraya..bior hancur BN..
By hadiputera on POLIS MALAYSIA BERHEMAH KE? on 8/22/11

KANG KONG BODEK


Tiada ulasan: