:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
ANDA GEMBIRA, BAGAIMANA SAUDARAMU YANG LAIN? Posted: 24 Aug 2011 01:33 AM PDT Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Adik Safiah Mardhiah Binti Mohd Zulfadzli, 5 tahun akan menjalani pembedahan 'open heart surgery' bagi menutup lubang pada jantungnya. Ini adalah pembedahan kedua setelah prosedur pertama pada disember 2010 menggunakan tiub TEE gagal kerana diameter lubang yang terlalu besar. Pembedahan kedua ini lebih berisiko kerana melibatkan tulang dadanya dibelah untuk mengeluarkan jantung. Untuk pengetahuan sidang pembaca, semua kos perubatan dan pembedahan ini tidak ditanggung oleh pihak insuran kerana ia dikira kecacatan sejak lahir. Dalam pembedahan kali kedua ini akan dijalankan di Institut Jantung Negara pada hari raya ke 10 (10 September 2011) dan dijangka menelan kos sebanyak RM25,000 yang mana sebahagian daripadanya ditanggung pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selain itu, isteri Zurabika Zainudin terpaksa berhenti kerja untuk penjagaan pos surgeri yang mengambil masa sekitar 2 - 3 bulan sebelum Safiah boleh ke sekolah semula. Harapnya, di sebalik kemeriahan kita menyambut Aidilfitri, sidang pembaca sudi menghulurkan sedikit bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban, apatah lagi pada bulan Ramadhan ni. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada Mohd Zulfadzli Bin Abdul Halim (Maybank) 162209905368 atau hubungi beliau di talian 019-2717548 atau melalui emel di mohdzulfadzli.abdulhalim@malaysiaairlines.com atau jonbuobage@yahoo.com. Kes adik Safiah Mardhiah boleh dirujuk di IJN melalui no MRN: 215319 Keprihatinan serta budi baik YB/Tuan/Puan amat dihargai dan semoga diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Sekian, terima kasih. |
You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan