Rabu, 24 Ogos 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Catatan Secara Lansung Perbicaraan Anwar Ibrahim

Posted: 24 Aug 2011 07:05 PM PDT

Fitnah II: Pakar DNA Australia beri keterangan

(Oleh: Ahmad Fadli)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan Pakar DNA dari Australia, Dr Brian MacDonalds memberikan keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Berikut lintas langsung perbicaraan pagi ini.

9.05 pagi: Mahkamah mula bersidang dan Dr Brian MacDonalds, pakar DNA dari Australia mengambil tempat di kandang saksi.

Sesi soal balas dimulakan peguam Anwar, Ram Karpal Singh.

9.20 pagi: Dr Brian MacDonalds, pakar DNA dari Australia sedang membacakan CV beliau kepada mahkamah.

Di antaranya beliau adalah ahli International Genetics Society of Australia.

9.28 pagi: Ram Karpal mencelah dan bertanya tentang peranan makmal DNA kepada Dr MacDonalds.

9.37 pagi: Ram Karpal sekali-sekala mencelah bertanya tentang kertas-kertas ilmiah yang terdapat di dalam CV beliau.

9.43 pagi: Ram Karpal menarik perhatian Dr McDonalds kepada satu kes di Brunei yang beliau pernah dipanggil untuk memberi keterangan.

Ram Karpal bertanya samada kes itu ada kena-mengena dengan pencemaran sampel DNA dan Dr MacDonalds mengakui ada.

Menurutnya, tertuduh dalam kes itu dibebaskan mahkamah.

9.49 pagi: Ram Karpal bertanya kepada Dr MacDonalds tentang peranan ujikaji terhadap DNA dalam siasatan forensik.

"Bolehkah anda beritahu kami dalam bahasa mudah bagaimana siasatan DNA membantu dalam siasatan forensik?" tanya Ram Karpal.

Menurut Dr MacDonalds, DNA terbahagi kepada 'coding DNA' dan juga 'non-coding' DNA.

'Coding DNA' dinamakan demikian rupa kerana ia mengandungi siri protein yang unik bagi setiap individu dan siri protein itu membentuk 'kod' yang dimaksudkan.

Kod itu adalah unik bagi setiap individu.

9.53 pagi: Dr MacDonalds menerangkan tentang empat kod DNA iaitu A, G,C,D yang boleh ditemui dalam mana-mana DNA manusia.

Wacana Perdana Sinar Harian : Ulamak Politik,Untuk Dakwah Atau Politik Part 1, 2, 3 Dan 4

Posted: 24 Aug 2011 06:01 PM PDT







Panas! Gambar: Pusat Penyembelihan Ayam Bersebelahan Premis Penjulan Daging Babi. Halalkah?

Posted: 24 Aug 2011 08:15 AM PDT

http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/08/240820111196-400x300.jpg

http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/08/DSCN0232-400x300.jpg

gambar di atas dirakam di pusat penyembelihan berdekatan Pasar Borong Selayang

anda boleh tengok gambar-gambar yang menjijikan berserta dengan ulasan dari once

apa nah jadi?

patut la pelbagai masalah sosial melanda masyarakat sekarang

hati semakin keras!

adakah majoriti masyarakat islam di negara ni memakan bangkai ayam?

negara islam tetapi golongan kapitalis laknat telah bermaharajalela tanda ada sensitif agama islam

http://ondscene.my/

Allahukhbar! Live Gambar Tadarus Perdana Negeri Kelantan, 24 Ramadhan

Posted: 24 Aug 2011 07:21 AM PDT

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/318449_10150290503618996_717813995_7621614_3495165_n.jpg

Tadarus Perdana Kelantan - 24 Ramadhan 1432H

Berani Kerana Benar: Khalid Samad Cabar Blog PapaGomo

Posted: 24 Aug 2011 04:54 AM PDT

Berani Kerana Benar

Sepertimana kebanyakkan persoalan lain berhubung dengan isu Gereja DUMC, dakwaan Papa Gomo bahawa saya menghalang Gereja berkenaan disita oleh MBPJ adalah merupakan satu pembohongan. Dia mendakwa bahawa saya pada 11 Ogos telah menghubungi MBPJ dan menghalang operasi menyita Gereja tersebut sejurus sebelum pihak penguat-kuasa MBPJ dan Polis bersiap-sedia untuk melakukannya. Walaubagaimanapun, pembohongan semasa bulan Ramadhan yang mulia tidak merupakan masalah bagi pihak UMNO dan budak suruhan mereka. Mereka menganggap keMelayuan mereka adalah perisai yang menjadikan mereka kebal terhadap kemurkaan Allah! Apalah hendak dibandingkan satu pembohongan berbanding hadiah mangkuk tandas? Akhlak mereka amat membinggungkan.

Laporan Polis bertarikh 16 Ogos oleh En. Mohd. Fauzi, Pengarah Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MBPJ jelas mendedahkan sifat pembohong golongan ini terutamanya Papa Gomo. Saya difahamkan bahawa walaupun pembohongannya telah terdedah, Papa Gomo tetap mempertahankan kenyataannya dan menyatakan kesanggupan dirinya untuk berjuang habis-habisan. Baguslah jika begitu, kerana saya pun berpendirian sedemikian.

Oleh yang demikian, bagi memulakan 'perjuangan' ini, saya ingin memohon supaya Papa Gomo menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat penuhnya supaya dapat saya minta peguam saya untuk menyaman beliau dalam isu ini. Maka saya berharap agar rakannya yang membaca blog saya boleh menyampaikan permohonan saya ini kepadanya.

Sekiranya tiada jawapan darinya, maka semakin jelas, 'bravadonya' juga merupakan satu pembohongan. Namun, ianya tidak bererti bahawa saya tidak boleh dapatkan segala maklumat yang saya perlukan dari sumber lain dan oleh itu, tidak bererti bahawa dia akan semestinya terlepas. Hanya saya ingin memberinya peluang untuk dirinya membuktikan 'keberaniannya'; itupun kalau beranilah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

PAS: Umno layan ulama macam ‘terompah kayu’

Posted: 24 Aug 2011 02:57 AM PDT


Oleh Syed Mu'az Syed Putra

SHAH ALAM, 24 Ogos — Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Umno melayan ulama seperti "terompah kayu" dan tidak mengiktiraf, malah tidak meletakkan golongan itu di kedudukan terbaik dalam pentabiran negara.

Tegas Ketua Penerangan PAS ini, ulama tidak akan dihormati dan disanjung jika ia tidak diiktiraf oleh mana-mana parti atau pentadbiran negara.

"Ulama perlu ada tanggungjawab dan pengiktirafan tapi kalau kita duduk dalam parti yang tidak iktiraf ulama dan tak terima nasihat ulama, nak buat apa... ulama adalah pemandu kepada pemimpin supaya pemimpin ikut nasihat ulama berlandaskan hukum Islam.

"Itu yang jadi (dalam Umno), bila perlu pakai (ulama), kalau tak perlu tak pakai . . . itu yang macam terompah kayu dan 'rice cooker', kita tidak mahu ulama kita duduk sahaja, pemimpin mesti dipandu, kalau pemimpin baik rakyat juga akan baik," katanya Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti anjuran hari ini.

Terompah kayu merujuk kepada selipar yang digunakan untuk ke tandas.

"Pakai (terompah kayu) bila nak pergi tandas sahaja," katanya.

Jelas Tuan Ibrahim, PAS mengangkat martabat ulama dan meletakkan ia di kedudukan yang tinggi dalam parti selain turut mengiktiraf kepimpinan golongan itu.

"Ulama ada individu untuk menyampaikan ilmu, jangan khianat... dalam PAS kita letakkan ulama di dua peringkat iaitu Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS, mana-mana keputusan termasuk soal calon kita putuskan dalam Majlis Syura manakala Dewan Ulama PAS pula menyelesaikan isu-isu yang berbangkit mengikut hukum Islam.

"PAS berpandukan Majlis Syura dan presiden kita (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) duduk dalam Majlis Syura selain dibantu oleh Dewan Ulama PAS," katanya.

Jelas beliau, keputusan yang dibuat berdasarkan hukum Islam walaupun terpaksa berdepan dengan risiko hilang sokongan.

"Siapa yang nak pandu pemimpin jika bukan ulama. Ulama mesti memandu politik tapi macam mana nak pandu kalau kita tiada pengiktirafan dan kita dalam PAS mengikut syarak walaupun dari segi politik kita rugi, tapi apakah kita nak tanggung dosa.

"Sebab itu bagi saya adalah pengiktirafan, ulama bukan orang yang berkepentingan, bukan nak kerusi tapi kalau kita lihat ulama telah buat banyak fatwa tapi tidak dihargai," katanya.

Turut menjadi panel wacana Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya.

Fathul Bari berkata Umno perlu memberikan ruang ulama untuk memainkan peranan selain memerlukan sokongan banyak pihak.

"Umno tidak wujud satu badan untuk bawa ulama dalam parti, cuma yang ada adalah biro agama... itu sahaja ada untuk menggerakkan program-program agama, mungkin kita perlukan masa dan tempoh di mana kita dapat membawa ke arah kebaikan.

"Dari segi nasihat kita akan terus sampaikan secara berterusan, kalau diberi ruang kita boleh lakukan," katanya yang menyertai Umno tahun lalu.

Sementara itu, Harussani berkata golongan ulama boleh menyertai mana-mana parti politik tetapi yang penting ia perlu berlandaskan kepada ajaran Islam.

"Saya tidak sokong mana-mana kerana parti hanya menimbulkan perpecahan, kalau saya pergi ke program PAS orang kata saya mufti PAS, bila saya pergi ke Umno kata saya mufti Umno pula.

"Saya sudah berkecimpung dalam masyarakat sudah lama dan kena tuduh macam-macam, ada kat saya Umno... ada kata saya PAS," katanya.

Jelas beliau, ulama sepatutnya membawa umat Islam dekat dengan Islam bukan saling tuduh-menuduh antara satu sama lain.

"Saya tengok gelar-menggelar adalah satu perkara yang haram tapi saya tengok ramai ulama dalam tazkirah kutuk orang lain, ulama patut bawa orang dekat dengan Islam.

"Kalau kutuk-mengutuk itu bukan ulama tapi syaitan," katanya.

Sejuk Hati Blogger Tukar Tiub Tengok Gambar Rosmah Ini?

Posted: 24 Aug 2011 02:00 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHZu9v-ZgiebHGfsxHde0i1_fXfnK04DZwl3BibLGe0iGGB4PE29VBChY2ctlUvRg1-wNKqlrLnPrkp14kAF3fDyekxwZkxUSuStWBg69dmGi4pDFboolD8rW5e0tzXfQM4yuFcD1GcJ0/s1600/3.jpg

ni kaum umno

cara mereka membaca al quran

allah akan laknat kepada sesiapa yang mempersendakan dan menghina hukum hakam allah

tambah lagi depan al quran

oleh kerana ada blog umno marah sebab ada yang dok sebarkan gambar yang boleh mengaibkan rosmah

maka kami persembahkan la gambar yang paling afdal dan sopan untuk puak umno bersorak gembira dan berbangga dengan datin seri mereka.

Psssttt

apacam blogger tukar tiub?

tak sejuk ke hati tengok bik mama macam ni?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPWKoFdYDyfXf_dc7cnzr2Lcx7eT6xp5zApYY5WVPXnxrfhmwziRx7ZA1_QJ6Y6ii1dR7riy9pPCTCYpg_paOK8AyJ5KG3R9XdqRkcx-tjyArtnospqA_vQMaLO9ho3IBPRDJ4S-meCW8/s1600/2.jpg


Haram Dedah Aurat Baca Al-Quran


SOALAN 1

APA hukumnya membaca al-Quran tanpa menutup aurat?

JAWAPAN: Hukumnya haram. Untuk membaca al-Quran itu sekalipun mesti dengan mengangkat hadas kecil dan besar, inikan pula membacanya dengan membuka aurat.

Al-Quran dibawa oleh malaikat yang suci daripada Allah dari lapisan langit yang pertama. Membaca al-Quran adalah ibadat, maka ibadat itu mestilah dilakukan dalam keadaan menutup aurat.

Ini kerana kebanyakan ibadat dalam Islam menuntut kita supaya menutup aurat, termasuklah amalan yang wajib dan sunat. Jika seseorang itu ingin menunaikan solat fardu, maka wajib dia menutup aurat. Ini bermakna solat sunat juga diwajibkan menutup aurat.

Yang kedua, kita perlu ingat ketika membaca al-Quran si pembaca sedang berinteraksi dengan kalam Allah s.w.t., sedang meneliti perintah-perintahnya serta larangan-larangannya. Justeru mestilah memelihara kesopanan ketika menatap kalam Allah.


Psssttt: puak umno mesti cakap, mujur rosmah baca jugak. orang lain lagi teruk!

Menda Ni Ke Yang Masuk Kat Saibur?

Posted: 23 Aug 2011 10:30 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwy2mJxws-ceM-oFUDBtdFrzcLvv2TukUPMO3zykRZMpp8cDaw85eB5u9WI6JfYZ1rWFYeB19AkhPl_w-nx7paER9chB4n0IGh_FQZUHe5WcvixbnO9UtoT2Phl0ewJ0mXiMg6midk2c4/s1600/317039_1843599342868_1627167977_1441186_3177250_n.jpg

kahkahkahkahkah

kahkahkahkah

Artikel Luar Negara: Seandainya Nik Aziz Gubernur Aceh? Maka Majulah Aceh

Posted: 23 Aug 2011 09:00 PM PDT

Fakhruddin Lahmuddin bersama kawan-kawannya dari Majelis Permusyawaratan Ulama (MPU) Aceh Besar bersilaturrahmi ke Negeri Kelantan, Malaysia. Mereka ingin menjumpai seorang pemimpin rakyat yang mungkin sekali tak ada di daerah lain, apalagi di Aceh.

Namanya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Lebih akrab disapa "Nik Aziz". Dia menjabat Menteri Besar (gubernur) Negeri Kelantan sejak 20 tahun terakhir. Karena kepemimpinannya, oleh rakyat, ia digelar Umar bin Khattab-nya Kelantan. Musabab itulah, Fakhruddin dan kawan-kawan ingin belajar pada gubernur berusia 84 tahun itu.

Saat tiba di depan pendopo, rombongan disambut sekretaris gubernur; karena Nik Aziz sedang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur. Lalu mereka dipersilakan duduk di ruang pertemuan berkapasitas 200-an orang. Sungguh, mereka terpana. Kursi dan meja kayu, kipas dan mimbar usang, pula perabotan lainnya, tampak sederhana, jauh sekali dengan di Aceh atau provinsi lainnya.

Tak berapa lama kemudian Nik Aziz hadir. Ia berjubah putih (selalu demikian, menurut cerita warga Kelantan). Mereka selanjutnya beramah-tamah. Usai Fakhruddin dan kawan-kawan menyampaikan maksud kedatangannya, Nik Aziz pun berbicara.

"Nak jaga dan bangun Kelantan tak sulit bagi saya. Yang sulit adalah nak jaga diri saya dari godaan duniawi," tutur Nik Aziz menanggapi penilaian Fakhruddin dan kawan-kawan tentang ketenteraman Kelantan, dimana mayoritas penduduknya Melayu asli.

Pernyataan tersebut memantik semangat Fakhruddin untuk terus mengorek sisi menarik lain dari seorang Nik Aziz. Ketua MPU Aceh Besar itu pun memerolehnya dari melihat sendiri maupun berdasarkan cerita penduduk Kelantan.

Pertama, begitu dilantik jadi Menteri Besar (MB) Negeri Kelantan, dinas pembangunan umum setempat segera menawari Nik Aziz untuk mengaspal dan memperbaiki jalan sekitar rumah dan pesantren miliknya. "Jangan, jangan! Kenapa sebelum saya jadi MB tak diperbaiki? Tak boleh," tegasnya. Orang dinas terdiam.

Kedua, Nik Aziz selama jadi gubernur tak pernah tidur di pendopo. Ia menilai, kalau tidur di pendopo harus menyewa guard (satpam) dan tukang kebun, misalnya. Lalu pekerja itu digaji dengan uang negara, dimana uang itu seharusnya dipakai untuk menyejahterakan rakyat. Ia tak mau begitu. Gubernur Aceh sekarang juga tak mau tidur di pendopo, tapi berbeda tujuannya dengan Nik Aziz.

Ketiga, Nik Aziz tinggal di rumah yang sangat sederhana. Rumahnya berkonstruksikan kayu. Kecil. Padahal sampai kini ia sudah punya 10 anak dan 55 cucu dari istri tunggalnya. Fakruddin dan kawan-kawan terpana lagi ketika berkunjung ke rumahnya. Tak ada satupun pengawal yang jaga-jaga di rumah pemimpin salah satu negara bagian Malaysia itu.

Keempat, Nik Aziz pelayan tamu. Suatu kali ada wartawan asing ingin menjumpai Nik Aziz di rumahnya. Usai dipersilakan masuk oleh seorang lelaki tua, wartawan itu menunggu sang gubernur. Tak lama kemudian, lelaki tua tadi keluar dengan membawakan minuman.

"Saya ingin menjumpai Nik Aziz, apa dia ada di sini?" kira-kira begitu tanya si wartawan. "Inilah saya Nik Aziz yang kamu maksud," sahut lelaki tua itu. Si wartawan terkejut dan malu. Lalu satu pertanyaan menarik darinya timbul lagi kemudian, "Anda seorang gubernur, apa tidak takut tinggal di rumah dengan tak ada seorangpun guard?" Dengan mantap Nik Aziz menjawab, "orang yang perlu pengawal adalah orang yang punya musuh, punya masalah. Saya tak punya masalah dengan siapapun. Guard saya adalah beribadah kepada Allah."

Kelima, Nik Aziz turut membersihkan tandas (sebutan WC oleh orang Malaysia). Suatu kali, sekira jam 3 pagi waktu Malaysia, seorang santri melihat ada bayang-bayang seorang lelaki di sebuah WC pesantren milik Nik Aziz. Ia heran, yang membersihkan toilet seharusnya tugas santri. Begitu didekatinya, ternyata lelaki itu pemimpin pesantren tempat dia belajar, yaitu Nik Aziz. Ia merasa malu.

Keenam, suatu malam, seorang warga keturunan Cina kebingungan karena mobil yang dikemudinya mogok. Lalu sebuah mobil tua berhenti. Seorang lelaki tua turun dari dalamnya. Lalu membantu si Cina itu. Bahkan ditemani sampai ke bengkel. Esok pagi, ia terkejut. Ia melihat di koran, ada foto orang yang membantunya semalam. Ternyata lelaki tua itu Nik Aziz.

***

Begitulah Nik Aziz. Fakhruddin Lahmuddin menceritakannya beberapa hari setelah ia pulang dari Kelantan. Tepatnya, Ketua MPU Aceh Besar itu mengisahkan kepada saya pada Jumat 27 Mei 2011 yang panas, usai mengajar di Fakultas Dakwah IAN Ar-Raniry Banda Aceh. "Masih banyak cerita menarik lain tentang Nik Aziz selama jadi gubernur, cerita yang nyaris mustahil ada pada diri pemimpin di Indonesia maupun negara lain," katanya. Dia tidak sedang berbohong.

Adakah calon gubernur di Aceh seperti gubernur Kelantan iu?

Aceh di ambang Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada). "Sulit menemui calon pemimpin seperti Nik Aziz di Aceh, maka patut memilih yang mendekatinya," kata pemimpin Ponpres Umardian itu.

Lalu dia menganalogikan pada seorang sopir bus penumpang yang mengalami situasi membahayakan. Tiba-tiba saja, sekitar tiga meter di depannya seorang lelaki tua sedang menyebrangi jalan dengan melangkah pelan, sendiri. Di kanan, bus lain berusaha menyalipnya. Sedang di kiri, ada jurang yang dalam. Sopir gamang. Kalau menabrak lelaki tua itu pasti mati. Kalau mengelak atau mengerem, bus pasti masuk jurang dan semua penumpang kemungkinan besar akan mati. "Pilih mana?"

"Begitu juga dalam hal memilih pemimpin," katanya. Bila seandainya semua calon pemimpin tergolong zalim–baik tingkat tinggi maupun rendah–, maka patut memilih satu pemimpin yang zalimnya paling rendah di antara lainnya. Bila pada cerita sopir di atas, lebih bagus menabrak seorang lelaki tua itu daripada masuk jurang lalu semua penumpang mati.

Kemudian Fakhruddin menyebutkan satu hadits sahih riwayat Bukhari yang artinya, "Rasulullah pernah bersabda, `Bantulah saudaramu yang zalim dan yang terzalimi`. Lalu sahabat rasul bertanya,`Ya Rasulullah, kami tahu bagaimana cara membantu orang yang terzalimi, tapi bagaimana kami membantu orang yang zalim?` Rasulullah menjawab, `cegah ia dari melakukan kemungkaran."

Musim Pilkada banyak "orang zalim" yang minta dibantu saat pemilihan. Bila ada pemimpin–yang sudah bisa dipastikan kalau kepemimpinannya kelak akan menyengsarakan rakyat–meminta bantuan pada kita untuk memilihnya, maka bantulah dia.

"Caranya, jangan memilihnya saat pemilihan berlangsung. Jika kemudian ditanya kenapa tak bantu, cukup dijawab, 'saya sudah bantu Anda supaya tidak menjadi pemimpin yang zalim. Supaya kejahatan tidak terus bertambah. Maka saya bantu menguranginya dengan tidak memilih Anda saat pemilihan.' Jika ada calon lain yang minta bantu juga, hadapi dengan cara yang sama," katanya.

Maka jalan untuk menemukan Nik Aziz di Aceh akan terbuka meski dalam jangka yang lama, dengan catatan konsep "membantu orang zalim" itu harus konsisten dipegang rakyat. Jika tak besar gengsi, pemimpin di Indonesia patut meniru Nik Aziz. Dan andai saja Nik Aziz Gubernur Aceh sekarang, maka majulah Aceh.

Makmur Dimila

bandingkan dengan artikel rosmah mansor!

Blog Umno Hina Nik Aziz Boleh, Kritik Rosmah Seperti Menghina Tuhan

Posted: 23 Aug 2011 08:19 PM PDT

Maka berdentum la bunyi penjilat bontot puak umno, panas barangkali apabila Rosmah Mansor terus dikritik dan diselubungi dengan masalah.

Masalah dari Rosmah ini banyak mengganggu puak ni untuk menabur fitnah kepada PR. Cuba kita tengok banyak mana gambar Rosmah yang telah diedit dan bertebaran dalam internet.

Maka ada lah sorang pencacai dan penjilat bontot puak umno menyuruh Rosmah keluarkan kenyataan dan mencucui dosa-dosa yang dilemparkan.

Puak penjilat ini bunyinya macam suci dan bersih. Apa kamu lupa dengan perkataan dan tohmahan yang dilemparkan kepada Pimpinan Pakatan?

Apa kamu jadi gila babi sampai lupa akan gambar-gambar yang mengaibkan sengaja dicipta untuk menjatuhkan maruah pimpinan pakatan?

Apabila ada gambar Rosmah, kamu suruh saman siapa yang buat gambar tu?

Bangang puak pencacai sudah berada ditahap gila babi.

Sekejap saja mereka akan nampak diri mereka suci bersih!

Pembaca boleh pergi ke blog pencacai umno, tengok bahasa dan cara tulisan. Penuh dengan cacian, makian dan gambar yang menjatuhkan maruah pemimpin.

Kami amat marah dan geram apabila gambar TG Nik Aziz diubah menjadi sebegitu rupa.

Laknat betul!

Kenyataan Terkini Chegu Bard Berkaitan Isu Cincin 24 Juta Imelda Malaysia [Rosmah Mansor]

Posted: 23 Aug 2011 06:00 PM PDT

che'GuBard tidak perlu mohon maaf sebaliknya Rosmah harus tampil memberi penjelasan.

Sejak semalam che'GuBard dihubungi ramai wartawan dan teman khususnya apabila media arus perdana digunakan untuk 'menyerang' che'GuBard dalam isu pendedahan berlian bernilai RM24.45 juta yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor.

che'GuBard dituntut mohon maaf dan dituduh diam dan gagal menjawab apabila kononya didedahkan menipu.

Persoalan penting ialah adakah media arus perdana berani mengeluarkan kenyataan che'GuBard mengenai perkara ini.

Sudah hampir sebulan pendedahan mengenai wujud satu kemasukan berlian bernilai RM24.45 j terkait nama 'Imelda' Rosmah. Sejak itu dia diam dan membisu cuma 'pengampu-pengampu' dia yang sibuk bertungkus lumus menjawab. Cuma sekali dia menjawab itupun hanya menuduh ia fitnah tanpa sebarang penjelasan.

Menarik perlu diperhatikan di sini. Mulanya pengampu Imelda mengatakan bukti tersebut palsu dan akhirnya sudah tidak boleh menyangkal setelah SPRM mengesahkan dokumen tersebut maka muncul pula borang kastam kedua kononya belian itu dibawa keluar 4 hari selepas itu. Kononya belian itu untuk satu pameran berlian yang diadakan secara sulit, di tempat yang sulit dengan tetamu-tetamu yang sulit. Semua yang sulit itu sedang diusahakan dan disusun skripnya.

Mungkin gagal menyusun skrip pameran sulit maka seorang lagi pengampu muncul dan mengatakan belian tersebut bukan milik Rosmah tetapi milik besannya. Jadi mana yang betul sebenarnya.

Klik bahan - bahan di bawah untuk membaca mengenainya.


  • Pendedahan antara bukti yang diperolehi "gambar screen komputer kastam" yang mengandungi maklumat kemasukan belian bernilai RM24.45 j. Nilai ini saya sebut dari awal dalam RM bukan USD cuma mungkin ada blogger terkeliru dan menukarnya dalam USD. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-dan-cincin-nilai-rm244.html sebaik sahaja bukti ini disiarkan pengampu - pengampu Imelda terus mengatakan ia gambar photoshop palsu.
  • Tidak kurang juga yang konon cabar kalau berani che'GuBard tampil buat laporan SPRM. maka pada 13 Jul. che'GuBard bersama teman-teman SAMM Pulau Pinang bersama juga wakil Dewan Pemuda PAS dan AMK P.Pinang hadir ke SPRM P.Pinang untuk membuat laporan SPRM dengan menyerahkan juga bberapa bukti yang masih belum disiarkan. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/samm-tampil-buat-laporan-sprm-isu.html
  • Ketika membuat carian mengenai barang-barang kemas Imelda Rosmah terjumpa pula gambar Rosmah Mansor yang sedang menggayakan gelang tangan yang sememangnya dari Jacob & co yang merupakan syarikat pengeluar belian RM24.45j tersebut. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-memang-penggemar-jacob-co.html ini menguatkan hujah bahawa Imelda Rosmah memang peminat barangan Jacob & co.
  • Pengampu makin hilang punca dan menyerang yang kononya tidak masuk akal belian bernilai RM24.45 j wujud. Posting ini hanya untuk buktikan bahawa belian lebih mahal juga wujud dalam dunia yang mana manusia rakus mengejar kemewahan ini. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/masuk-akal-atau-tidak-cincin-bernilai.html
  • SPRm tidak boleh berdolak dalih perlu tampil untuk nyatakan pendirian mengenai kewujudan belian ini. Klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/sprm-kena-muncul-menyatakan-pendirian.html posting ini membuktikan bahawa sememangnya beberapa hari sebelum belian ini masuk ke Malaysia, Rosmah dan suaminya Najib baru sahaja pulang dari New York untuk lawatan ke sana.
  • Sah bukan dipalsukan bukti tersebut kerana SPRM telah menyerbu KLIA dan menurut sumber kami di sana A.Krishnan (yang tidak bersalah) diambil dari petang hingga subuh. Siasatan SPRM pula tumpu kepada bagaimana cukai boleh kosong. nampak sangat SPRM tidak buat kerja rumah. Najib pada belanjawan yang lepas sememangnya telah menghapuskan cukai perbagai perkara seperti pakaian, perhiasan dan seumpamanya. Kini baru rakyat sedar bahawa pemasuhan cukai itu mungkin ada kena mengena dengan perangai Imelda Rosmah yang akan bawa masuk perbagai barang hiasan mewah. Sistem kastam juga telah 'diganggu' selama tiga jam. http://chegubard.blogspot.com/2011/07/sistem-kastam-down-3-jam-semalam-dan.html dalam posting ini juga dinyatakan rupanya gelang Rosmah yang dibeli dari Jacob & co itu bernilai RM1.6 juta (paling murah) berdasarkan respon email Jacob & co sendiri yang di qoute dari sebuah laman portal klik http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/14/41834/ juga http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/13/now-rosmahs-diamond-bangles/
  • Pengampu panik bukti tersebut bukan palsu dan ternyata benar belian RM24.45 j masuk dan ada terkait Rosmah di dalam dokumen tersebut maka mereka masuk fasa baru dalam mengampu berkenaan isu ini. maka muncul borang kedua kononya belian itu dibawa keluar dari Malaysia ke Singapura pula selepas 4 hari di Malaysia. Konon belian itu untuk pameran di tempat rumah VVIP rahsia dengan tetamuVVIP rahsia. Semua sedang bertungkus lumus menyiapkan skrip. Namun borang kastam kedua itu banyak kelemahan klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/usaha-terdesak-untuk-lindungi-imelda.html
  • Tiba - tiba jumlah pelayar blog ini meningkat mendadak, jumlah komen juga meningkat. Hampir semua komen diluluskan kecuali yang mencarut dan lucah melampau. ternyata pengampu Umno terpaksa bertungkus lumus menjawab. kebanyakan komen dari IP yang sama termasuk yang mencarut kemudian hantar pula hadis nabi. Ini pula posting yang menyatakan komen seorang orang lama dalam Kastam mengenai kewujudan pembelaan kononya barang tersebut untuk pameran klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/maklumat-dari-orang-kastam-edyess.html
  • terbaru mereka guna media perdana termasuk Buliten Utama TV3 untuk menyerang che'GuBard. Kenyataan Anuar Shaari yang lagaknya umpama setiausaha sulit 'FLOM' menyatakan kononya berlian itu bukan milik Imelda Rosmah sebaliknya milik besannya. Ini menjadikan rakyat tertawa dengan semua hujah mengampu bela Imelda Rosmah dan lebih sedih dan marah dalam kesempitan hidup seharian.


Persoalanya mula - mula tuduh pendedahan palsu, kemudian tuduh pula untuk pameran dan terbaru mengakui bukan sahaja berlian itu wujud masuk tetapi pusing cakap pula kata kononya berlian itu milik besannya tetapi Imelda Rosmah tetap diam.

Rosmah yang samalah yang selama ini membazir bukan sedikit wang rakyat.

Ada pula geng pengampu Imelda yang tuduh kononya komplot serangan ini ada kaitan dengan Khairy Jamaluddin jawapanya ialah ia tidak ada kena mengena. Kalau mereka ada masalah antara mereka pun che'GuBard tak minat campur. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/04/khairy-mengelabah-konon-orang-nak.html

Ingat che'Gubard tidak menuduh sesiapa tetapi kewujudan borang kemasukan berlian bernilai tinggi itu dan tertera dengan jelas nama orang yang menyamar wanita pertama negara ketika rakyat susah dihimpit kenaikan kos hidup perlu diperjelaskan. Dia bukan pegawai kastam, dia bukan pegawai syarikat penghantaran dan adakah dia membuat kerja 'part time' sebagai penganjur pameran ? Adakah sesuai dengan imejnya yang menyamar sebagai wanita pertama dan membuat kerja part time ?

Ada beberapa pengampu yang kononya sejak minggu lepas mendendangkan yang che'GuBard akan disaman, tetapi yang lucunya bukan disaman oleh Imelda Rosmah tetapi oleh syarikat yahudi Jacob & co.

Tidak ada keperluan untuk che'GuBard mohon maaf. che'GuBard tidak ada kena mengena dengan permohonan maaf KOMPAS atau Pengarah Komunikasi PKR. Sebaliknya imelda Rosmah yang seharusnya tampil untuk menjelaskan duduk perkara sebenar.

Kepada pengampu - pengampu lebih baik kamu semua diam dan nasihat Rosmah untuk jawab kerana lagi banyak pengampu ini jawab makin berbelit isu berlian ini. Cubaan kamu semua mengampu sebenarnya meletakkan Imelda Rosmah dalam keadaan lebih sukar.

Tiada ulasan: