Tukar Tiub |
- TERJEMAHAN GOOGLE
- LAGI REKRUT TUHAN
- SELAMAT BERBUKA PUASA - HARI KE ENAM
- SABTU BAJU KUNING
- APA MAKNANYA BERITA INI
- MALAPETAKA BETERUSAN JIKA GEROMBOLAN TIDAK DIHUMBANKAN
- SATU LAGI PROJEK MENIPU GEROMBOLAN!
Posted: 06 Aug 2011 02:28 PM PDT SELAMAT MENTERJEMAH! PAKAT PAKAT TENGOK APA TERJADI tahun lepas najib jadi anjing bila cari berbuka puasa dalam google tahun ini apa pula agaknya? IKUT INI: - pergi ke google translate - pilih dari english ke malay - minta terjemahkan ayat ayat ini: PAKISTANI PEOPLE HATE NATIONAL ROW selamat mencuba jangan telan air liur bila melihat terjemahan ini nanti batal puasa kah kah kah |
Posted: 06 Aug 2011 02:11 PM PDT BERAPA SEKILO? SAYA RELA DIPECAT - meloya Hasan Mohd. Ali, yang tidak disenangi oleh anggota Exco yang lain atas ketegasannya mengenai soal Islam, menegaskan beliau sanggup dipecat demi kepentingan akidah ummah. Katanya: "Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor." KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit .... NAK PECAT BUAT APA.... kah kah kah.. kah kah kah...DALAM MUKTAMAR PAS YANG LEPAS SUDAH KENA TENDANG.... akh kah kah.. kah kah kah... PELUANG TAMAT UNTUK YOU GI.... kah kah kah. nota: bila hasan ali berjuang kepentingan ummah satu malaysia ketawa kah kah kah bila hasan ali berjuang kerana nak bayar hutang satu malaysia kata betul betul betul bila hasan ali kata ada phd satu malaysia tanya berapa sekilo kah kah kah nota: semua berjuang kerana agama dan bangsa ibrahim ali untuk agama dan bangsa zul nordin untuk agama dan bangsa hasan ali pun sama untuk agama dan bangsa yang tak jelas agama apa dan bangsa apa kah kah kah |
SELAMAT BERBUKA PUASA - HARI KE ENAM Posted: 06 Aug 2011 04:24 AM PDT HARI KE ENAM tetiba tak disangka telah enak hari berpuasa tetiba hatri bergerak bagitu cepat lalu teringat ketika membesar betapa lambatnya berbuka puasa sampai betapa lambatnya lemang dibakar betapa lambatnya ketupat masak betapa lambatnya hari raya sampai agar dapat disarong stokin dan kasut waktu dan masa berjalan tanpa menoleh tanpa memberi ingatan waktu dan masa bergerak tidak sesaat lewat tidal sezahrah lalai di hari ke enam ini semua menjanjikan cuaca redup sabtu yang nyaman NOTA: petang ini masak mee undang dan sotong dengan kawan yang datang membawa kueh kueh gulunng putu piring karipap kueh kacang perut akan terperanjat dan bertanya: kaya nampaknya hari ini kah kah kah |
Posted: 06 Aug 2011 12:30 AM PDT NOTA: mari kita sesama ingat mengingati tentang 8 tuntutan kita yang belum selesai mari kita semua bersedia untuk keluar sekali lagi jika gerombolan menipu kita dan menafikan kemenngan kita pada pru ke 13 ini nota: senyum dan senyumlah petang ini bila melihat klip ini kah kah kah PROPAGANDA TAK JALAN |
Posted: 05 Aug 2011 10:15 PM PDT NOTA: mari kita memahami apa makna berita ini mari kita sedari apa yang terjasi malapetaka sudah mari SERANGAN SAMPAI HARGA MAKANAN BAZAR RAMADAN PERLU MUNASABAH - meloya Peniaga Bazar Ramadan diminta menjual makanan pada harga yang berpatutan atau berdepan tindakan tegas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, kata Timbalan Menterinya, Tan Lian Hoe. "Peniaga yang didapati cuba mengaut keuntungan berlebihan akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, yang boleh dikenakan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan," katanya kepada pemberita selepas memantau harga barangan serta juadah di Bazar Ramadan Taman Medan semalam. Mengenai peningkatan harga juadah berbuka di sesetengah tempat, beliau berkata, ia mungkin disebabkan bahan yang digunakan adalah berbeza. "Dalam hal ini, nilai tambahnya mungkin berbeza seperti ramuan dan rempah ratus yang digunakan...Kita akan sentiasa memantau dan pengguna juga harus menjadi mata dan telinga untuk kerajaan bagi mengawal kenaikan harga barang," katanya. Sehubungan itu, Lian Hoe mengingatkan pengguna agar bijak merancang perbelanjaan serta membuat perbandingan harga, terutama ketika membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan. Beliau berkata, sepanjang Ramadan ini, belum terdapat sebarang aduan tentang kenaikan harga barang. Bagaimanapun, Lian Hoe berkata, di Selangor, bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, sejumlah 145 kes telah diambil tindakan dengan nilai rampasan RM32,809. Katanya, sepanjang bulan lepas, sebanyak 23 kes dikenakan tindakan dan nilai rampasan ialah RM3,244.40. Mengenai ayam, beliau berkata bekalan untuk musim perayaan adalah mencukupi. — Tiewnama NOTA: baca sekali lagi berita ini baca lagi faham? tahu apa maknanya? jangan silap faham berita ini bukan tentang harga mahal semua orang tahu bahawa harga mahal ini kerana dasar kerajaan rosmah dan najib apa yang tersirat dalam berita ini ialah juru cakap gerombolan kini telah beralih munkee menteri tahu kalau dia yg bercakap maka pasti kena maki hamun masa minyak naik - munkee menteri senyap yang umumkan presiden towkay minyak kalau tidak ksu yang umum kini harga barang melonjak bagi munkee apek ini cakap menteri teloo dan belacan hilang entah kemana ini cara dan taktik baru nasehat dari zionis apco inilah cara zionis israel bergerak apabila tanah palestin diambil yang bercakap bukan kerajaan tetapi wakil peneroka 15 mei adalah nakba untuk palestin 15 mei isreal diwujdkan nakba ialah malapetaka 31 ogos ialah malapetaka untuk tanah melayu 31 ogos gerombolan naik takhta malapetaka inilah yang sedang menyeksa kita semua masanya telah sampai untuk humbankan nakba ini |
MALAPETAKA BETERUSAN JIKA GEROMBOLAN TIDAK DIHUMBANKAN Posted: 05 Aug 2011 09:31 PM PDT NOTA: pembaca tt yng budiman ingatkan kenyataan 6 ramadan salehuddin ayub ini apakah salehuddin ini hanya beretorik atau benar akan menyusun kita tunggu dan kita lihat apakah salehuddin ini politkus atau pendobarak perubahan tunggu dan nanti! HENTIKAN MALAPETAKA INI nota: 15 mei adalah nakba untu palestin nakba adalah malapetaka yang menimpa palestin apabila israel dipaacakan di bumi arab 31 ogos ialah malapetaka nakba untuk tanah melayu apabila gerombolan naik tahtha sedar lah nakba dan malapetaka sedang membuat kerjasama sekarang! PAKATAN : BERSIH 3.0 SUSUL JIKA NAJIB GAGAL BERSIHKAN DAFTAR PEMILIH - minsider KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Sambil menegaskan pihaknya tidak meletakkan sebarang keyakinan ke atas pentadbiran Najib bahawa akan menyelesaikan kemelut pengurusan pilihan raya, Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri memikul tanggungjawab bagi memastikan daftar pemilih benar-benar bersih. Jika tidak, kata Pakatan Rakyat gelombang Bersih 3.0 akan menyusul. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan, Najib perlu bertindak segera lalu menyelesaikan semua penyelewengan dan konspirasi yang didakwa wujud demi memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 termasuk terbaru dakwaan pemberian kad pengenalan MyKad kepada warganegara asing. Bagaimana beliau tidak meletakkan harapan tinggi untuk Najib menyelesaikan masalah yang berlaku termasuk isu pertukaran status kewarganegaraan pemastautin tetap. "Apa lagi yang kita boleh harapkan pada perdana menteri, Himpunan Bersih 2.0 pun beliau tak boleh nak tangani, macam mana dengan isu yang terbaru ini (pertukaran status kewarganegaraan pemastautin tetap). "Tapi sebagai pemerintah, beliau perlu bertindak segera... tuntutan Bersih 2.0 juga perlu dilaksanakan malah isu yang baru ini diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13," kata Salahuddin. Isu daftar pemilih menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai pertukaran status kewarganeraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan hebat daripada kepimpinan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Berikutan pendedahan itu, Pakatan Rakyat mahu sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan isu kewujudan pengundi-pengundi kalangan rakyat asing yang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia. Selain itu Pakatan Rakyat juga mendakwa BN mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini melalui operasi "MyDaftar." Operasi itu dikatakan mahu menjadikan warga asing sebagai pengundi yang sah bagi memenangkan BN pada pilihan raya umum ke-13. Tegas Salahuddin, Najib harus bertanggungjawab terhadap semua penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya selain memberi penjelasan tentang langkah JPN membenarkan pemastautin tetap ditukar status menjadi warga negara Malaysia. "Walau macam mana pun beliau (Najib) harus bertanggungjawab, beliau perlu tampil menyelesaikan semua kemelut yang berlaku ini...beliau mesti bertindak segera dan bertanggungjawab. "Kita tahu apa yang dilakukan ini adalah usaha-usaha untuk membantu BN menang, selagi Najib sebagai perdana menteri beliau perlu tampil menyelesaikan perkara ini kerana ia akan mengancam keselamatan negara," katanya. Ahli Parlimen Kubang Kerian ini turut mengingatkan pentadbiran Najib agar melakukan segera transformasi pilihan raya sekiranya tidak mahu berdepan dengan Himpunan Bersih 3.0. "Sekiranya masih tiada perubahan sebelum pilihan raya umum ke-13 besar kemungkinan Himpunan Bersih 3.0 akan mengambil tempat. "Kalau perlu kita akan lakukan, apa lagi yang kita boleh harapkan dengan sistem (pilihan raya) sekarang? Kalau SPR kata daftar pemilih bersih dan nafikan lagi, kita ada bukti... kita boleh buktikan, adakah kita mahu terus berdiam diri?," katanya sambil menambah cadangan Himpunan Bersih 3.0 masih belum dibincangkan secara serius. Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Ditanya apa langkah akan diambil PAS selepas ini, Salahuddin berkata pihaknya telah menyediakan beberapa pelan tindakan untuk mendesak Putrajaya. "Saya rasa kita ada pelan tindakan...kita mempunyai beberapa siri pelan tindakan yang harus dilaksanakan dan buat masa ini tempat terbaik untuk mendedahkan semua konspirasi peringkat tertinggi ini adalah di Parlimen sebab itu kita mahu sidang tergempar Parlimen. "Kita juga akan desak kerajaan menubuhkan inkuiri awam untuk kita kenal pasti siapa yang terlibat sehingga ke akar umbi," katanya. Tegas beliau, sekiranya semua pelan tindakan itu tidak dipedulikan Putrajaya, pihaknya terpaksa menghadap Yang di-Pertuan Agong sebagai langkah terakhir bagi memastikan sistem pilihan raya diadakan secara bersih dan adil. Ditanya sama ada mempercayai daftar pemilih SPR, Salahuddin bagaimana pun menegaskan "sebab itu kita mahu satu pembersihan dilakukan yang mana ia merupakan perjuangan kita selama ini." KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...INI BERITA BAIK.... kah kah kah.. kah kah kah...INI BERITA YANG DI TUNGGU TUNGGU.... kah kah kah nota: jawatan kuasa bersih 2.0 telah memberi notis kepada spr ada 4 tuntutan yang boleh dilakukan olewh spr tanpa memerlukaan perubahan perlembagaan tanpa memerlukan akta baru semua dalam bidang kuasa spr 1 - hapuskan undi pos 2 - gunakan dakwat hitam 3 - bersih senarai pengundi 4 - panjang masa berkempen spr telah diberi 3 bulan untuk membuat' perubahan - tiga bulan ini todak termasuk ogos ertinya bersih 2.0 menunggu jawapan pada bulan november nanti - ini jelas ! SEBELUM KE PILIHANRAYA KITA KE JALAN RAYA DULU! |
SATU LAGI PROJEK MENIPU GEROMBOLAN! Posted: 05 Aug 2011 08:11 PM PDT HANTU JADI ORANG 200,000 WARGA INDONESIA DIDAFTAR PENGUNDI, DAKWA ANWAR - mkini Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa kira-kira 200,000 warga Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia. Anwar dipetik oleh The Philippine Star sebagai berkata, beliau menerima laporan mengenai dakwaan tersebut dan menambah rakyat Filipina di Sabah juga didaftarkan dengan syarat mereka mengundi menyokong kerajaan BN. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... SAMPAI KIAMAT KALAU MACAM INI... TAK KAN MENANG... kah kah kah.. kah kah kah... TUKAR LAGI PINTU GOL.... kah kah kah.. woit...APA YANG SAH DAN JELAS PRU 13 GEROMBOLAN HANCUS... kah kah kah.. kah kah kah...APA YANG SAH DAN JELAS PRU 13... RAKYAT AKAN MENANG.... kah kah kah.. woit... TAPI.... AKAN DI TIPU HIDUP HIDUP.... kah kah kah.. nota: kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa telah lama pilihanraya di haramkan! |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan