DUNIACACAMARBA |
- Pesta Menyentuh Payu Dara di China
- Keceluparan Suspek Khalwat: "Kena hukum gantung sekalipun dengan mahkamah saya tak takut"
- Lelaki Mahu Beli Kereta dengan Syiling Seberat 300 Kg
- Berita Baik untuk Lelaki Tidak Subur
- Gadis Malaysia Seludup Dadah Bernilai RM62 Ribu dengan Upah RM883. Bingai!!!
- Isteri Kantoi Bawa Jantan ke Rumah Belasah Suami
- Pasaran Saham Dunia Merundum, Sebuah Artikel Menarik untuk Dibaca
- Susulan Penemuan DNA BABI dalam Mentega "Golden Churn Creamy Butter", MIS Dapati Kedai Kek dan Roti Gunanya Secara MELUAS!!!
- [Kemas Kini] Produk Simply Siti Guna Bulu BABI? Sila Perhatikan Pekeliling Ini
Pesta Menyentuh Payu Dara di China Posted: 06 Aug 2011 05:16 AM PDT
Maaflah, artikel ini membuatkan anda, pembaca DCM berimaginasi. Bulan ketujuh kalendar bulan menurut kepercayaan masyarakat Cina sudah bermula. Bulan yang bermula pada 31 Julai ini dikenal sebagai Hantu Lapar. Tempoh ini dianggap kurang ong kerana hantu dikatakan memasuki dunia manusia selepas pintu neraka dibuka sepanjang bulan. Sementara orang Buddha dan Toist menyediakan persembahan untuk hantu yang tidak berumah, sebuah masyarakat minoriti di China mempunyai sambutan yang menarik sempena kedatangan bulan ini. Suku kaum Yi di Ejia di daerah Yunnan yang masih bujang akan menyambut Pesta Menyentuh Payu Dara yang dipanggil Monai Jie pada hari ke-14,15, dan 16 bulan tersebut.
Pada pesta ini, lelaki dialu-alukan menyentuh payu dara gadis. Fuh! Tiada sesiapa yang akan membelasah lelaki yang berbuat demikian, malah jasa mereka dihargai olehn gadis-gadis tersebut. Menurut legenda, pesta ini bermula sejak Dinasti Sui (AD 581 – 619) apabila remaja suku kaum Yi dipaksa ke medan perang dan mati di sana. Masyarakat kaum itu mengadakan upacara keagamaan untuk si mati pada bulan ini. Menurut masyarakat tua suku kaum ini, si mati tidak akan tenang selagi tidak menyentuh wanita. FUH!!! Untuk mendapatkan ketenangan, roh si mati dikatakan mahu 10 orang gadis yang suci dan belum disentuh untuk menemani mereka di dunia kematian. Di sinilah bermulanya pesta ini. Gadis (15 tahun ke atas) yang tidak mahu dipilih oleh roh si mati akan meminta lelaki menyentuh payu dara mereka. Wah, wow!!!! Adat ini telah dijalankan sejak turun-temurun. P/s: Hahahahahahhahahah! | ||||
Keceluparan Suspek Khalwat: "Kena hukum gantung sekalipun dengan mahkamah saya tak takut" Posted: 06 Aug 2011 03:30 AM PDT Saya petik:
P/s: Fuh!!! Simpan jawapan itu ketika menghadap Allah SWT nanti! | ||||
Lelaki Mahu Beli Kereta dengan Syiling Seberat 300 Kg Posted: 06 Aug 2011 02:30 AM PDT Menurut China Daily, seorang ahli perniagaan di China mahu membeli kereta dengan syiling yang dikumpulnya. Peniaga tepung dengan nama keluarga Wang, tiba di sebuah kedai kereta di Xianyang, Shaanxi dengan syiling seberat 300 kg. "Saya mahu membeli kereta. Saya ada 60 000 yuan (RM27 756) tunai," katanya kepada jurujual. Menurut Wang, dia mengumpul sekitar 10,000 yuan (RM4,626) syiling setiap bulan yang diperolehnya melalui pembayaran pelanggannya. Cuba teka apa respons penjual kereta yang ditemui Wang? Menurut laporan, penjual itu tidak kisah untuk menerima syiling tersebut, namun dia menghadapi kesukaran untuk mencari bank yang mahu menerima bayaran dengan cara yang jarang-jarang dilakukan itu. Setakat ini, hanya sebuah bank sanggup menerima syiling itu. Walau bagaimanapun, pihak bank hanya mahu menerima 15,000 yuan (RM6,940) syiling. Sehubungan dnegan itu, Wang masih menunggu mana-mana bank yang sanggup menerima baki syiling sebelum memandu pulang kereta yang baru dibelinya. P/s: DUNIACACAMARBA | ||||
Berita Baik untuk Lelaki Tidak Subur Posted: 05 Aug 2011 11:00 PM PDT
Saya petik:
| ||||
Gadis Malaysia Seludup Dadah Bernilai RM62 Ribu dengan Upah RM883. Bingai!!! Posted: 05 Aug 2011 09:35 PM PDT
Berita Agensi melaporkan pihak Kastam Indonesia pada Jumaat lalu telah menahan remaja Malaysia kerana cubaan menyeludup heroin seberat 700 g. Dia menggadaikan nyawanya dengan menelan kapsul dadah tersebut. Pegawai Kastam di Lapangan Terbang Surabaya, Buhari Sirait menjelaskan bahawa gadis Malaysia, yang dikenal sebagai Ling Shao Chi, 18, ditahan di lapangan terbang itu selepas penerbangannya dari Kuala Lumpur mendarat di lapangan itu. Dadah itu dapat ditemukan selepas pemeriksaan x-ray. "Ling mengaku di depan pegawai Kastam bahawa dia dibayar 2.5 juta rupiah (RM883) untuk menyeludup dadah itu. Dia menelan sebanyak 84 kapsul yang berisi heroin." katanya kepada AFP. Sirait menganggarkan dadah itu bernilai 1.7 bilion rupiah (RM69,172). P/s: Bingai & bodoh! | ||||
Isteri Kantoi Bawa Jantan ke Rumah Belasah Suami Posted: 05 Aug 2011 08:07 PM PDT
Saya petik:
P/s: Aduhai! | ||||
Pasaran Saham Dunia Merundum, Sebuah Artikel Menarik untuk Dibaca Posted: 05 Aug 2011 07:30 PM PDT Media sejak semalam heboh tentang kejatuhan saham dunia yang menjunam sejak kelmarin. Perkembangan tersebut menyebabkan suasana panik menular di pusat-pusat kewangan global dan mencetuskan kebimbangan bahawa kemelesetan dunia baharu akan berlaku. Setakat kelmarin, indeks FTSE Britain yang merupakan antara bursa saham utama dunia, mencatat kejatuhan sebanyak £50 bilion (RM245 bilion) dengan kerugian keseluruhan sejak seminggu lalu mencecah £125 bilion (RM612.4 bilion). Nasib sama menimpa indeks Dow Jones di AS kelmarin apabila ia menyusut sebanyak 4.31 peratus iaitu yang terbesar sejak 2008 dan kejatuhan kesembilan dalam tempoh cuma 10 hari. Kejatuhan bursa-bursa saham utama dunia itu didorong kegagalan para pemimpin Eropah dalam menangani krisis hutang beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) yang menyebabkan mata wang Euro lumpuh. Terdapat juga kebimbangan bahawa ekonomi gergasi AS akan mengalami kemelesetan yang akan membawa kepada kemelesetan ekonomi di seluruh dunia. Dalam isu ini, ada baiknya saya salin dan tampal tulisan Zulkifli Salleh (mantan Pengarah Penerbitan DBP - banyak menulis tentang ekonomi dan politik dunia - sering menyumbang dalam Dewan Masyarakat/Dewan Ekonomi). Bagi penggemar artikel serius, saya sarankan anda mengikuti blog ini.
| ||||
Posted: 05 Aug 2011 06:35 PM PDT Saya petik:
P/s: Apabila terkenang akan hasrat Malaysia ingin menjadi hub halal serantau, saya tegaskan, baik lupakan sahaja niat itu selagi isu halal dan haram di negara ini masih belum selesai. Banyak sangat isu halal/haram dan BABI sejak belakangan ini. Sekitar tahun 90-an dahulu, ada tersebar cerita sebuah kilang diserbu oleh penguat kuasa agama dan didapati kilang itu menggunakan unsur BABI dalam produknya. Kononnya, dalam e-mel itu ada dinyatakan bahawa si pemilik kilang itu ada menyebut: "MELAYU MANA TAK MAKAN BABI?" Saya tidak tahu kebenaran e-mel itu. Namun, jika dilihat pada situasi hari ini, kata-kata itu ada benarnya. Bayangkan mentega yang didapati haram telah digunakan dalam sektor pembuatan makanan halal sejak empat dekad lalu (40 tahun). Selama empat dekad, berapa banyak orang Islam telah makan kek lapis Sarawak atau roti dan kek yang dijual di sekitar Sabah dan Sarawak? Selain Sarawak, adakah mentega ini juga digunakan secara meluas di Semenanjung? Pada saya, kerajaan tidak serius menangani isu ini. Bersepah hotel dan kafe serta kopitiam menyajikan makanan yang diragui status halalnya. Apa tindakan kerajaan? Sepatutnya, pihak kerajaan perlu memastikan semua pengusaha hotel, kafe, kopitiam meletakkan tanda "TIDAK HALAL" di premis mereka jika gagal mendapatkan sijil halal. Jika gagal berbuat demikian, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mereka. Begitu juga halnya dengan pelbagai makanan yang dijual di pasaran, tetapi status halalnya amat meragukan. Tiada tindakan diambil untuk memaksa pengeluar meletakkan label "TIDAK HALAL" secara jelas pada bungkusan produk. Saya tegaskan sekali lagi, selain label HALAL, kerajaan perlu mewujudkan peraturan yang memerlukan pengusaha/pengilang/pengedar produk meletakkkan label "TIDAK HALAL". Label ini bukan sahaja untuk bungkusan produk makanan, tetapi membabitkan produk lain. Maksudnya, tiada produk yang dijual mempunyai status yang meragukan di pasaran jika langkah ini diambil. Apa yang berlaku hari ini, kerajaan hanya meminta budi bicara orang ramai untuk memilih produk/premis yang halal. Tanpa label "TIDAK HALAL" dan penguatkuasaan agak sukar orang ramai untuk memilih produk atau premis halal. Antara sebabnya, ada premis/pengeluar MENIPU pengguna seolah-olah produk dan premis mereka halal. Ada juga pengusaha yang menipu pengguna dengan meletakkan logo HALAL tiruan/palsu pada premis atau produk masing-masing. Suatu hal, apabila pengilang/pengeluar/pengedar/peniaga didapati menjual produk tidak halal, tiada undang-undang tegas dikenakan. Berapa banyak saman yang dikenakan terhadap mereka? Adakah nilai ribuan itu berbaloi dengan jutaan orang Islam yang makan makanan/menggunakan produk tidak halal kerana sikap tidak bertanggungjawab mereka serta kelemahan penguatkuasaan? Sedangkan isu halal dan haram ini besar implikasinya kepada umat Islam! P/s: "Melayu mana tidak makan BABI?" Apa kata anda? Berbalik kepada isu mentega ini, saya tanya sekali lagi, pengusaha mana yang sanggup menanggung kerugian demi memastikan pelanggannya tidak makan sumber haram? | ||||
[Kemas Kini] Produk Simply Siti Guna Bulu BABI? Sila Perhatikan Pekeliling Ini Posted: 05 Aug 2011 05:04 PM PDT Blog yang menyiarkan dokumen/pekeliling ini ialah Sayuza, sebelum disalin tampal di blog-blog yang lain. Pekeliling bertarikh Julai 2011 itu yang dikatakan dari Majlis Agama Pahang mendakwa beberapa produk termasuk produk Simply Siti mempunyai kaitan dengan BABI. Berdasarkan lampiran pekeliling ini, berus produk Simply Siti dikatakan menggunakan bulu BABI. Persoalannya, adakah pekeliling di atas tulen? Jika tulen, maka sila ambil perhatian dan tindakan. Kemas Kini: Beberapa blog menyiarkan kenyataan dan mesej Twitter Hajah Siti tentang isu ini. Mesej Twitter itu seperti di bawah ini: Siti juga dikatakan mengeluarkan kenyataan: "Produk SS & berus yg digunakan dlm produk adalah mendapat kelulusan HALAL drpd jakim dan pemeriksaan adalah dibuat sblm setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha utk memastikan setiap produk mendapat kelulusan jakim." P/s: Kenyataan semata-mata tidak boleh dijadikan alasan untuk menjawab isu ini. Syarikat Hajah Siti ini perlu mengeluarkan sijil halal daripada Jakim berkaitan dengan produk yang menjadi persoalan. Selagi pihak syarikat tidak mengeluarkan sijil berkenaan, maka hal ini akan menimbulkan rasa was-was dalam kalangan pengguna. Jika was-was, anda faham maksudnya...bukan? Kenyataan Rasmi (7/8): KENYATAAN DARIPADA SIMPLYSITI |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan