Sabtu, 6 Ogos 2011

Generasi Pewaris Khilafah

Generasi Pewaris Khilafah


PENGURANG PAHALA PUASA KALAU BUAT

Posted: 05 Aug 2011 07:30 PM PDT

RAMADAN Al-Mubarak penuh dengan keberkatan, keampunan dan ganjaran syurga yang dijanjikan untuk orang bertakwa.Pada bulan ini, sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan, menambahkan amal ibadat dan memberikan infaq kepada anak yatim serta golongan memerlukan.
Namun, masih ada antara kita kurang peka atau sedikit jahil terhadap amalan dan tindakan yang merugikan amal puasa kita.

Antara perkara yang mengurangkan pahala puasa ialah:
1. Berpuasa tetapi tidak menunaikan solat. Mereka sanggup berlapar dahaga tetapi tidak sanggup menunaikan solat. Ada yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika Ramadan saja. Kita bimbang nanti puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat kepadanya kerana solat adalah tiang agama. Ada juga di kalangan kita menyuruh anak berpuasa tetapi membiarkan mereka tidak melakukan solat.
2. Tidak menjaga batas agama seperti pergaulan lelaki dan wanita serta menutup aurat. Kaum lelaki masih berseluar pendek ketika membeli juadah berbuka puasa dan ada wanitanya pula tidak bertudung malah memakai baju tidur kelawar semasa mencari juadah. Ada juga wanita yang tidak berpuasa kerana uzur syar'i (haid dan nifas) pula tidak menghormati bulan Ramadan kerana berani makan di khalayak tanpa segan silu.
3. Menghabiskan masa menonton televisyen, video cakera padat (VCD) sedangkan hari dan malam yang datang setahun sekali itu patut digunakan bagi memperbaiki amalan serta mengingati kesalahan lalu. Sepatutnya pada bulan ini kita gandakan bacaan al-Quran, cuba menghafal beberapa surah pendek dan sentiasa pasangkan niat berkhidmat kepada insan lebih memerlukan.
4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tetapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda. Ada di antara kita hanya berniaga sambilan ketika puasa.Berniaga tidak salah tetapi berniaga sambilan khusus di bulan puasa saja membina perspektif yang lain dan ia memberi kesan terhadap fokus kita pada ibadat puasa. Kualiti amal kita akan berkurangan kerana tambahan beban tetapi jika kita berjaya bermujahadah dan mengimbangkan antara dwikerjaya tadi dan ibadat, itulah yang terbaik. Ramadan adalah bulan ujian terhadap kesabaran dan keampuhan jiwa. Apabila perut kosong, tekak dahaga dan badan letih kerana puasa, perasaan kita mudah tersentuh dan emosi kita mudah terusik. Tahap keampuhan kita sangat minimum. Ada antara kita cepat naik darah dan mudah marah. Apabila kita berjaya mengawal kemarahan dan banyak bersabar, kita mendapat ganjaran pahala kerana 'sabar' yang berganda. Jika sebaliknya kita hanya akan dapat lapar, letih , dahaga dan permusuhan sesama insan.
5. Membazir ketika berbuka puasa disebabkan nafsu membeli tinggi. Semuanya dirasakan hendak dibeli tetapi apabila tiba masa berbuka, makanan yang dibeli tidak dihabiskan.
6. Tidak mengeluarkan zakat fitrah bukan kerana tidak mampu tetapi kurang pendedahan terhadap betapa pentingnya zakat dan kewajipan membayar zakat. Ada yang tidak tahu di mana hendak membayar zakat fitrah, walhal setiap surau, masjid malah di kompleks beli-belah ada menyediakan kaunter pembayaran zakat. Mungkin kerana nilainya terlalu sedikit kita mengambil ringan mengenainya.
7. Membiarkan anak bermain mercun sehingga mengakibatkan gangguan kepada jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid atau surau berdekatan. Sebaiknya galakkan anak solat tarawih dan tilawah al-Quran bersama.
8. Hanya puasa makan dan minum saja tetapi tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah dan telinga ketika berpuasa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)
9. Tidak mahu bersahur boleh mengurangkan berkat dan pahala puasa kerana tidak menurut wasiat Rasulullah yang bersabda maksudnya: "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah berkata, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban & Baihaqi)

BOLEH HILANG PAHALA PUASA CAMNI ,,

Posted: 05 Aug 2011 07:29 PM PDT

Perkara yang boleh menghilangkan pahala puasa seseorang boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Hissiyyah (jelas dan diketahui umum) dan Maknawiyyah (tidak disedari). Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Lima perkara yang merosakkan pahala puasa seseorang".

1. Menipu – ia satu daripada sifat orang munafik. Nabi SAW ditanya adakah wajar bagi seorang dikatakan pengecut? Jawab Nabi SAW: Ya. Adakah wajar dikatakan kedekut? Jawab Nabi SAW: Ya. Adakah wajar dikatakan penipu? Maka Nabi SAW menjawab: Tidak.

2. Mengumpat – iaitu menyebut keburukan seseorang pada waktu ketiadaannya. Bagi mereka yang bersama-sama di dalam majlis itu juga dikira dosa. Firman Allah SWT kepada yang menyebut keburukan orang lain bermaksud: "Sanggupkah kamu memakan daging saudaramu sendiri (Al-hujurat: 12).

3. Saksi palsu – Ia boleh mengubah yang benar menjadi salah, begitu juga sebaliknya .Tatkala Nabi SAW ditanya mengenai sebesar-besar dosa di sisi Allah SWT. Nabi menjawab: Syirik (menyengutu Allah), derhaka kepada kedua orang tua. Ketika itu Nabi SAW berbaring lalu bangun dan berkata: "Berhati-hati dengan saksi palsu". Sehingga sahabat yang bertanya berkata:" Alangkah baiknya jika kami tidak bertanya".

4. Sumpah dusta -Iaitu bersumpah dengan nama Allah SWT sedangkan dia mengetahui itu adalah dusta semata-mata. Sumpah inilah yang menggoncangkan Arash Allah SWT. Sumpah dusta akan menghancurkan rumah tangga, harta benda dan keturunan (Maksud hadis). Nabi SAW menceritakan bahawa Nabi Isa AS melihat seorang lelaki mencuri lalu bertanya kepadanya: "Kenapa kamu mencuri? Lelaki itu menjawab: "Demi Allah aku tidak mencuri". Apabila Isa AS mendengar lelaki tadi bersumpah dengan nama Allah, maka nabi Isa AS menjawab: "Kamu di pihak yang benar dan sesungguhnya mataku yang berdusta (Demi mengagungkan nama Allah).

Malik bin Dinar (seorang Wali Allah) ketika berjalan di kota Baghdad, beliau melihat seorang pemuda mabuk menyebut nama Allah SWT. Malik berkata: "Adakah wajar kalimah Allah SWT keluar dari mulut seorang yang mabuk? Lalu diambil secebuk air dan membasuh mulut lelaki itu. Ketika tidur beliau mendengar ucapan berbunyi: "Wahai Malik, kamu sudah membersihkan mulutnya kerana kami lalu kami bersihkan hatinya kerana mu. Ketika beliau memasuki sebuah masjid untuk menunaikan solat subuh, maka terpandang seorang lelaki sedang menangis. Apabila didekati itulah lelaki yang mabuk semalam. Malik bertanya: "Apakah gerangan kamu wahai saudara? Jawab lelaki itu: "Sesungguhnya yang memberi hidayah kepadaku sudah memberitahu mu mengenai aku semalam. Allahuakbar.

5. Melihat perkara yang diharamkan juga akan menghilangkan pahala puasa. Firman Allah SWT dalam sebuah hadis qudsi. "Pandangan adalah panahan beracun daripada pandangan iblis, sesiapa yang meninggalkannya kerana-Ku, akan Ku-gantikan padanya kemanisan iman di dalam hatinya. Sabda Nabi SAW kepada Saidina Ali: "Wahai Ali, tidaklah berlaku dua pandangan di mana pandangan pertama adalah untukmu dan pandangan yang kedua akan disoal oleh Allah SWT.

RAMADHAN RETURNS

Posted: 05 Aug 2011 07:27 PM PDT

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Tiada ulasan: