Sabtu, 27 Ogos 2011

shalehudin

shalehudin


Jamal Abdillah buat hal lagi ka?

Posted: 27 Aug 2011 11:00 AM PDT

JAMAL menyampaikan sumbangan beras kepada anak-anak yatim dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Ipoh semalam.

IPOH – Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam.

Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 52, berkata, sumbangan 1,520 kampit beras bernilai RM20,000 itu bertujuan untuk membantu golongan terbabit menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.

"Saya bersyukur menerima rahmat dan hidayah oleh Allah untuk menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini dan diberi anugerah (menyanyi) untuk memperoleh rezeki.

"Saya pulangkan semula sebahagian daripada rezeki itu kepada golongan memerlukan. Saya niat untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayah dan ibu saya," katanya.

Awat yang SPR dok kalut dengan agama pengundi pulak dah?

Posted: 27 Aug 2011 07:00 AM PDT

DAP hari ini mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menolak pendaftaran pengundi tertentu disebabkan status agama individu berkenaan.

Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata parti itu hanya berjaya mengesan perkara itu apabila SPR menggunakan sistem pendaftaran yang lebih tersusun pada tahun ini.

Perkara itu dikesan melalui borang pendaftaran yang dikembalikan SPR, berserta dengan catatan berhubung sebab penolakan bagi setiap pendaftaran, kata Pua.

"Ada di pendaftaran pengundi yang ditolak sebab dalam borang dinyatakan 'tiada agama' atau berlainan daripada agama di dalam kad pengenalan.

"Saya dapati perkara ini sangat membebankan kerana agama seseorang itu tidak relevan dengan kerakyatannya atau hak untuk mengundi.

"Kenapa SPR perlu sibuk dengan agama pengundi?," soalnya dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP hari ini.

Beliau menganggarkan, satu daripada setiap 30 pendaftaran pengundi yang dikemukakan DAP akan ditolak oleh SPR.

"Jumlah ini nampak tidak besar, tapi mereka telah berhak untuk mendaftar," katanya lagi.
Pua mendakwa, perkara itu menimbulkan banyak masalah kepada penolong pendaftar DAP yang tidak dapat menyemak status agama sebenar bagi setiap individu bukan Islam.

Jelasnya, status agama sebenar bagi individu bukan Islam hanya boleh disemak menggunakan pengimbas MyKad memandangkan status berkenaan tidak dinyatakan di dokumen berkenaan.
Penolong pendaftar berkenaan pula hanya mendaftarkan pengundi mengikut maklumat status agama yang diberitahu oleh individu berkenaan, katanya lagi.

Masalah timbul apabila SPR menolak pendaftaran individu tertentu, termasuk yang berstatus tiada agama mengikut MyKad mereka.

"Saya kenal seseorang yang cuba mendaftar (sebanyak) empat kali tapi gagal, kemudian dapat tahu selepas menyemak dengan pengimbas MyKad yang menyatakan bahawa beliau tiada agama.

"Agama seseorang tidak relevan dengan kerakyatan atau hak mengundi. Terdapat ramai orang yang agnostik atau ateis dan ini tidak salah mengikut perlembagaan persekutuan," katanya.

"(Orang bukan Islam juga bebas untuk menukar agama, dan ramai yang tidak tahu bahawa data ini terdapat dalam MyKad, jadi anda tidak boleh jangka orang akan pergi ke Jabatan Pendaftaran negara untuk menukar (status) agama, katanya lagi.

Dalam sidang media hari ini, beliau turut mengedarkan salinan kepada lapan helai Borang Pendaftaran Pemilih yang telah dikembalikan oleh SPR.

Sebanyak empat daripada 13 permohonan yang ditolak itu dinyatakan "tiada agama," menurut alasan yang dinynatakan di borang berkenaan.

Selebihnya, empat daripada 120 pemohon itu ditolak kerana "dah daftar", dua lagi dinyatakan "alamat tak sama", satu permohonan yang "tiada tandatangan" dan satu lagi "tiada poskod.

Bang, parlimen Pekan ja ka bang... haha...

Posted: 27 Aug 2011 05:20 AM PDT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan zakat syarikat-syarikat korporat berjumlah RM1.2 juta kepada golongan sasar di kawasan Parlimen Pekan pada majlis di Dewan Konvensyen Pekan, hari ini. - Foto Luqman Hakim Zubir

Mufti Perlis dah macam tunggu buah tak jatuh daaa...

Posted: 27 Aug 2011 05:05 AM PDT

Nota terbuka kepada Uthman El-Muhammady


Dr Juanda Jaya
...26 hari sudah berlalu, tetapi ustaz Uthman el-Muhammady masih tidak memberikan respons yang positif terhadap ajakan dialog secara harmoni yang kami usahakan. Padahal dalam Surah al-Nahl ayat 125 Allah SWT berfirman yang bermaksud;

"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Seruan Allah SWT untuk "berbahas dengan cara yang lebih baik" adalah seruan Rabbani yang sepatutnya dipatuhi oleh semua insan mukmin yang benar-benar yakinkan ayat Allah SWT.

Jawapan surat beliau yang disiarkan di sini masih menimbulkan banyak tanda tanya kepada kami. Kenapa perlu beliau berselindung di sebalik jubah MKN dan JAKIM? Kenapa dan kenapa?

Jubah mereka itu mungkin "kebal" untuk melindungi sesiapa sahaja untuk menuduh sesiapa sahaja dengan tuduhan yang jahat dan melulu. Tetapi kena ingat Mahkamah Keadilan tetap wujud untuk menilai amal perbuatan manusia.

Mahkamah Allah SWT di akhirat nanti pasti juga akan lebih adil penilaiannya, namun azab siksanya tidak ada bandingan dengan azab siksa mahkamah dunia.

... Empat hari lagi berbaki sebelum Aidil Fitri. Kami masih menunggu dan terus menunggu tanpa jemu agar ustaz Uthman menyahut seruan murni ini. Masa masih ada untuk kita jernihkan keadaan yang keruh.

Jangan kerana kekeruhan keadaan dan tuduhan jahat serta sangkaan buruk sesama mukmin menyebabkan pahala puasa, qiyam, iktikaf dan zakat Ramadan ditolak oleh Allah SWT. Kalau beliau berhajatkan kami membetulkan "kesangsian lama" beliau terhadap mana-mana golongan yang memperjuangkan Islam dan terbukti berjaya dakwah Islamiah mereka, kami sedia membetulkan kesangsian beliau itu.

Salinan PDF surat ini disiarkan dengan niat baik agar semua pihak telus dan tembus terhadap apa yang kami lakukan. Kalau ustaz Uthman mahu menyiarkan surat kami yang dihantar kepada beliau, kami ucapkan; Fal yatafaddal masykuran!

Sila siarkan ia dan terimakasih atas penyiaran itu. Ini dilakukan agar ummah menilai yang haq dan batil dan sejarah mencatatkan bahawa usaha Islah ummah ini mesti dilakukan dan 'kemuncup jalanan' yang menghalang Islah Ummah kepada keaslian asal Islam menurut al-Quran dan al-Sunnah tetap menjadi rutin yang mesti dihadapi oleh setiap penerus dakwah Nabi Muhammad SAW.

Salam Iktikaf Ramadan!

Berpeluh dahi Umno ngan artikel nih...

Posted: 27 Aug 2011 02:33 AM PDT

Reformasi pilihan raya: Bagaimana M'sia dinilai?


John R Malott
ULASAN Ini adalah artikel kedua mengenai cadangan-cadangan yang dibuat untuk pembaharuan pilihan raya di Malaysia, kenyataan balas oleh kerajaan, dan keadaan di Malaysia berbanding dengan negara-negara lain.

Membenarkan mengundi di luar negara

Ramai rakyat Malaysia mahu semua rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara diberikan hak mengundi, dan bukan hanya terhad untuk kakitangan kerajaan dan tentera yang ditugaskan di luar negara ataupun rakyat Malaysia yang menuntut di negara-negara asing.

Terdapat lebih satu juta rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, tetapi menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar, hanya 2,500 daripada mereka layak untuk mengundi.

Kerajaan juga gagal memberikan alasan atau hujah yang kukuh mengenai mengapa tidak semua rakyat di luar negara diberikan hak untuk mengundi. Walau bagaimanapun, dua hari lalu pengerusi SPR Tan sri Abdul Aziz Yusof (kiri) dilaporkan berkata "diharapkan" semua pengundi berdaftar yang tinggal di luar negera akan dapat mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Sehingga kini, kerajaan dikatakan tidak membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi kerana bimbang sebahagian besar mereka bukan penyokong Umno atau rakan-rakan gabungan BN. Di samping itu, realiti etnik bahawa kebanyakan rakyat Malaysia di luar negara adalah bukan Melayu, dan kemungkinan besar, mereka tidak akan mengundi Umno.

Jadi rumusan Umno, membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi, mungkin membawa padah kepada parti pemerintah itu.

Tiada konsensus antarabangsa yang jelas mengenai hak rakyat yang tinggal di luar negara untuk mengundi di negara-negara asal mereka.

Akses yang adil kepada media

Pengundi bermaklumat - yang hanya wujud jika terdapat aliran bebas maklumat tentang parti, calon-calon, dan latar belakang mereka - adalah penting untuk demokrasi yang sihat. BERSIH 2.0 telah menuntut untuk akses yang bebas dan adil kepada media untuk semua parti-parti politik yang bertanding.

Terdapat banyak laporan antarabangsa yang menyokong tuntutan BERSIH itu. 'Wartawan Tanpa Sempadan' menempatkan Malaysia di tangga 141 daripada 178 negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar.

Laporan Amalan Hak Asasi Manusia Jabatan Negara Amerika Syarikat mengisytiharkan bahawa parti-parti pembangkang di Malaysia tidak mampu untuk bersaing secara adil dengan gabungan yang didominisasi oleh Umno yang mengenakan pelbagai sekatan ke atas berkempen dan kebebasan berhimpun serta berpersatuan.

Jabatan Negara itu melaporkan "berita-berita mengenai pembangkang disekat dan dilaporkan dengan gaya yang nyata berat sebelah."

Mari kita lihat cara-cara di mana maklumat tentang parti, calon-calon dan latar belakang mereka disebarkan di Malaysia.

1) Media milik dan kawalan kerajaan, seperti RTM danBernama, adalah sepatutnya institusi awam untuk semua rakyat di Malaysia. Ini kerana perbelanjaan mereka dibiayai oleh semua pembayar cukai tanpa mengira fahaman politik mereka.

Tetapi dalam realiti,RTM dan Bernama menjadi senjata propaganda Umno dan BN. MalahRTM, tanpa silu menggunakan wang pembayar cukai untuk menyiarkan Perhimpunan Agung Tahunan Umno. Hala tuju RTM danBernama adalah di bawah telunjuk Perdana Menteri dan Kementerian Penerangan. Mereka sentiasa mengampu parti pemerintah dan mencela serta menjadikan parti pembangkang sebagai momokan.

Di negara-negara lain dengan sistem penyiaran milik awam - sebagai contoh, UK, Australia, Jepun, dan Amerika Syarikat - akses diberikan kepada semua parti-parti politik, dan liputan dibuat tanpa berat sebelah.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad (bertali leher) telah berkata bahawa beliau tidak boleh memaksa akhbar dan stesen-stesen televisyen untuk melaporkan berita pembangkang.

Hakikat itu adalah benar. Perkara berkenaan bukan dalam bidang kuasa SPR. Tetapi ia adalah dalam bidang kuasa kerajaan dan oleh itu topik berkenaan seharusnya dibincangkan dan bukan ditolak ketepi.

2) Di Malaysia, akhbar dan stesen televisyen milik persendirian yang dikuasai oleh syarikat-syarikat di bawah kawalan Umno, MCA dan MIC, dan mereka dibenarkan menyebarkan pandangan mereka secara bebas kepada semua orang.

Sebagai kontras, tiada terdapat stesen televisyen atau radio yang dimiliki oleh penyokong pembangkang. Malah, akhbar-akhbar pembangkang juga tidak dibenarkan dijual secara terbuka. Ia hanya boleh diedarkan kepada ahli-ahli parti - amalan yang jelas diskriminasi.

3) Di sebalik sekatan itu, Wan Ahmad mendakwa pembangkang dan penyokongnya mempunyai akses kepada sumber-sumber media alternatif - portal berita di internet dan laman web serta blog. Ini juga adalah benar. Tetapi ini menjadikan 'pertandingan yang tidak seimbang'.

Pembangkang dipaksa untuk bertanding dan berkempen dengan satu tangan terikat di belakang. Mereka mempunyai senapang, tetapi pihak yang satu lagi mempunyai meriam.

Sesetengah laman alternatif jelas menyokong pembangkang. Portal lain (sepertiMalaysiakini) cuba untuk memberikan pandangan yang lebih seimbang daripada media arus perdana dengan memberikan pandangan dari sudut yang berbeza. Hasilnya, laporan mereka sentiasa tidak disenangi oleh kerajaan.

Oleh itu, media alternatif seumpama itu sentiasa tertakluk kepada gangguan dan hambatan. Contohnya, pada pilihan raya negeri sarawak, April lalu, laman Malaysiakini diserang virus DDOS. Ini bertujuan menyekat aliran maklumat kepada pengundi Malaysia.

Orang Umno dilarang tengok... kahkahkah... mampuih hampa nak percaya

Posted: 26 Aug 2011 08:48 PM PDT

Sumber: IkutSukaAku

Umno yang ketegaq dan keraih kepala...

Posted: 26 Aug 2011 07:58 PM PDT

Ni yang paling best nih, Melayu berpecah ja depa nanti boh gambaq Mahathir... kahkahkah... memang kaki pecah belah betoi la Mahathir nih...

Kalau ikut TMI, ramai yang nampaknya bersetuju ngan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menegaskan perpecahan Melayu yang didakwa semakin parah turut disebabkan tindakan kerajaan tidak mahu mendengar pandangan berbeza daripada rakyat. Kiranya tu keraih kepala dan ketegaq laa... haha...

Perpecahan Melayu juga berpunca daripada tindakan kerajaan mengetepikan hak orang Melayu sepertimana yang berlaku di Kelantan. Depa anak tirikan sungguh sungguh serupa ngan Kelantan tu bukan orang Melayu punya terutama time Mahathir. Perpecahan Melayu memang berpunca dari sikap kerajaan yang tak mau bukak telinga dan dengaq pandangan yang berbeza daripada rakyat... kalau kerajaan tak mau orang Melayu berpecah, kerajaan perlu dengaq dan terima pandangan yang berbeza sebab itu punca orang Melayu berpecah tapi masalahnya kerajaan takut nak dengar.

Macam yang Harussani kata la, perpecahan di kalangan Melayu berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah. Perpecahan lebih ketara selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998. Rakyat yang menyokong pembangkang sehingga jatuhnya 5 negeri ketangan Pakatan Rakyat adalah rakyat yang sedaq kelemahan kerajaan sekarang.

Tu pun jangan, ramai lagi yang dalam Umno dok tak sedaq diri... asai perut kenyang biaq jadi pecacai pun tak pa... buat hapa ada ramai bijak pandai tapi penakut nak bersuara tegoq kerajaan dan makan gaji buta sebagai tukang angguk?

Tiada ulasan: