Sabtu, 27 Ogos 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Ni DUIT RAYA Kami Rosmah BAGI...HANG ADA?!

Posted: 27 Aug 2011 05:08 AM PDT

PEKAN, 27 Ogos -- DUIT RAYA ... Zawiyah Awang,83, (kiri) bersama anaknya Robiah Ibrahim,55, menunjukkan duit raya yang diterima daripada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selepas majlis Penyampaian Sumbangan Zakat 2011 di sini, hari ini. Seramai 5,000 warga Parlimen Pekan mendapat duit raya termasuk warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal dan masyarakat orang asli.


Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan duit raya kepada anak yatim, warga emas dan orang kurang upaya kawasan Parlimen Pekan selepas majlis Penyampaian Sumbangan Zakat 2011 di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan duit raya kepada ibu tunggal kawasan Parlimen Pekan selepas majlis Penyampaian Sumbangan Zakat 2011 di sini, hari ini.


Jap....aku kira jap. Sorang dapat RM150. Kalau 5000 orang maknanya jumlah agihan zakat tu RM750,000. Fuhh.....bila pilihanraya Datuk? : Author Faethal




Kredit : Bernama

Pembantu Rumah MASUK SUP Majikan Dengan DARAH HAID

Posted: 26 Aug 2011 08:06 PM PDT

Dewi Hermina mengamalkan ilmu hitam ke atas majikannya.


Seorang warga Singapura baru-baru ini telah mewujudkan halaman Facebook yang dikenali sebagai "Dangerous Maids" untuk rakyat Singapura berkongsi cerita 'menakutkan' tentang pembantu rumah.

Pencipta halaman tersebut, "Hylda Low", berkata bahawa pembantu rumahnya telah mengumpulkan darah haid untuk dibuat sup untuk keluarga mereka.

Menurutnya lagi, darah itu akan dipungut dengan pad kapas muka dan dimasukkan ke dalam beg teh yang telah digunakan untuk membuat sup. Beliau percaya bahawa pembantu rumahnya itu berbuat demikian untuk melakukan sihir ilmu hitam ke atas keluarga.

Gambar Dewi Hermina di dalam profil agensi pembantu rumah

Beliau juga mendedahkan nama pembantu rumah, "Dewi Hermina" yang berasal dari Jawa Barat, Bogor.

"Hylda Low" menyatakan bahawa tujuan halaman itu diwujudkan untuk mendedahkan pembantu rumahnya yang melakukan "amalan keji dan jahat terhadap majikan mereka". Beliau berharap ia dapat memberi amaran kepada orang ramai mengenai pembantu rumah ini, dan membiarkan orang ramai tahu bahawa bukan semua pembantu rumah selalu menjadi mangsa.

Akhir sekali, beliau meminta orang ramai untuk berkongsikan cerita mengenai "pembantu rumah berbahaya" yang lain jika ada.


Tiada ulasan: