Sabtu, 27 Ogos 2011

Addin

Addin


Pesakit Mental Di Rantai Oleh Ibunya Selama 23 Tahun

Posted: 27 Aug 2011 08:00 AM PDT

CHONGQING - Seorang ibu mengikat anak lelakinya yang sakit mental dengan rantai dalam keadaan bogel di dalam sebuah bangsal yang buruk di sini sejak 23 tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam. Ibu itu, Xiao Anrong yang berusia 76 tahun mahu anaknya itu, Tang Zuhua yang berumur 40 tahun dijaga oleh seseorang selepas dia meninggal dunia.Menurutnya, dia merantai anaknya itu demi kebaikannya. Dia berkata, anaknya akan mengoyakkan pakaian yang diberikan kepadanya.
Menurut ibu itu, anaknya akan membahayakan dirinya sendiri jika dia tidak dirantai. Dia berkata, jiran-jirannya juga telah mendermakan makanan untuk anaknya itu. Anaknya itu tidur di atas lantai kerana ibunya tidak mampu membeli jerami untuk dijadikan alas tidur.Anrong berkata, anaknya itu mula bertindak ganas semasa dia berumur 17 tahun dengan membaling pelbagai barang menyebabkan keputusan untuk merantainya dibuat.
Sejak dua orang lagi anaknya yang normal meninggalkan rumah, Anrong perlu menjaga Zuhua seperti memandikannya, memotong rambut, membersihkan tempat tinggal dan memberi makanan dengan menggunakan duit pencennya bulanan 166.57 yuan (RM78) sebulan. Namun, selepas dirantai selama 23 tahun, Zuhua tidak mampu berjalan dengan baik kerana otot kakinya jarang bergerak./Agensi

Ramai Cendiakawan Berpaling Tadah Daripada BN

Posted: 27 Aug 2011 06:00 AM PDT

Bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff menegaskan perpecahan Melayu yang didakwa semakin parah turut disebabkan tindakan kerajaan tidak mahu mendengar pandangan berbeza daripada rakyat. Selain itu tegas pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), perpecahan Melayu juga berpunca daripada tindakan kerajaan mengetepikan hak orang Melayu sepertimana yang berlaku di Kelantan. "Saya setuju sangat dengan padangan Harussani tapi saya nak tambah lagi dua iaitu perpecahan Melayu juga berpunca dari sikap kerajaan yang tidak mahu buka telinga dan dengar pandangan yang berbeza daripada rakyat… kalau kerajaan tidak mahu orang Melayu berpecah, kerajaan perlu dengar dan terima pandangan yang berbeza sebab itu punca orang Melayu berpecah tapi masalahnya kerajaan takut nak dengar.

"Berpecah orang Melayu ini juga sebab diskriminasi dan ketidakadilan kepada orang Melayu itu sendiri seperti mana yang berlaku di Kelantan sebab itu perpecahan ini berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider.

Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti baru-baru ini, Harussani berkata perpecahan di kalangan Melayu berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah. Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

Tegas Agus, perpecahan Melayu boleh dielakkan sekiranya kerajaan menerima setiap kritikan dan pandangan berbeza yang dikemukakan oleh sesiapa sahaja termasuk Pakatan Rakyat. "Sedangkan kerajaan boleh lakukan pelbagai cara dan saya takut perpecahan orang Melayu ini akan meruntuhkan negara, kita ada ramai ahli akademik dan pembangkang yang memberikan pandangan tapi kerajaan tidak mahu dengar.

"Sekarang kita lihat tiada lagi orang Melayu yang berani untuk beri pandangan yang berbeza dengan kerajaan, ini yang menyebabkan kelemahan orang Melayu… kerajaan perlu berani mendengar pendapat yang berbeza," katanya. Tambah beliau: "Tiada guna adanya ahli akademik kalau semua jadi pak angguk."

Agus menambah isu perpecahan Melayu bukan isu politik dan pandangan Harussani perlu diambil berat. "Ini bukan isu politik, ini pandangan mufti untuk beritahu kenapa orang Melayu lemah dan berpecah. "Saya setuju dengan pandangan Harusani itu, ia adalah pandangan yang baik tapi kerajaan tidak mahu terima," katanya.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu tampil membuat penjelasan sama ada bersetuju atau tidak dengan pandangan Harussani itu. "Apa yang dikatakan Harussani itu antara sebab mengapa wujud perpecahan, barangkali perdana menteri perlu mengeluarkan kenyataan balas sama ada beliau setuju dengan pandangan mufti Perak itu atau tidak. "Penjelasan harus diberikan supaya tiada lagi spekulasi lain kerana ia keluar daripada Harussani," katanya.

Jelas beliau, banyak faktor yang menyebabkan perpecahan orang Melayu berlaku bukan hanya tiga perkara yang dibangkitkan Harussani. "Bagi saya perpecahan orang Melayu itu mungkin berpunca daripada parti politik macam PAS dan Umno dan saya rasa kalau kedua-dua parti ini duduk bertemu perkara ini boleh diatasi.

"Sebab isunya sekarang adalah Melayu-Islam, utamakan perpaduan dan ketepikan fahaman politik dan titik imbangan itu, ini bukan kerjasama politik tapi untuk perpaduan orang Melayu," katanya.

PAS Makin Popular Daripada Umno

Posted: 27 Aug 2011 04:00 AM PDT

Umat Islam di negara ini telah diingatkan supaya tidak memperkecilkan atau menghina agama lain, walaupun dalam hal mempertahankan Islam, kerana tindakan itu bertentangan dengan ajaran Islam. Ini dikatakan oleh seorang pemimpin PAS, yang memetik ayat dari Al-Quran (6:108): "Jangan mencaci orang-orang yang mereka sembah selain dari Allah kalau-kalau mereka perlu, dan di dalam kejahilan, mereka mencaci Tuhan."  PAS telah berubah menjadi sebuah entiti politik yang sangat disukai rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini sebelum dan selepas pilihan raya umum 2008. Apabila UMNO semakin terbabit dalam politik perkauman dan menjadikan agama sebagai teras untuk memenangi sokongan orang Melayu, PAS pula telah menunjukkan pendirian sederhana dalam politik Malaysia. 


Menghentam bangsa atau agama lain dalam politik nampaknya tidak menjadi kegemaran PAS. PAS juga dilihat kurang radikal berbanding dengan UMNO dalam isu penggunaan agama untuk menuai sokongan dari rakyat. Jika PAS boleh menegakkan pola politik seperti sekarang ini, pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan kemenangan besar bagi PAS. PAS akan menjadi parti politik terbesar mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini. Jelas bahawa PAS sudah pun dalam perjalanan untuk menggantikan UMNO sebagai parti politik terbesar bagi orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Setelah mengenepikan teriakan semangat untuk mewujudkan sebuah negara Islam, PAS kini secara rational mengamalkan moto "PAS Untuk Semua" - slogan bijak yang boleh menarik orang bukan Islam untuk menyokong PAS. PAS kini bertekad untuk membawa idea bahawa kebajikan rakyat harus menjadi keutamaan dalam pemerintahan. Ini merupakan petanda baik bagi sebuah parti politik kerana majoriti rakyat di negara ini dari segi ekonomi adalah miskin dan tidak tergolong dalam golongan pertengahan atau kelas atasan. Langkah PAS ini adalah searah dengan syarat dan doktrin Islam dan amat bersesuaian untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa atau agama. PAS menyedari bahawa dalam masyarakat majmuk dan dalam sistem demokrasi, untuk meraih sokongan daripada pengundi, sesebuah parti politik harus dilihat sebagai sebuah entiti yang jitu, waras dan yang boleh memberi khidmat kepada semua penduduk. PAS memang mengharapkan sebuah negara yang berteraskan kebajikan dan secara adilnya akan mengambil kira semua kaum dan agama di negara ini.

Bolehkah PAS membawa kemajuan ekonomi

Selepas pilihan raya umum 2008, telah bermula fajar yang baru kepada landskap politik Malaysia. PAS dengan kerjasama PKR dan DAP telah mencapai skor undi yang tinggi dalam kalangan pengundi pada pilihan raya umum yang diadakan. Pilihan raya parlimen 2008 telah dimenangi oleh Barisan Nasional (BN), tetapi telah menghasilkan salah satu keputusan terburuk dalam sejarah gabungan itu. Parti-parti pembangkang telah memenangi 82 kerusi daripada 222 kerusi di parlimen atau 36.9 peratus daripada kerusi parlimen, manakala BN hanya mendapat 140 kerusi atau 63,1 peratus. Di samping itu, 5 daripada 13 badan perundangan negeri pada masa itu dimenangi oleh pembangkang. PAS berjaya memperolehi 23 kerusi Parlimen. Kedua-dua negeri - Kedah dan Kelantan - mempunyai ketua menteri dari PAS dan juga Perak selepas pilihan raya 2008 telah diterajui Ketua Menteri PAS walaupun parti itu mempunyai hanya 6 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). PAS juga mendapat skor undi yang tinggi di Selangor dan di kebanyakan negeri-negeri lain. Dengan momentum ini dan dengan PAS memberi pandangan yang adil dan saksama terhadap perihal bangsa dan agama, pilihan raya umum akan datang dapat melihat kehadiran PAS yang semakin kuat dalam landskap politik Malaysia.

Walau bagaimanapun, semua ini bergantung kepada bagaimana PAS boleh membawa kemajuan ekonomi kepada negara apabila sudah berkuasa dan bagaimana PAS boleh mengekalkan suasana politik yang sederhana untuk menampung keperluan orang Melayu yang berfahaman sederhana dan juga bukan Islam. Pemimpin-pemimpin PAS telah setakat ini menghantar isyarat yang tepat kepada rakyat bahawa kesederhanaan adalah langkah terbaik dalam poltik untuk ke hadapan apabila bertembung dengan isu-isu perkauman dan agama yang boleh menghalang pertumbuhan ekonomi atau merosakkan fabrik masyarakat yang rapuh. PAS sebagai sebuah parti berasaskan agama sememangnya boleh melakukan lebih banyak lagi untuk menjinakkan sentimen perkauman dan agama untuk mendapatkan sokongan yang lebih ketara daripada rakyat.

Pembangunan ekonomi adalah asas kepada negara dan kehidupan rakyat, dan ini adalah antara manifesto PAS yang paling penting dalam politik. Kelihatan PAS bersedia melaksanakan doktrin yang boleh menggalakkan kesejahteraan ekonomi rakyat. PAS juga bersedia mengadakan pelan ekonomi yang jelas untuk meningkatkan pembangunan di negara ini serta mewujudkan persekitaran yang boleh menarik pelabur asing ke negara ini bagi memastikan peluang pekerjaan yang cukup bagi rakyat. Di samping itu PAS bersedia menerapkan kanun moral yang merangkumi nilai-nilai murni bangsa lain yang progresif serta sistem nilai rakyat mereka. Terdapat juga skim yang realistik oleh PAS untuk memastikan bahawa rakyat pelbagai kaum dan agama mempunyai akses yang sama kepada pendidikan berkualiti dan bahawa rakyat yang berbakat kekal di negara ini untuk menyumbang kepada negara.

Pada masa ini, PAS berteraskan ajaran Islam tetapi sedia menerima nilai-nilai altruisme yang berisifat sejagat untuk kemajuan ekonomi negara yang sering di ganggu gugat oleh keadaan sosial dan moral yang tidak terkawal.. PAS bersedia melibatkan semua rakyat, tanpa mengira bangsa atau agama untuk dijadikan modal insan bagi menjayakan model ekonomi untuk negara . PAS memang tegas terhadap ketidakadilan, rasuah, penindasan, permusuhan kepada orang lain, kejahilan dan feudalisme dalam masyarakat, ketasuban, perkauman dan radikalisme yang boleh menidakkan hak-hak rakyat. Ini merupakan kod parti bagi menerapkan sikap sayang-menyayangi sesama insan - dengan memberi penekanan terhadap aspek hak-hak individu, rasa hormat terhadap ilmu dan mempraktis amalan nilai-nilai universal yang boleh membawa kemajuan kepada negara.

Hentikan klise agama '

Pendekatan PAS memperlihatkan doktrin menghormati hak-hak bagi orang yang berlainan agama. dan bahawa umat Islam dan bukan Islam boleh hidup bersama-sama dengan aman sebagai rakyat sebuah negara. PAS menjamin keadilan untuk semua rakyat, komuniti perniagaan dan juga bagi pelabur supaya mereka mempunyai keyakinan terhadap sistem penyampaian kerajaan seperti badan kehakiman, agensi anti-rasuah, polis dan agensi-agensi yang lain yang menjadi tulang belakang pemerintahan.

PAS kelihatan berada di jalan yang tepat untuk membawa perubahan politik yang dikehendaki rakyat bersama-sama dengan DAP dan PKR. Golongan profesional dan mereka yang berpendidikan kini menjadi pemikir untuk PAS bagi menghadapi cabaran ekonomi dan sosial dalam era global ini. Kelihatan sekarang lebih ramai golongan profesional yang mengaitkan diri mereka dengan PAS dan sekarang sudah pun lebih mengakali kerajaan yang ada dalam menuju ke arah kehebatan ekonomi dan perubahan sosial di negara ini.

Pemimpin-pemimpin PAS yang progresif sedar bahawa PAS tidak boleh kekal sebagai sebuah parti yang terikat sepenuhnya kepada klise agama - menghadkan diri mereka untuk hanya berbincang mengenai isu-isu agama dan ritual yang melibatkan kumpulan orang-orang yang kurang rational dan yang buta iman. PAS harus menerima ulama yang mempunyai pengetahuan ekonomi dan saintifik untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Islam boleh membawa pembangunan ekonomi kepada rakyat dan seiring dengan itu menegakkan aturan sosial dalam masyarakat. PAS agak berpandangan jauh dalam pendekatan politik kerana sudah mula melibatkan masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama. Dengan perubahan besar di peringkat ekonomi yang membawa kepada kemakmuran ekonomi kepada semua kumpulan etnik akan rakyat dapat hidup dengan aman dalam masyarakat yang berbilang kaum. Malah, dalam rangka kerja politik Pakatan Rakyat, PAS mempunyai pemimpin yang mampu dalam gabungannya yang boleh melaksanakan tugas tadbir urus ini.

Gerakkan ekonomi, masyarakat dan rasuah

Keadaan ekonomi sekarang sedang menjejaskan kehidupan rakyat. Harga barangan semakin meningkat. Moral masyarakat runtuh kerana kurangnya penerapan nilai-nilai agama. Kerajaan yang sedia ada, malangnya, tidak menangani isu-isu ini dengan berkesan.

Rasuah sedang menghancurkan asasbina masyarakat kita dan ini mengakibatkan ramai orang menjadi miskin tetapi ada pula orang menjadi jutawan segera atas belanja golongan miskin. Individu yang tidak bertanggungjawab sedang mengeringkan institusi yang diamanahkan untuk dilindungi. Rasuah telah memberi kesan buruk kepada hampir setiap tahap masyarakat kita dan cakap cakap mengenai agama dan nilai-nilai moral oleh kerajaan sedia ada tidak pernah berakhir. Seminar dan khutbah mengenai rasuah dan integriti sahaja tidak akan mengubah masyarakat. Oleh yang demikian, perlu ada strategi yang lebih baik untuk menangani isu-isu ini.

Mengejar kebendaan dan memelihara keutuhan moral itu adalah sama relevan bagi sesebuah negara untuk maju dan atas sebab-sebab ini, PAS telah menetapkan agenda politiknya dalam rangka kerja agama. Kesolehan palsu oleh ahli-ahli politik yang mementingkan diri sendiri telah mengoyakkan asasbina masyarakat kita. Memanglah wajar sekarang diadakan orang-orang yang benar-benar bertakwa kepada Tuhan untuk berpegang kuasa. PAS boleh menunjukkan jalan kepada rakyat bahawa boleh berlaku adil dalam urus tadbir negara berdasarkan platform Islam. Jika PAS boleh membuka jalan, orang Islam dan bukan Islam sama-sama akan sentiasa bersedia untuk mengundi mereka untuk berkuasa./mc


Kemewahan Melampau, Anak Gaddafi Guna Berus Gigi Bertakhtakan Berlian

Posted: 27 Aug 2011 02:16 AM PDT

TRIPOLI - Pejuang oposisi memasuki kompleks keluarga Moammar Khadafy, Rabu (24/8). Mereka menyaksikan kemewahan di Bab al-Aziziya, Tripoli, dan menjarah barang-barang yang bisa dibawa. Mereka melampiaskan kemarahan dengan kemewahan yang ada. Di rumah Saadi Khadafy (38), pengusaha, ada mobil BMW, Audi, Lamborghini, Toyota, dan boneka-boneka mahal. Rumah saudarinya, Aisha, dengan dua lantai memiliki kolam renang khusus dan sauna di dalam ruangan. "Saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat," kata Muftah Shubri, seorang warga, soal isi rumah putri Khadafy, berkuasa sejak berusia 27 tahun pada tahun 1969.

Seifallah Gneidi (23), warga yang turut menjarah, mengambil sebotol minuman di rumah Saadi dan sikat gigi bertatahkan emas serta sepasang jins. "Kami juga ingin memiliki barang seperti itu," kata Gneidi yang menenteng senjata Kalashnikov./kompas

Sah!! Umno Munafik..

Posted: 26 Aug 2011 09:00 PM PDT

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menasihat supaya masalah akidah jangan dikorbankan walaupun berlainan ideologi politik menunjukkan Umno hipokrit. "Sebenarnya nasihat ini patut ditujukan kepada pemimpin Umno yang sedang mempolitikkan isu murtad kebetulan isu ini berlaku di negeri Pakatan Rakyat," katanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Jika berlaku di negeri yang ditadbir oleh Umno tentunya nada berlainan, katanya. "Inilah wajah pemimpim umno yang bersikap hipokrit, daripada dahulu sampai sekarang dalam isu agama," katanya.


Katanya, jika satu isu itu menguntungkan, maka mereka seolah-olah bercakap mempertahankan Islam seolah-olah lanjutan pemerintahan khalifah al-Rasyidin. Beliau bertanya, mana suara pemimpin Umno apabila Noraishah Bukhari di Johor, Hartina Kamarudin di Perak, Lina Joy di Wilayah Persekutuan yang murtad.

Waktu itu, jelasnya PAS dan NGO lain bangkit menentang, pada ketika itu mungkin Umno belum berjumpa lagi kitab akidah menyebabkan mereka membisu. Begitu juga dalam politik, katanya ketika bertemu dengan orang bukan Islam mereka menakutkan dasar Islam yang hendak diperjuangkan oleh PAS.

Menurutnya, apabila bertemu dengan orang Islam, mereka mengatakan bahawa PAS sudah tidak berani menegakkan Islam kerana takut kepada DAP dan PKR. "Inilah contoh hipokrit pemimpin Umno ketika berkempen di dalam pilihan raya, Tan Sri Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri tidak menghalang kerajaan Melaka yang hendak membina Tugu 1Malaysia." Bukankah fatwa mengatakan tidak boleh membina tugu?" soalnya. 

Katanya, kerajaan pimpinan Umno terus langgar juga fatwa tersebut. Menurutnya lagi, sikap pragmatis dan hipokrit pemimpin Umno terserlah lagi dalam isu larangan memasang bacaan al-Quran melalui pembesar suara sebelum Subuh yang diarah oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang.

Maka, ujarnya bangkitlah pemimpin Umno menunjukkan kejahilan mereka menentang secara membuta tuli dengan menuduh itu satu lagi penghakisan syiar Islam di bawah pemerintahan Lim Guan Eng. Pada hal, tambahnya isu itu tidak ada kaitan langsung dengan Pejabat Ketua Menteri.

Begitupun, katanya pemimpin Umno menikus apabila kerajaan Perlis di bawah pemerintahan Umno bersetuju dengan arahan Jabatan Mufti Pulau Pinang. "Kenapa pemimpin Umno tidak mengamuk kepada kerajaan Perlis?" soalnya lagi.

Jawapannya, kata beliau mudah kerana itu negeri Umno dan jika Umno buat semua kebal. Beliau bertanya lagi, mana suara pemimpin Umno ketika seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA dari Pantai Hill Park tidak berpuas hati dengan berkumandangnya azan di Masjid Al-Khadijah, Kampung Pantai Dalam. "Suasananya tentu berlainan jika yang melakukan ini ahli DAP. Pemimpin Umno tidak tahu mana sunat dan mana haram," ujarnya./hrkh
Addin:

Hipokrit = munafik.. tak gitu??

Muammar Gaddafi Ada Simpanan 25 Tan Emas

Posted: 26 Aug 2011 07:00 PM PDT

TRIPOLI - Perang di Libya berlanjut hingga Kamis (25/8/2011). Namun, Moammar Khadafy semakin tersudut. Hanya Presiden Venezuela Hugo Chavez yang kukuh membela walau makin banyak negara mendukung oposisi. Kabar terbaru, Khadafy berniat menjual emas untuk membiayai pelarian. Menurut mantan Gubernur Bank Sentral Libya Farhat Bengdara, emas yang hendak dijual adalah milik negara. "Hasilnya untuk membiayai perlindungan diri dan biaya untuk melahirkan kekacauan di antara kelompok suku di Libya," kata Bengdara kepada harian Italia, Corriere della Sera, edisi Kamis, di Milan.

Bengdara mendapatkan informasi itu dari rekan nonwarga Libya. Dia menyarankan agar niat Khadafy yang disampaikan orang dekat Khadafy itu ditolak. Ada sekitar 25 ton emas dengan nilai sekitar 10 miliar dollar AS. "Tampaknya Khadafy tidak lagi di Tripoli dan sedang mengarah ke wilayah Aljazair," katanya.

Pencarian Khadafy masih menjadi fokus. Agen intelijen Perancis, Inggris, dan AS juga dikerahkan untuk itu. Pertempuran pada Kamis berlangsung di Sabha, kota dekat Aljazair. Pertempuran tidak saja terjadi di Tripoli, tetapi juga di beberapa titik di Libya, yang sudah lebih dari 95 persen dikuasai oposisi.

"Masih ada para penembak jitu berkeliaran," kata seorang anggota pasukan oposisi. Karena itu, Menteri Luar Negeri Inggris William Hague mengatakan, pertempuran belum usai walau frekuensi serangan loyalis Khadafy mulai menurun.

Dua petinggi membelot

Kelemahan posisi Khadafy juga makin nyata. Menteri Kesehatan Libya Mohammad Hijazi membelot ke kubu oposisi bersama Wakil Direktur Divisi Luar Negeri Intelijen Libya Jenderal Khalifah Mohammed Ali. "Saya ingin melayani negara dan meminta para jenderal dan tentara melayani negara," kata Ali kepada stasiun televisi Arabiya.

Hijazi mengatakan, ia memutuskan membelot sejak oposisi memasuki Libya pada hari Minggu, tetapi sudah berpikir sejak lama soal pembelotan. Ia menambahkan, keadaan tidak akan mudah meski oposisi menguasai Tripoli. "Rezim Khadafy punya banyak taktik dan bisa melakukan apa saja yang tak terduga," katanya.

Kepada stasiun televisi Al Jazeera, Abdel Salam Jalloud, tangan kanan Khadafy yang sudah membelot, mengatakan, Khadafy mengira rakyat tetap mendukungnya. Jalloud, yang turut membantu kudeta tahun 1969, menyatakan, Khadafy masih mungkin ada di Tripoli walau kompleks huniannya di Bab al-Aziziya sudah dikuasai oposisi dan rumahnya serta hunian putra dan putrinya dijarah.

Jalloud menyarankan oposisi agar membuka jalan-jalan di Tripoli. "Jika jalan dibuka, Khadafy mungkin tampil berpakaian wanita untuk meninggalkan Tripoli menuju perbatasan Chad atau Aljazair," ujar Jalloud yang mengatakan Khadafy haus akan kekuasaan.

Dalam perkembangan lain di lapangan, Libya mengalami kekacauan logistik, terutama pasokan untuk rumah sakit, tempat para anggota pasukan oposisi mendapatkan perawatan. Kepala pemerintahan oposisi Libya, Mahmoud Jibril, di Milan, seusai pertemuan dengan PM Italia Silvio Berlusconi, mengingatkan bahwa Libya memerlukan bantuan segera.

"Jika tidak, akan terjadi destabilisasi. Hal mendasar adalah perlunya Dewan Transisi Nasional membiayai semua operasional pemerintahan lewat pengadaan dana segera," ujarnya.Sementara itu, Hugo Chavez menuduh Barat hanya ingin mengincar minyak Libya dan melancarkan serangan penjungkalan pemimpin di negara lain. "Target mereka selanjutnya adalah Suriah," kata Chavez./kompas

Tiada ulasan: