Selasa, 16 Ogos 2011

shalehudin

shalehudin


Mak Cik ni bersumpah masih dara sunti... kahkahkah...

Posted: 16 Aug 2011 08:40 AM PDT

Yang ada dalam kepala otak UMNO... Sex, Sex, Sex...
Oleh Tok Non

Tak dak angin tak dak ribut, tau-tau Ustazah Umi Hafilda (penasihat agama UMNO) tiba-tiba bersumpah bahawa dia tak pernah lakukan seks dengan Baginda.

Selama ni dia dok fitnah merata tempat pasai Anwar. Hari ni dia rasa 'kepanasan' dengan tuduhan dia buat kat orang, lalu menafikan untuk diri sendiri.

Tok Non tak reti nak pikiag apa kena dengan makcik sorang ni. Hmmfff..tak payah pikiag lahh.. cuma yang Tok Non dok heran, tak bolehkah kalau satu hari puak-puak UMNO tak sebut perkataan sex, liwat atau apa-apa perkataan kotog dan lucah yang depa dok sebut dalam media-media depa, terutamanya media maya?

Sebut benda kotog ni lahir dari pemikiran UMNO yang kotog. Yang depa tau mencarut, maki hamun, gelaq buruk2...entahlah apa nak jadi UMNO ni.

Tok Non nak nasihat UMNO, Bulan posa ni tukaq la sikit wirid tu.. sebut benda2 baik, puji Allah banyak-banyak. Selawat banyak-banyak dan jugak bertobat banyak2...

(Petikan berita Malaysiakini)

Ummi Hafilda hari melafazkan sumpah laknat mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu.

Sumpah itu dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap Baginda hari ini.

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi...

"Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda.

"Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat," katanya.

Ummi Hafilda diiringi oleh Penasihat Undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Beliau mengemukakan permohonan itu setelah Baginda gagal menghadirkan diri di mahkamah seperti yang disyaratkan pada 8 Ogos lalu.

Menurut Mohd Khairul, Malaysiakini, yang dinamakan oleh Ummi Hafilda sebagai defenden kedua, hadir apabila kes itu disebutkan.

"Kami telah failkan dokumen berkaitan ke atas dirinya termasuk mengiklan di Harian Metro tetapi dia (Baginda) gagal hadirkan diri," katanya.

Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.

Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.

Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.

Mkini Dotcom Sdn Bhd pula didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya.

Hassan Ali, Zulkifli Nordin... kahkahkah...

Posted: 16 Aug 2011 07:00 AM PDT

Hasan Ali Bakal Jadi 'Zulkifli Nordin' Kedua ?
Oleh ramziredang

"Rasanya tidak ada orang yang tidak kenal dengan zulkifli nordin,seorang yang dulu memang sudah dijangka lidah bercabang tetapi ramai pemimpin utama PAS menafikan tohmahan orang. Memang setengah pemimpin PAS yang jumud tidak dapat mengimbangi mana satu yang patut prasangka baik dan mana satu yang patut berjaga jaga dengan musuh dalam selimut.

Lantaran sikap zulkifli nordin yang kelihatan ultra membela islam inilah maka pemimpin PAS yang kurang pencak politik boleh tertipu dengan wataknya.Dalam islam jangankan kata isu besar, malah jika seorang berdiri ketika semua orang lain duduk sudah dikira tidak beradab apatah lagi bila melibatkan isu isu yang mempalitkan maruah politik Islam.

Dalam hal isu kontemporari, jelas menonjol Hasan Ali merasakan dia lah yang paling utama dalam membimbangi akan tergelincirnya aqidah umat Islam. Baginya mungkin khalid ibrahim tidak bimbang, baginya pemimpin PAS yang lain tidak bimbang dan baginya juga ramai orang Islam tidak bimbang akan kegelinciran aqidah umat Islam ini.

Lantaran itu maka terhamburlah kata kata nekad dari bibir hasan ali, dia rela dipecat atau dibuat apa sahaja oleh parti atau dilucutkan jawatan exco asalkan maruah aqidah umat islam terbela.

Kemudian sekonyong konyong, seperti kebiasaan yang dilakukan dahulu dia akan pergi kepada media yang ramai kawannya menganggap musuh utama. Media yang dianggap musuh oleh kawan kawannya ini, adalah dianggap kawan oleh hasan ali.

Kata kata yang senada seperti ini jugalah yang telah diucapkan oleh zulkifli nordin sebelum dia memaksa dirinya sendiri dipecat dan kalau kita rajin membelek kamus sejarah, kata kata seperti ini jugalah yang akan diucapkan oleh orang yang bakal meninggalkan segala rakan taulannya, demi mengejar sesuatu yang lebih besar.

Kategori musuh dalam selimut tidak sahaja tertumpu dia perlu keluar dari jemaah dan masuk ke dalam gerombolan musuh. Tetapi bolah juga dia membuka pintu kubu secara senyap dan akhirnya musuh boleh menyusup masuk ke dalam kota. Atau mungkin juga dia boleh melemahkan semangat tentera islam ketika berperang.

Pokoknya, apa sahaja perbuatan yang bakal memberi kelebihan kepada musuh boleh dikategorikan musuh dalam selimut.

Kini masa telah membuktikan bahawa apa yang diwarwarkan oleh orang bawahan selama ini ternyata benar dan prasangka baik pemimpin jumud PAS terhadap zulkifli nordin adalah salah. Tentu sekarang telah jelas, apa tujuan setiap 'kata kata agama' zulkifli nordin sekarang.Semoga para pemimpin atasan PAS tidak mengulangi kesilapan dalam mentafsir 'husnu dzan' kepada seseorang.

Bibit bibitnya jelas kelihatan dan harap harap jangan sampai menunggu Hasan Ali jelas bertukar menjadi zulkifli nordin baru pimpinan PAS hendak menunjukkan 'kecerdikan'nya"

Ooo... ada tangan Umno dalam kain depa rupanya... kahkahkah...

Posted: 16 Aug 2011 03:30 AM PDT

Gereja: Jangan masuk perangkap Umno

Khairul Azlam Mohamad

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan 'perangkap' Umno dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.

"Saya dapat maklumat 'dalaman' Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu," ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu, di sini hari ini.

Turut sama ialah Pesuruhjaya dan Setiausaha PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut dan Yahaya Ali

Beliau berkata, oleh kerana maklumat 'dalaman' itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu.

Mustafa bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.

"Kami akan dedah maklumat-maklumat ini kepada beliau. Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah," ujarnya.

Sepatutnya, kata beliau pemimpin PAS mengadakan perjumpaan dengan Jais hari ini.

"Tetapi pihak Jais memberi jawapan tidak dapat lagi untuk bertemu kami atas nasihat daripada Tuanku Sultan Selangor berdasarkan surat jawapannya kerana penyiasatan Jais belum lagi selesai," jelasnya.

Jom gelak guling guling... kahkahkah...

Posted: 16 Aug 2011 02:00 AM PDT

Perkasa nak bela agama?? Jom ketawa!!

Tiga hari tak ber'internet'. Sibuk melayan cucu di Bandar Baru Bangi. Ha ha ha... Dapat tengok muka cucu... lupa internet!!

Kali ini pergi ke sana.... tak berkereta. F3M dan myself naik train jer. Bulan-bulan posa ni tak larat nak drive. Inilah first time... naik train semula after like almost 27 years. Zaman muda-muda dulu selalu ler... Walaupun keadaannya tak begitu best, tapi dah terpaksa, naik jugak ler. Now... keadaan dah berubah. So much better than before. Pulak tu, kita orang naik elektrik train. Kejap jer dah sampai. Cepat dan mudah... Selesa dan selamat!! Jimat pulak tu...

Sampai di KL Sentral.... 2nd Mohamad dah tunggu. Then, kita orang naik kete ke Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah.... anak-anak dah berkerja dan dah berkereta sendiri. Kalau nak ke mana-mana ketika sana, senang banyak. No transport problem. Moreover, 2nd Mohamad ni memang suka mengekor ke mana saja kita orang pergi. Fulaamakk..... syok jumpa anak-anak dan syok jumpa cucu. Terubat rindu.... especially pada cucu.

Semalam, baik semula ke rumah. Sampai kira-kira pukul 11.30 p.m. F3M keluar mengeteh dengan kengkawannya. Apa lagi.... on internet dan baca ler apa yang patut dan apa yang dah termiss.

Emm.... tak habis-habis citer pasal pengkhianatan SPR dan isu berkaitan agama seperti isu murtad dan isu azan. Tak habis-habis derang nak fitnah dan burukan Pakatan Rakyat. Fuuh.. nampak sangat terdesaknya puak-puak gerombolan ni, hingga terpaksa mainkan isu agama untuk menutup isu dan melekakan rakyat daripada isu PATI yang diwarganegarakan untuk bantu kemenangan UMporNO@BN dalam PRU13 nanti.

Yang lebih syiuk ialah berita sensasi tentang sang katak nak jadi pembela agama Islam. Braheng Katak a.k.a Bapak PERKASA nak ambil alih tugas PAS untuk membela agama Islam weh oi.

Kah kah kah kah.... Katak nak bela Islam?? Terkencing aku kerana tergelak terbahak-bahak. Keras perut beb dibuat lawak si katak ni.

Woit katak.... pi cermin muka mu dulu. Nak bela Islam konon?? Tetiba jer pulak tu. Pigiiraahh!!

Nak bela Islam ke atau nak cari publisiti murahan?? Maha hipokrit katak ni!! Siapa tak kenal Braheng Katak... Raja Katak yang haprak sehaprak-hapraknyer!!

Cer tanya... Kenapa Islam perlu dibela?? Sebabnya.... di bawah UMporNO, Islam selalu dipersenda. UMporNO langsung tidak ada kesungguhan untuk membela dan memperjuangkan Islam. Mereka hanya pandai menggunakan Islam untuk kepentingan politik mereka semata-mata. Mereka hanya pandai menggunakan Islam untuk meraih sokongan rakyat agar berpaling kepada mereka.

Kini.... mereka dan katak-katak barua mereka, menggunakan agama untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap negara dan rakyat dalam isu pemberian kerakyatan segera kepada PATI.

Hampir 54 tahun UMpoNO memegang kuasa dan memerintah negara, apa mereka buat untuk membela agama???

Usah hipokrit ler...!! UMporNO-lah pengkhianat agama dan negara!

Sebab itu... kita kena VOTE UMporNO OUT in this coming PRU13. Jangan jadikan Malaysia, negara PATI.

A Mum Of Three Mohd

Ni yang kata peluru makan tuan... kahkahkah...

Posted: 16 Aug 2011 01:00 AM PDT

PAS pula dakwa kenyataan Perkasa bukti Umno gagal bela Islam

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Pendirian Perkasa bahawa pertubuhan bukan kerajaan itu mahu menggantikan PAS sebagai pembela Islam merupakan satu pengakuan bahawa Umno tidak mempertahankan agama itu selama ini, kata pemimpin PAS hari ini.

"Jika Umno mempertahankan Islam, maka sudah tentu Perkasa akan mengatakan bahawa ia akan menggantikan Umno," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Senan ini memberitahu kenyataan Perkasa semalam juga satu pengesahan ke atas kerja-kerja PAS dalam mempertahankan prinsip Islam selama ini tetapi menekankan hak untuk mempertahankan Islam bukan sesuatu yang eksklusif dan mana-mana pihak yang berhasrat boleh berbuat demikian.

Semalam, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata pihaknya akan mengambil alih peranan PAS sebagai pembela Islam atas alasan parti itu gagal dalam mengotakan objektifnya.

Ibrahim, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, mengecam PAS sudah lemah dalam menguruskan hal ehwal berkaitan dengan Islam dan mengabaikan nilai-nilainya kerana cita-cita politik.

Orang Umno dilarang baca, takut tidoq tak lena... kahkahkah...

Posted: 16 Aug 2011 12:00 AM PDT

Penganalisis : Najib Kecundang Jika Terus Tekan Rakyat

SHAH ALAM 15 OGOS : Meskipun populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan beliau berjaya meraih perhatian rakyat berdasarkan kajian Merdeka Centre, ia bagaimanapun bukanlah jaminan pergerakan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak.

Hal ini kerana menurut pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, kegagalan Najib mengurus tadbir negara dengan cekap, sudah lama diperhatikan oleh rakyat yang pada bila-bila masa sahaja boleh mengambil keputusan meranapkan impian Najib untuk terus berkuasa.

"Rakyat inginkan suatu petunjuk yang nyata ke mana sebenarnya arah negara ini yang ingin dibawa (oleh Najib) kerana rakyat sudah dalam keadaan tertekan, dalam situasi ekonomi yang semakin dahsyat dan ancamannya kepada masyarakat dengan harga barang yang berlambung-lambung, dengan harga rumah yang sudah tidak terkawal, dengan pengangkutan awam yang sangat-sangat tidak cekap dan tidak membantu.. dan ini memberi kegusaran kepada masyarakat.

"Maka semuanya ini memberi impak dan kita harus ingat kesan langsung ini kepada masyarakat," kata Abu ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Merdeka Centre dalam kajiannya merumuskan, tidak banyak perubahan yang dibawakan oleh Najib sejak mentadbir negara pada April 2009.

Walaupun mengakui kejayaan media arus perdana mempopularkan pemimpin itu, ia bukanlah jaminan sokongan itu akan diterjemahkan melalui undi.

Penganalisis-penganalisis pula mendakwa Najib sudah mula tidak begitu tegas dalam melaksanakan dasar-dasar sehingga menggambarkan beliau berperwatakan seperti penyandang jawatan itu sebelum ini.

Kelewatan dalam pembaharuan ekonomi, kurang penekanan ke atas Model Baru Ekonomi (MBE) selain ketidakcekapan Najib mengendalikan perkara-perkara yang mendesak seperti Himpunan Bersih 2.0, dilihat antara faktor penyumbang kepada kebimbangan rakyat.

Selain Najib, rakyat juga kata Abu merasakan barisan menteri Kabinet gagal berfungsi dengan sebaiknya dalam menguruskan pentadbiran negara.

"Kesan langsung daripada masalah-masalah yang dikaitkan dengan beliau dan orang-orang di sekeliling beliau (antara faktornya). Yang keduanya ialah kita dapati kemungkinan barisan kepimpinannya yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet yang sepatutnya menguruskan negara ini, mungkin dilihat tidak cekap sehingga tidak dapat merealisasikan semua slogan dan kempen serta semua projek yang dinyatakan.

"Jadi gambaran itu memperlihatkan gambaran kelemahan pentadbiran sekarang, jadi sudah pasti ia menyatakan kelemahan keseluruhannya,"jelasnya lagi.

Malah menurut Abu yang juga penganalisis politik dan pengasas Zentrum Future Studies, keseriusan bayangan politik Najib yang akan kecundang itu dibayangkan melalui dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan tidak memberi kesan kepada ekonomi rakyat.

Lantaran itu, kata beliau, rakyat sudah tidak peduli agenda politik mana-mana parti sebaliknya hanya akan membuat keputusan dengan melihat parti mana yang dapat memenuhi keperluan mereka dan bukannya menindas rakyat dari segenap aspek.

"Kita harus ingat seandainya semua projek berlangsung itu tidak berjaya dilaksanakan sepenuhnya hingga ke akhir tahun ini, barangkali rakyat akan menilai prestasi tersebut dan barangkali rakyat mungkin juga akan menilai (dengan) reaksi seperti marah atau memberikan reaksi dalam PRU akan datang, jadi itu yang kita lihat.

"(Oleh itu) kita menyakini jika transformasi ini tidak dibuat, tidak dijayakan dan jika parti pembangkang pandai memperjelaskan kegagalan ini, pastinya rakyat akan faham.. sebab rakyat mana yang mahu hidup dalam keadaan tertekan dan derita? Sebab kita mahu hidup dalam keadaan berkebajikan dan sejahtera.

"Kita inginkan pendidikan percuma, kesihatan percuma, kita ingin rumah yang murah dan jadi sudah pasti akhirnya rakyat membandingkan dengan negara-negara yang sangat sempurna seperti Switzerland, Finland, kenapa hidup mereka mudah dan selesa, jadi rakyat akan berfikir tentang ini,"katanya lagi.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat berulang kali mengingatkan ekonomi negara di bawah pentadbiran Najib Razak semakin nazak dan mencemaskan banyak termasuk pelabur
dalam dan luar negara.

Baru-baru ini Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat turut menegur cara urus tadbir kerajaan Najib Razak.

Beliau berkata pentadbiran negara di bawah Najib Razak bukan sahaja memperlihatkan banyak kepincangan malah kesan langsung ekonomi negara juga turut menjadi kayu pengukur kepada rakyat dalam menentukan nasib mereka sendiri pada pilihan raya umum akan datang.

Selain iu, katanya angka-angka ekonomi terkini yang baru diumumkan membayangkan ekonomi negara akan terus malap selain dari kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur sejak minggu lalu.

Rafizi turut menyentuh Keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5% bagi tahun 2011
menjadi tanda-tanda bahawa dasar dan inisiatif ekonomi yang menjadi tonggak pentadbiran Najib Razak seperti (Program Transformasi Ekonomi , Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Ekonomi Baru) telah gagal sejak dari awal-awal lagi.

Rafizi berkata, jika prestasi ekonomi terus malap seperti yang diunjurkan, Program Transformasi Ekonomi akan gagal sebelum memasuki tahun kedua kerana ia mensasarkan pertumbuhan ekonomi 6% setahun untuk mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 menjelang 2020 yang diuar-uarkan.

Pertumbuhan ekonomi tahunan di bawah angka 5% setahun bermakna Program Transformasi Ekonomi telah gagal menarik minat pelabur walhal kerajaan menumpukan sepenuh tenaga, fokus dan jentera kerajaan untuk mempromosikannya.

Jika ia gagal menarik perhatian dalam tahun pertama dan di kemuncak promosinya, keadaannya mungkin lebih parah pada 2-3 tahun akan datang.

Malah tambah Rafizi lagi, prestasi tiga penanda aras ekonomi yang paling utama (iaitu kekalutan di Bursa Kuala Lumpur, unjuran pertumbuhan yang semakin rendah saban hari dan kegagalan menarik pembiayaan swasta bagi projek-projek utama di bawah Program Transformasi Ekonomi) sudah cukup untuk membayangkan kegagalan dasar dan inisiatif ekonomi Datuk Seri Najib Tun Razak.- TVS

Anwar oiii, orang gaji depa hilang pulak dahhh.... haha...

Posted: 15 Aug 2011 11:00 PM PDT

Fitnah Liwat II : Orang Gaji 'Hilang' Boleh Lewatkan Kes

KUALA LUMPUR 14 OGOS : Selepas kemunculan mengejut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor Jumaat lalu untuk ditemubual peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat terhadapnya, mereka masih ada enam lagi saksi termasuk dua orang gaji Indonesia kepada pemilik kondominium, Hasanudin Abdul Hamid.

Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu Malaysiakini, menurut pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira, orang gaji tersebut - Suliati dan Fitria Dipan - sudah pulang ke Indonesia dan polis belum lagi dapat mengesan mereka.

"Pihak pendakwa perlu melaporkan kepada mahkamah esok bilakah pihak pembela dapat menemubual baki saksi-saksi tersebut.

"Pemahaman di mahkamah ialah sehinggalah semua saksi yang ditawarkan kepada pihak pembelaan telah disediakan dan ditemubual, pembelaan Anwar tidak boleh diteruskan. Oleh itu, tanggungjawabnya terletak pada pihak pendakwa untuk menyediakan mereka," tegas Sankara.

Selain dua orang gaji tersebut, seorang lagi saksi yang ditawarkan oleh pihak pembela ialah bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan (atas).

Selasa lalu, mahkamah menolak bantahan pihak pendakwa terhadap kehadiran Anwar ketika bekas ketua polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof enggan ditemubual.

Sehingga ini, pihak pembela telah menemubual 19 saksi termasuk Najib, Rosmah dan Mohd Rodwan yang menjadi aide-de-camp Najib ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri (TPM).

Bagaimanapun Najib, Rosmah, dan Rodwan ketika ditemubual Jumaat lalu, berkata, tidak mahu menjadi saksi pembela dan enggan untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

Peguambela telah menemubual lima saksi beberapa minggu lalu, termasuk bekas atlit negara, Datuk Mumtaz Jaafar (kiri), yang dikatakan rakan karib Rosmah, Khairil Annas Jusoh - bekas pegawai khas Najib ketika menjadi TPM dan Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, yang merupakan orang pertama memeriksa Saiful.

Dr Anantha Raj Daniel dari Hospital Kuala Lumpur dan saudara perempuan Saiful - Saidati - juga telah ditemubual.

Selain Musa dan dua bekas orang gaji Indonesia itu, mereka yang belum ditemubual ialah ibu bekas tunang Saiful, Sharehah Md Salim; jururawat hospital Pusrawi, Yazihan Jusoh, dan pengawal peribadi Anwar, Mohd Rasid Mohd Rosdi.

Umno menari rentak sapa, kan ka setan dah kena tambat... kahkahkah...

Posted: 15 Aug 2011 10:00 PM PDT

Mujahid: Di sebalik fatwa larang baca Al Quran

Mujahid Yusof

Pulau Pinang memang mendapat perhatian yang cukup meluas sejak 2008 tapi malangnya tumpuan media ke Pulau Pinang lebih berniat malafide dan kadang-kadang berbaur fithan dan pembohongan. Paling menarik isu Pulau Pinang ialah berligar di sekitar isu Melayu dan Islam di Pulau Pinang dengan mesej perkauman yang rumusannya ialah tentang penindasan kerajaan Dap ke atas orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang. 

Terkini ialah isu larangan membaca Al Quran dengan menggunakann pembesar suara dari corong mesjid dan surau. Sememangnya telah diduga keputusan dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang tentang isu ini akan mengundang kontraversial dan pastinya menjadi bola tanggung bagi Umno dan sekutunya untuk membidas dan melibas kerajaan negeri mengikut tema serangan media yang sudah ditetapkan oleh sutradara-sutradara di Putrajaya.

Tidak sukar untuk mengenali modus operandi media perdana yang bertaraf longkang di Malaysia ini kerana gaya pemikiran mereka mendatar dan mudah dibaca, apatah lagi latarbelakang perundangan yang mencengkam pengamal media perdana hari ini menyebabkan media di Malaysi tidak berada pada tahap kebebsan yang sepatutnya.

Apapun isu 'larangan membaca Al Quran dari corong pembesar suara mesjid dari pejabat Mufti Pulau Pinang sekali lagi akan menjadi mangsa media yang bagai harimau lapar menanti sahaja peluang yang ada untuk menyerang mangsanya.

Saya memulakan penulisan ini dengan menyentuh pihak media kerana merekalah yang bertanggungjawab untuk mengkaburkan keadaan dan mengeksploitasikan keadaan untuk melaksanakan agenda menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang. Saya kesal kerana isu pokok pandangan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang dalam kes ini telah dikaburkan manakala tambahan 'rempah ratus' menyedapkan golongan pemfitnah terus digembar-gemburkan sehingga asal permasalahan diabaikan. Ini sesuatu yang tidak adil kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang dipesongkan niat asal keputusan itu dibuat.

Saya melihat isu ini dalm perspektif yang objektif kerana asas keputusan itu dibuat jauh dari sebarang kepentingan politik atau campurtangan politik. Kedua, keputusan itu dibuat mengikut kerangka dan proses kerja Jabatan Mufti dan bukan dalam kerangka Exco Agama Pulau Pinang dan jauh sekali Pejabat Ketua Menteri.

Dari awal lagi asas keputusan dibuat tiada unsur kepentingan pentadbiran kerajaan negeri. Jabatan Mufti bertindak di atas kes aduan yang dibuat dan Jawatankuasa Fatwa akan berbincang dengan bantuan unit penyelidikan di Jabatan Mufti dengan merujuk kepada kes yang diadukan.

Dalam hal ini kes yang diadukan ialah hukum penggunaan pembesar suara yang memperdengarkan ayat-ayat Al Quran dari corong mesjid dan surau. Aduan ini juga beralasankan bahawa perbuatan itu 'mengganggu' suasana sekeliling. Jawatankuasa Fatwa bersidang bagi menjawab persoalan ini. Dorongan keputusan di sini jelas datang dari proses biasa apabila sesuatu kes diadukan untuk mendapatkan hukum Islam dalam hal ini.

Kerakusan media 'membelasah' pandangan ini melalui kenyataan-kenyataan yang provokatif telah memburukkan institusi pembuat keputusan dalam Islam dan kedudukan Mufti sendiri sebagai Penasihat Raja-Raja Melayu. Apakah kerana kenyataan keputusan ini datang dari Pejabat Mufti Pulau Pinang maka ia tidak perlu dihormati? Apa bezanya institusi Mufti Pulau Pinang dengan yang lain?

Mengapa Perlis yang sudahpun membuat keputusan larangan ini tidak kecoh dan heboh? Mengapakah Perlis tidak dilabel sebagai negeri yang mahu 'meminggirkan Islam' dengan larangan ini, sedangkan Pulau Pinang dicop demikian. Apa beza larangan yang dibuat oleh Pejabat Mufti Perlis dengan yang di Pulau Pinang?

Adapun beberapa pihak yang mendakwa bahawa YDP Agung tidak dirujuk, mereka jahil tentang proses sesuatu keputusan dibuat. Apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang hanyalah pendapat tentang hukum kes yang dirujukkan, ia belum menjadi fatwa selagi tidak dipersembahkan kepada Agung dan selalunya Agung akan menghormati keputusan Mufti yang lebih arif tentang hukum hakam Islam.

Jawatankuasa Fatwa yang meneliti kes yang dirujuk tidak perlu berbincang dengan YDP Agung, hanya setelah hendak diwartakan barulah perlu mendapat perkenan Agung. Sehingga kini status keputusan hanyalah di peringkat Jawatankuasa dan tidak boleh dikuatkuasakan walaupun tanggungjawab pihak yang terlibat ialah mengormati keputusan.

Merujuk kepada soalan mengapa Fatwa Kebangsaan tidak dimaklumkan, ia adalah satu lagi kejahilan pihak tertentu tentang proses dan hubungan dengan Fatwa Kebangsaan. Sama kesnya dengan Isu "Pengharaman Poco-Poco" Fatwa Kebangsaan tidak dimaklumkan awal tentang keputusan itu, hanya setelah dibincangkan Fatwa Kebangsaan menolak tetapi menghormati keputusan Mufti Perak.

Maknanya penerimaan atau penolakan Majlis Fatwa Kebangsaan terpulang kepada Muzakarah yang dibuat dan jika ditolak ia hanya di peringkat kebangsaan sahaja dan Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan negeri masing-masing. Mengapa peraturan ini tidak dipakai untuk kes keputusan Mufti Pulau Pinang?

Saya belum sempat lagi menulis tentang dalil keputusan larangan yang bagi saya cukup syar'ie dan ada dalil yang kukoh dan perlu dihormati. Janganlah kita kerana tenggelam dengan garis politik sempit dan dendam sanggup membutakan mata kita dengan perkiraan syari'e yang menjadi asas kepada setiap perkara dalam tindak tanduk kita. Malangnya orang Melayu sendiri yang memperbodohkan diri mereka dalam isu ini sehingga tersingkaplah wajah mereka sebenarnya yang kononya menjadi pembela Islam tetapi untuk Pulau Pinang mereka membelasah institusi Islam semahu-mahunya! Saya amat menyokong pandangan Mufti dan syabas kerana berani berkata benar walaupun pahit.

Mujahid Yusof Rawa
MP Parit Buntar
Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional

Fuyoo... kawan Rosmah lagi hebat... haha...

Posted: 15 Aug 2011 09:00 PM PDT

Benarkah rakan karib Rosmah beli kondo mewah USD31 juta?
by paktam

KUALA LUMPUR: Seorang rakan kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, iaitu Taek Jho Low didakwa telah membeli sebuah kondominium mewah di New York dengan harga USD31 juta. Kondominium mewah itu terletak di Time Warner Centre, di mana belian tersebut adalah amaun tertinggi dalam urusan pembelian di penempatan mewah itu.

Sebuah portal berita melaporkan, ahli perniagaan berusia 29 tahun dari Pulau Pinang itu didakwa baru baru ini telah membeli sebuah kondominium serba mewah di New York dengan harga yang sangat tinggi dan mengundang rasa ingin tahu di kalangan ejen-ejen hartanah di sana.

Kebetulan pula, kondo mewah yang dibeli itu terletak cuma 10 minit berjalan kaki daripada tukang emas kesukaan Rosmah, Jacob&Co, di mana Rosmah didakwa membeli sebentuk cincin "cushion-cut" bernilai RM24.4 juta (USD8 juta), kata laporan itu.

Kata laporan itu, dalam kes Rosmah yang tidak begitu gemar bersenam dan suka dibawa dengan kereta, Jacob&Co yang terletak di 48, East 57th Street itu cuma tiga minit jauhnya dengan kereta limousine mewah.

Jho juga mempunyai hubungan sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan beberapa pelaburan-pelaburan penting dan entiti-entiti kewangan, katanya.

Ini termasuklah projek kebanggaan Dato' Seri Najib Tun Razak, 1Malaysia Development Berhad berjumlah RM15 bilion, Terengganu Investment Authority yang bernilai RM10 bilion, UBG yang merupakan bekas cabang perbankan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud, dan firma minyak Timur Tengah PetroSaudi, kata laporan itu lagi.

Beberapa sumber dari industri kewangan, kertas kerja yang kompleks yang mengelilingi firma-firma ini pasti akan memberikan cara yang ideal untuk menyalurkan "wang haram" melalui rangkaian ini, kata laporan tersebut.

Pembelian itu mendapat liputan akhbar New York Post yang melaporkan bahawa seorang rakyat Malaysia yang suka berparti dan dikenali sebagai seorang yang membelanjakan wang seperti wang Monopoly itu telah membayar USD31 juta.

Sebuah perbadanan yang dikaitkan dengan Taek Jho Low yang pernah bergaul rapat dengan Lindsay Lohan, Megan Fox dan Paris Hilton- membeli kondominium mewah itu kira-kira dua minggu lalu, sumber memberitahu NY Post.

Sumber-sumber yang terlibat dalam urusniaga New York itu juga mengesahkan bahawa nama Low dikaitkan dengan entiti yang membeli kondominium mewah itu. Seorang jurucakap bagi Low tidak membalas panggilan apabila dihubungi untuk pengesahan.

Berharga lebih daripada USD 6,400 kaki persegi, rakyat New York masih tidak dapat mempercayai pada harga yang dibayar untuk kondominium itu.

Ia adalah yang paling mahal yang pernah dibayar untuk sebuah unit di 25 Columbus Circle. Unit yang berkenaan juga mempunyai latar belakang yang hebat penyanyi megastar Jay-Z pernah tinggal di situ.

NY Post melaporkan bahawa " sekumpulan wanita Asia yang jelita diikuti oleh lelaki-lelaki berpakaian sut" melawat kondominium mewah itu yang terletak di tingkat 76 beberapa kali semasa rundingan itu berjalan.

Low sendiri melawat harta itu dua tahun lalu, apabila ia mula-mula diletakkan di pasaran untuk dijual.

Kondo sebesar 4825 kaki persegi yang dimiliki oleh Todd Wagner, yang mengasaskan Broadcast. com dengan pemilik Dallas Mavericks Mark Cuban.

Wagner membeli kondo itu untuk USD 27 juta pada tahun 2007 daripada pelabur hartanah Michael Hirtenstein, yang telah menyewa apartmen itu kepada Jay-Z.

Ini bukan kali pertama Low membeli harta bertrofi di Manhattan. Menurut NY Post, tahun lepas, Low membayar harga mencecah USD33 juta untuk kondo mewah yang pernah dimiliki oleh Donald Trump pada 1 Central Park West.

Sembilan bulan selepas Low membeli kondo tersebut, beliau menjualnya untuk hanrga USD30 juta, kerugian yang berjumlah USD3juta.

Sebelum beliau membeli kondo di West Central Park itu, Low membayar USD100,000 sebulan di Imperial Park, yang terletak di 56 West Street. Low juga membelanjakan USD50,000 sebulan untuk ahli-ahli rombongannya untuk tinggal di pangsapuri yang lain.

Pada masa yang sama, Low juga membelanjakan wang lebih daripada USD100,000 beberapa malam di tempat tempat terkenal untuk berparti di kota itu.

Umno Penang mati akai lagu tu jaa... kahkahkah...

Posted: 15 Aug 2011 08:00 PM PDT

Mufti: Larangan guna mikrofon bukan isu politik, tapi arahan Nabi

GEORGE TOWN, 15 Ogos – Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Oleh itu katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

"Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad s.a.w dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya dipetik Bernama Online.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya, banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka bagianda.

"Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

"Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.

Terang bulan di hina lagi... hihi...

Posted: 15 Aug 2011 07:00 PM PDT

Persenda Negaraku di YouTube

SALAH satu video mempersendakan lagu Negaraku yang boleh ditonton di YouTube.

KUALA LUMPUR – Sejak kebelakangan ini terdapat kecenderungan segelintir individu memuat naik video yang didakwa sengaja mempersendakan lagu Negaraku di YouTube.

Tinjauan Kosmo! di laman web berkenaan mendapati ia masih boleh diakses orang ramai dan tidak dialihkan meskipun telah dimuat naik lebih tiga tahun lalu selain telah ditonton lebih 100,000 kali.

Selain video yang memaparkan lagu Negaraku dalam rentak muzik rock, ada juga video yang memaparkan gelagat dua warga asing menyanyikan semula lagu tersebut sambil ketawa sekali gus menyinggung perasaan rakyat negara ini.

Seorang pekerja swasta, Nuratiqah Samad, 25, berkata, dia kecewa dengan tindakan individu terbabit memuat naik video-video berkenaan di YouTube serta menyifatkan tindakan itu sebagai tidak patriotik.

"Baru-baru ini, saya cuba mencari lagu Negaraku di YouTube sempena Hari Kemerdekaan dan terkejut apabila menemui video-video sedemikian.

"Saya kecewa kerana ia boleh diakses dan dilihat di seluruh dunia," katanya kepada Kosmo!.

Bagi jurugambar bebas, Shahrul Hassan, 40, dia marah dengan sikap 'kreatif tidak bertempat' segelintir individu yang mengubah irama lagu Negaraku dan kemudian dimuat naik di laman web tersebut.- Kosmo

Kopi beracun pulak dahh...

Posted: 15 Aug 2011 06:00 PM PDT

Apa hal la ngan negara kita nih, lepaih satu... satu lagi cerita seram yang timbul. Bayangkan kopi beracun pun boleh dijual secara terang terangan.... Dalam pendedahan yang kekononnya eksklusif tu, Berita Harian telah kabarkan tentang kopi beracun yang kebanyakan produk haram tersebut dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Ini telah disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan yang telah mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Aku seperti jugak yang lainnya amat berharap pihak berwajib keluarkan senarai atau nyatakan nama kopi tersebut supaya senang kita tidak terbeli.

Kesian kepada mereka yang memuaskan nafsu sex, tapi diwaktu yang sama membayar untuk memudaratkan diri sendiri. Lagi satu, banyak benda yang memudaratkan diri ni kita tengok balik2 warga asing punya angkara. Bukan ke mana pun kerja diaorang tu kalau tidak ada orang tempatan sendiri yg bagi jalan dan peluang.

Wanita murtad dibogel dan dipukul

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

Wanita Islam Murtad Masuk Kristian Dibogel Dan Dipukul Oleh Orang Ramai

New Delhi, Sekitar 50 orang Islam mengamuk di sebuah gereja menuntut seorang wanita, Selina Bibi agar bertaubat dan masuk semua ke dalam Islam. Mereka mengugut untuk membakar gereja tersebut jika waniat itu enggan memeluk bertaubat.

Sebelum itu Selina Bibi telah dibogelkan oleh 2 orang wanita muslim yang datang bersama sekumpulan orang ramai ke rumahnya bagi melihat tanda dia telah menjadi Kristian. Mereka percaya seorang muslim yang murtad menjadi kristian akan terdapat tanda pada tubuh badannya.

India bukanlah sebuah negara Islam tetapi rakyatnya akan segera bangun jika ada orang Islam yang murtad. Berlainan bagi negara kita kini yang didakwa sebagai sebuah negara Islam tetapi apabila penguatkuasa agama yang memang ada peruntukan undang-undang mencegah murtad membuat pemeriksaan di geraja riuh satu negara. Itu baru buat pemeriksaan dan bukannya serbuan kasar atau tidak beradab.

Kita hanya mengambil isu murtad sebagai modal untuk mencari siapa salah samada kerajaan atau pembangkang sedangkan isu ini bukanlah masalah samada pembangkang atau kerajaan yang bersalah. Ia adalah masalah keseluruhan umat Islam di negara kita yang perlu mencari jalan penyelesaian dan menampal segala kelemahan yang ada.

Walau bagaimanapun Kerajaan perlu memikul semua tanggung jawab tersebut kerana rakyat telah mengamanahkan mereka untuk menerajui negara. Dan tidak lupa juga Majlis Raja-Raja dan Agong yang menjadi penaung dan berkuasa penuh dalam hal ehwal agama perlu aktif menangani masalah ini.

Buat semua pejuang Islam

Posted: 15 Aug 2011 04:00 PM PDT

Berjuang Bukan Mengisi Masa Lapang
Oleh ppdcgroup

"Firman Allah di dalam Al-Quran dalam surah at-taubah yang bermaksud: 41. pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Dalam meneruskan agenda yang telah dibawa oleh junjungan mulia Nabi S.A.W, marilah kita sama-sama muhasabah agar meneliti kembali sikap dan tindakan kita dalam membantu perjungan Islam ini. Adakah kita sekadar meletakkan nama dalam senarai pejuang-pejuang Islam padahal nama itu tidak wujud di sisi Allah sedikit pun. Mungkin kerana niat yang tidak betul atau kerana bekerja diwaktu senang semata-mata.

Dalam ayat yang dinyatakan tadi berkait juga dengan sahabat-sahabat Nabi yang mengikuti perjuangan Nabi dalam meneruskan dakwah samada di mekah atau di Madinah. Apabila Nabi menyeru sahabat-sahabat supaya menuju ke Tabuk untuk menghadapi suatu peperangan, ada beberapa orang di kalangan sahabat yang tertinggal daripada mengikuti Nabi ke Tabuk.

Antara sahabat yang tertinggal adalah Kaab Bin Malik, Murarah bin Al Rabi' Al Amri dan Hilal Bin Umayyah al Waqifi. Ketiga-tiga sahabat ini telah dipulaukan oleh Rasulullah S.A.W setelah pulang daripada Tabuk. Abu khaithamah R.A juga salah seorang yang ditinggalkan. Namun, ketiga beliau termenung di pintu khemah lalu berkata, "Tidak patut bagi aku bersenang lenang dilayan dan dihidangkan makanan oleh isteri sedangkan nabi dan sahabat yang lain berada di bawah panas terik". Memang perjalanan ke Tabuk adalah perjalanan yang sukar kerana cuaca yang sangat panas ketika itu yang memecahkan bibir-bibir mereka dan tumit-tumit mereka.

Di sini menunjukkan kepada kita bahawa berjuang dalam menegakkan islam ini bukan aktiviti mengisi masa lapang. Ianya memerlukan pengorbanan masa, tenaga, fikiran, harta dan sebagainya kerana ganjaran bagi mereka yang benar-benar berjuang dan memperdagangkan harta dan diri mereka kepada Allah mendapat ganjaran yang sangat besar.

Allah menceritakan di dalam al-Quran dalam surah al-saff yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.

Dalam ayat di atas cukup untuk kita memahami kurniaan yang sangat besar dikurniakan oleh Allah bagi mereka yang memenuhi tuntutan tersebut. Kita perlu memahami di kalangan orang yang berjuang itu, ada yang menepati janji mereka untuk menolong agama Allah, namun ada di kalangan mereka yang hilang keikhlasan kerana sesuatu perkara.

Firman Allah di dalam surah al-Ahzab yang bermaksud:

"Di antara orang-orang Yang beriman itu, ada Yang bersikap benar menunaikan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada Yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada Yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa Yang mereka janjikan itu) sedikitpun." (al-Ahzab,23)

Apabila golongan daripada madinah datang bertemu Nabi menyatakan keislaman mereka bahkan termasuk di dalamya muslimat yang bersama dengan perjuangan ini telah berbaiah kepada Rasulullah S.A.W. Menurut riwayat Imam Ahmad:

Dari Jabir R.A "kami bertanya : wahai Rasulullah di atas dasar apakah kami berbaiah?" Sabda Rasulullah S.A.W : "Di atas dasar mesti dengar dan taat samda dimasa cergas atau malas, bersedia untuk berbelanja dimasa susah atau senang, di atas dasar menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Di atas dasar bangun menegakkan agama Allah dan tidak menghiraukan celaan orang yang mencela dan membari pertolongan kepada aku apabila aku tiba kepada mu, kamu mempertahanakan aku sebagaimana kamu mempertahankan diri kamu dan anak-anak kamu dan jika kamu melakukan itu, nescaya diberikan untuk kamu syurga.

Oleh yang demikian, pejuang-pejuang Islam perlu kepada muhasabah diri masing-masing agar meneliti kembali amal-amal yang telah dilakukan termasuk yang kita sedang laksanakan benar-benar ikhlas kepada Allah dan yang lebih penting bukan hanya kita malakukanya sewaktu senang. Dalam melaksanakan kerja-kerja islam dan sebagai 'amilin' perlu mengorbankan banyak perkara demi perjuangan ini di mana hanya kita yang mengetahui perngorbanan itu. Orang lain tidak boleh mengukur pengorbanan yang kita lakukan dan kita pula perlu mengukur pengorbanan itu dengan perjuangan sahabat-sahabat nabi.

Bagi mereka yang terlibat dengan perjuangan ini dalam usia yang masih muda perlulah bersyukur kerana Allah memilih mereka terlebih awal. Mereka terpaksa mengorbankan masa muda mereka dengan perjuangan ini di saat orang lain bersuka ria dan menikmati masa muda mereka dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Mereka yang masih muda pula bergelomang dengan kesusahan dan ujian dalam usia yang tidak matang dan di zaman Nabi juga wujud individu yang seperti ini. Mus'ab Bin umair yang terpaksa meninggalkan kesenangan dunia dan keluarga hanya kerana mengikut Nabi Muhammad S.A.W.

Bagi mereka yang dipilih oleh Allah untuk menyertai perjuangan ini dalam usia yang agak lewat perlu sedar bahawa mereka sangat hampir dengan Syurga Allah. Oleh itu, jangan sekali-kali berlengah-lengah dalam melaksanakan tangungjawab dalam jamaah kerana menanguh-nangguh dalam melaksanakan tugas itu adalah FUTUR(golongan tercicir) yang paling ringan. Oleh kerana perjuangan bagi memenangkan perjuangan islam ini luas dan tidak semestinya dengan peperangan, maka setiap saat perlu kita melakukan sesuatu untuk perjuangan ini tanpa meninggalkan perkara-perkara wajib lain yang perlu kita tunaikan.

Bukan bermakna kita perlu meninggalkan segala-galanya untuk perjuangan ini tetapi memikirkan kembali amal-amal yang dilakukan sudah layak untuk mendapat kurniaan yang telah dijanjikan oleh Allah. Allah tidak bertanya akan kemenangan tetapi usaha yang kita lakukan. Namun, orang yang berjuang akan diuji sehebat-hebatnya bagi menapis mereka yang benar-benar menunaikan janjinya kepada Allah.

Semoga sedikit penulisan di atas memberi makna yang cukup besar khususnya kepada pejuang-pejuang Islam dan terus menjalankan tugas di mana kita ditempatkan.

Tiada ulasan: