Selasa, 16 Ogos 2011

otaiblues

otaiblues


Bila bercakap ikut sedap mulut...jadi lah kita umpama orang bodoh tak ada akai...atau sememangnya tak ada akai...

Posted: 16 Aug 2011 11:36 AM PDT

Bercakap biarla ada nas atau dalil atau bukti...lebih lebih lagi jika ianya berkaitan dengan ke ugamaan...
Bercakap tentang hukum agama tidak berlandaskan logik akal semata mata..tetapi kena belajar..bukan setakat kenal huruf..malah banyak lagi yangperlu di ketahui...

Untuk bercakap..semua orang pandai..lebih lebih lagi setakat nak perlekehkan seseorang.... Perhatikan la ape yang mamat ni merapu tentang hukum atau sunnah nabi...

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Satu demi satu amalan agama dan tradisi umat Melayu Islam di negara ini bakal tergadai sekiranya tiada pihak mahu mempertahankannya semata-mata kerana mengejar kepentingan politik pihak tertentu.

Dalam isu terbaru berkenaan larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara yang disokong oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perkara itu jelas membuktikan undi rakyat adalah lebih penting daripada mempertahankan akidah Islam.

Justeru katanya, adalah lebih baik pemimpin Pas menukar slogan perjuangan mereka kepada 'Berjuang Demi Undi' yang memberi maksud 'Aku mesti menang walaupun Islam kalah'.

''Nampaknya hujan sudah naik ke langit. Agaknya Menteri Besar Kelantan dan pemimpin Pas lain tidak lagi berhasrat menggunakan pembesar suara apabila memberi tazkirah atau program qiyamullail di masjid atau surau walaupun jumlah jemaah ramai," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini. 

Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat 7 April lalu memutuskan, membaca al-Quran dengan pembesar suara di masjid dan surau adalah dilarang mengikut hukum syarak. 



Nota kaki..


Itu la sebab nya...biarkan orang ahli agama bercakap mengenai hukum hakam agama..
Seperti mamat ni...tersangat jauh pergi percakapan nya dengan isu yang ada..
Ini lah yang dinama kan mempolitikan agama.
Alim ulama telah menguarkan fatwa.berdasarkan hukum juga sunah nabi...kenapa nak mempertikaikan lagi?
Klau dia hebat...tentunya dia adalah salah seorang ahli majlis fatwa...bukan nya ahli politik...
Sabar je la...
Lagi dia bercakap...bertambah tambah la nampak ke bebalan nya dalam agama..


Tak faham ke dia tentang pe yang telah tertulis?.



Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat 7 April lalu memutuskan, membaca al-Quran dengan pembesar suara di masjid dan surau adalah dilarang mengikut hukum syarak. 


Piang sungguh......

Pak Mat yang malang..Pusat zakat, JKM Butterworth sila ambil tindakan..

Posted: 16 Aug 2011 10:54 AM PDT

Kasihani la warga emas ini..Dah bertahun berada didalam keadaan susah.layak di panggil fakir..berkerja menebang pucuk nipah untuk di buat daun pembalut tembakau... Sehari banyak mana la yang dia dapat buat...
Telah berumur 72 tahun,,hidup keseorangan..tiada anak dan tak pernah pun berumah tangga.. saudara mara pun tiada..
harta yang  ada hanyalah sebuah basikal buruk..sebuah pondok buruk dan nyawa yang telah di hujung jalan..
Kepada yang mampu hadiahkan sedikitkesenangan yang ada kepada insan ini..
Untu mencari nya bukan la sesusah mencari jarum didalam timbunan jerami...hanya datang ke Kg Titi Mukim..Telok Air Tawar Butterworth..pasti anda akan terjumpa sebuah pondok buruk di sebelah Dewan Serbaguna Tii mukim.
Aidil fitri bakal menjelma..apa kata...kepada yang mampu...ceriakanlah warga emas ini...
Telah bertahun tahun dia menantikan Jabatan Kebajikan datang melawatnya...juga telah bertahun dia menunggu pusat zakat menghulurkan bantuan...hampa....
Kesian kat dia.....

Tiada ulasan: