Rabu, 10 Ogos 2011

shalehudin

shalehudin


Mayat ditemui dengan kesan kelar di leher

Posted: 10 Aug 2011 11:00 AM PDT

Lelaki Myanmar mangsa culik ditemui mati

GEORGE TOWN: Lelaki Myanmar yang dilaporkan hilang dipercayai diculik sejak dua hari lalu, ditemui mati di kawasan berbukit, Bukit Tengah, Seberang Perai awal pagi tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu yang ditemui dengan kesan kelar di leher kira-kira jam 3 pagi, adalah susulan penangkapan tiga suspek semalam.

Mangsa yang bekerja sebagai juruteknik elektrik dilaporkan hilang selepas keluar rumah untuk urusan kerja pada Isnin selepas menerima panggilan telefon kira-kira jam 2 pagi.

"Isteri mangsa sudah membuat laporan polis apabila suaminya tidak pulang ke rumah susulan panggilan telefon daripada penculik meminta wang tebusan RM30,000 yang kemudian dikurangkan kepada RM10,000," katanya kepada pemberita, di sini.

Hasil maklumat awam, polis menahan tiga suspek yang membawa kepada penemuan mayat mangsa, selain lapan lagi lelaki warga Myanmar dan rakyat tempatan di sekitar Bukit Mertajam dan George Town bagi membantu siasatan, katanya.

Ayob berkata kejadian dipercayai bermotifkan dendam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Malaysia ni negara pengekspot dadah ka?

Posted: 10 Aug 2011 09:54 AM PDT

Syabu: 5 rakyat Malaysia ditahan di Australia

KUALA LUMPUR: Lima warga Malaysia, termasuk seorang daripadanya dipercayai ketua sindiket pengedaran dadah antarabangsa, ditahan di Sydney dan Melbourne selepas disyaki cuba mewujudkan rangkaian pengedaran syabu di Australia.

Menurut sumber Polis Persekutuan Australia (AFP), turut dirampas syabu bernilai kira-kira RM12 juta bersama mereka, dipercayai diseludup dari Malaysia.- Berita Harian

Sib baik la Anwar dibisukan... kahkahkah...

Posted: 10 Aug 2011 08:10 AM PDT

Anwar Ibrahim dah kena penaya banyak kali sangat dah... tak dak dalam sejarah politik bangsa Umno seorang yang disabitkan dengan pelbagai tuduhan moral dan diaibkan dengan begitu dahsyat sedahsyat Anwar Ibrahim.

Tapi susuk bernama Anwar ini terus cekal dan tabah, terkini Mahkamah telah membenarkan beliau menemuramah 25 orang saksi termasuk Najib dan Rosmah serta kuncu kuncu mereka. Tapi bagaimanapun keadilan perundangan negara teruji lagi bila dia tak dibenarkan hadir semasa temubual dijalankan kelmarin oleh pihak pendakwaraya. Punya takutnya depa dengan kelibat manusia bernama Anwar nih... kahkahkah...

Tapi kini Anwar telah dibenarkan hadir oleh mahkamah semasa sesi temubual tapi dengan bersyarat Anwar tak leh bertanya soklan atau dengan kata lain telah dibisukan... haha... Sib baik la Anwar dibisukan, kalau tidak akan ada la yang terkencing dalam seluaq nanti... kahkahkah...

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu setelah mendengar penghujahan kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan pagi ini. Katanya tertuduh mempunyai hak untuk hadir semasa temubual berkenaan.
Peguam Karpal Singh (kanan) kemudiannya memberitahu wartawan dengan perintah mahkamah itu, semua saksi perlu hadir ke mahkamah sebagaimana dikehendaki pihak pembelaan.

"Anwar akan hadir sama (semasa temu bual) dan beliau mempunyai hak untuk mendengar temu bual dan pegawai penyiasat (IO) kes ini akan membantu kami untuk mengendalikan temu bual dengan 10 daripada saksi berkenaan sudah berada di sini hari ini," kata Karpal Singh.

Bercempera habih la hampa Umno oiii... kahkahkah...

Posted: 10 Aug 2011 05:52 AM PDT

Perang besar setiap bahagian, kes calon nama calon

Oleh Tok Non

Presiden UMCO, Datuk Seri Najib dilaporkan sudah minta cadangan nama calon dari setiap bahagian UMCO di Kedah. Bahagian boleh cadang sebanyak nama pun untuk setiap kerusi DUN atau parlimen, tapi nama yang nak kena hantag kat Najib mesti ikut susunan keutamaan. Maknanya hak yang ada peluang paling besar untuk menang paling atas.

Masalah yang timbul ialah siapa yang nak nilai calon tersebut disukai ramai rakyat? Maka bermulalah peperangan dalam UMNO.

Ada yang cadang AJK bahagian buat keputusan, ada yang cadang serah kepada Ketua Bahagian, ada yang mahu cawangan juga diberi hak mencadang, ada yang cadang semua ahli UMNO dalam bahagian terbabit mengundi.. macam-macam cadangan dok ada, ada setuju ada bantah. Bercempera habih UMNO.

Itu baru cerita 'cara' nak pilih calon, dah bergasak. Tunggu tengoklah kalau calon dah diputuskan nanti, jenuh bertumbuk. Memang begitulah adatnya parti yang sudah tua memegang kerajaan terlalu lama.. sampailah saat kehancurannya.

Lelaki amuk tembak kekasih

Posted: 10 Aug 2011 03:30 AM PDT

BEBERAPA anggota polis melakukan sekatan jalan raya dekat lokasi kejadian seorang lelaki mengamuk di Copley, Ohio kelmarin.

COPLEY, Ohio - Seorang lelaki menembak mati lapan orang termasuk kekasihnya sebelum dia mati ditembak oleh polis, kata pihak berkuasa.

Lapan orang termasuk lelaki yang mengamuk itu mati dalam kejadian tersebut. Beberapa saksi memberitahu wartawan, sekurang-kurangnya seorang mangsa yang mati ialah kanak-kanak. Polis tidak mengetahui motif kejadian dan tidak mendedahkan nama lelaki yang mengamuk tersebut termasuk umurnya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 11 pagi waktu tempatan kelmarin di kawasan penduduk kelas pertengahan di sini. Menurut Jabatan Polis, seorang lelaki berlari ke kawasan penduduk dan melepaskan tembakan menyebabkan polis dipanggil ke tempat kejadian.

Di sebuah rumah, lelaki itu menembak mati kekasihnya, berlari ke rumah jirannya dan menembak mati adik kekasihnya serta empat yang lain. Menurut polis, lelaki itu kemudian mengejar dua orang dan menembak salah seorang daripada mereka.

Lelaki bersenjata itu kemudian pergi ke rumah ketiga dan menembak seorang lagi sebelum mati ditembak anggota polis. - AP

Tak baik woii hampa dok tuduh Mahathir... kahkahkah...

Posted: 10 Aug 2011 02:00 AM PDT

Mahathir: Menghancurkan Umno
Oleh: bumiperak

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa ada usaha sedang dibuat untuk melemah dan menghancurkan Umno dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 13. "Kononnya saya di belakang gerakan untuk menaikkan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) mengganti (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)," kata beliau.

Dr Mahathir berkata demikian dalam artikel bertajuk 'Menghancurkan Umno' di dalam blognya, chedet.cc/blog sebagai ulasan terhadap laporan FMT minggu lalu. "Strategi pihak tertentu ini ialah dengan membuat tuduhan bahawa perjumpaan NGO ini sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan Najib, dan saya dan Muhyiddin adalah dalang yang bertanggungjawab.

"Tentulah Najib akan mempunyai syak wasangka terhadap kami berdua dan NGO berkenaan," kata mantan perdana menteri itu merujuk kepada Pertubuhan Bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) yang dilaporkan mahu Najib meletak jawatan.

Kedudukan Najib tergugat

Menurut laporan tersebut, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Umno tergugat. Sumber dalaman Umno mendakwa bahawa sokongan ahli parti diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan restu daripada Mahathir.

Mengulas lanjut laporan ini, Dr Mahathir berkata bahawa laporan tersebut akan melemahkan Umno dalam persediaan menghadapi PRU 13.

"Kesan dari laporan ini tentulah kecurigaan Najib terhadap timbalannya. Apabila Najib mempunyai sangkaan buruk terhadap Muhyiddin maka ahli-ahli UMNO pun akan berpecah dan memihak kepada Presiden atau Timbalan Presiden.

Dr Mahathir berkata dakwaan itu sekaligus menakutkan Penawar dan NGO lain kerana akan disyaki oleh Najib untuk menjatuhkannya. "Mereka juga akan terdedah kepada tuduhan yang mereka adalah orang Mahathir dan Mahathir ingin menjatuhkan Najib," katanya, menambah laporan sebegitu juga akan menyebabkan orang Melayu takut berpolitik.

Alasan yang diberi beliau: "Mereka akan terdedah kepada dakyah parti lawan yang memang pun ingin melihat mereka berpecah dan menjadi lebih lemah serta tidak dapat mempertahankan kepentingan orang Melayu sama sekali.

"Pergolakan akan berlaku secara serius dalam Umno dan ia akan menjadi lebih lemah untuk menghadapi PRU 13."

Beliau secara sinis mengucapkan tahniah kepada pihak-pihak berkenaan yang "begitu cekap mengguna psikologi untuk menghancurkan Umno dengan menimbulkan keraguan dan syak wasangka antara pemimpin-pemimpin Umno serta ahli-ahlinya sesama sendiri dan terhadap kepimpinan Umno sekarang.-KL-today

Berpeluh dahi la Najib... kahkahkah...

Posted: 10 Aug 2011 01:00 AM PDT

Pakatan mampu rampas 100 kerusi Parlimen


Aidila Razak
Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu mungkin melonjakkan pungutan kerusi bagi Pakatan Rakyat daripada 75 sekarang kepada 100 pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis politik Wong Ching Huat.

Pada seminarnya di Universiti Monash, Sunway hari ini, Wong yang juga ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata peralihan sokongan itu adalah kerana reaksi rakyat terhadap tindakan kerajaan BN yang mengubah sentimen mereka di sejumlah 55 kerusi marginal yang dimenangi kedua-dua pihak.

"BERSIH telah meningkatkan peluang Pakatan di 20 kerusi yang dimenang tipis oleh BN dan memperkuatkan kedudukan Pakatan di 33 kerusi (marginal) milikinya sebelum ini," katanya.

Wong berkata jumlah berkenaan adalah hasil rumusannya berdasarkan demografik pengundi dan corak pengundian pada pilihan raya umum 2008 dan juga beberapa pilihan raya kecil yang lalu.

Beliau juga menjangkakan corak yang sama akan berlaku di kerusi-kerusi milik calon Bebas seperti di Wangsa Maju, Nibong Tebal dan Bayan Baru yang terletak di kawasan bandar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Berdasarkan perkiraannya juga, beliau menjangkakan Datuk Ibrahim Ali akan hilang kersi parlimennya di Pasir Mas di Kelantan.

Selain itu, Wong juga menjangkakan PSM akan mengekalkan kerusinya di Sungai Siput, yang dimenangi dengan majoriti kecil berikutan penahanan ahli parlimennya Dr D Jeyakumar yang ditangkap mengikut Ordinan Darurat.

"Secara demografik ia adalah kerusi yang bahaya (untuk Jeyakumar) tetapi penahanan itu telah memberi manfaat kepada Jeyakumar, terutamanya undi simpati. Beliau akan terus mendapat undi masyarakat India dan menang dengan lebih selesa," katanya kepada Malaysiakini selepas seminar itu.

Katanya dua kerusi milik SAPP lebih sukar diramalkan.

Wong juga berkata Pakatan dijangka akan mengekalkan secara marginal kersi di Sibu, Kuantan dan Indera Mahkota, tetapi bukan kerana BERSIH 2.0 tetapi isu lain seperti kilang pemprosesan bumi nadir Lynas, khususnya di Pahang.

Perkasa kalau pasai berlakon memang tak leh lawan punya... haha...

Posted: 10 Aug 2011 12:00 AM PDT

Perkasa 'berlakon' dedahkan peranan Israel dalam PDRM- Azmizam

(Oleh: Ahmad Fadli)
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dianggap berpura-pura mendedahkan peranan Israel dalam pasukan Polis di Raja Malaysia, kata Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Azmizam Zamanhuri.

Beliau mengulas tindakan NGO itu membuat laporan polis pada 4 Ogos lalu, mendakwa penyelewengan dan penglibatan pihak Israel dalam kontrak PDRM.

"Saya percaya mereka cuba untuk menonjolkan Perkasa sebagai sebuah pertubuhan yang neutral dan kononnya tidak berpihak kepada mana-mana pihak.

"Namun, kita percaya orang ramai tetap tahu Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang amat intim dengan Umno kerana Presidennya sendiri, Ibrahim Ali adalah bekas ahli Umno," katanya.

Menurut Azmizam, isu mengenai hubungan Israel dan polis telah dibongkar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat sejak lebih setahun lalu sehingga menyaksikan Anwar digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat.

"Kalau Perkasa hendak buat laporan tentang elemen Israel dalam PDRM, Pakatan Rakyat dah lama dedahkan," katanya ketika dihubungi.

Perkasa minggu lalu mendesak siasatan dijalankan ke atas dakwaan berhubung penyelewengan dan penglibatan pihak Israel dalam kontrak PDRM.

Dalam laporan polisnya, ketua pemuda pertubuhan itu, Irwan Fahmi Ideris berkata siasatan itu perlu dijalankan ke atas dakwaan pengagihan dan pemberian projek melibatkan polis Bukit Aman.

Laporan polis itu dibuat selepas lebih setahun Datuk Seri Anwar mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan polis yang telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Anwar pada April tahun lalu membongkar penglibatan syarikat berkenaan melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

Kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC dan berpengkalan di Israel.

Ahli akrobat China berjalan antara dua belon

Posted: 09 Aug 2011 11:00 PM PDT

DETIK MENCEMASKAN...Saimaiti menyeberangi tali yang diregangkan di antara dua belon panas di Hunan, semalam.

CHANGSHA (Hunan): Ahli akrobatik terkemuka China, Saimaiti Aishan, berjaya berjalan di atas tali sepanjang 15 meter yang diregangkan di antara dua belon panas di atas ketinggian 30.5 meter (100 kaki), semalam.

Lelaki keturunan Uighur berusia 27 tahun itu melakukan aksi ngeri berkenaan sebagai persediaan awal untuk cuba mencipta rekod baru dunia dengan berjalan di atas tali yang diikat pada belon panas pada ketinggian 198 meter (650 kaki).

Dalam percubaannya semalam, Saimaiti dilaporkan berdepan beberapa masalah, memaksanya duduk seketika di pertengahan laluan.

Tindakan itu dibuat bagi membolehkan Saimaiti mengatasi masalah pada kayu pengimbangnya.

Sebaik saja dia berjaya melintas, orang ramai yang berkumpul menyaksikan lagak ngeri itu memberikan tepukan gemuruh.

Orang ramai kemudian cemas apabila Saimaiti tergelincir sedikit ketika dia meraikan kejayaannya tiba di bakul belon panas berkenaan.

Ekoran kejayaan itu, Saimaiti cuba pula berjalan pada ketinggian 100 meter atau separuh daripada ketinggian akhir yang ingin dicubanya bagi membolehkan namanya dicatat dalam Guinness World Record untuk kali keempat. Bagaimanapun, Saimaiti yang digelar Putera Tali Regang itu gagal dalam percubaannya.

Menurut media, Saimaiti adalah generasi ketujuh daripada keluarga aksi lagak ngeri Uighur yang memang sering mempamerkan kebolehan akrobatik mereka dengan berjalan di atas tali. - MOL

Kek lapis Sarawak ada babi

Posted: 09 Aug 2011 10:30 PM PDT

Jualan kek lapis Sarawak jatuh merudum

KUCHING: Industri kek lapis Sarawak yang sebelum ini menjana pendapatan tinggi usahawan bumiputera wanita negeri ini serta sinonim dengan imej pelancongan Sarawak kini berdepan masa depan yang gelap sehingga ada menghadapi prospek gulung tikar.

Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit berkata, walaupun jaminan sudah diberi mereka tidak menggunakan 'Golden Churn Creamy Butter' tetapi pelanggan masih mempunyai persepsi negatif terhadap produk keluaran mereka.


Beliau berkata ada peniaga yang sanggup menyamak peralatan membuat kek lapis mereka bagi mengembalikan keyakinan pelanggan namun masih gagal untuk menyakinkan pelanggan Islam.

"Semalam seorang pengedar kek lapis Sarawak dari Selangor menghubungi saya menangis kerana diugut oleh seorang pelanggan yang menyatakan bahawa kek lapis Sarawak adalah kek babi dan sesiapa menjual akan dipenjarakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. -Bernama

Dr M: Congrats for ‘destroying’ Umno

Posted: 09 Aug 2011 10:00 PM PDT

RK Anand

Responding to a FMT report, Mahathir says that certain quarters may have sown the seeds of suspicion among Umno leaders and members.

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad has responded to the speculation that he is once again working backstage to bring the curtain down on another political career – that of his protege Najib Tun Razak.

The former premier complained about a FMT report which portrayed him as being the force behind the alleged move to replace Najib with current number two Muhyiddin Yassin.

Mahathir also congratulated those who had expertly used psychological tactics to "destroy" Umno and sow suspicion among party leaders and members.

The former Umno president said that efforts were underway to weaken the ruling party ahead of the next general election.

Last week, FMT reported that Penawar, an organisation comprising former Umno MPs, had voiced dissatisfaction over Najib's leadership and wanted him to step down.

The next day, Penawar's head, Aziz Shamsuddin, a former political secretary to Mahathir, had denied the report, despite refusing to comment the day before.

'Najib may be suspicious of Muyiddin and me'

Mahathir, credited with playing a key role in ousting former premier Abdullah Ahmad Badawi and prior to that, ending the careers of three deputy prime ministers during his 22 year reign, said the FMT report would lead Najib to doubt Muhyiddin and him.

He warned that if Najib suspected Muhyiddin, Umno would crack, with some backing the president and others throwing their weight behind Muhyiddin.

"The strategy was to claim that Penawar held its meeting to undermine Najib and that Muhyiddin and myself were the hidden hands. Of course, Najib would become suspicious of us and Penawar.

"The report also spooked Penawar and other NGOs that Najib would be suspicious of their meetings and expose them to the accusation that they were Mahathir's people," he added in a blog posting.

Mahathir said such reports would make the Malays afraid of politicking and the opposition would achieve its aim of seeing the race becoming disunited and not being able to defend its rights.

'Malay or Malaysian first'

The former premier also noted that a reporter had recently asked Najib if he was a Malay or Malaysian first, landing the latter in a spot.

Mahathir alleged that the question was deliberately posed to put Najib in a dilemma.

"If he had answered that he was more Malay, then he would be called a racist just like how Muhyiddin and myself were accused. And if he had said 'Malaysian', then he would be seen as not sharing the view of his deputy," he said.

"Najib replied that he did not want to be seen as not being on the same page with his deputy, and this indirectly meant that he was more Malaysian unlike Muhyiddin. Surely, this would strain ties between the two Umno leaders," he added.

According to Mahathir, the same question must be posed to all Malaysians as well as politicians and NGO leaders.

Commenting on him being labelled as an ultra Malay, the former premier asked if only the Malays had benefitted from all the development and reaped the riches during his tenure.

EXCLUSIVE isu murtad: Bukti ditemui dalam tong sampah

Posted: 09 Aug 2011 09:00 PM PDT

Fazy Sahir

FMT turut menerima tentatif program serta kertas soalan sebagai bukti dakwaan mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut agama Islam.

PETALING JAYA: Di sebalik kontroversi yang membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya minggu lalu, kini terdapat bukti yang menjelaskan keadaan sebenar pada majlis makan malam tersebut.

FMT turut menerima tentatif program serta kertas soalan bersifat 'menguji pengetahuan' dalam bahasa Malaysia dan Inggeris – sebagai bukti dakwaan mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut agama Islam.

Soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al- Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.

Kertas dua halaman yang mengandungi 12 soalan itu didakwa diberikan kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh penganut agama Islam.

Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.

Antara soalan itu adalah 'Apakah maksud perkataan Islam, Muslim, Quran? Apakah enam perkara iman seseorang Muslim, solat lima waktu dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad dan tahun bilakah Nabi Muhammad dilahirkan.

Berapa banyak Surah dalam Al-Quran? Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan kenapa orang Islam bersalam menggunakan sarung tangan?

Pendedahan itu dibuat oleh Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain yang mendakwa kepingan-kepingan kertas soalan itu ditemui dalam sebuah tong sampah.

Sambil mempertahankan tindakan Jais yang memeriksa gereja terbabit Dzulkhaini berkata turut menjadi tanda tanya apabila kertas soalan seperti itu diagihkan dalam majlis makan malam yang dikatakan untuk membantu golongan tidak bernasib baik dan memerlukan.

"Ketika kejadian itu terdapat kira-kira 100 orang dengan nisbah kehadiran satu perlima daripadanya adalah penganut Islam; 12 orang dewasa (tiga lelaki, sembilan wanita) dan lapan kanak-kanak," katanya.

Beliau memberitahu apabila Jais masuk ke dalam, kertas soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke dalam tong sampah.

"Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Apabila masuk tong sampah, Jais sita untuk dijadikan maklumat (bukti) di mahkamah.

"Malah bila mereka ini keluar seorang demi seorang, Jais meminta kad pengenalan (IC) untuk dilihat. Jais tidak ambil kad pengenalan daripada kanak-kanak memandangkan mereka tidak ada IC. Tindakan Jais ini benar.

"Tidak berlaku mereka (Jais) pecah pintu, hal itu berlaku diluar gereja, dengan sasaran (orang). Namun masih ada yang melemparkan fitnah mengatakan Jais pecah pintu dan berlaku kekasaran," jelasnya.

Nyanyian "Alhamdulillah", "Allahuakhbar "

Sementara itu, didapati tentatif program makan malam tersebut turut diselit nyanyian berupa lagu – Alhamdulillah dan Allahuakhbar.

Melalui penelitian FMT, program bermula jam 6.30 petang, Rabu lalu dan sepatutnya berakhir jam 9.55 malam seperti yang tersedia dalam tentatif program itu.

Turut diselitkan dalam tentatif program berkenaan ialah ucapan aluan daripada Paderi Kanan DUMC Daniel Ho serta beberapa pembentangan kertas kerja projek oleh beberapa peserta.

Kemudian bermulalah nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahuakhbar' dan sesi sembahyang yang diakhiri dengan nyanyian lagu 'Sejahtera Malaysia'.

"Adakah ini ada sangkut-paut dengan 'thanksgiving' dan 'methodist'? Mengapa ayat-ayat yang diharamkan digunakan oleh orang bukan Islam dalam enakmen agama bukan Islam (kawalan perkembangan agama lain dikalangan orang Islam 1988).

Sesudah itu, pada pukul 9 15malam, berlaku satu upacara sembahyang 'intercession' iaitu gaya sembahyang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan Tuhan mereka.

"Ingat pada masa itu ada 20 penganut agama (Islam) kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak, akidah mereka? Terpesongkan?

"Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Iislam, mengapa orang Kristian methodist perlu melakukan perkara ini?," soal Dzulkhaini.

Pada Rabu lalu media melaporkan Paderi Kanan DUMC Daniel Ho menjelaskan bahawa majlis makan malam di gereja terbabit adalah dianjurkan atas semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

Depa bagi kat geng depa jaa...

Posted: 09 Aug 2011 08:00 PM PDT

Orang kaya dapat komputer riba percuma 1Malaysia
Oleh: amkns

Saya terpanggil untuk membuat aduan di ruangan ini mengenai pembahagian mini LAPTOP 1MALAYSIA YANG HANYA DI BERIKAN KEPADA ORANG YANG BERADA, IBUBAPA YANG BERKERJA DI KERAJAAN SEPERTI GURU DAN SEDARA MARA SI PEMBERI?

Kenapa hal begini berlaku sedangkan ramai lagi remaja sekolah yang miskin anak yatim dan piatu tidak di berikan?

Adakah ini arahan dari pihak kerajaan atau pihak tersebut yang mengadakan arahan?

Saya rasa amat terkilan kerana kebanyakan yang mendapat bantuan adalah anak-anak guru dan golongan yang berada. Saya berharap hal ini dapat di selesaikan secepat mungkin.

Terima kasih. By: hamba allah


**********************************

Aduan Rakyat Online - August 8th, 2011

Pembahagian mini laptop yang tidak adil http://www.aduanrakyat.com.my/pembahagian-mini-laptop-yang-tidak-adil

29,200 TERIMA NETBOOK 1MALAYSIA PASIR PUTEH

31 Mei - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Timur memperuntukkan lebih RM29 juta untuk agihan komputer riba Netbook 1Malaysia secara percuma kepada 29,200 pelajar sekolah menengah di seluruh negeri ini sepanjang 2011.

Utusan.com.my

Rangka wanita Perancis di gua Pulau Tioman

Posted: 09 Aug 2011 07:00 PM PDT

Oleh NUR AISHAH AMIN, NOR SHAFAWATI YUP dan MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

KUANTAN - Wanita Perancis yang hilang tiga bulan lalu selepas melancong ke Pulau Tioman dekat sini ditemui dibunuh kejam dengan mayat mangsa ditanam dalam sebuah gua di Kampung Tekek di pulau peranginan itu semalam.

Mayat Stephanie Foray, 30, yang belum berkahwin ditemui pada pukul 1 petang oleh polis ekoran penahanan dua lelaki warga tempatan di Kampung Tekek pada 24 Julai lalu.

Mayat mangsa ditimbus dalam lubang di gua itu sedalam tiga meter dan polis mengambil masa empat jam untuk mengeluarkan rangka dipercayai milik Stephanie.

Seorang daripada suspek itu merupakan seorang ahli perniagaan berumur 44 tahun yang memiliki sebuah pondok ala inap desa dan sebuah kafe manakala seorang lagi suspek merupakan sepupu kepada ahli perniagaan itu.

Mengikut laporan sebuah akhbar sebelum ini, mangsa tiba di pulau itu dengan feri pada 10 Mei lalu melalui jeti Mersing di Johor dan didakwa tinggal di pondok milik ahli perniagaan itu.

Sejak masuk ke pulau itu, tiada rekod menunjukkan mangsa meninggalkan pusat peranginan tersebut sama ada melalui jalan air atau udara.

Berikutan itu, polis melancarkan gerakan mencari mangsa selepas menerima laporan daripada atase Perancis di Singapura mengenai kehilangannya pada 27 Jun lalu.

Mengikut satu sumber, Stephanie sebelum ini kerap berhubungan dengan keluarganya di Perancis melalui e-mel.

"Namun selepas keluarga mangsa tidak menerima kiriman e-mel mangsa dalam tempoh yang lama, mereka membuat laporan kepada atase Perancis di Singapura," kata sumber itu.

Polis kemudian menghebahkan kehilangan mangsa yang bekerja sebagai pegawai komunikasi di Perancis melalui Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Siasatan polis kemudian membawa kepada penahanan suspek pertama, seorang ahli perniagaan. Lelaki itu ditahan selepas polis berjaya mengesan penggunaan telefon bimbit milik mangsa oleh suspek terbabit.

Beberapa hari selepas penahanan ahli perniagaan itu, polis kemudian menahan sepupu kepada suspek pertama itu yang memiliki sebuah kebun.

Suspek pertama didakwa penduduk kampung pernah menaiki motosikal bersama Stephanie.

Sumber itu memberitahu, soal siasat terhadap kedua-dua suspek itu membawa kepada penemuan satu rangka manusia ditimbus dengan batu-batan di dalam sebuah gua di kampung tersebut. Jarak gua dengan pondok didiami mangsa ialah 100 meter.

Turut ditemui bersama rangka dipercayai milik Stephanie adalah sebuah bantal dan tilam serta cebisan pakaian.

Mangsa dipercayai dibunuh tiga bulan lalu ketika dia tinggal di pondok milik suspek pertama.

Mayat mangsa kemudian ditimbus dalam gua di belakang tempat pondok tersebut.

Motif pembunuhan masih disiasat. Polis juga menyiasat kemungkinan mangsa dirogol oleh kedua-dua suspek itu.

Mangsa dikatakan tiba di ibu negara pada 5 Mei lalu dengan sebuah penerbangan dari Colombo, Sri Lanka ke Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur.

Selepas itu, mangsa pergi ke Melaka dan pernah menginap di Sayang Sayang Guest House, Kampung Hulu, Melaka.

Sementara itu, sumber Kedutaan Perancis di Malaysia ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat terkini mengenai Stephanie.

Takut sungguh hampa kat Anwar noo... haha...

Posted: 09 Aug 2011 06:00 PM PDT

Temu bual dengan bekas KPN dibatalkan kerana kehadiran Anwar

KUALA LUMPUR: Temu bual terhadap dua saksi bagi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan, dibatalkan selepas kedua-dua mereka membantah kehadiran Anwar semasa temu bual itu.

Peguam S N Nair, yang mewakili Anwar, ketika dihubungi berkata, anak guamnya berhak untuk hadir ketika temu bual dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, yang diadakan di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta di sini, hari ini.

Beliau berkata, memandangkan kedua-dua saksi membantah kehadiran Anwar ketika temu bual itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan esok untuk bertemu pasukan pendakwaan dan pembelaan.

Ditanya sama ada pihak pendakwaan sudah mengatur untuk menemu bual saksi yang lain, Nair berkata, pendakwaan belum memberi maklumat mengenainya kepada pembelaan setakat ini.

Kepada soalan sama ada Musa dan Rodwan datang ke mahkamah bersama peguam mereka, Nair menjawab "tidak".

Semalam, Hakim Mohamad Zabidin, membenarkan permohonan Anwar untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya, Datin Sri Rosmah Mansor, Musa, Rodwan dan 11 orang lagi.

Hakim turut menetapkan 15 hingga 26 Ogos bagi kes pembelaan.

Pada mulanya, mahkamah menetapkan 8 hingga 26 Ogos dengan Anwar dijadual sebagai saksi pertama memberi keterangan.

Di akhir kes mereka, pendakwaan menawarkan 71 saksi, termasuk Najib dan Rosmah.

Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual hanya 25 orang dan setakat ini, hanya lima orang yang sudah pun ditemu bual.

Mereka ialah bekas ratu pecut negara, Datuk Mumtaz Jaafar, Dr Mohd Osman Abd Hamid, yang sebelum ini bertugas di PUSRAWI, adik perempuan bongsu Mohd Saiful Bukhari Azlan iaitu Saidaiti Azlan, seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai Dr Daniel, dan Khairil Anaz Yusof, pembantu khas Najib ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun sama. - BERNAMA

Perang besaq dalam UMNO... kahkahkah...

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT

Perang besar setiap bahagian, kes calon nama calon
Oleh Tok Non

Presiden UMCO, Datuk Seri Najib dilaporkan sudah minta cadangan nama calon dari setiap bahagian UMCO di Kedah. Bahagian boleh cadang sebanyak nama pun untuk setiap kerusi DUN atau parlimen, tapi nama yang nak kena hantag kat Najib mesti ikut susunan keutamaan. Maknanya hak yang ada peluang paling besar untuk menang paling atas.

Masalah yang timbul ialah siapa yang nak nilai calon tersebut disukai ramai rakyat? Maka bermulalah peperangan dalam UMNO.

Ada yang cadang AJK bahagian buat keputusan, ada yang cadang serah kepada Ketua Bahagian, ada yang mahu cawangan juga diberi hak mencadang, ada yang cadang semua ahli UMNO dalam bahagian terbabit mengundi.. macam-macam cadangan dok ada, ada setuju ada bantah. Bercempera habih UMNO.

Itu baru cerita 'cara' nak pilih calon, dah bergasak. Tunggu tengoklah kalau calon dah diputuskan nanti, jenuh bertumbuk. Memang begitulah adatnya parti yang sudah tua memegang kerajaan terlalu lama.. sampailah saat kehancurannya.

Dakwah dan undang undang

Posted: 09 Aug 2011 04:00 PM PDT

Serbuan JAIS: Perspektif Dakwah dan Undang-undang
Oleh Mohd Aizat bin Mohd Salleh

Saya merujuk kepada isu serbuan Jabatan Agama IslamSelangor (JAIS) ke Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 (Rabu) baru-baru ini. Menurut berita yang dikeluarkan akhbar tempatan, serbuan tersebut dilakukan apabila JAIS menerima laporan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan fahaman lain kepada penganut agama Islam.

Apabila berhadapan isu agama dan sensitif, sewajarnya kita perlu mengambil kenyataan daripada sumber-sumber yang tepat agar tidakdisalah-tafsir atau salah memberi pandangan. Ia bukan sekadar menggambarkan keburukan kepada agama Islam, bahkan memberi nilai yang negatif kepada undang-undang yang menjadi rujukan kita.

Hassan Ali (gambar), EXCO agama kepada kerajaan Selangor yang juga mewakili JAIS membuat kenyataan rasminya mendakwa bahawa terdapat seramai 12 orang Islam menghadiri majlis tersebut. Dan katanya lagi, terdapat perkataan 'Qur'an' dan 'Pray' diselitkan di dalam ucapan di dalam majlis tersebut. Tiada tangkapan dibuat, dan hanya pemeriksaan selepas rundingandengan pihak penganjur. (Rujuk: Harakah)

Namun, bagi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), melalui pengerusinya Biskop Ng Moon Hing berkata program tersebut adalah sebuah majlis makan malam amal tahunan anjuran Harapan Komuniti bagi mengenang usaha pihaknya mengadakan porgram-program komuniti dan kebajikan. (Rujuk di sini)

Dan bagi presiden MAC (Majlis Aids Malaysia) pula menyatakan, Harapan Komuniti adalah rakan pertubuhannya dan mengadakan program bantuan pendidikan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik di negeri Johordan Kuala Lumpur di samping memperjuangkan mereka yang menghidap HIV di dalam masyarakat. (Rujuk di sini)

Saya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Timbalan Persuruhjaya 1 PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menyatakan bahawa perlu menunggu laporan penuh daripada kerajaan Negeri Selangor sebelum membuat apa-apa spekulasi, kenyataan dan menuding jari (finger point) kepada mana-mana pihak. (Sinar Harian: 6 Ogos 2011, m/s: 1&4) Ia sangat selaras dengan pendirian Islam.

Hatta pemimpin politik Islam sekalipun, kenyataannya haruslah tidak menggambarkan keburukan kepada Islam, lebih-lebih lagi memecah-belahkan masyarakat dan kesepaduan kaum serta agama di Malaysia ini.

Antara Dakwah dan Undang-undang

Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian di dalam isu serbuan JAIS pada Rabu lalu adalah menilainya dari dua persepktif yang utama yakni perlaksanaan undang-undang dan aspek dakwah yang menjadi gambaran (view) agama Islam. Kedua-duanya sama penting dan memerlukan kebijaksanaan menguruskannya.

Sesungguhnya, undang-undang wajib ditegakkan. Namun ia sesekali tidak meninggalkan objektif utama penubuhan undang-undang itu yakni memberi kesejahteraan dan keselamatan kepada seluruh manusia. Di dalam Perlembagaan Persekutan membenarkan setiap rakyat di dalam aspek kebebasan agama (Rujuk: Perkara 11(1),(2),(3),(4) dan (5)). Namun ia tertakluk kepada undang-undang negeri masing-masing.

Di dalam enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Bahagian III secara umumnya menjelaskan bahawa undang-undang syariah negeri berkuasa menghalang mana-mana pihak yang mempunyai usaha untuk melakukan penghinaan dan mempersendakan agama Islam.

Dari sudut undang-undang - Perlembagaan mahupun Syariah - kita melihat dan mengiktiraf bahawa agama Islam harus diletakkan penghormatan yang tinggi. Namun, dalam masa yang sama ia perlu ditegakkan dengan tidak sesekali mengenepikan - bagi undang-undang Syariah - apa yang disebut Maqasid Syariah - yakni objektif penubuhan undang-undang Islam itu iaitu memberi kemaslahatan kepada semua manusia.

Oleh kerana syariat Islam itu diturunkan kepada seluruh manusia - rahmatan lil 'alamin - maka undang-undang syariat sepatutnya selaras dengan semangat objektif syariah tersebut yakni memberi keselesaan, kesejahteraan, keharmonian dan kebaikan kepada semua manusia - orang Islam dan termasuk bukan Islam. Ini prinsip jelas dalam Islam.

Begitu juga di dalam perlembagaan. Saya bersetuju dengan pandangan Prof Aziz Bari bahawa perlaksanaan undang-undang di dalam Perlembagaan Persekutuan harus disertakan dengan semangatnya iaitu menilai objektif ditubuhkan perlembagaan itu - adalah untuk memberi kebebasan, hak dan keharmonian keseluruhan agama dan kaum.

Dari sini kebijakan menanganinya berlegar kepada persoalan dakwah - yakni mengambil tindakan dan memberi pandangan yang selaras dengan kehendak Islam dengan tidak mengenepikan persoalan hak serta adab bagi agama lain, serta persoalan penguatkuasaan undang-undang - iaitu dengan mengambil tindakan yang tepat dan tidak mengenepikan semangat maqasidsyariah itu.

*Mohd Aizat bin Mohd Salleh, B.A Syariah (Fiqh dan Usul) Universiti Malaya (UM).

www.merdekareview.com

Tiada ulasan: