Rabu, 10 Ogos 2011

Briged Al-Akhdor LR2

Briged Al-Akhdor LR2


Percintaan Pasangan Tukar Jantina

Posted: 10 Aug 2011 08:18 AM PDT


PRAGUE - Sepasang kekasih di Republik Czech layak digelar pasangan paling pelik di dunia kerana mereka jatuh cinta selepas kedua-duanya menjalani pembedahan menukar jantina.


Dominik Sejda, 45, atau nama asalnya Ilona Tomeckova, dilahirkan sebagai wanita pernah menjalani pembedahan menukar jantina untuk menjadi lelaki dan dia kini hidup bersama dengan seorang lelaki yang telah menukar jantina menjadi perempuan, Andrea Kajzarova, 32.

Sejda memainkan peranan sebagai lelaki manakala Andrea merupakan wanita dalam hubungan tersebut.

Mereka yang bekerja sebagai pembantu ambulans di dua hospital di sini, berkenalan dalam satu laman web pondan.

Lebih aneh, Sejda pernah melahirkan seorang anak lelaki 25 tahun dahulu, Radim, yang juga telah menjalani pembedahan untuk menukar jantinanya menjadi wanita.

Gadis Telan 50 Kondom Kokain

Posted: 10 Aug 2011 05:00 AM PDT

Seorang gadis berusia 21 tahun, Luisa Y. Gil menelan 50 kondom mengandungi kokain seberat setengah kilogram di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan, Boston, AS.
Luisa mengaku kepada polis bahawa dia menelan 50 kondom mengandungi kokain. Dia kemudian dihantar ke sebuah hospital dan 50 kondom kokain itu berjaya dikeluarkan dari perutnya.

Nilai kokain itu dianggarkan AS$50,000 (RM151,724). Menurut Luisa kepada polis, dia diupah AS$2,000 (RM6,069) untuk membawa kokain itu ke Amerika Syarikat. Gadis itu berdepan dakwaan melakukan penyeludupan dan diikat jamin sebanyak AS$200,000 (RM606,899). Jika disabitkan kesalahan, dia akan dihukum penjara minimum 15 tahun.

Petisyen Online sokong kerajaan negeri kelantan tuntut royalti minyak hak rakyat

Posted: 10 Aug 2011 03:00 AM PDT




Satu petisyen (yang didaftar oleh seorang rakyat kelantan yang prihatin) yang menyokong kerajaan negeri kelantan dalam tuntutan royalti minyak ini sedang Online di alamat link



Putrajaya 8 Ogos ,Jam 9.00 Pagi- YB Dato Husam Musa, para pegawai kerajaan negeri Kelantan dan pasukan peguam kini berada di Mahkamah Persekutuan 1, Tingkat 2, Istana Kehakiman, Putrajaya untuk memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan bagi menghalang perpindahan kes saman Petronas dari bahagian komersial ke bahagian sivil dan campurtangan Kerajaan Persekutuan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnJ0UtW-bUrWJLjAwHtouq0BmhxTJV__qkqx3NFc81dIbdhnfO73u2yO2j-KVZNJeZGLl9QfvYveA3TGHeU4LiHky67RGyOpKPjMXWy4PVR3qJHd4PlSc_Z1sXLzqcv-xyykex-pykmpE/s400/Tengku+Razaleigh+meteri+perjanjian.jpg

gambar : pengerusi petronas, Tengku Razaleigh Hamzah di sebuah majlis tandatangan dokumen perjanjian persefahaman ...


Manipulasi SPR:Pengundi Cina paling ramai tercicir dari Daftar Pemilih..

Posted: 09 Aug 2011 11:40 PM PDT

PAS Selangor mengemukakan sebanyak 1,860 bantahan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Selangor (SPR) dalam proses bantahan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku ke-2 tahun 2011 yang berakhir semalam.

NONESetiausahana Mohd Khairuddin Othman (kanan) berkata, mereka menemui beberapa perkara penting, antaranya RDPT didakwa dengan sengaja tidak disertakan alamat lengkap pengundi.

"Ini menyukarkan jentera pilihanraya PAS untuk mengesan lokasi mereka-mereka yang mendaftarkan diri sebagai pengundi baru," kata Khairuddin.

Beliau juga mendakwa, rang tersebut juga disalahguna oleh pihak tertentu untuk membawa masuk pengundi yang jelas tidak berkelayakan sebagai pengundi di Selangor.

Khairuddin juga mendakwa SPR gagal memasukkan nama pengundi yang berkelayakan di dalam RDPT, yang kebanyakannya pengundi Cina.

Sementara itu, PAS awal petang tadi mendakwa mengesan 1,100 penduduk PR di Selangor yang dimasukkan ke dalam daftar pemilih layak mengundi.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzah berkata, maklumat itu mengukuhkan dakwaan bahawa masalah itu mungkin lebih daripada 'kecuaian teknikal' Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

100 kerusi Parlimen bakal dirampas Pakatan Rakyat

Posted: 09 Aug 2011 09:40 PM PDT

Pakatan mampu rampas 100 kerusi Parlimen
Aidila Razak
Ogos 9, 11
4:13pm
Kongsi 514
Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu mungkin melonjakkan pungutan kerusi bagi Pakatan Rakyat daripada 75 sekarang kepada 100 pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis politik Wong Ching Huat.

NONEPada seminarnya di Universiti Monash, Sunway hari ini, Wong yang juga ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata peralihan sokongan itu adalah kerana reaksi rakyat terhadap tindakan kerajaan BN yang mengubah sentimen mereka di sejumlah 55 kerusi marginal yang dimenangi kedua-dua pihak.

"BERSIH telah meningkatkan peluang Pakatan di 20 kerusi yang dimenang tipis oleh BN dan memperkuatkan kedudukan Pakatan di 33 kerusi (marginal) milikinya sebelum ini," katanya.

Wong berkata jumlah berkenaan adalah hasil rumusannya berdasarkan demografik pengundi dan corak pengundian pada pilihan raya umum 2008 dan juga beberapa pilihan raya kecil yang lalu.

Beliau juga menjangkakan corak yang sama akan berlaku di kerusi-kerusi milik calon Bebas seperti di Wangsa Maju, Nibong Tebal dan Bayan Baru yang terletak di kawasan bandar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Berdasarkan perkiraannya juga, beliau menjangkakan Datuk Ibrahim Ali akan hilang kersi parlimennya di Pasir Mas di Kelantan.

azlanSelain itu, Wong juga menjangkakan PSM akan mengekalkan kerusinya di Sungai Siput, yang dimenangi dengan majoriti kecil berikutan penahanan ahli parlimennya Dr D Jeyakumar yang ditangkap mengikut Ordinan Darurat.

"Secara demografik ia adalah kerusi yang bahaya (untuk Jeyakumar) tetapi penahanan itu telah memberi manfaat kepada Jeyakumar, terutamanya undi simpati. Beliau akan terus mendapat undi masyarakat India dan menang dengan lebih selesa," katanya kepada Malaysiakini selepas seminar itu.

Katanya dua kerusi milik SAPP lebih sukar diramalkan.

Wong juga berkata Pakatan dijangka akan mengekalkan secara marginal kersi di Sibu, Kuantan dan Indera Mahkota, tetapi bukan kerana BERSIH 2.0 tetapi isu lain seperti kilang pemprosesan bumi nadir Lynas, khususnya di Pahang.


azlan


BN makin cuak..kerusi2 Parlimen yang berpotensi Jatuh kepada PR..

Posted: 09 Aug 2011 07:00 PM PDT

Berikut disenaraikan kerusi-kerusi parlimen yang berpotensi untuk dimenangi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

Kedah
- Alor Setar, Langkawi,
Pulau Pinang - Tasek Gelugor
Perak - Larut, Parit, Kampar, Lumut
Selangor - Pandan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Tiada
Negeri Sembilan - Rembau, Jempol
Melaka - Bukit Katil
Johor - Ayer Hitam, Kluang, Tebrau, Johor Bharu
Pahang - Paya Besar, Rompin
Terengganu - Kuala Nerus, Dungun
Kelantan - Ketereh, Pasir Mas
Sabah - Sepanggar, Putatan, Penampang, Kimanis, Tuaran
Sarawak - Mambong, Kota Samarahan, Sarikei, Miri, Limbang

Dan bandingkan dengan senarai sedia ada yang sudah dimenangi Pakatan Rakyat (termasuk pilihanraya kecil)


Kedah


P7 - Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (PAS)

P8 - Pokok Sena - Mahfuz Omar (PAS)
P10 - Kuala Kedah - Ahmad Kassim (PKR)
P11 - Pendang - Mohd Hayati Othman (PAS)
P12 - Jerai - Mohd Firdaus Jaafar (PAS)
P13 - Sik - Che Uda Che Nik (PAS)
P14 - Merbok - Rashid Din (PKR)
P15 - Sungai Petani - Johari Abdul (PKR)
P16 - Baling - Taib Azamudden Md Taib (PAS)
P17 - Padang Serai - N Gobalakrishnan (PKR)

Kelantan


P19 - Tumpat - Kamaruddin Jaafar (PAS)

P20 - Pengkalan Chepa - Abdul Halim Abdul Rahman (PAS)
P21 - Kota Bharu - Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (PAS)
P23 - Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)
P24 - Kubang Kerian - Salahuddin Ayub (PAS)
P25 - Bachok - Nasharudin Mat Isa (PAS)
P26 - Ketereh - Ab Aziz Ab Kadir (PKR)
P27 - Tanah Merah - Amran Ab Ghani (PKR)
P28 - Pasir Puteh - Muhammad Husin (PAS)
P29 - Machang - Saifuddin Nasution Ismail (PKR)
P31 - Kuala Kerai - Mohd Hatta Ramli (PAS)

Terengganu


P36 - Kuala Terengganu - Mohd Abdul Wahid Endut (PAS)

P37 - Marang - Abdul Hadi Awang (PAS)

Pulau Pinang


P44 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (PKR)

P43 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP)
P45 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP)
P46 - Batu Kawan - Ramasamy Palanisamy (DAP)
P48 - Bukit Bendera - Liew Chin Tong (DAP)
P49 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP)
P50 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP)
P51 - Bukit Gelugor - Karpal Singh Ram Singh (DAP)
P53 - Balik Pulau - Mohd Yusmadi Mohd Yusuff (PKR)

Perak


P57 - Parit Buntar - Mujahid Yusof Rawa (PAS)

P59 - Bukit Gantang - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS)
P60 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP)
P62 - Sungai Siput - Michael Jeyakumar Devaraj (PKR)
P64 - Ipoh Timor - Lim Kit Siang (DAP)
P65 - Ipoh Barat - M. Kulasegaran V. Murugeson (DAP)
P66 - Batu Gajah - Fong Po Kuan (DAP)
P68 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP)
P71 - Gopeng - Lee Boon Chye (PKR)
P76 - Teluk Intan - M. Manogaran (DAP)

Pahang

P82 - Indera Mahkota - Azan Ismail (PKR)
P83 - Kuantan - Fuziah Salleh (PKR)
Selangor

P96 - Kuala Selangor - Dzulkefly Ahmad (PAS)
P97 - Selayang - William Leong Jee Keen (PKR)
P98 - Gombak - Mohamed Azmin Ali (PKR)
P99 - Ampang - Zuraida Kamarudin (PKR)
P101 - Hulu Langat - Che Rosli Che Mat (PAS)
P102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP)
P103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP)
P104 - Kelana Jaya - Loh Gwo Burne (PKR)
P105 - PJ Selatan - Hee Loy Sian (PKR)
P106 - PJ Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP)
P107 - Subang - Sivarasa Rasiah (PKR)
P108 - Shah Alam - Khalid Abdul Samad (PAS)
P109 - Kapar - Manikavasagam a/l Sundaram (PKR)
P110 - Klang - Charles Anthony Santiago (DAP)
P111 - Kota Raja - Siti Mariah Mahmud (PAS)
P112 - Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)
Wilayah Persekutuan

P114 - Kepong - Tan Seng Giaw (DAP)
P115 - Batu - Chua Tian Chang (PKR)
P116 - Wangsa Maju - Wee Choo Keong (PKR) quits PKR
P117 - Segambut - Lim Lip Eng (DAP)
P119 - Titiwangsa - Lo' Lo' Mohd Ghazali (PAS)
P120 - Bukit Bintang - Fong Kui Lun (DAP)
P121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (PKR)
P122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (DAP)
P123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP)
P124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (PKR)
Negeri Sembilan
P128 - Seremban - John Fernandez (DAP)
P130 - Rasah - Loke Siew Fook (DAP)
P132 - Telok Kemang - Kamarul Bahrin Abbas (PKR)
Melaka

P138 - Kota Melaka - Sim Tong Him (DAP)
Johor
P145 - Bakri - Er Teck Hwa (DAP)
Sabah
P172 - Kota Kinabalu - Hiew King Chew (DAP)
Sarawak
P195 - Bandar Kuching - Chong Chieng Jen (DAP)
P212 - Sibu - Wong Ho Leng (DAP)

Apa Yang Anda Tahu Tentang Apco ?

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT


Assalamualaikum..

Salam Ukhwah Fillah.. Alhamdulillah, saya berkesempatan lagi untuk update blog. Kali ini saya akan membicarakan mengenai APCO yang cukup membingitkan perbahasan di parlimen baru-baru ini.

Apa yang anda tahu tentang APCO? Ramai yang ingin tahu, apa itu APCO, benarkah ia agensi Yahudi dan mengapa UMNO melantik agensi Yahudi berkenaan sebagai penasihatnya?

Tahukah kita bahawa, sebenarnya penglibatan APCO dalam merancanakan dasar negara telah bermula sejak September tahun lepas. Namun ia menjadi heboh sehari dua ini selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dmembuat kenyataan bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada konsep 1Israel.

Jika anda ingin tahu siapa gerangan APCO, agensi milik Zionis yang kini menjadi penasihat itu, di bawah ini disertakan beberapa maklumat mengenainya yang saya kutip dari beberapa sumber:

i) APCO beribu pejabat di Amerika. Alamat penuhnya ialah 700, 12th Street, N.W, Suite 800, Washington DC 20005.

ii) Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutf APCO kebanyakannya adalah mereka berketurunan Yahudi.

iii) Manakala penasihat utama APCO ialah pakar yang pernah berkhidmat dengan Zionis termasuk bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel, Doron Bergerbest-Eilon; bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Shein dan bekas duta Israel ke Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.

iv) Pengarah Urusan APCO di Malaysia ialah Paul Stadlen, yang juga seorang berketurunan Yahudi, yang sebelum ini bertugas di pejabat APCO di London. APCO mula membuka pejabat di Malaysia pada 1 September 2009. Antara tugasnya di Malaysia termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

vi) Kontrak APCO dengan Malaysia bernilai RM20 juta antaranya bertujuan untuk memulihkan imej Najib yang sering dikaitkan oleh media-media seluruh dunia dengan pembunuhan Altantuya serta misteri di sebalik pembelian kapal selam Scorpene.

vii) APCO mempunyai beberapa pejabat di Eropah, Asia dan Amerika. Di Asia antara pejabat APCO selain dari Kuala Lumpur ialah Jakarta, Singapura, New Delhi, Bangkok, Beijing, Dubai dan Ho Chi Minh City.

viii) Hanya Malaysia, Indonesia dan UAE merupakan negara penduduk majoriti Islam yang membenarkan APCO membuka pejabat di negaranya.

ix) APCO juga memberi perkhidmatan melindungi beberapa diktator dan penjenayah dunia termasuk diktator Nigeria, Sani Abacha dan presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev serta jutawan Rusia Mikhail Khodorkovsky, yang dikaitkan dengan kegiatan mafia.

x) Ketua Menteri Gujarat, India Narendra Modi yang menjadi penyebab kepada pembunuhan hampir 1,000 orang Islam di Gujarat pada Februari 2002 juga adalah pelanggan APCO.

Tiada ulasan: