shalehudin |
- Pasaran utama Asia merudum
- Adegan yang tak ingin kita lihat...
- Bersetuju kena, tak bersetuju pun kena... Kahkahkah...
- Dah kerap sangat menipu ni jadinya..!!
- Mampuih depa nak setuju... kahkahkah...
- Berniaga gandum ngan Monggolia... kahkahkah...
- Wanita ketuk ketampi bebas
- Edisi panas punggung... kahkahkah...
- Mai dengaq apa Samad Said kata
- Identiti MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara Akhirnya Terbongkar!
- Kena berilmu baru orang tak boleh tipu...
Posted: 09 Aug 2011 11:00 AM PDT Susulan hutang AS: Pasaran utama Asia merudum Pasaran saham Asia terus turun mendadak awal hari ini menyebabkan pelabur bimbang kelembapan ekonomi global akan mempengaruhi pasaran. Di Tokyo, indeks Nikkei 225 Jepun jatuh 4.8 peratus kepada 8,662.30 mata pada sesi pagi. Manakala indeks Hang Seng Hong Kong menjunam kepada 18,981.55 mata. Sementara itu, penanda aras indeks S&P/ASX-200 Australia jatuh 4.9 peratus kepada 3,790.50 mata. Di Taiwan, TAIEX susut 4.9 peratus manakala indeks NZX 50 New Zealand menyusut 3.7 peratus. Kejatuhan yang dicatatkan di papan utama Wall Street semalam mempengaruhi dagangan hari pertama agensi Standard & Poor untuk mengurangkan hutang Amerika Syarikat. - AP |
Adegan yang tak ingin kita lihat... Posted: 09 Aug 2011 09:34 AM PDT Anak: Laporan bedah siasat Baharudin 'bercanggah' Salhan K Ahmad Keluarga kepada allahyarham Baharudin Ahmad mengemukakan satu akuan bersumpah ke Mahkamah Tinggi berhubung dakwaan percanggahan dalam laporan bedah siasat ke atas jenazah tersebut. Akuan bersumpah itu dikemukakan semalam untuk dimasukkan bersama dengan dengan notis usul yang difailkan sebelum ini bagi memaksa Pejabat Peguam Negara menjalankan inkues terhadap kematian lelaki berkenaan. Permohonan siasatan khas itu dibuat susulan kepada laporan polis yang dibuat balu allahyarham, Rosni Malan pada 17 Julai lalu yang mendakwa bahawa kematian Ahmad (foto kiri)disebabkan oleh tindakan polis semasa perhimpunan berkenaan. Anak perempuan Baharudin, Ummi Mirza dalam akuan bersumpah itu pula menyebut bahawa sebab kematian tersebut bukanlah sebab-sebab nyata yang ditentukan melalui siasatan terhadap jenazah ayahnya. Sebaliknya, sebab kematian itu perlu meliputi "semua perkara yang perlu untuk membolehkan sesuatu pendapat dibuat (mengenai) bagaimana ayah saya menemui ajalnya." Katanya lagi, sebab kematian itu boleh "disebabkan atau dipercepatkan oleh perbuatan atau (perbuatan yang tidak dibuat) yang menyalahi undang-undang" oleh mana-mana individu, kumpulan atau ejen kepada mana-mana badan. Laporan 'bercanggah' Akuan bersumpah berkenaan mendakwa, laporan perubatan yang diperolehi oleh keluarkan mangsa berkenaan mengandungi maklumat yang bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh doktor yang memeriksa jenazah sebelum ini. Laporan yang menyebut sebab kematian Ahmad sebagai serangan jantung "acute myocardial infarction" itu antara lain menyatakan bahawa bahagian paru-paru mangsa didapati tersumbat. Walhal, beliau sebelum ini diberitahu bahawa bahagian paru-paru itu tidak tersumbat, kata Ummi Mirza, 25. "Saya diberitahu oleh pakar forensik tersebut sebelum ini bahawa 'paru-paru kelihatan sihat', namun laporan bedah siasat menyatakan 'sangat bengkak dan tersumbat'," akuan bersumpah itu dipetik. Ummi Mirza dalam dokumen yang diperakui semalam itu juga menyebut bahawa beliau melihat tanda gigi di sebelah kiri atas bibir dan juga lebam di sekeliling kawasan tersebut. Katanya, beliau diberitahu oleh pakar berkenaan bahawa bahagian trakea jenazah ayahnya itu juga sedikit tersumbat. Beliau diberitahu bahawa keadaan itu mungkin berlaku akibat tindakan memasukkan tiub ke dalam rongga berkenaan. "Tapi laporan bedah siasat menyatakan (bahagian trakea itu) 'jelas dan tidak tersumbat'," kata Ummi lagi dalam dokumen berkenaan. Tambahnya, laporan yang diperolehi itu menyatakan bahawa bahagian mulut mangsa tidak mengeluarkan cecair. "Namun (keadaan itu) berbeza dengan apa yang saya nampak pada bibir arwah sebelum post mortem. Malah pada saat memandikan jenazah beliau, saya juga masih dapat melihat lebam pada bibir tersebut," kata Ummi lagi dalam dokumen sama. Baharudin, 59, didakwa rebah semasa menyertai perhimpunan di perkarangan KLCC pada 9 Julai lalu, dan disahkan meninggal dunia sebaik dibawa ke jabatan kecemasan, Hospital Kuala Lumpur pada jam 5.10 petang. Bedah siasat ke atas dijalankan kira-kira lima jam kemudian oleh dua orang ahli patologi di hospital sama. |
Bersetuju kena, tak bersetuju pun kena... Kahkahkah... Posted: 09 Aug 2011 08:12 AM PDT Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak semakin hari semakin terhimpit dan tersepit. Pembongkaran kes pembelian kapal selam yang melibatkan pembunuhan Altantuya terus menghantuinya! Sikap pendustanya dalam isu "BERSIH 2" sudah terbukti dan diketahui umum! . Perangai dan sikap melampau Datin "first lady" nya cukup memeningkan kepalanya ! Terbaru, diberitakan mahkamah sudahpun membenarkan pihak peguam bela memanggil beliau dan isterinya Rosmah Mansor untuk menjadi saksi dalam kes fitnah "Liwat 2" yang kini hampir sampai ke penghujungnya! Soalnya, mahukah Najib? Beranikah Najib tampil di makhkamah? Atau Najib dalam keadaan serba salah? Semuanya mungkin ! Kalau Perdana Menteri Malaysia yang bernama Najib Tun Razak ini benar-benar anak jantan, ada maruah, sepatutnya beliau tampil kedepan!. Bukan hanya berani dibelakang! Atau berani membuat kenyataan diakhbar dan tv saja. Buktikanlah ! yang beliau tidak terlibat dalam konspirasi kedua terhebat abad ini - selepas konspirasi Kes Fitnah Liwat 1998 ciptaan Dr Mahathir.. Dalam saat-saat genting yang menimpa Najib sekarang ini,.. andainya Najib tak mengaku terlibat dalam konspirasi ini, dia akan malu kerana peguam bela telah mengemukakan banyak bukti. Sekiranya Najib mengambil keputusan untuk mengaku yang beliau memang terlibat, dia akan malu besar! Agak-agaknya antara dua keputusan itu yang mana Najib pilih ya?. Sama-sama kita tunggu! Oleh : rahimothman |
Dah kerap sangat menipu ni jadinya..!! Posted: 09 Aug 2011 12:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi. Menurut Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut. Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor dalam satu kenyataan berkata, daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini. Berikut ulasan beliau berhubung perkara itu. Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi. Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut. Daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini. Maklumat pemilih yang mencipta sejarah ini adalah seperti di bawah: Apabila semakan dibuat dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) mengikut nombor kad pengenalan pemilih maka nama Kg Baru sebenarnya adalah Noraini Binti Abdullah. Persoalannya bagaimana SPR boleh melakukan kesilapan yang begitu memalukan? Bagaimana kecuaian ini boleh berlaku? Apakah Datuk Wan Ahmad Wan Omar masih menganggap isu ini hanyak layak di jawab oleh kerani SPR sahaja? Maklumat Noraini Binti Abdullah adalah seperti berikut: |
Mampuih depa nak setuju... kahkahkah... Posted: 08 Aug 2011 11:00 PM PDT Hebat betoi mahkamah kita nih, dia bagi saksi ditemu bual tapi terpulang ataih persetujuan puak puak yang dinamakan oleh Anwar Ibrahim tuh... macam ni seronok la, senang senang depa boleh kata tak mau. Anwar memang tak leh buat apa punya, dah mahkamah kata terpulang kat depa... haha... Najib dah bagitau dah sebelum nih, depa setuju kalau mahkamah bagi sepina... kahkahkah... kot mana pun Anwar dah terkena lagi kali nih... ikat kakitangan, boh tengah gelanggang ajak lawan... **************************** Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil 15 saksi termasuk perdana menteri dan isterinya dengan syarat mereka bersetuju untuk ditemu bual. Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata menjadi tanggungjawab pendakwa untuk menyediakan saksi kerana pembela ada hak untuk menemu bual mereka. Bagaimanapun kata beliau, terpulang kepada saksi sama ada mereka bersetuju untuk ditemu bual sebelum dipanggil untuk memberi keterangan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dilaporkan akan mengelak daripada ditemu bual dalam kes liwat kedua Anwar kecuali disepina oleh mahkamah. Najib dan Rosmah bersama bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof merupakan empat saksi yang dilaporkan akan mengelak daripada muncul mahkamahh kecuali diarahkan oleh pihak mahkamah. Ketika ditemui wartawan di luar mahkamah, peguam utama pasukan pembela Karpal Singh berkata pendakwa perlu menyediakan 15 saksi utama sama ada dengan atau tanpa sepina. "Kami tidak kisah dengan apa cara mereka akan dibawa ke sini (mahkamah). Mereka perlu dibawa. Itu adalah keputusan mahkamah dan mereka mesti menjawab soalan yang kami ada letakkan," kata beliau. Karpal juga berkata Anwar akan hadir ketika temu bual saksi yang dijalankan oleh pasukan pembela. Mahkamah akan bersidang Isnin depan bagi memberi pendakwa masa untuk menyediakan temu bual dengan saksi.- TMI |
Berniaga gandum ngan Monggolia... kahkahkah... Posted: 08 Aug 2011 09:00 PM PDT Khalid RM1 JUTA Bising Rosmah RM24 JUTA Diam Dan Kelu Oleh: mohdnoorawang Tan Sri Khalid menteri besar Selangor menyediakan dana khas RM1 juta untuk tindakkan " fail bantahan senarai pengundi yang meragukan dalam senarai SPR Malaysia". Mungkin ramai orang tidak tahu atau kumpulam UMNOapco sahaja yang buat bodoh, wang tersebut untuk dibayar kepada kerajaan atau SPR setiap penama yang meragukan dalam senarai pengundi. Setiap bantahan perlu dibayar atau didepositkan wang, kalau tidak pihak SPR dan kerajaan BN/UMNO tidak menerima bantahn tersebut. Undang undang tersebut dibuat dan diguna pakai dan menjadi syarat SPR Malaysia. Kenapa puak UMNOapco buat bising dan riuh rendah bagaikan dimamah harimau belang dan dirasuk hantu altantuya. ? Bermacam tomohan dan fitnah dilemparkan oleh puak puak UMNOapco dan media UMNOapco menjadi lidah rasmi dan lidah biawak bercabang. Kenapa Rosmah membeli cincin berlian RM24 juta dan beg tangan RM361,259.99 tidak diriuhkan seluruh alam Malaysia dan media UMNOapco?. Sepatutnya disebarkan dengan jelas kepada umum. agar tidak berlaku fitnah kepada Rosmah Mansor bini Najib Razak. Dari mana wang yang berjuta juta Rosmah ambil atau di mana Najib mendapatkan wang berjuta juta untuk diberikan kepada Rosmah?. Rakyat ingin tahu, jika Rosmah Mansor berniaga dan mempunyai saham seluruh dunia, rakyat tidak marah, malah akan puji Rosmah dan Najib pandai berniaga. Atau mungkin Rosmah dan Najib berniaga di negeri yang bernama Khasyaztan (negeri bakal menantu Najib . Atau berniaga gandum dinegeri Mongolia?. "percepatkan kejatuhan Najib oleh kumpulan yang berada dalam umno dan diluar umno yang berselindung dengan NGOs. " |
Posted: 08 Aug 2011 08:00 PM PDT Wanita ketuk ketampi bebas pertuduhan miliki dadah PETALING JAYA: Wanita yang pernah dikaitkan dengan insiden ketuk ketampi dalam keadaan bogel, Hemy Hamisa Abu Hassan Saari, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini daripada pertuduhan memiliki dadah. Majistret Nor Afidah Idris membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Fatimah Zahra Ramli, gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Mahkamah turut membuat keputusan membebaskan empat lagi tertuduh termasuk suaminya, Kamarul Hamri Mohd Latif, 27, terhadap pertuduhan yang sama. Mengikut pertuduhan Hemy Hamisa, 28 dan Kamarul Hamri serta tiga lelaki lain iaitu Azman Mohd Nor, 32, Salman Al Mujahid, 27 dan Juan Caesan Mohamad, 32, didakwa memiliki 10.19 gram syabu di Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya 1 & 2 pada 1.45 pagi, 29 Jun 2005. Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta yang sama. Dalam keputusan itu, Nor Afidah berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pemilikan dadah berkenaan di dalam kawalan dan penjagaan serta dalam pengetahuan kesemua tertuduh. "Mahkamah juga berpendapat pegawai penyiasat gagal menjalankan siasatan terperinci terhadap semua tertuduh, termasuk tidak memeriksa Hemy Hamisa ketika serbuan, sekali gus mewujudkan kelompongan," katanya. Ibu kepada tiga anak yang diwakili peguam Datuk Baljit Singh Sidhu, ketika ditemui, melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah itu. Seramai enam saksi dipanggil memberi keterangan dalam prosiding perbicaraan itu. Pada 29 Ogos 2006, suri rumah itu memfailkan saman dengan menamakan Mohd Dzulfatah Saari (ketika itu berpangkat Konstabel), yang didakwa membuat rakaman tersebut ketika dia sedang melakukan ketuk ketampi tanpa berpakaian, dan kerajaan selaku responden. Dia menuntut ganti rugi am berjumlah lebih RM250,000, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Bagaimanapun pada 27 Julai lalu, kes itu diselesaikan di luar mahkamah selepas kedua-dua pihak bersetuju berbuat demikian. - BERNAMA |
Edisi panas punggung... kahkahkah... Posted: 08 Aug 2011 07:00 PM PDT Pihak polis Perancis telah Berjaya memperolehi 'dokumen penting' dalam siasatan berkaitan rasuah oleh DCN, kompeni gergasi senjata Perancis kepada pegawai Malaysia termasuk Perdana Menteri Najib Razak, untuk mementerai kontrak pembelian. Najib , 58 yang merupakan Menteri Pertahanan pada ketika itu telah memeterai pembelian tersebut pada tahun 2002. Pada masa yang sama, rakyat juga kesal di atas harganya yang terlalu tinggi. Dikhuatiri juga kapal selam yang serba canggih itu tidak sesuai untuk kawasan perairan Malaysia yang cetek. Kapal-kapal tersebut masih tersadai di perairan Sabah pada masa ini dan jauh sekali digunakan. Ada juga laporan yang menyatakan bahawa kapal-kapal tersebut mengalami kerosakan sistem akibat ketidak stabilan perairan kita. "Kita berkemungkinan akan dapat maklumat pertama berkaitan penyiasatan polis Perancis yang telah bemula sejak 18 bulan yang lalu pada bulan September. Kita tahu bahawa polis telah menemui maklumat yang penting, " berdasarkan kenyataan yang diberi Peguam Perancis William Bourdon kepada Asia Sentinel. Personaliti VIP William merupakan peguam Perancis yang dilantik oleh Suaram, NGO Malaysia yang telah membuat laporan bagi pihak rakyat terhadap DCN yang telah mendapatkan kontrak dengan cara tidak sah. Di Perancis, memberi rasuah untuk mendapatkan kontrak adalah kesalahan yang serius dan jika sabit kesalahan, DCN berhadapan kemungkinan membayar pampasan kepada rakyat Malaysia akibat meninggikan harga pembelian kepada kerajaan Malaysia. Peguam Perancis dijadualkan tiba pada hari Khamis , dimana beliau akan berucap di hadapan rakyat Pulau Pinang mengenai perkembangan terbaru kes tersebut. Suaram juga telah memberi gambaran bahawa William juga akan memberi maklumat tentang beberapa lagi identiti yang terlibat di dalam skandal itu. Pihak penyiasatan Perancis juga dipercayai telah dapat mengenalpasti individu penting yang turut menyertai Razak Baginda dan Altantuya Shaariibuu, ke Macau untuk menghadiri sebahagian dari rundingan kompleks untuk pembelian kapal selam. Altantuya Shaariibu telah menjadi mangsa pembunuhan kejam. Spekulasi hangat mengatakan bahawa individu itu adalah Najib sendiri. Jika benar, ini akan membuktikan bahawa Najib bebohong mengenai dakwaannya tidak mengenali Altantuya. Selain itu, Altantuya juga dikatakan pernah menjadi kekasihnya sebelum diperkenalkan kepada Razak yang juga merupakan orang kanan dan wakil Najib. Pendedahan tersebut akan membuka ruang untuk perbicaraan semula kes pembunuhan yang menyaksikan dua bekas pengawal peribadi Najib dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuhnya. Namun demikian, perancang pembunuhan tersebut dipercayai masih bebas. Pesonaliti-personaliti lain yang terlibat dalam skandal besar itu juga telah dikenal pasti dan identiti mereka juga akan didedahkan. William juga dijangka akan memberi kejutan tentang beberapa pemberian komisyen lain yang baru dibongkar oleh pihak penyiasat. Lebih banyak lagi pembongkaran kotor akan diketahui melibatkan pembelian yang yang meragukan yang telah diketuai oleh Najib sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap pembelian peralatan pertahanan. Tiada ruang untuk bersembunyi bagi Najib Hanya jika kerajaan Perancis sanggup membantu Najib dalam mendiamkan kes, Najib mungkin sudah tidak boleh bersembunyi lagi. Waktu yang diperlukan untuknya sudah semakin habis. Bagi pihak yang memahami akan implikasi undang-undang bagi pihak Malaysia dan Perancis, adalah sukar untuk Najib melepaskan diri. Najib tidak boleh mengelak untuk terpaksa memberi penjelasan kepada rakyat bukan sahaja tentang sejauh mana penglibatannya didalam rasuah, sekaligus pembunuhan Altantuya. Umno juga tidak mampu untuk menyelamatkan Najib. Dengan perbicaraan tentang skandal Scorpene yang bakal beerlangsung di mahkamah pada Ogos atau September, ramai di antara pemimpin parti yang tidak sabar untuk menyaksikan berakhirnya episod pemerintahan Najib yang dipenuhi dengan kegagalan, politik kotor dan rasuah yang berleluasa. Kini, Najib telah merasakan tekanan yang kuat dan lebih memburukkan, dia telah mengambil beberapa keputusan yang tidak bijak. Terbaru adalah kekerasan terhadap rakyat yang berarak bagi menuntut kebebasan dan ketelusan pilihanraya dua minggu yang lepas. Ini mengurangkan populariti dan kredibiliti Najib yang semakin menjunam di mata rakyat justeru menjadikan Najib sasaran mudah. Kerajaan BN sepatutnya melapor kepada pihak berkuasa Perancis apabila laporan mengenai skandal besar Scorpene mula-mula diketahui. Namun, oleh kerana pengaruh Najib yang kuat, tiada seorang pun yang berani menuntut supaya siasatan awam dijalankan. Peliknya, sejumlah 114 juta euro (RM570 juta) yang diberikan kepada firma Perimekar sebagai perjanjian sampingan hanya dianggap sebagai kontrak servis dan penyelengaraan sahaja. Ironinya, umum mengetahui firma yang meragukan itu tiada langsung pengalaman dan rekod dalam industri berteknologi tinggi itu. Banyak laporan telah diterima dari rakyat Malaysia yang musykil akan kos sebenar yang telah mencapai lebih dari RM7 bilion. Nyata sekali Najib telah menyembunyikan kos sebenar dari Parlimen dan mengambil keputusan untuk sentiasa memohon bajet tambahan untuk menyelengara kapal-kapal tanpa memberitahu berapakah kos sebenar yang telah ditanggung oleh pembayar cukai. Sehingga kini, polis Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah enggan mengambil tindakan untuk menyiasat kes ini. Kisah lain disebalik perjanjian kotor Berbagai soalan bakal diajukan oleh mereka yang akan menghadiri sesi bersama William pada 21,22 dan 23 Julai nanti. Selain dari status kes dan pembongkaran yang telah dibuat, perhatian juga akan tertumpu pada Altantuya, si cantik yang malang, pernah menjadi juru bahasa untuk Baginda. Apa yang bermain dalam minda rakyat Malaysia adalah apakah sebenarnya hubungan di antara Najib dan Altantuya? Rakyat bukanlah ingin menjaga tepi kain hubungan antara Najib dan Altantuya tetapi ini penting untuk mengetahui sejauh mana PM yang merupakan DPM pada ketika itu sanggup berbohong untuk menjadi perdana menteri. Jika ingin tahu dengan lebih lanjut lagi, anda mesti datang ke majlis makan malam untuk mendengar dan bertanya soalan, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu Malaysian Chronicle. - Malaysia Chronicle |
Mai dengaq apa Samad Said kata Posted: 08 Aug 2011 06:00 PM PDT Kearah Malaysia baru... meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala galanya. |
Identiti MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara Akhirnya Terbongkar! Posted: 08 Aug 2011 05:00 PM PDT Gambar dan Identiti MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara Akhirnya Terbongkar! Sumber SZ.com Panas! Masih ingat dengan blog kontroversi yang menghina Islam beberapa bulan lepas? Yaa.. Blog MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Kata-kata serta gambar-gambar dalam blog makcik jahanam tu sangat menyentuh sensitiviti umat Islam. Ketika itu, pasti ramai yang sangat berharap ingin melihat wajah dan identiti sebenar pemilik blog jahanam tersebut. Kini, wajah dan identiti 'makcik' tersebut sudah terbongkar dan didedahkan hasil usaha team hackers gaysec. Untuk maklumat lanjut, boleh lawati website mereka, iaitu http://www.gaysec.org Nama sebenar MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara tersebut adalah Nor Arlene Tan Binti Khalid. Seorang perempuan berumur 26 tahun. Dia berdarah kacukan Cina dan Melayu. Jadi, apa agama sebenar dia? Jika dia Islam, ini bermakna dia sudah jatuh murtad. Maka wajib untuk kita semua menasihatinya agar bertaubat dan kembali kepada Islam dengan mengucap 2 kalimah syahadah. Jika dia enggan bertaubat, maka halallah darahnya untuk dibunuh. Hukum wajib untuk pihak berkuasa membunuh orang murtad ialah berdasarkan hadis-hadis berikut yang bermaksud : "Sesiapa yang menukar keIslamannya hendaklah kamu bunuh dia." (Hadis para Perawi kecuali Muslim). "Tidak halal darah seseorang Muslim kecuali dengan salah satu daripada tiga perkara :Tayyib (duda/janda) yang berzina, qisas nyawa dengan nyawa dan orang yang menukar agamanya yang terpisah daripada jemaah (kaum muslimin)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas'ud). "Mana-mana lelaki yang murtad daripada Islam, hendaklah kamu menyerunya supaya kembali kepada Islam jika dia mahu. Jika tidak, pancunglah tengkuknya. Dan mana-mana perempuan yang murtad, hendaklah kamu menyerunya supaya kembali kepada Islam jika dia mahu. Jika tidak, pancunglah tengkuknya." (Hadis riwayat Thabarani daripada Mu'az bin Jabal). Nauzubillahiminzalik.. Jadikanlah ini sebagai pengajaran buat kita semua. Sepandai-pandai MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara melompat, akhirnya terkantoi jua.. Tahniah kepada team hackers GaySec. Inilah tujuan ilmu hack yang dianugerahkan sebenarnya. maklumat lanjut : sozcyili |
Kena berilmu baru orang tak boleh tipu... Posted: 08 Aug 2011 04:00 PM PDT Berilmu Akan Memacu Ibadah Ramadhan Oleh Ust Idris Ahmad Alhamdulillah sudah seminggu Ramadhan telah berlalu. Beruntunglah mereka yang berjaya merebut setiap detik daripada Ramadhan dengan melakukan ibadah kepada Allah SWT tanpa membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja. Mereka menjadikan Ramadhan sebagai tapak untuk menanamkan bekalan akhirat sesuai dengan hadis nabi SAW "Dunia ialah ladang akhirat". Persoalannya berapa ramai pula yang melepaskan "bulan emas" ini begitu sahaja tanpa peningkatan amal yang sepatutnya. Antara puncanya ialah kerana kecetekan ilmu dan sikap umat Islam sendiri. Mereka menganggap bahawa Ramadhan sama seperti bulan lain, sedangkan Ramadhan ialah penghulu segala bulan. Pada mereka tiada apa istimewanya Ramadhan, sedangkan di kalangan para sahabat dan ulamak salaf mereka bergembira dengan saat yang dinantikan. Inilah doa yang dibaca "Ya Allah berkatilah bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan" Oleh itulah Allah SWT menurunkan ayat yang pertama di dalam surah al Alaq" Bacalah dengan nama tuhan kamu". Ayat ini menggesa supaya umat Islam membaca dan mengkaji. Disinilah pentingnya kita disuruh untuk menuntut ilmu supaya kesempuranaan ibadah terjaga dengan baik. Hanya mereka yang berilmu sahaja, yang mampu menghayati Ramadan dengan semaksimanya. Berlaku satu fenomena di dlam masyarakat kita apabila, ibadah Ramadan hanya ikutan sahaja maka kesannya masjid dan surau sudah kelihatan lenggang dengan penghuninya. Akhirnya yang tinggal berbaki ialah mereka yang menjadi pelangan tetap surau dan masjid sahaja. Ahli jamaah yang datang bermusim sudah tidak bermaya untuk menghabiskan solat tarawih hingga akhir Ramadan. Semuanya ini berpunca daripada buat ibadah, tetapi tidak ada ilmu. Mereka merasa berat untuk menunaikan ibadah tarawih,walaupun hanya 30-40 minit untuk menghabiskan masa tarawih dan witir, pada mereka seperti 40 jam. Mereka ini lebih selesa lepak di kedai kopi tanpa menghiraukan masa yang berharga di dalam bulan Ramadhan dengan meninggalkan ibadah yang tidak ada pada bulan lain. Benarlah Sabda Rasulullah SAW "Akan datang satu masa nanti manusia hendak beribadat kepada Allah, tetapi di dalam keadaan jahil dan muncul qari yang fasiq (membaca tanpa beramal)" Sebaliknya mereka yang memiliki ilmu akan merasa lazat dengan ibadat Ramadhan yang tidak ada pada bulan lain. Kadang-kadang mereka merasa lazat dengan alunan ayat yang dibaca oleh imam hafiz ketika bertarawih. Langkah yang diambil oleh surau dan masjid yang mengadakan siri tazkirah adalah satu langkah yang bijak. Inilah peluang untuk ahli jamaah mendengar mutiara yang berharga sewaktu mereka menunaikan ibadah tarawih. Majlis yang memberi kefahaman ilmu aqidah yang mempunyai kaitan dengan orang yang menunaikan puasa. Menjelaskan sifat taqwa yang sebenar kepada ahli yang hadir, kerana inilah matlamat puasa. Beberapa amalan yang perlu ditekankan ketika berada di dalam bulan Ramadan khususnya merebut malam 10 terakhir. Tazkirah yang dibuat di malam Ramadan mempunyai kebaikan yang banyak. Antaranya ialah memberi peluang kepada mereka yang selama ini hadir ke surau setahun sekali dapat mendengar majlis ilmu, dengan harapan selepas Ramadan mereka akan hadir lagi ke surau. Selama ini mereka tidak berminat untuk datang ke surau mungkin kerana mereka tidak memahami tentang ilmu dan kaitan dengan ibadah. Berapa ramai ahli kariah yang dulunya liar dengan surau dan masjid, sudah mula berjinak selepas daripada bulan Ramadan hasil daripada tiupan semangat dan pemahaman yang betul setelah mereka mendengar majlis tazkirah sepanjang Ramadhan. Oleh itu mereka yang anti majlis tazkirah kerana bimbang jika kefahaman agama sudah berlubuk dihati maka mereka juga akan meninggalkan ajaran dan perjuangan sekular di negara ini |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan