AdukaTaruna |
Surat untuk Najib : Malaysia berpendapatan tinggi beri bonus RM500 sahaja. Posted: 08 Aug 2011 10:27 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Rujukan : Terima Kasih Kerajaan BN Bro Najib, PM gua yang dikasihi. Lu perlu tahu bahawa pengundi lu (BN-UMNO) majoritinya adalah golongan IQ rendah. Pekerja2 kampung, pekerja2 car wash, Pak Guard, wanita, artis, peminat industri hiburan dan sebagainya. Kita fokuskan kepada Pengawal Keselamatan. Cerita Pak Guard naik gaji lama dah. Najib umum lama dah. Dalam dunia kerja gua, ada 6 Guard yang bekerja. Seorang ketua menjadikannya 7. Gua sorang jer yang menentang lu secara tajuk. Lainnya, adalah pengundi setia BN-UMNO. Ayat lainnya dalam 7 kumpulan itu, hanya gua sahaja yang faham bahawa gua duduk di bawah pemerintahan UMNO-BN yang sudah terlalu lama memerintah. Gua sudah lali dan faham. Tapi lu perlu fikirkan pengundi setia lu. Gua telah nyatakan bahawa N3 ini tidak berjuang demi gua. Kalau demi gua, lama sudah gua memekak dalam blog cabuk gua. Gua siap bagitahu kat mana gua kerja. Kalau lu nak gunakan tekanan politik untuk terajang gua pun, gua takda hal. Cuma kalau boleh jangan la. Belum time gua blah lagi. Bro Najib, PM gua yang dikasihi. Mungkin kebetulan, selepas gua publish N3 terima kasih tu, dan berjanji akan buat N3 terima kasih khusus kalau lu tunaikan janji lu, demi kawan2 gua yang tidak faham siapakah UMNO sebenarnya zaman sekarang ni, syarikat gua memaklumkan gaji naik hujung bulan ni (gaji bulan 7 yang diterima pada 7hb 8) kerana kerajaan memberikan tambahan 20 sen dalam tender. Maka, bersukalah rakan2 UMNO gua ni. Bersungguh2 mereka menempelak gua. Gua just senyum sahajalah. Gua faham kadar intelek mereka. Namun, apabila gaji tiba, tiada kenaikan. Syarikat janji bulan depan pula (kemasukan gaji pada 7hb 9). Tanpa pengetahuan 6 orang, kecuali pejabat dan ketua yang incharge gua tu, gua kemukakan rasional jumlah kenaikan. Sekali lagi bukan demi gua. Gua tak kaya dengan sekadar kenaikan 20 sen dalam tender. Tapi SANGAT2 sedih dengan rakan2 gua yang tak sedar mereka teraniaya. Walaupun ketua pejabat dan kerani pejabat memandang rendah pada gua yang Pak Guard apabila mengemukakan matematik tender 20 sen, tapi gua harap lu dapat settlekan prob ini, demi pengundi2 lu. Ceritanya begini. "Maaf. Saya nak bertanya, berapa kenaikan gaji kami yang dijanjikan syarikat?" "RM20. Tak banyak sebab tender naik 20 sen jer." "Kenaikan tu berada dalam elaun atau gaji pokok?" "Intensif. Elaun lah." (Gua dah agak dah. Sebab kalau gaji pokok, syarikat kena bayar EPF lebih. Overtime lebih sebab darap kadar 1.5) "Ok gini. Kita buat matematik mudah. Pinjam pen. i. 20 sen sejam darap 8 jam = RM 1.60 ii. RM 1.60 darap 30 = RM 48.00 (boleh dikatakan tiada cuti kerana hari off sehari akan diganti 8 jam OT apabila giliran rakan lain off. Malah lebih pula sebab darap 1.5) Jadi syarikat ambil RM 28, pekerja dapat RM 20." (RM20 tu memang cukup menggembirakan rakan2 UMNO gua. Gua takda hal langsung. Gua dah biasa susah pasal gua yang memang pilih jalan ni. Tapi gua rasa sedih sangat sebab diorang kena tipu. IQ diorang hanya dijadikan untuk mengikut pihak yang menang.) "Eh.. bukan macam tu kiranya. Awak tak faham sebab awak bukan buat akaun." "Takan syarikat nak potong lagi atas nama pengurusan. Tender sebelum naik 20 sen itu sudah hampir setahun dipotong untuk pengurusan. Takan bila tender naik 20sen, tiba2 kos pengurusan syarikat naik. 20 sen pun nak tax juga ke?" "Eh.. awak tahu ke nak kira. Mana boleh kira macam tu." "Takpalah begini. Saya tunggu bos datang. Saya yakin dia faham matematik saya." Bro Najib, PM gua yang dikasihi. Lu kena tunaikan janji lu. Lu kena pastikan kenaikan 20 sen itu terus dapat tanpa potongan kepada pengundi2 setia lu. Bukan poyo bro, kalau lu nak kenaikan 20 sen sepenuhnya tanpa potongan kepada pengundi2 lu, dan berhentikan gua kerja pun, gua takda hal. Gua akan cari sumber rezeki lain. Gua pun ada perniagaan sendiri walau kecil. Gua tetap akan buat N3 terima kasih pada lu. Gua harap surat ni dapat dibaca oleh lu, sama ada sesat atau disampaikan. Gua just kesian sangat2 pada mereka. Mereka tak tahu apa. Jangan aniaya orang2 macam ni bro.. Sekian dulu. |
Panas! SU MB Selangor sokong kumpulan murtad. Posted: 08 Aug 2011 09:40 PM PDT Oleh : Milo Suam SEBUAH kumpulan anti Islam menggunakan nama Murtads in Malaysia and Singapore dikesan di laman sosial facebook. Kumpulan ini lebih kurang sama dengan kumpulan-kumpulan anti Islam lain yang pernah didedahkan sebelum ini. Setakat artikel ini ditulis, kumpulan ini memiliki seramai 473 ahli [Facebook]. Apa yang mengejutkan, dalam diam-diam terdapat konspirasi jahat untuk mencemarkan nama baik Setiausaha Menteri Besar Selangor, Cik Faekah Binti Hussin. Blog gerombolan songkok tinggi (United Malays No Otak) memainkan isu kononnya Cik Faekah turut menyokong kumpulan anti Islam ini. Blog United Malays No Otak menuduh Cik Faekah menyokong kumpulan Murtads in Malaysia and Singapore kerana beliau menjadi salah seorang ahli di dalam kumpulan tersebut [Facebook]. Beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat seperti Xavier Jayakumar dan Elizabeth Wong juga dilihat menjadi ahli kumpulan menyokong murtad itu. Selain itu ramai ahli kumpulan murtad tersebut yang memakai picbadge (lencana) BERSIH. Apa yang ingin ReJaM© jelaskan di sini ialah, ini semua hanyalah konspirasi jahat untuk mencemarkan nama baik setiausaha MB Selangor, dan pemimpin Pakatan Rakyat, serta penyokong-penyokong BERSIH. Konspirator mahu menyebarkan dakyah dan fitnah jahat. Group seperti ini boleh dibina dan dimanipulasi dengan mudah di Facebook. Walaupun tanpa persetujuan individu pemilik Facebook, pihak pentadbir sesebuah kumpulan seperti Murtads in Malaysia and Singapore ini boleh memasukkan sesiapa sahaja ke dalam kumpulan mereka sungguhpun tanpa persetujuan tuan punya akaun. Sebagai contoh, ReJaM© ada membina sebuah Group "Faekah suka MiLo SuaM" di facebook. Salah seorang ahli group tersebut yang baru sahaja dibina ini ialah Faekah sendiri. Jelas di sini, group ini sangat mudah dimanipulasikan rujuk sini [Facebook]. ReJaM© "Nak masukkan Najib dan Lady Gajah sebagai ahli pun boleh kah kah kah..." |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan