Isnin, 1 Ogos 2011

shalehudin

shalehudin


Anwar fail notis usul kedua

Posted: 01 Aug 2011 11:30 AM PDT

Anwar fail notis usul kedua dalam seminggu

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan notis usul kedua dalam seminggu di Mahkamah Tinggi di sini dan kali ini beliau memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihaknya menemu bual 10 saksi termasuk dua pembantu rumah warga Indonesia, yang nama mereka disenaraikannya dalam notis saksi beliau.

Dalam permohonan yang difailkan pagi ini melalui Tetuan Karpal Singh & Co, Anwar menamakan dua bekas pembantu rumah kepada Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

Seorang daripada pembantu rumah itu dikenal pasti sebagai Suliati manakala seorang lagi Fitria Dipan.
Lapan lain yang dinamakan ialah Abdullah Sani Said (bekas pemandu Anwar), Mokhtar Mustafa, Nik Mahmood Nik Hassan, Noor Sham Abdul Hamid, Prof Dr Mohamad Ariff Abdul Karem (bekas pengarah eksekutif MIER), Mohd Khoharullah Abdul Majid, Raymond Yeoh Cheng Seong (pegawai bank) dan bekas ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia, Omar Malek Ali Merican.

Minggu lalu (26 Julai), Anwar memfailkan permohonan serupa untuk menemu bual lima saksi, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam afidavit sokongan bagi permohonan terbarunya itu, Anwar memberikan alasan yang sama sepertimana dalam permohonan terdahulu mengikut undang-undang, iaitu adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk membenarkan saksi ditemu bual oleh pihak pembelaan dan kos dibayar oleh pihak pendakwaan.

Peguam Ram Karpal Singh memberitahu pemberita bahawa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan mendengar kedua-dua permohonan Anwar pada 3 Ogos.

Karpal Singh semasa dihubungi berkata kebanyakan daripada 10 saksi itu pada awalnya adalah senarai saksi pihak pendakwaan dan kenyataan mereka telah direkodkan oleh polis.

"Kami mahu temu bual itu diadakan sebelum kes pembelaan bermula, mengenai apa yang sebenarnya mereka (10 saksi) beritahu polis dan kemudiannya akan memutuskan sama ada kami masih boleh bergantung pada mereka," katanya,

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Beliau menetapkan 8-26 Ogos untuk mendengar kes pembelaan.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama. - BERNAMA

Semua depa dah sapu, hak drebar teksi pun nak sapu jugak ka?

Posted: 01 Aug 2011 10:00 AM PDT

Apa hal laporan arwah ni lambat sangat...

Posted: 01 Aug 2011 09:30 AM PDT

Balu Baharuddin mohon laporan bedah siasat


Nigel Aw
Rosni Malan, balu kepada allahyarham Baharuddin Ahmad yang mati ketika perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu memfailkan notis di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya laporan bedah siasat suaminya didedahkan.

Keluarga mangsa juga memohon kepada mahkamah bagi mengarahkan majistret menjalankan inkues bagi menentukan punca kematian Baharuddin dan supaya polis mendedahkan semua dokumen berkaitan kes itu.

Rosni, 55 tahun menjelaskan, permohonan itu terpaksa dilakukan kerana pihaknya sehingga kini masih belum menerima apa-apa maklum balas daripada majistret dan Jabatan Peguam Negara.

"Tujuan saya ikhlas, Ketentuan Allah saya terima. Tetapi saya dan keluarga perlu mengetahui bagaimana cara kematian beliau. Ini akan memberi pengajaran kepada kita," kata Rosni kepada wartawan di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Peguam keluarga itu, Ahmad Jufliz Faiza berkata laporan bedah siasat lazimnya mengambil masa sekitar dua minggu untuk siap namun keluarga mangsa telah memohon bagi mendapatkannya pada 12 Julai, tetapi sehingga sekarang masih belum menerimanya.

"Kita percaya Baharuddin mati di kawasan yang dikawal oleh polis (pada hari tersebut). Laporan bedah siasat adalah antara bukti (dalam kes Baharuddin)."

Katanya laporan dari Hospital Kuala Lumpur untuk mengetahui punca sebenar kematian allahyarham masih belum diperolehi tetapi telah beberapa kali diminta.

Rosni (kanan) ditemani dua anaknya serta peguam, Ahmad Jufliz Faiza, Patrick Dass dan Chan Chew Weng memfailkan permohonan kira-kira jam 2 petang tadi.

Beliau turut merayu orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantunya mencari kebenaran dan keadilan terhadap suaminya.

Penyakit kronik

"Saya harap jika orang ramai ada bukti berkaitan suami saya bolehlah kemukakan kepada peguam saya atau hadir di Mahkamah nanti untuk beri keterangan," katanya lagi.

Polis sebelum ini mendakwa, Baharuddin mati kerana komplikasi jantung.

Rosni dan keluarganya bagaimanapun menafikan allahyarham menghidap sebarang penyakit kronik.

"Terdapat banyak tuduhan yang dibuat mengenai kematian suami saya tetapi apa yang saya tahu berbeza dengan maklumat yang diterima. Suami saya sentiasa sihat sebelum ini dan tiada tanda dia mengalami apa-apa sakit yang serius," katanya.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid pada sidang medianya pada 22 Julai lalu menafikan taktik ganas digunakan ke Badaruddin, termasuk dakwaan beliau dibelasah pihak berkuasa.

Sebaliknya menurut pegawai kanan polis itu, bahawa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Salleh juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.

"Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.

"Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula," katanya ketika taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian 9 Julai lalu mengikut versi polis, di Bukit Aman.

Najib selesai, MB Kedah stabil

Posted: 01 Aug 2011 08:11 AM PDT

Najib selesai bedah lutut, MB Kedah stabil di IJN

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menjalani pembedahan lutut kirinya, yang cedera akibat bersukan, melalui pembedahan "arthoscopic" di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pembedahan dilakukan secara minimum dengan memasukkan peralatan skop untuk melihat kerosakan lututnya, dan menerusi skop tersebut, alat pembedahan digunakan untuk membaiki kecederaan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi.

Pembedahan berjalan dengan baik dan hanya mengambil masa selama 45 minit, katanya dalam satu kenyataan dipetik Bernama Online.

"Para doktor yang bertanggungjawab puas hati dengan hasil pembedahan tersebut," katanya.

Dr Hasan berkata Perdana Menteri (gambar) telah dinasihatkan supaya berehat di hospital sehingga Rabu ini, dan beliau dijangka boleh memulakan semula tugas pada minggu hadapan.

Dalam pada itu kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung, tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil.

Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid, Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

"Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantungnya ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya.

"Kesihatan Menteri Besar dalam keadaan stabil sekarang, tetapi saya tidak tahu bila doktor akan membenarkan beliau keluar dari IJN," katanya.

Mohd Helmi berkata doktor juga tidak membenarkan Azizan menerima pelawat bagi mengelak gangguan terhadap proses rawatan dan membolehkan tekanan darah beliau kembali normal dengan lebih cepat.

Bagaimanapun, beliau berkata Sultan dan Sultanah Kedah serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri itu sempat menziarahi Azizan.

Jantung MB Kedah tersumbat...

Posted: 01 Aug 2011 06:56 AM PDT

MB Kedah dimasukkan ke IJN, jantung tersumbat

Kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung, tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil.

Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid, Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

"Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantungnya ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya.

"Kesihatan Menteri Besar dalam keadaan stabil sekarang, tetapi saya tidak tahu bila doktor akan membenarkan beliau keluar dari IJN," katanya ketika dihubungi.

Mohd Helmi berkata doktor juga tidak membenarkan Azizan menerima pelawat bagi mengelak gangguan terhadap proses rawatan dan membolehkan tekanan darah beliau kembali normal dengan lebih cepat.

Bagaimanapun, beliau berkata Sultan dan Sultanah Kedah serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri itu sempat menziarahi Azizan di IJN hari ini.

- Bernama

Azizan Razak Dan Haron Din Dimasukkan Ke IJN

Posted: 01 Aug 2011 06:45 AM PDT

Dua pemimpin tertinggi PAS, Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din dan Menteri Besar Kedah, Azizan Razak diberitakan dimasukkan ke Institiut Jantung Negara (IJN) serentak petang ini.

Kedua mereka menghadapi masalah jantung.

Dr Haron akan menjalani pembedahan kecil (injugram) sementara keadaan Azizan Razak belum diketahui tetapi dilaporkan sedikit kritikal.

Beberapa pemimpin Pas telah menziarahi kedua mereka termasuk Exco Kerajaan Selangor, Dr Hasan Ali yang terawal bergegas ke IJN.

Beberapa keping gambar keadaan mereka di IJN telah dihantar ke email saya sekejap tadi.

Sama-sama kita berdoa semoga keadaan mereka selamat dan apa juga rawatan ke atas mereka berjalan lancar.

Perkembangan lanjut akan menyusul kemudian selepas saya mendapat maklumat terperinci mengenai keadaan mereka berdua.

Three blind mice... kahkahkah...

Posted: 01 Aug 2011 05:15 AM PDT

RCI judges 'three blind mice', says ex-Judge

A respected former senior judge has branded the three judges on the Teoh Beng Hock royal commission of inquiry (RCI) "three blind mice" for concluding that the political aide committed suicide despite lacking expert opinion.

Former High Court and Court of Appeal judge Datuk N. H. Chan said the commission had "no business" forming such an opinion as none of the experts it called upon gave the opinion that Teoh committed suicide.

He pointed out that this went against Section 45 of the Evidence Act 1950, which states that when a court has form an opinion on a point of science, the opinions of experts are relevant facts. "Without any relevant fact, that is to say, without an opinion from an expert, a court is unable to form an opinion upon... the scientific point that Teoh Beng Hock took his own life. In this case, none of the experts gave the opinion that Teoh took his own life," Chan said in an essay sent to The Malaysian Insider.

"The commissioners must not substitute their own opinion for that of the experts! Yet this was precisely what the RCI did! By assuming the mantle of a forensic psychiatric expert it came to the conclusion that Teoh took his own life."

He added that the finding that Teoh was driven to suicide after relentless questioning from Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) officers was also unfounded, and lamented the fact that the public still did not know how the political aide died.

The RCI unanimously ruled that Teoh, aide to Selangor executive councillor and Seri Kembangan assemblyman Ean Yong Hian Wah, committed suicide as a result of pressure from aggressive and continuous questioning by anti-graft officers.

The five-man panel wrapped up its report on June 15 after having heard testimony from 70 witnesses in its bid to unravel the mysterious circumstances behind Teoh's death.

The 30-year-old DAP political aide was found dead on July 16, 2009 on the fifth-floor corridor of Plaza Masalam in Shah Alam after he was questioned overnight by MACC officers at their then-Selangor headquarters on the 14th floor.

The coroner's inquest had in January returned an "open verdict" ruling out both suicide and homicide some 18 months after Teoh's death.

The government was then forced to establish the RCI, which first met in February, with two terms of reference: to probe how Teoh plunged to his death and to look into MACC's investigative methods.

Teoh's family has rejected the commission's verdict and are currently mulling a judicial review of its findings.

Read former Court of Appeal Judge Datuk NH Chan's article, "If you put the cart before the horse"

source:malaysian insider

Bukan mudah woii nak jadi nombor satu nih... kahkahkah...

Posted: 31 Jul 2011 11:00 PM PDT

Ahaaks : Musuh Nombor Satu - Raja Petra Kamarudin

Raja Petra Kamaruddin berkata .....Bloggers Umno memaki, meraung, merintih, merungut dan mengadu kerana menuduh saya berbohong (menfitnah) dan berbuat propaganda. Mereka memanggil saya 'Raja Putar' dan mereka mengatakan bahawa Malaysia Today adalah pakar pemutar terbesar untuk Pakatan Rakyat. Dan Blog Ummo bukan sahaja cuba membunuh karektor saya malahan juga membunuh karektor isteri dan anak-anak saya.

Oleh itu, pertama sekali, saya amat berbesar hati bahawa Blogger Umno menganggap saya Musuh Nombor Satu. Ia tidak mudah untuk menjadi Musuh Nombor Satu. Banyak kerja keras perlu dibuat untuk menjadi nombor satu. Lagipun, terdapat berjuta-juta Blogs di luar sana di dunia siber yang bersaing untuk satu nombor.

Kedua, Malaysia Today bukanlah 'Pakar Pemutar Terbesar untuk Pakatan Rakyat'. Jika Malaysia Today berkhidmat untuk Pakatan Rakyat, maka bagaimana pula terdapat ramai di dalam Pakatan Rakyat yang marah dengan saya dan membenci saya? Malah, saya tahu ada orang dari Pakatan Rakyat yang mendakwa bahawa saya bekerja untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketiga, saya gembira kerana kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat amat membenci sangat kepada saya. Ia tidak mudah untuk mendapatkan kedua-dua belah parti politik untuk membenci anda. Mendapat satu pihak untuk membenci anda dan bahagian lain untuk mencintai anda adalah mudah. Sesiapa sahaja boleh melakukannya. Tetapi untuk mendapatkan kedua-dua pihak untuk membenci anda adalah tugas yang tidak ramai rakyat Malaysia boleh mencapai.

Keempat, dan perkara yang paling penting sekali, apa yang anda telah dapat semata-mata atas perbuatan anda sendiri. Anda lihat, di Malaysia, anda bersalah sehingga telah terbukti tidak bersalah . Inilah bagaimana kerajaan, Barisan Nasional dan Umno memainkan permainan. Mereka mengaku anda bersalah dan adalah semata-mata peraturan seperti yang ditetapkan oleh orang-orang yang memegang tampuk kuasa.

Dipetik dan terjemahkan dari Malaysia Today dan seterusnya DISINI

Sib baik aku bukan Umno... kahkahkah...

Posted: 31 Jul 2011 09:00 PM PDT

Jijiknya perangai UMNO
Oleh Che Nad

Seorang pemimpin UMNO Pulau Pinang yang sebelum ini sering buat kecoh dengan publisiti murahan, kini buat satu lagi gimik politik iaitu hadiahkan coli dan seluaq dalam pada KM Lim Guam Eng. Apa yang nak digambarkan di sini ialah begitulah kotornya mentaliti UMNO menjadikan apa yang berkaitan dengan wanita sebagai objek untuk dipersendaguraukan.

Malunya jadi ahli UMNO melihat perangai pemimpin mereka. Kepada masyarakat Non Muslim pula, perbuatan tersebut betul-betul menjatuhkan maruah umat Islam..

Kalau macam tu perangai orang yang mengaku Islam, apa lagi yang bukan Islam mahu contohi dari Islam. Akibat hilang negeri UMNO dah jadi sasau. Kalau hilang pula Pusat tak dapatlah nak digambarkan bagaimana pula gelagat mereka.

Cukuplah, kalau kita umat Islam mahu selamatkan maruah Islam dari terus dilihat jijik oleh pihak yang belum Islam, marilah umat Islam semua bersatu menghancurleburkan UMNO sehingga tercabut akar umbinya sekali.

Apa hal plak nih... kahkahkah...

Posted: 31 Jul 2011 08:00 PM PDT

Apa hal plak nih... kahkahkah...
Memang kartun la kartun nih.... kahkahkah...

Berat betoi dakwaan nih...

Posted: 31 Jul 2011 07:00 PM PDT

Peguam, Fadiah menunjukkan rakaman OCPD Brickfields, Wan Bari mengarahkan anggotanya melepaskan tembakan gas pemedih mata tepat ke arah orang ramai

Berat sungguh dakwaan nih, memang berat sesangat. Dalam sebuah negara demokrasi, berita camni tentu menggerunkan kita semua. Tapi kalau dalam sebuah negara komunis dan zionis... memang tak heran dahh.... haha... Takkan kita nak samakan Malaysia indah ni ngan komunis dan zionis kott...

Puak puak yang berdemo BERSIH secara aman bukan main hampa hantam ngan penyepak la, terajang la, canister la... yang jenayah bermaharajalela tak nampak pencegahannya...

Wallawoiii.... otak cap ayam betoi..., ca hampa tengok dan baca berita gerun nih....

Cubaan polis membunuh di KL Sentral, KEADILAN kemuka video

Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran mengulangi bahawa tindakan polis yang menghala tembakan gas pemedih mata tepat kepada peserta Bersih di laluan bawah KL sentral, 9 Julai lalu adalah satu cubaan membunuh.

Beliau berkata, perbuatan itu boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan badan yang serius dan melanggar undang-undang di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan. Menurutnya, polis juga melanggar undang undang antarabangsa dan tidak mengikut prosedur ditetapkan, apabila melepaskan tembakan di tempat tertutup atau di dalam terowong.

Serangan itu katanya, mencederakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengawal peribadinya Fayadh Al Bakri, dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

"Fayadh dan Khalid masing-masing cedera di muka dan kepala kerana tembakan terus dari kanister gas pemedih mata sehingga cedera parah," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), di sini hari ini.

Akibat tindakan ganas itu, Fayyadh mengalami kecederaan serius sehingga dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan di bahagian muka. Manakala Khalid pula mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala dan menerima enam jahitan.

Dalam sidang media yang sama, wartawan turut ditunjukkan beberapa klip rakaman membuktikan polis melepaskan tembakan menghala ke arah orang ramai.

Peguam hak asasi manusia dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, berkata, Ketua Polis Daerah Brickfields (OCPD), Wan Bari Wan Khalid, memberi arahan kepada polis supaya menembak ke arah bawah.

"Semasa serangan di terowong KL Sentral, pihak polis telah mengarahkan "Bawah! Bawah" sebelum menembak kanister gas pemedih mata terhadap peserta Bersih.

"Polis juga beri amaran kepada wartawan, dan jurugambar beredar, kalau tidak mahu kena (tembakan)," kata Fadiah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa juga menyifatkan tindakan polis itu bertujuan mendatangkan kecederaan dan boleh mengakibatkan kematian.

"Lebih kurang 12 tembakan gas pemedih mata ditembak di kawasan tertutup yang penuh dengan peserta, ini boleh mendatangkan kecederaan.

"Bayangkan gas pemedih mata ditembak di dalam bilik tertutup di mana ruang udara adalah tebal dan penuh dengan asap, dan dengan setiap nafas anda mendapat gas pemedih mata dalam paru-paru anda … orang boleh mati," kata Sivarasa.

Pemetik api bakar bilik

Posted: 31 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pesakit mental guna pemetik api bakar bilik

KUALA LUMPUR - Kebakaran yang berlaku di Bilik Isolasi Pesakit Mental, Jabatan Kecemasan Hospital Kuala lumpur (HKL) awal pagi kelmarin dikenal pasti berpunca daripada tindakan seorang pesakit mental memulakan kebakaran dengan menggunakan pemetik api yang ada padanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, punca kejadian pada 12.30 pagi itu diketahui melalui pemerhatian kamera litar tertutup (CCTV) di bilik itu.

Katanya, ekoran itu api merebak dengan pantas serta mengeluarkan asap tebal sehingga menyebabkan perkhidmatan di Jabatan Kecemasan tergendala.

"Petugas hospital cuba memadamkan api dengan alat pemadam api dan mengeluarkan pesakit. Bagaimanapun, api merebak dengan pantas sehingga meragut nyawa pesakit mental berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Hasan berkata, sebelum kejadian, pesakit mental itu yang bertindak agresif telah dibawa oleh polis dengan diiringi dua anggota keluarganya ke Jabatan Kecemasan HKL pada pukul 10.15 malam.

Beliau berkata, pesakit itu yang pernah menerima rawatan di HKL, ditempatkan di Bilik Isolasi Pesakit Mental selaras dengan Prosedur Operasi Standard bagi pesakit mental yang agresif.

Katanya, pesakit lain serta petugas Jabatan Kecemasan telah dipindahkan keluar sehingga api berjaya dipadamkan oleh anggota pasukan Bomba dan Penyelamat pada pukul 12.55 pagi.

Hasan berkata, kejadian itu menyebabkan perkhidmatan di jabatan tersebut tergendala selama 94 minit dan disambung semula pada pukul 1.20 pagi dan kerosakan hanya melibatkan bilik berkenaan. - Bernama

Ada pendakwah terima elaun suntik fahaman ekstrem

Posted: 31 Jul 2011 04:00 PM PDT

Pegawai Jakim: Wahabi dan Syiah sumber ancaman utama, perlu dibendung
Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata Wahabi dan Syiah merupakan ancaman utama kepada keselamatan negara dan pihak berkuasa perlu memberi perhatian secara menyeluruh untuk membendung kedua-dua fahaman itu agar tidak membawa kepada pemikiran radikal.

"Ancaman pemikiran terbesar di negara kita sekarang ialah Wahabi dan Syiah... pemikiran yang ekstrem... (kerajaan) perlu bendung bagi mengharmonikan amalan fahaman Sunah Waljamaah di Malaysia," kata Zamihan Mat Zin, yang kini merupakan Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras di Institut Latihan Islam Malaysia, agensi di bawah penyeliaan Jakim.

Zamihan, yang menjadi perhatian di sebalik polemik fahaman Wahabi sejak tahun lalu berkata, "jika tidak dibanteras, ia berpotensi untuk mengganggu-gugat sistem etika pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia."

Zamihan berkata mengikut kajiannya fahaman Wahabi dan Syiah masing-masing mempunyai pengikut sekitar sejuta orang.

Dalam satu pertemuan di pejabatnya di Bandar Baru Bangi baru-baru ini, Zamihan memberitahu The Malaysian Insider, jika dibiarkan ia akan "menyuburkan gejala ekstremisme agama sebagaimana berlaku di Pakistan, Afghanistan, Iraq, Indonesia dan Chechnya."

Sambil menarik perhatian kepada tindakan sesetengah pihak melakukan perkara itu dengan sokongan pihak luaran, beliau menambah, ada pendakwah yang menerima bantuan kewangan dalam bentuk elaun daripada menerusi kedutaan asing di sini untuk mengadakan aktiviti yang boleh menyuntik fahaman.

"Ada pendakwah menerima elaun bulanan, dalam jumlah besar... memang ada bukti. Memang pihak berkenaan akan menafikan, kalau saudara tanya mereka mesti menafikan, tetapi kami ada bukti," kata beliau lagi.

Dalam ulasan sebelum ini, Zamihan mempertahankan tindakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sambil menegaskan, isu amalan Wahabi menjadi semakin serius.

Zamihan juga mendakwa sebelum ini bahawa amalan fahaman Wahabi berleluasa dengan mendapat perlindungan dan campur tangan ahli-ahli politik, malah menular ke agensi-agensi agama di peringkat nasional dan negeri.

MKN telah mengadakan mesyuarat khas Isnin lalu bagi membincangkan perkara tersebut. Difahamkan mesyuarat merumuskan pihak-pihak dipercayai ada kaitan dengan amalan Wahabi akan berakhir dengan pembabitan dalam terorisme.

Mesyuarat itu susulan kepada pertemuan tahun lalu yang membincangkan isu berkenaan amaln Wahabi di peringkat pusat pengajian tinggi dan di Bukit Aman.

Ia telah menyenaraikan beberapa nama pemimpin yang popular negara ini termasuk tokoh-tokoh ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu.

Mereka ialah bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan sekumpulan 40 ulama muda yang menyertai Umno termasuk Fathul Bari Mat Jahya.

Zamihan menjadi perhatian ekoran pendedahan media tahun lalu susulan satu sesi taklimat yang mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu Asri, Juanda, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitang dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Bagaimanapun dalam penjelasan kepada The Malaysian Insider ketika itu, Zamihan menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Berdasarkan laporan The Malaysian Insider semalam, Juanda Jaya melahirkan rasa lega kerana Putrajaya tampil dengan penjelasan mengenai isu Wahabi termasuk penegasan bahawa Arab Saudi tidak mempelopori keganasan dan ajaran sesat di negara .ini menerusi fahaman itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan tidak pernah menganggap negara di rantau Asia Barat termasuk Arab Saudi sebagai negara yang mempelopori keganasan dan ajaran sesat.

Sebaliknya kata Jamil Khir, kerajaan sentiasa menjaga hubungan baik dengan negara di rantau itu kerana tiada bukti yang boleh mengaitkan mana-mana negara dengan aktiviti keganasan.

"Bagi pihak kerajaan, kita sentiasa menjaga hubungan yang terjalin antara negara luar termasuk Arab Saudi, Jordan, Iraq dan sebagainya.

"Selain itu, kita ambil pendekatan berhati-hati agar unsur-unsur keganasan tidak cuba dibawa masuk ke negara ini kerana ia akan membawa perpecahan," kata beliau.

Jamil Khir berkata secara umumnnya keganasan pada waktu ini bukan atas nama kumpulan atau negara tetapi ia kadang-kadang datang daripada individu-individu tertentu.

Pertemuan dengan Zamihan berlangsung sehari sebelum kenyataan rasmi Jamil Khir itu.

Ditanya mengenai dakwaan berkaitan amalan Wahabi dengan hubungan diplomatik, Zamihan berkata, ini bukan soal hubungan dua hala akan terjejas ataupun sebaliknya.

Tetapi kata beliau, ia berkaitan dengan soal membantu menjaga keselamatan dan kepentingan bersama.

"Kalau anda datang ke sini, anda kena jaga sensitiviti kami. Begitu juga apabila kami pergi ke negara anda, kami kena menjaga sensitiviti dengan tidak membawa fahaman kami.

"Saya pasti mana-mana negara pun akan mengambil tindakan atau menghalau keluar jika rakyat negara lain membawa fahaman yang boleh mengancam keselamatan negara dikunjungi," kata beliau.

"Misalnya jika rakyat Iraq datang ke Malaysia dan membawa dadah, dan jika kita tangkap... adakah ia akan menjejaskan hubungan dua hala, hubungan diplomatik. Saya rasa tidak, jadi begitu juga dalam soal fahaman agama ini. Jangan bawa fahaman yang boleh mengancam keselamatan negara," katanya lagi sambil menambah, "ini bukan tuduhan, tetapi hakikat yang berlaku."

"Mana-mana negara pun kena penyakit ini," kata Zamihan yang turut berkata beliau telah membangkitkan isu ini sejak tahun 2006.

Tiada ulasan: