Isnin, 1 Ogos 2011

Addin

Addin


Professor Peluk Islam Setelah Kaji Mumia Firaun

Posted: 01 Aug 2011 06:00 PM PDT

Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramasses II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.


Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan majlis keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Dr. Bucaille
Bucaille adalah seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L'Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Kesempatan untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun ini di manfaat sepenuhnya oleh Bucaille. Beliau mengerah seluruh tenaga dan pengalamannya untuk membongkar misteri di sebalik kematian raja Mesir kuno itu.

Hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, 'dirawat' segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu tidak buruk.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang dipercayainya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

 

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (tajuk asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.








Kisah Firaun Di Dalam Al-Quran

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

"Jangan panik kerana sesungguhnya umat Islam telah mengetahui tentang peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga ke hari ini!"

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang berlaku lama dahulu tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggi.

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak 1400 tahun yang lalu.

Sambil mata tidak terlepas dari memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat menyatakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

"Adakah masuk akal ,di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa? Apakah masuk akal Muhammad mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan," kata hatinya sendirian.

Beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya menyatakan Firaun tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah:

"Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu".

(Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)




Penemuan Roda Kereta Firaun di dasar Laut Merah

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

"Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami."(Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: "Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini."

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan mengkaji seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur'an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.



Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

"Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

"Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden," katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Sumber


Fakta Pembentukan Hujan Dalam Al-Quran

Posted: 01 Aug 2011 08:35 AM PDT

Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira" (Al Qur'an, 30:48)

Perhatikan isyarat yang Allah berikan melalui satu ayat............ betul betul satu ayat diatas yang menjelaskan proses terjadinya hujan, jauh sebelum kita mengenal ilmu pengetahuan moden.



"Dialah Allah Yang mengirimkan angin..."
Gelembung-gelembung udara yang jumlahnya tak terhitung yang dibentuk dengan pembuihan di lautan, pecah terus-menerus dan menyebabkan partikel-partikel air menuju ke langit. Partikel-partikel ini, yang kaya akan garam, lalu diangkut oleh angin dan bergerak ke atas di atmosfera.

Partikel-partikel ini, yang disebut aerosol, membentuk awan dengan mengumpulkan wap air di sekelilingnya, yang naik lagi dari laut, sebagai titik-titik kecil dengan mekanisme yang disebut "perangkap air".
"...lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal..." Awan-awan terbentuk dari wap air yang menjadi embun di sekeliling butir-butir garam atau partikel-partikel debu di udara. 
Kerana air hujan sangat kecil (dengan diamter antara 0,01 dan 0,02 mm), awan-awan itu bergantungan di udara dan terbentang di langit. Jadi, langit ditutupi dengan awan-awan.

"...lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya..."
Partikel-partikel air yang mengelilingi butir-butir garam dan partikel -partikel debu itu membeku dan membentuk air hujan. Jadi, air hujan ini, yang menjadi lebih berat daripada udara, bertolak dari awan dan mulai jatuh ke tanah sebagai hujan.

Maha Besar dan Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya, semua tahap pembentukan hujan betul betul telah diceritakan dengan berurutan dan secara jelas dalam ayat-ayat Al-Qur'an.

Sebagaimana fenomena-fenomena alam lain di bumi, Al-Qur'anlah yang menyediakan penjelasan yang paling dahulu mengenai fenomena ini dan juga telah mengumumkan fakta-fakta ini kepada orang-orang jauh ribuan tahun sebelum ditemui ilmu pengetahuan moden./tulahan.blog

PRU 13 : BN Bakal Kalah Di Perak Dan Negeri Sembilan

Posted: 01 Aug 2011 08:00 AM PDT

Simulasi pilihanraya Umno bukan sahaja meramalkan BN tewas di Perak, tetapi juga di Negeri Sembilan. Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke menjangkakan Negeri Sembilan bakal menyaksikan pertembungan hebat dalam PRU akan datang. Beliau bagaimanapun mengambil sikap berhati-hati bagi mengelak termakan perangkap psikologi Barisan Nasional. "Kita menjangkakan ada persaingan sengit dikedua-dua negeri ini. Apa-apapun saya rasa, dipihak kita dalam Pakatan Rakyat kita jangan termakan dengan propaganda ini," tegas Anthony.


Beliau juga berharap agar semua ahli parti akan terus bekerja keras selagi pilihanraya ke-13 masih belum diadakan. "Mungkin seolah-olah mereka nak membuat kenyataan ini untuk kita berasa selesa dan supaya tidak perlu bekerja kuat untuk berkempen.Jadi saya tidak perlulah berasa terkejut ataupun berasa gembira dengan kenyataan seperti begitu," jelas Anthony./tvsnews



UMNO Ingin Najib Segera Turun?

Posted: 01 Aug 2011 07:10 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terperangkap dengan soalan yang dikemukakan mahasiswa ketika menghadiri Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 di Kuala Lumpur, semalam. Tindakan Najib mengelak dari menjawab persoalan 'Melayu dahulu, Malaysia kemudian' oleh mahasiswa yang hadir persidangan itu, menunjukkan beliau tidak mempunyai gagasan pemikiran yang jelas, kata Pengarah Biro Mahasiswa, Angkatan Muda KEADILAN,Saifullah Zulkifli. Saifullah berkata, Najib cuba mengelak dari menjawab soalan itu dengan alasan tidak mahu ia dikaitkan dengan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sedangkan rakyat pada umumnya tahu hubungan yang renggang antara mereka.


"Najib cuba 'playsafe' tentang soal 'Melayu dahulu, Malaysia kedua'. Sepatutnya Najib wajib menjawab persoalan yang dilontarkan. Anak muda mahu tahu pandangannya tentang itu," "Dalam masa yang sama, Najib cuba menunjukkan kononnya tiada konflik yang ketara di antara mereka. Sedangkan semua orang tahu tentang itu. Pemimpin Umno sekarang berusaha untuk menaikkan Muhyiddin," kata Saifullah.

Dalam pada itu katanya, Najib juga terperangkap dengan soalan mahasiswa apabila ditanya mengenai perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), 9 Julai lalu. Saifullah berkata, jawapan Najib bahawa beliau menawarkan Stadium Shah Alam dan bukan Stadium Merdeka kepada gabungan itu, menunjukkan sikapnya yang diumpamakan seperti 'lidah bercabang'.

"Dia sendiri yang menyatakan – jika mahu berhimpun pergi ke stadium. Ini diucapkan oleh Najib sendiri semasa perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) 4 Julai lalu. "Sedangkan, dia tidak kata mana-mana stadium secara spesiifik. Mungkin benar kata orang-orang Umno. Sikap seperti ini yang menyebabkan mereka mahu cepat-cepat menurunkan Najib," kata Saifullah./kd

Addin :

Bukan sahaja Najib yang turun tapi BN akan turun di Putrajaya..



Lagi Banner Dan Sepanduk Ramadhan Yang Di Keluarkan PAS Di Buang

Posted: 31 Jul 2011 11:42 PM PDT

Ketua Penerangan PAS Sabah, Hisammuddin Sulaiman mengutuk tindakan pihak tertentu yang membuang pemidang dan sepanduk sempena bulan Ramadhan yang dikeluarkan oleh PAS kawasan di Beaufort dan Sipitang. Tindakan tidak bertamadun itu dibuat dengan arahan oleh puak yang dengki dengan PAS, sedangkan banner dan sepanduk telah disahkan dan dibuat mengikut prosedur yang betul di Pejabat Daerah. Bulan ramadhan adalah bulan yang mulia, semua pihak perlu menghormati antara satu sama lain tetapi tindakan kebudak-budakan seperti itu, mengakibatkan kebencian dan menghalang syiar Islam di Sabah ini.


Umno Sabah perlu tegas dalam menasihati puak-puak yang menghalang SYIAR Islam di Sabah dan jangan bersikap 'bagai katak bawah tempurung'. PAS hanya mahu mengembangkan syiar ISLAM di bulan Ramadhan, kenapa perlu buang banner-banner hanya untuk menjaga kepentingan parti tertentu.

PAS Sabah menasihatkan puak-puak ini agar insaf dengan tindakan seperti buang banner, banting dan seumpamanya yang diberi keizinan oleh Majlis Daerah. "Wakil rakyat UMNO perlu sedar dan perlu bertanggungjawab untuk menasihatkan pihak-pihak yang buat tindakan seperti ini agar tidak mencemar syiar Islam ini," tambah Hisammudin./sabahkini

DSAI - Ramadhan Bulan Pembersihan Jiwa

Posted: 31 Jul 2011 10:22 PM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ramadhan adalah bulan pembersihan jiwa di mana Allah memberi ruang kepada umat Islam beribadat bagi memuliakan bulan suci itu. "Alhamdulillah, dengan limpah inayah dan izinNya maka kita dapat memulakan ibadah Ramadhan untuk sekalian kalinya tahun ini,". "Justeru wajarlah ia dimanfaatkan segenap masa agar Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kita inshaAllah," kata Anwar dalam perutusan Ramadhan hari ini. 
Menurut Anwar, Rasulullah SAW bersabda , "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat.

"Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hari ini, 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 Hijrah, umat Islam di Malaysia mula menunaikan ibadah puasa- rukun Islam ketiga yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad S.A.W./kd

Tiada ulasan: