Senyum Tangis Sendu |
Posted: 25 Aug 2011 12:59 AM PDT Garuda Indonesia menafikan dakwaan seorang wanita Korea Selatan yang memohon jawatan pramugari kononnya doktor lelaki memeriksa payu dara semua calon bagi mengesan jika terdapat sebarang implan. Setiausaha korporat syarikat penerbangan itu, Pujobroto, berkata pemeriksaan kesihatan rutin yang merupakan sebahagian daripada proses pengambilan petugas baru tidak melibatkan pemeriksaan payu dara. Gambar Hiasan Wanita Korea Selatan itu dilaporkan berkata ramai calon yang memohon 18 jawatan pramugari Garuda Indonesia, dikehendaki menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, bagi membolehkan doktor, yang merupakan seorang lelaki, mengesan sama ada terdapat sebarang implan ataupun tatu. Seorang pegawai Garuda dipetik oleh agensi berita Korea, Yonhap, sebagai berkata bahawa pemeriksaan menggunakan tangan dilakukan kerana implan boleh menimbulkan masalah kepada kesihatan jika tekanan udara rendah semasa penerbangan. Pegawai itu juga dilaporkan berkata bahawa anak kapal dilarang mempunyai tatu, dan larangan ini juga terpakai kepada rakyat asing yang berkhidmat dengan Garuda. Pujobroto berkata pemeriksaan fizikal dilakukan oleh satu pasukan perubatan Garuda dari Indonesia yang dibantu oleh petugas wanita dari Korea. Lima daripada 27 pemohon warga Korea gagal dalam ujian itu, katanya tanpa menyatakan sebabnya. Laporan mengenai pemeriksaan payu dara itu menimbulkan kemarahan kumpulan hak asasi wanita yang menyifatkannya sebagai melanggar hak peribadi. Seorang jurucakap Korean Air pula dilaporkan berkata beliau belum pernah mendengar mengenai pemeriksaan mengesan implan pada payu dara calon pramugari. "Adakah ini bermakna penumpang wanita yang mempunyai implan payu dara juga tidak boleh terbang?" katanya. |
Perogol Bersiri 19 Wanita dan Gadis Posted: 24 Aug 2011 06:43 PM PDT Gambar hiasan KOTA BHARU: Seorang perogol bersiri yang terbabit dalam 19 kejadian rogol dan cubaan merogol sejak tahun lalu kini giat memburu mangsanya menggunakan modus operandi mengikat tangan dan mengacukan pisau sebelum merogol. Sasarannya wanita seperti penuntut institusi pengajian tinggi dan pekerja pasar raya yang tinggal bersendirian sama ada di asrama atau kediaman yang tidak berkunci. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek berusia antara 20 dan 30-an dan kebanyakan kes dilaporkan berlaku di Kota Bharu dengan 16 kes serta masing-masing satu kes di Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat. Katanya, kejadian terbaru berlaku di Tanah Merah, awal bulan ini. "Berdasarkan maklumat mangsa, kami memperoleh lakaran gambar wajah suspek dan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suspek di sebuah kedai. "Fotofit wajah suspek akan disebarkan secara meluas bagi membantu polis memperoleh lebih banyak maklumat sehingga tertangkapnya suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, semalam. Menurut Mazlan, perogol bersiri itu menyasar mangsa berusia 20 hingga 30 tahun yang tinggal asrama atau kediaman tidak berkunci. "Sebelum merogol suspek akan memastikan hanya mangsa berada di asrama atau di rumah. Dia mengikat tangan mangsa sama ada menggunakan wayar, tudung atau tali dan mengacukan pisau sebelum merogol mangsanya," katanya. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan