Anak Sungai Derhaka |
- UMNO memang mahu jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang?
- Terima Kasih Najib! Pendapatan kami kini merosot hampir 50%..
- Kes Liwat : Bukti Tidak Lengkap dan di Ubahsuai
- Bila Pengerusi SPR terjaga dari mimpinya..
- Cucu Pengasas MCA Puji Pentadbiran Guan Eng
- Kes Liwat : Makmal DNA Jabatan Kimia tiada kelayakan antarabangsa
- Ketua Wanita MCA peluk Islam??
- AWAS!! Perogol Bersiri Mengganas di Kelantan.
- Kes Liwat : Pakar DNA Australia beri keterangan
- Dakwaan demi dakwaan akan diteruskan hingga Anwar kepenjara
UMNO memang mahu jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang? Posted: 25 Aug 2011 08:23 AM PDT Tak sampai sebulan yang lalu, Lim Guan Eng dituduh rasis kerana menyebut tentang cita-cita UMNO yang mahu merebut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang jika Barisan Nasional berjaya merampas semula pentadbiran negeri daripada Pakatan Rakyat. Guan Eng telah dikecam hebat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan, yang menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang itu mempunyai agenda jahat untuk memecahbelahkan perpaduan BN di negeri itu. Malah, Teng yang merupakan orang kuat Gerakan di Pulau Pinang menegaskan bahawa: "'BN negeri tetap berpegang kepada prinsip bahawa jawatan Ketua Menteri datang dari parti komponen BN, selain UMNO. Malah perkara ini tidak pernah disentuh pun tetapi dia (Guan Eng) sengaja bermain politik perkauman untuk menipu rakyat." Perjanjian BN Pulau Pinang Kenyataan Teng disokong oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman yang turut menjelaskan bahawa UMNO tidak berhasrat untuk mengambil jawatan Ketua Menteri jika berlaku perubahan politik di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang. Laporan Bernama pada awal bulan ini memetik Zainal Abidin sebagai berkata: "Rakyat Pulau Pinang yang berbilang kaum tidak perlu bimbang kerana jika BN menang pada PRU ke-13, saya atau mana-mana wakil rakyat UMNO tidak akan jadi Ketua Menteri. "Kita (BN) telah ada satu perjanjian iaitu wakil rakyat UMNO tidak akan jadi Ketua Menteri dan calonnya (Ketua Menteri) adalah dari parti komponen BN." Jika begitulah keadaannya, maka memang nakal Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP yang cuba menimbulkan isu yang tidak pernah wujud. Atau benarkah isu itu tidak wujud? Jawatan Ketua Menteri untuk UMNO Hari ini, lidah rasmi UMNO telah mendedahkan apa yang selama ini memang tersirat di hati para pemimpin UMNO. Tulisan seorang pengarang kanan Utusan Malaysia dengan tajuk kecil "Ketua Menteri Pulau Pinang untuk UMNO?" yang disiarkan hari ini mengesahkan apa yang disebutkan oleh Guan Eng sebelum ini. Dalam tulisan Zaini Hassan, beliau mendesak UMNO dan BN supaya "memberi balik pusingan Ketua Menteri kepada UMNO yang menang semua kerusi yang ada dalam DUN sekarang". Tidak pasti apa maksud "memberi balik" kerana sejarah politik Pulau Pinang dengan majoriti penduduknya dari kaum Cina dan India tidak pernah mempunyai Ketua Menteri daripada UMNO. Yang ada sejak Merdeka adalah wakil dari MCA dan Gerakan sehinggalah BN tumbang dalam PRU ke-12 pada 2008. Penulis lidah rasmi UMNO itu penuh yakin bahawa jika semua pihak setuju dengan cadangannya supaya UMNO diumumkan terelebih dahulu sebagai Ketua Menteri, Pulau Pinang akan berjaya diambil semula oleh BN. Penulis itu menambah: "Jika semua pihak setuju maka, undi Melayu yang diberi kepada PKR itu akan kembali kepada UMNO dan UMNO pastinya akan menerajui semula negeri itu kelak. Walaupun ada yang kata idea ini seperti mimpi di siang hari atau mustahil kerana orang Cina tidak akan bagi, tapi dalam politik ia boleh berlaku". Justeru, pengarang lidah rasmi UMNO itu meminta Gerakan menutup mulut. Dia menulis: "Tak payah bising-bising. Gerakan jangan buat kecoh. Senyap dan tumpukan kepada pilihan raya". Meludah ke langit Adakah Teng dan Zainal Abidin, malah wakil-wakil MCA dan MIC Pulau Pinang, akan menuduh Utusan Malaysia sebagai rasis kerana bermain dengan isu perkauman? Lupakah Teng dengan kenyataannya sendiri yang menuduh Guan Eng menimbulkan isu UMNO mahu jawatan Ketua Menteri semata-mata kerana mahu menipu rakyat? Malah, sebelum ini, satu lagi akhbar milik UMNO-BN, Berita Harian, juga pernah melaporkan kenyataan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim pada Jun lalu. Dalam rencana itu, Azhar dipetik sebagai berkata: "Kami bukan gilakan jawatan Ketua Menteri kerana kalau UMNO nak jawatan itu, kita sudah tuntut pada 1990 kerana mempunyai lebih banyak kerusi berbanding Gerakan." Rencana Berita Harian itu turut menasihati pucuk pimpinan BN Pulau Pinang supaya "segera memadamkan rasa was-was yang semakin menghantui fikiran kaum Cina mengenai isu ini. Segala kegusaran boleh dipadamkan apabila ada jaminan pucuk pimpinan BN bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang terus diterajui kaum Cina jika BN kembali berkuasa di negeri ini". Nampaknya ada sesuatu yang tak kena dengan UMNO-BN di Pulau Pinang. Bukan itu saja, di kalangan tukang karut dan pecacai UMNO-BN juga seperti sudah tidak sehaluan lagi. – Roketkini.com |
Terima Kasih Najib! Pendapatan kami kini merosot hampir 50%.. Posted: 25 Aug 2011 07:31 AM PDT Kegagalan pentadbiran Najib dalam mengurus tadbir ekonomi Negara menjadikan perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia kini bukanlah satu perkara yang menyeronokkan lagi. Baik Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali atau Krismas rakyat Malaysia kini terpaksa memikirkan beban yang terpaksa ditanggung mereka kerana mahu menyambut,bukannya keseronokan menyambut perayaan tersebut.. Perniagaan di bazaar Ramadhan juga tidak terlepas dari kesan akibat kenaikkan harga barang, rakyat Malaysia kelihatan ramai yang terpaksa mengikat perut kerana harga barang makanan telah meningkat.. Tinjauan oleh FMT kebeberapa bazaar Ramadhan menyaksikan jumlah pengunjung yang kurang jika dibandingkan dengan pengunjung pada tahun lepas. Dan kebanyakkan peniaga mengadu pendapatan mereka merosot hingga 50% jika dibandingkan dengan pendapatan mereka tahun lepas.. Adakah kita mahu untuk terus menyambut perayaan dengan fikiran yang berserabut? Berfikirlah dengan terbuka.. adakah kita masih mahu mengekalkan kerajaan yang ada sekarang atau kita memberikan peluang buat Pakatan Rakyat pula mentadbir Negara.. M'sians tightening belts, Ramadan bazaars affected SEREMBAN: Looks like Malaysians are tightening their belts because of the rising cost of food prices. An indication of this is the small number of people going to the three Ramadan bazaars here and in Senawang. A spot check at the three bazaars showed that not only less people were frequenting these places but some of the tents were also empty. Because of bad business some traders have packed up and left. This is a far cry from last year when the bazaars were congested from 4pm onwards and the traders were doing a roaring business. The two most popular spots in Seremban are in Ampangan and Paroi Stadium. Every year the traders will scramble for the lots and there were stories in the media from disgruntled traders who were not lucky enough to get a lot. This year the situation is completely different. A visit to Ampangan, Paroi Stadium and Matahari Heights saw very few people and apparently some traders' closed shop after the first week. In Paroi Stadium at least two rows of tents were empty. The situation at the Matahari Heights was even worse. This spot caters for workers from the industrial estates around Senwang . There was no congestion at all. Income affected Basariah Samah who sells various types of food at the Paroi Stadium told FMT that her income dropped 50 percent this year compared to last year. "I get to earn RM500 plus per day all this while I'm trading here but this year I will be lucky if I can get RM250 per day. "The price of goods have increased tremendously and this has resulted in people being thriftier and buying less food,'' said Basariah. Azhar Abdul Rahman who sells Honey Chicken Wings at Matahari Heights said he is only making RM200 per day this year compared to RM400 last year. Azhar said that a trader who sells some cookies in the next stall closed shop as business was bad. Zarina Iskamar who sells kuih at Matahari Heights said: "Previously we sold three pieces of kuih for RM1. Now we are selling three pieces for RM1.20 and five pieces for RM2.00." A customer Norita Sis said she used to visit the bazaar Ramadan seven days per week in previous years but this year she only makes three visits per week. Norita said this was because the food prices at the bazaar have gone up. Another customer Sham Abdullah said he used to spend RM20 per visit but this year the limit was RM15. Free Malaysia Today |
Kes Liwat : Bukti Tidak Lengkap dan di Ubahsuai Posted: 25 Aug 2011 02:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa bukti yang dibawa ke mahkamah oleh pendakwa dalam kes Fitnah II sebenarnya tidak lengkap dan diubahsuai. Ia diketahui melalui saksi kelima peguam bela iaitu pakar molekul genetik, Dr Brian McDonalds dari Australia. Dr McDonalds dalam keterangannya memberitahu mahkamah, calitan kapas yang diambil dari tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan sepatutnya terus diletakkan di atas slaid kaca dan diteliti di bawah mikroskop selain disimpan di dalam botol plastik oleh pegawai penyiasat. Penelitian di bawah mikroskop itu menurut Dr McDonalds, membolehkan doktor atau saintis mengetahui terus samada calitan yang diambil itu merupakan calitan air mani atau pun tidak. Tindakan pegawai penyiasat, Jude Pereira menyimpan sampel itu di pejabatnya selama dua hari pada suhu bilik juga menimbulkan keraguan kerana ia mungkin diubahsuai dan tercemar. Peguam kepada Anwar, Sankara Nair ketika mengulas berkata, langkah itu sepatutnya dilakukan kerana ia prosedur biasa dalam mana-mana kes serangan seksual. Namun, katanya, dalam kes Fitnah II ini ia tidak pula dibuat. "(Sepatutnya) boleh tengok terus, untuk tahu samada (sampel) mengandungi air mani atau tidak. "Pada peringkat itu, ia kepunyaan siapa tidak penting kerana ia boleh diketahui kemudian. "Di Malaysia, kita tidak lakukan perkara ini tetapi di Australia mereka buat," kata Sankara ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Dalam kenyataannya pada sebelah petang, Dr Brian MacDonalds mempertikai kandungan DNA yang tinggi dalam sampel air mani yang dianalisa Jabatan Kimia Malaysia. Menurutnya, sampel air mani yang berada di dalam rektum seorang lelaki selama lebih 56 jam sebelum calitan air mani itu diambil dengan putik kapas sepatutnya mempunyai kandungan DNA yang sudah merosot. (Saiful diperiksa pada 28 Jun, 2008 – selepas lebih dua hari dari masa kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun 2008). Ditambah pula ia disimpan selama lebih dua hari oleh pegawai penyiasat Jude Pereira di pejabatnya pada suhu bilik dan tidak disejukbeku, sampel itu sepatutnya sudah tidak boleh digunakan kerana terdapat kemungkinan ia sudah dicemari bakteria lain yang tumbuh, kata Dr MacDonalds. Ini berlawanan dengan laporan Ahli Kimia, Dr Seah Lay Hong yang mendapati terdapat banyak DNA 'segar' sewaktu beliau menganalisa sampel dari HKL yang diserahkan Jude Pereira. Perkara ini, kata Sankara Nair, adalah tidak tepat dan tidak masuk akal. Ia juga meyakinkan Sankara dan pasukannya bahawa bukti itu diubahsuai sebelum ia sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisa. "Kerana itu kami katakan ia (mungkin) diubahsuai. Bagaimana ia diubahsuai, kami tidak tahu tetapi kami yakin ia diubahsuai. "(Lebih meragukan), Dr Seah sendiri sewaktu memberikan keterangan dahulu enggan memberikan penjelasan terperinci bagaimana beliau menganalisa sampel itu. "Beliau juga enggan menerangkan bagaimana kit ujian yang digunakan," kata Sankara. http://www.keadilandaily.com/?p=19571 |
Bila Pengerusi SPR terjaga dari mimpinya.. Posted: 25 Aug 2011 01:51 AM PDT Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik. Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, walaupun biometrik adalah "sistem yang sempurna" di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan. "Hujah bahawa (seseorang yang mempunyai beberapa kad pengenalan) boleh mengundi sekali sahaja dan kemudian bawa kad lain ke saluran yang berbeza, dan ia akan sepadan dengan cap ibu jarinya dan dia akan dibenarkan mengundi "Prasyarat bagi sistem ini berkesan ialah setiap orang mempunyai hanya satu kad pengenalan sahaja," katanya. Dibanding dengan dakwat kekal, katanya, sistem tersebut boleh juga bermasalah pada hari mengundi dan menyulitkan prosesnya. Abdul Aziz berkata, pihaknya mencubanya dengan 50 orang dan purata masa bagi setiap orang adalah 10 saat, tetapi menghadapi masalah apabila mesin tidak dapat mengesannya. "Dengan dakwat kekal, anda hanya perlu celup jari dalam dakwat," katanya. Beliau juga berkata sistem biometrik "sangat mahal" dan memerlukan sekurang-kurangnya tujuh bulan. Abdul Aziz juga menafikan dakwaan timbalannya, Datuk Wan timbalan Ahmad Wan Omar bahawa dakwat kekal boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menandakan pengundi naif supaya mereka hilang kelayakan untuk mengundi. Malaysiakini |
Cucu Pengasas MCA Puji Pentadbiran Guan Eng Posted: 25 Aug 2011 12:57 AM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menerima pujian dari sumber yang tidak dijangka pada hari ini apabila cucu presiden pertama MCA yang juga anak perempuan Menteri Kewangan yang paling lama berkhidmat di negara ini berkata Ketua Menteri Pulau Pinang itu wajar diberikan pujian kerana telah menguruskan secara berhemat dana awam. Tan Siok Choo (gambar), anak perempuan Tun Tan Siew Sin dan cucu Tun Sir Tan Cheng Lock - kedua-duanya adalah bekas Presiden MCA memberitahu radio BFM pagi, ianya adalah baik bilamana Guan Eng berjaya mengelakkan pembaziran dan melaksanakan tender terbuka. MCA founder's granddaughter lauds Guan Eng's policies in Penang KUALA LUMPUR, Aug 25 — Lim Guan Eng received praise from an unexpected source today when the granddaughter of the MCA's first president and daughter of the country's longest-serving finance minister said the Penang chief minister should be given his due for the state's prudent management of public funds. Tan Siok Choo, the daughter of Tun Tan Siew Sin and granddaughter of Tun Sir Tan Cheng Lock — both of whom were former MCA presidents — told BFM radio this morning that it was good that Lim had shown what could be done by eliminating waste and implementing open tenders. "For my father... he was always very particular that government funds should be looked after like your own funds. I think it is in a way, currently, very good that Lim Guan Eng (picture), Chief Minister of Penang, has shown what can be done if you eliminate waste and if you have an open tender. "The fact that he has been able to run Penang without much contribution from the federal government and yet turn in, yet attract one of the highest rates of investment, I think speaks for itself. "And this is barring the fact that when my father was in politics, Kit Siang never had a good word to say about my father. So there is history between our two fathers but I think one must give Guan Eng his due," she told the radio station's Morning Grille programme. Siok Choo's father Siew Sin was finance minister from 1959 until 1974. Guan Eng's father Kit Siang became an MP for the first time in 1969 and eventually became parliamentary opposition leader. Her remarks today come as the DAP is increasingly being seen as the party of choice for the country's Chinese community while the MCA, the party founded by Siok Choo's grandfather Cheng Lock, appears to be floundering. Recently, international news magazine The Economist also praised Guan Eng's open tender policies and credited his administration with helping Penang regain its lustre as a "global city" by lifting the state's economy to beyond that of a sweat shop industry. The international weekly dubbed Penang "the first custom-made city of globalisation" and credited Guan Eng for boosting the port city's revival by axing a racial special treatment economic policy in the state to create a more level-playing field that appeals to foreign investors. Speaking about the MCA this morning, Siok Choo said the party needed to understand what its constituents wanted if it was to stay relevant. "I think the good thing about the current situation is that the ethnic lines are getting blurred. You can see this in how Malaysians react to issues... look at issues like Bersih, the call for better and cleaner electoral process, it is being championed across the board, sought by Malays and Chinese. So therefore in terms of civil liberties and soft issues like law and order, no longer seen as Malays vs Chinese... seen as an issue that all Malaysians want. "I think the party has to realise that if that is what your constituents want, that they don't see as us and them situation anymore in terms of Malays and Chinese, if the party wants to be relevant and if it wants to move forward, that is the direction it has to go." The Malaysian Insider |
Kes Liwat : Makmal DNA Jabatan Kimia tiada kelayakan antarabangsa Posted: 25 Aug 2011 12:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Makmal DNA Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya hari ini didapati tidak mempunyai akreditasi antarabangsa sewaktu menganalisa sampel kes Fitnah II. Ia sekaligus menambahkan keraguan yang sedia ada terhadap laporan dari Jabatan Kimia yang digunakan pendakwa raya dalam pendakwaan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkara itu didedahkan konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian McDonalds sewaktu memberi keterangan dari kandang saksi. Menurutnya, mana-mana makmal yang menjalankan ujikaji ke atas DNA akan diakreditasi dengan sijil ISO17025 yang diperakui di peringkat antarabangsa. Pensijilan ISO17025 itu pula dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD). Walau bagaimanapun, kata Dr McDonalds, pemeriksaan beliau dengan ASCLD mendapati Jabatan Kimia Malaysia pernah memohon sijil itu dari ASCLD pada Oktober 2005 kerana sijil akreditasi dahulu telah tamat. Makmal Jabatan Kimia kemudian diberikan masa lima tahun untuk memenuhi piawaian yang perlu dipenuhi untuk mendapat akreditasi tersebut. Namun, selepas lima tahun, Jabatan Kimia masih gagal memperolehi sijil itu dan mereka diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir bulan Oktober ini. Peguam Anwar, Sankara Nair sewaktu masa rehat mahkamah memberitahu wartawan bahawa pendedahan ini berlawanan dengan pengakuan ahli kimia, Dr Seah Lay Hong yang mengaku makmal DNA Jabatan Kimia mempunyai akreditasi antarabangsa. "Sekarang kita periksa, makmal ini tidak pernah mempunyai ISO17025. Sedangkan, masa kita soal balas dahulu, beliau mengaku ada," kata Sankara Nair. "Jadi, adakah ujian yang dijalankan menepati piawaian antarabangsa. Tentunya tidak," kata Sankara. Sebelum ini, mahkamah turut digemparkan bagaimana sampel DNA Anwar diambil secara tipu helah dari tubuh beliau sewaktu direman selama satu hari di Bukit Aman. Polis pada waktu itu sengaja menahan Anwar untuk mendapatkan sampel rambut, DNA beliau dari botol minuman, berus gigi dan juga tuala muka. Tidak cukup dengan itu, calitan dari tubuh pengadu, Saiful Bukhari juga tidak dikendalikan mengikut prosedur standard operasi (SOP) apabila pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira menyimpan sampel calitan itu di pejabatnya selama dua hari pada suhu bilik sebelum menyerahkannya ke Jabatan Kimia Malaysia. Beliau juga didapati membuka botol sampel dan menandakannya semula sebelum dihantar ke makmal untuk dianalisa. http://www.keadilandaily.com/?p=19528 |
Ketua Wanita MCA peluk Islam?? Posted: 24 Aug 2011 10:04 PM PDT Ketua Wanita MCA peluk Islam?? Itu adalah tajuk berita yang aku cari dalam google malangnya aku tak jumpa satu pun berita bertajuk seperti itu biarpun MCA telah bersama dengan UMNO selama 54 tahun.. Cheryl atau kini Huda Chew melafazkan kalimah Syahadah pada pukul 3.00 petang semalam di pejabat JIM Bukit Malawati Apa yang aku jumpa ialah kenyataan Ketua Wanita MCA yang menghina hukum Islam bila beliau mengkritik tindakan Kerajaan pihak Majlis Perbandaran Kelantan Bandaraya Islam berhubung isu pakaian sopan untuk para pekerja wanita di kawasan PBT tersebut. Baca di SINI Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman : إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ ٨:٥٦ "Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk". [Al Qashash/28 : 56] Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Cheryl Chew memeluk Islam petang kelmarin dengan menggunakan nama baru Huda Chew. Sebelum ini Cheryl telah mula berpuasa dan mendalami Islam secara berperingkat sebelum mengambil keputusan untuk memeluk Islam. |
AWAS!! Perogol Bersiri Mengganas di Kelantan. Posted: 24 Aug 2011 08:50 PM PDT KOTA BHARU 24 Ogos – Seorang lelaki yang dikategorikan amat berbahaya kini diburu polis kerana dipercayai telah merogol seramai 19 gadis selain terlibat dalam beberapa kes cubaan merogol di negeri ini. MAZLAN Lazim menunjukkan gambar suspek yang disyaki perogol bersiri sewaktu membuat kenyataan akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Kelantan, semalam. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan pihaknya mendapati, lelaki terbabit sering menjadikan pelajar dan pekerja yang tinggal di asrama sebagai mangsanya. Menurut beliau, perogol bersiri berusia antara 20 hingga 30 tahun itu aktif melakukan jenayah itu sejak tahun lalu di negeri ini. "Dalam kes terbaru di Tanah Merah, suspek dikatakan memecah masuk asrama mangsa, mengikat tangan dan mengugutnya dengan pisau sebelum merogol mangsa. "Polis berjaya mengesan identiti suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berhampiran asrama tersebut dan kita sedang berusaha memburunya," kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini. Mazlan berkata, kebanyakan kes rogol berlaku di rumah yang tidak berkunci dan pada tingkat atas bangunan asrama tersebut. Berdasarkan modus operandi yang sama, katanya, polis percaya semua kes ini dilakukan oleh orang yang sama. Kes ini tambah beliau, disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Nor Hafizah Nor Hamid di talian 017-6900714. - Lidah Rasmi UMNO 19 kali perkosa KOTA BHARU: Seorang perogol bersiri yang terbabit dalam 19 kejadian rogol dan cubaan merogol sejak tahun lalu kini giat memburu mangsanya menggunakan modus operandi mengikat tangan dan mengacukan pisau sebelum merogol. Sasarannya wanita seperti penuntut institusi pengajian tinggi dan pekerja pasar raya yang tinggal bersendirian sama ada di asrama atau kediaman yang tidak berkunci. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek berusia antara 20 dan 30-an dan kebanyakan kes dilaporkan berlaku di Kota Bharu dengan 16 kes serta masing-masing satu kes di Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat. Katanya, kejadian terbaru berlaku di Tanah Merah, awal bulan ini. "Berdasarkan maklumat mangsa, kami memperoleh lakaran gambar wajah suspek dan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suspek di sebuah kedai. "Fotofit wajah suspek akan disebarkan secara meluas bagi membantu polis memperoleh lebih banyak maklumat sehingga tertangkapnya suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, semalam. Menurut Mazlan, perogol bersiri itu menyasar mangsa berusia 20 hingga 30 tahun yang tinggal asrama atau kediaman tidak berkunci. "Sebelum merogol suspek akan memastikan hanya mangsa berada di asrama atau di rumah. Dia mengikat tangan mangsa sama ada menggunakan wayar, tudung atau tali dan mengacukan pisau sebelum merogol mangsanya," katanya. - myMetro |
Kes Liwat : Pakar DNA Australia beri keterangan Posted: 24 Aug 2011 08:08 PM PDT Hari keempat - Perbicaraan kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan Pakar DNA dari Australia, Dr Brian MacDonalds memberikan keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Semalam, Pakar Patologi Forensik, juga dari negara berkenaan memberi keterangan ketika disoal balas pendakwaraya. Antara lain, beliau mempertahankan kenyataannya bahawa borang proforma yang diisi oleh doktor dari Hospital Kuala Lumpur tidak lengkap dan tepat. Beliau juga menyatakan terdapat percanggahan antara borang proforma dan laporan perubatan HKL. Manakala sampel air mani yang telah disimpan selama lebih 90 jam sebelum dibawa ke makmal untuk dianalisa, tidak akan menghasilkan keputusan yang memuaskan. Beliau mengatakan keputusan makmal yang baik akan diperoleh hanya antara 36 jam hingga 48 jam. Dr Wells juga mengaku terdapat kemungkinan sampel mani yang diambil dari tubuh Saiful tercemar sebelum dianalisa. Dr Wells menyatakan demikian kerana berpendapat Saiful mungkin duduk di mana-mana dan beliau juga mungkin menusuk sebarang objek ke dalam duburnya. Berikut lintas langsung perbicaraan pagi ini. 9.05 pagi:Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di perkarangan mahkamah. Beliau turut diringi Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution. 9.15 pagi: Mahkamah mula bersidang dengan hakim, Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya. 9.20 pagi: Dr Brian MacDonalds, pakar DNA dari Australia mengambil tempat di kandang saksi. Sesi soal balas dimulakan peguam Anwar, Ram Karpal Singh. Dr Wells kemudian membacakan kelayakan akademiknya kepada mahkamah. Antaranya beliau menyatakan beliau adalah ahli International Genetics Society of Australia. 9.28 pagi: Ram Karpal mencelah dan bertanya tentang peranan makmal DNA kepada Dr MacDonalds. 9.37 pagi: Ram Karpal sekali-sekala mencelah bertanya tentang kertas-kertas ilmiah yang terdapat di dalam CV beliau. 9.43 pagi: Ram Karpal menarik perhatian Dr McDonalds kepada satu kes di Brunei yang beliau pernah dipanggil untuk memberi keterangan. Ram Karpal bertanya samada kes itu ada kena-mengena dengan pencemaran sampel DNA dan Dr MacDonalds mengakui ada. Menurutnya, tertuduh dalam kes itu dibebaskan mahkamah. 9.49 pagi: Ram Karpal bertanya kepada Dr MacDonalds tentang peranan ujikaji terhadap DNA dalam siasatan forensik. "Bolehkah anda beritahu kami dalam bahasa mudah bagaimana siasatan DNA membantu dalam siasatan forensik?" tanya Ram Karpal. Menurut Dr MacDonalds, DNA terbahagi kepada 'coding DNA' dan juga 'non-coding' DNA. 'Coding DNA' dinamakan demikian rupa kerana ia mengandungi siri protein yang unik bagi setiap individu dan siri protein itu membentuk 'kod' yang dimaksudkan. Kod itu adalah unik bagi setiap individu. 9.53 pagi: Dr MacDonalds menerangkan tentang empat kod DNA iaitu A, G,C,D yang boleh ditemui dalam mana-mana DNA manusia. 10.02 pagi: Dr McDonald menerangkan tentang graf elektroferogram yang diperolehi selepas ujikaji DNA melalui ujian ECR. Ram Karpal meminta Dr McDonalds menerangkan jenis perisian yang digunakan dalam menganalisa DNA. Katanya terdapat 2 jenis; GeneScan dan juga GeneMapper. Ram Karpal juga bertanya tentang maksud 'starter'. 10.23 pagi: Ram Karpal bertanya tentang ketidakseimbangan puncak dalam elektroferogram. "Adakah ia penting untuk meneliti ketidakseimbangan puncak dalam analisis DNA?" tanya Ram Karpal. "Ia sangat penting," balas Dr McDonalds. 10.25 pagi: Dr McDonalds seterusnya menjelaskan International Standards Organisation (ISO) adalah badan antarabangsa yang mengeluarkan garis panduan dalam ujikaji DNA. 10.30 pagi: Ram Karpal bertanya samada makmal tempatan seperti Jabatan Kimia Malaysia perlu mematuhi standard dan garis panduan ISO. Dr McDonalds memberitahu mana-mana makmal perlu mempunyai akreditasi. Menurut pemahamannya, akreditasi makmal Jabatan Kimia Malaysia tamat pada Oktober 2005 dan hanya diperbaharui pada Oktober 2010. Malah, ia juga tidak diakreditasi di bawah standard 17025 ISO. Sedangkan di Australia, mana-mana makmal akan diakreditasi setiap dua tahun. 10.35 pagi: Peguam Cara Negara II mencelah dan mempertikai cara Dr McDonalds memeriksa akreditasi Jabatan Kimia melalui laman web jabatan itu sahaja. Ram Karpal menegaskan beliau mempunyai dokumen untuk mengesahkannya. 10.39 pagi: Yusof mencelah dan berkata ia tidak boleh diterima di mahkamah kerana ia tidak ditanda sebagai ID atau pun P. 10.40 pagi: Dokumen itu adalah surat akreditasi lanjutan enam bulan sahaja dalam tahun 2005 yang dialamatkan kepada Lim Kong Boon, dari Jabatan Kimia Malaysia. 10.42 pagi: Surat akreditasi itu kemudian ditanda ID89. 10.43 pagi: Ram Karpal bertanya kepada Yusof samada beliau membantah dokumen itu ditanda dan digunakan di mahkamah. Apabila Yusof berkata ya, Ram Karpal berkata Yusof sendiri menolak sijil akreditasi yang dikeluarkan kepada Jabatan Kimia Malaysia dan mengakui makmal itu tidak diakreditasi. Pada ketika ini, orang ramai yang duduk di galeri awam mahkamah tertawa kecil. 10.44 pagi: Ram Karpal memohon untuk berehat seketika. Mahkamah akan bersambung semula pada jam 11 pagi. http://www.keadilandaily.com/?p=19498 |
Dakwaan demi dakwaan akan diteruskan hingga Anwar kepenjara Posted: 24 Aug 2011 02:42 PM PDT Seorang pegawai daripada Special Branch (SB) memberitahu satu pegawai di kedutaan, "Kita akan terus menfailkan dakwaan demi dakwaan terhadap Anwar supaya beliau berada di dalam penjara untuk 100 tahun akan datang. Hari ini saya membaca kenyataan Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh. Anwar mendakwa semua ini adalah konspirasi politik. Dan saya bersetuju. Sememangnya, saya adalah bekas Duta Amerika ke Malaysia semasa semua perkara ini berlaku untuk kali pertama. Sebagaimana yang diketahui ramai, kedutaan Amerika mempunyai banyak sumber maklumat. Tanyalah Wikileaks. Orang Malaysia suka bercakap… Ramai kawan saya di Malaysia tahu, saya amat lantang dalam menyatakan sokongan terhadap kebebasan Anwar untuk satu dekad lebih. Ini kerana saya tahu perkara yang sebenar. Saya berada di tempat kejadian ketika semuanya ini berlaku untuk kali pertama. Pada 1998 – untuk kali pertama bagi Anwar – kedutaan saya mendengar dan melaporkan banyak benda. Kita tahu perkara sebenar. Kerana orang Malaysia – di tempat tertinggi – memberitahu kita. Semasa saya di KL, penasihat (think thank) Najib dipanggil Malaysian Strategic Research Centre atau MSRC. MSRC sebenarnya hanyalah dua orang ialah Rohanna Mahmood dan Razak Baginda. Namun, Rohanna mahupun Razak bukanlah pegawai kerajaan, jadi saya tidak melanggar mana-mana undang Amerika Syarikat untuk meledakkan apa yang mereka beritahu saya dan kedutaan saya pada masa dulu. Satu pakatan rahsia Pada tahun 1998, Rohanna telah bersama saya untuk satu makan tengahari pertemuan empat mata peribadi di kediaman duta. Pada masa itu ialah waktu Anwar mula mencabar Mahathir (mantan Perdana Menteri), secara halus namun amat jelas kelihatan. Rohanna memberitahu saya bahawa Najib dan Anwar telah mencapai satu perjanjian rahsia. Apabila Mahathir keluar, Anwar akan jadi PM dan Najib akan jadi Timbalan PM. Itulah perjanjiannya. Namun, sememangnya perkara itu tidak berlaku. Semasa perjalanan menjadi sengit, Najib berdiri dan membiarkan Anwar ke penjara. Bagaimana pula dengan Razak Baginda? Beliau memberitahu seorang pegawai senior di kedutaan, "Keputusan sudah dibuat. Mereka akan "nuke" (membunuh) Anwar secara politik untuk keseluruhan masa akan datang. Sehingga beliau tidak boleh berdiri lagi dalam politik." 100 tahun Bermaksud, ini adalah satu keputusan politik – untuk memusnahkan Anwar. Itu yang Razak – yang sekarang ini membuangkan diri di London – katakan. Selepas itu, seorang pegawai daripada Special Branch (SB) memberitahu satu pegawai di kedutaan, "Kita akan terus menfailkan dakwaan demi dakwaan terhadap Anwar supaya beliau berada di dalam penjara untuk 100 tahun akan datang. Masih bolehkah disangsi apa yang berlaku dulu – dan apa yang berlaku kini? Harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan