Khamis, 11 Ogos 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pemberian Taraf WARGANEGARA : RESIPI Mencipta RUSUHAN Di LONDON

Posted: 11 Aug 2011 09:34 PM PDT

Mungkinkah rusuhan buruk itu berlaku di negara ini atau di Kuala Lumpur?

London adalah tempat tinggal bagi penduduk asing yang terbesar. Bersiar-siar di sekitar London anda akan melihat penduduk London ramai terdiri daripada warga asing, melebihi daripada penduduk London sendiri. Dengan kos hidup yang tinggi, tiada kenaikan dalam gaji, persaingan pekerjaan dan kurang peluang pekerjaan telah menyebabkan ramai warga London dan t warga asing di dalam tekanan . Hanya kerana satu kes kematian di tangan Polis telah mencetuskan satu rangkaian rusuhan terburuk yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam sejarah United Kingdom.
Read More / Baca Lagi >>

PERCUBAAN MENIPU ORANG RAMAI

Posted: 11 Aug 2011 09:27 PM PDT

INI PUN TAK PAKAI


nota:
bila polis berhemah
nak baling topi keledar
pada malaon yang tak pakai
topi keledar ini?


POLIS BUKA KERTAS SIASATAN REMAJA DIBALING TOPI KELEDAR
- berita hairan

ALOR SETAR: Polis membuka kertas siasatan bagi kes membabitkan seorang remaja lelaki, Muhammad Solihin Che Kassim, 14, yang dikatakan koma selepas dibaling topi keledar anggota polis yang sedang melakukan rondaan di FELCRA Lubuk Sireh, Perlis kira-kira 9.40 malam Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Perlis, Superintendan Mohd Nashir Ya, berkata pihaknya menerima tiga laporan iaitu masing-masing yang dibuat oleh bapa mangsa, Che Kassim Darus, 41, anggota polis yang terbabit dan juga bahagian trafik. Read More / Baca Lagi >>

Bangang!! Sana sama dengan sini

Posted: 11 Aug 2011 09:25 PM PDT


Kah kah kah kah... Satu kenyataan bangang!!

Rusuhan di London sama dengan rusuhan di Malaysia, katanya. Weh.... demonstrasi dan rusuhan di sana ada hubungkaitnya dengan kesan ekonomi yang merudum , sebaliknya kita di sini bukan merusuh tetapi kita berhimpun secara aman kerana menuntut pilihan raya yang adil bersih dan telus. Ekonomi dan pilihan raya dua perkara yang berbeza. Takkan itu pun tak boleh compute kot??
Read More / Baca Lagi >>

Fuhh..Pok Min Tukar Jadi Pok Tan (Syaitan)

Posted: 11 Aug 2011 09:24 PM PDT

"Pada umur seperti kamu sepatutnya berada di masjid berbuat amal ibadat. Sudah tidak sesuai bergari seperti ini dan berdiri di kandang pesalah".

Demikian kata Hakim, Zainal L Saleh dalam prosiding dakwaan terhadap seorang warga emas yang dituduh merogol kanak-kanak berusia 12 tahun, bulan lalu.

Mat Amin Hussin, 75, atau dikenali sebagai 'Pok Min' dituduh melakukan perbuatan terkutuk itu di rumahnya di alamat tanpa nombor di kampung berkenaan pada jam 2 petang, 27 Julai lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Menjawab Isu Larangan Bacaan Al-Quran Guna Sistem PA di P.Pinang

Posted: 11 Aug 2011 09:23 PM PDT



Saya yakin dan percaya akan tindakkan Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tentang Larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara ketika subuh di P.Pinang. Tindakkan yang sama ini juga yang mengikut hukum syarak, harus dipertimbang untuk dilaksanakan oleh negeri-negeri lain. Namun demikian, pendekatan dan cara yang digunakan oleh JHEAIPP dilihat sedikit drastik dan terburu-buru.
Read More / Baca Lagi >>

Apa Maksud Gelang Oren Yang Dipakai Hishamuddin Dan Anuar Zain?

Posted: 11 Aug 2011 09:20 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhM5D-SMmH9LKNUlJGQ3H0OniV9Hpq0_69axBVfD0apdghPJYy6G9AC3oalwr7HyTbRuvlcVLQecbwZ-rSPLIYFmOYyYsX2vPZAtZX4ziDeF2OzrQqh5SOhz7QIGdVx9QUOqpRUKVwbHSY/s400/Hisam.jpg

hishamuddin gelak tak ingat dunia

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTotHWGZSWJ8-0jpGJHS5ViaHf3n3HMuvgX1fwhTl7WXYL9NZbXCWn4NOzWHdFZJvAJo9TZoPJXH8X_ZzOQZNj4n3dmrJiwrgYJ_uAgde0WXDbGGXY2vilB2jn52AZjtI2C_KXR_v2Nks/s400/AnuarZain.jpg

anuar zain

kami sekadar bertanya dan mempersoalkan apa motif persamaan gelang mereka. kami tidak tahu mungkin mereka ada kenal-kenal atau pun sekadar tidak sengaja style mereka pakai gelang. kami tahu yang kami tak berapa arif dengan perkembangan fesyen lelaki macam ni dan kami rasa tak peru tahu.

tepuk dada tanya iman

Tony Pua: Nazri tiada hak arah GLC tarik balik saman

Posted: 11 Aug 2011 09:11 PM PDT


KUALA LUMPUR, 12 Ogos — DAP menegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengarahkan syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) termasuk Malaysia Airlines (MAS) dan Danaharta agar menarik balik kes-kes saman ke atas Tan Sri Tajuddin Ramli.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (gambar) menegaskan, Nazri perlu disiasat kerana menyalah guna kuasa dan rasuah ekoran tindakannya itu.
"Perkasa ini tidak pernah berlaku sebelum ini yang mana seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengarahkan GLC agar menarik balik saman terhadap Tajuddin.
"Datuk Seri Nazri Aziz mengatakan Putrajaya dan Kementerian Kewangan bersetuju untuk menyelesaikan semua kes saman terhadap Tajuddin dengan segera selain Kementerian Kewangan bersetuju selesaikannya di luar mahkamah," katanya dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat persoal Najib, Rosmah masih enggan ke mahkamah

Posted: 11 Aug 2011 09:10 PM PDT

KUALA LUMPUR:  Tindakan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Rosmah Mansor yang sehingga  kini masih enggan untuk tampil ditemubual peguam sebagai saksi dalam kes Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima kecaman dari orang ramai.
Keadilandaily membuat tinjauan di sekitar Kuala Lumpur untuk mendapat reaksi mereka dan mendapati rata-ratanya mempersoalkan keengganan perdana menteri dan isterinya itu ditemubual peguam Anwar.
Siti Zulaikha Hamid, 20, seorang pekerja swasta ketika ditemui menyatakan ketidakpuasan hatinya jika Perdana Menteri sewenangnya boleh dikecualikan dari tampil menjadi saksi.
Read More / Baca Lagi >>

Taib should pay higher bonuses to staff

Posted: 11 Aug 2011 09:08 PM PDT

Sarawak's revenue is six times more than Penang but it is among the poorest states in the country.

KUCHING: The Sarawak government should give its civil servants who earn less than RM1,000 a month at least RM700 as bonuses for the coming Hari Raya.
The sum should be more than that given by the Penang government because Sarawak's revenue is six times more than Penang's, said Sarawak DAP secretary Chong Chieng Jen.
Challenging Chief Minister Taib Mahmud, Chong said: "The state government should give more than what Penang gives.
"Penang gives RM600 as bonus to its civil servants while the federal government is giving RM500.
"Sarawak must give RM700 because Sarawak's revenue is six times more than that of Penang.
Read More / Baca Lagi >>

Projek Jejak Kasih : MB Terengganu buktikan rakyat dipinggir kerajaan pusat

Posted: 11 Aug 2011 09:07 PM PDT

Ketika penggal pemerintahan PAS pada tahun 1999-2004, segala bentuk curahan wang, projek dan bantuan dilaburkan di negeri Terengganu.

Wang royalti minyak yang sepatutnya disalurkan melalui kerajaan negeri dirampas kerajaan pusat dengan diubah sesuka hati menjadi 'wang ihsan'kerana ianya mahu dijadikan umpan suapan rasuah pilihanraya bagi merampas kembali Terengganu dari PAS.

Ketika itu, walaupun rakyat sekadar mendapat sedikit sahaja daripada hasil royalti minyak yang ditukar menjadi 'wang ihsan', namun rakyat Terengganu bagaikan mendapat 'keuntungan dari langit' apabila begitu mudah untuk dapatkan wang.

Yang untung besar, sanak-saudara, kroni pemimpin Umno Terengganu yang khianat terhadap rakyat kerana meminta kerajaan pusat merampas hasil royalti yang sepatutnya disalurkan melalui kerajaan negeri.

Read More / Baca Lagi >>

Video : Bonus Untuk Penjawat Awam & Guru Kafa

Posted: 11 Aug 2011 09:01 PM PDT

Video : Isu Agama Jangan Keruhkan Keadaan

Posted: 11 Aug 2011 09:00 PM PDT

Video - Perception: Parti Sosialis Malaysia Today

Posted: 11 Aug 2011 08:59 PM PDT

DAP: Siasat Nazri ikut undang-undang yang penjarakan Anwar

Posted: 11 Aug 2011 08:56 PM PDT

sapp chua soon bui nazri abdul aziz  parliament 070708 03Walaupun Datuk Nazri Abdul Aziz telah menjelaskan bahawa suratnya kepada syarikat kaitan kerajaan (GLC) supaya selesaikan saman mereka dengan bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli hanya satu "nasihat", tetapi DAP mahu menteri itu disiasat atas dakwaan salahguna kuasa dan rasuah di bawah undang-undang yang sama, yang memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999.

Dalam satu kenyataan, setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua mendakwa ia merupakan satu kes yang jelas menteri menggunakan kedudukannya untuk secara tidak wajar mempengaruhi keputusan yang belum selesai di syarikat-syarikat tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Pertukaran saham MAS-Air Asia semakin cetus reaksi negatif

Posted: 11 Aug 2011 08:50 PM PDT

Pertukaran saham syarikat penerbangan negara dengan Air Asia mula mencetuskan pelbagai reaksi negatif yang meletakkan pentadbiran Najib dalam posisi defensif.

Isu pemilikan kerajaan dan Bumiputera menjadi satu isu yang mendapat perhatian sesetengah pihak, selain kemampuan sebenar Air Asia dari segi modal.

Urus niaga itu juga kelihatan dilakukan secara rahsia dan hanya diberi publisiti setelah persetujuan dicapai, tindakan yang dilihat sebagai bertujuan mengelak daripada debat dan maklum balas terhadap kewajaran urusniaga itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tangani segera kemelut Pasti an-Nur Puchong

Posted: 11 Aug 2011 08:48 PM PDT

Oleh IBNU AHMAD

Saya menulis luahan ini setelah tidak dapat menahan lagi rasa marah dan meluat menyaksikan kemelut Pasti an-Nur, sebuah Pasti di Puchong, Selangor.

Pasti itu sekarang seolah-olah menjadi tebusan dalam krisis melibatkan pengurus Pasti tersebut dengan Dewan Pemuda PAS Puchong.

Saya tidak mahu tulisan ini dilihat menyebelahi sesiapa, tetapi saya minta penyelesaian segera kemelut Pasti tersebut.

Eloklah saya tidak ceritakan butirnya, tetapi cukuplah saya katakan hubungan buruk kedua-dua pihak kini menjadi ancaman yang boleh merosakkan institusi pendidikan yang kita sebagai ahli PAS banggakan ini.

Masalah ini sudah berlarutan lama dan nampaknya seperti tidak ada usaha serius pihak yang lebih atas untuk menangani misalnya dengan mengambil alih pengurusan buat sementara.

Saya sedih melihat kemelut berpanjangan ini boleh berlaku dalan sebuah jamaah yang memperjuangkan Islam dan ketika kemenangan besar yang dijanjikan sudah hampir di depan mata.

Sekiranya ujian yang dihadapi sekecil ini tidak mampu kita hadapi, bayangkanlah sekiranya ditimpa ujian yang lebih besar kelak.

Apa yang paling menyedihkan saya ialah kanak-kanak kecil tidak berdosa di Pasti itu sedang menjadi mangsa politik dalaman parti, yang masih gagal diselesaikan secara baik dan berhemah.

Saya mohon dan merayu kepada pemimpin yang lebih tinggi, di peringkat negeri dan pusat yang membaca tulisan saya ini agar segera bertindak untuk membantu memperbaiki keadaan.

Kemelut Pasti ini bukan juga yang paling besar, tetapi sebahagian daripada kemelut lebih besar yang melanda PAS Puchong sejak sekian lama.

Kalau dulu kita berbangga dengan perjuangan kita yang berlandaskan Islam dan lantang mengecam segala tindakan Umno yang buruk, tetapi hari ini kita sendiri malu melihat apa yang berlaku pada kita.

Banyak isu melibatkan sikap ego yang akhirnya mencetuskan gejala berpuak-puak dan saling syak dengan satu sama lain perlu ditangani segera, dan diselesaikan dengan semangat Ramadhan yang mulia ini.

Analisa IMPAK golongan MUDA akan HUMBAN UMNO APCO ke Muzium Negara..

Posted: 11 Aug 2011 08:47 PM PDT

SEBAGAI TANDA ANAK MUDA UMNO APCO BEE END CINTAKAN KEAMANAN
kah kah kah kah

ok beb..
hari ni gua nak cerita sikit mengenai impak BERSIH 2.0 di malaysia bagi mempengaruhi golongan muda supaya dari rakyat kepada rakyat....
bangsawan is totaly dead..
Read More / Baca Lagi >>

Saksi Penting : Zulkifli Noordin cabar Anwar....he..he.. kenapa pendakwaraya tak pakai dia...!!

Posted: 11 Aug 2011 08:45 PM PDT



(Utusan Malaysia) - Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peguam bela Karpal Singh agar memanggilnya ke mahkamah sebagai saksi bagi memberi keterangan berhubung kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.
Zulkifli berkata, beliau adalah saksi yang relevan untuk memberi keterangan kerana mempunyai maklumat berhubung apa yang berlaku pada hari Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis kerana mendakwa telah diliwat Anwar dan juga beberapa maklumat lain berhubung kes itu.
Sambil mempersoalkan tindakan Anwar yang mahu memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi kes liwatnya itu, Zulkifli hairan mengapa Anwar tidak memanggil beberapa individu lain yang lebih relevan untuk berbuat demikian, sebaliknya mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes itu.
Read More / Baca Lagi >>

Ahaaks : Bacaan Al-Quran guna pembesar suara dilarang di Penang ...kejap lagi berbunyi laa...!!

Posted: 11 Aug 2011 08:42 PM PDT



PEKELILING dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, JHEAIPP yang melarang bacaan Al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau pada waktu Subuh, telah dikeluarkan kepada semua ahli jawatankuasa masjid dan surau.
Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.
Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid [BH].


ReJaM© "Kita tunggu dan lihat bagaimana United Malays No Otak akan politikkan isu ini..."

WIKILEAKS: PM ABDULLAH REGROUPS, REAFFIRMS UMNO ELECTION PLAN

Posted: 11 Aug 2011 08:39 PM PDT

Beginning September 22, Opposition leader Anwar Ibrahim's camp circulated two streams of rumor in what - in the absence of more information - appears to be a continuation of psychological warfare against UMNO and the National Front (BN) government. On September 22, Anwar advisor Khalid Jaafar whispered to us during a reception at the Ambassador's Residence that Anwar would meet the King on September 23 to discuss the parliamentary majority that Anwar alleges he now has and the formation of a new government.


Raja Petra Kamarudin


C O N F I D E N T I A L SECTION 01 OF 02 KUALA LUMPUR 000847

SIPDIS

FOR EAP, EAP/MTS AND INR

E.O. 12958: DECL: 09/19/2028
TAGS: PGOV, PREL, PINR, MARR, KDEM, MY
SUBJECT: PM ABDULLAH REGROUPS, REAFFIRMS UMNO ELECTION PLAN

Read More / Baca Lagi >>

‘Membaca’ Najib menjelang PRU13

Posted: 11 Aug 2011 08:34 PM PDT

Oleh ZAMSHA
AWAS! Ketika semakin ramai yang beranggapan PM Najib Razak kian lemah dan tertekan, beliau sebenarnya sedang menyusun strategi ampuh bagi mehttp://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/08/Najib-Razak.jpgmbolehkan tangannya terus bergayut di dahan kuasa selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.
Najib tentunya tidak mahu menyalin nasib yang menimpa Khir Toyo; daripada seorang Menteri Besar yang paling bergaya bertukar status 360 darjah, menjadi Ketua Pembangkang dan kini hanya menjadi Adun biasa.
Read More / Baca Lagi >>

Ramadan bulan memerangi penindasan kapitalis

Posted: 11 Aug 2011 08:32 PM PDT

Oleh H FANSURI
"ISTERI-ISTERI kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNdC3PYJS8cKT7FIjI4UWXqAoJz0TinP_LxRfQRB9ZQqFz2PZBF3bek2kwwUryIUyKc8T5HvjlO_Chs1etq7JxXu_DgS_F3xK6yOQOL1vx4YqO8er9YhoC8UcAD_YNR6GPXYZKqwFc6X0/s1600/ramadhan1.jpgi pakaian bagi mereka..." (Al-Baqarah: 187)
Ketika Ramadan, kita masih belum terlepas daripada cengkaman mustakbirin, kelas atasan. Persengketaan ini tidak wujud dengan sebab kehadiran kaum di dunia. Tuhan menyebut dalam Al-Hujurat bahawa insan diciptakan bersukusuku untuk saling berkenalan bukanlah untuk berperang
Read More / Baca Lagi >>

Jejak Kasih : Warga asing asal rakyat Malaysia .....Kelebihan Orang UMNO Ganu Deh..!!!

Posted: 11 Aug 2011 08:27 PM PDT


KEMAMAN – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan Pas kini tertekan sehingga membangkitkan isu pengundi warga asing di negeri ini sedangkan pengundi warga Myanmar yang dimaksudkan sebenarnya asal dari Malaysia yang menjadi pelarian ketika zaman British puluhan tahun lalu.

Beliau berkata, isu itu bukan baru tetapi Pas sengaja menimbulkan perkara tersebut kerana terdesak (untuk meraih sokongan) apabila mereka menukar perjuangan daripada mahu mewujudkan negara Islam kepada negara berkebajikan. Read More / Baca Lagi >>

Kod 71 : Mismah akhirnya ditemui - ‘Saya masuk ikut pintu depan’

Posted: 11 Aug 2011 08:22 PM PDT

Seorang warganegara baru Mismah - yang mencetuskan kegemparan apabila dikatakan mendapat kerakyatan dalam tempoh empat jam - akhirnya ditemui media.

Beliau juga sekali gus tampil menafikan dakwaan mendapat kerakyatan mudah yang dikaitkan dengan dirinya.

"Saya ikut peraturan, bukan macam orang cakap," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian hari ini.

Wanita asal Bawaen, Indonesia yang pada mulanya keberatan untuk ditemubual juga mengakui sedih dengan dakwaan mendapat kerakyatan pintu belakang itu.

Nama Mismah menjadi perhatian apabila apabila rekod dalam talian pada 2 Ogos lalu menunjukkannya seorang penduduk tetap tetapi disenaraikan dalam daftar pemilih untuk pilihan raya.

Lebih banyak kontroversi muncul apabila selepas empat jam dilaporkan Malaysiakini, status baru ibu kepada empat anak itu menunjukkannya mempunyai kewarganegaraan negara ini.

Abe Him : 'Siapa dia yang tahu saya kalah, boleh jalan lah'..he..he...!!

Posted: 11 Aug 2011 08:12 PM PDT

Ahli parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali tidak risau dengan hasil satu kajiselidik yang menunjukkan beliau mungkin kehilangan kerusi Pasir Mas di Kelantan ekoran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

NONEDalam reaksinya, presiden PERKASA itu yang membatalkan rancangan perhimpunan anti-BERSIH pada saat-saat akhir, memberitahu penyelidik tersebut "boleh jalan lah".

"Siapa dia, yang tahu saya kalah... boleh jalan lah," katanya dalam teks mesej kepada Malaysiakini semalam.

Ibrahim (kiri) diminta mengulas dakwaan pensyarah Universiti Monash, Wong Chin Huat bahawa beliau mungkin gagal mempertahankan kerusi Pasir Mas untuk kali keempat, selepas perhimpunan BERSIH 2.0 lalu, kerana mendakwa pengundi beralih kepada Pakatan Rakyat.

Berdasarkan kepada data demografi dan pilihan raya, Wong berhujah Pakatan berpeluang memenangi 100 kerusi di peringkat pusat dalam pilihan raya umum akan datang, dengan BN kehilangan 20 hingga 30 kerusi yang dimenanginya dengan majoriti tipis pada 2008.

Tiada ulasan: