Khamis, 11 Ogos 2011

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Cerpen 08 : Rumah Di Atas Bukit Bhgn 2

Posted: 11 Aug 2011 08:22 PM PDT

Joe dan Rahman berpusing di keliling rumah itu mencari jalan masuk. Rumah setingkat itu benar-benar memberikan perasaan yang sunyi dan sedikit menyeramkan kepada mereka berdua.

"Susah sangat kita ketuk aje la!" bisik Rahman. Joe memandang rakannya dengan muka pelik,"kalau ikut aku,jom kita balik aje la!"

"Ni ada tingkap terbukak...jom," Rahman berdiri di depan sebuah tingkap yang sedikit terbuka.Tangan dihulur untuk cuba di tarik tingkap itu.Tingkap itu terbuka dengan agak mudah lalu Rahman memanjat masuk ke dalam rumah itu.

"Come on bro..." Rahman menghulurkan tangan ingin membantu Joe masuk bersama.Joe memandang ke kiri dan ke kanan,memeriksa sama ada orang lain akan sedar kehadiran mereka di situ mencerobohi rumah tersebut.Bila sudah di rasakannya selamat,dia pantas memanjat tingkap tersebut.

Rumah itu kosong sebahagiannya.Apa yang ada hanyalah beberapa almari lama yang sudah berusia tanpa ada apa isi pun di dalamnya.Perabotnya hanyalah sebuah meja makan yang agak besar saiznya yang boleh memuatkan 6 orang. Di atas meja itu tersusun cantik pinggan makan,sudu dan garfu di salah satu tempat di meja makan itu.

"Pinggan ni macam tiap-tiap hari di pakai aje?Bersih lagi ni...tak berhabuk langsung,Pelik..." Rahman memulakan pemerhatiannya.

"Tapi tempat lain semua berhabuk tebal...ada orang makan kat sini hari-hari...dah la..jom,kita dah tau ada orang tinggal sini.Puas hati?Jom balik," Joe menuju ke pintu depan untuk keluar.Barulah dia perasan,pintu depan rumah itu sudah dipaku dengan kayu dari belah dalam,masuk tidak boleh,keluar pun tidak boleh. Di sebelah kanan pintu itu ada suis lampu lama warna hitam. Rahman melihat suis itu dengan teliti,bila diamatinya suis itu juga masih bersih dan tidak diselaputi habuk.

"Memang ada orang on kan suis ni setiap hari.." Rahman memaklumkan perkara itu pada Joe."Dah cukup?Jom balik..." bisik Joe.

"Ok...jom..." Mereka pun kembali kepada tingkap yang digunakan apabila mereka masuk tadi. Rahman memandang keluar memeriksa,"orait...line clear..." Joe pantas menghulurkan kakinya lalu dia meloloskan dirinya ke atas tanah.Lapang rasa dirinya. "Man..jom..cepat.."

Rahman baru saja hendak melangkah keluar apabila dia terdengar bunyi pintu terbuka perlahan. Cepat-cepat dia menyorok di balik salah satu almari yang ada di situ.

Joe kebingungan,"Man,kau pergi mana tu?" Beberapa minit Joe berdiri di luar tingkap itu, dia memutuskan untuk menjenguk ke dalam rumah itu. Dia tidak nampak apa-apa sangat kerana suasana nya yang agak gelap."Rahman..aku tunggu kau dekat tempat kita lepak tadi..aku tak nak masuk lagi.Kau nak panggil aku pengecut..kau panggil la. Aku tak nak kena tangkap polis..." bisik Joe perlahan lalu melangkahkan kakinya meninggalkan perkarangan rumah itu.

..........................

"Cilakak kau Joe.Kau tinggalkan aku seorang kat sini terperangkap..." fikir Rahman apabila dia mendengar pesanan Joe tadi tatkala sedang menyorok di tepi almari. Dia tidak berani keluar lagi kerana takut tuan rumahnya tadi masih lagi ada di situ.Selepas dia mendengar pintu dibuka tadi,dia hanya mendengar ada seseorang melangkah dengan perlahan menuju ke bahagian dapur di belakang rumah itu dan kemudiannya kembali semula ke depan dan menghilangkan diri entah ke mana.

Rahman menjenguk.Suasan sudah sunyi semula.Tiada siapa lagi di sana dan tiada lagi bunyi manusia melangkah.Senyap-senyap dia melangkah ke tingkap.

Dia memandang ke arah dapur rumah tersebut.Barulah dia perasan ada satu tangga lain yang sedikit tersorok yang menghala ke bawah tanah rumah itu.Dia memberanikan diri melangkah menghampiri tangga tersebut.Pintunya sedikit terbuka dan ada sinaran lampu yang agak malap menyala dari situ.

Entah kenapa,Rahman dengan senyap melangkah menuruni tangga tersebut.


Tiada ulasan: