Selasa, 9 Ogos 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Apa yang tak bebas, tak adil

Posted: 09 Aug 2011 06:04 PM PDT

Wan Ahmad Wan Omar

10 OGOS — Pihak-pihak tertentu mendakwa pilihan raya di negara ini tidak bebas dan tidak adil. Mereka yang berkenaan telah menang dalam pertandingan merebut kerusi-kerusi baik di Dewan Rakyat atau pun di Dewan Undangan Negeri.
Kita tanya mereka apa yang tidak bebas dan peringkat mana yang mereka kata tidak adil?
Mereka mendakwa pilihan raya tidak adil berasaskan beberapa andaian dan persepsi dan sebagainya yang mereka tidak pernah dapat membuktikannya di mahkamah melalui petisyen-petisyen pilihan raya sama ada selepas pilihan raya umum (PRU) ataupun pilihan raya kecil (PRK).
Read More / Baca Lagi >>

Pengemis dan zakat salah siapa

Posted: 09 Aug 2011 06:02 PM PDT

DALAM nota pendek ini saya mahu merujuk bicara tentang aspek wang zakat.Dan saya  hanya menumpukan sumber zakat fitrah sahaja sebagai sumber ekonomi bagi membantu golongan lslam daif.
Walaupun kita ketahui pendapatan daripada zakat terus mengalir saban waktu bagi meningkatkan ekonomi ummah banyak daripada pelbagai   termasuk dana bersumberkan zakat pendapatan, zakat perniagaan,haiwan,wang,harta,barangan kemas  dan lain-lain namun ini belum lagi termasuk sumbangan dana dan peruntukan kerajaan, derma dan sedekah daripada orang ramai,NGO dan organisasi tertentu.
Hasil pendapatan ini biasanya akan diamanahkan atau diwakafkan ataupun diselenggarakan oleh jabatan-jabatan agama negeri masing-masing sama ada di bawah pengurusan Majlis Agama lslam negeri dan juga Baitulmal.
Read More / Baca Lagi >>

Remaja koma akibat dibaling objek oleh polis

Posted: 09 Aug 2011 05:54 PM PDT

Mohd Solihin, 14 tahun

ALOR SETAR: "Saya memang tak puas hati. Jika dia terbabas, pasti tubuhnya ada kesan calar dan luka, tetapi apa yang berlaku terdapat benjol besar di belakang kepala dan amat ketara dia dibaling sesuatu," kata Che Kassim Darus, 47, bapa kepada Mohd Solihin, 14, yang koma selepas didakwa terkena topi keledar dibaling dua anggota polis peronda di Jalan Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, dekat Perlis, Sabtu lalu.
Read More / Baca Lagi >>

MCA/BN mimpi di siang hari?

Posted: 09 Aug 2011 05:47 PM PDT


ASPAN ALIAS
MCA tidak lagi bersemangat. Pengerusi MCA Selangor Donald Lim menyatakan yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi negeri Selangor jika MCA tidak mendapat menambah kerusinya di dalam pilihanraya yang akan datang. Sekarang ini MCA hanya mempunyai 2 kerusi Dewan Undangan Negeri yang di menanginya dari 14 yang dipertandingkan. MCA juga mempunyai 1 kerusi Parlimen yang dimenangi mereka dari 7 yang dipertandingkan.
Kalau ditengok dari kehadziran MCA di Sekangor sekarang ini parti itu sudah terlalu hilang mayanya untuk bergerak dan seolah-olah menyerah sebelum bertanding. Maka dari segi lojiknya DAP akan mengambil alih kedua-dua kerusi DUN dan 1 Parlimen di Selangor dalam pilihanraya yang akan datang. Jika pembahagian kerusi dibuat seperti pembahagian pilihanraya yang lalu adayang berpendapat semua kawasan parlimen dan DUN yang diberikan kepada Gerakan dan MCA akan kalah semuanya.
Read More / Baca Lagi >>

Sudah Terang lagi Bersuluh. Dimana pendirian Tegas YDPA ?

Posted: 09 Aug 2011 05:38 PM PDT

Oleh: sp4n4r

"Pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh Pembangkang, betapa pincangnya SPR tidak bersikap cekap dan telus. Satu persatu pendedahan dibuat, dimana Data di Jabatan Pendaftaran negara tidak selari/sepadan dengan Data di Suruhanjaya Pilihanraya Raya, namun, sehingga kini, pendirian TEGAS Majlis Raja-raja dan Yang Di Pertuan Agong, masih tidak kedengaran. Kedaulatan dan Demokrasi negara bakal dicemarkan dengan kehadiran pengundi dari Pendatang Tanpa Izin yang diberi hak sebagai pengundi bagi menentukan kerajaan yang bakal memimpin.

Rakyat seperti tidak mempunyai tempat bergantung dan mengadu apabila penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh SPR. Hak Rakyat Malaysia  untuk menentukan kerajaan yang bakal diamanahkan, dinodai oleh kehadiran Pengundi dari Pendatang Tanpa Izin. 

Malang sungguh rakyat Malaysia yang HANYA mempunyai Raja Berpelembagaan."

SPR Telah Hilang Kredebiliti

Posted: 09 Aug 2011 05:37 PM PDT

Oleh Ust Nasrudin Hasan

1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah hilang wibawa dan tidak lagi mempunyai status layak untuk mengendali sistem pilihanraya negara. Terlalu banyak kepincangan dan kelemahan yang menjejaskan nilai telus dan saksama dalam pengurusan dan pengendalian sebuah pilihanraya dalam negara demokrasi seperti Malaysia.

Read More / Baca Lagi >>

Jika PM Kita Penakut, Takkan TOKOH MAAL HIJRAH Pun Penakut Juga?

Posted: 09 Aug 2011 05:35 PM PDT


ti religio-corruption workshop 231105 muhammad 'uthman el-muhammadyOleh WFAUZDIN NS

TOKOH MAAL HIJRAH, sepatutnya mempunyai sifat berani kerana benar apatahlagi jika melibatkan hukum-hakam yang beliau sendiri keluarkan. Tetapi, apa sudah jadi dengan tokoh `ulamak' janggut berinai merah bernama Dr Muhammad Uthman El-Muhammadi ini?

Di dalam isu tuduhan terhadap golongan yang dikatakan puak `Wahabi' serta dikaitkan pula dengan keganasan atau pelampau, tokoh yang seringkali `kipas' kerajaan ini diberitakan takut untuk berdailog dengan Majlis Jawatankuasa Fatwa Perlis.

Bukankah tuduhan telah dibuat terhadap `Wahabi' sehinggakan memburukkan nama Arab Saudi, tetapi mengapa takut untuk berdialog? Apakah sememangnya jenis `spesis' puak ini memang penikus bila diajak berdebat atau berdialog?

Read More / Baca Lagi >>

Mahkamah, Polis Dan Kini Spr Serta Jpn Terpaksa Patuh Kepada `KEPALA IKAN'

Posted: 09 Aug 2011 05:33 PM PDT

Oleh WFAUZDIN NS

SISTEM kehakiman telah lama rosak dan gagal sehingga kini untuk dipulihkan. Selepas itu, imej PDRM pula tercemar semenjak BERSIH 2.0 bercadang untuk berhimpun.. Hingga kini pihak Polis masih memburu `peminat baju KUNING-Bersih.

Selepas imej PDRM dilihat masih rosak juga, kini penyakit itu berjangkit kepada Jabatan Kerajaan seperti SPR dan JPN.

Hampir setiap hari pendedahan serta bukti telah ditunjukkan betapa `akrab'nya SPR dan JPN di dalam menguruskan Pilihanraya.

Benarlah kata pepatah Cina, "ikan yang busuk bermula di kepala". Justeru itu, menjadi tanggungjawab kita semua untuk memperbaiki `kerosakan' yang ada.

Bursa bloodbath gives Najib pause on polls

Posted: 09 Aug 2011 05:31 PM PDT


KUALA LUMPUR, Aug 10 — With some RM91 billion slashed from the stock market in two days, Datuk Seri Najib Razak faces yet another global financial meltdown ahead of general elections — due in less than two years.
Although the prime minister was said to be mulling snap polls as early as the end of the year, politicians and analysts say that economic factors are now firmly out of his hands, with him hanging on to his Economic Transformation Programme (ETP) projects only for a rebound next year.
"These projects are his only defence against the storm clouds on the horizon," said Jupiter Securities research head Pong Teng Siew, stating that Najib (picture) will only go to the ballot boxes after the ETP bites.
Read More / Baca Lagi >>

5 Isu Panas Yang Dihadapi Negara Sempena Ramadan Tahun Ini !!!

Posted: 09 Aug 2011 05:16 PM PDT

Mungkin PM kita orang yang paling
panas bulan Ramadan ini!
Bulan puasa kalau semua masih ingat dalam sukatan pelajaran agama Islam masa sekolah dulu dikaitkan dengan musim panas. Pada bulan puasa juga pada 8 Ramadan tahun 2 Hijrah Rasulullah bersama dengan 317 orang tentera keluar untuk memintas rombongan dagang Abu Sufyian bersama dengan 1,000 ekor unta dan 50,000 dinar emas dan akhirnya membawa kepada peperangan pertama umat Islam dengan tentera musyrikin Mekah yang 4 kali ganda lebih besar daripada tentera Islam.

Itulah peperangan Badar yang mana surah Al-Anfal diturunkan khas bagi menerangkan situasi peperangan tersebut yang mana Allah telah menjanjikan kemenangan kepada tentera Islam dengan mendapat pertolongan tentera Allah berupa Malaikat. Kalau kita mahu tahu tentang perang Badar dan bagimana mencapai kemenangan, bacalah surah tersebut. Di dalamnya diterangkan bagaimana disiplin yang harus diambil bagi menguatkan barisan dan banyak lagi panduan lain dalam menguruskan pasukan.
Read More / Baca Lagi >>

Britain Huru Hara Akibat Tindakan Polis, Ekonomi Terjejas Teruk

Posted: 09 Aug 2011 05:09 PM PDT


Rusuhan yang bermula di London yang kini sudah merebak ke hampir separuh Britain sebenarnya bermula dari perasaan tidak puas hati masyarakat kulit hitam terhadap tindakan polis menembak mati kaum tersebut.

Akibatnya dengan bantuan laman sosial seperti BlackBerry Messanger (BBM), Facebook dan Twitter, berita mengenainya tersebar meluas hinggakan samapi satu tahap pentadbiran David Cameron mahu mengisytiharkan kawasan terbabit sebagai kawasan hitam, yang mana pasukan tentera diberi kuasa penuh untuk melaksanakan undang-undang darurat.Read More / Baca Lagi >>

Murtad: Umno tolak mentah-mentah usul PAS

Posted: 09 Aug 2011 05:06 PM PDT


KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Lakonan Umno kononnya mahukan akta mencegah murtad langsung tidak boleh dipercayai kerana inisiatif mengenai perkara itu berkali-kali ditolak, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.
"Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah," katanya.
Selepas itu, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, sekali lagi beliau mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam.
"Usul itu juga tidak dipedulikan oleh kerajaan dan ahli-ahli Parlimen Umno," katanya
Read More / Baca Lagi >>

Mafrel mahu SPR bersih daftar pemilih elak implikasi ketika PRU-13

Posted: 09 Aug 2011 05:04 PM PDT


Pemastautin asing didafter menggunakan imbasan biometrik. — Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Badan Pemantau Pilihan Raya Adil dan Bebas Malaysia (Mafrel) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pemilih yang didakwa turut melibatkan kehadiran "pemastautin tetap" yang diragui bagi mengelakkan implikasi besar ketika pilihan raya umum ke-13.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 beri SPR tiga bulan laksana lapan tuntutan

Posted: 09 Aug 2011 05:04 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Sebulan selepas perhimpunan 9 Julai, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tetap dengan pendirian mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan jawatankuasa khas bagi membincangkan isu berkaitan pengurusan pilihan raya terutamanya daftar pemilih.
Selain itu, menurut Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevesan (gambar), pihaknya memberi tempoh tiga bulan kepada SPR untuk melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan oleh gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) itu.
Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Read More / Baca Lagi >>

Kutipan Zakat Berjuta, Umat Islam Malaysia Masih Merempat...!!!!

Posted: 09 Aug 2011 03:56 PM PDT

Lu orang klik kat sini PPZ Selangor, berapa jumlahnya... hahahaha...

Lu orang klik pulak kat sini, lu orang cari sendiri berapa jumlahnya..., dan lu orang tanyalah pakcik google yang beragama kristian tu jumlah pungutan zakat bagi setiap negeri..., nanti pakcik google yang beragama kristian tu akan bagitau..., kalau lu orang tanya Pak Haji yang duduk kat kerusi empuk dalam bilik aircond dalam Jabatan Agama Islam Malaysia yang mengaku beragama Islam yang dah ulang-alik 50 kali pi Mekah tunai haji sekalipun... kompom dia tak boleh jawab beb.... hahahaha...

Read More / Baca Lagi >>

Laporan Polis Nor Arlene Tan terhadap Gaysec

Posted: 09 Aug 2011 03:50 PM PDT

HEBOH kebelakangan ini berita tentang sebuah blog yang menghina agama Islam menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Dalam pada itu sekumpulan hacker yang menggelarkan diri mereka sebagai Gaysec, mendakwa telah berjaya mendedahkan identiti blogger tersebut.
Di dalam beberapa siri pembongkaran oleh Gaysec, mereka mendakwa blog Hajjah Sitt Al-Wuzara dimiliki oleh seorang individu yang bernama Nor Arlene Tan Binti Khalid. Akibat dari pembongkaran itu, Arlene Tan menerima pelbagai kecaman dan mesej berbaur ugutan melalui akaun facebook dan telefon bimbitnya.
Read More / Baca Lagi >>

Bila 100 Ribu Rakyat Sedia Untuk Ditahan !

Posted: 09 Aug 2011 03:49 PM PDT




Rusuhan di London, mengakibatkan banyak harta-benda yang punah terbakar. Kecurian pun banyak berlaku di mana banyak supermarket yang ditembusi oleh perusuh yang mengambil kesempatan. Banyak kenderaan polis dan kenderaan awam dibakar, dan terdapat juga laporan yang mengatakan 3 orang polis dimasukkan ke hospital selepas dirempuh kereta perusuh.Read More / Baca Lagi >>

Video : HQ London Riots Now In Hackney, Brixton, Edmonton, Enfield, Wood Green And Tottenham

Posted: 09 Aug 2011 03:34 PM PDT

Video : Riot police in Woolwich, London attacked 8th August 2011

Posted: 09 Aug 2011 03:24 PM PDT

VIDEO : LONDON RIOTS 2011

Posted: 09 Aug 2011 03:20 PM PDT

Video - London riots turn mad: Video of massive fire in Croydon

Posted: 09 Aug 2011 03:18 PM PDT

Video - London riots: Cars, buildings ablaze in Peckham, Croydon, Hackney

Posted: 09 Aug 2011 03:17 PM PDT

Video: Rusuhan Di London 160 Orang Ditahan Polis

Posted: 09 Aug 2011 03:09 PM PDT

Pemuda PAS pertahan Jais dan Hasan Ali, dakwa ada bukti murtadkan Muslim

Posted: 09 Aug 2011 03:07 PM PDT


KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Datuk Dr Hasan Ali berhubung kontroversi serbuan ke atas sebuah gereja minggu lalu sambil menyifatkan terdapat "bukti" adanya usaha mahu memurtadkan umat Islam.
Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pendirian itu diambil setelah mendapatkan penjelasan daripada Hasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor di Shah Alam petang tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Wajib pertahan Islam - Mufti Selangor

Posted: 09 Aug 2011 03:04 PM PDT




KUALA LUMPUR 9 Ogos – Seluruh umat Islam di negara ini diseru supaya bersatu mempertahankan akidah Islam daripada diganggu gugat oleh musuh agama, sekalipun terpaksa menghadapi apa sahaja rintangan.
Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid (gambar) berkata, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk mempertahankan akidah kerana maqasid syariah itu tidak boleh dijual beli dengan apa sekalipun, hatta kepentingan politik.
Sehubungan itu, beliau menyokong penuh tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertindak memeriksa gereja Methodist, kerana percaya ia dibuat berdasarkan bukti terdapatnya usaha memurtadkan umat Islam.
Pada masa yang sama, beliau juga berdiri teguh di belakang Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang bertindak mempertahankan tindakan JAIS itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: