Ahad, 7 Ogos 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Bersih 2.0 : Mahfuz, Salahuddin saman ketua polis, kerajaan

Posted: 07 Aug 2011 09:45 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub hari ini masing-masing memfailkan saman malu terhadap empat pihak ekoran penangkapan salah terhadap mereka pada 9 Julai lalu.
Empat pihak tersebut adalah Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields dan seorang anggota polis Inspektor Mohd Zaid Madzizat.
Saman itu difailkan menerusi syarikat guaman Tetuan Faiz Fadzil & Co bersama peguam Zulhazmi Sharif, masing-masing di Mahkamah Tinggi Jalan Duta kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Kedua-dua Naib Presiden PAS itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Read More / Baca Lagi >>

Cendekia Solidar

Posted: 07 Aug 2011 08:41 PM PDT


Kita wajar ikhlas murnikan sumber kuasa bangsa,
menghakis label-label bongkak yang disusup puaka,
Kini para bangken sedang berlindung di sebaliknya
dengan media gergasi pertajam taring dustanya.

Cendekia muda kini tenaga tulus dan waja
semakin cekal bangkit sebagai wewira perobah.
Mereka tentangi kuasa cemar berlendir dosa,
berazam melawannya demi mengharum satu era.

Pening gas dan pedih air mencemar dekad merdeka;
kuasa bobrok ghairah merongrong demokrasi luka.
Kita wajar mensyahdukan benih kuasa yang sakti,
dan dengan khusyuk mendeklamasi puisi berani.

Senja ini lara, dan kita tetap menyembuhkannya.
Ya, kita dakapi demokrasi tulen seakrabnya.


A Samad Said

Projek Tawan Selangor : Satu nama dua tempat mengundi di online SPR

Posted: 07 Aug 2011 08:36 PM PDT

SHAH ALAM, 8 Ogos: Jabatan Pilihan raya PAS Negeri Selangor mendesak SPR mengeluarkan nama-nama pemilih yang berada dalam daftar pemilih bertindih sebanyak 11,000 ditemui di Dun khususnya yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Daftar pemilih bertindih itu didedahkan Pengarah Jabatan Pilihan raya negeri Selangor, Jaafar Samsudin setelah membuat semakan online daftar pemilih SPR di alamat http//www.spr.gov.my.
Beliau menjelaskan semakan itu ditemui dalam pemilih bagi isu rumah iaitu nama pemilih dan nombor Kad Pengenalan yang sama hanya ditukar tarikh lahir tetapi tempat mengundi di DUN yang sama hanya daerah mengundi berbeza.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Islam tiada diskriminasi

Posted: 07 Aug 2011 08:31 PM PDT

Malaysia Merdeka dalam Acuan Anak Muda

Posted: 07 Aug 2011 08:20 PM PDT

Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957. Bermula detik itu, Tanah Melayu diberikan mandat untuk mentadbir negara dalam acuan dan kepimpinan anak Melayu. Pelbagai sistem pentadbiran dan sosial negara di wujud dan dilaksanakan demi kepentingan rakyat. Kesungguhan dan ketabahan golongan terdahulu memperjuangkan dan membebaskan tanahair dari cengkaman penjajah wajar dihayati dan difahami oleh seluruh warganegara. Semangat waja dan keberanian ini seharusnya terus mengalir dalam diri setiap golongan muda yang ada pada hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Merdeka: Sudut pandang anak muda

Posted: 07 Aug 2011 08:18 PM PDT

Ahmad Shukri Kamarudin

Nun di hadapan berdiri tegak tubuh-tubuh menongkah langit dengan keris yang menjulang. Hari itu menjadi saksi sejarah perjuangan, hadiah tidak ternilai kepada sebuah pengorbanan.

Bergembiralah Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan Datuk Maharajalela. Bergembiralah Burhanuddin Al-Helmy, Abu Bakar Al-Bakir dan Onn Jaafar. Bergembiralah segenap baka yang mewarnai perjuangan itu, rebah segala resah tatkala bergema kalimah Merdeka!

Namun hari ini segalanya termaktub di dalam lembaran, hikayat dan sejarah. Bait-bait yang membentuk ceritera-ceritera perjuangan kemerdekaan berseni sebagai tinggalan usang.
Read More / Baca Lagi >>

Berita buruk untuk Najib: Polis telah menjumpai dokumen penting Scorpene

Posted: 07 Aug 2011 07:58 PM PDT

Berita buruk untuk Najib: Polis telah menjumpai dokumen penting Scorpene
Pihak polis Perancis telah Berjaya memperolehi 'dokumen penting' dalam siasatan berkaitan rasuah oleh DCN, kompeni gergasi senjata Perancis kepada pegawai Malaysia termasuk Perdana Menteri Najib Razak, untuk mementerai kontrak pembelian.
Najib , 58 yang merupakan Menteri Pertahanan pada ketika itu telah memeterai pembelian tersebut pada tahun 2002. Pada masa yang sama, rakyat juga kesal di atas harganya yang terlalu tinggi. Dikhuatiri juga kapal selam yang serba canggih itu tidak sesuai untuk kawasan perairan Malaysia yang cetek. Kapal-kapal tersebut masih tersadai di perairan Sabah pada masa ini dan jauh sekali digunakan. Ada juga laporan yang menyatakan bahawa kapal-kapal tersebut mengalami kerosakan sistem akibat ketidak stabilan perairan kita.
Read More / Baca Lagi >>

Had umur Umno-BN makin pendek

Posted: 07 Aug 2011 07:55 PM PDT

MINGGU lepas saya diundang untuk mengisi program Lujnah Penerangan PAS Negeri Sembilan. Majlis diadakan di Markas PAS Kuala Pilah di bawah pimpinan Yang Dipertuanya, Zaharudin Othman.

Pada majlis tersebut saya pertegaskan kepada rakan-rakan PAS, bahawa kedudukan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan dilihat termasuk dalam kategori 'A' untuk dimenangi Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal dipanggil pada bila-bila masa.

Dari segi faktanya, saya melihat potensi Negeri Sembilan lebih baik dari Terengganu untuk dimenangi kerana, Pakatan Rakyat hanya ketinggalan empat kerusi sahaja berbanding Barisan Nasional.
Read More / Baca Lagi >>

Akhbar perdana jadi 'gengster' tanpa media alternatif

Posted: 07 Aug 2011 07:51 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Rakyat khususnya golongan muda diseru menyokong sumbangan media alternatif yang memberikan gambaran sebenar mengenai situasi di negara ini.
Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said berkata, kewujudan media alternatif dapat menjadi pengekang kepada media arus perdana yang semakin 'samseng'.
"Saya fikir sumbangan akhbar alternatif ini mesti disokong kerana hanya melalui akhbar alternatif kita mendapat gambaran yang lebih berimbang, memungkinkan kita untuk menentukan apa sikap kita.
"Saya dapati bahawasanya tanpa media alternatif, akhbar arus perdana akan menjadi gengster," kata beliau sewaktu berucap merasmikan pelancaran kempen 'Jom Baca Media Alternatif' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini, petang semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Takut Jadi Katak : Bakal calon Gerakan perlu tandatangan ikrar - Koh

Posted: 07 Aug 2011 07:49 PM PDT

Bakal calon Gerakan perlu tandatangan ikrar - KohKUALA LUMPUR - Calon yang menawarkan diri untuk bertanding atas tiket parti Gerakan pada pilihan raya umum akan datang berkemungkinan perlu menandatangi ikrar mematuhi empat perkara, kata Presidennya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Empat perkara yang meliputi ikrar itu ialah maklumat yang diberikan adalah benar dan telus, tiada masalah hutang atau bankrap, jika dipilih akan menjalankan tugas sebaik mungkin mengikut perlembagaan parti dan jika tidak terpilih mesti berjanji untuk menyokong calon yang dipilih parti untuk kawasan, katanya.

Pendekatan kali pertama yang bakal diperkenalkan itu akan membolehkan setiap bakal calon atau calon berpotensi dianalisis oleh jawatankuasa kerja pusat bagi mengelak sebarang masalah seperti calon yang telah dipilih dan diumum mewakili parti mempunyai masalah hutang dan 'skandal' yang boleh merugikan parti dan mereka yang tidak terpilih pula tidak 'menikam' parti dari belakang, katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Skrip 98 : Mahkamah benarkan Anwar temubual PM, isteri..tapi lu suka lu mari.. !!!!

Posted: 07 Aug 2011 07:42 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dua permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

NONEHakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (kiri) berkata apabila pihak pendakwaan menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk pastikan kehadiran saksi ke mahkamah.
Bagaimanapun, menurut Zabidin adalah terpulang kepada saksi sama ada mereka mahu ditemu-bual ataupun tidak.

"Justeru, mahkamah membenarkan kedua-dua permohonan (untuk temu bual 15 saksi) termasuk perdana menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah, bekas IGP (Tan Sri Musa Hassan)," katanya.
Zabidin berkata, pihak pembelaan ada hak untuk temuramah saksi berdasarkan syarat saksi itu, yang bersetuju untuk ditemuramah.
Read More / Baca Lagi >>

PAS: ‘Parti Aloh Sokmo’...BN Tipu Sokmo.....!!! Kerajaan Rosmah jadi "Kerajaan Mismah" ..

Posted: 07 Aug 2011 07:37 PM PDT

Mashitah Ibrahim

8 OGOS — Sebaik-baik Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan di muktamar PAS baru-baru ini bahawa partinya menggugurkan matlamat membentuk negara Islam, sebaliknya mahu wujudkan negara berkebajikan jika dapat memerintah Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Pengerusi DAP Karpal Singh.
Ini kerana setelah puluhan tahun, akhirnya hasrat Pengerusi DAP dan partinya untuk menghalang PAS membentuk sebuah negara Islam telah berjaya. Perjuangan PAS sejak tahun 1950-an berjaya dipatahkan DAP. Kata orang Kelantan, "PAS aloh ko DAP" (PAS kalah kepada DAP).
Ini hakikat yang sukar diterima orang PAS. Pusingan U yang diumumkan Hadi Awang buka sahaja mengaibkan ramai penyokong PAS akar umbi, malah dianggap menghina pejuang dan aktivis sebelum ini. Sekali gus, mengiktiraf kedudukan dominan DAP dalam pakatan pembangkang yang dianggotainya.
Seminggu selepas muktamar, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengumumkan bahawa sebuah panel khas akan ditubuhkan untuk membincang kandungan negara berkebajikan yang diinginkan PAS. Sebagaimana konsep negara Islam, PAS bercakap dulu, fikir kemudian.
Read More / Baca Lagi >>

Sodomy II: Judge allows Anwar to interview Najib, Rosmah but up to them to agree

Posted: 07 Aug 2011 07:26 PM PDT

Sodomy II: Judge allows Anwar to interview Najib, Rosmah but up to them to agreeControversial judge Mohd Zabidin Mohd Diah, often accused of bias against Opposition Leader Anwar Ibrahim, surprised the court when he allowed Anwar's request for Prime Minister Najib Razak and wife Rosmah Mansor to take the witness stand in the ongoing sodomy trial.
However, lawyers warned Anwar's supporters not to be too happy as if the PM and Rosmah declined to do, which they already have, then a court subpoena of summon would need to applied for and issues.
"This is when the government will block the request. The trial judge can play good guy now but once the request for the subpoena is made, he may decide differently," one of Anwar's legal team told Malaysia Chronicle.
On Monday, Zabidin held that while it is the prosecution's responsibility to ensure the attendance of witnesses to be interviewed, witnessess also had the reight to decide if they wished to attend.
Read More / Baca Lagi >>

Puasa

Posted: 07 Aug 2011 07:22 PM PDT

oleh Muhammad Nazreen

7 OGOS – Ternyata wajah-wajah polos menahan lapar dan dahaga, melazimkan seorang Muslim untuk berada di kutub-kutub mencari cinta akhir yang paling hujung. Lantas, pengisian seorang yang bergelar Islam itu diabadikan dengan nilai Ramadhan yang sebaiknya.
Begitulah sebaiknya, apabila seseorang itu berpuasa, menahan segala keperluan untuk berlenang-lenang dengan sisi-sisi hedonisme ditarik sebentar. Islam mendidik manusia untuk merenungi maksud sebenar berpuasa.
Read More / Baca Lagi >>

DAP bersiap sedia jika PRU diadakan hujung tahun ini

Posted: 07 Aug 2011 07:21 PM PDT

KUALA LUMPUR, 7 OGOS – DAP sedang bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya umum diadakan pada bila-bila masa, khususnya jika Parlimen dibubarkan akhir tahun ini.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata krisis ekonomi Amerika Syarikat yang turut menjejaskan iklim ekonomi Malaysia mungkin akan memaksa kerajaan Barisan Nasional untuk mengadakan PRU lebih awal.
"Lebih-lebih lagi perhimpunan aman Bersih 2.0 serta pendedahan mengenai proses pilihan raya yang tidak bersih akan memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan PRU lebih awal," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Are MCA top brass getting ready to dump Najib for Muhyiddin?

Posted: 07 Aug 2011 07:16 PM PDT

Are MCA top brass getting ready to dump Najib for Muhyiddin?LITTLE BIRD FROM MCA SAYS All is not well within the Barisan Nasional coalition of parties as party warlords start consolidating their alignment with Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin.
Coalition party leaders, especially those from the MCA, had started aligning themselves with the deputy BN chairman in anticipation of Muhyiddin's expected rise.
"This buying of 'political insurance' is necessary following growing scandals and the bumbling in handling issues by Prime Minister Najib Abdul Razak's administration," said a little bird from MCA.
"Have you not noticed how deputy president Liow Tiong Lai and youth chief Wee Ka Siong are scrambling to be seen in the company of Muhyiddin as frequently as possible?
Read More / Baca Lagi >>

DAP dedah lagi taktik pujuk pelajar menangkan BN

Posted: 07 Aug 2011 07:16 PM PDT

NONEDAP mendakwa ada pihak tertentu di kawasan Ayer Keroh yang berperanan memujuk pelajar universiti supaya menukar alamat mengundi sebagai satu langkah senyap memastikan DUN itu
berjaya dirampas semula pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong, perkara itu dimaklumkan kepadanya menerusi maklumat yang diterima lebih seminggu lalu.

Khoo (berbaju kuning) berkata, sebagai ganjaran, pihak terbabit akan menawarkan tanggungan sepenuhnya kos kehidupan sepanjang pengajian yang meliputi bayaran sewa bilik termasuk bil elektrik dan air.

"Sebagai bukti terdapat peningkatan ketara jumlah pendaftaran pengundi bagi suku kedua tahun ini iaitu seramai 2,132 orang bagi DUN Ayer Keroh berbanding pada suku-suku tahun sebelumnya.
Read More / Baca Lagi >>

Kes rasuah: Dr Khir Toyo diarah bela diri

Posted: 07 Aug 2011 07:09 PM PDT


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bagi membela dirinya berhubung kes rasuah berkaitan pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mokhtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan terdapat kes prima facie ke atas Khir.

khir toyo mansion 060709 06Beliau kemudian menetapkan perbicaraan pada 26 hingga 30 September ini.
Dr Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Perjanjian MAS, AirAsia dimuktamad esok, CEO baru dijangka

Posted: 07 Aug 2011 07:07 PM PDT


KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Perkembangan terbaru membabitkan Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia Bhd dipercayai akan memasuki bab baru esok dengan satu perjanjian, bakal menyaksikan kehadiran Tan Sri Tony Fernandes untuk mengemudi syarikat penerbangan nasional itu kembali untung. The Malaysian Insider difahamkan, urusan bertukar saham akan memperlihatkan perubahan kepimpinan dengan ketua eksekutif baru bagi menggantikan Tengku Datuk Azmil Zahruddin, yang mengambil alih jawatan itu dua tahun lalu daripada Senator Datuk Seri Idris Jala selepas beliau dilantik sebagai menteri melaksanakan  program transformasi ekonomi Malaysia.
Dengan merujuk kepada Putrajaya, sumber memberitahu The Malaysian Insider, perkembangan itu turut mendapat restu kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah 2: Najib, Rosmah disapina ke mahkamah

Posted: 07 Aug 2011 07:06 PM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor disapina ke mahkamah sebagai saksi dalam kes perbicaraan fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada awal perbicaraan yang menyaksikan hari pertama Anwar dipanggil membela diri.
Zabidin dalam keputusannya berkata apabila pendakwa raya menawarkan saksi maka pendakwaraya bertanggungjawab memastikan saksi hadir ke mahkamah.
Hakim juga bersetuju peguam bela berhak menemubual saksi dengan syarat saksi sedia ditemubual di mahkamah.

Video : SEALs Killed in Afghan Crash on Rescue Mission

Posted: 07 Aug 2011 06:02 PM PDT

تجمع المشيعييين في مدينة ادلب 7 -8-2011.

Posted: 07 Aug 2011 06:00 PM PDT

احد القتلى في مدينة ادلب اثناء التشييع 7/8/2011

Posted: 07 Aug 2011 05:59 PM PDT

Syria Bergolak, 42 Maut: Bashar Al-Assad Mesti Letak Jawatan!!

Posted: 07 Aug 2011 05:54 PM PDT


Sekurang-kurangnya 42 penduduk di bandar Deir Ezzor terbunuh manakala 10 maut di bandar Hula selepas kereta kebal pasukan tentera Syria menggempur dua bandar tersebut hari ini.

"Seramai 42 penduduk di Deir Ezzor terbunuh dan lebih 100 cedera apabila pasukan keselamatan melancarkan tembakan.

"Manakala di Hula, 10 maut selepas pihak tentera menggempur kawasan tersebut," kata Ketua Liga Hak Asasi Manusia Syria, Abdel Karim Rihawi.Read More / Baca Lagi >>

Bersedekah Dalam Ramadhan

Posted: 07 Aug 2011 05:46 PM PDT

Anas r.a. menceritakan; Seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w.; 'Ya Rasulullah! Apakah sedekah yang paling afdhal?' Jawab Rasulullah s.a.w. "Sedekah pada bulan Ramadhan." (Riwayat Imam at-Tirmizi)
Membanyakkan sedekah dan melakukan kebaikan untuk orang lain
Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang menceritakan;
"Rasulullah s.a.w. merupakan manusia yang paling pemurah. Baginda menjadi lebih pemurah lagi pada bulan Ramadhan tatkala Jibril datang kepada baginda. Jibril datang kepada baginda pada setiap malam di bulan Ramadhan untuk bertadarus al-Quran dengan baginda. Sesungguhnya Rasulullah lebih pemurah dari angin lepas (*yakni angin yang bertiup tanpa sekatan/ halangan)."
Berkata Imam al-Mawardi; "Disunatkan kepada seorang lelaki melapangkan ahli-ahli rumahnya (*yakni melebihkan belanja kepada mereka dan sebagainya) pada bulan Ramadhan dan melakukan kebaikan kepada kaum kerabatnya dan jiran-jirannya terutama pada sepuluh hari terakhir darinya." (al-Majmu', Imam Nawawi, jil. 6, halaman 398)
Photo by: Manish Swarup/Associated Press
Children help to distribute food for breaking fast on the first day of Ramadan at Jama Mosque, in New Delhi August 2. Muslims across the world are observing the holy fasting month of Ramadan, where they refrain from eating, drinking and smoking from dawn to dusk..
إِن تُبْدُواْ الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاء فَهُوَ خَيْرٌ لُّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 271)

Tiada ulasan: