Ahad, 7 Ogos 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Pertahan agama kunun...urus dulu zakat orang miskin..!!!...betul tu wa setuju dia nie di pecat...bukan aje exco agama ...kedudukan dalam PAS pun wajar di pecat.....dia nie dah jadi setan UMNOPORNO dalam PAS....!!!..

Posted: 07 Aug 2011 11:54 AM PDT




Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau sanggup dipecat demi mempertahankan Islam, sebelum berdepan dengan jawatankuasa kerja PAS pusat untuk menjelaskan tindakan serbuan ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya Rabu lalu.

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia, dalam laporan di muka depan edisi hujung minggu hari ini mengatakan pemimpin kanan PAS ini di bawah tajuk "Saya rela dipecat."

"Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor," kata Hasan.

"Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?" tambah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor ini.

Hasan sebelum ini mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membuat serbuan ke atas satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama.

Beliau berkata majlis itu juga pihaknya telah dimaklumkan perkataan "al-Quran" dan "doa" diselitkan, mendakwa ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam), yang menggariskan tindakan-tindakan memurtadkan dilakukan oleh bukan Islam ke atas Muslim, membolehkan pihak berkuasa agama untuk melancarkan siasatan dan menahan mana-mana individual tanpa waran.

Tindakan Hasan mempertahankan Jais berlaku selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesal tentang insiden yang berlaku.

Dilihat sebagai satu isu keagamaan konservatif, Hasan tidak bersetuju dengan dasar-dasar liberal kerajaan negeri Selangor, yang paling ketara adalah larangan penjualan arak di negeri maju itu awal tahun ini.

Hasan telah kehilangan jawatan utama pada pemilihan PAS, yang dilihat memilih pemimpin lebih progresif dan inklusif.

Selepas tidak dikekalkan sebagai pemimpin nombor satu Selangor, tindakan Hasan dilihat cenderung kepada pemikian Umno.

"Dalam profram itu, pihak penguatkuasaan dan polis telah melakukan pemeriksaan dan mendapati ada usaha untuk menghalang serta mengelak bahan bukti," kata wakil rakyat PAS ini.

Beliau berkata pihak berkuasa telah menemui bahan bukti yang mengaitkan dengan usaha untuk memurtadkan umat Islam tapi tidak mendedahkannya.

Hasan menambah beberapa orang Islam telah cuba melarikan diri melalui pintu belakang tetapi berjaya ditangkap pegawai Jais.

Beliau juga menafikan pihak berkuasa telah melakukan "serbuan" ke atas gereja itu sebaliknya mengatakan ia adalah satu pemeriksaan yang dibuat berdasarkan satu laporan bahawa orang Islam menghadiri acara "berbuka puasa" di gereja itu.MI



penyapu sial

Sebagai Exco agama sepatutnya Hasan berusaha membantu golongan Islam yang daif supaya mereka tidak bergantung kepada pihak lain. Jangan salahkan orang kristian yang menunjukkan sikap baik untuk menarik minat orang terhadap agama mereka. Jangan terlalu angkuh dengan kuasa dan undang-undang yang ada di tangan, kerana ia kelihatan kasar dan gopoh...akhirnya nama baik islam tercemar. Kalau nak jadi hero menegakkan islam, buatlah secara bijaksana.


Mana perginya wang zakat beratus juta dikutip setiap tahun sehinggakan orang Islam yang miskin dan daif terbiar tidak dibela. Bukankah miskin itu dekat kepada kufur jika tidak dibantu.

Salahkan diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan orang lain yang memberi bantuan kepada orang Islam.

tak payah lah hadi awang ooiii...!!!....hassan ali tu wajar di pecat...sebab gagal BERSIHKAN JAIS dulu dari anasir UMNOPORNO....!!!

Posted: 07 Aug 2011 11:41 AM PDT



Ekoran kontroversi membabitkan serbuan ke atas sebuah gereja Rabu lalu, PAS menegaskan parti Islam itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan beliau akan kekal di jawatan itu.

Hasan merupakan pengerusi yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam.

Selain itu tegas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pihaknya juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Tan Sri Khalid Ibrahim sambil menyifatkan kontroversi yang berlaku adalah "masalah negeri."

"Ia masalah negeri, kita juga sebahagian daripada negeri, kita tidak terima teori kemungkinan (masalah dengan Hasan)... kemungkian dah banyak, ada juga kemungkinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menggantikan (Datuk Seri) Najib (Razak).

"Beliau (Hasan) akan terus jadi Exco, kita tidak bincang dalam mesyuarat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat di sini.

Hasan juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Dalam mesyuarat itu, Hasan telah memberikan penjelasan berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Rabu lalu.

Pada kejadian malam Rabu itu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama tanpa waran kira-kira 10 malam.

Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Namun Hasan mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam.

Beliau menegaskan maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan malam tadi.

Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan "al-Quran" dan "doa" diselitkan.

Hasan menambah seramai 12 orang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut tetapi tiada tangkapan dibuat. Mereka disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Khalid memutuskan untuk menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat menyelesaikan perkara itu.

Hasan dalam laporan Mingguan Malaysia hari ini berkata, beliau sanggup dipecat demi mempertahankan Islam.



penyapu sial


Masaalah utama kerana jabatan yang bertanggung jawab keatas hasil zakat tidak menjalankan tugas membantu masyarakat Islam yang miskin dan daif sehingga mereka terpaksa menerima bantuan dari kumpulan bukan Islam.

Bila ini berlaku kita tidak boleh menyalahkan mereka serta kumpulan yang membantu mereka. Bukankah kemiskinan dekat kepada kufur? Oleh itu dalam Islam ada zakat keatas mereka yang berharta untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.

setan setan di pejabat agama wajib di halau keluar...duduk dalam pejabat yang empuk dengan segala kemewahan yang di rembat dari segala zakat orang islam yang di rompak secara tak bermaruah......saban hari di tekan kan zakat...

sewajarnya penekanan tentang segala aspek perundangan dan kehidupan tatacara islam wajar di tekankan..ini tidak pulusss masuk sibuk nak buat nak paksa umat islam supaya keluar zakat yang ntah kemana pergi di salurkan...

islam suruh urus zakat dengan baik ...usahakan cari penerima yang berkelayakan...ini tidak duit zakat di buat bermewah mewah untuk kepentingan diri...orang islam miskin yang memerlukan bantuan di layan macam peminda sedekah....karenah birokrasi...tak ada tandatangan JKKKK UMNOPORNO....jangan harap lah nak dapat bantuan...pejabat agama macam inikah.....

pejabat agama setan....agaknya....!!!

Masalah murtad bukan masalah negeri Selangor saja tetapi masalah ummah keseluruhannya. Takkan yang tu pun Tok Guru tak faham. Jangan cuba berdolak dalik. Nanti jadi ulamak setan bisu pula seperti mana yang selalu kutuk orang. ...jadi jangan tok guru sibuk nak bela penjilat jubor UMNOPORNO hassan ali ini...!!!

karenah birokrasi setan setan dalam jabatan agama...harap makan gaji buta tinggi tinggi belaka ...sibuk nak kutip wang zakat....tapi mencari penerima zakat jauh panggang dari api....kroni sahaja yang di utamakan...!!!

Posted: 07 Aug 2011 05:03 AM PDT

bekas setan di pejabat agama....!!!

Mengulas tentang serbuan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari yang lepas..

Sepertimana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.

Kita  ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.

Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal.

Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;

  1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain?
  2. Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri.

Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.

Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?

  1. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!
  2. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat.

Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

  1. Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu.

Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.

Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu.

  1. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan.

Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim?

Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?

Maka, banyak persoalan perlu masyarakat Muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita! 

Tukar PR kepada warganegara dalam masa singkat...Sindiket dilindungi BN hadapi PRU-13

Posted: 06 Aug 2011 08:08 PM PDT

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  di dakwa menukar status kewarganegaraan dalam kadar yang cepat sambil menyifatkan ia dilakukan oleh “sindiket” yang dilindungi Barisan Nasional (BN) demi mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

Langkah JPN “membenarkan” pemastautin tetap menukar status kepada warganegara adalah amat tidak bertanggungjawab.

Selain itu, kita percaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut terlibat dalam “sindiket” itu.

Perbuatan ini amat tidak bertanggungjawab dan kita  tidak tahu bagaimana JPN boleh menukar status pemastautin tetap dalam tempoh hanya beberapa jam.

Kita  percaya ia dilakukan oleh sindiket, yang mana SPR, JPN dan sindiket ini yang beri laluan (untuk menukar status) selain diberi perlindungan oleh BN..

Maklumat lanjut mengenai perkara itu sedang di kumpulkan dan  menambah, ia juga berlaku di negeri-negeri lain sebagai persediaan BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan penghujung tahun ini.

Bagaimana seorang pemastautin tetap yang memegang kad pengenalan merah (MyPR) boleh tukar status dalam masa yang singkat? Sudah pasti ia dilakukan oleh sindiket yang mendapat perlindungan daripada kerajaan untuk menjadikan mereka ini sebagai pengundi.

Kita ( Pakatan Rakyat ) ada bukti ... dan kita juga sedang mengumpulkan maklumat lanjut mengenai perkara ini, kita juga akan semak daftar pemilih untuk pastikan perkara yang sebenar..

Tindakan menukar status kewarganegaraan membuktikan BN adalah parti yang tidak bermaruah dan sanggup menang dengan apa jua cara termasuk “permainan kotor.”

Semalam PAS Wilayah Persekutuan mendedahkan telah mengenal pasti 52 nama dalam daftar pemilih yang mana kesemua mereka adalah pemastautin tetap tetapi bertukar status apabila disemak dalam sistem SPR.

Kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Wilayan Persekutuan Abdul Halim Hassan, pihaknya telah menyemak status kesemua individu itu pada sebelah pagi dalam sistem JPN dan ia mengatakan mereka adalah pemastautin tetap.

Bagaimanapun apabila menyemak di pejabat SPR Wilayah Persekutuan pada sebelah petang, kesemua pemegang kad pengenalan MyPR itu bertukar kepada warganegara dan boleh mengundi.

Perkara sama juga pernah dibangkitkan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor dan Kelantan berhubung pengundi hantu dan pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Selain itu, Pakatan Rakyat juga mendakwa BN mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini melalui operasi “MyDaftar.”

Sementara itu, Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilasasi Dewan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat menegaskan, sistem biometrik yang diperkenalkan SPR tidak harus dilaksanakan kerana “penipuan dan penyelewengan” telah berlaku di peringkat dasar.

“SPR cadang sistem biometrik tapi apa yang kita tahu data pengundi akan diambil daripada sistem data JPN, kalau JPN boleh menukar status kewarganegaraan jadi apa lagi yang kita boleh harapkan dengan sistem biometrik ini?

“Apa jaminan sistem biometrik ini kalau JPN boleh memanipulasikan status kewarganegaraan yang mana pemastautin tetap boleh bertukar kepada warganegara dalam masa yang sangat singkat ... beberapa jam sahaja,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata Putrajaya masih mempunyai masa untuk melakukan perubahan dengan melaksanakan lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

“(Kerajaan) masih ada masa ... masih ada masa untuk buat perubahan, tuntutan Bersih 2.0 perlu dilaksanakan sekiranya kerajaan benar-benar serius mahu buat perubahan.

“Kerajaan perlu lakukan reformasi agensi kerajaan secara besar-besaran,” kata Suhaizan.

Jelas beliau, pihaknya setakat ini telah mengenal pasti ribuan pemastautin tetap telah bertukar status kewarganegaraan dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi.

“Kita ada semua maklumat ini, kita ada beribu nama pemastautin tetap ini, seluruh Semenanjung Malaysia ada dan setakat ini kita masih belum menerima maklumat tentang sabah dan Sarawak.

“Apa-apa pun kita akan terus mengumpulkan maklumat dan saya minta agar kerajaan serius,” katanya.

 

 

penyapu sial

Kedaulatan negara akan menjadi sampah tak bernilai langsung kalau warga asing boleh menjadi warga negara dengan tujuan tamat dan menghinakan. Tunjuk bukti bukti kepada Perkasa dan tengok apa kata Ibrahim. Kalau beliau betul betul nak pertahankan kedaulatan raja raja Melayu dan hak bumipetera , dia tidak boleh senyam saja dalam hal ini.

Mohon di lancarkan Bersih 3.0 tapi kali ini di tujukan kepada Jabatan Pendaftaran Negara kerana mengikut kenyataan Timbalan Pengerusi SPR mereka hanya bergantung kepada data ysng di sediakan oleh JPN. Apa yang pasti satu Suruhanjaya perlu di bentuk bagi menyiasat dakwaan ini serta kenyataan seorang bekas hakim suatu masa dahulu bahawa terdapat usaha menjual kerakyatan di Sabah. Isu kerakyatan adalah sesuatu yang penting dan lebih utama dan perlu di segerakan.

Ayuh, mulakan kembali...BERSIH 3.0 !!!!!!

Kaki buntut UMNOPORNO Semakin Kalut....!!!!

Posted: 06 Aug 2011 07:53 PM PDT

Khalid Samad menjauhkan kepimpinan PAS Selangor daripada kenyataan Exco Kerajaan Negeri Datuk Hasan Ali yang mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sambil berkata majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utara bertujuan memurtadkan sekumpulan orang Islam.

Ahli Parlimen Shah Alam itu menegaskan pandangan Hasan yang dikeluarkan petang semalam bukan pendirian PAS Selangor, sekali gus memperlihatkan perpecahan yang mendalam dalam hubungan kepimpinan parti itu di peringkat negeri itu.

“Apakah penganut Kristian tidak boleh menggunakan kalimah al-Quran dan doa? Ini bukan pendirian PAS. Ia pendirian beliau sebagai Exco yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama,” katanya lagi.

“Muslim hadir di gereja bukan petanda murtad. Datuk Seri Najib Razak menemui Pope di Vatican. Adakah ia menunjukkan murtad?” kata Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Jais dan polis dilaporkan telah mengadakan serbuan ke atas gereja itu yang terletak di Petaling Jaya malam kelmarin ekoran satu aduan yang tidak spesifik.

Serbuan itu dibuat kira-kira tiga minggu selepas Najib mengunjungi Pope di Vatican untuk menjalin hubungan diplomatik.

Hasan merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor sehingga awal Jun lalu. Beliau digantikan dengan Adun Meru dan Khalid turut dilantik semula sebagai salah seorang timbalannya.

Khalid menegaskan, tidak kira apa juga undang-undang, Jais seharusnya hormat premis gereja dan mendapatkan waran sebelum mengambil tindakan.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu seringkali memperlihatkan perbezaan pendapat dengan Hasan sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008.

Dalam kenyataannya dikeluarkan lewat petang semalam, Hasan mempertahankan tindakan Jais yang menyerbu majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama atas alasan ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Hasan menegaskan maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.

Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” diselitkan pada majlis itu.

Hasan menambah, seramai 12 orang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut tetapi tiada tangkapan dibuat.

Kenyataan itu berkata kesemua 12 mereka telah diarah untuk hadir di Jais bagi siasatan lanjut. Mereka disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri Selangor memandang serius tindakan Jais dan polis menyerbu majlis makan malam muhibbah itu.

Khalid berkata beliau secara peribadi telah menghubungi Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden tersebut.

Ho berkata, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam kelmarin.

Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.

“Ini adalah majlis makan malam bagi orang ramai datang atas semangat 1 Malaysia. Kebanyakannya beragama Kristian... ada juga (hadirin), kira-kira 15 orang Melayu,” katanya lagi. -TMI

Hasan Ali pertahan Jais, dakwa ada usaha murtadkan Muslim

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama semalam atas alasan ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Hasan menegaskan maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan malam tadi.

Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.

Hasan (gambar) menambah seramai 12 orang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut tetapi tiada tangkapan dibuat.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

“Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata beliau menerusi kenyataan akhbar petang ini.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu menambah anggota penguat kuasa Jais dan polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.

“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” kata Hasan lagi.

Jelas beliau, apabila majlis hampir tamat, Jais dan polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

“Pegawai pengua kuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya.

Kenyataan itu berkata kesemua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Jais untuk siasatan lanjut.

Terdahulu dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri Selangor memandang serius tindakan Jais dan polis menyerbu majlis makan malam muhibbah itu malam tadi.

Khalid berkata beliau secara peribadi telah menghubungi Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden tersebut.

“Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta Jais menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.

“Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima,” kata beliau.

Sehubungan itu, Khalid menegaskan, kerajaan Selangor selalu menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan dan kepercayaan mereka.

Beliau juga mengulangi bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat yang pelbagai agama serta amat menghargai usaha-usaha meningkatkan kefahaman antara agama sekali gus menyatupadukan rakyat.

Ho berkata, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam tadi.

Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.

“Ini adalah majlis makan malam bagi orang ramai datang atas semangat 1 Malaysia. Kebanyakannya beragama Kristian... ada juga (hadirin), kira-kira 15 orang Melayu,” katanya lagi.

Pihak berkuasa berkenaan menyoal siasat hadirin tetapi tiada sesiapa pun yang ditahan. -TMI

 

Nampak jelas sebenarnya Hassan Ali  disebalik serbuan JAIS itu.

Apa sebenarnya agenda Hassan Ali? wa  teringat  pasal  UG yang dah hancus. Masih termimpikan beliau nak jadi MB? Kenapa kerap sangat bertindak membelakangkan kepimpinan tertinggi parti?

Orang sebegini jangan dibenarkan bertanding lagi kerana ternyata beliau adalah kuda tunganggan malah trojan kepada pihak musuh yang sentiasa dengki dan iri hati.

 

mismah gate...konsipirasi jahat boyfriend altantuya dan sepupu sotongnya....!!!

Posted: 06 Aug 2011 07:41 PM PDT

 

Dalam menghadapi penafian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) mengenai penyelewengan dalam pendaftaran pengundi dan pengeluaran kerakyatan kepada pendatang tanpa izin,S

Seseorang itu tertanya-tanya apakah yang akan terjadi jika tidak ada orang yang telah mengambil masa untuk menyemak senarai pendaftaran serta status kewarganegaraan orang-orang tertentu?

Apakah perkara-perkara luar daripada kebiasaan ini telah mendapat perhatian? Dan jika wujud amalan di luar kebiasaan ini - berapa lama ia telah dilakukan?

Apakah ini tidak berbau Projek IC yang terkenal di tahun 1990-an dulu?

Sekali lagi, ia dimulakan Umno

Projek IC adalah nama yang digunakan untuk menggambarkan dakwaan pemberian kerakyatan kepada pendatang (sama ada pendatang tanpa izin atau undang-undang) secara tersusun dengan memberikan mereka dokumen pengenalan yang dikenali sebagai IC (kad pengenalan), dan seterusnya, MyKad.

Projek ini merupakan suatu hal yang rumit melibatkan parti-parti politik tertentu serta pelbagai agensi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen, yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

Keraguan dan dakwaan-dakwaan di atas kewujudan Projek IC bermula sekitar pertengahan tahun 1990-an.

Projek tersebut, dalam bentuknya yang meluas dan intensif, disyaki telah bermula pada awal tahun 1990-an selepas kemasukan United Malays National Organisation (Umno) ke dalam politik Sabah.

Sepanjang tahun 1990-an, beberapa pegawai-pegawai kerajaan telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam Projek IC.

Jawatankuasa Pemilihan Parlimen mengenai Integriti telah ditubuhkan untuk mendengar keterangan beberapa tahanan pada Februari 2007. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Sabah Bernard Dompok.

Pada 16 Mei, 2007, Dompok meletakkan jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa itu atas perbezaan pendapat mengenai fungsi dan skop jawatankuasa, khususnya, atas keengganan Jabatan Pendaftaran Negara untuk hadir di hadapan jawatankuasa itu.

Kemudian, penemuan jawatankuasa itu tidak pernah diumumkan kepada orang ramai.

Apakah Projek IC telah dilahirkan semula dalam bentuk yang baru dan menggunakan teknologi terkini untuk membantu?

Ada yang menunggu sepanjang hidupnya, ada juga yang hanya perlu 4 jam.

Dalam kes seorang individu yang dipanggil Mismah, yang dinaik taraf statusnya daripada Penduduk Tetap kepada Kewarganegaraan penuh dalam masa empat jam, Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusof berkata ia berpunca akibat masalah kecuaian teknikal.

Elaborating on the issue, he said he had contacted the NRD and was told that its online database had not been updated alongside the Agency Link-Up System (ALIS).

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, dia berkata pihak JPN telah menghubunginya dan diberitahu bahawa pangkalan data dalam talian tidak dikemas kini bersama-sama Agency Link-Up System (ALIS).

"(Hanya) apabila saya menelefon (mereka) barulah mereka sedar mereka tidak mengemaskini nama dalam talian," tambah Abdul Aziz.

Pangkalan data dalam talian JPN - yang digunakan oleh orang awam untuk mengesahkan status dan butiran mereka - adalah berbeza dari ALIS, yang merupakan titik rujukan untuk SPR dalam mendaftarkan pengundi, katanya.

Jika JPN hanya tahu bahawa pangkalan data dalam talian mereka tidak dikemaskini apabila Pengerusi SPR memanggil mereka, apakah yang dilakukan oleh kakitangan ICT mereka dalam sepanjang tempoh masa sebelum panggilan telefon itu dibuat?

Dan penjelasan SPR tidak menjelaskan bagaimana Mismah boleh mempunyai perubahan status pada hari yang sama dalam jangka masa empat jam. Perubahan kepada status Mismah telah dibuat sebelum panggilan oleh pengerusi SPR kepada JPN.

Oleh itu, pasukan ICT mengemaskini rekod sebelum panggilan.

Adakah ini bermakna bahawa pangkalan data utama sudah mempunyai perubahan yang dibuat, dan dengan itu, pangkalan data ini mempunyai maklumat yang berbeza berbanding dengan pangkalan data dalam talian?

Berapa ramai lagi?

Dan berapa ramai lagi Mismah yang kita ada?

Rekod-rekod yang dipegang oleh JPN kini diperdebatkan?

Bagaimana kita pasti bahawa maklumat yang terkandung di dalam pangkalan data JPN boleh dipercayai dan benar?

Dan dengan menggunakan sistem biometrik yang akan berlaku oleh SPR, seseorang itu masih tertanya-tanya, bagaimana kita dapat pastikan bahawa maklumat biometrik tersebut datang dari pangkalan data yang betul dan cara yang betul data akan?

The legalisation of immigrants also uses biometrics as a means of registration, and this database of immigrants may be far more complete than the NRD or EC databases.

Yet, even this to is looked upon suspiciously. How sure are we that the records from the Immigration Department’s databases will not make its way into the NRD databases?

Sandiwara

Perlu diingat, SPR masih perlu mengumpul maklumat cetakan jari pengundi semasa dan yang telah sedia ada.

Kaedah yang paling mudah dengan meneroka ke dalam pangkalan data JPN tetapi tidak semua mereka yang berdaftar dalam pangkalan data JPN berdaftar sebagai pengundi.

Warga masih perlu mendaftar untuk mengundi dan proses tapisan masih banyak syarat yang mesti dipatuhi.

Oleh itu, akan ada banyak kegiatan untuk mengemas kini dan menyimpan semasa pangkalan data di bawah kawalan SPR, bagaimana kita pasti bahawa dalam tempoh aktiviti ini, maklumat tidak dimanipulasikan untuk dimasukkan ke dalam pengkalan data?

Dakwaan SPR bahawa segala-galanya telus dan bersih adalah sandiwara.

SPR kini perlu meyakinkan orang ramai bahawa hak mereka, sebagai rakyat Malaysia, tidak tercemar dan tidak diserahkan oleh keperluan kerajaan pemerintah yang terdesak untuk terus berkuasa dan sanggup berbuat apa-apa untuk menyelesaikan tugas tersebut - malah sehingga ke tahap menjual kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin

 

jalan pulang

penyapu sial

tak update...muakakaka...siapa mau percaya cakap penipu dan pembelit orang orang UMNOPORNO ini...tak payah la nak berdalih macam tu rakyat dah tak percaya...pakai aje dakwat kekal untuk PRU 13 nanti...dah terbukti sangat biometrik banyak cekadaknya...untung nya untuk kaki kaki penipu komplot SPR,JPN dan KDN...supaya Najib kekal berkuasa dan tidak di dakwa membunuh altantuya dan memakan komisen haram scorpene

kerana tak dapat kontrek sanggup hilang maruah...anak syaitan UMNOPORNO sanggup menghina mahkamah....desak kes liwat anwar di percepatkan...!!!!

Posted: 06 Aug 2011 07:21 PM PDT

 

Mendesak mahkamah menyegerakan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dikira menghina mahkamah kerana mencampuri pentadbirannya

Ini  merujuk kepada cubaan kumpulan pendesak Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps) yang mahukan perbicaraan itu dipercepat.

Perbicaraan Anwar harus dibenarkan berlangsung tanpa sebarang campurtangan daripada mana-mana pihak..

Setiap pihak tidak kira siapa tidak patut mengeluarkan kenyataan terbuka yang boleh mengganggu perjalanan perbicaraan itu.

The Star hari ini melaporkan, Gaps mendesak mahkamah mempercepatkan perbicaraan, ekoran aduan bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mahukan campurtangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada Rabu.

penyapu sial

Gerakan Anti-Penyelewengan - anak syaitan umno lah.
Puak ini penganut mazhab umno. mereka baru dapat perintah tuhan umno supaya mendesak mahkamah ikut arahan tuhan mereka.
- Gerakan Anti-Penyelewengan...puak yang tidak memhami process mahkamah, puak yang menhina perlembagaan , puak yang mencipta undang undang sendiri. Ini kah NGO? pigiiidahhhhhhh....

-Mari lah rakyat... kalau anda ingin hapuskan puak ini di Malaysia, senang sahaja , anak anak malaysia bersatu tanpa kira bangsa dan agama, sekali meruntuhkan umno pada PRU13. puak mazhab umno akan pupus di malaysia. Marilah kita sokong pendapat ini

GAPS ialah pencacai UMNO yg hilang tender dan kontark...dulu puak ni ibilis ,syaitan yg beraja dimata bersultan dihati...la ni jadi hantu pelesit yang lapar darah sebab tak dapat kontrek dan hilang maruah...

Tak serik2kah UMNOBN...dahlah kes Altantuya, enjin jet hilang, Kapal Selam tak bleh selam, ekonomi negara semakin meruncing (cakap je lebih), harga minyak melambung bulan demi bulan, penyelewengan projek dan kontrak dan mcm bermacam lagi...tak puas2 kaye lagi ke...baik jaga wang juta2 tu je...

bela menteri penipu rupanya...negara huruhara...UMNOPORNO punca angkara...!!!

Posted: 06 Aug 2011 06:50 PM PDT

 

Bila kaki penipu jadi menteri, khazanah negara kepunyaan rakyat tergadai dengan mudah.

Kerana menteri BN kaki penipu dan mahu mengambil kesempatan jadi kaya dengan segera, harga RM17 akan jadi RM25. Patutlah masing-masing dapat bina istana besar, pakai kereta besar, melancong dan membeli-belah di luar negara sesuka hati, pakai cincin pun mahal.

Patutlah takut sangat nak guna dakwat kekal dan ketelusan dalam pilihanraya, rupa-rupanya mereka ini takut kehilangan kuasa dan dalam masa yang sama, terlepaslah peluang mereka nak jadi jutawan segera.

Skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menjawab segala-galanya. Masalah kewangan yang dihadapi bukannya disebabkan orang lain. Semuanya kerana kerja rutin pemimpin BN yang bergelar menteri yang suka ambil kesempatan daripada hasil projek kerajaan.

Dipetik dari The Malaysian Insider, seorang pentaksir kerajaan menganggarkan tanah bagi projek PKFZ yang mengakibatkan timbulnya masalah kewangan, telah dibeli pada harga lebih tinggi, hampir 50 peratus berbanding nilai harga pasaran sebenar. Baca laporan The Malaysian Insider.

Menurut pentaksir berkenaan, nilai sebenar tanah itu adalah RM17 kaki persegi sedangkan ia diperoleh pada harga RM25 kaki persegi.

Hasil taksiran itu diberitahu dalam perbicaraan kes penipuan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion berhubung skandal PKFZ, membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik bermula di Mahkamah Tinggi kelmarin.

Bertambah rosaklah negara jika kerajaan BN terus diberi peluang memerintah dengan mempunyai menteri kaki tipu untuk menguruskan negara. Malang sungguh rakyat Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan BN.

Kejayaan yang diwar-warkan pemimpin Umno-BN selama ini hanyalah seciput sahaja, namun berbilion-bilion ringgit hasil projek negara dah masuk poket pemimpin dan kroni. Rakyat hanya digula-gula dengan RM200 hingga RM400 sahaja seperti yang diumumkan Najib terhadap peneroka Felda semalam sebagai duit raya Felda kepada peneroka. Itu pun, bukannya tiap-tiap bulan dapat. Ntah-ntah sekali seumur hidup atau sepenggal pilihanraya umum.

 

 

warkah daily

Tiada ulasan: