Ahad, 7 Ogos 2011

Briged Al-Akhdor LR2

Briged Al-Akhdor LR2


ULAMA ARAB PUN CIUM TANGAN TGNA..SUBHANALLAH

Posted: 07 Aug 2011 01:00 AM PDT

Gambar Ulama Arab Cium Tangan TG Nik Aziz. Tingginya Martabat Pewaris Nabi

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/281543_239275019438706_206268379406037_775210_4635967_n.jpg

orang berilmu agama sungguh bernilai dan tinggi darjat.

perjuangan menegakan agama allah

sesungguhnya tinggi nilai di sisi Allah

BONUS K.AWAM NAIK WOO...PETANDA PRU SEMAKIN HAMPIR

Posted: 06 Aug 2011 11:00 PM PDT

Kenyataan Najib: Gua Tolong Lu ,Lu Tolong Gua

nak aper pun cakap janji putrajaya kena dipertahankan

Ini Duit Rakyat Umno yang punya

Bonus kakitangan awam petunjuk pilihan raya

Pentadbiran Najib berdepan satu cabaran dan peluang baharu apabila Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut bonus dua bulan menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, isu yang berpotensi besar untuk dikait dengan politik.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, isu bonus kakitangan awam yang melibatkan lebih 1 juta orang memberi impak yang besar kepada sentimen sokongan terhadap pemerintah.

Rakyat Malaysia mengalami kos hidup yang semakin meningkat ekoran peningkatan harga pelbagai barangan keperluan sejak kebelakangan ini, sehingga kos hidup dijadkan salah satu bidang keberhasilan utama nasional oleh pentadbiran Najib.

Kakitangan awam yang sejak kebelakangan ini tidak menikmati bonus sekali lagi melahirkan harapan untuk menerima ganjaran tersebut, ekoran tuntutan terbaharu Cuepacs, yang segera mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.

Isu pemberian bonus juga semakin diperkatakan selepas Felda mengumumkan pemberian hadiah wang tunai kepada setiap peneroka sempena hari raya sebanyak RM400, tindakan yang dilihat untuk mengambil hati peneroka.

Felda berdepan kempen negatif daripada pakatan pembangkang, diketuai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan yang lebih dikenali sebagai Anak pimpinan aktivis PAS, Mazlan Aliman.

Felda meningkatkan kempen penerangan yang turut melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak kebelakangan ini apabila kempen Anak kelihatan semakin menerima respons positif peneroka.

Sebelum ini, perhatian kepada guru turut mencetuskan persaingan antara pemerintah dengan gabungan pembangkang, dengan Pakatan Rakyat menjanjikan ganjaran sekiranya mengambil alih pemerintahan pusat dan kerajaan memberi ganjaran untuk mengatasi janji pembangkang.

Keputusan sama ada bonus diberikan, dan jumlah ganjaran yang bakal diputuskan Putrajaya nanti dijangka mengundang reaksi segera dan meluas yang berpotensi memberi kesan kepada populariti kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib, sesuatu yang akan dilihat dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

Pentadbiran Najib dijangka mengambil kira dengan serius pemberian bonus ekoran implikasi politik yang besar tindakan ini, yang bakal menjadi pemberian terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Pelbagai pihak termasuk penyokong pemerintah kini turut mendesak pemberian bonus, ketika rakyat berdepan tekanan peningkatan kos hidup dan terutama pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Cuepacs juga menegaskan pemberian bonus dan bukan pemberian-pemberian lain seperti sebelum ini, yang jumlahnya jauh kurang berbanding bonus seperti yang dituntut.

Isu gaji, kos sara hidup melibatkan harga perkhidmatan, tenaga dan bahan keperluan seperti makanan dan petrol menjadi kempen utama pakatan pembangkang sejak Pilihan Raya Umum ke-12, dan dijangka akan terus menguji pemerintah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Saiz perkhidmatan awam negara yang besar dan menelan perbelanjaan banyak menjadi satu isu yang kompleks ekoran pelbagai implikasi yang mampu dicetuskan.

Perkhidmatan awam menerima kritikan sebagai tidak memenuhi potensi dari segi kecekapan dan turut mencetuskan sentimen kaum ekoran sebahagian besar kakitangan awam ialah orang Melayu.

Kerajaan Malaysia sendiri mempunyai jumlah menteri kabinet yang ramai berbanding aktiviti dan jumlah rakyat negara ini. Sebagai contoh, dalam bidang pendidikan, selain Kementerian Pelajaran, diwujudkan juga Kementerian Pengajian Tinggi, di samping pelbagai portfolio yang kelihatan tidak jelas dan tidak diletakkan di bawah kementerian yang sewajarnya.

KES KEMATIAN DR.ROHANI JIRAN ANTARA DITAHAN

Posted: 06 Aug 2011 09:00 PM PDT

Penjenayah kejam yang mencerobohi rumah Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim, 38, sebelum mencekik mangsa hingga mati dipercayai tinggal di tingkat sama dengan rumah mangsa di Pangsapuri Permai Lake View Tambun.

Menurut penghuni pangsapuri berkenaan yang juga jiran mangsa, terdapat empat lelaki tinggal di rumah bertentangan dengan kediaman mangsa di tingkat satu.

Dia yang enggan identitinya disiarkan berkata, mangsa tinggal di unit F-1-09, manakala empat lelaki terbabit iaitu tiga berbangsa Melayu dan seorang seperti berdarah kacukan India-Cina mendiami unit F-1-02.

Keempat-empat lelaki terbabit sering dilihat melepak di tangga berhampiran kediaman mereka dan beberapa rakan juga pernah menduduki unit yang didiami mangsa.

"Mereka kemudian berpindah sebelum arwah menyewanya. Saya percaya mereka terbabit dalam pembunuhan mangsa kerana saya dan beberapa jiran lain melihat dua daripada empat lelaki itu ditahan polis tidak lama selepas mayat Rohani," katanya.

Dia bertambah yakin keempat-empat suspek adalah penghuni unit F-1-02 kerana pengawal keselamatan turut melihat dua daripada mereka melarikan diri pada hari kejadian.

Allahyarham Rohani yang baru dinaikkan pangkat memegang jawatan kini berkuat kuasa 1 Julai lalu ditemui mati kira-kira jam 3.30 pagi kelmarin, dipercayai dicekik sehingga mati sebelum pembunuh membalut mayatnya sebelum mengusungnya keluar dari rumah mangsa.

Suspek disyaki mahu membuang mayat mangsa di lokasi lain bagi mengelakkan jenayah itu dikesan.

Bagaimanapun, cubaan itu terbantut selepas tindakan mereka mengusung cadar berisi mayat mangsa disedari pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan yang melakukan rondaan rutin.

Menurut sumber, pengawal yang memeriksa tilam di lantai tangga Pangsapuri Permai Lake View Tambun, dekat sini, menemui mangsa sudah tidak bernyawa dalam keadaan tangan dan kaki terikat sebelum menghubungi polis.

Arwah pernah menyuarakan kebimbangan keselamatannya tinggal di pangsapuri berkenaan kepada ahli keluarga kerana pernah kerugian hampir RM15,000 apabila barang kemasnya dilarikan penjenayah yang memecah masuk kediaman itu pada minggu kedua mendiaminya.

Mangsa yang juga anak ketujuh daripada 10 beradik, sebelum ini bertugas sebagai pendaftar di Kolej Pertanian Sintok, Kedah sebelum berpindah ke Ipoh.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, posmen dan tentera antara empat suspek yang ditahan di tiga lokasi berasingan sekitar negeri ini. Katanya, dengan penahanan itu, pihaknya yakin dapat menyelesaikan kes itu dalam tempoh kurang 24 jam.

"Siasatan mendapati motif dipercayai samun berikutan penemuan beberapa barang kes seperti telefon bimbit dan barang kemas bersama suspek.

"Tangkapan pertama terhadap dua lelaki masing-masing berumur 26 tahun di sekitar kawasan kejadian pada jam 4 pagi. Dua lagi suspek masing-masing berusia 20 dan 22 tahun ditahan di Tanjung Malim pada jam 4.30 petang dan di Slim River jam 10.25 malam tadi (kelmarin)," katanya.

Menurutnya, seorang daripada suspek berada dalam senarai individu dikehendaki polis bagi kes rogol di Slim River manakala seorang lagi askar yang lari daripada tugas.

"Dua daripada suspek direman selama empat hari manakala dua lagi suspek direman tujuh hari bermula semalam dengan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.-hm

PAS Perak hubungi pengundi luar dengan FB

Posted: 06 Aug 2011 08:00 PM PDT

Menjelang pilihan raya umum akan datang, PAS Perak memperkenalkan laman Facebook khas bagi berkomunikasi dengan pengundi negeri itu yang berada di perantauan.

Ia dilancarkan pesuruhjayanya Abu Bakar Hussien di Markaz Tarbiyyah PAS negeri di Changkat Jering semalam, kata kenyataan PAS Perak.

facebook pengundi luar pas perak 050811 pesuruhjaya abu bakar hussienAbu bakar (kanan, berbaju biru) dalam ucapan ringkasnya berharap usaha itu membantu PAS dan Pakatan Rakyat merampas kembali tampuk kepimpinan negeri daripada BN antaranya melalui penggunaan laman sosial itu secara maksimum.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Perak Haji Asmuni Awi pula berkata, pihaknya mensasarkan 50,000 akan mengikuti Facebook itu sebelum pilihan raya akan datang.

"Bagi semua pengundi yang menyokong PAS/Pakatan terutamanya yang berada di Lembah Klang agar dapat bersama dengan Facebook ini yang menjadikan ianya komunikasi dan saluran berita PAS/Pakatan di negeri Perak," katanya.

Asmuni juga berkata, laman itu akan menjadi pentas mendapatkan maklumat yang akan dijawab sendiri oleh pimpinan PAS negeri.

Beliau juga berharap semua pengundi luar yang berada di seluruh negara agar kembali ketika pilihan raya umum ke-13 nanti.

FELDA :DULU TOLONG SEKARANG ALONG....

Posted: 06 Aug 2011 05:00 PM PDT




Setelah saya melihat penyata hutang yang diberikan oleh Felda kepada Razali (bukan nama sebenar) bahawa beliau terhutang dengan Felda sebanyak RM95,000.00, saya menentukan sikap yang serius bahawa Felda telah memperjudikan peneroka-peneroka Felda dengan hutang yang besar.

Saya tidak yakin dan diatas apa alasan sekali pun saya tidak yakin bahawa peneroka tersebut terhutang begitu banyak.

Ketidakyakinan saya ini berlandaskan kepada pendapatan yang
diperolehi seorang peneroka lain yang tidak menyerahkan ladangnya kepada Felda tetapi menguruskannya sendiri.

Setelah 3 tahun selepas ditanam, peneroka yang menanam sendiri itu boleh mendapat tidak kurang dari RM2000.00 permulaan, dan apabila pokok sawitnya menjadi lebih matang, pendapatannya meningkat dari masa ke masa, apatah lagi apabila harga sawit meningkat tinggi.

Peneroka bersendirian itu boleh mencecah pendapatannya hingga melebihi RM8000.00 sebulan. Dan beliau tidak menanggung sebarang hutang.

Saya membuat kira-kira pendapatan peneroka bersendirian itu setelah ladang sawitnya mengeluarkan hasil. Inilah kira-kira yang saya perolehi:

1. Ditahun pertama setelah sawitnya mengeluarkan hasil, saya hanya letakkan pendapatanya sebanyak RM1500.00 sebulan, maka RM1500.00 x 12 = RM18,000.00 setahun.

2. Pendapatan seterusnya saya letakkan minimum RM2000.00 ditahun kedua, RM3000.00 ditahun ketiga, RM4000.00 ditahun ke-4 dan RM5000.00 ditahun kelima. Kiraan ini adalah diatas pendapatan paling minima kerana peneroka itu mempunyai pendapatan yang jauh lebih tinggi dari itu. Mari kita buat kira-kira:

(a) RM2000.00 x 12 = RM24,000.00
(b) RM3000.00 x 12 = RM36,000.00
(c) RM4000.00 x 12 = RM48,000.00
(d) RM5000.00 x 12 = RM60,000.00

Apabila dihetungkan pendapatannya untuk 5 tahun setelah sawitnya mengeluarkan hasil adalah sebanyak RM246,000.00.

Manakala Razali dikenakan hutang oleh Felda sebanyak RM95,000.00 (termasuk pinjaman elaun sara hidup yang dikira hutang dari sejak melakukan tanam semula hingga 5 tahun setelah ladang sawitnya mengeluarkan hasil).

Sepatutnya Razali boleh berpendapatan sebanyak RM246,000.00 tetapi sebaliknya dia berhutang sebanyak RM95,000.00. Ini bererti bahawa Felda terhutang dengan Razali sebanyak RM151,000.00.

Tetapi hutang Razali telah dimanipulasi oleh Felda dan kerana itu Razali pula yang terhutang dengan Felda sebanyak RM95,000.00.

Saya dengan ikhlas meminta peneroka-peneroka supaya menuntut kunci kira-kira dari tarikh ladang mereka ditebang untuk tanam semula. Setiap kos diambil kira sehinggalah ladang mereka mengeluarkan hasil.

Kemudian, selepas tahun ke tiga iaitu selepas ladang mereka mengeluarkan hasil, dilengkapkan dengan kunci kira-kira yang telus. Berapakan pendapatan bulanan mereka dan berapa pula kos yang ditanggung oleh Felda.

Dengan kunci kira-kira yang bersih dan telus ini akan dapat menentukan Jumlah Pendapatan Peneroka dan Jumlah Kos Yang Ditanggung Oleh Felda.

Saya letakkan pendapatan diatas itu sebagai pendapatan minima para peneroka dan pendapatan itu sebenarnya adalah jauh lebih tinggi lagi.

Justeru itu, peneroka-peneroka perlu menuntut supaya dikeluarkan oleh Felda KUNCI KIRA-KIRA mereka dan menuntut kembali dari Felda jumlah pendapatan yang dilelapkan oleh Felda.

FELDA BERHUTANG DENGAN SETIAP PENEROKA BERATUS RIBU RINGGIT DAN BUKAN PENEROKA YANG BERHUTANG DENGAN FELDA.

Oleh Suhaimi Said

Harga minyak antarabangsa menurun, tapi di Malaysia?

Posted: 06 Aug 2011 03:34 PM PDT

Harga minyak mentah antarabangsa menurun ke paras USD86 setong pada Jumaat, mencatat magnitud penurunan terbesar dalam seminggu sejak Mei 2011, berikutan kekhuatiran pelabur terhadap ekonomi dunia yang diperlahankan.

Meskipun harga minyak mentah antarabangsa memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011, namun harga minyak RON 97 Malaysia yang diapungkan mengikut pasaran antarabangsa hanya diturunkan 10 sen pada Jun, dan tiada lagi pengumuman dalam tempoh dua bulan selepas itu.

Harga minyak RON97 telah meningkat sebanyak 85 sen dari Julai 2010 hingga Mei 2011. Penurunan pada 15 Jun 2011 membawa harga RON 97 ke paras RM2.80. Harga RON97 pernah mencatat paras RM2.90/liter pada Mei 2011. Dengan kata lain, RON 97 mencatatkan pertambahan sebanyak 75 sen dengan harga kini, jika dibandingkan dengan harga pada Julai 2010.

Harga minyak mentah mula memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011 sehingga kini, setelah mencatat paras USD120 setong pada April tahun ini.

Menurut laporan Reuters hari ini, harga minyak mentah Brent Crude telah menurun kira-kira 9% dalam minggu ini, sementara harga minyak U.S Crude pula menurun 10% dalam minggu ini. Ini kerana kebimbangan yang menyelubungi pasaran, bahawa US akan terperangkap dalam kemelesetan ekonomi, yang bakal menggugat keperluan petroleum. Selain itu, krisis hutang di Eropah juga menggugat harga minyak mentah.

Harga minyak U.S Crude menurun 6% pada Khamis, mencipta magnitud penurunan harian yang terbesar sejak 5 Mei 2011. Pada Jumaat ini, harganya menurun USD1.40 sehingga USD 85.23 setong, mencatat paras terrendah sejak 17 Februari 2011. Harga minyak Brent Crude pula menurun secara mendadak dengan USD6 pada Khamis, dan kini mengekalkan harga pada USD 107.25 setong pada Jumaat.

Barclays Capital yang paling optimis dengan perkembangan harga minyak mentah pada tahun ini, mengakui bahawa keperluan dunia dijangka akan diperlahankan. Bank pelaburan itu menganggar, keperluan petroleum dunia bakal bertambah 1.1 juta tong, mencatat 88.68 juta tong pada tahun ini.

Ia memperlihatkan perubahan sikap bank pelaburan ini. Sebelum ini, bank pelaburan ini menjangka pertambahan keperluan 1.56 juta tong minyak, malah pernah menjangkakan pertambahan 1.7 juta tong, dua bulan yang lalu.

*sumber

Kepala lembu melekat di stereng

Posted: 06 Aug 2011 09:39 AM PDT

ALOR GAJAH: Kepala seekor lembu betina melekat pada stereng kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki yang merempuh haiwan itu dalam kejadian di Kampung Lendu Dalam, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, haiwan itu yang berada di bahu jalan dirempuh pemandunya itu apabila kenderaannya hilang kawalan.


Kepala lembu itu dikatakan terputus daripada badan, melekat pada stereng sebelum Perodua Kancil dipandu lelaki dikenali Ah Boi berusia 20-an itu melanggar tebing dan terbalik.

Seorang penduduk, Mahazarul Mazlan, 40, berkata, dia yang ketika itu berbuka puasa bersama keluarganya dikejutkan dengan dentuman kuat lalu keluar untuk memeriksa.


"Mulanya saya terpandang seekor lembu terbaring tanpa kepala dan pada masa sama melihat sebuah Perodua Kancil terbalik tidak jauh dari situ.


"Saya terus menghampiri kenderaan itu dan ternampak seorang lelaki berusaha untuk keluar," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia kemudian membantu lelaki itu keluar melalui cermin depan keretanya yang pecah.


Katanya, selepas berjaya mengeluarkan pemandu kereta itu, dia terkejut melihat kepala lembu yang dirempuh itu melekat pada stereng kereta. "Apa yang menghairankan saya dan penduduk kampung, bagaimana kepala lembu itu boleh melekat pada stereng kereta itu. "Pemandu kereta itu hanya cedera ringan di anggota badan," katanya.

Abdullah DeLancey Hampir-Hampir Menjadi Paderi

Posted: 06 Aug 2011 07:00 AM PDT


"Abdullah DeLancey

Kerana mempunyai sifat terlalu ingin mendalami ilmu agamanya sendiri, hajat seorang pembantu paderi Kristian untuk menjadi seorang paderi terbantut dan tidak kesampaian.

Sebaliknya, sifat tersebut memaksa beliau mencari agama lain sebagai pengganti agama asalnya (kristian). Selepas itu beliau menemui cahaya Islam yang dipilih sebagai agama untuk dianuti oleh beliau dengan penuh keikhlasan tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

Apabila memeluk Islam hampir lima tahun lalu, iaitu pada 24 Mac 2006, warga Kanada ini menukar namanya kepada Abdullah DeLancey.

Di zaman kanak-kanak sehinggalah dewasa, keluarga beliau membesarkan Abdullah di dalam ajaran agama Gereja Pantekosta.


Sepanjang menganut agama Kristian, beliau terlibat secara aktif di dalam aktiviti-aktiviti gereja termasuk menyampaikan khutbah untuk Adult Sunday School dan pelbagai lagi tugas sebagai pembantu paderi.


"Saya ingin menyerahkan sepenuhnya kehidupan dan hidup saya ini kepada tuhan. Jadi saya bercita-cita untuk menjadi seorang paderi gereja," katanya.


Jika matlamat beliau tercapai, Abdullah dapat menjayakan misi-misi Kristian dengan lebih agresif dan meluas seperti yang dihajatinya.


Bagi mencapai matlamat itu, terlebih dahulu Abdullah perlu melanjutkan pengajian di dalam Degree in Divinity. Tetapi sebelum melanjutkan pengajian dan menyerah diri sepenuhnya kepada gereja, Abdullah mahu mengkaji kembali ajaran Kristian secara lebih terperinci dan menguji secara lebih serius mengenai keimanannya selama ini.


Dengan berbekalkan matlamat tersebut, beliau mengajukan pelbagai persoalan mengenai Kristian dan ajaran-ajarannya secara terperinci yang selama ini tidak pernah diambil peduli olehnya walaupun beliau adalah seorang pembantu paderi.


Persoalan Yang Tergantung


"Namun saya sungguh kecewa apabila tiada jawapan dapat diberikan dengan alasan sudah memberikan jawapan yang kukuh sedangkan jawapan tersebut tidak logik dan bergantung. Ada yang menjawab bahawa soalan saya sebenarnya sudah melampaui tahap pemikiran manusia untuk memikirkannya. Jadi sebagai penganut yang taat kita patut diam dan menerima sahaja tanpa banyak soal. Ini menyebabkan saya terfikir, tuhan telah mengurniakan otak yang sangat sempurna kepada manusia tetapi tidak boleh berfikir mengenai konsep ketuhanan," soalnya.


"Tetapi kenapa apabila sampai pada persoalan-persoalan yang ditimbulkan mengenai agama Kristian, secara tiba-tiba fungsi otak tidak diperlukan lagi? Adakah ini bermakna selama ini agama yang saya anuti ini adalah berasaskan satu keimanan yang buta," soal Abdullah.


"I questioned the trinity, why God would need a son, and why the human sacrifice of Jesus, as stated in the bible, was needed to provide me with forgiveness. I questioned the Christian belief of how all the righteous people in the Old Testament were "saved" and in heaven if Jesus wasn't even born yet. I pondered serious questions about Christianity that I had neglected to ask my whole life. The answers I received from Christians on these theological issues "which are the basis of the faith in Christianity" defied all reason and were absolutely beyond any logical thinking. Why would God give us a wonderful brain and then expect us to temporarily stop using it? Because that is what Christianity is asking people to do when they say you just must have faith. That is blind faith."


Jesus disalib untuk menebus dosa manusia..logikkah?


Tidak cukup bertanya dengan rakan-rakan seagama, Abdullah mencari jawapan di dalam kitab Injil kerana setiap ajaran mesti berasaskan daripada kitab itu.


"Tetapi tidak satu pun jawapan yang ditemui. Malah bertambah mengelirukan walaupun cuba difahami berkali-kali," katanya.


Akhirnya tanpa sebarang keraguan, Abdullah membuang agama yang selama ini beliau pertahankan.


"Kini saya tidak mempunyai sebarang agama untuk saya percayai. Tetapi saya yakin dan percaya bahawa tuhan itu wujud.


"Jadi saya masih memerlukan agama bagi menghubungkan saya dengan tuhan. Hidup ini sukar hendak dilalui tanpa ada sebarang pegangan agama," katanya.


Mengenali Islam


DeLancey mengakui bahawa masa itu menjadi saat-saat yang sukar bagi dirinya dan keluarganya yang selama ini hanya tunduk kepada ajaran Kristian. Namun beliau terus mencari kebenaran dan mula mempelajari pelbagai agama. DeLancey tetap menemui kejanggalan di dalam agama-agama yang dipelajarinya, sampailah beliau mendengar mengenai agama Islam.


"Islam! Sepanjang yang saya ingat, saya tidak pernah mengenali seorang Muslim dan tidak pernah mendengar tentang kebaikan Islam. Apa yang didengarinya adalah cerita-cerita buruk tentang Islam. Ketika itu, saya sama sekali tidak menyukai Islam, "kata Abdullah DeLancey.


Tetapi selepas itu DeLancey mula membaca tentang Islam dan mula membaca isi kandungan al-Quran. Al-Quran itulah yang telah mengubah kehidupannya sehingga beliau tertarik untuk membaca apa sahaja tentang Islam. Tekad untuk mengetahui tentang Islam dengan lanjut, DeLancey pergi mencari sebuah masjid yang letaknya kira-kira 100 batu dari tempat tinggalnya.


"Saya membawa keluarga saya ke masjid ini. Dalam perjalanan, saya merasa gugup tetapi penuh dengan semangat dan saya bertanyakan diri sendiri, adakah saya akan dibenarkan masuk ke masjid kerana saya bukan seorang Arab atau Muslim, "soalnya.


Setelah sampai di perkarangan masjid, saya merasa bahawa tidak ada apa yang perlu dikhuatiri. Beliau dan keluarganya disambut baik oleh seorang Imam dan beberapa Muslim di masjid itu. "Mereka sangat baik. Tidak seperti yang digambarkan di dalam media, "akui DeLancey.


Di masjid itu, DeLancey diberi buku yang ditulis oleh Ahmad Deedat. DeLancey membaca semua bahan-bahan bacaan tentang Islam dan sangat menghargai pemberian itu kerana di perpustakaan berhampiran tempat tinggalnya hanya mempunyai empat buah buku mengenai Islam.


"Setelah mempelajari buku-buku itu, saya sangat teruja dengan ajaran Islam. Bagaimana saya boleh menjadi seorang Kristian dalam tempoh yang begitu lama tanpa mengetahui kebenaran? Saya akhirnya yakin terhadap Islam dan ingin memeluk Islam, "kisah DeLancey.


Beliau kemudian menghubungi komuniti Muslim di tempat tinggalnya. Pada 24 Mac 2006, saya pergi ke masjid dan mengucapkan 2 kalimah syahadah sebelum menunaikan solat Jumaat selepas itu, dengan disaksikan komuniti Muslim di tempat tinggalnya.

Pasaran saham dunia menjunam teruk

Posted: 06 Aug 2011 05:45 AM PDT

Pasaran saham dunia menjunam teruk



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Pasaran saham antarabangsa menjunam sejak kelmarin sekali gus kejatuhan terbesar sejak dunia dilanda krisis kewangan yang teruk tiga tahun lalu.

Perkembangan tersebut menyebabkan suasana panik menular di pusat-pusat kewangan global dan mencetuskan kebimbangan bahawa kemelesetan dunia baharu akan berlaku.

Setakat kelmarin, indeks FTSE Britain yang merupakan antara bursa saham utama dunia, mencatat kejatuhan sebanyak £50 bilion (RM245 bilion) dengan kerugian keseluruhan sejak seminggu lalu mencecah £125 bilion (RM612.4 bilion).

Nasib sama menimpa indeks Dow Jones di AS kelmarin apabila ia menyusut sebanyak 4.31 peratus iaitu yang terbesar sejak 2008 dan kejatuhan kesembilan dalam tempoh cuma 10 hari.

Kejatuhan bursa-bursa saham utama dunia itu didorong kegagalan para pemimpin Eropah dalam menangani krisis hutang beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) yang menyebabkan mata wang Euro lumpuh.

Terdapat juga kebimbangan bahawa ekonomi gergasi AS akan mengalami kemelesetan yang akan membawa kepada kemelesetan ekonomi di seluruh dunia.

"Kita melihat para pelabur kini hilang keyakinan dalam ekonomi semasa, hilang keyakinan dalam pasaran," kata seorang pakar ekonomi AS, Hugh Johnson.

Selain tanda-tanda ekonomi AS dan global semakin lemah, petanda negatif turut membabitkan Sepanyol dan Itali apabila nilai bon kedua-kedua negara merosot dengan teruk.

Perkembangan itu dibimbangi akan menyebabkan ekonomi Itali dan Sepanyol di ambang muflis seperti yang berlaku kepada tiga negara EU sebelum ini iaitu Greece, Ireland dan Portugal.

Sementara itu, pasaran saham Asia turut menjunam teruk semalam susulan kejatuhan yang dialami bursa-bursa saham AS dan Eropah.

Bursa saham Taipei mengalami kejatuhan terbesar semalam iaitu sebanyak 5.58 peratus atau 464.14 mata atau diikuti bursa Sydney sebanyak 4 peratus atau 171.1 mata manakala bursa Tokyo dan Shanghai masing-masing merosot 3.72 peratus dan 1.68 peratus. - Agensi

Isu Gereja: Jangan Prejudis

Posted: 06 Aug 2011 01:26 AM PDT





KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Cawangan Negeri Selangor menggesa semua pihak tidak membuat kesimpulan melulu dan memberikan tekanan kepada mana-mana pihak berhubung pemeriksaan yang telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Majlis Makan Muhibah di Gereja Methodist, Damansara Utama, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Yang Dipertuanya, Khairun Abas berkata, pihaknya memandang serius berita berkenaan.

Pemeriksaan tersebut dimaklumkan oleh pihak berkuasa hasil daripada laporan terdapatnya unsur-unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan dalam artikel 11(4).

Dalam laporan awal yang dikeluarkan pihak Jais terdapat beberapa individu muslim menyertai majlis tersebut dan ia melanggar Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

"Abim menggesa semua pihak sewajibnya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dengan telus dan mencari kebenaran di atas peristiwa yang telah berlaku," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Abim Selangor merasakan bahawa itulah yang sepatutnya dilakukan oleh setiap warga Malaysia dalam mana-mana pertikaian yang wujud.

Menurutnya, mengambil pendekatan popular apatah lagi kesimpulan yang sempit terutamanya dalam hal-hal yang sangat rapuh seperti itu amat berlawanan dengan semangat kerukunan hidup dalam kepelbagaian masyarakat.

Beliau berkata, setiap institusi penguatkuasa yang wujud perlu dihormati selama mana mereka melaksanakan tugas yang diperuntukkan berlandaskan undang-undang.

Tambahnya, Abim Selangor juga berkeyakinan bahawa pihak berkuasa bertindak mengikut saluran yang diperuntukkan oleh undang-undang.

Justeru, ujarnya sebarang tekanan dan campur tangan di luar skop perundangan dibimbangi akan menjejaskan proses siasatan dan usaha-usaha mencari fakta dan kebenaran dalam hal ini.

"Pihak Abim Selangor juga kesal laporan akhbar yang membangkitkan kembali isu-isu penggunaan kalimah Allah, pengeboman gereja, sekatan Injil Bahasa Melayu yang mana ianya seolah-olah membangkitkan kembali rasa ketidakselesaan beragama yang telah kita nikmati selama ini," ujarnya.

Katanya, Abim Selangor juga percaya sekiranya semua pihak bersikap tidak prejudis, terbuka dan yakin dengan proses perundangan sedia ada maka sebarang masalah mampu diatasi dan keharmonian hidup beragama yang dinikmati selama ini dipertahankan.

Oleh Harakahdaily

Gereja: Jangan buat kesimpulan melulu

Undian Terkini Piala Malaysia :Kumpulan A Paling Mencabar

Posted: 05 Aug 2011 11:08 PM PDT

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Berikut keputusan undian Piala Malaysia yang berlangsung sebentar tadi:

KUMPULAN A:

Kedah

Perak

Sabah

Johor

KUMPULAN B:

Terengganu

Negeri Sembilan

PKNS

Sime Darby

KUMPULAN C:

Kelantan

Johor FC

Felda United

Sarawak

KUMPULAN D:

Selangor

T-Team

Kuala Lumpur

PDRM

foto & video :Penyokong Liverpool boo penyokong MU di Stadium Bkt Jalil( lawak beb )

Posted: 05 Aug 2011 08:50 PM PDT

Seorang penonton yang memakai jersi no 10 pemain Manchester United tertera nama Rooney terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong kelab Liverpool sendirian semasa dalam sesi latihan pasukan tersebut di Stadium Bukit Jalil. Ahli-ahli kelab Liverpool menjerit-jerit mendesaknya supaya membuka baju yang dipakainya. Pada mulanya dia enggan.



Penyokong-penyokong kelab Liverpool mula bersorak dan menjerit meminta pemuda berjersi pasukan MU itu supaya membukanya.

Seorang ahli kelab penyokong pasukan Liverpool cuba memujuknya membuka jersi yang dipakainya.
Selepas mendengar jeritan 'buka, buka, buka' daripada ribuan penyokong Liverpool akhirnya dia terpaksa akur dengan desakan itu.
Seorang wanita cuba memakaikannya dengan jersi pasukan Liverpool tetapi pemuda itu enggan.
Pemuda tersebut kelesuan, moody, rela tidak berbaju. Kemudian dia beredar dari tempat duduknya ditemani rakan. Kesudahannya... lihat video dibawah...

JUS SOLI 2 :PEMUDA PAS SELANGOR TUBUHKAN RCI

Posted: 05 Aug 2011 06:21 PM PDT


SHAH ALAM 5 OGOS : Semakin banyak pembongkaran salah laku data daftar pengundi dikesan muktahir ini terutamanya yang melibatkan warganegara asing menjelang pilihan raya yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Dakwaan pemberian status kewarganegaraan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu kini mencuri tempat selepas gabungan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat menggerakkan jentera mengumpul segala bukti bagi mengukuhkan dakwaan tersebut.

Sehubungan itu, Pas Selangor hari ini mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salahgunakuasa oleh JPN yang dianggap menguggat kedaulatan negara.

"Saya yakin selepas insiden ini rakyat merasa sangat keliru dan bimbang dimana keselamatan pengeluaran kad pengenalan kita," kata Setiausaha Pas selangor Mohd Khairuddin Othman pada sidang media tadi.

Menurut Mohd Khairudin, pihaknya telah mengadakan sebanyak 1,860 bantahan terhadap Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku ke 2 tahun 2011 yang tamat pada 2 Julai lalu.

Antara perkara yang disuarakan termasuk SPR sengaja tidak menyertakan alamat lengkap pengundi selain dakwaan terdapat pihak tertentu yang membawa masuk pengundi-pengundi yang tidak berkelayakan ke negeri Selangor.

Ini termasuk dakwaan bahawa SPR gagal memasukkan seramai 240 nama pengundi Cina yang telah didafarkan sebagai individu layak memilih.

"Melebihi 240 nama yang kita daftarkan tapi tidak keluar dalam rang daftar pemilih untuk suku kedua," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairudin berkata pihaknya baru-baru ini berjaya mengesan kelibat mengedar kad pengenalan biru kepada warga Indonesia dan Kemboja di DUN Paya Jaras.

Dalam dua kejadian yang berasingan itu Khairuddin berkata, seorang individu tempatan dipercayai menjadi agen pengedaran kad pengenalan dan borang permohonan warganegara kepada yang lain.

Kata beliau, setelah kad pengenalan biru tersebut dimasukkan ke dalam pengimbas cip, nama yang tertera adalah betul namun perkara yang mengejutkan apabila pihaknya menyemak dilaman web JPN, kesemua nama tersebut berstatus Penduduk Tetap (Merah).

"Yang peliknya apabila kita ambil kad pengenalan ini dan dimasukkan dalam pembaca kad, ianya dapat dibaca. Tapi bila kita semak dalam laman web JPN, kad pengenalan merah," kata beliau.

Pas sebelum ini telah menyenaraikan 610 nama yang dikesan memiliki kad pengenalan berwarna merah di dalam senarai layak mengundi SPR.

Berdasarkan pecahan, DUN Semenyeh mendahului dengan 261 pengundi diikuti DUN Paya Jaras 225 pengundi, DUN Kajang 140 pengundi dan DUN Dusun Tua 49 pengundi.

Kejadian pada 2 Julai lalu turut disentuh Mohd Khairuddin apabila berjaya mengesan rekod kerakyatan Penduduk Tetap bagi 610 orang warganegara asing bertukar kepada warganegara dalam masa 24 jam setelah Pas mendedahkan perkara tersebut kepada media.

Walhal menurutnya, proses menukar status kad pengenalan memerlukan kehadiran secara fizikal individu tersebut untuk diimbas menerusi sistem biometrik.

"Tan Sri SPR menyebut bahawa JPN tidak kemaskini data. Kalau data tidak dikemaskini, kenapa nama-nama ini boleh ada dalam Rang Daftar Pemilih yang disebut telah disaring dan diproses?" ujar beliau.

Justeru, Pas menyatakan kebimbangan berdasarkan jumlah individu layak mengundi yang memegang kad pengenalan merah kian bertambah saban hari akibat tindakan meragukan oleh JPN dan SPR.

Oleh yang demikian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein digesa untuk tampil memberi penjelasan kerana ianya melibatkan isu keselamatan negara yang semakin membimbangkan.

Sejurus sidang media itu tadi, Pas membuat laporan polis terhadap JPN untuk menyiasat dalam disebalik konsporasi yang dipercayai menjaga kepentingan kerajaan.

Undian Terkini Piala Malaysia :Kumpulan A Paling Mencabar

Posted: 05 Aug 2011 05:50 PM PDT

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Berikut keputusan undian Piala Malaysia yang berlangsung sebentar tadi:

KUMPULAN A:

Kedah

Perak

Sabah

Johor

KUMPULAN B:

Terengganu

Negeri Sembilan

PKNS

Sime Darby

KUMPULAN C:

Kelantan

Johor FC

Felda United

Sarawak

KUMPULAN D:

Selangor

T-Team

Kuala Lumpur

PDRM

Musuh Islam mendemokrasikan Islam di Indonesia

Posted: 05 Aug 2011 01:35 AM PDT


Indonesia merupakan tumpuan projek demokrasi', kata Madeline Albright, Setiausaha Negara US, di The First World Forum on Democracy di Warsaw, pada 26 Jun 2000. Penaja utama Forum Demokrasi Warsaw adalah seorang Yahudi penyangak matawang, George Soros.


Dalam Forum itu, Soros menjemput wakil Indonesia selain, Azyumardi Azra dan Jusuf Wanandi termasuk juga Bambang Harymurti, Editor in Chief, Mingguan Tempo, Indonesia.
Soros juga menjemput wakil dari Malaysia iaitu Wan Azizah Wan Ismail, Adlin Zabri dan Elizabeth Wong. Foto di bawah lawatan susulan Soros bertemu dengan Gus Dur dan Yenny Wahid (kanan) untuk memastikan kejayaan projek demokrasi Islam Indonesia .



Dengan dana The Asia Foundation, Islam Liberal berjaya menyusup masuk ke dalam organisasi masyarakat Islam seperti Nahdatul Ulama (NU), Muhammadiyyah, Hidayatullah, Yayasan Pesantren Islam (YPI) Al Azhar, dan sebagainya. Selain menyusup masuk, mereka juga membentuk organisasi seperti JIL (Jaringan Islam Liberal) dan Paramadina. Dengan cara ini mereka merosak Islam dari dalam dengan faham pluralisme, tafsir tematik/hermeunetika (mentafsirkan al Qur'an dengan pola pikir sekular), kesamarataan gender (jantina), filsafat serta aliran sufi yang bertentangan dengan Islam.

Tokoh Yahudi Paul Wolfowitz di belakang projek mendemokrasikan Islam Indonesia.Penggerak demokrasi/pluralisme Indonesia : Dari kiri, Bambang Harymurti, (Editor in Chief Mingguan Tempo Newsmagazine & wakil majalah TIME); Wimar Witoelar(pengamal media & jurucakap Gus Dur semasa jadi Presiden Indoensia) ; Yenny Wahid, (anak Gus Dur/Pengarah Wahid Institute); Paul Wolfowitz(Bekas Presiden Bank Dunia);Mari Pangestu (bekas Pengarah eksekutif Center for Strategic and International Studies – CSIS); Prof Dr M. Din Samsudin (Pengerusi Muhammadiyyah); Erry Riyana, (Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi-KPK); Abdul Aziz (Pusat Lembaga Pendidikan Ma'arif Nahdlatul Ulama); Jusuf Wanandi (Pengarah Eksekutif Pusat Islam dan Pluralisma Antarabangsa Indonesia.

Musuh Islam berlabel Islam inilah mendaftar organisasi beserta dengan nama tokoh dan alamatnya yang sentiasa meminta bantuan dana (istilah Ulil Abshar Abdalla, Koordinator JIL: memohon proposal dana, dalam bahasa manis digunakan ungkapan 'partner' dalam kerjasama) kepada The Asia Foundation kerana kecemburuan terhadap kaum Muslimin terhadap ajaran Islam yang agung.

Serangan propaganda kekafiran, kemaksiatan bahkan memperlecehkan Islam mengalir deras tanpa dapat dibendung. Secara historis, memanglah wajar, mengingatkan per­se­teruan antara haq dan batil memang tidak pernah berakhir, hingga akhir zaman.

Namun, yang amat menggelisahkan adalah banyak kalangan Muslim yang masih setia menjadi penonton dari pertun­jukan kafir di depan matanya. Tidak sedikit pula kaum Muslimin yang secara tegas membantu menghina dan memperlecehkan ajaran Islam di hadapan orang-orang kafir! Hinaan dan perlecehan itu kadangkala diaplikasikan dalam bentuk tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam, seperti melakukan kekafiran, terkadang juga berupa ucapan yang secara sedar atau tidak sedar terhadap Islam! Yang paling parah lagi, apabila perkara itu dilakukan oleh orang yang memakai label Islam. Salah satunya adalah "majalah Syir'ah" yang dibiayai oleh The Asia Foundation (TAF).

Mendengar nama TAF, tentu sudah tidak hairan lagi di telinga kita, pastinya NGO yang ditaja itu bersenyawa dengan kelompok Liberalis yang bertopeng Islam. Sebab itu, hampir semua NGO yang ditaja oleh TAF, produknya sama, iaitu menggigit akidah Islam.

Kekacauan yang terbesar adalah penyebaran racun-racun pluralisme, liberalisme dan inklusivisme yang dipelopori oleh JIL dengan Komunitas Utan Kayunya, Paramadinadengan Fiqih Lintas Agamanya dan Musdah Mulia dengan Kompilasi Hukum Islamnya.

Musdah Mulia (foto kiri), tokoh Islam Liberal Indonesia halalkan homoseksual & lesbian yang diharamkan Al Quran dan Sunnah

"Majalah Syir'ah", namanya sangat bagus, bererti jalan yang terang, diambil dari Al-Qur`an surat Al-Ma`idah 48: Wa likullin ja'alna minkum syir'atan wa minhajan terjemah Indonesia : Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Motonya pun cukup bagus, Mengurai Fakta Menenggang (bertoleransi) Beda: Berangkat dari kesadaran akan perbedaan. Perbedaan sebagai ciptaan Allah yang abadi.

Bukan untuk berbeza pendapat, melainkan untuk berlumba-lumba untuk membuat kebajikan. Tetapi akhlaknya buruk tidak seindah moto­nya. Misinya kotor tak seterang nama­nya. Setiap edisi yang diterbitkan setiap bulan, selalunya ada racun yang ditebarkan kepada pembaca di

negara Muslim terbesar di dunia ini. Topik racunnya pun berulang-ulang, yakni men'negatif'kan umat Islam, men'positif'kan Yahudi dan Nasrani, serta menghalalkan pemurtadan umat Islam. Ternyata Syir'ah tidak menghurai fakta bertoleransi perbezaan, tetapi menghurai fitnah bertoleransi pemurtadan.

Inilah NGO berdaftar beserta dengan nama tokoh dan alamatnya yang mendapat tajaan daripada The Asia Foundation:

1.Jaringan Islam Liberal (JIL) dan Institut Studi Arus Informasi (ISAI), Ulil Abshar Abdalla dan Nong Mahmada, Jl. Utan Kayu 68-H Jakarta Timur.

2.Indonesian Conference on Religion and Peace (ICRP), Dr Djohan Effendi danUlil Abshar Abdalla, Jl. Percetakan Negara No. C-553, Jakarta Pusat.

3.Paramadina (Serangan Pluralisme Agama/Menyamakan Semua Agama), Kautsar Azhari Noer, Jl TB Simatupang Pondok Indah Plaza III F5/7 Jakarta .

4. Majalah Syir'ah, Alamsyah M Dja'far, Jl Asembaris Raya M Kavling 8 Kebon Baru Tebet, Jakarta Selatan.

5.Lembaga Buruh, Tani dan Nelayan (LBTN), PP Muhammadiyah, Moeslim Abdurrahman, Jl. Menteng Raya 62 Jakarta Pusat.

6. Pusat Studi Agama dan Peradaban (PSAP), Pramono U Tantowi dan Rizal, PP Muhammadiyah, Jl. Menteng Raya 62 Jakarta Pusat.

7. Ikatan Remaja Muhammadiyah (IRM), Munawar, Hendrik dan Denden (Retas),Kantor PP Muhammadiyah, Jl. Menteng Raya 62 Jakarta Pusat.

8.Lembaga Penelitian dan Pengembangan Pendidikan Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (LP3-UMY), Said Tuhuleley, Budi dan Asykuri Chamim, Gedung AR Fachruddin Kampus UMY, Jl. Lingkar Selatan Tamantirto Kasihan, Yogyakarta.

9. Lembaga Penelitian Universitas Muham­madiyah Surakarta (UMS), Gustin, Jl. A Yani, Pabelan, Surakarta, Jawa Tengah.

10. Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah (IMM) Aceh, Afdhal Jihad, Jl KH A Dahlan, Banda Aceh.

11. Pemuda Muhammadiyah (PM) Aceh, A Malik Musa, Jl. KHA Dahlan, Banda Aceh.

12. Fatayat Nahdatul Ulama (NU), Dra Maria Ulfah Anshor, Marhamah dan Iin, Gedung PBNU Jl Kramat Raya 164 Jakarta Pusat.

13. Lakpesdam NU, Masykur Maskub, Imdadun Rahmat dan Taswan, Jl. H. Ramli No 29A Menteng Dalam, Tebet, Jakarta Selatan.

14. Puan Amal Hayati (Urusan Gender), Sinta Nuriya (isteri Gus Dur), Jl. Warung Silah No. 30 RT 02/05 Kompleks Masjid Al-Munawwarah, Ciganjur, Jakarta .

15. Perhimpunan Pengembangan Pesantren dan Masyarakat (P3M), Masdar F Mas'udi, Jl. Cililitan Kecil III/12, Kramat Jati, Jakarta Timur.

16. Pimpinan Wilayah Nahdlatul Ulama (PWNU) Yogyakarta, Najib, Tompeyan TR III/133 Yogyakarta .

17. Pusat Studi Antar Komunitas (PUSAKA) Padang , Sudarto, Jl Purus I No. 8A Padang, Sumatera Barat.

18. Gender Team for Ministry of Religious Affairs (GT-MORA), Dra Siti Musdah Mulia, Departemen Agama RI, Jl. Lapangan Banteng No 4-6 Jakarta Pusat.

19. Lembaga Kajian Agama dan Jender (LKAJ), Dra Siti Musdah Mulia, Jl Matraman Masjid I.A Jakarta Selatan.

20.Pusat Pengembangan Sumber Daya Manusia (PPSDM) Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Dr Masykuri Abdillah dan Hakim Jamil, Jl Ir H Juanda 95 Ciputat.

21. Pusat Studi Wanita (PSW) Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Rosatria, Jl Ir H Juanda 95 Ciputat.

22. Fakultas Ushuluddin dan Fakultas Filsafat Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah (urusan gender), Dr Amsal Bachtiar, Jl Ir H Juanda 95 Ciputat.

23. Desantara, Drs Bisri Effendi, Jl. Raya Citayam 35 Depok.

24. DPP Korps Perempuan Majelis Dakwah Islam (MDI) (Bidang Garapan tentang Gender), Hj Juniwati T Maschjun Sofwan dan Nilmayetti, Jl Anggrek Nelly Murni 11A, Slipi Jakarta Barat.

25. Indonesian Center for Islam and Pluralism (ICIP), Syafii Anwar dan Syafiq Hasyim, Jl Hang Lekiu I No. 09 Kebayoran Baru, Jakarta Selatan.

26. Lembaga Kajian Keislaman dan Kemasyarakatan (LK3) Banjarmasin, Nurcholish Madjid, Jl Gatot Subroto IV/Kemiri NO 102 Banjarmasin Kalsel.

27. Lembaga Kajian Islam dan Sosial (LkiS), Amiruddin, M JadulMaula, Fikri dan Luth, Sorowajan Baru, Jl Pura No 1 Yogyakarta.

28. Lembaga Kajian Pengembangan Masyarakat dan Pesantren (LKPMP) Makassar, Azhar Arsyad, Jl Faisal Raya No 22 Blok 22B Makassar .

29. Lembaga Studi Aksi untuk Demokrasi (LS-ADI), Anick, Jl Ir H Juanda Gg Swadaya Rt 01/08 Pisangan, Ciputat.

30. Rahima (Urusan Gender), Syafiq Hasyim, Jl Pancoran Timur IIA No 10 Pasar Minggu Jakarta Selatan, dan masih banyak lagi.

(Sumber: Jejak Tokoh Islam dalam Kristenisasi, Hartono Ahmad Jaiz, Darul Falah Jakarta, Cet. I, Julai 2004, hlm.158-164).

sumber dipetik dari: http://www.zawiyahsam.com/

Rosmah Semakin Glamer .Media Indon dedahkan Kontroversi Kehidupan Bik Mama

Posted: 04 Aug 2011 07:20 PM PDT


Kuala Lumpur, 4 Ogos: "Kehidupan Datin Seri Rosmah Mansor memang penuh dengan kontroversi" - Itulah ungkapan yang dilaporkan media Indonesia, KOMPAS.com hari ini dalam satu artikel mengulas mengenai kontroversi isu pembelian cincin berlian bernilai US24 juta yang dinafikan Rosmah minggu lalu.

"Mungkinkah kasus cincin berlian 24 juta dollar AS ini nanti menjadi pintu perubahan dan demokratisasi Malaysia?

B/akhdor :Rosmah kini kian mengharumkan nama negara kerana kehidupan beliau wajar dicontohi .Justeru itu
rakyat contohi lah rosmah kumpul duit sebanyak mungkin dari kecil lagi supaya dapat hidup seperti rosmah yang berjaya membuktikan dengan mengumpul duit dapat membeli cincin berjuta...


Rosmah ke TPM ganti PM Bile Najib Injured...

Posted: 04 Aug 2011 05:35 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjF9xVMo6q3QEJ2gDs5D4cYhCsF1NLL1X9EezgD5FB5DblIEfWuvNkYCHhBnnrFSsGOzu_lVZ6pr558rAf3EzZSPO9gbV1oCyEZ5lDEov3CpWfT5pfLoX89HJpRkLAX_mizvwRh0qDmchc/s1600/1.jpg
Timbalan PM terpinga-pinga dengan kehadiran BIK mama
Woit FLOM tunjuk Taring nampak..

tengok siapa pm malaysia?

rakyat boleh tengok dengan jelas

ini bukan hasmah

ini bukan jane

ini bukan bini muhyiddin

tengok kat belakang malikul sembab menjeling dengan tidak puas hati

ayuh bangun rakyat

senang sahaja

anda tolak najib beerti anda tolak rosmah

jom ubah sebelum parah!

Lonjakan inflasi lambatkan langkah untuk bersara..

Posted: 04 Aug 2011 07:30 AM PDT

Menurut Global Aging Report, satu soal-selidik yang dikendalikan syarikat survey pasaran terkenal di dunia,The Nielsen Company, sebanyak 56% rakyat Malaysia bersara, atau ingin bersara sebelum usia 60 tahun. Namun demikian, dalam soal selidik yang sama, hanya 21% rakyat Malaysia bersedia dari segi kewangan untuk persaraan.

Dengan kata lain, daripada 10 orang Malaysia, hanya dua orang yang memiliki syarat dari segi kewangannya untuk bersara. Sementara itu, 44% orang tidak pasti sama ada dirinya bersedia dari segi kewangan untuk bersara, malah satu pertiga berterus-terang bahawa keadaan kewangan sekarang tidak membenarkan dirinya bersara pada masa yang dijangkakan.

Meskipun kebanyakan responden agak optimis dengan keadaan ekonomi sekarang dan masa depan kerjayanya, tetapi mereka tidak yakin untuk meramal secara tepat - bagaimana inflasi memberi impak terhadap kuasa membeli konsumer dalam 20 hingga 40 tahun di depan. Konsumer bimbang, seandainya kos makanan, air dan elektrik, pengangkutan dan sebagainya terus melonjak, barangkali wang pencennya gagal menampung hidup dirinya selepas bersara. Justeru itu, sesetengah memilih untuk menukar pekerjaannya, atau berniaga untuk menambah pendapatan mahupun memperbaiki keadaan kewangannya, untuk memastikan cara hidup persaraan yang selesa.

Impak tersilap anggar kesan inflasi


Pada hakikatnya, seseorang penduduk pusat bandar Kuala Lumpur yang berdepan dengan kenaikan harga barangan, amat merasai bahang inflasi tersebut. Inflasi bagaikan binatang buas yang membaham kuasa membeli anda, tanpa anda sedari. Justeru itu, tersilap anggar paras inflasi, ataupun kesannya, bakal mengundang malapetaka yang besar. Ia bukan sahaja mencelarukan rancangan persaraan, malah memerangkap seseorang dalam krisis kewangan.

Menurut perhitungan kasar wartawan MerdekaReview, seandainya seseorang warga kota bujang pada usia 30 tahun memerlukan RM35,000 setahun (atau RM3,000 sebulan) untuk mengekalkan cara hidup sekarang, maka beliau memerlukan RM47,037 setahun (atau RM3,920 sebulan) untuk mengekalkan cara hidup yang sama pada 10 tahun akan datang - dikira pada kadar inflasi 3%. 20 tahun kemudian, beliau memerlukan RM63,214 setahun (atau RM5,268 sebulan) untuk mengekalkan cara hidup tersebut.

Seandainya diambil kira kadar inflasi pada 4%, maka si bujang ini memerlukan RM51,807 setahun (atau RM4,317 sebulan) pada 10 tahun akan datang, dan RM76,689 (atau RM6,390 sebulan) pada 20 tahun akan datang - untuk mengekalkan cara hidup sekarang.

Begitu juga, seandainya sesebuah keluarga dalam kota memerlukan RM60,000 setahun (atau RM5,000 sebulan) untuk mengekalkan cara hidup sekarang, maka dengan kadar inflasi 3%, keluarga ini memerlukan RM120,000 setahun (atau RM10,000 sebulan) pada 20 tahun akan datang; dan kadar inflasi 4% bakal melonjakkan perbelanjaan sesebuah keluarga kepada RM131,462 setahun (atau 11,000 sebulan) pada 20 tahun akan datang - untuk mengekalkan cara hidup asal.

Inflasi lebih mendadak di bandar


Perhitungan ini hanya berdasarkan kadar inflasi rasmi, pada purata 3-4%. Pada hakikatnya, kadar inflasi di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur lebih tinggi daripada angka yang diumumkan kerajaan. Sesetengah pakar perancang kewangan menganggarkan kadar inflasi pada paras 6% ke atas, namun keadaannya mungkin lebih parah.

30 tahun dahulu, sebuah kereta import hanya berharga RM17,000; kini, sebuah kereta import yang biasa memerlukan sekurang-kurangnya RM100,000. Biarpun harga kereta tempatan yang secara perbandingannya lebih murah, misalnya Myvi, ia memerlukan RM45,000 hingga RM50,000 - dua kali ganda lebih berbanding 30 tahun yang lalu.

Begitu juga, sesebuah rumah teres (tidak bertingkat) berharga kira-kira RM78,000 di Kuala Lumpur pada 30 tahun yang lalu, kini satu unit apartment di Kuala Lumpur bernilai sekurang-kurangnya RM300,000, purata harga rumah telah melonjak kepada RM480,000 - bersamaan enam kali ganda harga rumah di Kuala Lumpur pada 30 tahun yang lalu. Menurut anggaran pakar hartanah dan pemaju, harga rumah di Kuala Lumpur melonjak pada purata 10%-20% setiap tahun.

Kos pendidikan meningkat pada kadar 6% setiap tahun; kos perubatan bertambah pada kadar 15% setiap tahun. Rasionalisasi subsidi yang diperkenalkan kerajaan Najib Razak (pemotongan subsidi petrol, diesel, gula, gas asli dan sebagainya), telah mengakibatkan kenaikan harga makanan, bahan api, pengangkutan, elektrik, lantas melonjakkan kadar inflasi. Ia sememangnya lebih daripada perangkaan rasmi, iaitu 3%-4% yang diumumkan. Seandainya dihitung dengan kadar inflasi 6%, maka kos makanan harian RM20 sekarang bakal melonjak kepada RM64 pada 20 tahun akan datang.

Cabaran untuk warga kota

Kini, usia warga semakin panjang, dengan wanita 76 tahun dan lelaki 72 tahun. Ditambah pula pola "lewat berkahwin, lewat beranak" (yang juga berpunca daripada kenaikan kos kehidupan di bandar), ia menjadi satu cabaran besar untuk warga kota bersara pada usia yang diingininya - lebih-lebih lagi kemampuan menabung yang terbatas.

Misalnya, jikalau sepasang suami isteri melahirkan anak pertama mereka pada usia 35 tahun, maka anak mereka hanya berusia 20 tahun ketika mereka berumur 55 tahun. Anaknya kemungkinan besar memerlukan wang untuk belajar di universiti atau kolej pada ketika itu. Mereka terpaksa mengeluarkan wang pencen untuk menampung kos pendidikan dan kehidupan anak mereka, melainkan jika kos pendidikan telah disediakan sebelum ini. Situasi ini akan menjejaskan kehidupan mereka selepas bersara.

Lebih penting, memandangkan kos perubatan semakin meningkat (pada purata 15% setiap tahun), maka ia bakal menghakis wang pencen atau simpanan pasangan suami isteri ini - seandainya tiada jaminan insurans. Meskipun dijamin insurans, penyakit akan menyusul langkah usia yang semakin lanjut. Maka kos untuk perbelanjaan perubatan akan menjadi bagai lubang tidak berpenghujung. (Bahagian pertama, bersambung)

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

Tukar 499 jadi pengundi pos, apa penjelasan SPR?

Posted: 04 Aug 2011 06:30 AM PDT


KELANTAN: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mendesak Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) memberi penjelasan mengenai perbuatan pihak tertentu menukar 499 pengundi biasa kepada pengundi pos walaupun mereka tidak pernah memohon untuk mengundi secara pos.

Beliau percaya, perbuatan yang menambahkan bilangan pengundi pos di sesebuah kawasan itu, berlaku berikutan wujud penipuan terancang bagi memenangkan calon pilihan mereka.

"PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas mendapati ada pertambahan nama pengundi pos seramai 449 orang yang semuanya beralamat di 16 Rejimen Asmar Melayu DiRaja (RAMD) di Kem Desa Pahlawan.

"Semua nama itu, asalnya pengundi biasa tetapi Daftar Pemilih Tambahan (DPT) terbaru menunjukkan nama mereka dikategori sebagai pengundi pos," katanya pada sidang media di Parlimen, baru-baru ini.

Kata beliau, bantahan dibuat dan satu pendengaran awam dilakuan Pendaftar Pemilih Kelantan yang akhirnya memutuskan semua 449 nama itu dikeluar dari senarai pengundi pos kerana tiada seorangpun antara mereka yang mengisi Borang A.

Beliau berkata, Borang A adalah borang perpindahan yang wajib diisi mana-mana pengundi yang mahu menukar status pengundian, sama ada memilih untuk mengundi secara pos atau menukar lokasi mengundi.

Sehubungan itu, Saifuddin mendesak SPR menyiasat dalang sebenar yang membuat penipuan itu.

"Isunya ialah siapakah pelaku ini? Kalau mereka ini tidak mengisi borang, mengapa nama mereka ini terdapat dalam DPT.

"SPR kena jawab perkara ini. Apakah SPR ada mekanisme menjejaki penipuan ini," tegas Saifudin lagi.

Port kaki ponteng puasa Terhangat di Ipoh,,nasi wanggee

Posted: 04 Aug 2011 03:06 AM PDT



http://4.bp.blogspot.com/_OGVGmazul8Y/TDnG4Oc4FjI/AAAAAAAACLQ/26rUM9nk__0/s1600/IMG_3423.JPG
sumber gambar:jelajah-xplorer.blogspot.com


Gambar ini diambil bukan dibulan puasa. Tapi ketahuilah sebagai orang ipoh umum sudah mengetahui bahawa inilah tempat untuk membeli juadah untuk ponteng Puasa. Kenapa aku cakap macam tu, kerana apakah pointnyer beli Nasi Ganja ni tengah-tengah hari kalau bukan untuk ponteng Puasa. Siapa sahaja yang lalu berdekatan kedai ini akan nampak ramai pelanggan melayu yang membeli Nasi Ganja pada bulan Ramadhan yang mulia ini...Situasi ini berlaku setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan dan Modus-Operandinya sama setiap bulan Ramadhan yakni beg plastik berwarna hitam dan nasi yang sudah dibungkus siap-siap dan diambil ditepi kedai. Rasanya semua orang Ipoh dah tau hal inikan.....Susah sangat ker nak berpuasa budak sekolah rendah pun boleh Puasa...........(Rasanya kedai ini tak pernah diambil tindakan padahal dekat dengan Balai Polis)


LAGI LAGI JPN..SPR SEMAKIN TENAT

Posted: 03 Aug 2011 07:30 PM PDT


Pengundi Cina didakwa ramai cicir dari daftar SPR

PAS Selangor mengemukakan sebanyak 1,860 bantahan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Selangor (SPR) dalam proses bantahan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku ke-2 tahun 2011 yang berakhir semalam.

NONESetiausahana Mohd Khairuddin Othman (kanan) berkata, mereka menemui beberapa perkara penting, antaranya RDPT didakwa dengan sengaja tidak disertakan alamat lengkap pengundi.

"Ini menyukarkan jentera pilihanraya PAS untuk mengesan lokasi mereka-mereka yang mendaftarkan diri sebagai pengundi baru," kata Khairuddin.

Beliau juga mendakwa, rang tersebut juga disalahguna oleh pihak tertentu untuk membawa masuk pengundi yang jelas tidak berkelayakan sebagai pengundi di Selangor.

Khairuddin juga mendakwa SPR gagal memasukkan nama pengundi yang berkelayakan di dalam RDPT, yang kebanyakannya pengundi Cina.

Sementara itu, PAS awal petang tadi mendakwa mengesan 1,100 penduduk PR di Selangor yang dimasukkan ke dalam daftar pemilih layak mengundi.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzah berkata, maklumat itu mengukuhkan dakwaan bahawa masalah itu mungkin lebih daripada 'kecuaian teknikal' Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

NAJIB ROSMAH FLOM AKAN REBAH

Posted: 03 Aug 2011 05:45 PM PDT


"PM Najib cukup dibenci oleh pegawai kerajaan, dek karenah bininya bernama Rosmah Mansor. Malah Najib cukup patuhdan setia dengan Rosmah Mansor.

Namun dalam politik UMNO Najib dan perdana menteri Najib semakin hari kian pudar dan segala keputusannya tidak memberi impak yang bagus kepada rakyat Malaysia. Najib dan Rosmah dikira "aset " atau barang yang perlu diletakan tanda hayat tamat tempoh guna pakai.

PM Najib (BN/UMNO) tercemar dengan rancangan jahat menupilasikan pengundi dengan memberi taraf warga negara Malaysia kepada bangsa asing. Bukti jelas dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kerjasama dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Tujuannya hanya untuk menang dalam pilihanraya yang amat tidak adil di Malaysia. Sebab PM Najib BN/UMNO cukup takut menggunakan dakwat kekal atau celup cari dalam botol semasa hari mengundi.

Disarankan pada pakatan rakyat terutama pemimpin tertinggi PAS, DAP dan PKR menyemak dengan teliti pengundi dalam kawasan DUN dan parlimen. Terengganu kalah PRU12 berpunca dengan pengundi hantu atau pengundi yang ada duat tempat mengundi. Syabas Deris Jusoh.

Diucapkan ribuanterimakseh kepada jabatan IT PAS dan AJKnya membongkar kejahatan kerajaan BN/UMNO dalam kes rakyat asing berada dalam daftar mengundi dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara dengan SPR.

Cukup wajar kerajaan BN/UMNO dan PM Najib menggunakan dakwat kekal atau celup cari semasa hari mengundi. jika benar apa yang dikatakan oleh PM bagi mengatasi pengundi yang jadi hantu siang tajaan BN/UMNO.

Terbukti JPN dan SPR dijadikan keldai BN/UMNO. Taktik dan teknik PM Najib dan kerajaan BN/UMNO dalam memberi warga negara dan status pengundi kepada pendatang asing cukup merunsingkan dan berhadapan dengan bahaya besar dalam waktu jangka panjang.

Ramai ahli Parlimen BN, terutama UMNO cukup meluat dengan Najib dan Rosmah. Tapi takut untuk bersuara, malah ada suara sumbang dari UMNO sendiri mahukan Najib rebah bersama dengan Rosmah secepat mungkin.

Najib tidak takut dan tidak gentar. Malah Najib tidak akan letak jawatan walaupun sejuta tanda tangan dari puak UMNO. Ingat dibelakang Najib ada Rosmah.

Rosmah cukup cekal dan tiadak mudah tunduk kepada tekanan dari puak musoh terutama puak yang menentang secara senyap. Najib cukup berhati hati dengan TPMnya TS Muhyiddin Yassin dan gengnya .

Najib sebenarnya sudah patah sayap, Pengikut setia Najib ialah sepupumya DS Hishammuddin.

Najib bakal mengadakan pilihanraya secepat mungkin untuk mencari tapak yang kukuh. Diramaklan PRU 13 bakal diadakan selepas BAJET 2012.

Najib dan Rosmah tidak akan melepaskan kerusi PM dengan mudah. Rakyat cukup meluat dan benci kepada Najib dan Rosmah termasuk sepupunya.

Muhyiddin membiarkan Najib hanyut dengan 1 Malaysianya. Slogan 1 Malaysia adAlah ciptaan APCO/ISRAEL. Untuk rekod APCO adalah badan perunding dan penasihat kerajaan BN/UMNO dan PM Najib.

Ayuh kita menyeru kepada semua rakyat ynag boleh mengundi, UNDILAH PAKATAN RAKYAT PRU13. Kita mahu lihat Rosmah Mansor rebah bersama Najib.

BERSIH ADALAH SATU KEBANGGAAN ..RAKYAT TIDAK TAKUT LAGI

Posted: 03 Aug 2011 07:30 AM PDT

Perhimpunan BERSIH 2.0 membuka lembaran baru gerakan sosial negara kita. Rakyat ghairah berkongsi kisah 709, sama ada di warong mamak mahupun di alam siber. Kini, keenam-enam orang tahanan di bawah Ordinan Darurat telah dibebaskan. Persoalannya, adakah bahang gerakan sosial ini akan dikekal hangat, ataupun dibubuhkan noktah begitu sahaja?

Pemerhati politik, Tang Ah Chai menganggap sama ada gerakan ini dikekalkan atau tidak, bergantung kepada sikap kerajaan (untuk menekan atau tidak gerakan ini) dan pertubuhan masyarakat sivil (lebih proaktif untuk mengekalkan kehangatan gerakan ini).

Tang berkata, sebelum ini, kerajaan dan polis telah memaklumkan bahawa tindakan akan diambil terhadap peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM). Seandainya Peguam Negara mendakwa mereka ke mahkamah, maka aktiviti akan dipergiatkan untuk menunjukkan "solidariti" kepada mereka. Selain itu, gerakan ini boleh dikekalkan, seandainya BERSIH 2.0 mengutarakan halatuju reformasi yang jelas - maka rakyat mempunyai ruang untuk melibatkan diri dan menyatakan sokongan mereka.

Perkembangan gerakan BERSIH 2.0 sepanjang tempoh dua bulan ini memperlihatkan banyak perkembangan yang positif, terutamanya apabila rakyat tidak lagi diselubungi rasa takut, menurut pengamatan beliau. Tang Ah Chai membandingkan 709 dengan Operasi Lalang pada tahun 1987, yang mana suasana ketakutan tidak lagi menyelubungi masyarakat. Apa yang wujud adalah suasana ketakutan yang cuba ditimbulkan kerajaan.

Beliau menambah, rakyat menjadi takut dan berdiam diri ketika Operasi Lalang. Pimpinan pertubuhan cuba larikan diri ke luar negeri, sebagai alasan untuk mengelakkan diri daripada menyatakan pendirian. Terlalu sedikit yang sanggup menyatakan pendirian, apatah lagi sokongan. Kini, rakyat secara terbuka menyatakan hasrat untuk turun ke jalan raya, malah berkongsi pengalaman dirinya berdemonstrasi dengan rakan-rakan mereka.

"Peserta melihat penglibatan dirinya sebagai satu kebanggaan. Mereka menulis di Facebook, berkongsi dan berbincang isu ini dengan kawan dan ahli keluarga. Mereka mengambil peluang berkongsi kebanggaan dirinya untuk berada dalam perhimpunan tersebut, malah sudi berkongsi dengan nama dirinya yang sebenar," kata Tang Ah Chai.

Beliau berkata, puluhan ribu turun ke jalan raya meskipun polis dan kerajaan mencuba sedaya upaya untuk menyekat kemaraan rakyat, di samping penangkapan secara besar-besaran. Ini menunjukkan bahawa rakyat telah membebaskan diri daripada ketakutan, malah melihat perhimpunan ini sebagai manisfestasi patriotisme. Mereka melihat diri mereka menyumbang untuk memajukan negara. Jelas, ini satu kemajuan gerakan sosial jika dibandingkan dengan Operasi Lalang, 24 tahun yang lalu.

Menggarap imaginasi rakyat

Tang Ah Chai mengulas, selepas perhimpunan BERSIH 2.0, mana-mana perhimpunan yang diadakan mengundang reaksi yang positif dari kalangan rakyat, misalnya perhimpunan untuk menyatakan ketidakpuasan terhadap laporan Suruhanjaya Diraja siasatan kematian Teoh Beng Hock, perhimpunan mendesak pembebasan EO6 dan sebagainya. Usaha ini menampakkan kuasa rakyat di tempat masing-masing, dan ia juga berupa kemajuan yang besar.

Beliau berkata, cabaran terbesar gerakan sosial adalah untuk memastikan agar peserta kekal melibatkan diri. Daripada pengamatan beliau sepanjang beberapa minggu ini, beliau mendapati rakyat mula komited untuk terus menyertai aktiviti seumpama ini.

"Setiap orang mahu melakukan sesuatu. Setiap orang merasai sesuatu yang tidak kena dalam sistem kita - bukan sekadar Suruhanjaya Pilihan Raya, atau sistem pilihan raya. Maka setiap tindakan rakyat adalah proses untuk mencari jalan keluar, sama ada untuk dirinya atau negaranya," analisanya.

Beliau menganggap lapan tuntutan BERSIH 2.0, dan pimpinannya, terutamanya Ambiga Sreenevasan berjaya menggarap imaginasi ramai. Malah selepas perhimpunan, dua dialog antara Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga dengan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar, menambah keyakinan rakyat terhadap BERSIH 2.0.

Tang Ah Chai berkata, Ambiga berjaya mengolah tuntutan BERSIH 2.0 dengan fakta dan rasional, mendedahkan kepincangan yang wujud dalam SPR. Tindakan ini dengan sendirinya menyanggah tuduhan kerajaan bahawa peserta perhimpunan adalah perusuh, dan mengikut pemimpin mereka secara buta tuli, segala-galanya akan melabuh tirai setelah tamatnya perhimpunan. Sebaliknya, BERSIH 2.0 menyatakan dengan tegas pendiriannya untuk mereformasikan sistem pilihan raya.

Berbanding dengan BERSIH 2.0, PERKASA dan Pemuda UMNO memberi persepsi "buat kecoh", malah gagal menandingi imej bagaikan badut. Tang Ah Chai menganggap ini sebagai peluang pendidikan, untuk rakyat membezakan pendirian dan tindakan antara BERSIH 2.0, PERKASA dan Pemuda UMNO.

Usaha kekalkan kehangatan

Ketika membicarakan kejayaan BERSIH 2.0, Tang Ah Chai menganggap ia didorong halatuju reformasi yang jelas dan tuntutan yang konkrit. Lapan tuntutan yang dikemukakan adalah nyata - boleh diputuskan segera sama ada untuk melaksana atau tidak. Misalnya, SPR boleh memutuskan segera sama ada tempoh kempen boleh dipanjangkan kepada 21 hari.

Selain itu, perhimpunan BERSIH memberi kesempatan untuk tunjuk perasaan di jalan raya, mengamalkan hak asasi untuk berhimpun - dan bukan lagi sekadar demokrasi luaran seperti menulis surat untuk menyatakan ketidakpuasan. Lebih-lebih lagi, apabila golongan profesional dan tokoh agama tampil untuk memberi sokongan, ia amat memberangsangkan generasi muda.

Meskipun BERSIH 2.0 agak berjaya dalam hal ini, namun Tang Ah Chai menganggap ia harus merangkumi gerakan sosial dari bidang yang berlainan, saling membantu untuk menguatkan dan memantapkan lagi gerakan itu. Justeru itu, kuasa masyarakat sivil akan semakin matang jikalau budaya ini berkembang. -SUMBER

PM &KM SARAWAK TERPALIT SATU LAGI SKANDAL ANTARABANGSA ..

Posted: 03 Aug 2011 06:32 AM PDT

Sekiranya rakyat Malaysia merasakan bahawa busana kuning Ratu Elizabeth dan skandal Scorpenes-Altantuya adalah perkara yang memalukan, tunggu dulu. Ada lagi perkara lebih memalukan yang daripada skandal ini. Sebuah lagi skandal yang akan menggegarkan dunia.

Kali ini, beliau akan menarik bersama beberapa rangkaian penyiaran gergasi antarabangsa ; CNBC, CNN dan BBC World. Skandal ini dijangka lebih besar dan boleh menandingi skandal Rupert Murdoch di Britain.

Dalam kes terbaru yang disiarkan Sarawak Report yang berpangkalan di United Kingdon, Najib dan beberpa pemimpin Malaysia seperti Abdul Taib Mahmud dikatakan membayar jutaan wang rakyat untuk membeli berita yang memberi liputan positif di arena antarabangsa untuk memperbaiki imej mereka.

Amalan memasukkan kandungan berita sebegini adalah setara dengan membayar untuk pengiklanan kerana berita editorial bebas adalah salah disisi undang-undang UK dan US.

"Sekiranya pendedahan kita ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa yang mengeluarkan lesen penyiaran kedua-dua negara; Ofcom (UK) dan Federal Communications Commissions (US), ia akan mencetuskan penyiasatan terhadap CNBC, CNN, BBC World dan banyak lagi programlain yang dihasilkan FBC. " Tegas Clare Rewcastle-Brown, editor Sarawak Report dalam posting beliau yang bertajuk Taib Paid Out $5 Millions to Attack Sarawak Report- International Expose.

Walaupun badan penyiaran ini bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua kandungan yang mereka siarkan, tiada siapa akan mengenepikan kenyataan yang para pemimpin Malaysia sanggup menghabiskan jutaan wang rakyat untuk menaikkan ego mereka. Sememangnya pemimpin-pemimpin ini akan dikecam kerana cuba untuk menyebarkan berita palsu mengenai diri mereka sendiri dan negara untuk mengaburi mata dunia dalam usaha meraka mendapatkan sokongan terhadap rejim meraka dan projek perniagaan yang menguntungkan mereka.

Respon Anwar terhadap laporan ini: "Media untuk disewa? Amat malang sekali kita harus berhadapan dengan amalan sebegini di media antrabangsa dan negara.

Najib syorkan FBC kepada Taib

Sarawak Report telah membongkar kes FBC Media, sebuah syarikat produksi televisyen yang juga bertindak sebagai sebuah syarikat "komunikasi strategik" dalam penipuan selama sedekad beberapa slot berbentuk berita yang berunsur berat sebelah kepada pelanggan antarabangsa mereka termasuk Najib Razak dan bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi bersama Sime Darby sebuah syarikat perusahaan kelapa sawit.

"Amalan ini yang direka untuk menipu jutaan penonton telah menguntungkan syarikat sebanyak puluhan juta dollar dengan memaparkan orang seperti Taib Mahmud sebagai seorang yang berimej positif. Semestinya ia dibayar dengan menggunakan wang hasil kutipan cukai rakyatnya sendiri yang mereka ingin tipu dan tarik perhatian." Kata Clare.

"Siasatan kami juga menunjukkan bahawa FBC Media juga mempunyai pertalian dengan blog-blog berniat jahat di US yang cuba memfitnah Anwar Ibrahim dan juga Sarawak Report beberapa bulan yang lepas [laporan Sarawak Report- Dirty Tricks Coverage]"

Menurut Sarawak Report, "FBC Media juga jelas mempunyai hubungan dengan syarikat PR yang kontroversi APCO. " Terdapat dokumen yang didedahkan kepada kerajaan Amerika Syarikat bahawa FBC Media telah membayar $70, 000 kepada APCO dalam masa 2 tahun untuk menjalankan kempen melobi di US untuk Kerajaan Malaysia.

"Kerja melobi ini merupakan sebahagian daripada perkhidmatan yang dibayar oleh pemimpin Barisan Nasional kepada FBC Media. Syarikat produksi/PR tersebut juga tidak menyangkal bahawa Kerajaan Malaysia sering mendapat slot dalam program-program terbitan mereka." Ujar Clare lagi.

"Maklumat yang kita perolehi daripada orang dalam, ialah Najib mencadangkan Taib untuk mengambil FBC Media untuk melakukan kempen yang sama setelah Ketua Menteri itu mengalami krisis publisiti berikutan pendedahan terhadap kes-kes rasuah beliau.

Menurut Clare, Taib juga membayar FBC $5 juta (RM 15 juta) setahun untuk menjalankan kempen media global yang memburuk-burukkan Sarawak Report.

Kebergantungan terhadap publisiti yang melampau

Sememangnya apa yang dapat dilihat ialah kebergantungan Najib terhadap publisiti melampau dalam 2 tahun tempoh perkhidmatan beliau. Beliau telah dituduh sebagai indah khabar dari rupa. Sikap tidak ambil kisah terhadap hakikat sebenar telah menimbulkan keresahan rakyat yang sering hairan dengan tindak tanduk beliau yang sukar diramal.

Di Vatican baru-baru ini, beliau mencanangkan kesederhanaan dalam beragama dan menolak pandangan ekstrimis ketika berhadapan Pope. Akan tetapi, setelah tiba di Kuala Lumpur, beliau terus membuat komen ala fanatik yang menakutkan pengganut agama Kristian di sini. Sekarang adalah lebih mudah untuk memahami kenapa rakyat di sini memberi jolokan "Raja yang tidak memakai sebarang baju" kepada beliau.

Sebenarnya yang menerima batunya adalah negara ini. Malaysialah yang akan menjadi bahan ketawa dan pembayar cukai yang membayarnya. Rekod rasmi menunjukkan bahawa dari 2008-2009, sebanyak RM57.68 juta telah dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri kepada FBC Media untuk menjalankan "Kempen Komunikasi Strategik Global" untuk Kerajaan; RM29, 337, 650 telah dibayar pada 2008 dan RM28, 350, 000 pula dibayar pada 2009.

RM42 juta pula dihabiskan untuk "Hal Ehwal Awam danPerkhidmatan Kerajaan dan Komunikasi Strategik, Perhubungan Awam dan Jangkauan Media" seperti yang terdapat dalam buget tambahan.

Menurut Clare lagi, "Pihak FBC Media mahupun Kerajaan Malaysia belum lagi menyangkal dakwaan mengenai kontrak tersebut. Mereka juga tidak menafikan jumlah yang telah didaftarkan dalam buget kerajaan,"

-Malaysia Chronicle

Kelantan – wujudkah sistem ekonomi Islam?

Posted: 03 Aug 2011 02:32 AM PDT

Membaca sekali lagi buku "Kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz Mengikut Pandangan Sarjana Kepemimpinan Besar Sepanjang Zaman" karangan Prof Shaharhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFT2YYID30RdeXC4FojjMnRhDTIbPasQV4Lr65P6WxvbU7Q90hOyuIhgeC9Xx4nWwTcttp71_Aqr46akC693AaHz7s_CqcLITKK4f0NSsn5o8zMZk0pkTNnNjTztp7OmtnxMF_g029Sg/s1600/nik.jpgir Mohamad Zain, kerana satu keperluan untuk bercakap mengenainya di suatu majlis Persatuan Anak-Anak Kelantan di Perantauan (Perakan), ada beberapa perkara ingin saya timbulkan.

Kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz di Kelantan bukan hanya terbatas kepada bidang-bidang dakwah, pentadbiran dan tarbiyah Islamiyah sahaja, tetapi juga merangkumi bidang ekonomi dan perniagaan. Kata Shaharir:



"Nik Aziz sebenarnya mempunyai pemikiran ekonomi keIslamannya yang tersendiri, selain daripada mengutamakan ekonomi kebahagiaan daripada ekonomi pembangunan (yang diperolehnya menerusi tafsirannya sendiri terhadap beberapa ayat al-Quran sesuai dengan taraf ulamanya), yang setengahnya telah cuba dilaksanakan dengan batas-batas kudrat politik, kewangan dan ilmu yang ada padanya. Pemikiran ekonominya yang agak berlainan dengan sarjana-sarjana ekonomi Barat dan bahkan sarjana Islam lain sekalipun, ialah tentang konsep pembangunan, takrif ekonomi serta konsep kemiskinan dan strategi memperbaiki keadaannya." (hal.34)

Orang jarang memberi perhatian kepada aspek ini, walaupun ia pernah dihuraikan oleh Surtahman dan Norfadzilah pada tahun 2004 lagi, dalam tulisan mereka berjudul "Pemikiran Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ekonomi", yang disiarkan dalam Jurnal Usuluddin 20 (2004).

Dan mengikut Prof Shaharir, "pandangan Nik Aziz ini, jika dikembangkan oleh sarjana lain lagi, tentunya mengubah hampir semua teori ekonomi kini."

Hebat! Kalau ia boleh mengubah hampir semua teori ekonomi kini, itu tentulah sesuatu yang luar biasa hebatnya. Cumanya kita kurang memberi perhatian kepada perkara tersebut. Inilah masalahnya. Makanya saya bercadang untuk menimbulkan perkara ini dalam majlis Perakan di Kelana Jaya, 30 Julai itu.

Sewaktu mengendalikan pengisian majalah Qiadah tahun lalu, saya meminta seorang sarjana ekonomi di Universiti Malaya, Dr Mohd Rosli Mohamad, menulis mengenai ekonomi Kelantan. Alhamdulillah, tulisannya berjudul "Penilaian Holistik Ekonomi Kelantan – Antara kaca mata Kapitalis dan perspektif Islam" (Qiadah, Ramadhan 2010) itu pada umumnya menyokong pandangan Shaharir tadi.

Dr Mohd Rosli antara lain menceritakan pengalamannya membawa seorang profesor Ekonomi Pembangunan dari sebuah universiti terkenal di Amerika, melawat Kelantan. "Dalam teori Barat yang dianutinya," tulis Mohd Rosli, "semakin tinggi bilangan anak maka semakin rendah taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga, kerana teori ekonomi Kapitalis percaya bahawa anak adalah liabiliti (beban) ekonomi."

Tetapi selepas beberapa siri lawatan, temubual dan perbincangan di Kelantan, profesor ekonomi dari Amerika itu mendapati terdapat fakta di Kelantan yang mencabar teori ekonominya. Fakta tersebut ialah: orang Kelantan suka memiliki saiz keluarga yang besar, atas kepercayaan bahawa anak-anak mereka akan memberi bantuan kepada mereka, menjelang usia emas nanti.

Dan terbukti, melalui pemerhatiannya sendiri, bahawa keluarga yang mempunyai ramai anak di Kelantan tidak semestinya terdiri daripada keluarga yang rendah taraf sesio-ekonominya.

Memang fakta itu bukanlah hasil daripada kepimpinan Tok Guru Nik Aziz, tetapi lebih merupakan tradisi orang Kelantan sendiri. Namun ia suatu yang sangat menarik, kerana menunjukkan hal-hal yang biasa seperti itu pun, apabila dilihat dalam perpektif teori ekonomi antarabangsa, ia adalah sesuatu yang sangat penting. Boleh merubah sebuah teori yang digunapakai di peringkat dunia.

Sebelum itu Mohd Rosli telah membuktikan bahawa tanggapan umum yang mengatakan penduduk Kelantan miskin dan mundur adalah tidak benar. "Harus diingat," katanya, "bahawa kelemahan utama pengiraan KDNK ialah kegagalannya untuk mengambil kira aktiviti bukan kewangan dan aktiviti ekonomi tidak formal.

"Sedangkan rakyat Kelantan, selaras dengan ajaran Islam, suka bertani, menternak dan menangkap ikan untuk kegunaan mereka sendiri. Mereka juga gemar berniaga secara kecil-kecilan (tanpa pendaftaran) untuk menyara kehidupan diri dan keluarga."

Antara rumusan menarik yang dibuat oleh Mohd Rosli ialah: "Walaupun pendapatan penduduk negeri Kelantan lebih rendah berbanding dengan negeri-negeri maju lain di Semenanjung, kualiti hidup mereka jauh lebih baik. Mereka tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja. Penduduk Kelantan juga tidak perlu menghidu asap kilang dan kenderaan yang keterlaluan; dan ini menjimatkan bil kesihatan mereka setiap bulan."

Ada banyak lagi maklumat menarik mengenai ekonomi Kelantan dipaparkan dalam tulisan tersebut. Namun itu hanyalah secebis sahaja daripada banyak lagi maklumat dan fakta yang belum diangkat untuk perbincangan, bagi melihat impak kepimpinan Tok Guru Nik Aziz terhadap "konsep pembangunan, takrif ekonomi serta konsep kemiskinan dan strategi memperbaiki keadaannya," seperti yang dimaksudkan oleh Shaharir.

Dan Shaharir juga menyebut beberapa permasalahan dalam amalan ekonomi hari ini, yang sepatutnya diberi perhatian oleh pihak pentadbiran di Kelantan, bagi menyempurnakan langkah-langkah yang telah dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz.

Misalnya apakah tidak ada lagi ikhtiar yang boleh dibuat oleh pihak pentadbiran Negeri Kelantan bagi menghapuskan terus unsur-unsur riba' dalam amalan perniagaan hari ini? Apa yang didakwa sebagai penghapusan riba' dalam sistem perbankan Islam yang diamalkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat kewangan kita hari ini, belumlah mencukupi. Unsur-unsur penindasannya masih wujud.

Seorang sahabat saya, penganut sosialis tegar, masih menafikan wujudnya sistem Ekonomi Islam. Katanya hanya ada dua sahaja sistem ekonomi dalam dunia hari ini, iaitu Kapitalis dan Sosialis. Dengan sekadar adanya pengharaman riba' dalam perniagaan dan hukum wajib mengeluarkan zakat, katanya, itu belumlah mencukupi untuk menjadi sebuah sistem ekonomi.

Saya berasa agak terkilan tidak dapat menyanggah pandangannya itu dengan bukti-bukti yang boleh meyakinkan. Maka saya berharaplah, agar pihak Kerajaan Negeri Kelantan boleh melakukan sesuatu dalam perkara ini.

(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 019-9592408)

Tiada ulasan: