Pahang Daily Online |
- MB Pahang Nasihatkan Ibu Bapa Awasi Serta Beri Pendidikan Sempurna Kepada Anak-Anak Mereka
- Baginda Minda "Fail Permohonan" Mengetepikan Saman Fitnah "Ummi Hafilda" Terhadap Dirinya !
- KDN Minta Ketua Wanita PKR Kemuka Bukti Atau Lapor Polis Kata 'Program 6P' Seludup Pendatang
- Pengerusi SPR Sedia Bertemu Dengan Bersih 2.0 Untuk Bincangkan Persoalan Proses Pilihanraya
- Bekas PM, Mahathir Gesa Kerajaan Tidak Tergesa-Gesa Untuk Menangani 'Isu Murtad' Di Negera Ini
- Mahkamah Rayuan Putuskan "Pemecatan" Bekas Pengarah Penguatkuasa MPAJ Adalah Tidak Sah !
- Mat Sabu Harap Orang Ramai Tidak Percaya Pro-Paganda Media Kononnya UMNO Membela Islam
- Isu Pahang: Penduduk Harap JBA Selesaikan Isu Air Yang Seringkali Terputus Di Kawasan Mereka!
- Warta Pahang: Tengku Mahkota Saran Kerajaan Negeri Kaji Wujudkan Bandar Satelit Di Bentong
| MB Pahang Nasihatkan Ibu Bapa Awasi Serta Beri Pendidikan Sempurna Kepada Anak-Anak Mereka Posted: 19 Aug 2011 02:22 AM PDT ![]() KUANTAN, 19 Ogos - Ibu bapa perlu mengawasi dan menjaga anak-anak mereka dengan baik dengan memberikan mereka pendidikan dengan sempurna. Di Negeri Pahang ini, tidak ada sebab anak-anak tidak dapat ke sekolah kerana adanya pelbagai bantuan daripada pihak Kerajaan melalui Yayasan Pahang. Demikian diantara pesanan dan amanat yang disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato Sri Diraja Adnan Yaakob (foto) semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat DUN Pelangai baru-baru ini. "Saya ingin mengingatkan kepada semua ibu bapa agar menjaga anak-anak kerana mereka sangat penting dan mustahak kepada kita. Berikan mereka pendidikan yang sempurna. Dan kepada anak-anak, belajar elok-elok dan jadilah insan yang berguna. Tidak ada sebab anak-anak kita ini tidak dapat belajar," kata beliau. Tambah beliau, sikap ibu bapa dalam mendidik anak-anak ini perlu betul dan kena pada caranya. Ibu bapa perlu mempersiapkan diri dalam memberi pendidikan yang secukupnya kepada mereka. Dalam Majlis itu juga, Menteri Besar yang juga merangkap ADUN Pelangai juga turut meluangkan masa mendengar masalah rakyat dari kawasan DUN tersebut. |
| Baginda Minda "Fail Permohonan" Mengetepikan Saman Fitnah "Ummi Hafilda" Terhadap Dirinya ! Posted: 19 Aug 2011 02:09 AM PDT
|
| KDN Minta Ketua Wanita PKR Kemuka Bukti Atau Lapor Polis Kata 'Program 6P' Seludup Pendatang Posted: 19 Aug 2011 01:53 AM PDT
|
| Pengerusi SPR Sedia Bertemu Dengan Bersih 2.0 Untuk Bincangkan Persoalan Proses Pilihanraya Posted: 19 Aug 2011 01:38 AM PDT
|
| Bekas PM, Mahathir Gesa Kerajaan Tidak Tergesa-Gesa Untuk Menangani 'Isu Murtad' Di Negera Ini Posted: 19 Aug 2011 01:23 AM PDT ![]() JERLUN 19 Ogos - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (foto) berkata kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengambil tindakan dalam isu dakwaan cubaan memurtadkan umat Islam di negara ini sebaliknya perkara itu perlu diselidiki terlebih dahulu. Beliau melahirkan pandangan ini di sebalik isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu. "Kadang-kadang tuduhan itu benar, kadang-kadang tak. Kalau gopoh untuk menyiasat, esok bila (tindakan itu) salah, orang dah tak percaya lagi. "Tunggu dulu sehingga dapat maklumat yang benar," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan, Batu 3, Kodiang, malam tadi. Dr.Mahathir berkata masyarakat Islam sendiri perlu mengambil berat terhadap golongan yang memerlukan bantuan bagi mengelak kemungkinan akidah mereka terpesong. "Kalau tak ambil berat dan mereka menderita, mungkin mereka akan tertarik dengan orang yang menawarkan bantuan kepada mereka," tambahnya. |
| Mahkamah Rayuan Putuskan "Pemecatan" Bekas Pengarah Penguatkuasa MPAJ Adalah Tidak Sah ! Posted: 19 Aug 2011 01:06 AM PDT
|
| Mat Sabu Harap Orang Ramai Tidak Percaya Pro-Paganda Media Kononnya UMNO Membela Islam Posted: 18 Aug 2011 01:30 PM PDT ![]() TEMERLOH, 19 Ogos - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (foto) menggesa orang ramai tidak mempercayai propaganda media UMNO pada masa ini yang kononnya menampakkan kumpulan tersebut membela Islam. Sebaliknya apa yang digembar-gemburkan sekarang hanyalah sekadar mainan isu untuk dipolitikkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13. Katanya, pergantungan UMNO sekarang hanyalah kepada Melayu setelah mereka tidak yakin lagi untuk meraih majoriti undi bukan Melayu sebab itulah mereka mainkan isu agama dan perkauman. "Jadi tak perlulah percaya dengan provokasi media UMNO pada masa ini yang begitu agresif memainkan isu gereja dan murtad. Kenapa setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang UMNO BN berkuasa baru sekarang tiba-tiba melenting? "Saya masih ingat dulu saya telah berceramah tentang ada orang Melayu yang dikristiankan dan saya dedahkan ada paderi berbangsa Melayu, tapi selepas itu saya yang kena ISA. "Saya kalau nak beritahu, UMNO kalau betul-betul nak jaga Islam mereka tak tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad seperti yang berlaku di Johor dan Perlis," katanya ketika merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang di Markas Darul Amin pada Rabu lalu. [Pada program sehari suntuk itu 1,300 petugas parti di segenap peringkat hadir. Turut buat ucapan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Sementara Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli bentangkan kertas kerja bertajuk 'Sederap Menjana Kemenangan'. Mat Sabu yang sebelum itu menarik perhatian peserta kerana berjalan ke pentas dengan bertongkat, berkata rakyat perlu tahu hakikatnya UMNO bukanlah membela Melayu tetapi sedang berpolitik dengan memainkan "sentimen Melayu"]. sumber |
| Isu Pahang: Penduduk Harap JBA Selesaikan Isu Air Yang Seringkali Terputus Di Kawasan Mereka! Posted: 18 Aug 2011 12:28 PM PDT ![]() KUALA KRAU, 19 Ogos - Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi tetapi penduduk Kampung Kuala Krau sering diselubungi kebimbangan ekoran masalah air yang kerap terputus sejak hampir empat bulan lalu. Menurut seorang penduduk, Ahmad Shukri berkata masalah tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) namun hingga kini pihak berkenaan masih gagal memberikan sebab bekalan air kerap terputus. "Kami mahu mengetahui apa punca sebenar kerana sebagai pengguna sudah pasti mempunyai hak untuk mengetahui masalah atau kerosakan yang berlaku. Kami di sini risau kerana pada Hari Raya Aidilfitri nanti, air sangat diperlukan. Kami berharap masalah itu dapat diselesaikan segera dan JBA dapat menanganinya secepat mungkin", katanya. Sejak Julai lalu, lebih daripada lima kali bekalan air terputus dan adakala ia berlarutan hampir seminggu. Jika bekalan air dibaiki, tekanan air yang diterima pula sangat rendah. Bagi penduduk yang tinggal di kawasan rendah mereka mendapat bekalan yang sangat kecil menyebabkan mereka perlu bangun pada awal pagi sekitar pukul 1 atau 2 pagi untuk menadah air. Bagi penduduk yang tinggal di kawasan tinggi dan berbukit, mereka langsung tidak menerima bekalan air. "Sampai bila kami harus menderita sebegini. Selama ini, penduduk menerima bekalan air bersih dari Loji Kampung Batu Sawar selain mendapatkan bekalan daripada Sungai Pahang. Bagaimanapun kami tidak mahu mengambil risiko membawa anak kecil mandi di sungai itu kerana malang tidak berbau. Kami juga tidak mahu minum air sungai itu kerana bimbang dengan masalah pencemaran", tambah beliau lagi. Bagi golongan warga emas, mereka tidak mampu untuk angkut air dari Sungai Pahang. Hakikatnya, penduduk perlukan perkhidmatan terbaik daripada JBA kerana mereka juga membayar bil setiap bulan. [Masalah air sememang menjadi satu isu yang sering membelenggu rakyat terutamanya bagi mereka yang berhadapan dengan masalah tersebut. Oleh itu, pihak Jabatan Bekalan Air digesa memainkan peranan penting dalam memastikan pengguna tidak berhadapan dengan masalah tersebut tatkala mereka sedang bersiap sedia untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi. JBA perlu bersedia dengan alternatif baru untuk memastikan rakyat tidak bermuran durja menjelangnya musim perayaan ini. Bayangkan jika anak cucu dan menatu yang ramai balik ke kampung dalam masa yang sama. Maka sudah pastilah tekanan air juga akan bermasalah kelak. Oleh itu bersedialah menghadapi segala kemungkinan]. |
| Warta Pahang: Tengku Mahkota Saran Kerajaan Negeri Kaji Wujudkan Bandar Satelit Di Bentong Posted: 18 Aug 2011 12:00 PM PDT
Titah baginda, kedudukannya yang strategik itu mampu menjana lebih banyak pembangunan di kawasan sekitar, sekali gus memberi impak positif kepada rakyat. Baginda yakin kerajaan negeri sentiasa berusaha memastikan kesejahteraan dan menjaga kepentingan rakyat negeri ini supaya terus terjamin dengan melaksanakan pelbagai projek pembangunan termasuk pembinaan jalan berkembar dari Lipis ke Bentong. "Apa yang diharapkan ialah rakyat negeri ini bersyukur dengan pembangunan yang ada," titah baginda lagi. [Bandar Bentong bakal menjadi laluan utama kepada warga Kuala Lumpur pulang beraya ke kampung halaman masing-masing di Kelantan. Laluan Bentong-Raub-Lipis-Gua Musang akan menjadi penuh sesah dengan kenderaan. Kesesakan jalanraya akan berlaku dalam jarak yang jauh dua tiga hari menjelang Aidil Fitri. Justeru itu sudah tiba masanya jalan Bentong ke Raub itu diperbesarkan agar ia dapat memberikan keselesaan kepada orang ramai yang melaluinya. Jika tidak sudah pasti kelancaran lalu lintas akan senantiasa bermasalah seperti tahun-tahun yang lepas. Apatah lagi bilamana jalan dua lorong menjadi tiga lorong akibat sikap pemandu yang tidak berdisplin. Harapan kita agar kerajaan cakna isu ini]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan