jiwo kelate |
- Isu JAIS-Gereja: PERKASA nak tangguk Ikan di air Keruh
- Perkhidmatan Awam Wajib Neutral bukan menyebelahi Parti Pemerintah
- Isu Agama dan Perkauman mainan propaganda media Umno
- Harapan Anak Yatim Kg Chicha bermula
- Undi Pos: Panglima Angkatan Tentera tidak tahu banyak perkara
Isu JAIS-Gereja: PERKASA nak tangguk Ikan di air Keruh Posted: 19 Aug 2011 03:01 AM PDT Sebenarya, PERKASA tidak faham isu sebenar antara JAIS dan Gereja. PERKASA dan seumpamanya hanya nak menangguk di air keruh. Dan ambil kesempatan sahaja. PERKASA cuba nak jadi jaguh dan menyalahkan Umno, PKR dan PAS. Sedangkan parti-parti ini hanya menunggu apa tindakan JAIS selanjutnya. PAS dah jelaskan pendiriannya untuk bertemu kedua-dua pihak bagi mendapat penjelasan lanjut. Sehingga kini JAIS belum bersedia untuk bertemu PAS, khabarnya bagi menyiapkan laporan. Manakala pihak Gereja pula memberi alasan suasana yang tidak kondusif untuk mengadakan pertemuan. JAIS dah buat penyiasatan, akan buat laporan dan seterusnya akan buat tindakan pendakwaan atau sebaliknya. Apabila JAIS yang akan mengambil tindakan akhirnya untuk menyelesaikan kemelut ini. Adakah isu sebenar yang dihadapi oleh 12 orang itu akan selesai? JAIS pun kena kaji kenapa sebenarnya? Portal The Malaysia Insider hari ini melaporkan, Perkasa hari ini menuduh pemimpin-pemimpin Melayu dari Umno, PAS dan PKR mengorbankan Islam semata-mata mahu mendapatkan sokongan masyarakat Kristian dalam pilihan raya. Kumpulan membela hak Melayu itu mengadakan satu demonstrasi di Masjid Negara di sini — disertai kira-kira 20 orang — menuduh kumpulan Kristian memurtadkan umat Islam. "Gereja biadab," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali di sebalik persekitaran panas terik. SEBENARNYA, Ada tiga keadaan yang perlu diambilkira seperti yang diungkapkan oleh Blogger Al Bakistani, di sini. Samada menyokong JAIS ATAU SEBALIKNYA? Blogger Al Bakistani, menggariskan tiga golongan. Mereka adalah seperti berikut; Pertama : Kedua : Ketiga : Baca lanjut di sini. |
Perkhidmatan Awam Wajib Neutral bukan menyebelahi Parti Pemerintah Posted: 18 Aug 2011 08:08 PM PDT Malaysiakini melaporkan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar) menyelar kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos. Abdul Aziz berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga. "Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah YDP (Yang di-Pertuan) Agong," kata Abdul Aziz sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik. "ATM – sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan – hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah." Zulkifeli semalam menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara. Sambil menyifatkan perkara itu "tidak boleh berlaku", beliau berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong. Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dan setia serta menyokong angkatan tentera. Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Abdul Aziz berkata, ATM hanya perlu jalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang. "ATM perlu buktikan tidak berlakunya hal itu. Bukan buat penafian kosong. Tubuhkan jawatankuasa penyiasat sekurang-kurangnya," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu. "PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM ATM adalah milik rakyat. Ini yang panglima ATM kena faham," katanya. Dengan sinis, Abdul Aziz mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak ketua polis negara dan timbalannya yang didakwa "mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari perlembagaan". |
Isu Agama dan Perkauman mainan propaganda media Umno Posted: 18 Aug 2011 03:10 PM PDT SESUDAH SUBUH. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menggesa orang ramai tidak mempercayai propaganda media Umno pada masa ini yang kononnya menampakkan kumpulan tersebut membela Islam. Sebaliknya apa yang digembar-gemburkan sekarang hanyalah sekadar mainan isu untuk dipolitikkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13. Katanya, pergantungan Umno sekarang hanyalah kepada Melayu setelah mereka tidak yakin lagi untuk meraih majoriti undi bukan Melayu sebab itulah mereka mainkan isu agama dan perkauman. "Jadi tak perlulah percaya dengan provokasi media Umno pada masa ini yang begitu agresif memainkan isu gereja dan murtad. Kenapa setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang Umno/ N berkuasa baru sekarang tiba-tiba melenting? "Saya masih ingat dulu saya telah berceramah tentang ada orang Melayu yang dikristiankan dan saya dedahkan ada paderi berbangsa Melayu, tapi selepas itu saya yang kena ISA. "Saya kalau nak beritahu, Umno kalau betul-betul nak jaga Islam mereka tak tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad seperti yang berlaku di Johor dan Perlis," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang di Darul Amin, Sungai Gau di sini semalam. Pada program sehari suntuk itu 1,300 petugas parti di segenap peringkat hadir. Turut memberi ucapan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Baca lanjut di Harakahdaily |
Harapan Anak Yatim Kg Chicha bermula Posted: 18 Aug 2011 02:04 PM PDT oleh Salahuddin Ayub Pada hari ini Khamis 18 Ramadhan / Ogos 2011 sebanyak RM 20 ribu lagi sumbangan telah dapat di sampaikan kepada anak-anak yatim ini. Kerja-kerja awal untuk membina semula rumah anak-anak yatim ini telah pun bermula dengan di seliakan oleh pihak Pas Kawasan Kubang Kerian. Setakad ini saya telah menyerahkan sebanyak RM 40 ribu, sebagai menunaikan amanah dan tanggungjawab semua penderma yang sangat perihatin kepada nasib anak-anak yaim ini. Saya akan terus berusaha untuk menyempurnakan tanggungjawab ini isyaAllah. Saya telah menyampaikan juga salam semua penderma-penderma kepada anak-anak yatim ini dan mereka mendoakan agar penderma-penderma semua menerima ganjaran sewajarnya disisi Allah SWT. |
Undi Pos: Panglima Angkatan Tentera tidak tahu banyak perkara Posted: 18 Aug 2011 10:46 AM PDT Tindakan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (gambar)menyalahkan Pemuda PAS dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat. "Saya merasa terkejut terhadap kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang telah menyalahkan Pemuda PAS kerana membuat sidang media berhubung dengan pendedahan empat orang bekas anggota tentera berkenaan undi pos di Pejabat PAS Pusat, semalam," kata Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi DPPM, Mohd Adram Musa dalam satu kenyataan. Bekas anggota tentera tersebut adalah Majer(B) Risman Mastor, Komando (B) Mohd Kamel Omar, Mohamed Nasir Ahmad dan Kamarulzaman Ibrahim. Katanya, sebelum ini semasa Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Pemuda PAS juga telah membawa Abu Kassim di hadapan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Mohd Yusof untuk menerangkan pengalamannya berhubung dengan undi pos. "Zulkifeli bukan sahaja menuduh Pemuda PAS mengambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera malah menuduh sebagai kami sebagai pengkhianat. "Saya ingin mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tidak pernah mempergunakan bekas anggota tentera untuk membuat pendedahan," ujarnya. Menurutnya, mereka datang dengan penuh sedar, insaf dan sukarela. Katanya, mustahil bagi Pemuda PAS mampu mempergunakan bekas anggota tentera yang telah terdidik dengan disiplin dan jadi diri yang tinggi semasa dalam latihan dan perkhidmatan. Secara tidak langsung, ujarnya Panglima Angkatan Tentera telah menghina ke atas empat anggota tentera tersebut. Beliau penuh yakin bahawa ada lebih ramai lagi bekas anggota tentera akan tampil ke hadapan membongkar manipulasi undi pos pada masa akan datang. Katanya lagi, Pemuda PAS memberi peluang seluas-luasnya kepada mereka. Sepatutnya, ujar beliau selepas mendapat maklumat berkenaan manipulasi undi pos, Panglima Angkatan Tentara perlu mendapatkan maklumat secara langsung daripada ke empat-empat bekas anggota tentera terbabit. BERITA TERDAHULU Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya “mungkin telah dipergunakan sebagai alat.” “Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal. “(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya,” katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan. BIASANYA BOS NAK TENGOK KERJA SELESAI. PAT TU HANYA BACA PERATURAN, PATUH PERATURAN. APA YANG BERLAKU DIA TAK NAK AMBIL TAHU. Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut. “Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing. “Saya boleh ibaratkan (tindakan Pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan,” katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan. Ketika ditemui selepas itu, Zulkifeli dengan tegas berkata tindakan memangkah undi bagi pihak anggota lain seperti didakwa itu “tidak boleh berlaku.” “Macam mana ia boleh berlaku, kita tidak akan benarkan ia berlaku,” tambah Zulkifeli lagi, mengulas dakwaan yang ditimbulkan bekas anggota tentera itu bahawa mereka diarahkan untuk memangkah ribuan kertas undi semasa pilihan raya sebelum ini. Dalam sidang medianya, Zulkifeli berkata tindakan “mencemuh” sistem yang digunakan pakai dalam angkatan itu juga serius kerana boleh menjejaskan moral anggota tentera, katanya lagi. ATM apolitikal “Saya tertanya-tanya kenapa sidang akhbar semalam dilakukan, sedangkan perdana menteri telah berkata jawatankuasa terpilih parlimen akan diwujudkan (bagi memperbaiki sistem pilihan raya). “Adakah (Pemuda PAS) ingin timbulkan kontroversi berhubung isu itu, selepas tuduhan yang kata (orang) yang mempunyai status penduduk tetap dalam masa empat jam diberi (status) warganegara, isu ini pula yang timbul. |
You are subscribed to email updates from jiwo kelate To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan