Jumaat, 19 Ogos 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


2 Juta PATI telah diputihkan, Najib umum PRU bila-bila masa saja..

Posted: 19 Aug 2011 07:37 AM PDT

Suratan atau kebetulan?

Beberapa hari lalu Kerajaan telah mensasarkan sekitar 2 Juta pendatang asing tak kira masuk secara sah atau tidak sah untuk didaftarkan dibawah program pemutihan yang dikenali dengan 6P.

Dan pagi ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengumumkan seramai 2,040,709 orang pekerja sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) sudah mendaftar untuk Program 6P setakat 8 pagi Khamis.


Daripada jumlah itu, pekerja sah adalah seramai 936,732 orang manakala PATI berjumlah 1,103,977 orang.

Nampak mudah sangat nak menyeludup masuk ke Malaysia ni pasal senang-senang saja 1,103,977 orang PATI boleh meloloskan diri.. dia orang masuk ikut mana agaknya ya.. di sempadan ada pengawal, di lautan pun ada yang mengawal sempadan..

Setelah sasaran tercapai dan diumumkan oleh Hishamuddin.

Sebelah petangnya pula Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pula berkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.

Najib umum PRU13 boleh diadakan bila-bila masa setelah sasaran untuk memutihkan 2 Juta PATI tercapai.. kenapa agaknya??

Berita berkaitan...

Lebih 2 Juta Pendatang Asing Sudah Mendaftar Program 6P, Kata Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Seramai 2,040,709 orang pekerja sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) sudah mendaftar untuk Program 6P setakat 8 pagi Khamis, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata daripada jumlah itu, pekerja sah adalah seramai 936,732 orang manakala PATI berjumlah 1,103,977 orang.

Menurutnya angka itu di luar jangkaan kerajaan terutamanya ketika tempoh pendaftaran berikutan jumlah yang tinggi dalam masa singkat.

"Ini satu jumlah luar dugaan kita dalam konteks pendaftaran, kerana selepas ini ada lagi proses pemutihan, pengampunan, pemantauan dan penguatkuasaan perludilaksanakan.

"Oleh itu, dalam masa beberapa hari ini, saya merayu sangat kepada mereka yang belum mendaftar supaya tampil untuk mendaftarkan diri dengan segera,"katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa Kementerian Dalam Negeri di sini, malam Khamis. Beliau juga menafikan mereka akan dihantar pulang ke negara masing-masing selepas mendaftarkan diri dan menyifatkannya sebagai dakwaan bagi menggagalkanprogram 6P itu.

"Ada yang menuduh bahawa peralatan biometrik itu bermasalah...ia hanyalah tuduhan semata-mata kerana jika ada masalah besar, sudah pasti pendaftaran tidakmencecah 2 juta orang," katanya.

Hishammuddin berkata jumlah PATI terbesar ialah dari Indonesia iaitu seramai 551,268 orang diikuti Bangladesh seramai 241,538 orang manakala pekerja sah jugadidahului oleh Indonesia dengan 361,431 orang dan Bangladesh 116,960 orang.

"Ini bermakna kerjasama yang kita wujudkan dengan kerajaan Bangladesh dan Kedutaan Indonesia merupakan satu perancangan awal yang sudah pun berjaya keranajumlah yang ramai mendaftar dari kedua-dua negara ini.

"Saya mengucapkan terima kasih sangat kepada kedua-dua wakil negara-negara ini dan kerjasama ini akan kita teruskan," katanya.

Hishammuddin berkata proses itu perlu dilakukan kerana kerajaan sendiri tidak mengetahui jumlah sebenar pendatang asing yang berada di negara ini.

"Sebenarnya, daripada awal lagi kita membuat keputusan berani untuk meneruskan program ini kerana kita tidak tahu berapa ramai pekerja asing dinegara kita.

"Jumlah 2 juta ini adalah mereka yang berdaftar secara sukarela dan belum lagi memasuki proses pemutihan dan penguatkuasaan dan jumlah ini tidak mustahiluntuk menjadi lebih besar," katanya.

Pada majlis malam itu, Hishammuddin turut menyampaikan sumbangan berbentuk hamper dan wang tunai kepada anak-anak yatim dari sekitar Lembah Kelang.

Beliau turut meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-50 bersama-sama anggota UMNO Bahagian Semberong. - BERNAMA


Najib: PRU-13 boleh dipanggil bila-bila, tak terikat dengan panel Parlimen

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Datuk Seri Najib Razak berkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.

Jawatankuasa sembilan anggota itu akan dibentuk Oktober ini.

Bagaimanapun kata perdana menteri, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran Parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.

"Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas Parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Sementara mandat semasa Parlimen akan berakhir April 2013, sesetengah pihak berpandangan bahawa jawatankuasa itu memerlukan tempoh satu tahun untuk menyiapkan laporannya.

Najib juga mengetepikan ugutan daripada Pakatan Rakyat yang mahu memulaukan jawatankuasa pilihan khas itu jika terma rujukan tidak memuaskan.

"Ini adalah tawaran ikhlas daripada kami," kata beliau sambil menambah, pentadbirannya mahu mengadakan perbincangan dengan segenap lapisan pihak untuk mendapatkan konsensus mengenai pembaharuan yang hendak dibawa.

Isnin lalu, Najib mengumumkan pembentukan satu jawatankuasa pemilih secepat mungkin untuk meneliti status sistem pilihan raya ekoran kritikan dan dakwaan wujudnya kepincangan dan kecacatan.

Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu akan dianggotai oleh wakil Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat.

Minggu lalu Pakatan Rakyat memberi tempoh tujuh hari agar Najib memanggil satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan dengan pilihan raya negara ini.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan 9 Julai lalu dengan meletakkan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.

Terdahulu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan matlamat pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya tidak akan berjaya sekiranya ia hanya melibatkan perbincangan satu hala.

Beliau juga menyifatkan pembentukan jawatankuasa itu sebagai "penghias jendela" selain menegaskan Putrajaya tidak serius untuk melakukan reformasi sistem pilihan raya.

"Apabila mereka hanya menggunakan pendekatan sehala sahaja tanpa berunding tentang penubuhan ini, apa maknanya pembaharuan pilihan raya yang mereka nak buat sedangkan tidak mungkin jawatankuasa ini akan mencapai matlamat sekiranya pengerusinya sudah pasti seorang menteri dan mereka majoriti dalam jawatankuasa ini.

"Ini hanya penghias jendela sahaja dan ini membuktikan kerajaan tidak serius menangani isu yang kita tuntut dan jawatankuasa ini sekadar melepaskan batuk di tangga dan untuk mengalih pandangan daripada isu sebenar," katanya - The Malaysian Insider

Tak perlu tunggu 7 hari.. Lu saman sekarang Zainal - Guan Eng

Posted: 19 Aug 2011 06:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Lim Guan Eng berkata Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman tidak perlu menunggu sehingga tujuh hari untuk menyaman beliau, sebaliknya boleh berbuat demikian sekarang jika mahu.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan Zainal Abidin berbalas mesej menerusi Twitter petang ini mengenai tindakan saman berhubung kenyataan Lim, didakwa cuba mengaitkan isu perkauman ekoran insiden simbahan cat di ibu pejabat DAP, Ahad lalu.


"Tak payah tunggu tujuh hari. Saman sekarang. Kamu belit. Buktikan apa saya cakap," kata Lim (gambar) dalam mesej diposkan sekitar 7 petang tadi.

Kira-kira dua jam sebelum itu, Zainal Abidin dalam mesej kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata: "Saya beri notis tujuh hari kepada Lim Guan Eng, beri bukti, sebelum saya bawa ke mahkamah."

Khairy berkata beliau berharap Umno Pulau Pinang akan menyaman Lim kerana menuduh membakar ibu pejabat DAP di George Town.

Dalam pada itu, seorang ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah pula menulis, "Umno Selangor nak saman Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Umno Pulau Pinang nak saman Lim Guan Eng. Jangan tuduh kami bukan-bukan," katanya lagi.

Umno mengadakan mesyuarat majlis tertinggi petang ini.

Mesej-mesej Twitter mengenai isu itu muncul selepas berakhir mesyuarat MT.

Semalam, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menggesa Lim menarik balik kenyataannya yang didakwa cuba mengaitkan isu perkauman dengan insiden simbahan cat di ibu pejabat DAP.

Zainal Abidin berkata, kenyataan Lim itu telah memberi gambaran seolah-olah perbuatan simbah cat itu dilakukan oleh orang Islam.

"Sebagai Ketua Menteri, beliau tidak sepatutnya bercakap sembarangan tanpa bukti, apatah lagi cuba mengaitkan sesuatu kejadian jenayah dengan isu sensitif agama," katanya.

Lim sebelum ini dipetik berkata, simbahan cat di ibu pejabat DAP mungkin berkaitan dengan tindakan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang yang membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri ini menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh.

Ahad lepas, pejabat DAP di Jalan Talipon di George Town dan pusat perkhidmatan Setiausaha Politik Lim, Ng Wei Aik, di Lorong Seratus Tahun disimbah dengan cat.

Awal pagi semalam sebuah papan tanda dan pintu utama pejabat DAP Pulau Pinang itu mengalami kerosakan teruk akibat satu kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat.

Zainal Abidin berkata, kenyataan Lim itu jelas membuktikan beliau bukanlah seorang pemimpin negeri yang berhemah apabila cuba mencetus isu perkauman.

"Sebagai parti politik yang mewakili orang Melayu dan Islam, kita mahu Lim memberi bukti dakwaannya itu atau jika tidak mempunyai bukti, beliau harus menarik balik kenyataannya atau kita akan ambil tindakan undang-undang kerana cuba menghasut dan mencetus isu perkauman," katanya.


The Malaysian Insider

PERKASA kata Najib kebulur undi Kristian? (Video Inside)

Posted: 19 Aug 2011 02:17 AM PDT

"Kenapa kebulur sangat pada undi Kristian sehingga menggadaikan maruah Islam?" soal Setiausaha agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali.

Memang sangat jelas kebulurnya Najib akan undi Kristian.. sehingga beliau sanggup menghabiskan duit dan masa untuk terbang ke Rom bagi berjumpa dengan Pope hanya untuk meraih undi dari penganut Kristian di Malaysia.. sila baca di SINI laporannya..

Bagaimanapun, tambahnya, PERKASA tidak perlu menjadi orang tengah kerana pemimpin politik itu "masing-masing pandai dan ada otak".


Rasanya tak ada sesiapapun yang mahukan PERKASA menjadi orang tengah.. baik dari PR mahupun dari BN sendiri kerana kenyataan-kenyataan yang tak ada otak yang sering dikeluarkan mereka..

PERKASA: Pemimpin Melayu kebulur undi Kristian

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini menyatakan rasa kecewanya terhadap pemimpin Melayu dalam pelbagai parti yang didakwanya "kebulur" terhadap undi Kristian sehingga "menggadaikan maruah Islam".

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, sikap itu kelihatan apabila pemimpin Melayu Umno, PAS dan PKR berdiam diri dalam pelbagai isu, termasuk kes pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

"Jangan fikir soal parti lagi. Pemimpin Islam mesti bersatu, mesti berhenti kejar undi Kristian.

"Kenapa kebulur sangat pada undi Kristian sehingga menggadaikan maruah Islam?" soalnya.

Bercakap dalam sidang media di perkarangan Masjid Negara, Syed Hassan berkata, bermula dengan kontroversi penggunakan kalimah Allah, penganut Kristian mengasak umat Islam dengan pelbagai isu, sehingga kes pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Justeru, PERKASA memohon supaya Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam menitahkan supaya pemimpin Islam bersidang bagi membincangkan isu murtad.

Bagaimanapun, tambahnya, PERKASA tidak perlu menjadi orang tengah kerana pemimpin politik itu "masing-masing pandai dan ada otak".

Ditanya tentang asas kebimbangannya sedangkan jumlah orang Kristian di negara ini cuma 9 peratus, Syed Hassan berkata:

"Itulah yang kita pelik, 9 peratus sahaja, kenapa hendak kejar sangat undi mereka?"

30 anggota berdemo

Beliau juga berharap JAIS mempercepat siasatan terhadap isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) dengan dibantu pasukan polis.

Sebelum itu, Syed Hassan mengetuai hampir 30 anggota PERKASA berhimpun di masjid itu selepas solat Jumaat bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap pemimpin dalam tiga parti Melayu terbesar itu.

Dalam acara ringkas tidak sampai 30 minit itu, mereka membawa pelbagai poster mengecam pemimpin Islam dan meminta supaya guru Kristian diharamkan di sekolah kebangsaan.

Bagaimanapun, ditanya tentang cadangan itu, Syed Hassan berkata pihaknya cuma berharap pihak berkuasa memantau guru-guru itu kerana dibimbangi menyampaikan ajaran Kristian kepada murid Islam.

"Kalau mereka boleh janji tidak buat perkara itu tidak mengapalah," katanya lagi.

Sementara itu, ditanya tentang sambutan tidak menggalakkan apabila tidak ramai menyertai perhimpunan itu, Syed Hassan mengaku kecewa dengan keadaan itu.

"Ini kita buat ad hoc sahaja. Semalam baru cetak poster," jelasnya kepada kira-kira 30 pemberita dan jurugambar.



Malaysiakini

EKSKLUSIF! Video Saiful bersama TV3.. perhatikan dahinya.

Posted: 18 Aug 2011 11:45 PM PDT

Selasa dan Rabu lalu, Mohd Saiful keudara menerusi program berita TV3 Buletin Utama. Dalam wawancara eksklusif itu, beliau menceritakan kesukaran yang ditanggungnya akibat kes liwat itu.

Ketika diwawancara pada 15 Ogos 2011 maka genaplah tiga tahun kes Mohd Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah laknat di Dewan Utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur mengatakan kononnya diliwat oleh majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dan setelah tiga tahun kes ini berlalu tiada siapa yang tahu bagaimana si Saiful ini menyara kehidupannya.. adakah ayahnya masih menyara kehidupan seharian anaknya yang sudah tua bangka dan juga bakal berumahtangga dengan tunangnya itu?


Setelah tiga tahun berlalu.. tanda hitam didahi (dari persepsi orang Melayu.. ini dikatakan biasanya terjadi hasil dari kerajinan mengerjakan solat 5 waktu) yang pada awal perbicaraannya amat ketara kini sudah pudar..lihat gambar diatas..dan lihat juga rakaman video dibawah.

Tanda tersebut bukanlah satu tanda yang akan terjadi dalam jangkamasa yang pendek (kecuali kemalangan), ianya juga satu tanda yang memperlihatkan kewarakkan seseorang itu..

Jika diawal kes tanda tersebut jelas kelihatan di dahi Saiful kenapa sekarang telah hilang?

Adakah tanda tersebut hanya make-up yang dilakukan bagi mempengaruhi masyarakat Islam terutamanya warga emas kononya beliau seorang yang warak?

Adakah kini tanda di dahinya itu telah hilang kerana beliau sering mengambil air sembahyang pula?

Apa ke hal ni yop?

Berita yang tidak disiarkan oleh Utusan dan TV3

Posted: 18 Aug 2011 09:09 PM PDT



Ini adalah berita yang tidak disiarkan oleh media yang ditunggang UMNO baik Utusan, Berita Harian mahupun TV3 tapi ianya telah disiarkan di Singapura..


Britain siasat dakwaan KL bayar media gilap imej

M'sia bayar berjuta paun bagi penyiaran di BBC

KUALA LUMPUR: Penguasa media Britain, Pejabat Perhubungan (Ofcom), sedang giat menyiasat dakwaan bahawa Malaysia membayar berjuta paun kepada firma FBC Media bagi menggilap imej antarabangsanya melalui beberapa rancangan berita di stesen penyiaran British Broadcasting Corporation (BBC).

Laman berita The Malaysian Insider telah memetik akhbar harian Britain, The Independent, semalam sebagai melaporkan bahawa Ofcom akan memutuskan dalam masa terdekat ini 'sama ada akan melancarkan satu siasatan penuh ke atas kandungan yang dipersoalkan itu di bawah Kod Penyiarannya'.

Semalam, akhbar itu melaporkan bahawa pihak BBC sendiri sedang menyiasat beberapa rancangan mengenai Malaysia yang dihasilkan oleh FBC, sebuah firma Britain, yang disiarkannya.

Dalam kenyataannya yang dilaporkan The Independent, BBC berkata:

'FBC kini mengakui kepada BBC bahawa ia telah bekerja bagi kerajaan Malaysia.

'Maklumat itu tidak didedahkan kepada BBC, sedang kami percaya ia seharusnya dilakukan apabila pihak BBC memeterai kontrak rancangan itu daripada FBC.

'Memandangkan ini, pihak BBC memutuskan tidak lagi menyiarkan rancangan daripada FBC sementara ia mengkaji semula hubungannya dengan syarikat itu.'

Putrajaya telah menamatkan kontraknya dengan FBC selepas satu pendedahan menunjukkan bahawa para pemimpin Malaysia secara rutin muncul dalam wawancara dibayar pada rancangan-rancangan stesen berita CNBC.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) Malaysia telah menamatkan kontrak dengan FBC minggu lalu, selang beberapa bulan selepas kontraknya dengan sebuah lagi firma, Apco Worldwide, dari Amerika Syarikat, ditamatkan berikutan dakwaan adanya hubungan firma itu dengan Israel.

BBC menggantung semua rancangan yang dihasilkan oleh FBC Media, lapor The Independent semalam.

Pembabitan FBC Media dengan kerajaan Malaysia itu terbongkar selepas bil-bil tambahan kerajaan menunjukkan bayaran besar dibuat bagi satu 'Kempen Perhubungan Strategik Global'.

Catatan rekod menunjukkan bahawa sebanyak RM57.7 juta ($23.3 juta) telah dibayar oleh PMO kepada FBC bagi kempen itu antara 2008 dengan 2009.

The Independent berkata dokumen-dokumen yang difail dengan Dewan Perwakilan Amerika pada 2008 menunjukkan bahawa FBC menghubungi syarikat pelobi Amerika, Apco Worldwide, dan membayar lebih AS$80,000 ($96,320) pada tahun itu bagi tujuan 'meningkatkan kesedaran tentang pentingnya dasar-dasar di Malaysia yang properniagaan dan propelaburan serta (menunjukkan) pentingnya usaha pembaharuan dan antipengganasan negara itu'.

BBC sedang menyiasat jika bahan-bahan FBC yang disiarkannya bercanggah dengan garis panduan kesaksamaan penyiarannya.


Cyberita Online

Panglima ATM gagal faham apa itu kesetiaan.

Posted: 18 Aug 2011 08:19 PM PDT

"ATM - sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan - hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah." kata Aziz Bari mengulas kenyataan Panglima Angkatan Tentera semalam..

Inilah hasil yang kita dapat lihat bila seseorang itu berkuasa bukan kerana kebijaksanaanya dalam bidang yang diceburinya tapi mendapat pangkat dan kuasa kerana beliau bijak mengampu Menteri yang terbabit dengan perkhidmatannya.


Jika bukan kerana bijak mengampu salah satu kriteria yang membolehkan seseorang naik pangkat dalam perkhidmatan awam ialah pertalian saudara, contohnya dalam ATM.

Dikhabarkan ramai dari pegawai tinggi dalam ATM itu sendiri mempunyai talian persaudaraan dengan VVIP UMNO.. hasilnya.. seperti Panglima ATM itu.. kelihatan BODOH dan tidak Profesional..


Tentera hanya perlu setia kepada negara, Agong

Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos.

Abdul Aziz berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga.

"Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah YDP (Yang di-Pertuan) Agong," kata Abdul Aziz sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik.

"ATM - sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan - hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah."

Zulkifeli semalam menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara.

Sambil menyifatkan perkara itu "tidak boleh berlaku", beliau berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Penafian kosong

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dan setia serta menyokong angkatan tentera.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Abdul Aziz berkata, ATM hanya perlu jalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang.

Sedangkan, dakwanya, apa yang berlaku dalam konteks undi pos adalah jenayah.

"ATM perlu buktikan tidak berlakunya hal itu. Bukan buat penafian kosong. Tubuhkan jawatankuasa penyiasat sekurang-kurangnya," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Abdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana dia sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu.

"PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM ATM adalah milik rakyat. Ini yang panglima ATM kena faham," katanya.

Dengan sinis, Abdul Aziz mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak ketua polis negara dan timbalannya yang didakwa "mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari perlembagaan".


Malaysiakini

Rosmah : Kek yang terlebih ising..

Posted: 18 Aug 2011 02:35 PM PDT

Saya tersenyum apabila membaca komen pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian mengenai 'Wanita Pertama' Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Menurut Ibrahim, pusat bancian Merdeka Center percaya Rosmah tidak semestinya menjadi liabiliti kepada suaminya, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, walaupun itulah yang ditanggapi ramai.

Bagi Ibrahim, segala-galanya bergantung pada liputan media.


"Media yang tidak memihak kepada kerajaan menggambarkannya sebagai orang yang sangat negatif. Pelbagai perkara dan tohmahan dilemparkan ke atas Rosmah. Tetapi media arus perdana menggambarkannya sebagai orang yang sangat penyayang, prihatin, dan sering diberi liputan yang meluas,"katanya.

Bagaimana berita itu akan mempengaruhi atau mengheret kerjaya politik suaminya akan bergantung kepada liputan media, kata Ibrahim.

"Bergantung berita mana yang sampai kepada pengundi," katanya sambil menambah bahawa liputan media tradisional jauh lebih luas daripada media baru.

Saya bersetuju.

Tetapi berita yang sampai pun kalau terlebih-lebih sangat, ada mudaratnya. Banyak kerja baik yang dijaja berlebihan bertukar menjadi tidak baik. Ibarat kek, kalau terlebih sangat isingnya, kelat juga tekak nak telan.

Itulah yang dapat saya kesan daripada dua insiden. Pertama, ketika di rumah seorang kawan. Kami berbual sambil menonton Buletin Utama di TV3 apabila dia tiba-tiba mengalih siaran ke saloran lain sebaik sahaja muncul berita mengenai Rosmah.

"Tiap-tiap malam ada dia," komen kawan itu.

Dalam insiden terbaru pula dua hari lalu di sebuah kedai makan. Pemilik kedai mengalih siaran semasa TV menyiarkan berita Rosmah menghadiri majlis takzirah bersama para anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan Badan Amal dan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat).

Saya tak dengar dia berkata apa-apa. Tapi mukanya tidak mencerminkan orang yang sedang dalam kegembiraan. Selang dua tiga minit kemudian, dia kembali mengalihkan saloran ke siaran berita semula.

Dua insiden itu mungkin kecil. Tetapi nilainya menjadi agak besar kerana kedua-dua orang itu, kawan saya dan pekedai tadi, adalah orang yang saya ketahui sebagai ahli UMNO dan penyokong kuat BN. Kalau mereka begitu, bagaimana orang lain?

Dan berapa ramai lagi ahli dan penyokong UMNO yang berkongsi perasaan dengan mereka?

Saya teringat ketika mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi masih berkuasa dahulu. Ketika keluh-kisah orang terhadap kepimpinannya sedang memuncak, ada yang terus tutup TV apabila muka Pak Lah muncul.

Setakat sekarang saya belum lagi melihat orang menutup TV kerana tak mahu melihat muka Najib. Tetapi saya telah melihat orang mengalih-siaran kerana Rosmah.

Dan saya tertanya-tanya mungkinkah suatu masa akan ada orang yang menjual TV kerananya?

Mudah-mudahan tiada.

Tapi siapa tahu…


Dipetik dari Blog Pro UMNO yang nama blognya Rontogdaily

Tiada ulasan: