Sabtu, 13 Ogos 2011

otaiblues

otaiblues


Caya la lu bro.....

Posted: 12 Aug 2011 12:10 PM PDT


Bekas Komando TUDM dedah penipuan undi pos
"Saya berani tanggung risiko kerana menegakan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi," ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar (gambar)yang berpangkalan di Butterworth.
Beliau ketika menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah.
Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat pengiraan.
Menurut beliau, tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari pengundian sesuatu pilihan raya sebenar.
"Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang menunaikan amanah kepada negara," tambahnya.
Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan 500 undi lagi dipangkah oleh individu lain.
Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM, Butterworth.

Simpang 4 Permatang Binjai

Posted: 12 Aug 2011 12:03 PM PDT

Selang berapa hari aja,,dah berlaku lagi kemalangan di simpang empat itu..masaalah nya..jalan di situ sempit...sepatutnya telah lama kerajaan membesarkan jalan yang ada..di kiri kanan jalan..terdapat nya tali air..dengan jurang sedalam 2 meter..
Hanya satu je  cara bagi mengelakkan kemalangan berlaku di situ...perluaskan jalan yang sedia ada...
Memang telah sedia ada lampu isyarat di simpang tersebut,,,tapi apa lak maknanya jika sering rosak..

Kemalangan memang tak berbau tapi boleh di elakkan.....


KEPALA BATAS 12 Ogos – Hasrat dua beradik untuk berbuka puasa bersama adik bongsu yang pulang bercuti dari Johor tidak kesampaian apabila mereka terbunuh dalam nahas di Kampung Permatang Binjai dekat sini selepas membeli juadah berbuka puasa, petang semalam.
Norhashimah Hashim, 44, bersama adiknya, Normadiah, 38, dan menantu Norhashimah, Shamsul Kamal Razali, 38, maut selepas kereta Proton Wira yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner di persimpangan lampu isyarat kira-kira pukul 6.45 petang.
Anak tunggal Norhashimah, Siti Suraya Mansor, 23, yang juga isteri Shamsul Kamal dan sepupunya, Mohd. Firdaus Azlan, 10, cedera parah dan masing-masing dirawat di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Ketika kejadian, kereta yang dinaiki mereka berlima dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Bakar Kapor dekat Penaga selepas membeli juadah di Bazar Ramadan Maklom sebelum dirempuh Fortuner itu yang datang dari arah Butterworth menghala ke Tasek Gelugur...

Al fatihah buat mereka...

Tiada ulasan: