Addin |
- Projek Haram NKRA Di Kesan Di Sabah
- Serbuan Gereja : 12 Individu Muslim Beri Keterangan 15 Ogos
- Melayu Dikebumi Cara Buddha
| Projek Haram NKRA Di Kesan Di Sabah Posted: 13 Aug 2011 05:00 AM PDT Beberapa projek 'Haram' yang berselindung di sebalik Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dikesan di Sabah tanpa pengetahuan dan kelulusan Kerajaan Negeri Sabah. Timbalan Ketua Penerangan AMK Parti Keadilan Sabah, Citra Masadi yang menemui Sabahkini.net di Kuala Lumpur kelmarin mendedahkan siasatan beliau dan tim pemantau PKR mendapati Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah terlibat dengan salah laku penjawat awam dan menyalahguna kuasa mempengaruhi Lembaga Tender untuk memberikan dua tender berkenaan kepada kontraktor yang tidak berkelayakan. Citra menekankan, dua projek penting tersebut ialah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid di Pulau-Pulau Daerah Semporna Sabah melalui tender bernombor KKLW.T.40/2011 bernilai RM95,282,320.00 yang diberikan kepada Ternama Tabah Sdn.Bhd dan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa II di Pulau Banggi melalui tender bernombor KKLW.T.67/2011 bernilai RM81,475,281.42 diserahkan kepada Usaha Serimas Sdn.Bhd. Mengikut Citra, syarat khas di dalam dokumen tender projek tersebut mewajibkan tiga teras atau syarat utama yang perlu dipatuhi kontraktor iaitu berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga; mempunyai rekod kerja, pengalaman dan kewangan yang kukuh; dan mengutamakan barangan buatan tempatan. Memandangkan terdapat Bateri Lithium Polymer buatan tempatan, maka kata Citra, penggunaan Bateri Asid Plumbum yang diimport daripada Republik Checz dan Jerman tidak sewajarnya berlaku dan sekaligus membelakangkan Akta Kontrak kerajaan. Di samping itu, kontraktor wajib mendapatkan kelulusan Jabatan Alam Sekitar (Laporan EIA) sebelum memulakan projek berkenaan; tetapi amalan ini tidak dipatuhi dan kontraktor langsung tidak mempedulikan syarat kontrak yang memerlukan kelulusan Jabatan Alam Sekitar. Namun dua projek penting negara ini, kata Citra, boleh ditakrifkan sebagai 'Projek Haram NKRA' yang bakal menjatuhkan nama BN yang sedia buruk terutama amalan rasuah dan salahguna kuasa apabila kontraktor yang dipilih tidak berkelayakan langsung; apatah lagi tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga; tidak mempunyai kekompetansi untuk melaksanakan kerja-kerja pepasangan elektrik. Tambahan pula, kata Citra, Pengarah Alam Sekitar Sabah (JAS), Haji Abdul Razak Bin Abd Manap dalam Wawancara Khas dengan SabahkiniTV mengakui bahawa KKLW tidak pernah merujuk atau bekerjasama dengan JAS sebelum memanggil tender dan memulakan kerja memasang Sistem Solar Hibrid yang menggunakan Bateri Asid Plumbum yang bakal mencemar alam sekitar. Bagaimanapun, tegas Citra, di sebalik kenyataan Pengarah JAS, membuktikan bahawa KKLW telah membelakangkan semua peraturan yang berkuatkuasa dan menjadi agen pencemaran alam sekitar setelah bateri berkenaan luput jangka hayat penggunaannya. Menyentuh kekompetansi dua syarikat berkenaan iaitu Usaha Serimas Sdn.Bhd dan Ternama Tabah Sdn.Bhd, Citra menjelaskan bahawa dua syarikat berkenaan merupakan Kontraktor 'MUFLIS' di atas kertas kerana mempunyai liabiliti yang tinggi dan tidak mempunyai kewangan untuk melaksanakan projek terbabit dan menjadikan tender yang mereka perolehi selama ini sebagai Agen Penggubahan Wang Haram! Walaupun di dalam rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mencatatkan Ali Amat Bin Mohd Idris, (Mykad 500312-12-5293) memiliki 374,999 saham dan beralamat No. 16, Lorong Muntahan 1F,Taman Milek, Jalan Penampang, 88300 Kota Kinabalu dan Muktar Bin Sainal, (MyKad) 690714-12-5675, memiliki 375,001 saham dna beralamat di Taman Pertama Satu, Jalan Silam, 99110 Lahad Datu sebagai pemilik dan pemegang saham Ternama Tabah Sdn.Bhd; namun Citra mengenalpasti mereka hanya sebagai nominee atau khadam kepada Tauke Cina. "Kita telah mengenalpasti bahawa Albert Chan Sew Leang, pemilik sebenar Ternama Tabah Sdn.Bhd sebelum ini mendapat kontrak rundingan terus bernilai RM80 juta merupakan proksi kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Pairin Kitingan," kata Citra yang turut mendedahkan bahawa Albert Chan turut memiliki tanah serta sebuah Hotel dan Pusat Peranginan terkenal di Kota Kinabalu. Selain projek RM80 juta, Ternama Tabah Sdn.Bhd juga kata Citra turut mendapat Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sambungan Talian Grid Zon Empat (4) Negeri Sabah Tahun 2011- 2012 Secara Reka Dan Bina, Sabah pada 04 April 2011 bernilai RM55,864,389.65 daripada KKLW. Semakan dengan rekod SSM juga kata Citra, mendapati Ternama Tabah Sdn.Bhd yang mempunyai alamat berdaftar di Lot 84, Tingkat 1, Blok I, Asiacity, 88000 Kota Kinabalu turut dibeban dengan liabiliti yang belum selesai dengan Malayan Banking sejumlah RM36 juta pada 2009. Mengikut penyata kewangan yang berakhir pada 31 Ogos 2009, Ternama Tabah Sdn.Bhd mencatatkan kerugian RM8,241 selepas cukai dan tidak mempunyai sebarang pendapatan pada tahun berkenaan. Manakala Usaha Serimas Sdn.Bhd pula yang didaftarkan atas nama Adrian Maurice Dominic (MyKad 470707-12-5349) yang beralamat di Rumah No. 8, Lot 89, Lorong Rindu, Taman Rindu, 88300 Kota Kinabalu memiliki 980,000 unit Saham; dan Felix Kugan (MyKad 741026-12-5265) yang beralamat di 150, Taman Landbreeze, Jalan Penampang, 88200 Kota Kinabalu memiliki 20,000 unit Saham. Penyata Kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2010, syarikat ini mendapat hasil sejumlah RM239,276; namun kerugian selepas cukai dicatatkan RM286,688. Semakan dengan rekod Bank Negara juga mendapati Usaha Serimas Sdn.Bhd tidak mempunyai akaun bank dan adalah agak ganjil dan mustahil untuk menjalankan projek bernilai RM81,475,281.42; melainkan menyerahkan projek kepada Sub-Kontraktor dan menerima komisyen tunai. Kedua-dua syarikat tersebut kata Citra telah dikenalpasti digunakan sebagai agen 'Penggubahan Wang Haram' bagi Shafie, kroni dan proksinya yang menerima antara 20 hingga 30 peratus daripada nilai kontrak yang di Top-Up sehingga 60 % daripada nilai anggaran kontrak asal. Sehubungan itu kata Citra, Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Alam Sekitar hendaklah menjalankan siasatan rapi dan kajian rigid berhubung dua projek haram NKRA ini; dan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan. Baca sini juga. |
| Serbuan Gereja : 12 Individu Muslim Beri Keterangan 15 Ogos Posted: 13 Aug 2011 02:00 AM PDT PETALING JAYA - Seramai 12 individu Muslim yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika menghadiri majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Seksyen 13 minggu lalu akan hadir memberi keterangan Isnin depan. Perkara itu dimaklumkan oleh sumber dalaman bahagian penguatkuasaan Jais dan ini sudah dimaklumkan kepada 12 individu berkenaan kelmarin supaya hadir di pejabat jabatan agama itu di Shah Alam. Menurut sumber itu, peguam dari firma guaman Tetuan Lee Hishamuddin yang mewakil 10 daripada 12 individu Muslim itu memahami situasi terbabit dan membenarkan anak guam mereka hadir memberi keterangan kepada Jais. "Sebelum ini, mereka sudah menerima surat untuk hadir memberi keterangan namun gagal berbuat demikian pada Selasa lalu. Sedangkan mereka adalah saksi kepada kes penyebaran agama bukan Islam kepada Islam, jadi kita perlu memanggil mereka untuk merekodkan kenyataan. "Peguam mereka sudah memahami keadaan ini. Peguam benarkan anak guam mereka untuk hadir. Namun jika masih gagal berbuat demikian maka waran tangkap akan dikeluarkan kepada 12 individu tersebut," katanya kepada FMT. Pada 3 Ogos lalu, Jais menyerbu gereja DUMC selepas mendapat maklumat kehadiran sebilangan orang Islam pada majlis makan malam di gereja berkenaan. Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, seorang penceramah menyampaikan ucapan dengan menyelit ayat-ayat Al Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut Islam. Berpandukan kepada siasatan awal, mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Di bawah seksyen itu, seseorang yang didapati melakukan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya cenderung kepada mana-mana agama bukan Islam, atau supaya menjadi penganut atau anggota mana-mana agama bukan Islam, atau supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam. Mereka boleh disabitkan mengikut seksyen kecil (1) dan jika didapati bersalah boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali./fmt |
| Posted: 12 Aug 2011 10:26 PM PDT KANGAR - Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam memutuskan mayat warga emas berketurunan Melayu dikenali Selimah Mat dikebumikan mengikut amalan Buddha selepas mendapati si mati tidak lagi mengamalkan ajaran Islam selepas berkahwin sejak 62 tahun lalu. Mengikut laporan, Selimah, 78, adalah berketurunan Melayu berdasarkan identiti pada kad pengenalannya yang beragama Islam. Identitinya itu dikesan apabila anak lelakinya, Aisok a/l Elan, membuat laporan polis mengenai kematian ibunya di Balai Polis Mata Ayer, dekat sini, 12 Jun lalu. Selimah dari Kampung Panggas, Chuping, dekat sini dikatakan dibawa lari ke Thailand dan berkahwin dengan seorang lelaki Thai berketurunan Buddha dikenali sebagai Elan ketika berusia 16 tahun serta menetap di negara jiran. Bagaimanapun, si mati dikatakan pulang semula ke kampung halaman suaminya di Kampung Guar Musang, di sini dengan membawa pulang seorang anak perempuan berusia tiga tahun pada 1954 lalu. Pasangan itu mempunyai dua anak iaitu Aisok, 53 dan seorang perempuan berusia 58 tahun. Hakim Mahkamah Syariah, Zaini Abdul Rahim, menyatakan mahkamah berpuas hati dengan keterangan daripada pihak Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) berhubung status si mati yang sudah tidak mengamalkan ajaran Islam dan membenarkan pengebumian mayat wanita itu dilakukan mengikut amalan Buddha. |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan