A Mum Of Three Mohd |
Merdekakan negara daripada Najib Razak Posted: 23 Aug 2011 02:04 AM PDT Menara Warisan Merdeka yang diidam-idamkan oleh Najib laki bini kini sedang dalam proses pembikinannya. Walaupun ditentang hebat oleh rakyat, ia tetap diteruskan. Fuuhh...!!! Ketegaq amat si Najib ni. [sini] Sah....pemilihan Najib sebagai Piem 1Malaysia, satu kesilapan yang amat besar. Dia ni tak layak jadi piem. Dia hanya layak jadi, laki Rosmah. Padan dan secocok sekali. Dia tak tahu prioriti dan tak tahu mana yang perlu dia beri keutamaan terlebih dahulu, kesejateraan rakyat atau merealisasikan impian peribadinya. Dalam keadaan ekonomi negara yang tak menentu... dan dalam keadaan rakyat dihimpit oleh beban kesan kegagalan ekonomi negara yang tak berfungsi dengan baik di bawah pentadbirannya, dia masih nak meneruskan satu projek gergasi yang amat membazirkan wang rakyat. Itulah sifat riak dan berlagak yang ada pada Najib. Tak layak dan tak patut jadi Piem. Memang UMporNO dah tersalah pilih. Bodohnya puak-puak UMorNO ni. Semuanya mempunyai very bad taste.... sukakan benda yang busuk!! Akibat kesan tersalah pilih pemimpin, kini rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung kesannya. Weh.... jangan terkejut Menara Warisan Merdeka ini akan menjadikan Malaysia negara papa kedana. Bankrup kita weh.... Kita kemungkinan akan mewarisi negara yang bankrup. Jangan terkojut seandainya Malaysia hilang 'kemerdekaan'nya gara-gara hutang akibat kebodohan para pemimpin UMporNO mengurus kewangan negara. Jangan terkojut sekiranya kita, rakyat Malaysia yang akan mewarisi hutang yang Najib bikin kesan pembinaan menara ini. Kita yang kena tanggung beb.... bukan dia!! Eeeiii... Seriaunya aku. Apakah rakyat Malaysia akan terus-terusan dihimpit penderitaan jika terus berada di bawah pemerintahan Najib, si Big Spender yang hidup bergaya mewah?? Nauzubillah... Mampuih kita komer!! Sekarang kos yang diumumkan ialah 6 billion. Tidak mustahil.... sehingga selesai tertegaknya menara tersebut nanti, kosnya mungkin meningkat berlipat kali ganda lagi. Well.... al maklumler ini negara, Malaysia Boleh. Negara yang ditadbir oleh UMporNO sebagai penerajunya. Hahahaha.... Malaysia Boleh, negara yang banyak ketirisan.... banyak rasuah dan banyak salah guna kuasa. Ini tak termasuk kemungkinan berlakunya peningkatan kos atau harga bahan-bahan pembinaannya. Yang 'lebat tiris'... $$$$$$$ masuk ke dalam poket kroni dan proksi mereka, manakala yang dipaksa menanggung beban $$$$$$$ untuk menampung ketirisan tersebut ialah kita.... rakyat Malaysia yang malang. Jadi.... tak silap rasanya jika aku katakan Najib ialah mala petaka buat Malaysia dan rakyatnya. Mala petaka mesti dijauhi. Mala petaka jangan terus dibiarkan begitu saja. Kita kena usahakan agar kesan mala petaka itu tak terus-menerus memberi kesan kepada kesejahteraan hidup kita. Najib.... mala petaka bikinan UMporNO. Najib sebagai piem Malaysia.... ialah satu kesilapan. Kesilapan ynag masih boleh diperbetulkan. Jadi, moh kita nyahkan dia pergi. UMporNO ke, bukan UMporNO ke.... jom kita 'kubur'kan Najib. UMporNO bertindak dan bergerak dari dalam parti, manakala yang anti-Najib pula mengatur strategi dari luar. Liabiliti yang tak berguna ini mesti pergi. Full stop!! |
Posted: 22 Aug 2011 09:37 AM PDT Eleh.... UMporNO Selangor nak saman Mustafa Ali RM10 juta. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mempertahankan dakwaannya Umno mendalangi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu. Malah, tegasnya, beliau tidak akan memohon maaf secara terbuka seperti yang dituntut Umno Selangor pada 16 Ogos lalu. "Saya berpegang kepada kenyataan saya, tidak akan minta maaf," kata Mustafa dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini. Beliau diminta mengulas kenyataan setiausaha badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed hari ini bahawa pihaknya akan memulakan proses saman fitnah RM10 juta terhadap setiausaha agung PAS itu. Mohd Zin dilaporkan berkata pihaknya akan berbuat demikian ekoran keengganan Mustafa untuk memohon maaf secara terbuka seperti yang dituntut Umno Selangor itu. Umno Selangor, katanya, melantik Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak untuk menjalankan proses perundangan itu yang disifatkan "adalah yang terbaik untuk mempertahankan maruah Umno Selangor". Peguam Abu Bakar Isa Ramat berkata notis peguam akan dihantar kepada pihak berkenaan dalam masa terdekat dan saman akan difailkan selepas tempoh tujuh hari bekerja di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Mohd Zin berkata selain Mustafa, pihaknya dan peguam yang dilantik juga sedang meneliti untuk menamakan beberapa pihak lain dalam notis saman itu nanti. Pada 15 Ogos lalu, Harakah melaporkan Mustafa menyeru pemimpin dan anggota PAS supaya tidak terjebak dalam 'perangkap' Umno dalam isu JAIS dan gereja. Beliau mendakwa mendapat maklumat 'dalaman' JAIS bahawa Umno ada peranan dalam operasi JAIS di Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya pada 3 Ogos lepas. Woit soriler nak minta maaf... Tidak sekali-kali maaf akan aku pohon. Itu pendirian tegas Mustafa Ali. - Mkini Nak saman?? Saman ler!! Saman ler!! Tak takut pun.... Ha ha ha ha.... See you in court!! |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan