Selasa, 23 Ogos 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Khir Toyo kata Tiga Menteri UMNO BODOH?

Posted: 23 Aug 2011 09:00 AM PDT

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri dari UMNO yag BODOH, sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Itulah antara budaya yang ada dalam UMNO, bila sedang berkuasa mereka akan dijilat semahunya kentut yang berbau bangkai dikatakan wangi.. tapi bila dah tersungkur akan dipijak semahunya pula biar mampus cepat sikit! Begitu juga nasib Koh Tsu Koon..


Khir Toyo: Tiga menteri mahu saya dipenjarakan

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.

Namun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai.

"Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya," tulisnya.

Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.

"Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

Kebodohan pemimpin

"Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini," tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman.

Beliau juga mengingatkan ketiga-tiga menteri berkenaan, agar menumpukan kerja mereka membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio masing-masing.

"Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor.

"Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

"Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?" soalnya lagi.

Menurut Dr Khir, majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak Umno mahu pun di pihak parti-parti lain.

Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008.

Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno.

Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar, seteru Dr Khir sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang.

Menurut spekulasi Dr Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.


Malaysiakini

Najib ikut jejak Dr M untuk jatuhkan saya - Anwar

Posted: 23 Aug 2011 04:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mengikut jejak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menggunakan segala institusi kerajaan untuk menghalang keadilan, dakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Disebabkan tidak mempunyai sebarang kepercayaan bahawa beliau akan menerima pembicaraan yang adil, Anwar yang juga saksi utama dalam kes liwatnya telah memilih untuk memberikan keterangan dari kandang tertuduh, di mana beliau tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwaraya.


"Seperti yang telah saya katakan, ini bukan satu pembicaraan jenayah. Ini satu episod yang diatur oleh kuasa-kuasa berkenaan supaya saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa.

"Pada tahun 1998, Tun Dr Mahathir telahpun berbuat demikian, dengan sikap Machiavellian-nya yang menggunakan segala kuasa, berjaya memenjarakan saya selama 15 tahun untuk kesalahan yang tidak pernah saya lakukan. Dan ini jenis kezaliman dan ketidakadilan yang masih berterusan sehingga hari ini.

"Najib Razak sedang melakukan perkara yang sama seperti mentor beliau, di mana segala apa yang dikuasainya melalui media, polis, peguam negara dan sistem kehakiman akan digunakan untuk menggulingkan perjalanan keadilan dan mengeluarkan saya dari arena politik," dakwa Anwar dalam kenyataannya dalam kandang tertuduh.

Menggunakan ungkapan yang dipetik dari Nelson Mandela, Shakespeare dan juga al-Quran dalam kenyataannya, Anwar menyifatkan hakim pembicaraan Datuk Mohd Zabidin Mohamad sebagai gagal memastikan perbicaran adil dalam kes Liwat II yang dihadapinya dan sekeras-kerasnya menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Kejayaan Pakatan Rakyat pada 2008 telah menyemarakan usaha untuk membuang beliau kembali ke penjara, kata Anwar.

"Ketakutan mereka disahkan apabila ia menjadi jelas bahawa tempoh ketidak-layakan saya untuk bertanding dalam pilihanraya tamat, dan saya akan bertanding di satu kerusi parlimen, di mana jika saya menang, saya akan diangkat sebagai Ketua Pembangkang.

"Oleh itu, ia bukan kebetulan kerana konspirasi baru itu muncul tiga bulan selepas kemenangan Mac 2008 dan pendakwaan rasmi terhadap saya itu dibuat hanya satu bulan sebelum saya bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum pertuduhan rasmi dibuat adalah diambil dari plot yang berlaku pada tahun 1998, yang tiada dalam episod terbaru ini, hanyalah kes mata hitam dan mangsa-mangsa yang dipaksa bawa ke mahkamah sebagai rakan kongsi dalam jenayah," serang Anwar.

Dalam episod terbaru ini, kata Anwar para konspirator telah mengubah plot untuk membuat pendakwa dilihat sebagai seorang mangsa tidak berkeupayaan, kerana sedar plot 1998 yang menggunakan cara pengakuan paksa dan khianat oleh para mangsa sebagai satu perbuatan taubat susah dipercayai orang awam.

Anwar turut berkata konspirasi ini sememangnya mempunyai kaitan penuh dengan Najib dan isterinya Rosmah apabila Saiful sendiri mengakui pernah berjumpa dengan Najib di kediamannya untuk mengadu bahawa beliau diliwat.

"Kenyataan awal Najib bahawa beliau telah bertemu dengan pengadu untuk berbincang masalah biasiswa adalah penipuan besar, yang selepas itu ditarik balik disebabkan ledakan di media sosial dan juga blog-blog di Internet.

"Ia adalah jelas bahawa Najib dan Rosmah tidak mahu dilihat berkait dengan konspirasi ini, pada masa mereka sendiri turut terlibat dalam pelbagai skandal yang dibangkitkan di parlimen yang sehingga kini tidak dijawab," kata beliau.

Konspirasi ini akan dimainkan sehingga beliau dipenjarakan, kata Anwar kerana prospek kekalahan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat sudah hampir menjadi realiti.

"Najib ingat dengan memusnahkan karier politik saya, ia akan juga memusnahkan prospek Pakatan Rakyat untuk berkuasa. Dengan itu, tiada yang tidak akan dikorbankan untuk memastikan saya dijatuhkan hukuman supaya kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno akan terus berkuasa," tegas Anwar.

Anwar mendakwa Hakim Zabidin telah menunjukkan dengan jelas bahawa beliau tidak saksama dalam pembicaraan ini.

"Saya kata sedemikian kerana anda telah berkali-kali menolak untuk mengundurkan diri walaupun dengan pelbagai bukti yang menunjukkan anda bias terhadap saya. Saya kata sedemikian juga kerana anda telah membutakan mata terhadap pencabulan protokol dan prosedur yang dilakukan oleh pihak pendakwaan manakala pada masa yang sama tidak mengendahkan bantahan saya terhadap pelbagai penyelewengan yang terang-bederang, yang mana akan tanpa lebih memberi amaran kepada mana-mana hakim yang adil terhadap niat jahat dan zalim pihak pendakwaan.

"Dalam perkara wajib untuk seorang hakim, Al-Quran mengarahkan agar: 'Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, anda mesti berlaku adil'," tambah Anwar.

Sementara itu, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof yang enggan menjadi saksi pembelaan Anwar akan disepina ke mahkamah.

Sepina juga akan dimohon dikeluarkan kepada doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang hanya dikenali sebagai 'Suliati'.

Menurut peguam Karpal Singh yang dipetik Malaysiakini sebagai berkata, pihak pembelaan telah membuat permohonan dan menjangka saksi berkenaan akan tampil di mahkamah.

Ditanya sama ada, mereka boleh menolaknya, Karpal berkata tidak boleh dan sekiranya mereka berbuat demikian, waran tangkap boleh dikeluarkan ke atas mereka.

"Ia hanya boleh diketepikan. Setakat ini, belum ada permohonan untuk berbuat demikian," katanya.


Harakahdaily

Jangan politikkan kenaikan harga barang?

Posted: 23 Aug 2011 02:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membidas
tindakan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang cuba mempolitikkan isu kenaikan harga barangan kawalan.

Ismail Sabri juga menganggap pemimpin pembangkang itu tidak mengikuti perkembangan semasa dunia kerana mendakwa kenaikan harga barang berpunca daripada kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) menguruskan ekonomi negara.


"Kalau ikut cakap dia (Mahfuz) seluruh dunia lah gagal macam tu, sebab seluruh dunia ketika ini mengalami kenaikan harga barang…ianya satu fenomena global. Cuba suruh dia sebut negara mana yang turun harga barang," katanya pada sidang media, di sini.

Beliau mengulas kenyataan Mahfuz yang semalam mendakwa kenaikan harga barang kawalan sejak kebelakangan ini berpunca daripada kegagalan pengurusan ekonomi dan kewangan negara oleh kerajaan BN.

Ismail Sabri berkata kerajaan pusat juga tidak pernah menghalang kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang untuk menurunkan harga barangan di negeri masing-masing jika benar dakwaan Mahfuz bahawa BN punca kenaikan harga barang.

"Suruhlah negeri pembangkang buat, turunkan harga, dia kena supportla penjual nasi kerabu, nasi dagang, mahu bagi duit ke atau subsidi, kita tak sekat tapi akhirnya dia tak akan buat apa-apa…cakap lebih mudah dari melakukan," katanya.

Mengulas lanjut mengenai kenaikan harga barangan kawalan sekarang, Ismail Sabri berkata pihaknya tidak pernah menafikan perkara itu, namun pada masa yang sama kerajaan berusaha mengurangkan kesannya ke atas rakyat.

"Kalau di negara lain, kerajaannya hanya akan cakap, 'leave it to the market', tapi kita di sini melakukan pelbagai usaha bagi mengurangkan kos hidup kesan kenaikan harga barang global," katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau memberi contoh pengenalan skim harga barang kawalan sempena perayaan dan Kedai 1Malaysia serta Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi menangani kos hidup rakyat yang kini dilaksana kerajaan BN.

Ditanya mengenai penguatkuasaan skim kawalan harga barangan terkawal sempena Aidilfitri, beliau berkata ia dikuatkuasakan bermula hari ini dan seramai 3,000 pegawai penguatkuasa akan digerakkan bagi tempoh 14 hari bagi pemantauan, dengan dibantu 50,000 rakan pengguna.


Free Malaysia Today

Kes Liwat : Kaedah, Sampel bukti disimpan 56 jam dipertikai pakar

Posted: 23 Aug 2011 01:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pakar patologi forensik dari Australia, Dr David Wells hari ini mempertikaikan cara sampel bukti disediakan dalam kes Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau merujuk kepada cara calitan putik kapas diambil dan disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur dan juga cara ia dikendalikan oleh pegawai penyiasat polis.

Menurutnya, beliau belum pernah mendengar sampel air mani diambil daripada tubuh mana-mana mangsa 56 jam selepas kejadian didakwa berlaku.


"Integriti spesimen yang digunakan adalah amat penting (dalam mana-mana kes)," kata Dr Wells.

Menurutnya lagi, cara pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira yang membuka semula sampel dari Hospital Kuala Lumpur kononnya untuk membuat tanda baru sebelum diserahkan ke Jabatan Kimia Malaysia membuktikan ia tidak kalis daripada diubahsuai.

"Jika anda tanya saya samada ia (sampel) ia kalis ubahsuai, tidak," kata Dr Wells.

Menurutnya, cara yang biasa dilakukan dalam pengambilan sampel dari tubuh mana-mana mangsa serangan seksual adalah dengan meletakkannya dalam botol plastik yang bernombor siri pada botol dan juga pada penutupnya.

Dengan cara itu katanya, apabila sampel itu dibuka dari sebelum diserahkan ke makmal untuk diujikaji, ia akan menyebabkan sampel itu tercemar.

Sewaktu ditanya Sankara Nair, beliau bersetuju bahawa dengan keadaan cuaca di Malaysia, sampel yang diambil daripada tubuh Saiful dan terdedah kepada udara itu mengalami risiko cepat rosak.

"Pada suhu bilik, kualiti sampel boleh mula merosot dengan agak cepat," kata Dr Wells.

Peguam Anwar, Sankara Nair sewaktu di luar mahkamah menyifatkan hujah-hujah Dr Wells yang membuktikan integriti sampel dari HKL boleh tercemar atau pun diubahsuai sebagai perkara yang memang berlaku.

"Pakar dari Australia telah menyatakan IO memotong eksibit kononnya untuk buat tanda baru.

Ia memberi peluang untuk calitan kapas DNA tercemar atau diubahsuai.

Perkara ini memang berlaku dan pakar sendiri kata prosedur ini tidak betul," kata Sankara.

Beliau juga menyifatkan keterangan Dr Wells yang menyokong hujah peguam bela sebagai satu kejayaan kepada mereka.

"Ini satu kejayaan untuk peguam bela" kata Sankara.


http://www.keadilandaily.com/?p=19354


Kes Liwat : Laporan HKL tidak lengkap dan tepat- pakar Australia

Posted: 23 Aug 2011 12:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pakar Patologi dari Australia, Dr David Wells dalam keterangannya pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur tidak lengkap dan tepat.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Dr Wells memberitahu pentingnya untuk merekod kes seksual secara terpeinci, kerana ia memperincikan apa yang terjadi dan akan diteliti oleh ramai orang.

"Ia (aspek) penting untuk proses dokumentasi pesakit," katanya.


Ketika ditanya peguam, Sankara Nair apakah menjadi kebiasaan untuk mencatatkan tabiat mangsa seksual, beliau berkata 'ia penting untuk direkodkan'.

"Saya sedikit kecewa dengan sejarah yang direkodkan," katanya sambil menambah beliau tidak menemui sebarang penemuan klinikal yang direkodkan pada laporan perubatan HKL.

Selain itu, Wells turut mempersoalkan catatan doktor yang menyebut 'tiada penemuan konklusif' sedangkan berdasarkan pengalaman beliau, ia sepatutnya ditulis 'tiada sebarang penemuan".

Katanya perkataan "konklusif" bermaksud doktor yang memeriksa Saiful kurang pasti akan penemuannya sendiri.

Beliau berkata ketika borang proforma Saiful menunjukkan ada pendarahan, laporan perubatan pula menunjukkan sebaliknya.

Menurutnya, borang berkenaan sepatutnya diisi dengan betul. "Ia mesti diisi untuk menunjukkan kesemua pemeriksaan dibuat sewajarnya. Saya keliru oleh bahagian-bahagian penting yang hilang," kata beliau.

Menurut Wells lagi, pencemaran bahan DNA juga adalah isu penting dan mengakui ia tidak boleh dihentikan dan bukti itu perlu disokong oleh ujian klinikal lain.

Beliau juga mengakui kemungkinan berlaku kesilapan manusia.

Sebelum itu, Dr Wells menerangkan tentang kelayakan beliau, yang merupakan ketua pasukan forensik di Victoria Institute Of Medicine dan profesor di Monash Universiti, Australia. Well menyatakan beliau mempunyai kepakaran mengenai keganasan seksual dan menulis beberapa buku dan artikel mengenai keganasan seksual.

Beliau juga pernah menjadi saksi di Australia dan United Kingdom. Wells berkata beliau juga melatih pegawai polis, jururawat dan doktor yang melakukan perubatan forensik. Beliau juga pernah mengadkaan kursus di Malaysia dan membantu melatih doktor di sini.

Wells menyatakan beliau menjadi saksi di pelbagai mahkamah, dari majistret hingga Mahkamah Tinggi dan percaya testimoni beliau diterima oleh mahkamah.

Beliau juga memberitahu mahkamah beliau telah menetap di Malaysia selama tujuh tahun dan bapanya bekerja dengan bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman.


http://www.keadilandaily.com/?p=19335


Gambar : 4 Lelaki Rusia 'Rakam dan Rogol' pelajar Malaysia.

Posted: 23 Aug 2011 12:09 AM PDT

Empat pemuda Rusia daripada keluarga kaya menggunakan iPhone untuk merakam aksi mereka merogol seorang pelajar kolej swasta eksklusif berusia 18 tahun di selatan London.

Keempat-empat pemuda Rusia yang baru berada di Britain selama dua minggu itu telah melakukan serangan seksual kepada pelajar Malaysia selama dua jam dan setengah. Pelajar Malaysia itu menuntut di sebuah kolej esklusif yang mengenakan bayaran £30,000 setahun.


Kesemua tertuduh berusia antara 19 dan 23 tahun, memberikan komentar menjijikkan - malah merakamkan pengakuan tentang rancangan untuk melakukan serangan seksual itu sehari sebelum kejadian.




Guilty: Clockwise from top left, Oleg Ivanov, 23, Norayr Davtyan, 22, Armen Simonyan, 19, and 23-year-old Gregory Melnikov all denied the offence but were unanimously convicted by a jury at Woolwich Crown Court


Oleg Ivanov, 23, Norayr Davtyan, 22, Armen Simonyan, 19, dan Gregory Melnikov, 23, menafikan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka, namun juri di Mahkamah Woolwich Crown sebulat suara mendapati mereka bersalah.

Davtyan menyifatkan gadis itu sebagai 'mesin' dan di dalam kotak saksi memanggilnya sebagai 'sl **'. Mahkamah diberitahu bahawa Ivanov berasa 'kasihan' terhadap mangsa, apabila melihat dia menangis tetapi dipujuk oleh rakannya Davtyan.

Pendakwa Peter Clement, berkata: "Ahli geng ini melihat aksi antara satu dengan yang lain, memberikan kata-kata semangat antara satu dengan yang lain, dan melontarkan kata-kata komentar tentang perkara yang telah dan akan mereka lakukan terhadap mangsa."

Menurut keterangan mahkamah, pelajar Malaysia itu menghadiri sebuah parti dan meneguk segelas wiski sebelum ke disko.Walaupun tidak ada bukti kukuh yang menyatakan bahawa minumannya itu diletakkan bahan tertentu namun pelajar itu dilaporkan mabuk sebelum kembali kepada parti, muntah-muntah lalu tertidur.

Pada keesokan paginya, mangsa bangun yang menyedari seorang lelaki sedang melakukan seks dengan dirinya. Dia tidak dapat bergerak.

Mangsa memberitahu polis: "Saya hanya mahu dia berhenti, saya tidak dapat bangun, saya tidak dapat berdiri, saya berasa benar-benar, benar-benar, benar-benar letih, saya tidak dapat berbuat apa-apa saya tidak boleh menggerakkan tangan saya .. .

"Saya hanya mahu menutup mata saya, saya hanya ingin mati, saya tidak rela akan perlakuan mereka."





Davtyan telah disabitkan atas dua tuduhan rogol, Melnikov disabitkan dengan satu tuduhan rogol dan cubaan rogol manakala Ivanov dan Simonyan kedua-duanya disabitkan atas satu tuduhan rogol.

Mereka masih ditahan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman esok.

Terjemahan oleh : Dunia Cacamarba
Berita asal : Dailymail

Saiful Masukkan Objek Plastik ke dalam Dubur - Dr. Osman.

Posted: 22 Aug 2011 09:44 PM PDT

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim hari ini diteruskan dengan keterangan saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid.

Dr. Osman telah menjelaskan bahawa pihak pengadu iaitu Saiful Bukhari telah memasukkan objek plastik ke dalam dubur beliau sepertimana yang dinyatakan di dalam laporan perubatannya.


Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman (kanan) bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.

Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.

Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.

Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya- KL Pos


Dan Keadilandaily pula melaporkan..

Saiful beritahu doktor, plastik dimasuk ke dubur

KUALA LUMPUR: Saksi pembela dari Hospital Pusrawi, Dr Mohamad Osman Abdul Hamid berkata, pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

Dr Mohamad Osman ialah doktor pertama memeriksa Saiful pada 28 Jun 2008.

Dalam keterangannya hari ini, beliau mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Saksi berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bahawa beliau tidak menulis perkara itu selepas pemeriksaan dijalankan.

Selepas pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan dubur dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

"Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop," katanya.

Menjawab soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.

Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?

Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.

Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.

Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.

Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatatkan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama.

http://www.keadilandaily.com/?p=19306

Kisah disebalik permohonan maaf Kompas.

Posted: 22 Aug 2011 08:07 PM PDT

Ahad lalu, harian terkenal Indonesia Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung laporan yang diterbitkan mengenai dirinya dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Namun, permohonan maaf itu didapati hanya diselitkan dalam satu wawancara dengan Najib. Malaysiakini juga difahamkan bahawa ia juga dilakukan pada saat-saat terakhir oleh pengurusan tertinggi Kompas.


Artikel pedas, yang menjadi kontroversi itu bertajuk 'Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar'. Ia disiarkan pada isu Kompas 4 Ogos lalu tetapi dengan mudahnya boleh dilayari di versi Internet di Malaysia.

Antara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan "mafia Rusia".

Maira Nazarbayev dari Kazakhstan adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang telah bertunang dengan Nooryana Najwa, anak gadis Najib dan Rosmah.

Kompas juga dalam laporannya itu menyifatkan Rosmah sebagai menjalani "kehidupan yang penuh kontroversi", dan mengaitkannya dengan Perimekar, syarikat yang dikatakan telah menerima komisen jutaan ringgit berikutan penjualan kapal selam Scorpene.

Menurut penulis, perjanjian yang mencurigakan itu antara faktor yang membawa kepada pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Menyedari artikel berkenaan mampu memberi kesan dan menjejaskan reputasi Najib, dua penasihat perhubungan awam tidak rasmi Najib - seorang daripada mereka dikaitkan dengan konglomerat Indonesia - bertindak segera mententeramkan keadaan - dengan meminta Kompas memohon maaf.

Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.

Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.

Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.

Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.

Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa".

Namun, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh - ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh'.

Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'.

Artikel wawancara dengan Najib itu memetik perdana menteri Malaysia itu menafikan dakwaan dalam artikel Kompas sebelum ini dan diikuti dengan permohonan maaf satu ayat yang berbunyi: "Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan Keluarga."

Selain menerbitkan penafian Najib, akhbar itu juga tidak menyatakan bahawa dakwaan dalam artikelnya itu adalah tidak benar. Malah Kompas juga tidak menarik semula balik artikel, yang didakwa menghina Najib dan isterinya itu.

Namun, di Malaysia, media arus perdana mencanang-canangkan permohonan maaf itu dan menyiarkannya di halaman utama mereka.


Malaysiakini

Kes Liwat : Doktor Pusrawi dan pakar asing akan beri keterangan

Posted: 22 Aug 2011 07:43 PM PDT

Perbicaraan membela diri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kes liwat yang dihadapinya memasuki hari kedua dengan pihak pembelaan dijangka mendengar keterangan daripada doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dan dua orang pakar asing.

Pakar asing dari Australia itu adalah pakar patologi forensik, Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald. Mereka telah bersama pihak pembelaan sejak awal perbicaraan dan juga telah mendengar keterangan daripada pihak polis, doktor Hospital Kuala Lumpur dan ahli kimia.


Perkara menarik yang dijangkakan hari ini - adalah sama ada pihak pendakwaan akan memohon untuk memeriksa balas Anwar, yang semalam membaca satu kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh yang mengejutkan banyak pihak.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah, bahawa beliau "teringin sangat untuk memeriksa balas Anwar". Ini di sebalik kelazimannya bahawa keterangan dari kandang tertuduh oleh seseorang tertuduh pada dasarnya tidak boleh diperiksa balas.

"Saya perlu mengkaji kes-kes yang lalu kerana saya teringin sangat untuk memeriksa balas Anwar, yang dalam pembelaannya semata-mata memberi kenyataan politik," kata Yusof.

Anwar, dalam kenyataan sepanjang 32 halaman semalam menafikan bahawa beliau mempunyai hubungan seks dengan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Beliau kemudian memperincikan konspirasi yang didakwanya didalangi oleh timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika itu, sejurus sebelum beliau kembali aktif dalam politik dengan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh.

Menurut Anwar walaupun bukti-bukti dikemukakan terhadap pihak pendakwaan, namun, mahkamah tetap mengarahkan beliau untuk membela diri.


Malaysiakini

Mahathir kata Najib 'TIDAK PATUT DIPILIH' untuk terajui negara?

Posted: 22 Aug 2011 10:12 AM PDT



Bagaimana agaknya perasaan Najib jika beliau tahu pemimpin UMNO yang dulunya menyarankan beliau sebagai pengganti kepada Pak Lah untuk menerajui UMNO sebagai Presiden kini sudah berfikir sebaliknya bila melihatkan prestasinya yang tidak boleh dibanggakan langsung..


Dengarkan apa jawapan Tun Mahathir bila diajukan soalan ini "Apakah Tun masih berpegang kepada prinsip bahawa Najib berhak mengganti.. err.. selaku Presiden UMNO yang baru atau Tun sudah mempunyai pandangan yang berbeza kerana sikap Datuk Seri Najib sejak akhir-akhir ini lebih kepada angguk dan ya sahaja?"



Walaupun dahulu saya kata yang patut mengganti ialah Datuk Seri Najib.. tapi tah mengapa saya tukar fikiran.. Saya tidak mahu errr.. sokong pemimpin yang tidak baik bagi parti dan Negara kita, kerana saya berpendapat orang yang TIDAK PATUT DIPILIH untuk memerintah Negara ini JANGAN KITA PILIH

Bila ada pihak yang bersorak gembira dengan kenyataan Tun Mahathir itu.. tidakkah ini membuktikan memang wujud dua kem di dalam UMNO.. dua kem yang membuktikan bahawa UMNO memang berpecah..

SMS seorang pemimpin UMNO Pulau Pinang yang pernah menimbulkan kontroversi suatu masa dulu yang di terima oleh aku darinya semalam walaupun aku bukan ahli UMNO..

"Kepada ahli UMNO yang berfikiran benar dan saksama jangan lagi berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut terhadap buruk lakudengan keadaan yang dahsyat seperti rasuah dan kronisma yang berlaku dalam UMNO dan BN, kita mesti bertindak segera sebelum sampai ketahap sukar dipulih semula BERHENTILAH, CUKUPLAH yang kaya tersandar yang miskin terlantar..."

Pencacai UMNO Penang jangan jealous kalau hangpa tak dapat SMS tu... Itu dari pemimpin yang sedar.. pencacai bagimana?? masih tak sedar lagi ka?

Pemimpin tu pakai 'S Class' (S Class tu kereta Merc.. tak tulis karang pencacai UMNO nganga pulak..)

Tiada ulasan: