Blog-list Malaysia |
- Saman Bodoh Umno Selangor Akan Dijawab Di Mahkamah
- Saiful Terkantoi Lagi Di Mahkamah
- PAS gesa Najib, Nazri henti menghina Parlimen
- Liwat II: Najib, Rosmah, Musa akan disepina
- Terkini Keterangan Anwar Di Mahkamah
- Anwar: Saya tak pernah adakan hubungan seks dengan Saiful
- Anwar beri keterangan dari kandang tertuduh
- Gerakan murtad semakin berani
- Pemimpin PKR Hanya Pentingkan Jawatan : Noh Omar
- Akhbar Kompas bukan sahaja minta maaf sepatutnya puji Najib
- Perut Busuk Zaid Ibrahim
Saman Bodoh Umno Selangor Akan Dijawab Di Mahkamah Posted: 22 Aug 2011 12:10 AM PDT SU Agung PAS: Saya tidak akan minta maaf, jumpa di mahkamah KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Kekal dengan pendirian mempunyai bukti mengaitkan Umno dalam pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan, beliau bersedia untuk bertemu parti Melayu terbesar itu di mahkamah. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mustafa yang kini berada di luar negara berkata, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik dakwaan dilemparkan terhadap Umno sebelum ini. Sebaliknya beliau dengan tegas mempertahankan dakwaannya itu. "Kita jumpa di mahkamah, kalau nak saman itu hak dia (Umno Selangor), saya tidak akan minta maaf dan saya kekal dengan pendirian saya sebelum ini, kita jumpa di mahkamah," jawabnya. Mustafa (gambar) juga secara tegas berkata akan mengemukakan bukti itu ke mahkamah. "Saya akan kemukakan bukti ke mahkamah jika dibawa ke mahkamah," katanya ringkas. Hari ini, Umno Selangor berkata pihaknya akan memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa berhubung dakwaan kononnya parti itu memainkan peranan dalam tindakan Jais ke atas pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu. Menurut Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, selain Mustafa, pihaknya juga akan mempertimbangkan pihak-pihak lain dalam saman yang akan difailkan selepas Aidilfitri. Awal minggu lalu, Mustafa dalam satu sidang media di Kuala Terengganu mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama. Beliau juga mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu. Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin pada satu pertemuan yang dijadual untuk diadakan minggu lalu. Tetapi ia ditangguhkan buat sementara waktu sehingga siasatan Jais selesai. Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu. Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan. |
Saiful Terkantoi Lagi Di Mahkamah Posted: 21 Aug 2011 10:24 PM PDT Mengenai dakwaan dia takut kerana boleh dicederakan, Anwar berkata, ia satu imaginasi untuk mengesyorkan bahawa beliau akan menyebabkan kecederaan fizikal ke atasnya. Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful ada mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia "sesuatu yang menyakitkan." "Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual dengan mesra dengan saya. "Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebakliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari. Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma," kata Anwar lagi. "Sikapnya secara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari," tambah beliau. Malah kata Anwar, sedangkan dia tidak membuat laporan polis ataupun mendapatkan rawatan perubatan dengan segera, Saiful telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor selain bercakap dengan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku. Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu. "Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar," katanya. |
PAS gesa Najib, Nazri henti menghina Parlimen Posted: 21 Aug 2011 10:15 PM PDT PAS hari ini mendakwa pemimpin BN menghina Parlimen dengan sikap berdolak-dalih mereka berhubung penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji cadangan-cadangan mengadakan reformasi dalam sistem pilihan raya negara ini. "Kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah menghina Dewan yang mulia ini," kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Katanya, kenyataan Najib dianggap biadap kerana mengisytiharkan bahawa kerajaan tidak terikat untuk menunggu jawatankuasa itu menyelesaikan tugas-tugas mereka sebelum pilihan raya umum akan datang. "Jika mereka membentuk suatu jawatankuasa, yang menjadi sebahagian daripada Parlimen, mereka harus menyelesaikannya mengikut proses Parlimen. Atau tidak, mengapa perlu mesia-siakan usaha itu," kata Mahfuz pada sidang akhbar di ibu PAS di Kuala Lumpur hari ini, Katanya, Nazri, ketika mengumumkan komposisi jawatankuasa berkenaan dan menuntut supaya seorang menteri mengetuainya secara terangan telah mengabaikan hak dan keistimewaan Parlimen untuk menentukan skop dan bentuk jawatankuasa yang bakal dipilih itu. "Hanya parlimen boleh dan patut membuat keputusan mengenai perkara ini" katanya. |
Liwat II: Najib, Rosmah, Musa akan disepina Posted: 21 Aug 2011 09:32 PM PDT Kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya akan menyaksikan pihak pembelaan menyampaikan sepina kepada tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datuin Seri Rosmah Mansor. Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof. Sebelum ini semasa sesi perjumpaan dengan peguam Anwar, minggu lalu, keempat-kempat mereka tidak mahu ditemubual. Najib dan Rosmah juga memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang itu bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela. Sebelum ini, pasangan itu dilaporkan pernah bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri. Mereka bertemu Mohd Saiful dua hari sebelum dakwaan berlakunya insiden liwat. Sejak hari pertama lagi, Anwar bertegaskan mendakwa wujud konspirasi politik ekoran laporan bahawa mereka bertiga mengadakan pertemuan sebelum insiden liwat didakwa berlaku. Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa. Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat. |
Terkini Keterangan Anwar Di Mahkamah Posted: 21 Aug 2011 09:06 PM PDT Anwar juga berkata, mengikut keterangan pengadu dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang untuk membincangkan perkara berkaitan dengan kerja dan menyerahkan dokumen-dokumen yang dibekalkan oleh ketua stafnya Ibrahim Yaakob. "Dia berkata dia menghentikan vannya di pondok keselamatan dan memaklumkan nama kod 'Mokhtar' kepada pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk. "Dia meletakkan kenderaan dan menggunakan lif ke Unit 11-5-1 di mana saya didakwa duduk di meja makan di bilik duduk. Dia mengatakan dia duduk di meja yang sama dan memulakan perbincangan. Dia memberitahu mahakamah saya menggunakan cara kasar untuk meminta agar diadakan hubungan seks," kata Anwar. Anwar menambah, apabila ditanya Saiful menjawab dia marah dan takut, malah tidak sanggup berbuat demikian tetapi patuh kerana "saya kelihatan marah." "Perlu diperhatikan di peringkat ini bahawa pengadu boleh, atas pengakuannya ketika keterangan peringkat utama, meninggalkan bilik kerana tiada bukti bahawa saya cuba untuk menutup pintu dari dalam," kata Anwar. Anwar menambah, Saiful juga mendakwa bahawa dia telah diarah masuk ke dalam bilik tidur dan dia masuk kerana rasa takut. "Malah di peringkat ini, pengadu ada peluang untuk meninggalkan bilik duduk. "Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya," kata beliau lagi. "Alasannya ialah dia diselubungi ketakutan," kata Anwar dalam keterangannya sambil menambah, "alasan sedemikian bercanggah dengan fakta." Ketua Umum PKR ini seterusnya berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian "enam kaki" dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis. Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang ada hubungan dengan Umno dengan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. "Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa. "Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengarauh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya," kata Anwar yang juga bekas timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri. Anwar dipecat dari Umno dan jawatan kerajaan awal September 1998. Mengenai dakwaan dia takut kerana boleh dicederakan, Anwar berkata, ia satu imaginasi untuk mengesyorkan bahawa beliau akan menyebabkan kecederaan fizikal ke atasnya. |
Anwar: Saya tak pernah adakan hubungan seks dengan Saiful Posted: 21 Aug 2011 08:40 PM PDT KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengadakan sebarang hubungan seks dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. "Saya sama sekali menafikan tuduhan ke atas saya. Saya mahu mengatakan, dengan tidak ragu-ragu bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan pengadu Mohd Saiful," kata beliau dalam kenyataannya di Mahkamah Tinggi hari ini. Kandungan keterangan Anwar di Mahkamah Tinggi pagi ini, yang dibuat dari kandang tertuduh, diemelkan kepada media. Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh. "Dakwaan dia (Saiful) adalah satu pembohongan terus-terang dan kejam dan (ia) akan dibuktikan demikian," kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen. Anwar menambah dakwaan itu juga satu usaha keji dan hina untuk membunuh karakter beliau. "Dalam hal ini, biar saya menekankan semula bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu untuk membunuh karakter saya dan mencemarkan reputasi saya dan mengugut saya sekali lagi dengan hukuman penjara 20 tahun, tetapi ambil kata-kata saya, mereka tidak boleh menakutkan saya," katanya. Sambil menegaskan beliau tidak akan menyerah diri dalam usahanya melawan tuduhan kali ini, Anwar berkata, "kebenaran akan terbukti kelak." Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh satu dekad ini. Pada 16 Mei, mahkamah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa Saiful, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa. Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama. |
Anwar beri keterangan dari kandang tertuduh Posted: 21 Aug 2011 08:31 PM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah sebelum itu memberitahu Anwar, beliau mempunyai tiga pilihan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Tiga pilihan itu adalah pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan. Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon. Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok). Jika Anwar memilih memberi keterangan dari kandang saksi, beliau boleh disoal-balas oleh pihak pendakwaan dan keterangan itu dianggap lebih berwibawa. Pada kes perbicaraan kes salah guna kuasa dan liwat pertama yang dihadapinya 10 tahun lalu, Anwar membela diri dari kandang saksi. Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa. Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat. |
Posted: 21 Aug 2011 06:35 PM PDT KUALA LUMPUR - Dulu senyap-senyap, kini semakin terbuka. Itulah modus operandi gerakan murtad yang semakin membimbangkan umat Islam negara ini. Mereka yang melakukannya tidak lagi menghiraukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam. Dari semasa ke semasa, kita boleh perhatikan usaha itu dilakukan dengan semakin berani. Jika dahulu, kita hanya biasa mendengar risalah dakwah bukan Islam ditinggal lari dalam bekas barang motosikal, diselit pada pengelap cermin kereta atau dalam peti surat, namun apa yang berlaku kini lebih daripada itu lagi. Sebelum ini, kita dihadapkan dengan tuntutan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang Kristian, kemudiannya al-Kitab (Bible) dalam bahasa Melayu yang menyaksikan pemimpin Islam bercakaran sesama sendiri apabila isu itu turut diheret dalam perbalahan politik. Apa yang lebih membimbangkan apabila timbul isu anak-anak orang Islam diajar menyanyi lagu Kristian siap dengan simbolnya sedangkan mereka mempelajari semua itu di bawah program tuisyen atau tadika amal yang diberi percuma untuk keluarga miskin. Cuba kita bayangkan apa akan jadi kepada zuriat Melayu/ Islam ini pada masa depan andainya tidak diselamatkan dengan segera? Ramadan tahun ini amat memilukan apabila seawal hari ketiga umat Islam berpuasa, tercetus kontroversi sekumpulan orang Islam diundang berbuka puasa dalam majlis yang diadakan di premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sehingga mendorong Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memeriksa majlis itu apabila terdapat aduan bahawa ada usaha untuk memurtadkan orang Islam berlaku di majlis berkenaan. Apa yang berlaku di DUMC seharusnya menyedarkan kan semua orang Islam, terutama pemimpin bahawa sesuatu yang tegas dan serius perlu dilakukan untuk menghadapi gejala yang semakin mencemaskan ini. Namun malangnya, perbalahan politik sekali lagi tidak dapat dielakkan apabila pemimpin Islam bercakaran, saling tuduh menuduh malah ada yang mengecam Jais atas tindakannya itu. Melihat apa berlaku satu persatu, gerakan memurtadkan orang Islam yang semakin berani ini dipercayai ada kaitan dengan tindakan terancang diatur sama ada di dalam mahupun luar gelanggang politik. Ini dipercayai setelah mereka melihat ada kelemahan dalam kepimpinan Melayu/Islam daripada perpecahan yang berlaku, selain ruang yang terbuka apabila ada pemimpin yang menguasai negeri tertentu tidak bersikap tegas dalam hal ini demi untuk menjaga hati pengundi dan rakan parti bukan Islam. Bagaimanapun perlu diingat, meskipun undang-undang diwujudkan termasuk cadangan Akta Murtad seperti yang dihebohkan, iman yang sebenar adalah pada hati. Tiada guna undang-undang menghalang jika hati seseorang Islam itu sudah berpaling tadah. Bagi gerakan misioner, meskipun undang-undang (Perlembagaan) menghalang, apa yang dilakukan adalah tanggungjawab agama mereka. Sama ada mereka bermatlamat syurga, ataupun istana (politik), mereka tetap akan melakukannya meskipun ditegah oleh undang-undang. Maka apa yang perlu ialah mengatasi semua kelemahan yang ada. Jika miskin punca orang Islam semakin ramai murtad, usaha membantu mereka dari segi ekonomi, terutama menerusi tabung zakat atau Baitul Mal perlu ditingkatkan. Lihat semula Bicara Isnin Sinar Harian minggu lalu di bawah tajuk muka depan 'SUSAHNYA DAPAT ZAKAT' bagaimana kerenah birokrasi dalam agensi pengurus zakat menjadi halangan bagi ramai orang yang memerlukan mendapat bantuan. Begitu juga jika cinta menjadi 'senjata' gerakan murtad sebagaimana yang selalu disebut-sebut, sesuatu perlu dilakukan untuk memantapkan lagi akidah muda mudi Islam sebagai perisai yang boleh menegah mereka hanyut dalam gelora nafsu remaja. Begitu juga dengan pengaruh persekitaran, usaha yang lebih jelas perlu dilakukan untuk menanganinya termasuk mengawal apa sahaja medium yang mengancam terutama yang berkaitan dengan hiburan, maksiat dan pergaulan. Pertubuhan bukan kerajaan perlu mengetepikan motif politik, lebih ikhlas berjuang membantu golongan terpinggir, Pemimpin politik Melayu/Islam pula dirayu supaya tahu batas berpolitik, tidak menjadikan isu agama sebagai senjata memancing undi. Apabila timbul isu seperti ini, mereka perlu kembali bersatu untuk membina bentang yang kukuh supaya Islam di tanah air tercinta ini tidak mudah runtuh. |
Pemimpin PKR Hanya Pentingkan Jawatan : Noh Omar Posted: 21 Aug 2011 05:52 PM PDT SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata saranan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kerajaan melantik ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) memperlihatkan sikap mereka yang "gila kuasa" dan jawatan. Beliau berkata ia tidak sepatutnya dibuat Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana ia seolah-olah mempolitikkan jawatankuasa itu yang ditubuhkan untuk menambah baik sistem pilihan raya di negara ini. Noh berkata PKR tidak layak meminta jawatan itu sebab dilihat masih menjadi kuda tunggangan kepada DAP terutamanya daripada segi keputusan yang dibuat di peringkat negeri Selangor. "Apa guna jawatan kalau jawatan hanya sekadar dijadikan kuda tunggangan oleh orang lain?" katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasar Tani Khas Pra-Aidilfitri di tapak pasar tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Seksyen 13 di sini, Ahad. Noh mengulas saranan Wan Azizah yang disiarkan sebuah akhbar pada Ahad. Menurut Wan Azizah, pelantikan Anwar yang juga suaminya sebagai ketua jawatankuasa itu kononnya akan mewujudkan keseimbangan dalam usaha menambah baik sistem pilihan raya. Mengulas lanjut, Noh berkata PKR sepatutnya mengetahui bahawa JTP adalah satu usaha kerajaan untuk menambah baik sistem pilihan raya sedia ada, termasuk memberi ruang kepada pembangkang untuk menganggotai jawatankuasa itu. |
Akhbar Kompas bukan sahaja minta maaf sepatutnya puji Najib Posted: 21 Aug 2011 07:24 AM PDT Akhbar Kompas hari ini telah memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang dikatakan berunsur fitnah. Permohonan maaf itu dikaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta. Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan mempunyai hubungan dengan mafia Rusia. Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, secara amnya menyatakan permintaan maaf tersebut kepada Ketua Kerajaan Malaysia dan keluarga mengikut laporan Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini yang terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut. Saya tidak mahu mengulas secara terperinci tentang perkara ini, tapi umumnya rakyat Malaysia sudah tahu dan sedar bahawa DS Najib terbabit dalam melobi Media BBC London dengan bayaran yang cukup tinggi juga iaitu RM57 juta. Sebelum ini Tun Matahir juga disahkan telah membayar jumlah yang tinggi semata-mata untuk berjabat tangan dengan Presiden Amerika, Bush. Apalah nak dihairankan setakat media di Indonasia? Saya rasa sepatutnya akhbar Indonasia itu puji DS Najib kerana membenarkan rakyatnya menjadi pemilih dalam PRU-13 akan datang dengan pendaftaran PATI melalui sistem biometrik. Bayangkan pendatang asing yang memasuki sesebuah negara secara haram akhirnya boleh menjadi pemilih untuk menentukan siapa yang akan mentadbir negara tersebut. Najib sepatutnya dijulang sebagai wira untuk akhbar Kompas! http://tin-buruk.blogspot.com |
Posted: 21 Aug 2011 05:38 AM PDT Kenapa pilih Selangor, Kelantan? Kenapa tidak pilih Johor? Kerajaan Rakyat: Apakah muslihat Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim yang berhasrat meletakkan calon partinya hanya di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, Selangor dan Kelantan? Kenapa beliau tidak berani untuk mencabar calon-calon di negeri Johor, Pahang atau Melaka dalam pilihanraya umum ke 13 nanti? KOTA BAHARU 21 Ogos - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) bercadang meletakkan calon di Selangor dan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim. Bagaimanapun, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak dapat menentukan jumlah calon dan kerusi yang akan ditandingi di kedua-dua negeri itu. "Setakat ini, kita hanya mengenal pasti dua negeri iaitu Selangor dan Kelantan untuk diletakkan calon KITA dalam pilihan raya kali ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan hari raya kepada orang kurang upaya di sini, hari ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan