Selasa, 2 Ogos 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Demi sekeping kertas undi, Najib rela gadai keselamatan negara

Posted: 02 Aug 2011 10:31 PM PDT


PETALING JAYA, 3 Ogos: Keselamatan negara kita akan tergadai sekiranya rakyat asing boleh menjadi warganegara dalam masa beberapa jam sahaja, malah dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengundi.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata, berdasarkan bukti-bukti tentang penipuan yang sedang berlaku dalam senarai pengundi, pilihan raya umum ke-13 akan datang bakal menjadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah Malaysia, lapor Roketkini.

Katanya, penipuan terbaru terbongkar apabila Malaysiakini melaporkan bahawa pemastautin tetap (PR) rakyat asing telah dibenarkan mendaftar sebagai pengundi.

"Malah yang lebih mengejutkan ialah dalam masa empat jam sahaja, status pengundi baru yang menimbulkan kecurigaan itu telah ditukar daripada pemastautin tetap kepada warganegara Malaysia, mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini petang semalam mengenai seorang individu bernama "Mismah" dengan kad pengenalan bernombor 640704-71-5238 yang mempunyai PR yang mendaftarkan diri sebagai pengundi. Dalam laporan yang dikemaskini kemudian, Malaysiakini melaporkan "Mismah" sudah menjadi warganegara, tidak sampai empat jam selepas laporan berita asal disiarkan.

Pua mendakwa penipuan itu membuktikan wujudnya konspirasi keji di antara Barisan Nasional, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan JPN untuk menipu secara besar-besaran dalam PRU akan datang.

Beliau menambah konspirasi penuh penipuan itu turut membuktikan bahawa cadangan sistem biometrik untuk pilihan raya sebagaimana yang dicadangkan oleh SPR untuk "membanteras pengundi hantu" jelas gagal sebelum dimulakan.

"Jika sistem JPN kita boleh dimanipulasi begitu mudah, tidak ada sebarang jaminan kukuh bahawa kerajaan dapat memastikan sistem biometrik yang bernilai beratus juta ringgit itu akan menjamin pilihan raya yang bersih, telus dan selamat," tambah beliau.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata penipuan demi penipuan dibongkarkan setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menggesa BN untuk mencapai kemenangan dengan apa cara sekali pun.

Beliau mengingatkan semua pihak bahawa "penganugerahan" kepada rakyat asing, terutamanya dari Indonesia, untuk menjadi warganegara pernah dilakukan melalui Projek IC atau Projek M di Sabah (sewaktu era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad) bagi mengurangkan kuasa politik Bumiputera di negeri itu.

Sebagaimana yang diketahui umum, katanya, Sabah mengalami pertambahan penduduk yang luar biasa setelah ramai warga asing menjadi rakyat Malaysia dalam masa yang amat singkat.

Pua berkata, BN juga menggunakan rasuah wang dalam pilihan raya, sebagaimana yang dibuktikan sewaktu pilihan raya negeri Sarawak April lalu, dan jika tekanan dan pembelian undi ditolak oleh rakyat, BN menggunakan apa sahaja cara untuk menipu dalam pilihan raya.

Menurutnya, kerajaan BN yang turut menguasai media massa dan agensi keselamatan negara terus mengekang dan menekan rakyat termasuk memperlekeh serta menindas perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hanya bertujuan membersihkan amalan pilihan raya di nehara ini.

Justeru itu, tuntutan pertama Bersih 2.0 menekankan tentang pelaksanaan usaha membersihkan senarai undi, iaitu dengan menyingkirkan segera 'pengundi hantu' seperti orang yang telah meninggal dunia, yang berganda pendaftaran, yang bukan warganegara dan sebagainya.

Sementara itu, Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menafikan pemastautin tetap telah didaftarkan sebagai pengundi, dengan member alasan ia mungkin kesilapan teknikal oleh JPN.

"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini," katanya.

Penjelasan Abdul Aziz telah dibidas oleh Ahli Parlimen DAP Tanjung Chow Kon Yeow kerana tidak cukup maklumat serta tidak menerangkan bagaimana "kesilapan teknikal" itu boleh berlaku.

Menurutnya, SPR tidak boleh bersembunyi di sebalik alasan yang lekeh itu kerana tanggungjawabnya ialah memastikan kesahihan senarai pengundi.

"Kejadian ini telah menggambarkan betapa seriusnya masalah penyelarasan antara agensi kerajaan yang pasti menjejaskan keyakinan rakyat terhadap proses pilihan raya kita," katanya.

Chow yang juga Exco kerajaan negeri Pulau Pinang mempersoalkan bagaimana rakyat negara asing boleh menjadi pengundi di Malaysia menjelang PRU ke-13 akan datang.

Beliau meminta SPR dan JPN menyatakan secara terperinci jumlah rakyat asing yang telah menjadi warganegara Malaysia yang didaftarkan sebagai pengundi untuk tiga tahun sebelum ini.

"Pengundi Malaysia berhak untuk tahu sama ada berlaku penyelewengan dalam trend senarai undi. Saya amat berharap institusi-institusi kerajaan kita tidak menjadikan rakyat asing sebagai pengundi semata-mata hanya kerana mahu mengekalkan rejim yang korup sebagai kerajaan," tambah beliau. – Roketkini.

Kempen media secara haram - Kerajaan digesa jelaskan perlantikan FBC Media

Posted: 02 Aug 2011 10:13 PM PDT

YB Nik Nazmi

Sarawak Report telah mendedahkan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Sarawak telah melantik sebuah firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain, FBC Media untuk menjalankan kempen media secara haram bagi mempromosikan dasar-dasar mereka.

Blog tersebut mendedahkan bahawa FBC Media dibayar sebanyak RM15 juta setahun oleh Kerajaan Sarawak. Ini berikutan pendedahan Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN di Parlimen bahawa Kerajaan Persekutuan menerusi Pejabat Perdana Menteri telah membayar sebanyak RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009 sementara RM42 juta lagi dibayar untuk "Public Affairs and Government Services and Strategic Communication, Public Relations and Press Outreach" mengikut bajet tambahan terkini.

Dokumen-dokumen Kerajaan Amerika Syarikat turut mendedahkan bahawa FBC Media membayar APCO sebanyak AS$70,000 sepanjang dua tahun lepas untuk melobi Kerajaan Amerika Syarikat bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Peranan bercanggah FBC Media sebagai penerbit TV dan firma komunikasi strategic menimbulkan persoalan memandangkan mereka menerima bayaran daripada Kerajaan Persekutuan dan Sarawak untuk menerbitkan program TV yang berat sebelah dan ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC.

Kerajaan Persekutuan dan Sarawak juga mesti menjelaskan mengapa mereka telah memilih taktik terdesak membelanjakan jutaan ringgit wang pembayar cukai untuk terbabit di dalam kempen media secara haram.

Penduduk Tetap jadi warganegara konspirasi terancang

Posted: 02 Aug 2011 09:19 PM PDT

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Dewan Pemuda PAS yakin penemuan dan pendedahan penduduk tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi dan kemudiannya ditukar menjadi warga negara bukanlah kesilapan teknikal seperti dijelaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun ia adalah satu konspirai terancang.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, jika ia kesilapan teknikal, mana mungkin boleh berlaku sepantas itu dan mlibatkan bukan seorang penduduk tetap, malah ribuan lagi.

"Memang tak logik la kalau kesilapan teknikal. Benda sebesar tu boleh silap, bukan satu pulak tu tapi beribu.

"Saya yakin ini bukan silap, ini mesti disengajakan," katanya menempelak penafian yang dibuat pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Abdul Aziz dalam responnya berhubung kontroversi pertukaran status PR ditukar menjadi warganegara bagi membolehkan mereka mengundi yang dilapor semalam memberi alasan, apa yang berlaku mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau juga mendakwa kemungkinan senarai nama PR di laman web Jabatan Pendaftaran Negara adalah senarai lama yang belum dikemaskini.

Menurutnya lagi, hanya penduduk tetap yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sahaja yang boleh ditukar menjadi rakyat Malaysia.

Mengulas lanjut Suhaizan melahirkan rasa hairan mengapa SPR menjadi "tukang jawab" bagi pihak JPN.

"SPR jangan nak tolong jawab bagi pihak JPN la. Kita tahu SPR terima senarai yang salah, tapi kenapa terima juga...

"Tidak mustahil SPR, JPN dan KDN berkomplot dalam perkara ini," telahnya.

Semalam, pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap paginya sudah berubah kepada warga negara pada petangnya.

Selain Mismah, 52 nama lain juga turut dikesan bertukar status dan didaftar sebagai pengundi di beberapa parlimen di Kuala Lumpur.



Dewan Pemua PAS, kata Suhaizan, sebenarnya telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Mereka di daftarkan hampir di setiap negeri.

Bukti-bukti itu jelasnya telah dimuat turun termasuk data-data kad pengenalan PR kerana sudah menjangkakan sama ada "server" JPN akan di tutup atau PR ini akan bertukar menjadi warganegara dalam sekelip mata.

Jangkaan itu katanya ternyata benar apabila ia betul-betul berlaku semalam.

Sehubungan itu, pemuda PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Di Raja dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini.

Sehubungan itu, pemuda PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Di Raja dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini

Surat terbuka Nurul Izzah pada Najib

Posted: 02 Aug 2011 07:39 AM PDT

Surat terbuka kepada,Perdana Menteri Malaysia, YAB Mohd Najib bin Abdul Razak

Adalah tidak bermoral dan haram untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 sebelum melaksanakan reformasi pilihan raya yang bebas dan adil

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,

Sebagai Perdana Menteri, adalah amat mustahak untuk YAB memenuhi janji yang termaktub di dalam ucapan penutup Persidangan Pemimpin Pelajar Malaysia Kelima (MSLS) pada 31 Julai 2011, dan saya petik:

"Saya komited untuk melakukan pembaharuan pilihan raya. Kami akan melaksanakannya. Contohnya, terdapat kebimbangan mengenai pengundi hantu. Kami akan memastikan tidak akan ada peluang untuk pengundi hantu."

"Jangan merasa sangsi komitmen kami untuk memperbaiki sistem tersebut. Kami mempunyai kelemahan tetapi tidak ada seseorang pun yang dapat menafikan bahawa terdapat demokrasi."

Rakyat tidak akan membiarkan tindakan mengalihkan perhatian dengan memberi alasan-alasan seperti perubahan kepada tempat perhimpunan, tindakan keras atau secara terpilih mengisytiharkan kumpulan-kumpulan tertentu sebagai tidak sah (berkait BERSIH 2.0).

Sebaliknya, tumpuan perlu dikekal kepada lapan tuntutan untuk merealisasikan proses pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia.

1. Bersihkan senarai pengundi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwa kekal
4. Akses Media Bebas dan Adil
5. Masa berkempen minima 21 hari
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor.

Sebagai peringatan, dan imbauan sejarah, rakyat tidak pernah memilih YAB sebagai Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu, peluang untuk melaksanakan reformasi pilihan raya menyeluruh ini merupakan peluang terbaik untuk menerima mandat dari rakyat untuk memerintah.

Pelaksanaan reformasi pilihan raya yang berani ini juga memberi isyarat bahawa YAB  tidak lagi terbuka kepada ugutan oleh elemen-elemen pelampau berhaluan kanan yang telah menyekat refomasi untuk Malaysia yang lebih baik.

YAB juga perlu menyelami hati nurani dengan meoyedari bahawa pelaksanaan reformasi ini akan memastikan YAB mendapat pengesahan dari rakyat bukan daripada mereka yang ingin merampas takhta politik YAB.

Dengan melaksanakan tanggungjawab moral ini, YAB secara efektif memenuhi syarat-syarat di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Merealisasikan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menikmati sokongan dan keyakinan rakyat.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB sekurang-kurangnya kerana menyenaraikan refomrasi pilihan raya sebagai perkara yang memerlukan tindakan segera dan secara jujur berharap YAB akan melaksanakan lapan tuntutan yang dibuat oleh BERSIH 2.0 sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

Adalah tidak bermoral dan haram bagi YAB untuk mengadakan PRU Ke-13 tanpa melaksanakan refomasi pilihan raya yang perlu bagi memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.

Pilihan raya yang bersih dan adil merupakan prasyarat di dalam sistem demokrasi yang moden; ke arah mereleasasikan mandat sebenar daripada para pengundi untuk memilih kerajaan yang memerintah hari ini.

Oleh itu, saya ingin menyatakan bahawa jika YAB dan BN dipilih secara bebas dan adil sebagai kerajaan, maka menjadi tanggungjawab saya untuk berkhidmat sebagai pembangkang yang setia kepada negara.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

Agak-agak Mahathir berani tak nak pi mahkamah kali ni? .....

Posted: 02 Aug 2011 12:28 AM PDT

Dr Mahathir akan dipanggil jadi saksi perbicaraan Dr Ling

2011/08/02

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan dipanggil sebagai saksi pada perbicaraan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, membabitkan penipuan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Perkara itu berbangkit selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah, yang mengetuai pasukan pendakwaan, menyoal saksi kedua Datuk Shaari Mahadi berkenaan sepucuk surat bertarikh 29 Jun 2002, yang ditulis Dr Ling kepada Dr Mahathir, iaitu Perdana Menteri ketika itu. Selepas mengemukakan soalan kepada Shaari yang juga bekas Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Shah Alam, Abd Majid memberitahu Hakim Datuk Ahmadi Asnawi yang mendengar perbicaraan, bahawa pihak pendakwaan akan memanggil bekas perdana menteri itu sebagai saksi membabitkan surat tersebut. Surat yang ditulis Dr Ling kepada Dr Mahathir itu adalah untuk memaklumkan rundingan antara Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) dan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) sudah diadakan berkenaan pembelian tanah berasaskan syarat yang dipersetujui JPPH Shah Alam.

Dr Ling, 68, didakwa dengan tuduhan pindaan (pertuduhan utama) menipu Kerajaan Malaysia dengan secara sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian sekeping tanah yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu bahawa JPPH dalam menentukan nilai kadar RM25 skp sudah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau juga didakwa dengan dua tuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan dengan secara sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri berkenaan kadar faedah tambahan itu walaupun mengetahui JPPH Shah Alam sudah mengambil kira kadar kupon/faedah. - BERNAMA


Mangsa Muhyiddin seterusnya ....

Posted: 01 Aug 2011 11:18 PM PDT

Najib mungkin mangsa Muhyiddin seterusnya selepas Pak Lah

Siapa tahu, Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya satu penggal memegang jawatan itu. Bukan kerana kalah dalam pilihanraya tetapi atas desakan bertubi-tubi 'orang' Tun Mahathir supaya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Antara yang memainkan peranannya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau membuat desakan itu secara terang-terangan dalam mesyuarat tertinggi Umno.

Kenapa Muhyiddin berbuat demikian? Semuanya kerana melihat betapa lemahnya Pak Lah mentadbir negara. Pak Lah turut dikaitkan menjadikan menantunya sebagai orang penting di pejabat perdana menteri.

Selepas ditekan, Pak Lah tanpa kerelaannya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan mengadakan peralihan kuasa terhadap penggantinya iaitu anak didik harapan Tun Mahathir iaitu Datuk Seri Najib Razak.

Disangka cerah pagi sampai ke petang, namun tiba-tiba tanpa disangka oleh pencatur kepimpinan Umno-BN, kenaikan Najib sebagai PM dilihat lebih mendatangkan mudarat kepada Umno-BN.

Najib semakin tidak disukai

Dilihat pentadbiran Najib telah gagal menangani isu Bersih 2.0 dengan baik sehingga tercetusnya keganasan polis terhadap rakyat Malaysia yang menyebabkan Umno-BN menerima tempiasnya.

Dipetik dari Harakahdaily, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, amat malang sebagai seorang perdana menteri apabila beliau gagal menunjukkan sikap negarawannya berhubung isu demontrasi dan tuntutan Bersih.

Katanya, sewajarnya sebagai seorang perdana menteri, beliau boleh mengatasi isu ini dengan mudah sahaja kerana tuntutan Bersih hanya lapan sahaja, bukan lapan ratus atau lapan ribu.

Namun Najib mengambil sikap untuk berhadapan dengan rakyat sendiri menerusi cara keganasan seperti mana yang dirakamkan oleh berbagai media alternatif.

"Malah saya beranggapan isu tidak perlu tunaikan tuntutan Bersih ini sengaja dicipta oleh pihak dalaman Umno sendiri yang ingin menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri kerana mereka sudah bosan dengan tingkah laku beliau mutakhir.

Rosmah liabiliti Najib

Isteri kesayangan sepatutnya menyokong si suami sebagai PM dan tidak sesuka hati mencampuri urusan si suami.

Tidak seperti isteri PM sebelum ini, Datin Seri Rosmah Mansur lebih licik dalam mencaturkan kedudukan beliau sendiri dalam pentadbiran Najib.

Pelbagai kontroversi dicipta Rosmah yang menyebabkan Najib kelemasan dalam skandal yang tercipta.

Isu cincin berharga RM24 juta, beg tangan RM1 juta dan sikap isterinya ketika membeli belah di luar negara telah mengundang persepsi buruk terhadap pentabdiran negara dan ramai orang Umno yang tidak menyukainya.

Langkah Najib menjalankan misi turun padang secara individu dilihat cuba membaiki reputasi buruk beliau dan isteri sehingga ada usaha pihak tertentu mahu menjatuhkannya dari jawatan PM.

Tak mustahil, Muhyiddin yang dulunya mendesak Pak Lah meletak jawatan, kini Najib akan menjadi mangsa seterusnya. Sudah tentu inilah peluang keemasan Muhyiddin mahu merasa jawatan PM sebelum Umno-BN terkubur selepas PRU-13.

Tiada ulasan: