Selasa, 2 Ogos 2011

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Cerpen 02 - Ayam Percik dan Sirap Bandung Special

Posted: 02 Aug 2011 08:11 PM PDT

Malek merenung jam di tangannya."Dah pukul 4 lebih ni?Mana dia tak balik-balik lagi?" fikirnya.
Perut dah berbunyi.Takkan nak tibai air kosong aje.

Di dalam kepala dia masih lagi terbayang keenakan ayam percik yang selalu dijual setiap kali Ramadhan datang.Dengan kuahnya yang manis dan ayamnya yang lembut,Malek selalu tertanya-tanya ke mana ayam percik itu menghilang setiap kali Ramadhan tamat.

Apa yang paling digemarinya setiap kali pasar Ramadhan di rumahnya mula beroperasi adalah minuman bandung yang saling tak tumpah macam air batu campur. Tapi seperti biasa,mana hilangnya penjual-penjual makanan dan minuman kegemarannya itu setiap kali bukan bulan puasa...entahlah,dia sendiri tak tahu ke mana hala tuju mereka.

Pintu rumah diketuk.Malek senyum. Rahman dah pulang membawa juadahnya.Malek bingkas bangun membuka pintu."Macam mana Man?Ada tak gua punya ayam percik?" sapa Malek."Jangan la risau...ada ni.." jawab Rahman.

"Terbaik!" Malek pantas menyambar plastik di tangan Rahman lalu terus duduk di meja makan.

"Aku pelik la dengan kau Lek,kau bukannya makan minum apa pun dari pagi tadi,hisap rokok pun tak...baik kau puasa aje,lagipun sekarang dah 4 lebih dah ni..3 jam aje lagi.Alang-alang baik kau puasa.." tegur Rahman.

"Ek eleh...kau puasa?Sejak bila pulak kau pandai bersyarah bagi nasihat agama ni?" tanya Malek sambil menghirup bandung merah pekat yang sejuk dan segar.

"Rugi la...aku memang dah set dari pagi tadi tak puasa.Kau pulak sanggup tunggu aku balik dari pasar..tak makan apa-apa tak minum apa-apa...tah la Lek..pelik la kau ni.." jawab Rahman.

"Puasa ke tidak itu antara aku dengan Tuhan.." jelas Malek sambil mata memandang ke atas.

"Tapi kau dah libatkan aku...aku dah le tak puasa..kau pulak camni.." sambung Rahman.

"Camni camne?Cuba kau jelaskan sket.." Malek agak berang nadanya.Tangannya masih lagi bergerak mencubit daging ayam yang lembut sambil pantas disuapkan ke mulut.

Rahman pandang muka Malek tajam."Aku dah banyak dosa,tapi kau dah tambah dosa aku ni...walaupun aku tak buat apa yang Tuhan suruh aku buat...tapi aku tak nak la jugak dosa orang lain kena kat aku sekali.."

"Apa benda kau merepek ni bro?" tanya Malek,makin jelik.

"Aku memang tak puasa.Aku gi pasar ramadhan beli makanan untuk aku,kau nak pesan.Aku balik,kau terus batalkan kau punya puasa semata-mata sebab aku dah balik bawak makanan untuk kau.." jelas Rahman.

Sambung Rahman,"Kau macam mencabar Tuhan pulak.Sepanjang hari kau puasa..tiap2 kali lepas balik pasar Ramadhan kau batalkan puasa kau...dengan makanan yang dijual untuk bukak puasa..." Malek diam merenung ayam perciknya yang tinggal tulang."Aku bukan sengaja Man...ni dah macam tabiat aku...dah berapa lama aku camni...20 tahun lebih rasanya.."

"Apa yang berat sangat dekat kau nak tahan 3 jam lagi?"tanya Rahman."Apa pasal kau pulak nak menasihatkan aku padahal kau dari subuh langsung tak puasa?" herdik Malek.Rahman diam.

"Bro,lu ada lagi rokok?" tanya Malek pada Rahman."Nah.." kata Rahman mengeluarkan sepaket rokok dari poketnya.

"Cantik..." kata Malek sambil tangan mencapai lighter.Rokok diletak dibibir.Pemetik api dipetik.Zaaasss!Api panjang menyala."CILAKA!TERBAKAR BIBIR AKU!ARGHH!PEDIH SIOT!ARGH!PEDIH!PEDIH!"

Malek minum segelas air kosong untuk membasahkan bibirnya.."Kau ke ubah setting api ni jadi paling kuat?" tanya Malek sambil menepuk2 bibirnya."Tah..Tuhan ubah kot.." kata Rahman berlalu pergi masuk ke dalam biliknya.

"Pedih siot!Tak sedap la hisap rokok camni!" jerit Malek.


Tiada ulasan: