Rabu, 31 Ogos 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Panas! Ini dia wajah mamak Pengerusi Surau Al-Musyrikin!

Posted: 30 Aug 2011 02:00 PM PDT

PADA 21 Ogos 2011, TV3 dikesan menyiarkan berita palsu tentang Kariah Surau Al-Musyrikin yang berhimpun di depan sebuah kelas Tuisyen yang kononnya menyebarkan ajaran kristian kepada kanak-kanak beragama Islam di Jalan Klang Lama, Seputeh.

Hasil tinjauan dan temubual ReJaM© dengan seorang penduduk yang tinggal bersebelahan dengan tuisyen tersebut mendapati, tidak wujud surau bernama Al-Musyrikin di kawasan setinggan yang didiami oleh majoriti penduduk Cina dan India serta segelintir warga asing Indonesia itu, rujuk sini [Surau Al-Musrikin].

Hasil pencarian di internet, akhirnya ReJaM© berjaya menemukan wajah Pengerusi Surau Al-Musyrikin bernama Datuk Mustapha Kamal Mohd Yusof seperti yang dilaporkan oleh TV3 itu.


Rupa-rupanya Pengerusi Surau Menyekutukan Allah (Al-Musyrikin) ini adalah Ketua United Malays No Otak bahagian Seputeh. Patutlah mamak ni sanggup jadi pengerusi surau yang tak wujud untuk memburuk-burukkan Teresa Kok, ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Seputeh [hmetro].


Lihat laporan cerita bohong oleh TV3 Al-Musyrikin di bawah ini.




ReJaM© "Seronok betul mamak ni kencing orang Melayu yang tak ada otak kah kah kah..."

Konspirasi jatuhkan PM, MIC digesa pertahankan Najib!

Posted: 30 Aug 2011 10:41 AM PDT

AKHBAR Tamil Nesan melaporkan kenyataan anak Samy Vellu menggesa MIC agar mempertahankan Najib Tun Razak sekiranya perdana menteri dijatuhkan kelak.

Anak mantan Presiden MIC Samy Vellu, Vell Paari dan sebuah akhbar berbahasa Tamil telah secara tidak langsung mengesahkan bahawa spekulasi bahawa ada kuasa dalaman Umno yang sedang giat cuba menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada tampuk kekuasaan [FMT].


Berdasarkan laporan Free Malaysia Today (FMT), akhbar Tamil Nesan memetik Vell Paari sebagai berkata MIC perlu menimbangkan semula kedudukannya dalam Barisan Nasional sekiranya Najib disingkirkan daripada tampuk kuasa oleh kumpulan tertentu di dalam Umno.

Vell Paari turut berkata 'terdapat spekulasi hangat bahawa Najib sedang menghadapi cabaran di dalam Umno.

Sekiranya spekulasi itu benar, Vell Paari menggesa MIC untuk mempertahankan Najib.

"Beliau ialah perdana menteri terbaik dari sudut menjaga keperluan komuniti India, jadi kita harus sokong beliau.

Kita tidak pasti sama ada laporan itu benar, tapi MIC mesti mempertahankan Najib daripada mereka yang bekerja melawan perdana menteri," kata Vell Paari sebagaimana yang dilaporkan FMT.

Vell Paari dilaporkan membangkitkan isu tersebut dalam satu mesyuarat jawatankuasa kerja MIC baru-baru ini, dan menegaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau.

"Ini pandangan peribadi saya. Terpulangkan kepada kepimpinan parti dan ahli jawatankuasa untuk menerima pandangan saya ataupun tidak," tambah.

Walaupun dinafikan sekeras-kerasnya, banyak sumber maklumat dari dalam Umno telah menyatakan sememangnya wujud pertembungan ketara antara dua pasukan dalam Umno, satu daripadanya didakwa diketuai oleh timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ada sumber dari MCA turut menyatakan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang bukan Melayu mesti memastikan Najib kekal sebagai perdana menteri, sekiranya tidak masa depan mereka akan hangus.

Terdapat juga ura-ura bahawa Muhyiddin mendapat sokongan daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menjaga kerjaya politik anaknya Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir, yang tewas memalukan di tangan orang yang paling dibenci ayahnya, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Umno yang lepas.



ReJaM© "Bak kata tukar tiub, Lady Gajah akan hilang 3 kilo kalau baca berita ni..."

Berita Harian - Mat Indera pejuang kemerdekaan!

Posted: 30 Aug 2011 08:28 AM PDT

DALAM kesibukan Utusan Malaysia dan TV3 Al-Musyrikin menyerang Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu, yang didakwa oleh mereka sebagai pendukung dan penyokong komunis kerana menggelarkan Mat Indera sebagai hero.

Mereka tidak sedar bahawa Berita Harian yang juga pro United Malays No Otak pernah menyiarkan kisah ringkas tentang perjuangan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan [BH].


Berita Harian begitu jelas menceritakan bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan yang menentang Inggeris. Tekanan yang diberikan oleh penjajah Inggeris kepada penduduk kampung menyebabkan Mat Indera ditangkap.

Dengan kata lainnya British atau penjajah Inggeris yang menganggap Mat Indera sebagai pengkhianat atau petualang. Sebaliknya penduduk setempat menganggap beliau sebagai pejuang. Hal ini berlaku sebelum 31 Ogos 1957.

Jika Mat Sabu akan disiasat di bawah seksyen 505 (B) kanun keseksaan kerana mengangkat Mat Indera sebagai hero, apakah siasatan yang akan dikenakan kepada Akhbar Berita Harian? Adakah masyarakat Jawa Ponorogo juga akan disiasat?


ReJaM© "Banyak sangat putar belit, terbelit diri sendiri kah kah kah..."

Panas! Banner ucapan Hari Raya pun nak dirosakkan!

Posted: 30 Aug 2011 07:28 AM PDT

KALAU sebelum ini banner ucapan selamat hari raya yang memaparkan gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan diconteng dengan salib, rujuk sini [Harakahdaily].

Kali ini banner ucapan Hari Raya di Rantau Panjang, Pekan Pahang dipercayai dirosakkan oleh orang yang tak berakal. Gambar di bawah dikongsikan oleh salah seorang pembaca MiLo SuaM melalui laman sosial facebook [Facebook].


Seperti biasa penyokong United Malays No Otak akan memberikan alasan atau hujah yang sama (recycle). Banner ni penyokong PAS sendiri yang rosakkan, Anwar tumbuk mata sendiri sampai lebam, Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini bunuh diri sendiri bla, bla, bla...

ReJaM© "Zaman sekarang boleh buat khianat kat orang dan tuduh orang tu khianat diri sendiri..."

Bengong! Utusan cuba kaitkan 21 Ogos dengan bilik nombor 121

Posted: 30 Aug 2011 06:34 AM PDT

UTUSAN Malaysia yang menjadi lidah rasmi United Malays No Otak, Umno terus mencari jalan untuk menyerang dan menjatuhkan imej Mat Sabu, yang juga timbalan presiden Parti Islam se-Malaysia, PAS.

Sebelum ini jarang Utusan menyerang Mat Sabu, namun sebaik sahaja beliau menjadi timbalan presiden PAS, beliau terus mendapat serangan demi serangan bertali arus dari Utusan.

Terbaru, Utusan mengeluarkan artikel mengarut yang tak masuk akal. Penulis Utusan cuba mengaitkan tarikh ceramah Mat Sabu pada 21 Ogos dengan bilik 121 dakwaan khalwat yang pernah dihadapi beliau dahulu namun beliau dibebaskan kerana tiada bukti kukuh [Utusan].


Utusan cuba menanamkan persepsi negatif (memperbodohkan) orang Melayu, dengan cerita-cerita dan ulasan propaganda bodoh seperti ini. Kalau tanya dengan kambeng, kambeng pun tahu bahawa tarikh 21 Ogos dan bilik nombor 121 memang tiada kaitan.

Seperti biasa, Kesatuan Melayu Tiada Otak (United Malays No Otak) akan menganggap cerita seperti ini sebagai fakta kukuh dan bernas kerana ia disiarkan oleh Utusan.


ReJaM© "Kalau Utusan siar berita kambeng bertelor pun Melayu tiada otak akan percaya, dan beriman kepadanya..."

Cincin RM72 Juta tidak dicukai kerana bakal besan Rosmah yang punya?

Posted: 30 Aug 2011 04:53 AM PDT

PADA awal pendedahan isu cincin Lady Gaga Malaysia (Lady Gajah), semua penyokong dan blogger United Malays No Otak menafikan sebarang kaitan Lady Gajah dan cincin bernilai RM72 juta.

Seolah-olah isu cincin ini hanyalah fitnah pembangkang untuk memburukkan Lady Gajah. Lady Gajah menafikan berita ini dengan sebaris ayat "ini adalah fitnah!" [Mynewshub].

Namun laporan portal rasmi milik United Malays No Otak, Utusan melaporkan bahawa cincin RM72 juta yang menjadi kontroversi ini sebenarnya dipesan oleh bakal besan perdana menteri, Maria Nazabayev [Utusan].


Benarkah Rosmah Mansor tiada kaitan langsung dengan cincin mewah bernilai RM72 juta ini? Pendedahan dalaman sistem kastam sebaliknya memaparkan nama Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Cincin ini dibawa masuk tanpa dikenakan sebarang cukai.


Apa kejadahnya bakal besan perdana menteri yang tinggal di Kazakhstan memesan cincin masuk melalui Malaysia? Adakah kerana Maria Nazabayev adalah bakal besan perdana menteri, maka tiada cukai yang boleh dikenakan? Ada undang-undang baru ke?

ReJaM© "Kejap kata fitnah, kejap untuk pameran, sekarang kata besan punya pulak, mana yang betul?"

Tiada ulasan: