Rabu, 31 Ogos 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Akhirnya Che Rosli Buat Pengakuan Tak Sokong Lynas

Posted: 31 Aug 2011 12:10 AM PDT

Che Rosli: Saya tak langgar dasar PAS, tak sokong Lynas

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS Dr Che Rosli Che Mat berkata akan akur dengan sebarang tindakan parti Islam itu sambil menegaskan, beliau hanya muncul di TV3 atas kapasiti peribadinya sebagai seorang saintis.

Menjawab pendirian kontroversi mengenai loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dan desakan agar dikenakan tindakan disiplin, Che Rosli berkata, beliau sebenarnya telah memaklumkan saluran swasta itu bahawa tidak akan hadir sebagai wakil PAS, sebaliknya selaku seorang pakar dalam bidang sains nuklear.

Che Rosli mengetepikan kritikan banyak pihak dengan berkata, "seperti Dr Ahmad Termizi Ramli (Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan), saya muncul di TV3 sebagai saintis. Itu sahaja."

"Saya memberitahu wartawan TV3 bahawa saya perlu mendapatkan kebenaran presiden parti, tetapi oleh kerana wartawan Karam Singh Walia telah menelefon saya dua tiga kali, saya pun kata bahawa saya hanya akan hadir atas kapasiti sebagai seorang saintis," kata bekas pensyarah sains nuklear kepada The Malaysian Insider.

Malangnya tegas Che Rosli, beliau telah diatribut sebagai wakil PAS — "Ahli Parlimen PAS" sehingga membawa kepada kontroversi sekarang.

"Bila saya disebutkan sebagai Ahli Parlimen PAS, maka ia menjadi kontroversi," kata beliau.

"Saya hanya pergi sebagai seorang saintis, saya tidak bertindak bertentangan dengan parti, saya juga tidak menyokong Lynas," katanya dengan merujuk kepada pandangannya bahawa hanya memberikan cadangan bagaimana sisa buangan loji Lynas boleh diuruskan.

"Sekarang sudah jadi isu kontroversi," kata beliau yang bersedia untuk bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan perkara sebenar.

"Saya akan bertemu dengan presiden parti, tetapi kalau nak saya beri penjelasan... boleh, tiada masalah, sila hantar surat secara formal, melalui surat berdaftar... saya akan pergi, sekarang saya baru dengar melalui akhbar, belum ada surat rasmi," kata wakil rakyat ini sambil menambah, "saya dengar akan dikenakan tindakan kerana melanggar disiplin, katanya nak panggil saya beri penjelasan."

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan dipanggil ke ibu pejabat parti pada minggu kedua bulan depan.

Dalam satu kenyataan Mac lalu, Che Rosli pernah berkata, negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat perlu mengorak langkah dengan mendahului kerajaan persekutuan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui ini demi masa depan rakyat dan lestari alam.

Katanya, jika sisa-sisa buangan ini dijana dengan betul satu penghasilan tenaga baru akan meningkat.

Semalam, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu The Malaysian Insider, partinya akan memanggil Che Rosli, yang dilaporkan menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan, untuk membuat penjelasan mengenai pendiriannya selepas cuti sambutan Aidilfitri.

Bagaimanapun pucuk pimpinan tidak menganggap kenyataan wakil rakyat itu sebagai satu tindakan melanggar disiplin parti walaupun bercanggah dengan pendirian PAS.

"Kami akan minta YB Che Rosli agar memberi penjelasan kepada pucuk kepimpinan kerana apa yang dikatakan oleh beliau bercanggah dengan pendirian parti," kata Tuan Ibrahim sambil menambah, "setakat ini apa yang dikatakan oleh beliau tidak boleh dianggap sebagai isu disiplin."

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, Che Rosli kemungkinan telah memberi pandangannya mengikut kepakaran beliau dalam bidang nuklear, tetapi pendirian parti adalah berlainan iaitu tidak bersetuju dengan loji Lynas didirikan di Gebeng.

Akhir minggu lalu, pemimpin Pakatan Rakyat Pahang membidas TV3 ekoran pengakuan Che Rosli yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas.

Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, yang mendesak agar loji bernilai RM700 juta itu dihentikan, mahu TV3 menarik balik dan meminta maaf termasuk Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.

PAS Pahang juga meminta kepimpinan pusat agar memanggil Che Rosli untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Md Saad memberitahu The Malaysian Insider tindakan Che Rosli itu tidak boleh diterima kerana beliau sepatutnya menyatakan sokongan melalui akhbar rasmi parti, Harakah.

"Kita tahu beliau menyokong loji itu semasa kali pertama kita bincangkan isu ini pada 2009. Tetapi selepas berunding dengan pakar lain, pendirian PAS adalah membantah projek itu. Tetapi sekarang beliau telah masuk ke musuh untuk serang parti sendiri," katanya.

TV3 menyiarkan satu laporan khas oleh wartawan alam sekitar Karam Singh mengatakan Dr Ahmad Termizi dan Che Rosli mendakwa Fuziah memperdayakan orang awam dengan membandingkan Lamp dengan kemudahan nuklear.

Che Rosli didakwa bertindak menuduh PKR memutarbelitkan isu itu untuk kepentingan sendiri dan beliau "malu" dengan hujah-hujah yang dibuat tanpa asas saintifik atau akademik.

Fuziah berkata, Che Rosli hanya bercakap tentang soal bahaya radiologi sedangkan beliau dan penduduk di sekitar loji itu telah berunding dengan ramai pakar dalam beberapa bidang termasuk kesihatan awam, kejuruteraan kimia, fizik nuklear dan undang-undang alam sekitar. -TMI

Ulasan GB

Dan kita berharap isu ini sekali lagi memberi pengajaran kepada YB-YB dan pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat.

Isu ini menjadi kontroversi kerana Che Rosli tidak dapat menepis pelawaan Karam Singh Walia - yang kemudiannya "bersetuju" untuk pergi sebagai seorang saintis.

"Saya memberitahu wartawan TV3 bahawa saya perlu mendapatkan kebenaran presiden parti, tetapi oleh kerana wartawan Karam Singh Walia telah menelefon saya dua tiga kali, saya pun kata bahawa saya hanya akan hadir atas kapasiti sebagai seorang saintis,"


Kita tidak dapat memisahkan diri kita menjadi dua. Seorang YB PAS, seorang saintis. Orang sudah kenal siapa kita. Dan apa-apa juga perkataan kita yang berbeza pandangan dengan dasar parti di kaca TV arus perdana sepastinya dieksploitasi dan dimanipulasi sepuasnya oleh mereka.

Che Rosli akhirnya membuat kenyataan beliau tidak bersetuju dengan projek Lynas. Baguslah.

"Saya hanya pergi sebagai seorang saintis, saya tidak bertindak bertentangan dengan parti, saya juga tidak menyokong Lynas,"

Kenyataan seperti itu sepatutnya disuarakan semasa wawancara berkenaan untuk mengelakkan ia menjadi kontroversi. Tetapi Che Rosli terus bercakap dengan menyerang YB Pakatan Rakyat pula. Jadi beliau tidak boleh menyalahkan pihak yang berpersepsi negatif terhadapnya.

Natijahnya, berlakulah apa yang dikatakan kontroversi itu.

Episod ini sepatutnya membuka mata semua pemimpin parti komponen PR. Jangan mudah terpedaya dengan bujukan media arus perdana. Jangan timbulkan kekecohan menjelang pilihanraya.

Ulasan GB sebelum ini di SINI. Petikan:

Kita sentiasa mengingatkan supaya berhati-hati terhadap mikrofon wartawan dari media arus perdana, tetapi yang kali bukan sekadar mikrofon, siap dengan paparan kaca TV lagi!

Dan yang aneh beliau berdalih menyatakan hendak dicakapkan adalah hal-hal teknikal sedang yang berlaku ialah serangan sesama ahli parlimen di kalangan Pakatan. Bukankah itu pendustaan namanya di bulan puasa?

TV3 menyiarkan satu laporan khas oleh wartawan alam sekitar Karam Singh Walia mengatakan Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan Dr Ahmad Termizi Ramli dan Che Rosli mendakwa Fuziah memperdayakan orang awam dengan membandingkan Lamp dengan kemudahan nuklear.

Che Rosli bertindak menuduh PKR memutarbelitkan isu itu untuk kepentingan sendiri dan beliau "malu" dengan hujah-hujah yang dibuat tanpa asas saintifik atau akademik. -TMI


dan tanpa segan silu beliau menghentam akhbar Harakah melalui kaca TV3:

Che Rosli turut mengkritik akhbar rasmi PAS, Harakah kerana bersikap tidak adil terhadap beliau berbanding Ahli Parlimen Kuantan dari PKR, Fauziah Salleh yang sering disiarkan kenyataan-kenyataannya berhubung nuklear dan isu Lynas yang bertentangan dengan pendiriannya. -Harakahdaily



Kakitangan Kerajaan Pusat Cuba Sabotaj Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

Posted: 30 Aug 2011 10:30 PM PDT

Exco Selangor Dr Xavier Jeyakumar berkata isu kakitangan 'keras kepala' yang enggan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat melicinkan urustadbir negeri sudah lama disedari umum.

Buktinya, kewujudan beberapa jabatan baru yang berhubungan terus dengan Kerajaan Persekutuan sehingga menyebabkan berlaku masalah dalam urustadbir negeri.

"Mereka tubuhkan jabatan ICU, JKKP dan sebagainya di luar kerajaan negeri. Tidak ada bantuan dari Jabatan Tanah, dan Majlis daerah. Dan organisasi ini lakukan kerja tidak seperti dahulu," kata beliau ketika ditemui di Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan negeri Selangor hari ini.

Xavier berkata pertemuan beliau dengan duta Amerika Syarikat pada 11 September tiga tahun lalu adalah atas jemputan mereka.

Dalam pertemuan itu beliau membincangkan kekangan yang dihadapi Pakatan Rakyat selepas berjaya merampas negeri yang paling berharga untuk Barisan Nasional.

"Saya ingat apa yang saya beritahu bukan isu yang tidak diketahui tapi tidak difahami tapi itu cara kerajaan pusat cuba ambil alih negeri Selangor tidak kira apa yang dilakukan," tegas beliau

Kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan bahawa anggota Xavier Jayakumar berkata kerajaan negeri menghadapi kesukaran ketika berurusan dengan kakitangan awam yang degil itu.

Kakitangan berkenaan, menurut laporan memetik Jayakumar sebagai berkata ada pegawai kerajaan negeri yang masih "terikat dengan kerajaan BN (bekas) Perdana Menteri Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan usaha BN bagi menetapkan struktur selari bagi mengalihkan dana daripada disalurkan kepada kerajaan negeri".



Siang Berpuasa, Malam Jual Tubuh

Posted: 30 Aug 2011 08:08 PM PDT

Kuala Lumpur: "Sewaktu menjejakkan kaki ke sini, setahun lalu saya bersama-sama 20 rakan yang juga dari Indonesia ditempatkan di sebuah rumah di Brickfields beramai-ramai. Gambar fail

"Majikan memberitahu siang kami perlu berehat dan malam perlu 'bekerja' , hanya segelintir saja diminta 'bekerja' di siang hari," kata Nadirah, 19, seorang pelacur warga Indonesia yang ditemui di sebuah rumah tumpangan di Brickfields.

Menceritakan saat-saat mula menjejakkan kaki ke negara ini, dia memberitahu pada awalnya ejen di Indonesia menawarkan pekerjaan kepadanya sebagai pelacur di Malaysia dan mereka dikehendaki memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

"Kerana keluarga kesempitan wang, akhirnya saya bertekad datang ke Kuala Lumpur dan kini sudah setahun bekerja sebagai pelacur. Sekarang ini pun pas lawatan sosial sudah tamat tempoh dan majikan tidak memperbaharuinya lagi.


"Siang kami berpuasa, tetapi malam kami melacur kerana kami dibayar gaji tetap RM800 sebulan. "Dan dengan duit itulah kami akan menghantar sebahagiannya kepada ibu bapa kami di Indonesia sebagai persediaan sambutan Aidilfitri," katanya ketika menunggu pelanggan.

Nadirah mengakui terpaksa bekerja sebagai pelacur berikutan tiada pekerjaan di kampung asalnya di Bandung, Indonesia selain gaji yang diperoleh bertujuan membantu ibu bapanya yang kesempitan.

Menurutnya, walaupun dia tahu perbuatannya itu berdosa tambahan pula di bulan Ramadan, tetapi dia tiada pilihan kerana memerlukan wang untuk membantu ibu bapanya.

Katanya, walaupun bergelar pelacur dia memberitahu masih ada segelintir antara mereka masih berkesempatan berpuasa sebelum berbuka bersama.

"Selalunya waktu operasi bermula kira-kira jam 9 malam sehinggalah jam 4 pagi. Sesudah habis bekerja saya akan mandi wajib sebelum berpuasa keesokan harinya," katanya.

Nadirah memberitahu majikannya mengaut keuntungan puluhan ribu semalaman dengan mengenakan bayaran antara RM30 dan RM60 bergantung kepada kualiti pelacur, tetapi hanya membayar gaji tetap RM800 sebulan kepadanya.

"Kami tidak diberikan komisen ataupun bonus sedangkan majikan untung ribuan ringgit satu malam," katanya.

Wartawan Harian Metro yang menyamar pada malam itu 'celik mata' sejurus mendapati seorang pelacur warga Indonesia berumur 15 tahun sudah pun terjebak dengan pekerjaan itu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Ani memberitahu terpaksa meninggalkan alam persekolahannya di Sumatera Barat kerana mahu membantu ibu bapanya mendapatkan wang tambahan "Sebulan saya dapat RM800, kadang-kadang RM850. Untuk ibu bapa, saya beri RM400 sebulan setakat berkemampuan membantu. Majikan kami ada bagi tahu kalau pelanggan tanya kami dari mana, jangan cakap kami orang Indon tapi bagi tau kami orang Filipina atau Vietnam," katanya.

Ketika asyik menemubual, wartawan mendapati ramai rakyat tempatan yang sepatutnya memanfaatkan bulan Ramadan dengan amal ibadat tidak menghiraukannya, sebaliknya terbabit sama melanggan pelacur. -HM

Isu Tung Shin: Jangan Salahkan Kakitangan Hospital Jika Mereka Enggan Beri Kerjasama

Posted: 30 Aug 2011 05:23 PM PDT

Insiden Tung Shin: Saksi didakwa enggan kerjasama

Keengganan saksi untuk bekerjasama telah menyebabkan kelewatan melengkapkan siasatan dakwaan bahawa gas pemedih telah dilepaskan di dalam kawasan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu di Kuala Lumpur semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata saksi terdiri daripada doktor, jururawat dan pesakit di hospital berkenaan enggan tampil untuk membantu dalam siasatan insiden tersebut.

Katanya beliau telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Kamarul Zaman Md Isa supaya mempercepatkan siasatan.

Bagaimanapun, saya dimaklumkan beberapa saksi gagal hadir semasa siasatan, katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempena Aidilfitri di Seri Perdana, di Putajaya hari ini.

Liow berkata laporan siasatan itu akan dikemukakan kepada Kabinet.

Katanya dua pasukan, satu dari kementeriannya dan satu dari pihak polis, ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan terhadap pasukan polis atas kejadian itu. - Bernama

Ulasan GB

Awal-awal dulu, Menteri Kesihatan sudah membuat kenyataan karut dengan menyalahkan angin, bukan polis yang melepaskan tembakan gas ke kawasan hospital.

Da pihak kakitangan hospital Tung Shin lebih tahu apa yang sebenarnya yang terjadi.

Justeru tidak salah untuk pihak Hospital Tung Shin tidak mahu memberi kerajasama kepada pihak kementerian yang telah awal-awal berbohong dan berdusta.

Malah tindakan Menteri kesihatan yang secara melulu membuat andaian yang karut itulah yang sepatutnya dipersalahkan.

Sebelum ini GB sudah ulas di SINI. Petikan:


Terlalu mendukacitakan dan memalukan seorang menteri kesihatan mengambil sikap mempertahankan tindakan polis tetapi membelakangkan keselamatan pesakit di hospital.

Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

Bukankah polis mengetahui kawasan itu adalah kawasan sebuah hospital dan jika sekalipun benar ia tak membidik hospital tetapi jalan besar ia tetap merupakan satu kesalahn serius.

Seperti orangramai tidak boleh membunyikan hon kenderaan di jalanraya di hadapan sekolah kerana menganggu para pelajar, apatah lagi menembak gas pemedih mata di jalanraya di hadapan sebuah hospital.

Alasan menteri berkenaan hanyalah bertujuan politik. Mempertahankan tindakan polis yang ternyata jelas bersalah sedangkan sudah sedia maklumkan asap tembakan sudah pasti merebak ke kawasan di sekelilingnya.

Namun yang jelas dan nyata, tembakan yang dilakukan sebenarnya memang ke arah hospital. Gambar dan video yang dirakam membuktikannya tetapi menteri berkenaan masih dengan sikap membodek agar jawatan menterinya tidak terlepas.

Dasar menteri kabinet BN memang kaki pendusta!


Kemerdekaan Mekah: Nabi Menentang Bangsanya Sendiri Yang Amalkan Ajaran Jahiliah

Posted: 30 Aug 2011 09:16 AM PDT


Nabi pun dianggap pengkhianat

Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.

"Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT," tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.

Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom.

"Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.," jelasnya di hadapan lebih 3,000 jemaah.

Katanya, Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri.

Tegasnya, Mekah dibebaskan daripada jahiliah kerana kemerdekaan yang sebenar ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT.


Beliau yang juga ahli parlimen marang berkata, tidak ada kemerdekaan selagi tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT.

"Selagi sembahyangnya tidak mengadap Allah, selagi syariat dan hukum-hakamnya tidak mengikut syariat dan hukum-hakam Allah, tidak dinamakan merdeka dalam erti kata yang sebenar," jelasnya.

Tegasnya, perjuangan memerdekakan manusia dengan hanya mengabdikan diri kepada Allah.

"Ketahuilah, umat Islam belum merdeka daripada penjajah Inggeris, penjajah Perancis, penjajah Itali, penjajah Komunis, penjajah Cina, Rusia dan lain-lain selagi mereka tidak melaksanakan Islam di tanahair mereka.

"Selagi hukum Islam tidak berdaulat, syariat Allah tidak diamalkan semuanya, menandakan perjuangan kita belum selesai, perjuangan untuk menyambung risalah yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w. belum selesai," ujarnya lagi. -HD


Jiwa kaya, iman kuat bangkit jatuhkan rejim zalim

MARANG, 30 Ogos: Walaupun rejim Tunisia, Mesir dan Libya dibantu oleh kuasa-kuasa Bart namun tumbang kerana kebangkitan rakyat yang kaya jiwa dan iman yang kuat.

"Kebangkitan rakyat yang berani, yang bersedia untuk mengorbankan diri mereka di jalan raya, yang tidak tunduk pada kezaliman kerana jiwa yang kaya bukan jiwa yang miskin dan papa kedana," tegas Presiden PAS ketika menyampaikan khutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.

Katanya, kebangkitan dengan jiwa yang kaya dan iman yang kuat boleh menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang zalim.

"Sekiranya kita berpegang dengan Islam kita akan diberikan kemuliaan oleh Allah SWT," katanya.

Justeru, katanya puasa mengajar umat Islam untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT yang bersedia untuk mengorbankan diri, sanggup berlapar, berdahaga, letih dan menahan diri menghadapi kesusahan dan kepayahan.

Tambahnya, mereka meninggalkan nikmat dunia kerana taatkan kepada Allah SWT.

"Begitulah kewajipan kita untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi Allah ini," ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, orang-orang munafik didedahkan oleh Allah bahawa mereka golongan berpura-pura Islam, hatinya tidak percaya dengan Islam.

Katanya, orang-orang yang lemah imannya menganggap janji kemenangan yang disebut oleh Allah dan Nabi s.a.w. hanyalah tipu daya sahaja.

Justeru, ujarnya adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam yang dilatih oleh Allah SWT dengan puasa Ramadan untuk membebaskan diri daripada tipu daya syaitan.

"Marilah kita berhari raya dengan semangat yang baru, jiwa yang baru, bercita-cita untuk menemui Allah SWT dan hari pertemuan kita dengan Allah adalah hari yang paling bahagia," ujarnya lagi. -HD


Kajian Auta Rais Yatim Tentang Kepimpinan Najib Bakal Runtuhkan Rejim UMNO BN

Posted: 30 Aug 2011 08:30 AM PDT

Penerangan: Kepimpinan Najib diterima rakyat

Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diterima majoriti rakyat di negara ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan Perdana Menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti Perdana Menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.

"Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di Putrajaya hari ini.

Kajian terbaru Merdeka Centre mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Bagaimanapun, kajian Jabatan Penerangan Malaysia yang melibatkan 50,000 responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak mendapati mereka amat menerima kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan BN secara ikhlas.

Sehubungan itu, Rais yang meragui kajian Merdeka Research Centre itu menasihatkan pusat penyelidikan itu mengambil pendekatan yang menyeluruh apabila membuat sesuatu kajian sepertimana yang dilakukan di beberapa negara barat.

"Saluran penyelidikan mereka adalah terhad dan bagi pihak yang tertentu. Jadi ia tidak berasas kepada kenyataan dan keadaan sebenarnya," katanya.

Rais berkata peningkatan berganda bilangan orang ramai yang mengunjungi rumah terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri pada hari ini berbanding tahun lalu juga jelas menunjukkan keyakinan rakyat negara ini terhadap kepimpinan Najib sebagai pemimpin nombor satu negara. - Bernama

Ulasan GB

Seperti yang GB ulas sebelum ini GB katakan

Satu ketika dulu, apabila Merdeka Center mengumumkan populariti Najib meningkat 72% pada Mei 2010, bergendang seluruh media arus perdana dan para pemimpin BN mengumumkan kajian Merdeka Center tersebut. Mereka memuji-muji Merdeka Centre menyatakan kajiannya tepat dan sahih.

Tetapi kini apabila organisasi yang sama mengumumkan populariti Najib kini merudum ke paras 59%, mereka tiba-tiba terkejut beruk dan terus tenggelam di dalam sindrom penafian dengan tidak mempercayai kajian Merdeka Centre tersebut.

Apa punya bingai menteri-menteri BN ini.


Tak timbul soal sampel tak menepati realiti sebelum ini.

Tiba-tiba apabila Merdeka Centre keluar dengan hasil kajian yang tak berpihak kepada mereka dan mendapati populariti Najib merudum, Rais Yatim tiba-tiba persoalkan "Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh...."

Malah Rais tak segan silu berdusta degan berkata kononnya Jabatan Penerangan Malaysia telah mebuat kajiannya yang melibatkan 50,000 responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak yang mendapati mereka amat menerima kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan BN secara ikhlas.

Benarkah Jabatan Penerangan ada buat kajian atau ia hanya auta Rais Yatim untuk membodek, mengampu dan menyenangkan hati PM?

Sama juga satu ketika di mana Rais berdusta menyatakan Jabatan Penerangan dah buat kajian peserta BERSIH 2.0 kononnya telah dibayar RM50 seorang untuk menyertai perhimpunan 9 Julai 2011 lalu.

Kajian-kajian yang disebutkan oleh Rais tidak pernah diterbitkan dan Bernama pula menjadi pencacai menghebahkan pendustaan manusia bernama Rais Yatim ini. Selagi UMNO percaya kepada kajian auta Rais Yatim selagi itulah mereka terbuai dengan zon selesa.

DAN percayalah.... sindrom penafian mereka ini jugalah yang bakal percepatkan keruntuhan dan kehancuran rejim UMNO BN di bawah pemerintahan Najib.

Isu Ceramah Md Sabu: PSM Kecam Utusan Malaysia Tidak Lapor Hal Sebenar

Posted: 30 Aug 2011 05:42 AM PDT

Utusan tidak lapor isu sebenar

Timbalan Ketua Polis Negara juga dikritik kerana mengeluarkan kenyataan

PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini mengecam Utusan Malaysia kerana membuat laporan yang berunsur fitnah kerana memusing fakta isi ucapan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung peristiwa Bukit Kepong.

Setiausaha Agongnya S Arutchelvan berkata PSM berpendirian bahawa apa yang ditulis oleh akhbar arus perdana milik Umno itu bukanlah isu sebenar dan terkeluar dari konteks maksud apa hendak disampaikan oleh Mohamad Sabu.

Ini adalah kerana sejarah negara ditulis dari kaca mata Umno yang telah bersekongkol dengan British untuk mendapat kemerdekaan," ujar Arutchelvan yang mendakwa pejuang kemerdekaan aliran kiri seperti Shamsiah Fakeh tidak direkodkan di dalam buku sejarah.

Pemimpin PAS yang juga dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa bahawa anggota komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 adalah pejuang negara yang sebenar dalam satu ceramah di Tasek Gelugor pada 21 Ogos, lapor Utusan Malaysia.

Rentetan itu, semalam Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar menasihatkan Mat Sabu agar mempelajari sejarah sebelum mengeluarkan kenyataan.

Arutchelvan turut mengkritik Utusan Malaysia dan pasukan Polis DiRaja Malaysia yang memanipulasi kenyataan Mat Sabu.

"Utusan Malaysia dan PDRM juga membuat pelbagai tohmahan dan cerita," kata Arutchelvan berdasarkan pengalaman penahanan 31 anggota partinya pada Jun dan Julai termasuk penahanan enam pemimpin parti di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan Jenayah dan Ketenteraman Awam) 1969.

Kebal bercakap bohong

Ujar beliau, "pengalaman yang PSM belajar ialah Utusan Malaysia kebal bercakap bohong dan tidak ada apa yang boleh dilakukan.

"Begitu juga ada ahli Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) dan orang Umno seperti (Senator) Ezam (Mohd Nor) yang boleh membuat ugutan berunsur jenayah.

"Tetapi mereka kebal dan tidak ada apa-apa tindakan pun diambil terhadap mereka," ujar Arutchelvan sambil merujuk kepada kegagalan polis bertindak terhadap Perkasa dan Ezam.

Arutchelvan turut meminta agar pihak polis bersikap neutral dalam penyiasatan kes ini.

"Sebagai seorang pegawai polis beliau sepatutnya menyiasat samada kenyataan Mat Sabu mempunyai unsur jenayah atau tidak.

Pemimpin PSM tersebut turut menyelar kenyataan Khalid seumpama kenyataan seorang ahli politik.

"Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti seorang ahli Umno atau ahli politik. Jika beliau ingin menyertai politik, bersaralah dan masuklah gelanggang politik," tegas beliau.

Sementara itu, di Kangar, Mat Sabu mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia itu berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu. -FMT


Populariti Najib Akan Terus Merudum Jika Gagal Tunai Pembaharuan Pilihanraya

Posted: 30 Aug 2011 04:15 AM PDT

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meramalkan populariti Datuk Seri Najib Razak, yang terus merosot, akan berhadapan dengan paras lebih buruk jika perdana menteri gagal menunaikan janji pembaharuan pilihan raya selepas perhimpunan Bersih 2.0.

Sementara mereka juga bersetuju dengan kemerosotan berterusan sebagaimana dibuktikan menerusi kajian Merdeka Center dan bukan sesuatu yang mengejutkan, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengambil sikap berhati-hati tentang implikasi persekitaran itu dalam pilihan raya umum ke-13.

Kata mereka, kedudukan itu tidak semestinya menggambarkan satu peralihan positif yang pasti kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, tanpa pembaharuan pilihan raya dengan segera, pentadbiran Najib (gambar) kemungkinan akan berakhir pada pilihan raya umum ke-13, yang dijangka akan dipanggil dalam beberapa bulan ini.

"Keputusan kajian itu seiring dengan pandangan umum situasi semasa yang tidak memihak buat Najib, ekoran kenaikan harga barang dan kesilapan menangani isu Bersih 2.0," katanya lagi.

"Beliau begitu ketara terdesak untuk memulihkan keadaaan.... (dengan itu) memperkenalkan jawatankuasa pilihan khas bagi pembaharuan pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula mengkaji untuk membenarkan kesemua rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi dan mempertimbangkan (semula) penggunaan dakwat kekal," kata Lim sambil menambah, "sama ada semua ini akan dilaksanakan dalam pilihan raya umum, sesuatu yang perlu (kita tunggu dan) lihat."

Populariti Najib menjunam ke paras 59 peratus — penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal Julai lalu.

Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan arah aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Kadar populariti Najib pernah turun sehingga 56 peratus pada September 2009 - lima bulan selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang keenam.

"Seramai 59 peratus rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam kajian (kali) ini enam peratus lebih rendah berbanding 65 peratus direkodkan pada Mei tahun ini," kata firma kajian pandangan umum ini dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam. Kajian terbaru ini dikendalikan sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Najib telah kehilangan peluang keemasan untuk menarik sokongan pengundi dan cara beliau mengendalikan isu-isu semasa menjadi asas kepada kemerosotan popularitinya.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu juga bersetuju dengan pandangan Lim bahawa Najib seharusnya mengadakan pembaharuan pilihan raya menerusi jawatankuasa yang telah disyorkan sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Jawatankuasa pilihan khas (kini berubah) sebagai isu politik dan Najib tiada iltizam politik untuk menjamin bahawa ia akan dilaksanakan sebelum pembubaran Parlimen.

"Beliau telah menembak kaki sendiri, ya, dan mengulangi sikap tidak konsisten dan kurangna iltizam untuk melakukan pembaharuan," katanya lagi.

Pemimpin-pemimpin PKR, Chua Tian Chang dan Nik Nazmi Nik Ahmad menjangkakan keputusan terbaru ini akan mencetuskan panik di kalangan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN), dan akan menggerakkan taktik-taktik kotor untuk memenangi pilihan raya umum.

"Saya fikir pastinya beliau telah silap dalam tangani Bersih, tetapi tahap popularitinya tidak kaitan besar dengan pilihan raya umum. Kebimbangan saya sekarang ialah, Najib akan membaca keputusan ini dan akan ada lebih kepincangan dalam pilihan raya nanti. Umno akan membaca hasil kajian ini dan jika mereka merancang untuk menghadapinya, mereka akan menggunakan penipuan besar-besaran untuk menang," kata Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Batu ini kepada The Malaysian Insider.

Nik Nazmi, Pengarah Komunikasi PKR, bersetuju dengan kemungkinan itu tetapi menggesa pentadbiran Najib menganggapnya sebagai satu pengajaran dan menggunakan sebagai langkah memperkenalkan pembaharuan sebelum pilihan raya umum.

Sambil mendakwa jawatankuasa pilihan khas itu kemungkinan hanya "kosmetik", Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia memberitahu, Najib kemungkinan akan tenggelam dalam tekanan dalam parti beliau sendiri dan tidak menunaikan apa yang dijanjikannya.

Najib, tambah beliau, terlalu berhati-hati dan bukan seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan sentiasa berakhir dengan perubahan pendirian dalam keputusan-keputusan dasar. -TMI

Tiada ulasan: