Ahad, 28 Ogos 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Surat bukti pelajar UiTM dibawa ke mesyuarat Umno!

Posted: 27 Aug 2011 02:49 PM PDT

JIKA sebelum ini pelajar sekolah menengah diupah RM10 untuk menyertai mesyuarat Kesatuan Melayu Tiada Otak (United Malays No Otak), rujuk sini [diupah RM10].

Kali ini satu lagi dokumen bukti bahawa larangan berpolitik di bawah AUKU/ Akta 174, hanyalah untuk pelajar yang menyokong Pakatan Rakyat. Kalau sokong United Malays No Otak tak mengapa dibolehkan, malah digalakkan.

Di bawah ini sebuah dokumen yang dikongsikan oleh salah seorang pembaca MiLo SuaM. Ia merupakan surat rasmi yang telah dihantar oleh Pengarah Kampus Universiti Teknologi Mara, Machang kepada Pengerusi badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato Mustapa Mohamed.



Pung pang pung pang pelajar universiti tak boleh berpolitik, kalau berpolitik tindakan tegas akan diambil, boleh dibuang universiti, kalau nak berpolitik tunggu lepas habis belajar bla bla bla...

Tapi kalau sokong United Malays No Otak, tak mengapa tidak salah, sokong Pakatan Rakyat je tak boleh. Undang-undang apa macam ni? Undang-undang bapak dia!

ReJaM© "Dia sendiri buat undang-undang, tapi dia sendiri yang langgar"

Perbuatan khianat! Selangor Kini dibuang ke longkang!

Posted: 27 Aug 2011 01:54 PM PDT


PADA hari rabu lepas (24 Ogos 2011), ReJaM© pergi ke Kajang untuk menikmati Sate Kajang sebagai juadah berbuka hari tersebut.

Selesai berbuka di Restoran Sate Kajang Hj Samuri, kami bertiga singgah menunaikan solat Maghrib di salah sebuah masjid berhampiran di Bandar Kajang.

ReJaM© benar-benar terkejut melihat selonggok akhbar Selangor Kini dibuang di longkang masjid tersebut berdekatan dengan sebuah paip air tempat mengambil air sembahyang dan boleh dilihat dengan jelas oleh jemaah yang hadir.



Longgokan Akhbar Selangor Kini ini dilihat sengaja diletakkan atau dibuang di situ supaya ia menjadi basah dan musnah. Dipercayai ini merupakan satu perbuatan khianat pihak yang tidak bertanggung jawab atau boleh dianggap sebagai satu tindakan sabotaj.

Selangor Kini adalah akhbar percuma keluaran Negeri Selangor yang diedarkan di pelbagai lokasi strategik seperti di masjid-masjid dan surau serta kawasan tumpuan rakyat Selangor.

Ia menjadi medium informasi rakyat Selangor tentang aktiviti kerajaan negeri dan pelbagai berita-berita berkaitan Negeri Selangor. Perbuatan khianat ini amat menyedihkan kerana ia melibatkan pembaziran wang Rakyat Selangor.

Pihak yang berkaitan diminta mengambil tindakan yang sewajarnya agar perkara ini tidak berulang.

ReJaM© "Kalau pun benci dengan Kerajaan Selangor, janganlah sabotaj, duit Rakyat Selangor bukan duit bapak kamu!"

Laporan Polis terhadap berita palsu Surau Al-Musyrikin TV3!

Posted: 27 Aug 2011 02:50 AM PDT


SUSULAN daripada pendedahan penipuan TV3 di laman blog dan facebook tentang Surau Al-Musyrikin sebelum ini, rujuk sini [Al-Musyrikin] pelbagai pihak sudah mula memandang serius hal ini.

Jingga 13 hari ini membuat laporan Polis terhadap TV3 berhubung laporan berita palsu yang disiarkan di Buletin Utama pada 21 Ogos 2011. Kami Jingga 13 meminta pihak Polis mengambil tindakan ke atas TV3 kerana menyiarkan berita propaganda berniat jahat untuk mencetuskan ketegangan antara agama dan kaum yang jelas boleh menggugat keselamatan negara dan ketenteraman rakyat. TV3 juga didapati mempermainkan agama Islam melalui laporannya yang dilihat begitu jelas sengaja diada-adakan.

Kami turut menyerahkan bukti video rakaman laporan Buletin Utama yang disiarkan pada 21 Ogos 2011 yang lalu kepada pihak Polis untuk membantu siasatan.

Pada 21 Ogos 2011 yang lalu, Buletin Utama telah menyiarkan laporan berita tentang sebuah kelas tuisyen di Jalan Klang Lama, yang didakwa menyebarkan agama Kristian kepada para pelajarnya yang beragama Islam. Laporan itu turut menyiarkan rakaman kononnya sekumpulan Qariah Surau Al-Musyrikin (golongan yang menyekutukan Allah) yang diketuai oleh Datuk Mustapha Kamal Mohd Yusof serta kira-kira 50 orang Qariah surau berhimpun di hadapan kelas tuisyen itu kononnya untuk membantah penyebaran agama Kristian.

Laporan Buletin Utama itu menggambarkan kononnya ada usaha menyebarkan Kristian melalui kelas tuisyen kepada pelajar yang beragama Islam sehingga mendapat bantahan Qariah Surau Al-Musyrikin.

Hasil tinjaun Jingga 13 di lokasi kelas tuisyen di kawasan setinggan Jalan Klang Lama seperti yang dilaporkan, dan temubual bersama penduduk setempat, mendapati tiada satu pun surau yang wujud berdekatan kawasan tersebut. Pusat Tuisyen itu terletak di sebuah kawasan setinggan yang didiami oleh kebanyakkannya kaum Cina dan India serta pendatang asing warga Indonesia. Jelas sekali qariah dan nama surau yang dilaporkan tidak wujud.

Selain itu nama surau Al-Musyrikin yang disiarkan juga dilihat sengaja direka dan diada-adakan. Adalah mustahil jika penduduk setempat menamakan rumah Allah (surau) dengan nama Al-Musyrikin (orang yang menyekutukan Allah). Jelas sekali TV3 mencipta berita palsu malah mempermainkan rumah ibadat orang Islam (surau) dengan nama Al-Musyrikin.

Penduduk setempat juga memaklumkan bahawa tuisyen tersebut sudah wujud sekian lama untuk mengajar agama Kristian kepada anak-anak penduduk kawasan setinggan tersebut yang beragama Kristian. Mereka terdiri daripada pelajar berbangsa Cina, India dan segelintir Indonesia yang beragama Kristian. Tiada pelajar Melayu Islam yang mengikuti pembelajaran Agama Kristian di situ.

Kami Jingga 13 memandang serius perbuatan jahat dan biadap oleh TV3 ini kerana ia boleh menimbulkan ketegangan agama selain melanggar etika kewartawanan. Di atas prinsip menjaga keharmonian dan perpaduan, kami menggesa pihak Polis dan pihak berkuasa berkaitan menjalankan siasatan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap TV3 agar perkara seperti ini tidak berulang di masa akan datang.

Kami juga mahu TV3 memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas laporan palsu ini serta kebiadabannya menamakan rumah ibadah umat Islam dengan nama Al-Musrikin.

Fariz Musa,
Koordinator Jingga 13.


Di bawah ini rakaman video kenyataan media yang dibuat oleh Koordinator kumpulan blogger dan facebooker Jingga 13, Saudara Fariz Musa di IPD Shah Alam.




ReJaM© "Adakah pihak Polis akan buat bodoh seperti biasa?"

Tiada ulasan: