Blog-list Malaysia |
- San Miguel sah beli Esso
- Dr Rosli Che Mat Sengaja Mahu Diperangkap Atau Terperangkap
- Mat Sabu mahu teliti rakaman ceramah
- Mat Sabu khianati pejuang bangsa, negara
- Ahmad Maslan Dengan Kebodohannya..
- Umno Kedah Buat Kerja Bodoh
- Berita 'murtad' TV3 palsu
Posted: 28 Aug 2011 01:23 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Sementara beberapa parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan menuntut penjelasan Putrajaya, San Miguel Corporation merancang untuk melabur sehingga AS$1 bilion untuk menaik taraf dan memasang peralatan baru di loji penapis berusia 48 tahun di Port Dickson. Syarikat Filipina itu memperoleh 65 peratus pegangan kepentingan Exxon Mobil Corporation dalam tiga perniagaan yang beroperasi dalam sektor petroleum hiliran Malaysia. Ahli Lembaga Pengarah San Miguel Corporation, Eric Recto berkata syarikat merancang untuk membawa jentera baru bagi menghasilkan lebih banyak produk nilai tambah di pasaran Malaysia. "Kami menjangka pencapaian yang sama seperti mana yang kami lakukan semasa kami memperoleh Petron Corporation tiga tahun lepas. "Loji penapis Malaysia merupakan aset berguna, memandangkan jumlah pelaburan yang dikeluarkan bagi menggantikan peralatan dan jentera lama," kata beliau kepada wartawan Malaysia di sini melalui sidang suara dari Amerika Syarikat hari ini. San Miguel Corporation menguasai 68 peratus ekuiti dalam Petron Corp. Dipetik Bernama Online, Recto yang juga Presiden Petron Corp berkata, perancangan akan dilaksanakan dalam proses jangka panjang antara tiga hingga lima tahun. ExxonMobil dan San Miguel Corporation menandatangani perjanjian jual beli bagi ExxonMobil menjual pegangan 65 peratusnya dalam syarikat dagangan petroleum yang tersenarai, Esso Malaysia Bhd dan syarikat milik penuhnya ExxonMobil Malaysia Sdn Bhd serta ExxonMobil Borneo Sdn Bhd kepada entiti Filipina yang amat pelbagai itu pada RM614.25 juta atau RM3.50 sesaham. San Miguel Corporation merupakan konglomerat perniagaan Filipina dan syarikat induk Petron Corp, syarikat penapisan dan pemasaran minyak terbesar di Filipina. Anak syarikatnya yang dikuasai 68 peratus, Petron Corp, adalah syarikat penapisan dan pemasaran minyak bersepadu di Filipina, dengan kapasiti penapisan sebanyak 180,000 tong sehari dan lebih 1,700 stesen di seluruh Filipina. Mengikut perjanjian tersebut, selain loji penapis Port Dickson, 10 terminal pengedaran bahan api (tujuh aktif), kira-kira 560 tapak bahan api runcit berjenama (420 milik syarikat), serta perniagaan bahan api Perindustrian dan Borong serta Penerbangan ExxonMobil, akan dikuasai oleh San Miguel Corporation. Recto berkata kerja-kerja menaik taraf, akan membolehkan loji penapis Port Dickson yang kini mengeluarkan 50,000 tong sehari dapat memaksimumkan kapasiti pengeluaran kilang sebanyak 88,000 tong sehari. Pelaburan berkenaan, kata beliau, akan dibahagikan kepada dua segmen, di mana 70 peratus akan diperoleh daripada institusi kewangan manakala baki 30 peratus adalah daripada San Miguel. "Dalam hal ini, operasi ExxonMobil Malaysian boleh berdiri sendiri, memandangkan ia akan membiayai 30 peratus daripada operasinya di Malaysia. "Hanya sekiranya bantuan pelaburan diperlukan, baru SMC terlibat. Bagaimanapun, kami akan amat berhati-hati dari mana wang berkenaan diperoleh," kata beliau yang mengaitkan kebimbangan daripada warga tempatan mengenai dari mana wang akan diperoleh memandangkan San Miguel Corporation pada mulanya merupakan syarikat bir. Recto menjelaskan bahawa pada masa ini, San Miguel Corporation yang berpangkalan di Filipina, merupakan konglomerat yang amat pelbagai dengan perniagaan terdiri daripada makanan dan minuman hingga petroleum, tenaga dan infrastruktur serta syarikat sekarang memperoleh lebih 70 peratus daripada perolehannya daripada segmen bukan makanan dan minuman. Mengenai bank pula, Recto berkata bank-bank dari Malaysia dan Filipina berminat untuk membiayai perbelanjaan pelaburan syarikat. "Tidak diragukan yang bank-bank Malaysia akan diberikan keutamaan, memandangkan pencapaian dan kemampuan mereka," katanya. Dalam usaha meningkatkan modal insan, Recto berkata San Miguel Corporation berjanji tidak akan memberhentikan mana-mana kakitangan operasi sedia ada di loji penapis serta perniagaan lain memandangkan ia akan memerlukan mereka semua, malah lebih banyak pekerja diperlukan di masa depan, seiring dengan sasaran syarikat untuk memaksimumkan penggunaan loji penapis itu. "Kami akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan keutamaan pertama adalah untuk warga Malaysia. "Apabila pertama kali kami memperoleh loji penapis Manila, kami memerlukan kira-kira 20 hingga 25 peratus pekerja tambahan bagi membina semula dan menyusun semula loji," katanya dan menambah bahawa peluang pekerjaan yang sama mungkin juga diperlukan di Port Dickson. |
Dr Rosli Che Mat Sengaja Mahu Diperangkap Atau Terperangkap Posted: 27 Aug 2011 10:31 PM PDT Lynas, Che Rosli Che Mat Dan YuGi Berpisah Tiada Sewaktu media pencacai Umno-APCO berlumba-lumba menyiarkan kenyataan ahli parlimen PAS dari Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat, rupa-rupanya ia telah diketahui beberapa puak dalam PAS sendiri. Antara yang mengesan kehadiran orang TV3 ialah salah seorang jawatankuasa PAS Selangor sendiri, yang namanya dikaitkan dengan skandal serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Seksyen 13, Petaling Jaya. Itu tidak penting. Tetapi yang paling penting adalah siapakah Dr Che Rosli sebenarnya? Menurut satu sumber, rupanya Dr Che Rosli adalah salah seorang pakar atom, sama seperti ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (nuklear). Dan pernah memegang jawatan sebagai penyelidik dan saintis di Puspati (Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail, kini AELB) dan pensyarah di UKM. Apa yang menghairankan adalah, walaupun Che Rosli memberi pandangannya dari sudut saintifik, apakah dia tidak mengetahui kesan pencemaran yang telah berlaku di Bukit Merah, Taiping, Perak pada 1992 dulu? Mustahil dia tidak tahu, atau sengaja buat-buat tak tahu. Orang yang bekerja di AELB atau pusat tenaga atom kebanyakkannya telah diberikan pendedahan songsang, iaitu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) adalah badan tertinggi yang mengawal selia projek berkaitan nuklear di dunia. Sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya, IAEA ditubuhkan untuk mempromosi tenaga nuklear dan meyakinkan masyarakat dunia bahawa nuklear suatu bentuk tenaga yang selamat dan kos murah. Ramai di antara kita terkeliru dengan status IAEA yang dana utamanya adalah meluluskan sesebuah projek nuklear atau atom dengan membayar royalti kepada mereka sebelum sesuatu projek nukelar dapat dibangunkan. Jadi dengan fakta ini, adalah mustahil Che Rosli tidak tahu walaupun atas sebab kapasitinya sebagai bekas pakar atom tidak tahu permainan licik dan tipu helah TV3 terutamanya Karam Singh Walia yang cuba memutar belit kenyataan setiap temuramah dengan pimpinan Pakatan Rakyat. Saya beranggapan Che Rosli sepatutnya berunding dengan Lajnah Harian PAS sebelum menerima pelawaan TV3 yang diketahui sangat "berbisa". Ini adalah pengajaran berguna buat Che Rosli yang sebenarnya "terkena sindrom KKS - Kurang kasih sayang" dalam PAS sendiri lantaran hubungannya dengan geng YuGi masih erat dan utuh. Tindakan Fuziah Salleh menyaman TV3 sepatutnya dipuji dan Che Rosli juga boleh berbuat demikian sekiranya temuramah dia dengan TV3 sah diputar belitkan. Kita tunggu apa penjelasan Che Rosli dan "niat tersembunyi" di sebalik isu ini. JALAN PULANG |
Mat Sabu mahu teliti rakaman ceramah Posted: 27 Aug 2011 10:14 PM PDT KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Mohamad Sabu mengambil pendirian untuk tidak memberi sebarang komen berhubung dakwaan akhbar Utusan mengatakan beliau menghina pejuang kemerdekaan dalam satu ceramah di Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu. Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS (gambar) menegaskan, beliau mahu melihat kembali rakaman video berhubung ceramah itu sebelum memberikan sebarang komen. "Saya berucap pada 21 Ogos tapi keluar dalam Utusan Malaysia 27 Ogos, saya tidak mahu beri apa-apa komen lagi... saya nak dengar dan lihat balik rakaman video itu dulu. "Saya tidak mahu nafi atau apa, saya nak tengok balik... saya tak tahu apa yang dilaporkan (dalam Utusan Malaysia) sama ada ia betul atau tidak," katanya kepada The Malaysian Insider. Akhbar milik Umno itu sejak semalam terus menyerang Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu kerana menghina perjuang kemerdekaan dengan menganggap pihak komunis yang menyerang pasukan keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 adalah hero sebenar. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Mohamad itu yang mengangkat pengganas komunis sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara. Malah, Muhyiddin turut menyifatkan kenyataan Mohamad bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan adalah sesuatu yang biadab. "Kenyataan Mohamad Sabu ini adalah satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air. "Sebaliknya beliau dengan angkuhnya telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan," katanya. Muhyiddin menegaskan Mohamad wajar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana membuat kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab itu. Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan kontroversi yang dicetuskan Mohamad apabila mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu. Hari ini akhbar Kumpulan Utusan, Mingguan Malaysia memperuntukan enam halaman termasuk muka depan mengecam Mat Sabu. Selain itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut didakwa menggambarkan Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British. Bagaimanapun dalam rakaman video ceramah itu, The Malaysian Insider mendapati Mohamad langsung tidak menyebut apa-apa tentang Goh sebaliknya hanya menegaskan Muhhammad Indera adalah pejuang kemerdekaan yang sebenarnya. "Cerita sejarah kita banyak yang tidak kena, bukan kepung polis itu polis British, askar Bukit Kepong itu pejuang kemerdekaan, ketuanya Mat (Muhammad) Indera, Melayu tetapi semua sejarah ditutup. "Jins Shamsuddin buat filem, dia tu Umno, cerita Bukit Kepong, askar Bukit Kepong ditahan polis British sebab sebelum kemerdekaan negara diperintah oleh British," katanya. Tambah beliau: "Tapi dalam filem askar itu pengganas, padahal Mat Indera ketua balai polis dan akhirnya dia dihukum gantung." Jelas Mohamad, peristiwa sama turut berulang kepada Tok Janggut di Kelantan yang dianggap pengganas kerana menentang British. "Tok Janggut lawan British tapi sebelum British nak bunuh dia, dia (British) hasut Sultan Kelantan untuk isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka. "Bila isytihar Tok Janggut penderhaka barulah Tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan," katanya. Dalam ceramahnya itu beliau menyifatkan semua sejarah tentang kemerdekaan negara adalah bohong. "British dikatakan pejuang kemerdekaan, siapa pegawai British? Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman. "Yang lawan British jadi pengganas," katanya. |
Mat Sabu khianati pejuang bangsa, negara Posted: 27 Aug 2011 06:39 PM PDT Kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong adalah satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Saya amat kesal dengan kenyataan Mohamad Sabu itu bahawa pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara," katanya dalam satu kenyataan. Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu didakwa membuat kenyataan itu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia. Muhyiddin berkata pemimpin PAS itu turut membuat kenyataan biadab dengan mendakwa Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan. "Beliau dengan angkuhnya telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan. Kenyataan seperti itu adalah manifestasi kealpaan Mohamad Sabu terhadap sumbangan besar pemimpin Melayu terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air," katanya. Muhyiddin menegaskan Mohamad wajar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana membuat kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab itu. "Beliau (Mohamad Sabu) lupa bahawa hasil perjuangan mereka (pemimpin Melayu), bangsa Melayu telah mendapat suntikan semangat dan kesedaran politik luar biasa untuk bangkit menentang penjajah Inggeris dan Malayan Union. "Hasil sumbangan tokoh-tokoh besar pemimpin Melayu inilah, bangsa Melayu bangkit bersatu melalui persatuan-persatuan Melayu, yang kemudiannya melahirkan wadah Umno untuk memperjuangkan kemerdekaan negara serta mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam," kata Muhyiddin. Beliau berkata hasil perjuangan suci barisan pemimpin Melayu berkenaan, negara bukan sahaja mencapai kemerdekaan, malah kedudukan Raja-Raja Melayu, hak-hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan hak-hak yang sah bagi kaum lain telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Katanya perkara asas ini yang menjadi teras pembentukan negara Malaysia yang merdeka, telah terpahat dalam perlembagaan dan terpelihara sehingga ke hari ini. "Hakikatnya, penyatuan bangsa Melayu dan persefahaman murni dengan kaum-kaum lain yang dipelopori oleh pemimpin kita terdahulu telah membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan dalam masa yang singkat tanpa pertumpahan darah. "Hakikat sejarah ini tidak boleh dipadamkan atau ditulis semula oleh sesiapapun," tegas Muhyiddin. Muhyiddin menyifatkan Mohamad sebagai buta sejarah apabila beliau sanggup bersubahat dengan orang zalim dan pembunuh dengan mengagungkan komunis. "Perjuangan komunis bukanlah untuk membebaskan rakyat daripada belenggu penjajahan. Sebaliknya, mereka hanya berminat untuk membentuk sebuah negara komunis dengan pemerintahan kuku besi," jelas beliau. Beliau berkata rakyat Malaysia yang mengingati dan memahami sejarah tentunya tidak lupa tentang keganasan komunis yang telah mencetuskan rusuhan, pembunuhan orang awam yang tidak berdosa dan perbalahan kaum sejurus selepas tentera Jepun menyerah kalah. "Jika dilihat sejarah hitam kekejaman pemerintahan rejim komunis di beberapa buah negara di rantau ini sewaktu negara kita bergelut menentang kegiatan subversif Parti Komunis Malaya, kita pastinya bersyukur kerana rakyat berbilang kaum di negara kita telah memilih untuk tidak menyokong perjuangan komunis," katanya. Sementara itu, Ketua Pemuda BN Parlimen Pagoh, Ismail Mohamed semalam membuat satu laporan polis di Balai Polis Pagoh, Muar, Johor berhubung kenyataan Mohamad itu. Dalam laporan itu, Ismail berkata kenyataan Mohamad itu menunjukkan beliau tidak sensitif dan ketandusan idea demi kesinambungan politik murahan pakatan pembangkang sehingga menidakkan kebenaran. Pemimpin PAS itu didakwa menyifatkan Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis, adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis Bukit Kepong. - Bernama |
Ahmad Maslan Dengan Kebodohannya.. Posted: 27 Aug 2011 08:54 AM PDT Ahmad Maslan buat malu UMNO Baru-baru ini saya menghadiri sebuah majlis dialog dan berbuka puasa antara wakil-wakil mahasiswa daripada beberapa universiti dengan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Saya sudah biasa membuat liputan berita yang membabitkan beliau dan faham sangat apabila rakan-rakan media selalu "fobia" nak bertanya soalan pada dia. Selalunya jawapan dia memang jarang boleh pakai. Tetapi pada majlis dialog itu barulah saya nampak "his true colours". Terserlah amat sangat bukan sahaja kecetekan PRnya, tetapi juga kejahilannya mengetepikan isu dan kesombongannya sebagai seorang wakil rakyat. Pertanyaan wakil pelajar yang disampaikan dengan tertib dan berhemah dibalasnya dengan jawapan bangang dalam nada sinis dan tidak sesuai bagi seorang berstatus Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri. Cara Ahli Parlimen Pontian itu berinteraksi dalam dialog itu bukan sahaja memalukan dirinya, tetapi juga menjatuhkan air muka UMNO. Beberapa kali saya menepuk dahi kerana terkejut dengan cara dia menjawab soalan mahasiswa. Selain gagal menjawab pertanyaan dengan bijak, Ahmad Maslan juga tidak pandai mengawal emosi. Apabila fikirannya tersangkut mencari jawapan, dia menggunakan pendekatan memperkecilkan mahasiswa dan mendabik dada mengenai kejayaan peribadinya.S aya tak tahu bagaimana nak gambarkan dalam Bahasa Malaysia. Tapi yang jelas, Ahmad Maslan had made a fool of himself and UMNO sehinggakan beberapa pelajar mengadu kepada saya, "akak, malunya kami mendapat menteri seperti ini." Berikut adalah antara ringkasan beberapa soal jawab antara Ahmad Maslan dengan beberapa pemimpin Mahasiswa yang membuat saya dan suami berdekah-dekah ketawa dan ramai hadirin terpinga-pinga dan ada yang menepuk dahi! Pemimpin Mahasiswa: "Bagaimana sebenarnya sistem demokrasi di negara kita berfungsi? Mengapa setelah pelbagai dasar dan agenda dilakukan sejak merdeka hingga sekarang, kaum Melayu masih terkebelakang di segi ekonomi. Bagaimana pemimpin mahu menjelaskan proses demokrasi kepada mahasiswa, remaja dan pelajar sekolah? Mengapa pelajar universiti tak dibenarkan berkempen?" Ahmad Maslan: "Saya tak takut dengan sesiapa. Saya hanya takut dengan Allah. Saya langsung tak gementar kerana saya tahu perjuangan kami adalah perjuangan yang benar. Sebab itu di Dewan Rakyat saya minta naikkan soalan saya supaya dapat berdepan dengan Anwar Ibrahim. "Tahun ini soalan saya naik ke nombor 2 saya dapat berdepan dengan Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat sebab saya tak takut berdepan dengan manusia. Saya hanya takut Allah. "Mengapa kita tak kuasai ekonomi? Ketika dijajah Inggeris, kalau orang Melayu dan India awal-awal lagi ditempatkan di bandar, kita pasti tak ada pilihan lain, kecuali berniaga sebab kita tak boleh bercucuk tanam di atas jalanraya. "Tetapi mereka diletak di kampung, nak jadi apa? Mereka jadi penoreh getah, macam mak ayah saya. Mereka jadi peneroka dan nelayan. Itu kesilapan pertama dalam proses demokrasi. "Kemudian negara ditadbir urus oleh kerajaan mengikut sistem demokrasi berparlimen, demokrasi terpimpin. Semua orang demokratik di negara kita boleh menjadi calon dalam pilihanraya. Siapa saja boleh jadi calon berdasarkan akta-akta yang ada." Pemimpin Mahasiswa: "Tahun lalu beberapa mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dikenakan tindakan di bawah AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) kerana didakwa berkempen pada pilihanraya kecil (PRK) Hulu Selangor. "PRU 2008 berat sebelah sehingga membuatkan orang tidak mahu mengundi pihak tertentu kerana meluat. Mengapa pihak pembangkang susah dapat permit dibandingkan kerajaan. Apakah peranan mahasiswa dalam membantu memperbaiki demokrasi dalam negara kita." Ahmad Maslan: "Malaysia adalah satu-satunya negara yang membenarkan berkempen 365 hari 7 kali seminggu 24 jam sehari. Asalkan ada permit, boleh buat ceramah. Pembangkang juga boleh kata apa sahaja dalam internet. Boleh keluarkan suratkhabar tiap-tiap hari. Kenapa kerajaan negeri Selangor tak keluarkan suratkhabar hari-hari dan bagi kepada rakyat Selangor? Kalau mereka nak buat, silakan." Mahasiswa: "Mengikut AUKU pelajar tak boleh jadi calon atau berkempen." Ahmad Maslan: "Akta itu ciptaan manusia. Kenapa kamu mesti takut dengan ciptaan manusia? Langgar ajalah. Jangan takut pada manusia. Terus langgar sajalah. " Pemimpin Mahasiswa: Pada PRU 2008 di Kepala Batas mahasiswa cuba menjadi calon menentang Tun Abdullah Badawi tetapi digagalkan oleh SPR." Ahmad Maslan: " Pada saya kalau rasa nak bertanding, langgar aja. Kemudian kalau dibuang dari universiti, pergilah belajar di universiti luar negara. " Pemimpin Mahasiswa: "Tujuan kami adakan dialog dengan pemimpin bukan untuk menakutkan sesiapa. Kami hanya mahu dua perkara. Pertama, suara kami didengari dan kedua, mahasiswa mahu peranan kami diiktiraf. Adakah kerajaan selepas ini bersedia membenarkan mahasiswa bertanding dalam pilihanraya. Adakah Datuk bersedia berdialog dengan Mazlan Aliman?." Ahmad Maslan: "Saya dah berjanji untuk berdialog dengan Mazlan Aliman dan bila masanya, terpulang pada dia. Tetapi untuk berdebat, saya rasa dia tak layak. "Kalau saudara nak terus adakan dialog dan dapat pandangan orang-orang tertentu, silakan. Yang saya khuatir ialah demonstrasi kerana bila berlaku demonstrasi boleh berlaku orang bakar bangunan dan ketawa selepas membakar bangunan itu. Bila berlaku demonstrasi jalananan dan melihat orang cedera, daripada nak tolong orang cedera, dirompaknya pula. "Saya tidak khuatir dengan pandangan berbeza. Saya berdebat sejak sekolah menengah. Pada 1983 saya masuk final debat. Pendebat pertama dari Kolej Islam Kelang ialah Idris Ahmad. 27 tahun selepas itu beliau menjadi ketua penerangan PAS dan saya jadi ketua penerangan umno. Perdebatan tak jadi hal bagi saya. Pemimpin Mahasiswa: "Semasa PRK Hulu Selangor, ada mahasiswa kena tangkap di bawah AUKU. Mereka ditangkap dengan alasan pelajar universiti tak boleh masuk politik." Ahmad Maslan: "Kalau anda semua nak masuk politik, silakan. Apa nak ditakutkan AUKU. Ia adalah akta-akta di atas kertas. Yang korang takut sangat, kenapa? Masuk ajalah dalam politik. Itu jawapan saya. Pemimpin Mahasiswa: "Kita tak takut, tetapi kita fikirkan mak ayah yang susah payah cari duit nak hantar kita belajar." Ahmad Maslan: "Masuklah IPTS dan kemudian bekerja. Saya buat MBA tak ada siapa sponsor pun. Saya bekerja sambil belajar dan jadi pelajar terbaik UKM dan dapat 3.85 CGPA. Saya dapat anugerah emas pelajar. Masa itu pelbagai jawatan politik saya ada." Pemimpin Mahasiswa: "Benar, kami tak takut AUKU, tetapi kami tertakluk kepada undang-undang. Jika langgar, masa depan habis." Ahmad Maslan: "Saya dulu bekerja sambil belajar. Saya pernah sembelih biri-biri di New Zealand untuk cari duit lebih. Itu kat luar negara. Apa hal korang manja sangat." Pemimpin Mahasiswa: "Datuk cakap mengenai kebebasan media, kenapa letak syarat? Kenapa pembangkang susah nak dapat permit buat ceramah. Datuk suruh langgar AUKU, tapi di peringkat kerajaan sendiri, apa kah penyelesaiannya? " Ahmad Maslan: "Tunjukkan kepada saya permohonan ceramah dari mana-mana parti pembangkang yang tak dapat kebenaran polis? Bagitau pada saya bila dan tempatnya. "Saya boleh bagitahu Ketua Polis Negara, apahal tak bagi dia orang ceramah? Nak ceramah siang malam, pagi petang, silakan. Yang tak boleh demonstrasi jalanan. Sebab ia merosakkan ketenteraman awam. "Ceramah pembangkang jauh lebih banyak dari ceramah kerajaan. Kalau parti pembangkang buat 100, parti kerajaan baru buat satu. Saya tahulah sebab saya Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Kalau pembangkang tak dapat permit buat ceramah, bagi tahu pada saya. Saya akan telefon Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein supaya bagi permit. "Kita tak takut dengan ceramah. Kita takut orang yang memanupulasi kebenaran. Perkara yang tak betul diadakan-adakan. Fitnah bermaharajalela. Apalah kau orang takut dengan AUKU. Ia adalah kertas-kertas yang ada tulisan. Langgar ajalah kalau kamu anak jantan." Pemimpin Mahasiswa: "Tadi Datuk sarankan kami langgar akta. Ini bukan cara kita. Akta perlu dihormati. Kita sepatutnya perjelaskan akta ini secara betul. Tadi Datuk pun persoal kenapa Kerajaan Negeri Selangor tak terbit akhbar hari-hari. Tahukah Datuk bahawa kita ada akta mesin cetak dan penerbitan? Dalam akta itu, setiap akhbar harian mesti mendapatkan permit daripada menteri. "Dalam AUKU, seksyen 15 hanya menyebut mahasiswa tak boleh nyatakan pandangan atau simpati kepada mana-mana parti politik. Tetapi sekiranya orang bertanding atas tiket bebas, bolehkan mahasiswa menyokong mereka? Adakah ia bercanggah dengan AUKU? "Jangan salah tafsir atau seleweng maklumat kepada mahasiswa. Saya yakin mahasiswa berfikiran terbuka dalam isu atau pandangan yang disebutkan oleh parti-parti yang berkempen dalam pilihanraya. Tetapi kenapa UMNO guna RTM untuk berkempen kerana ia hak rakyat Malaysia yang membayar cukai . Mengapa mereka tak buka media kepada semua orang, temasuk mahasiswa?" Ahmad Maslan: "Kalau saudara tak suka melihat apa yang ada di TV tutup ajalah TV itu. Tengok internet atau Harakahdaily atau Suara Keadilan. Silakan. Saya tak takut melihat internet sebab tak ada siapa yang boleh mengawal. Silakan. Kalau saudara nak layari blog, saya pun tak takut langsung." Pemimpin Mahasiswa: (menyindir, tapi sindiran itu nampaknya tak difahami Ahmad Maslan) "Saya seronok mendengar penjelasan YB yang suruh kita main langgar aja." Ahmad Maslan: "Ya, boleh langgar saja. Kalau kena saman, bayar sajalah. Pemimpin Mahasiswa: "Perdana menteri kata PRU ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan tak terikat kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen. Kenapa tak tunggu dulu penubuhan jawatankuasa itu?" Ahmad Maslan: "That is the priviledge of incumbency." Mahasiswa 1: "Maaf, kami kurang faham. Ahmad Maslan: "Hai! Belajar Inggeris 13 tahun tak faham lagi?" Pemimpin Mahasiswa: "Di Singapura setiap parti politik diberikan ruang nyatakan manifesto di media, berbanding di Malaysia hanya sebelah pihak. " Ahmad Maslan: "Utusan Malaysia suratkhabar UMNO, tak kanlah nak masuk cerita pembangkang. 60% UMNO punya. Kalau saudara tak mahu beli Utusan Malaysia, tak ada hal. Orang lain boleh beli Selesai majlis dialog itu saya sempat bersembang dengan beberapa mahasiswa. Ramai daripada mereka kecewa dengan cara Ahmad Maslan menjawab soalan. Malah mereka terkejut Perdana Menteri boleh melantik menteri yang pada pandangan mereka, kurang pandai. Lantas saya memberitahunya, tidak semua pemimpin UMNO berfikiran cetek macam Ahmad Maslan. "Lain kali kami akan jemput Menteri yang pandai sikit," kata mahasiswa itu. Apa pendapat pembaca pula? Sumber disini |
Posted: 27 Aug 2011 07:07 AM PDT KECOH!!! Ceramah politik di Masjid Alor Mengkudu Artikel Oleh Mat Kering Bakaq Bata Kecoh seketika di majlis Sumbangan Aidil Fitri Untuk Anak2 Yatim dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Alor Mengkudu apabila seorang anggota polis mendakwa dia diarah menyiasat laporan yang dibuat oleh pihak tertentu kononnya majlis tersebut adalah ceramah politik yang diadakan di masjid. 'Tepuk dahi' pihak penganjur dengan pengakuan pihak polis itu, kerana majlis tersebut langsung tidak ada kena mengena dengan politik sebesar tungau pun. Ia adalah program anjuran bersama PKWR Dr. Ismail Salleh (ADUN Alor Mengkudu), KFA, Telekom (TM) dan KMC. Antara yang turun bagi pihak KFA ialah Ketua Jurulatih Wan Jamak Wan Hasan, Radhi Md Din, Ahmad Sobri Ismail, ketua pasukan Kedah serta seluruh pemain Kedah. TM dan KMC pun menghantar orang-orangnya untuk menghulurkan bantuan. Pihak polis jadi malu sendiri, akibat laporan salah oleh pecacai AMCO. Apa yang UMCO jadi meroyan sangat kalau Exco Kerajaan boleh berucap di perkarangan masjid, walhal tak sepatah pun sebut isu politik? Depa yang dok ceramah kat premis kerajaan termasuk masjid, PAS tak kisah pun. Sekali Exco PAS bercakap di perkarangan masjid, puak UMCO dah naik sasau. Sedihnya aku melihat teruknya perangai UMCO, ketakutan sudah berada ditahap gaban. Apa yang kerajaan negeri buat semuanya 'menakutkan' mereka. Dengar tapak kaki Exco PAS pun belaga kepala lutut. Kesian dekat pihak polis yang sentiasa teraniaya dek UMCO, depa guna polis dalam semua perkara. Sabagla sat polis, tunggu tak berapa bulan lagi depa tunggin kat Pusat, barulah polis dibebaskan dari menjadi hamba abdi UMCO. KECOH!!! Ceramah politik di Masjid Alor Mengkudu |
Posted: 27 Aug 2011 05:32 AM PDT Sebuah NGO membuat laporan polis terhadap TV3 kerana didakwa mereka-reka berita dalam laporan beritanya mengenai pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, yang cuba memurtadkan umat Islam. jalan klang lama tuition centre tv3 report 6Kumpulan itu, Jingga 13 dalam laporannya berkata ahli-ahli surau yang dikatakan berdemo itu pada siaran berita Buletin Utama 21 Ogos lalu sebenarnya tidak wujud. Klip berita itu memaparkan sekumpulan kira-kira 50 orang dari Surau Qariah Al-Musyrikin yang diketuai oleh Mustapha Kamal Mohd Yusof - dipercayai pemimpin Umno di cawangan Seputeh - berkumpul di hadapan pusat tuisyen berkenaan bagi membantah tindakan mengkristiankan umat Islam. "Laporan itu cuba menggambarkan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan agama Kristian melalui kelas-kelas tuisyen, sehingga menyebabkan ahli-ahli surau membantah," kata penyelaras Jingga 13, Fariz Musa. Namun, menurut Fariz, semakan mereka mendapati surau berkenaan tidak wujud di kawasan itu. "Siasatan Jingga 13 mendapati pusat tuisyen itu terletak di kawasan sekitar setinggan di kawasan JalanKlang Lama, dan hasil perbualan dengan penduduk tempatan di sana, kami mendapati bahawa tidak ada satu surau pun wujud di kawasan itu," kata Fariz, yang adalah anggota exco PKR. "Pusat tuisyen ini terletak di kawasan setinggan yang didiami khususnya oleh masyarakat Cina dan India, bersama-sama dengan beberapa pendatang Indonesia. "Ia cukup jelas bahawa qariah dan surau yang dilaporkan di TV3 itu tidak wujud," katanya. Fariz (kiri) juga berkata bahawa nama surau yang dilaporkan itu sendiri cukup meragukan dan cuba mempersendakan Islam. "Nama surau 'Al-Musyrikin' seperti yang dilaporkan kelihatan seperti seolah-olah direka. "Mustahil bagi seseorang Islam akan menamakan rumah Allah dengan nama seperti 'al-Musyrikin' (kafir). "Agak jelas bahawa TV3 mereka berita palsu itu dan pada masa yang sama mempersendakan tempat ibadat Islam dengan nama yang al-Musyrikin," kata Fariz. Menurut beliau, penduduk di kawasan setinggan berkenaan memberitahunya bahawa pusat tuisyen itu telah bertahun-tahun wujud dengan tujuan memberi didikan agama Kristian kepada kanak-kanak yang hidup di kawasan sekitar yang beragama Kristian. "Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Cina, India dan sebilangan kecil Kristian Indonesia. "Tiada orang Islam yang menghadiri kelas agama Kristian di sana," kata Fariz. NGO berkenaan membuat laporan polis hari ini di ibu pejabat polis daerah Shah Alam terhadap stesen TV itu kerana niat jahat menyebarkan berita palsu, yang menurutnya bertujuan menyalakan api ketegangan agama dan kaum dan pada masa yang sama tmempersendakan Islam. Sementara itu, tinjauan mendapati laporan berkenaan telah dikeluarkan dari laman web TV3. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan