Rabu, 24 Ogos 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Panas! Budak sekolah diupah RM10 hadiri mesyuarat Umno!

Posted: 23 Aug 2011 02:47 PM PDT

CERITA mengenai pelajar sekolah yang diupah untuk menyertai mesyuarat-mesyuarat dan persidangan-persidangan Umno bukanlah satu cerita pelik. Ini cerita biasa, kerana perkara ini biasa berlaku.

ReJaM© pernah melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana pelajar-pelajar sekolah yang tak faham apa-apa pasal politik diupah dan diperalatkan untuk menyertai mesyuarat Umno.

Malangnya kalau cakap tanpa bukti, nanti korang kata ReJaM© tipu pulak. Di bawah ini disertakan contoh bagaimana pelajar sekolah menengah diperalatkan oleh pemimpin United Malays No Otak, UMNO dengan upah RM10.


Ini baru pelajar sekolah menengah, pelajar universiti lagilah banyak yang diperalatkan oleh United Malays No Otak. Apa ada pada AUKU? Ya memang benar, AUKU melarang pelajar berpolitik, itu mereka kata.

Pelajar universiti tidak boleh berpolitik kalau menyokong Pakatan Rakyat. Tapi kalau sokong Kesatuan Melayu Tiada Otak (United Malays No Otak) tak mengapa memang digalakkan! AUKU bapak lu!

ReJaM© "Dia buat undang-undang dia nombor satu tukang langgar..."

DNA sperma dubur Saiful tak layak jadi bukti - Pakar

Posted: 23 Aug 2011 11:56 AM PDT


PAKAR forensik Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata spesimen sperma diambil dari bahagian dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti dalam kes liwat kerana keadaannya telah terjejas dan hanya diperoleh 56 jam selepas hubungan seks didakwa berlaku.

Dr David Wells mendakwa sampel-sampel DNA yang diperoleh tidak mungkin sesuatu yang "bermakna" dan adalah penting ia telah dihantar untuk tujuan analisis dengan segera.

"Selepas satu tempoh yang lama, sampel tidak berada dalam keadaan baik," kata beliau di mahkamah hari ini.

Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa spesimen DNA Saiful diperoleh 56 jam selepas perbuatan seks iaitu ketika dia pergi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan perubatan pada 28 Jun 2008 dan kemudian membuat laporan polis.

Mahkamah juga pernah diberitahu bahawa spesimen DNA disimpan 43 jam lagi dalam kabinet oleh pegawai penyiasat Supt Jude Pereira sebelum ia dihantar kepada ahli kimia kerajaan untuk dianalisis.

Dr Wells menekankan dalam borang perubatan Saiful mengatakan terdapat darah dalam dubur, namun keputusan pemeriksaan mendapati sebaliknya.

Beliau juga berkata borang itu tidak diisi dengan lengkap.

"Ia mesti diisi untuk menunjukkan semua pemeriksaan. Saya keliru dengan bahagian penting yang hilang," kata Dr Wells.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Saiful di sebuah kondominium di Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau boleh dijatuhkan hukuman sehingga 20 tahun penjara jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan tetapi hukuman sebat tidak akan dijalankan kerana faktor umur.

"Saya akan skeptikal boleh memperoleh sebarang keputusan bermakna," kata Dr Wells lagi.

Peguam Anwar, Sankara Nair kemudian memberitahu pemberita bahawa keterangan Dr Well telah menjejaskan kes pendakwaan memandangkan sampel-sampel DNA dari Saiful tidak sesuai digunakan sebagai bukti dalam kes.

Dr Wells juga mengkritik keputusan Pereira untuk membuka beg yang telah pun disita bagi tujuan menyusun semula pelbagai pakej sebelum menyerahkannya kepada ahli kimia kerajaan untuk tujuan analisis.

Katanya, tindakan itu telah menjejaskan rantaian bahan yang ada di bawah jagaan polis.

"Saya secara peribadi terkejut jika sebarang spesimen yang saya ambil tiba di makmal dalam bentuk yang lain.

"Saya bukan seorang anggota polis tetapi saya mengesyaki beliau (Pereira) akan mencari kerja baru," katanya yang kini merupakan ketua forensik perubatan di Victoria Institute of Forensic Medicine.

"Integriti spesimen adalah sangat penting," katanya lagi.

Perbicaraan akan disambung esok dengan pemeriksaan balas ke atas Dr Wells oleh pendakwa raya [TMI].



ReJaM© "Satu-satunya bukti pendakwaraya tidak layak menjadi bukti..."

Panas! Khir Toyo dedah konspirasi tiga menteri

Posted: 23 Aug 2011 04:37 AM PDT

SEJAK dari awal lagi rakyat Selangor sudah mengetahui bahawa tindakan menghukum Khir Toyo atas tuduhan rasuah hanyalah sandiwara pihak tertentu untuk meraih sokongan kepada Barisan Nasional.

Kes rasuah melibatkan Khir Toyo sudah bergema sejak lama dahulu, namun baru kini dibicarakan. Terlalu jelas menunjukkan bahawa Khir Toyo dibicarakan kerana beliau sudah tidak ada guna lagi di dalam Kesatuan Melayu Tiada Otak (United Malays No Otak). Khir Toyo mahu dibuang dari Umno kerana sudah tiada guna.

Namun penyokong dan pemimpin United Malays No Otak menafikan dakwaan itu. Kononnya mereka difitnah oleh pembangkang. Macam-macam alasan diberikan bila ditanya kenapa baru hari ini Khir Toyo baru nak dibicarakan?

Akhirnya penipuan United Malays No Otak terjawab. Dibongkarkan sendiri oleh Khir Toyol. Ibarat penyamun jual perompak, begitulah keadaannya. Khir Toyol mendedahkan bahawa ada 3 menteri yang mahu dirinya dimasukkan ke penjara untuk Umno menawan kembali Selangor [Khir Toyol].


Jelas terbukti bahawa selama ini badan perundangan tidak pernah bebas di bawah pemerintahan United Malays No Otak. Siapa nak naik siapa nak turun ditentukan oleh orang atasan tertentu di dalam Umno. Kalau Selangor tak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat jangan harap Khir Toyo akan didakwa!


ReJaM© "Nak tengok lebih ramai menteri masuk penjara, jom tumbangkan BN!"

Tiada ulasan: