Blog-list Malaysia |
- Sperma Paling Aktif Ditemui Di Malaysia
- DAP Bakal Jadi Ketua Menteri Melaka.. BN Bermain Api Perkauman?
- TERKINI LIWAT 2 - Pakar terpegun ditanya kemungkinan sperma sengaja dimasukkan
- Mengapa hujah SPR ada kepincangan
- Editor Kanan TV3 Hadapi Siasatan Lakukan Gangguan SEKSUAL
- Jawatankuasa Pendengaran: Umno dakwa lakonan, Pakatan kata langkah adil
- Umno Sendiri Yang Aniaya Khir Toyo.. Padan Muka..
- 'Kerabat Diraja' Ditahan Polis Kerana Menipu
- Ustad Sampul Masuk Spital... 50 Hari Tak Tidur..
- Sultan Selangor Murka Kat MB Selangor
- Panas: Pakar Dedah, "Spesimen DNA" Meragukan Serta Persoal Tindakan Pegawai Polis Dan Doktor !
- Risalah Kak Wan Dilancar
- Pakatan Rahsia - Anwar Akan Diserang Sepanjang Masa Untuk 100 Tahun Akan Datang..
- Kes liwat: Pakar forensik dakwa laporan HKL periksa Saiful cacat
Sperma Paling Aktif Ditemui Di Malaysia Posted: 23 Aug 2011 11:44 PM PDT Jarang boleh temui sperma 'aktif' selepas 65 jam seks, kata pakar KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Patologi forensik dari Australia mengakui kemungkinan boleh menemui kepala sperma pada badan seseorang sehingga satu tempoh selama 65 jam selepas mengadakan hubungan seks, tetapi mengakui penemuan saintifik tidak boleh bersandarkan pada keadaan yang jarang-jarang wujud. Dr David Wells, saksi pakar pasukan peguam pembela dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika disoal oleh pendakwa raya mengenai kewujudan kepala sperma selepas 65 jam hubungan seks diadakan, mandi dan membuang air besar. Peguam Cara Kanan II Datuk Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ada kajian kes di United Kingdom yang memutuskan penemuan seumpama itu, yang bercanggah dengan dakwaan awal bahawa sperma hanya boleh hidup sehingga 36 jam. Ketika disoal balas, Dr Well menjelaskan bahawa beliau sedar kes sedemikian. Bagaimanapun beliau menekankan bahawa ia satu-satunya kes yang beliau tahu sepanjang 30 tahun lalu pembabitannya. Dr Wells juga berkata beliau juga pernah menguji spesimen sperma selepas 56 jam dan mendapati tiada sebarang keputusan. "Itu hanya satu kes yang saya tahu di mana adanya (bahan) literatur dalam 30 tahun (lalu). Adakah anda bersandarkan pada satu kes saintifik ke atas premis tunggal? "Saya fikir kebanyakan daripada kita akan berkata tidak tahu atau tidak memberi pandangan," kata beliau menjawab Yusof. |
DAP Bakal Jadi Ketua Menteri Melaka.. BN Bermain Api Perkauman? Posted: 23 Aug 2011 11:41 PM PDT PETALING JAYA: PAS Melaka mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) mula bermain api dan menyebarkan dakyah dengan mengatakan DAP akan menjadi Ketua Menteri Melaka jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13. "Pemimpin Umno masuk ke kampung-kampung berkempen mengatakan DAP akan jadi Ketua Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah Melaka. "Ini fitnah kerana Pakatan Rakyat tidak pernah memutuskan akan melantik pemimpin DAP sebagai Ketua Menteri Melaka selepas pilihan raya umum, kata Ketua Penerangan PAS Melaka, Kamaruddin Sidek. Ujar beliau, "kita minta Umno jangan memainkan isu ini kerana ia sensitif, kita minta mereka menghentikan segera fitnah tersebut." Beliau berkata, BN membuat dakyah itu bagi menjauhkan pengundi Melayu menyokong Pakatan Rakyat. "Fakta bahawa jika Pakatan menang majoriti di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka, wakil rakyat DAP menjadi Ketua Menteri tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat negeri Melaka. Perang saraf "Ini semua adalah perang saraf Umno-BN," katanya ketika dihubungi FMT hari ini. Melaka mempunyai 28 kerusi Dun dan ketika ini BN menguasai 23 kerusi manakala Pakatan Rakyat lima semuanya oleh DAP. Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 15 kerusi Dun untuk memerintah negeri Melaka. Pada PRU 2008, DAP bertanding lapan kerusi, PAS 12 dan PKR tujuh kerusi. Pengarah Pilihan Raya PKR Melaka, Mohamad Yusof Abdullah menegaskan tidak mungkin wakil rakyat DAP menjadi Ketua Menteri Melaka kerana mereka bukan majoriti di kalangan pembangkang. "Majoriti kerusi adalah Melayu dan sekaligus bermakna Ketua Menteri merupakan orang Melayu walaupun Pakatan Rakyat yang memerintah," katanya. Dipetik dari FMT |
TERKINI LIWAT 2 - Pakar terpegun ditanya kemungkinan sperma sengaja dimasukkan Posted: 23 Aug 2011 09:54 PM PDT Pendakwa dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membangkitkan Kemungkinan sperma sengaja dimasukkan ke dalam dubur pengadu, dan oleh itu berkemungkinan ada orang ketiga yang mempunyai akses kepada sperma tertuduh. Peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidan bertanyakan soalan tersebut kepada saksi ketiga pihak pembela, Dr David Wells - pakar patologi forensik Australia - mengenai kemungkinan tersebut. Kemungkinan itu ditimbulkan oleh Yusof ekoran dakwaan pihak peguambela Datuk Seri Anwar bahawa berlaku pencemaran dan gangguan keterangan mengenai bagaimana sperma itu boleh masuk ke dalam dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Yusof: Jika seseorang memasukkan sperma itu, dia mesti ada sperma orang berkenaan? Wells: (berfikir seketika) Perkara ini saya serahkan kepada pakar DNA. Ahli kimia, Dr Seah Lay Hong, dalam keterangannya sebelum ini berkata, beliau menemui sperma dari sampel air mani yang diambil dari dubur Saiful. Seorang lagi ahli kimia, Dr Nor Aidora kemudiannya mendakwa beliau membandingkan DNA tersebut dan mendapati ia milik Anwar. Wells juga ditanya mengenai jangka hayat sperma, dan menurutnya ia boleh bertahan antara 36 dan 48 jam. "Saya tidak selesa jika mengambil sampel selepas 36 jam," katanya. Dalam kes Saiful, sampel tersebut diambil dalam sampel dalam 56 jam - iaitu dua hari - selepas kejadian liwat itu didakwa berlaku apabila dia pergi ke Hospital Kuala Lumpur. |
Mengapa hujah SPR ada kepincangan Posted: 23 Aug 2011 09:26 PM PDT ULASAN Terdapat banyak perbincangan di Malaysia sejak dua bulan lalu mengenai reformasi pilihan raya, dengan cadangan yang bernas daripada pelbagai pihak dan juga kenyataan balas oleh kerajaan. Dalam artikel ini, yang pertama daripada dua, saya melihat beberapa cadangan yang dikemukakan dan membandingkan situasi Malaysia dengan negara-negara lain. Mengurangkan had umur mengundi Dari perspektif antarabangsa, had umur 21 tahun di Malaysia jauh ketinggalan. Wikipedia menyenaraikan umur mengundi di hampir 240 negara di seluruh dunia, dan kebanyakan negara purata umur mengundi adalah 18 tahun. Malaysia adalah antara 12 negara di mana seorang pengundi mesti berusia 21 tahun. Mari kita lihat di negara jiran Malaysia di Asia. Anda perlu hanya berusia 18 untuk mengundi di Australia, Bangladesh, Brunei, Burma, Kemboja, China, Hong Kong, India, Laos, Maldives, Mongolia, Nepal, New Zealand, Pakistan, Papua New Guinea, Filipina, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam . Di Indonesia dan Timor Timur, 17; di Korea Selatan, 19; dan di Jepun dan Taiwan, 20. Bersama-sama dengan Singapura, Malaysia adalah antara satu-satu negara di Asia yang menetapkan had umur mengundi pada 21 tahun. Kita lihat juga di negara-negara lain dalam Komanwel, di mana struktur dan perlembagaan negara ini digubal serta dipengaruhi luas oleh oleh British. Had umur mengundi adalah 18 tahun di Australia, Bahamas, Bangladesh, Bermuda, Kanada, Ghana, India, Jamaica, New Zealand, Pakistan, Sri Lanka, Tanzania, Uganda, United Kingdom dan Zimbabwe. Sekali lagi, Malaysia tidak berada dalam senarai itu. Melanjutkan tempoh berkempen BERSIH 2.0 mencadangkan tempoh kempen dilanjutkan kepada 21 hari, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menentangnya. Menurut timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar, masa yang lebih singkat adalah memadai bagi sebuah negara yang saiz seperti Malaysia dan memiliki kecanggihan teknologi. Walau bagaimanapun, beberapa penyokong reformasi pilihan raya Malaysia berkata pada masa lalu tahun, kempen pilihan raya di Malaysia pernah dilanjutkan menjangkaui 21 hari. Mari kita lihat pada justifikasi Wan Ahmad untuk kempen yang singkat dan membangingkannya dengan tempoh kempen di negara-negara Komanwel yang berkongsi warisan politik dengan Malaysia. Pilihan raya 2010 Australia telah diumumkan pada 17 Julai, dan pengundian dijalankan lima minggu kemudian, iaitu pada 21 Ogos. Menggunakan logik Wan Ahmad, Australia memerlukan tempoh kempen yang lebih panjang kerana ia adalah sebuah negara yang besar. Oleh itu, mari kita lbandingkan pula di beberapa negara yang bersaiz kecil dan juga mempunyai teknologi canggih. Pilihan raya 2010 di United Kingdom telah diumumkan pada 12 April dan diadakan pada 6 Mei. Ini adalah tempoh berkempen selama 24 hari. Pilihan raya di New Zealand tahun ini telah diumumkan pada 2 Feb, tetapi pengundian tidak dijalankan sehingga 26 Nov, iaitu hampir 10 bulan kemudian! Bagaimana pula dengan Singapura, sebuah negara yang mempunyai keluasan hanya 582 km persegi atau hanya 0.2 peratus daripada saiz Malaysia? Parlimennya telah dibubarkan pada 19 April tahun ini, dan pilihan raya diadakan pada 7 Mei, iaitu 20 hari kemudian. Hujah Wan Ahmad bahawa tempoh kempen bergantung kepada saiz dan kecanggihan sesebuah negara, tetapi sebagai bukti di UK, New Zealand, dan Singapura, menunjukkan sebaliknya. ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini. JOHN R MALOTT adalah Duta amerika Syarikat ke Malaysia daripada 1995-1998, dan beliau terus memantau perkembangan negara ini. |
Editor Kanan TV3 Hadapi Siasatan Lakukan Gangguan SEKSUAL Posted: 23 Aug 2011 09:18 PM PDT DAMANSARA 24 OGOS: Seorang editor kanan TV3 yang dilantik dengan persetujuan Pejabat Perdana Menteri kini dalam siasatan syarikat itu atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk seorang pembaca berita. Editor berkenaan bagaimanapun dibenarkan terus bertugas seperti biasa, manakala seorang "mangsa"nya dipindahkan ke NTV7 bulan lalu atas permintaan petugas itu sendiri yang enggan lagi bertugas di bawah editor berkenaan. Sumber- sumber yang rapat dengan kes itu mengesahkan bahawa Jabatan Sumber Manusia Media Prima Berhad telah memulakan siasatan rasmi selepas pihak pengurusan memberikan persetujuannya baru- baru ini. Media Prima adalah syarikat yang memiliki TV3, NTV7, TV9 dan TV8 selain memegang kepentingan dalam stesen radio serta Kumpulan New Straits Times Sdn Bhd. Empat orang yang didakwa mangsa ganggual seksual itu tampil baru-baru ini memberikan kenyataan kepada pengurusan. Antara lain, empat kakitangan terbabit merujuk kepada sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar kepada mereka sebagai menyokong dakwaan bahawa editor itu melakukan gangguan seksual selama beberapa bulan. Mangsa juga mendakwa editor berkenaan menggunakan pangkat dan jawatannya untuk "menggoda" mereka secara licik, tambah sumber berkenaan. "Siasatan dijangka siap tidak lama lagi dan terpulang kepada majikan untuk mengambil tindakan susulan," tambah sumber itu. Sumber berkenaan memberitahu siasatan itu bermula selepas sepucuk e-mail yang ditulis oleh seorang mangsa yang menggelar dirinya 'Coco Girl' membuat pelbagai dakwaan terhadap editor berkenaan yang sudah berumah tangga. Salinan e-mail itu dihantar kepada kakitangan TV3 selain dihantar ke Pejabat Perdana Menteri. Editor berkenaan bertugas sebagai pegawai kanan dalam sebuah syarikat perladangan sebelum ini menyertai TV3 sejurus selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada April 2009. Bilik Berita TV3 dikatakan kecoh dan resah setelah kes itu terbongkar dan mangsa berkenaan tampil memberi kenyataan kepada pihak pengurusan. Beberapa kakitangan kecewa kerana editor berkenaan masih dibenarkan menjalankan tugas seperti biasa dan dibenarkan berinteraksi dengan wartawan di bawahnya sungguhpun mengadapi siasatan rasmi syarikat atas tuduhan melakukan gangguan seksual. "Kes ini memberi kesan kepada moral kakitangan yang mahu syarikat mengambil tindakan segera dan adil supaya ia tidak menjejaskan nama baik TV3 dalam apa cara sekali pun," kata sumber berkenaan. |
Jawatankuasa Pendengaran: Umno dakwa lakonan, Pakatan kata langkah adil Posted: 23 Aug 2011 08:42 PM PDT KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Umno Selangor menyifatkan penubuhan Majlis Syura, yang kini dipanggil sebagai Jawatankuasa Pendengaran, sekadar lakonan untuk menutup kegagalan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat berhubung kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini. Bagaimanapun pemimpin Pakatan Rakyat Selangor menyambut baik penubuhan panel itu yang akan dianggotai Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid dan timbalannya Datuk Abd Majid Omar - dengan harapan ia dapat mencari jalan penyelesaian. Menurut Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus, langkah itu adalah "lakonan dan kepura-puraan" pentadbiran Khalid menutup kegagalan menyelesaikan kontroversi melibatkan Jais dan gereja terbabit. "Apa tujuan dan maksud Majlis Syura (Jawatankuasa Pendengaran) itu? Apa yang hendak dibuat dengan semua ni? Saya bukan kata tidak bersetuju dengannya, tapi untuk apa ia ditubuhkan? Adakah kerana Pakatan Rakyat takut kehilangan kuasa? Takut kehilangan pengundi Kristian?" katanya kepada The Malaysian Insider. Justeru, beliau menasihatkan Khalid agar tidak bertindak di luar batas agama semata-mata bimbang kehilangan sokongan. "Sudah-sudahlah lakonan ini, nak buat apa lagi kalau perkara ini dah nyata, buat macam mana pun tidak akan selesai kecuali ambil tindakan ke atas gereja kerana sebarkan agama mereka kepada umat Islam. "Penubuhan Majlis Syura (Jawatankuasa Pendengaran) ini sekadar lakonan dan retorik untuk menutup semua kegagalan dan kelemahan dalam menangani perkara ini," kata Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang. Dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah malam tadi Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar berkata nama Majlis Syura ditukar menjadi Jawatankuasa Pendengaran. Ia dibuat ekoran teguran istana dan bagi mengelirukan kekeliruan. Kelmarin, kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid memutuskan untuk menubuhkan badan khas bagi menyelesaikan pertikaian pemeriksaan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama. Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu. Tindakan Jais itu mendapat bantahan banyak pihak, namun dipertahankan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menegaskan terdapat usaha untuk memurtadkan umat Islam pada program itu. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad berkata penubuhan jawatankuasa khas ini akan dapat menyelesaikan segala kontroversi semasa. Namun beliau menegaskan, jawapan sebenar hanya akan diketahui sekiranya badan itu mengadakan pertemuan dengan Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama. "Kaedah ini sepatutnya dapat menyelesaikan segala pertikaian yang berlaku tetapi mesti mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua pihak yang terlibat. "Apa yang penting adalah kedua-dua pihak tidak mempunyai niat lain, mereka perlu ikhlas dengan tujuan mencari jalan penyelesaian," kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam. Sementara itu Pengarah Komunikasi PKR dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keputusan yang akan dibuat oleh Majlis Syura itu perlu adil kepada semua pihak. Namun beliau menegaskan, pihak yang bersalah perlu bertanggungjawab dan menerima tindakan yang sepatutnya. "Saya rasa ia adalah langkah yang baik sebab banyak salah faham yang telah berlaku di luar sana dan kita lihat ramai yang tidak faham tentang apa yang berlaku. "Pendekatan Majlis Syura ini adalah langkah yang baik untuk kita membuang sentimen ini, tapi ia perlu berhati-hati," katanya. Menurut kenyataan Menteri Besar kelmarin badan itu akan mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor untuk dibangunkan garis panduan demi memastikan sikap hormati-menghormati dan harmoni pelbagi kaum dan agama terus terpelihara. Katanya ia akan mendapatkan maklumat daripada Jais dan penganjur majlis makan malam di gereja itu, Harapan Komuniti. |
Umno Sendiri Yang Aniaya Khir Toyo.. Padan Muka.. Posted: 23 Aug 2011 07:32 PM PDT Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah. Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih. Namun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai. "Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya," tulisnya. Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu. Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa. "Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan. |
'Kerabat Diraja' Ditahan Polis Kerana Menipu Posted: 23 Aug 2011 04:35 PM PDT KUALA LUMPUR – Taktik licik seorang lelaki yang berpakaian kemas untuk menyamar sebagai peguam Istana Negara selain memakai 15 tangkal untuk 'menundukkan' mangsa dapat memperdaya 45 individu melibatkan kerugian RM200,000 sejak awal tahun ini. Lelaki berusia 28 tahun dari Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor itu dikatakan bermulut manis dan pandai membuatkan mangsa terpedaya dengan kata-katanya. Untuk itu, suspek sering menggunakan gelaran 'Tengku Razali' atau 'Tengku Shahrizwan'. Bagaimanapun, suspek yang mendakwa keturunan kerabat diraja itu akhirnya diberkas di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada pukul 2 petang, Khamis lalu selepas polis menjalankan siasatan sebaik menerima laporan dari seorang wanita berusia 44 tahun. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, peniaga itu mendakwa dia kerugian RM7,000 selepas barang kemas miliknya dilarikan suspek pada 12 Ogos lalu. Katanya, kejadian berlaku apabila suspek mendatangi mangsa yang sedang berniaga di kedai makannya di Taman Wahyu, Jalan Ipoh di sini dan memperkenalkan diri sebagai kerabat diraja yang berkhidmat sebagai peguam Istana Negara sehari sebelum itu. "Ketika itu, suspek menawarkan mangsa peluang untuk membekalkan makanan ke istana lalu dipersetujui mangsa. Keesokannya, dia datang semula dan membawa mangsa ke kediaman diraja itu dengan menaiki Proton Perdana sewa. "Sebaik tiba di luar pintu istana, suspek memaklumkan mangsa beberapa peraturan sebelum masuk seperti tidak boleh memakai barang kemas," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.-kosmo |
Ustad Sampul Masuk Spital... 50 Hari Tak Tidur.. Posted: 23 Aug 2011 07:39 AM PDT Ust Kazim masuk hospital.. Blog pencacai Umno BN, Panglima Perang Siber melaporkan:- Penembak-tepat. Aku harap ManjongMari tak gelak besar bila baca berita ni, takat senyum tu ok la. Tak elok gelakkan orang yang sakit. Lagi pun, Manjongmari pun bukannya sihat lagi, lepas eksiden hari tu. Yang aku mushkilnya, awat la sampai lebih 50 hari tak boleh tidur malam tu. Takkan ada yang buat sihir kat Ustaz Kazim ni kut. Takkan berebut nak jadi calon sampai main bomoh. Tapi takkan kut, pasai dengar ceritanya Ustaz Kazim ni hebat jugak bab lawan jin. Baca seterusnya disini |
Sultan Selangor Murka Kat MB Selangor Posted: 23 Aug 2011 07:05 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan murka dengan tindakan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan penubuhan Majlis Syura adalah atas titah baginda, setiausaha sulit baginda berkata hari ini. Sebaliknya, Datuk Mohamad Munir Bani berkata dalam pertemuan minggu lalu Khalid hanya mengatakan mahu bertemu dengan pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos ke atas premis itu. "Memang tuanku langsung tidak titahkan Menteri Besar menubuhkan Majlis Syura itu sebab tuanku terkejut dan murka dengan apa yang berlaku. "Tuanku tidak sebut apa-apa tentang Majlis Syura, saya sendiri tidak tahu macam mana Menteri Besar katakan tuanku titahkan, sekarang tuanku murka dan terkejut, dan suruh Menteri Besar perbetulkan semula kenyataan itu," katanya kepada The Malaysian Insider. Semalam kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menubuhkan Majlis Syura bagi menyelesaikan segala pertikaian yang berlaku dalam pemeriksaan Jais itu. Jawatankuasa khas itu atau dikenali sebagai Majlis Syura — dianggotai Khalid, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid dan timbalannya Datuk Abd Majid Omar. "Idea penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh Sultan Selangor ketika kami mengadakan perbincangan pada minggu lalu," kata Khalid dalam satu kenyataan semalam. Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu. Tindakan Jais itu mendapat bantahan banyak pihak, namun dipertahankan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menegaskan terdapat usaha untuk memurtadkan umat Islam pada program itu. |
Panas: Pakar Dedah, "Spesimen DNA" Meragukan Serta Persoal Tindakan Pegawai Polis Dan Doktor ! Posted: 23 Aug 2011 04:00 AM PDT KUALA LUMPUR 23 Ogos - Pakar forensik dan patalogis Australia, Dr David Wells menyifatkan integriti spesimen yang diambil daripada pengadu Saiful Bukhari Azlan dalam kes fitnah liwat II ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat kritikal. Hal ini jelasnya kerana, sampel DNA yang sudah diletakkan di dalam balang kedap udara hendaklah diserahkan kepada jabatan kimia serta merta ataupun disimpan di dalam peti sejuk. Tiada mana-mana pihak baik polis dibenarkan untuk membuka dan menandakan spesimen DNA tersebut tanpa pemantauan daripada ahli kimia, ujar beliau lagi. Pegawai penyiasat (IO) DSP Jude Blacious Periera dalam kenyataannya kepada mahkamah sebelum ini mengakui bahawa beliau memotong bahagian luar plastik spesimen DNA untuk tujuan penandaan. Malah Jude turut memberitahu bahawa beliau menyimpan spesimen tersebut di dalam almari tidak berhawa dingin lebih daripada 40 jam. "Saya rasa polis itu sepatutnya cari kerja lain. Integriti spesimen amat penting. Beliau (Jude) sepatutnya memaklumkan kepada makmal," kata David ketika disoal peguam Sankara Nair. David menyifatkan sekiranya bekas menyimpan spesimen telah terdedah kepada udara maka kualiti DNA tersebut tidak mampu bertahan. Sankara kemudian bertanya pendapat pakar forensik itu tentang laporan perubatan dan borang 'proforma' yang dijadikan rujukan mahkamah. "Saya perlu akui sejarah, proforma, laporan, saya tidak yakin mereka (doktor) tahu apa yang mereka buat. "Anda boleh bayangkan orang ini kurang pengalaman dan mungkin baru," kata beliau. [Dalam pada Sankara yang ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata, pasukan peguambela hari ini berjaya menimbulkan kesangsian tentang cara pengendalian sampel DNA yang diambil oleh doktor dari HKL ke atas Saiful. Katanya Jude sendiri telah melanggar prosedur analisis kimia dengan memotong bekas plastik yang mengandungi sampel DNA pengadu. "Pakar mengatakan IO telah potong beg. Ini memberi peluang kepada kontaminasi dan perkara ini memang berlaku. Kononya untuk buat penandaan baru dan pakar cakap prosedur ini tidak betul. Itu menujukkan kejayaan pihak pembela hari ini," katanya]. Dipetik dari Pahangdaily |
Posted: 23 Aug 2011 03:50 AM PDT PKR hari ini melancarkan siri risalah mengenai Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai usaha untuk mengangkat beliau sebagai contoh kepada rakyat Malaysia. Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata risalah enam siri "Cerita Kak Wan" itu dicetak sebanyak 35,000 set untuk diedarkan di seluruh negara, khususnya kepada pengundi luar bandar. "Beliau adalah wanita normal seperti wanita biasa yang lain... Beliau (wanita) yang berdepan dengan menghadapi keperitan hidup," katanya. Dengan sinis, Zuraida berkata, Wan Azizah bukan wanita yang menghabiskan wang yang banyak untuk membeli cincin atau beg tangan mahal. Menurut Zuraida, risalah itu juga sebagai usaha untuk "mengalih pandangan" rakyat daripada bercakap tentang isteri perdana menteri Datin Rosmah Mansor. Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang turut mengakui wujudnya perbincangan di kalangan rakyat yang membandingkan antara Wan Azizah - yang juga isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim - dan Rosmah. "Terlalu banyak (membicarakan tentang) Rosmah, tidak baik kepada PKR, tidak baik untuk negara," celah Pengarah Strategik Rafizi Ramli yang turut hadir dalam sidang media itu. Zuraida berkata antaranya kandungan risalah empat muka surat itu menceritakan keperitan yang dilalui Wan Azizah dalam perjuangan politik di negara ini. PKR juga melancarkan CD 'Demi Rakyat' yang diterbitkan secara berfasa untuk ditayangkan kepada rakyat khususnya pengundi di luar bandar. Rafizi berkata CD tersebut sudah mula diedarkan di cabang-cabang terpilih bermula akhir Julai lalu. "Dan ceramah kita hadkan dua atau tiga orang (penceramah) dan yang selebihnya kita gunakan wayang pacak dan layar yang besar. Kesannya sangat baik. "Selepas kita membuat percubaan bulan lalu, orang yang tidak berminat dengan ceramah pun, mereka berminat (hadir)... (Ia mengingatkan) kembali pada zaman 60-an, atau 70-an," katanya. Selain itu, parti itu turut mengarahkan setiap cabang menyediakan projektor bagi menayangkan CD tersebut sebagai kaedah baru berkempen bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Rafizi berkata kini sedang menumpukan bahan-bahan baru untuk didokumentasikan dalam CD seterusnya yang mana dalam fasa kedua - selepas hari raya Aidilfitri - ia akan dicetak dan diedarkan meluas. PKR turut menayangkan dua video klip, antaranya mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 dan video menceritakan tentang kenaikan harga barang yang diiringi alunan muzik menghiburkan. Video klip dan kandungan risalah tersebut boleh dimuat turun dari internet. Malaysiakini |
Pakatan Rahsia - Anwar Akan Diserang Sepanjang Masa Untuk 100 Tahun Akan Datang.. Posted: 23 Aug 2011 02:19 AM PDT Pakatan rahsia antara Najib dan Anwar Oleh John Malott Hari ini saya mMalott jatuhkan bom: Pakatan rahsia antara Najib dan Anwarembaca kenyataan Anwar Ibrahim dari acara pengadilan.Anwar berkata bahawa ia semua adalah satu konspirasi politik terhadapnya.Dan saya setuju ,Bukankah saya adalah Duta Besar Amerika ke Malaysia apabila semua perkara-perkara ini berlaku pada kali pertama. Semua orang tahu, Kedutaan Amerika mempunyai banyak sumber maklumat.Tanya saja Wikileaks. Rakyat Malaysia gemar bercakap… Seperti yang ramai kawan-kawan saya di Malaysia tahu, saya telah sangat lantang bersuara untuk menyokong kebebasan Anwar lebih daripada satu dekad. Dan itu adalah kerana saya tahu kebenaran. Saya berada di sana apabila ia berlaku pada kali pertama. Pada tahun 1998 - kali pertama bagi Anwar - Kedutaan saya mendengar dan melaporkan banyak perkara. Kami tahu perkara yang sebenar. Kerana rakyat Malaysia - di peringkat tertinggi - memberitahu kami. Semasa saya berada di KL, badan pemikir peribadi Najib dipanggil Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, atau MSRC. MSRC pada dasarnya adalah dua orang, Rohanna Mahmood dan Razak Baginda. Rohanna tidak Razak adalah bukan pegawai-pegawai kerajaan, jadi saya tidak melanggar mana-mana undang-undang AS dengan mendedahkan apa yang mereka memberitahu saya dan Kedutaan saya pada masa itu. Pakatan sulit Pada tahun 1998 Rohanna menyertai saya untuk satu majlis makan tengah hari peribadi di kediaman Duta Besar. Ia adalah sekitar masa apabila Anwar mula mencabar Mahathir, secara halus tetapi masih jelas. Rohanna memberitahu saya bahawa Najib dan Anwar mencapai satu perjanjian rahsia. Apabila Mahathir pergi, Anwar akan menjadi PM, Najib akan menjadi Timbalan PM. Itu adalah perjanjian itu. Sudah tentu itu tidak pernah berlaku,. Apabila dilanda masalah, Najib berdiri, dan membiarkan Anwar pergi ke penjara. Bagaimana pula dengan Razak Baginda? Dia memberitahu pegawai kanan Kedutaan, "Keputusan telah dibuat. Mereka akan "menembak " Anwar dari segi politik untuk semua masa yang akan datang. "Sehingga dia tidak boleh berdiri lagi atau kembali ke politik." 100 tahun Maknanya, ia adalah keputusan politik - untuk memusnahkan Anwar. Itulah apa yang Razak - yang kini dalam buangan di London yang dikenakan sendiri - berkata. Selepas itu, seorang pegawai kanan Cawangan Khas kepada seorang pegawai Kedutaan, "Kami akan memastikan pertuduhan difailkan setiap masa supaya Anwar akan berada dalam penjara untuk seratus tahun akan datang." Adakah apa-apa keraguan tentang apa yang berlaku masa itu - dan apa yang sedang berlaku sekarang? - Malaysia Chronicle - John Malott adalah duta AS ke Malaysia dari 1995 hingga 1998 dan kini presiden Persatuan Jepun-Amerika Washington DC Dipetik dari mountdweller |
Kes liwat: Pakar forensik dakwa laporan HKL periksa Saiful cacat Posted: 23 Aug 2011 01:44 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 Ogos ─ Seorang pakar forensik mencabar keputusan dan penemuan pemeriksaan perubatan kendalian Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan menegaskan laporan perubatan itu adalah kecacatan. Saksi kedua pasukan pembela Dr David Wells memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa laporan disediakan oleh doktor HKL ─ Dr Mohd Razali Ibrahim, Dr Siew Sheue Feng dan Dr Khairul Nizam Hassan tidak tepat. Ketiga-tiga mereka merupakan doktor di HKL yang memeriksa Saiful pada 28 Jun 2008 selepas mendakwa diliwat oleh seorang ahli pemimpin politik berprofil tinggi. "Saya tidak mendapat keyakinan apa yang penyedia (laporan) sebenarnya katakan," kata Dr Wells. Dr Wells juga tidak bersetuju dengan rumusan laporan mengatakan tiada penemuan "konklusif" mengenai persoalan sama ada terdapat sebarang penembusan di bahagian dubur atau rektum Saiful. "Laporan itu seharusnya menyebut 'tiada penemuan klinikal'. Perkataan konklusif meninggalkan keraguan sama ada terdapat penembusan ataupun sebaliknya," kata beliau. Beliau juga menimbulkan persoalan mengenai percanggahan antara laporan proforma dan laporan pemeriksaan perubatan ke atas Saiful. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan