Rabu, 24 Ogos 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Sri Pentas Bergegar: Editor Kanan TV3 Disiasat Bersabit Dakwaan Gangguan Seksual

Posted: 24 Aug 2011 12:00 AM PDT

Seorang editor kanan TV3 yang dilantik dengan persetujuan Pejabat Perdana Menteri kini dalam siasatan syarikat itu atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk seorang pembaca berita.

Editor berkenaan bagaimanapun dibenarkan terus bertugas seperti biasa, manakala seorang "mangsa"nya dipindahkan ke NTV7 bulan lalu atas permintaan petugas itu sendiri yang enggan lagi bertugas di bawah editor berkenaan.

Sumber- sumber yang rapat dengan kes itu mengesahkan bahawa Jabatan Sumber Manusia Media Prima Berhad telah memulakan siasatan rasmi selepas pihak pengurusan memberikan persetujuannya baru- baru ini.

Media Prima adalah syarikat yang memiliki TV3, NTV7, TV9 dan TV8 selain memegang kepentingan dalam stesen radio serta Kumpulan New Straits Times Sdn Bhd.

Empat orang yang didakwa mangsa ganggual seksual itu tampil baru- baru ini memberikan kenyataan kepada pengurusan.

Antara lain, empat kakitangan terbabit merujuk kepada sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar kepada mereka sebagai menyokong dakwaan bahawa editor itu melakukan gangguan seksual selama beberapa bulan.

Mangsa juga mendakwa editor berkenaan menggunakan pangkat dan jawatannya untuk "menggoda" mereka secara licik, tambah sumber berkenaan.

"Siasatan dijangka siap tidak lama lagi dan terpulang kepada majikan untuk mengambil tindakan susulan," tambah sumber itu.

Sumber berkenaan memberitahu siasatan itu bermula selepas sepucuk e-mail yang ditulis oleh seorang mangsa yang menggelar dirinya 'Coco Girl' membuat pelbagai dakwaan terhadap editor berkenaan yang sudah berumah tangga. Salinan e-mail itu di hantar kepada kakitangan TV3 selain dihantar ke Pejabat Perdana Menteri.

Editor berkenaan bertugas sebagai pegawai kanan dalam sebuah syarikat perladangan sebelum ini menyertai TV3 sejurus selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada April 2009.


Bilik Berita TV3 dikatakan kecoh dan resah setelah kes itu terbongkar dan mangsa berkenaan tampil memberi kenyataan kepada pihak pengurusan.

Beberapa kakitangan kecewa kerana editor berkenaan masih dibenarkan menjalankan tugas seperti biasa dan dibenarkan berinteraksi dengan wartawan di bawahnya sungguhpun mengadapi siasatan rasmi syarikat atas tuduhan melakukan gangguan seksual.

"Kes ini memberi kesan kepada moral kakitangan yang mahu syarikat mengambil tindakan segera dan adil supaya ia tidak menjejaskan nama baik TV3 dalam apa cara sekali pun," kata sumber berkenaan. -tvsnews



Ulasan GB

Nampaknya "suweh" akan terus menimpa media massa arus perdana seperti yang kita katakan sebelum ini....


Dua Polis Lemas. Mempelajari Sesuatu Daripadanya.

Posted: 23 Aug 2011 10:30 PM PDT

Ulu Tiram: Rasa hairan seorang nelayan apabila mendapati enjin sebuah bot masih hidup tetapi tiada pengemudi berhampiran Pangkalan Nelayan Sungai Serai, Ladang Nam Heng di sini, pagi kelmarin, membawa kepada operasi mencari dan menyelamat dua anggota polis yang dipercayai lemas ketika memancing udang.

Gambar: CARI...anggota penyelamat menjalankan operasi mengesan mangsa lemas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, dalam kejadian jam 8 pagi itu, nelayan berkenaan sedang mengemudi botnya sebelum terserempak dengan bot terbabit.

"Nelayan yang baru pulang menangkap ikan itu hairan apabila mendapati tiada pengemudi di sana, lalu menghubungi nombor telefon yang tertera pada bot berkenaan untuk memaklumkan penemuan terbabit kepada pemiliknya.

"Pemilik bot itu kemudiannya membuat laporan polis sejurus dimaklumkan berkaitan perkara berkenaan," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Johor, semalam.

SABARLAH...Junaini (kanan) menenangkan Sabariah.

Dalam kejadian itu, Lans Koperal Hussin Isa, 48, dan Koperal Mohd Nazri Omar, 39, dipercayai lemas selepas seorang daripada mereka jatuh ke laut manakala seorang lagi cuba membantu, tetapi gagal berbuat demikian.

Kedua-duanya menyewa bot berkenaan sebelum jam 7 pagi daripada seorang nelayan tempatan.

Menurut beliau, sebaik menerima laporan berkaitan kejadian, operasi mencari dan menyelamat dua mangsa yang dikenal pasti menyewa bot berkenaan terus dijalankan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor serta Pasukan Gerakan Maritim (PGM) Wilayah Dua.

"Seramai 80 pegawai dan anggota termasuk penyelam membantu operasi itu dan beliau berharap mangsa dapat ditemui secepat mungkin.

"Pada jam 3.30 petang semalam, jenazah Hussin ditemui kira-kira 150 meter dari pangkalan nelayan berkenaan manakala setakat jam 7 malam semalam, usaha masih dijalankan untuk mengesan Nazri," katanya.

Menurut Mokhtar, punca kejadian masih disiasat dan pihaknya akan membantu keluarga mangsa bagi meringankan beban mereka.

"Kami menemui dompet seorang daripada mangsa di dalam bot berkenaan dan tiada unsur jenayah dalam kejadian," katanya. -hm

Ulasan GB

Pengajaran untuk kita semua. Bahawa MAUT itu boleh datang kepada kita bila-bila masa, dengan banyak caranya.

Tidak mati masa bertugas, mati di luar masa bertugas. Ia menjemput kita tak kira usia, tak kira siapa, yang baik, yang jahat, polis, askar, menteri atau orang biasa sekalipun jika ada orang luarbiasa. Kita semua juga akan mati, entah esok atau lusa entah bila.

Itu sebab kita sentiasa kena mengingati mati. Apabila kita mengingati mati kita sentiasa berwaspada dengannya, tidak melakukan kezaliman sesama kita, tidak melakukan penganiayaan sesama kita, tidak melakukan hal yang kita tidak suka orang lain melakukan perkara itu ke atas kita. Sentiasa melakukan kebaikan sepanjang masa, sentiasa bertimbang-rasa, sentias amematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya.

Kepada keluarga polis berkenaan, salam takziah. Semuga Allah mencucuri roh Alllahyarham berdua. Allah menyayanginya lalu diambilnya lebih dahulu daripada kita, istimewanya, diambilnya mereka di bulan penuh barakah, di bulan umat Islam sedang berpuasa.

Bahawa: tiada satu pun dari Allah atau ciptaan Allah itu sia-sia. Semua ada hikmahnya. Itulah pelajaran yang paling berguna untuk kita semua.

Khir Toyo Bakal Habiskan Sisa Hidupnya Dalam Penjara?

Posted: 23 Aug 2011 07:55 PM PDT

Khir Toyo: Tiga menteri mahu saya dipenjarakan

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.

Namun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai.

"Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya," tulisnya.

Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.

"Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.
Kebodohan pemimpin

"Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini," tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman.

Beliau juga mengingatkan ketiga-tiga menteri berkenaan, agar menumpukan kerja mereka membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio masing-masing.

"Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor.

"Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

"Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?" soalnya lagi.

Menurut Dr Khir, majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak Umno mahu pun di pihak parti-parti lain.

Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008.

Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno.

Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar, seteru Dr Khir sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang.

Menurut spekulasi Dr Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.



Ulasan GB

Tak tentu arah Khir Toyo sekarang ini apabila ada skrip lain sedang mengatasi skrip untuk membebaskannya.

Maka didedahkanlah skrip dari 3 Menteri Kabinet yang dikatakan sedang berkonspirasi untuk beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Tetapi beliau tak dedahkan pula bahawa sebelumnya ada skrip lain dari kalangan pihak paling berkuasa di dalam sistem kehakiman negara untuk membebaskan beliau dari tuduhan rasuah. Buktinya: apa pihak yang sudah menyuruh beliau duduk diam-diam dan jangan buat kenyataan mengenai kesnya.

Tetapi mungkin Khir berang kerana tak tahan kena bela diri di atas tuduhan rasuah, maka beliau buat juga kenyataan dedahkan apa yang dikatakan konspirasi menteri-menteri berkenaan terhadap dirinya. Sepastinya beliau sudah diberitahu ada kemungkinan skrip asal untuk membebaskannya sudah ditewaskan dengan skrip lain yang lebih bermutu tinggi.

Tak apalah Khir. Tuan pun dah lama "sapu" bersih wang rakyat semasa menjadi MB. Mungkin di dalam penjara tuan boleg "berriadah" memperbanyakkan ibadah menyuci diri dan kemudiannya siapa tahu diterima semula ke dalam masyarakat macam Mokhtar Hashim yang pernah jadi seorang Menteri kabinet kemudian, dihukum gantung sampai mati, kemudian mendapat keampunan dari Yang Di Pertuan Agong dengan cuma dipenjara seumur hidup. Kemudian setelah menjalani 10 tahun dalam penjara, beliau mendapat keampunan daripada Agong untuk dibebaskan.

Gigil tak bila GB kata kena masuk penjara jugak? Relaxler. Lom kena lagi. Doa banyak-banyak.

"Tengku Razali" Ditahan Polis

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

Taktik licik seorang lelaki yang berpakaian kemas untuk menyamar sebagai peguam Istana Negara selain memakai 15 tangkal untuk 'menundukkan' mangsa dapat memperdaya 45 individu melibatkan kerugian RM200,000 sejak awal tahun ini.

Gambar: WAN ABDUL BARI menunjukkan seragam pakaian peguam yang dirampas daripada seorang lelaki pada sidang akhbar di Brickfields, Kuala Lumpur semalam.

Lelaki berusia 28 tahun dari Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor itu dikatakan bermulut manis dan pandai membuatkan mangsa terpedaya dengan kata-katanya. Untuk itu, suspek sering menggunakan gelaran 'Tengku Razali' atau 'Tengku Shahrizwan'.

Bagaimanapun, suspek yang mendakwa keturunan kerabat diraja itu akhirnya diberkas di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada pukul 2 petang, Khamis lalu selepas polis menjalankan siasatan sebaik menerima laporan dari seorang wanita berusia 44 tahun.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, peniaga itu mendakwa dia kerugian RM7,000 selepas barang kemas miliknya dilarikan suspek pada 12 Ogos lalu.

Katanya, kejadian berlaku apabila suspek mendatangi mangsa yang sedang berniaga di kedai makannya di Taman Wahyu, Jalan Ipoh di sini dan memperkenalkan diri sebagai kerabat diraja yang berkhidmat sebagai peguam Istana Negara sehari sebelum itu.

"Ketika itu, suspek menawarkan mangsa peluang untuk membekalkan makanan ke istana lalu dipersetujui mangsa. Keesokannya, dia datang semula dan membawa mangsa ke kediaman diraja itu dengan menaiki Proton Perdana sewa.

"Sebaik tiba di luar pintu istana, suspek memaklumkan mangsa beberapa peraturan sebelum masuk seperti tidak boleh memakai barang kemas," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. -kosmo


10 tangkal tak kebal

KUALA LUMPUR: 'Dilindungi' 10 tangkal tulisan Arab dipercayai sebagai pendinding tidak mencukupi bagi seorang lelaki yang menyamar kerabat diraja untuk menipu lebih 40 peniaga membabitkan nilai lebih RM200,000 sejak awal tahun ini selepas dia diberkas di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, Khamis lalu.

Difahamkan, suspek berusia 28 tahun itu menggunakan gelaran 'Tengku Razali' dan mendakwa peguam Istana Negara bagi memancing mangsa yang rata-rata terdiri daripada golongan peniaga berusia antara 30 dan 50 tahun.

Suspek yang berasal dari Batu Pahat, Johor dikatakan bersekongkol dengan dua rakannya selain seorang lagi lelaki dari Serendah, Hulu Selangor untuk menjual hasil curinya.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, berdasarkan aduan seorang penjual kuih wanita di Jalan Wahyu di sini, pada 12 Ogos lalu, pihaknya menjalankan intipan dan risikan ke atas suspek yang menggunakan kereta Proton Perdana V6 warna hitam yang mempunyai lambang Majlis Peguam Negara dan lampu siren yang kebiasaannya digunakan tetamu kehormat (VIP).


"Suspek yang mendakwa peguam Istana Negara itu memakai kot hitam dan menyewa kereta dipasang pelbagai lambang serta mempunyai tag nama pegawai kerajaan.


"Sepasukan polis dari Bahagian D5 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menjejaki lelaki berkenaan sebelum menahannya di kawasan Jalan TAR," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa ditawarkan perniagaan baru seperti penjualan makanan di Istana Negara bagi memperdaya mangsa.

"Dalam perjalanan ke istana, suspek akan mengarahkan mangsa menanggalkan barang kemas, wang tunai dan barangan berharga lain untuk disimpan dalam kereta dengan mendakwa ia dilarang dibawa masuk ke dalam istana.

"Selepas itu, mangsa akan dihantar ke depan pintu istana sebelum suspek melarikan diri dan sehingga kini, lebih 45 mangsa ditipu lelaki itu membabitkan kerugian lebih RM200,000," katanya. -hm


Pakar Forensik Menyatakan Integriti Spesimen DNA Meragukan

Posted: 23 Aug 2011 03:40 PM PDT

Pakar forensik dan patalogis Australia, Dr David Wells menyifatkan integriti spesimen yang diambil daripada pengadu Saiful Bukhari Azlan dalam kes fitnah liwat II ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat kritikal.

Hal ini jelasnya kerana, sampel DNA yang sudah diletakkan di dalam balang kedap udara hendaklah diserahkan kepada jabatan kimia serta merta ataupun disimpan di dalam peti sejuk.

Tiada mana-mana pihak baik polis dibenarkan untuk membuka dan menandakan spesimen DNA tersebut tanpa pemantauan daripada ahli kimia, ujar beliau lagi.

Pegawai penyiasat (IO) DSP Jude Blacious Periera dalam kenyataannya kepada mahkamah sebelum ini mengakui bahawa beliau memotong bahagian luar plastik spesimen DNA untuk tujuan penandaan.

Malah Jude turut memberitahu bahawa beliau menyimpan spesimen tersebut di dalam almari tidak berhawa dingin lebih daripada 40 jam.


"Saya rasa polis itu sepatutnya cari kerja lain. Integriti spesimen amat penting. Beliau (Jude) sepatutnya memaklumkan kepada makmal," kata David ketika disoal peguam Sankara Nair.

David menyifatkan sekiranya bekas menyimpan spesimen telah terdedah kepada udara maka kualiti DNA tersebut tidak mampu bertahan.

Sankara kemudian bertanya pendapat pakar forensik itu tentang laporan perubatan dan borang 'proforma' yang dijadikan rujukan mahkamah.

"Saya perlu akui sejarah, proforma, laporan, saya tidak yakin mereka (doktor) tahu apa yang mereka buat.

"Anda boleh bayangkan orang ini kurang pengalaman dan mungkin baru," kata beliau sebelum mengakhiri sesi memberi keterangan.

Dalam pada Sankara yang ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata, pasukan peguambela hari ini berjaya menimbulkan kesangsian tentang cara pengendalian sampel DNA yang diambil oleh doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke atas Saiful.

Katanya Jude sendiri telah melanggar prosedur analisis kimia dengan memotong bekas plastik yang mengandungi sampel DNA pengadu.

"Pakar mengatakan IO telah potong beg. Ini memberi peluang kepada kontaminasi dan perkara ini memang berlaku. Kononnya untuk buat penandaan baru dan pakar cakap prosedur ini tidak betul. Itu menujukkan kejayaan pihak pembela hari ini," kata beliau. -tvsnews


Laporan HKL tidak lengkap - Dr David Wells

Pakar Patologi dari Australia, Dr David Wells dalam keterangannya pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur tidak lengkap dan tepat.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Dr Wells memberitahu pentingnya untuk merekod kes seksual secara terpeinci, kerana ia memperincikan apa yang terjadi dan akan diteliti oleh ramai orang.

"Ia (aspek) penting untuk proses dokumentasi pesakit," katanya.

Selain itu, Wells turut mempersoalkan catatan doktor yang menyebut 'tiada penemuan konklusif' sedangkan berdasarkan pengalaman beliau, ia sepatutnya ditulis 'tiada sebarang penemuan".

Katanya perkataan "konklusif" bermaksud doktor yang memeriksa Saiful kurang pasti akan penemuannya sendiri.

Beliau berkata ketika borang proforma Saiful menunjukkan ada pendarahan pada dubur pengadu, sedangkan laporan perubatan pula menunjukkan sebaliknya.

Menurutnya, borang berkenaan sepatutnya diisi dengan betul. "Ia mesti diisi untuk menunjukkan kesemua pemeriksaan dibuat sewajarnya. Saya keliru oleh bahagian-bahagian penting yang hilang," kata beliau.

Pakar itu berkata, beliau tidak membenarkan kehadiran polis ketika menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa serangan seksual. Lazimnya beliau menjalankan pemeriksaan tersebut secara berseorang dan ditemani jururawat.

Ia berbeza dengan kes Saiful Bukhari apabila pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira turut berada dalam bilik ketika doktor melakukan pemeriksaan.

Menurut Wells lagi, pencemaran bahan DNA juga adalah isu penting dan mengakui ia tidak boleh dihentikan dan bukti itu perlu disokong oleh ujian klinikal lain.

Sebelum itu, Dr Wells menerangkan tentang kelayakan beliau, yang merupakan ketua pasukan forensik di Victoria Institute Of Medicine dan profesor di Monash Universiti, Australia. Well menyatakan beliau mempunyai kepakaran mengenai keganasan seksual dan menulis beberapa buku dan artikel mengenai keganasan seksual.

Beliau juga pernah menjadi saksi di Australia dan United Kingdom. Wells berkata beliau juga melatih pegawai polis, jururawat dan doktor yang melakukan perubatan forensik. Beliau juga pernah mengadkaan kursus di Malaysia dan membantu melatih doktor di sini.

Wells menyatakan beliau menjadi saksi di pelbagai mahkamah, dari majistret hingga Mahkamah Tinggi dan percaya testimoni beliau diterima oleh mahkamah.

Beliau juga memberitahu mahkamah beliau telah menetap di Malaysia selama tujuh tahun dan bapanya bekerja dengan bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman. - KD




Tiga Beradik Mati Lemas Dipercayai Ditolak Bapa

Posted: 23 Aug 2011 08:50 AM PDT

Kluang, 23 Ogos — Tiga kanak-kanak meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas ditolak ke dalam sebuah kolam takungan air oleh bapa mereka dalam kejadian di Ladang Lambak-Elaeis, Jalan Mengkibol di sini malam tadi.

Gambar: Seorang saudara terdekat mangsa menunjukkan kolam takungan air di mana tiga kanak-kanak ditemui mati lemas dipercayai ditolak oleh bapa kandungnya di Ladang Lambak/Elaeis, Jalan Mengkibol malam tadi ketika tinjauan fotoBERNAMA di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Fawzi Arshad berkata dua kanak-kanak perempuan berumur tiga dan lima tahun serta adik lelaki mereka, berusia dua tahun, dipercayai ditolak ke dalam kolam kira-kira 500 meter dari rumah mereka pada 7.30 malam.

"Ketiga-tiga beradik itu dipercayai dibawa ke kolam berkenaan oleh bapa mereka yang berumur 29 tahun dengan alasan untuk memancing ikan sebelum ditolak dan mati lemas," katanya dipetik Bernama Online.

Mohd Fawzi berkata pusat kawalan IPD Kluang menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam pada 10.20 malam sebelum meminta bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang bagi melakukan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

Beliau berkata mayat kesemua kanak-kanak yang lengkap berpakaian itu ditemui kira-kira satu setengah jam kemudian.

Katanya polis kemudian berjaya menahan bapa kanak-kanak terbabit di rumahnya malam tadi, yang merupakan pemandu traktor di ladang berkenaan yang cuba membunuh diri dengan meminum racun.

Lelaki itu katanya turut berada di bawah pengaruh alkohol dan kini ditempatkan di Hospital Kluang untuk rawatan.

"Polis sedang menyiasat motif kejadian mengapa lelaki itu sanggup menolak anaknya ke dalam kolam yang menjurus kematian. Bedah siasat terhadap tiga kanak-kanak terbabit akan dilakukan hari ini untuk mengetahui punca kematian sebenar," katanya.

Menurut Mohd Fawzi polis sudah merekodkan keterangan ibu kanak-kanak itu yang berumur 23 tahun bagi membantu siasatan dan polis sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman suaminya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pakar Sahkan Tiada Kecederaan Pada Dubur Saiful. Ada Bahan Plastik Dimasukkan.

Posted: 23 Aug 2011 05:00 AM PDT

Bekas doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohamed Osman Abd Hamid (gambar) hari ini mengesahkan bahawa tiada kecederaan pada dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan ketika beliau hadir ke hospital itu pada 28 Jun 2008.

Osman yang mengambil tempat di kandang saksi sesi pembelaan memberitahu mahkamah bahawa sewaktu memeriksa Saiful, beliau mendapati keadaan dubur adalah normal tanpa sebarang kecederaan.

Namun katanya Saiful bertegas menyatakan bahawa beliau diliwat.

"Dia (Saiful) terus bercakap kepada saya dan katanya melibatkan VIP dan dia berada berasa takut," kata Osman di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Justeru Osman berkata pihaknya mencadangkan supaya Saiful merujuk kepada hospital kerajaan dan membuat laporan polis.

Osman walau bagaimanapun berkata beliau memasukkan protoskop ke dalam dubur Saiful untuk memeriksa kecederaan.

Timbalan Pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden mengambil giliran menyoalbalas Osman dengan bertanyakan adakah sodomi berlaku sekiranya plastik dimasukkan ke dalam dubur, Osman berkata tidak.

Terdahulu Dr Osman ada memberitahu, Saiful telah mengadu kepadanya bahawa beliau merasa sakit di dalam lubang duburnya selama beberapa hari dan kelihatannya seperti ada bahan "plastik" dimasukkan.


Oleh itu, Yusof mendakwa Osman tidak bertanyakan soalan spesifik kepada Saiful tentang kejadian diliwat memandangkan beliau tidak berpengalaman tentang hal tersebut.

"Saya tanya sekiranya dia buasir, pendarahan dubur. Tapi saya tidak tanya apa telah terjadi," ujar beliau.

Kini giliran pakar forensik dan ahli patologi, Dr David Wells disoalbalas oleh peguambela Sankara Nair.

David berkata sepanjang kariernya beliau telah mengendalikan banyak kes tentang serangan seksual, penderaan kanak-kanak dan sebagainya.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini akan mendengar keterangan daripada Osman dan dua pakar patologi forensik, Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

Perbicaraan kes fitnah liwat dua ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memasuki hari kedua, akan menyaksikan ketiga-tiga mereka memberikan keterangan masing-masing.

Mereka sebelum ini telah bersama-sama pihak pembelaan sejak awal perbicaraan dan telah mendengar keterangan daripada pihak polis, doktor Hospital Kuala Lumpur dan ahli kimia.

Anwar semalam yang memilih untuk untuk membaca satu kenyataan dalam kandang tertuduh, mungkin juga terpaksa berhadapan pemeriksaan balas.

Lazimnya, keterangan dari kandang tertuduh oleh seseorang tertuduh tidak boleh diperiksa balas.

Walau bagaimanapun, Yusof memberitahu mahkamah, bahawa beliau "teringin sangat untuk memeriksa balas Anwar".

"Saya perlu mengkaji kes-kes yang lalu kerana saya teringin sangat untuk memeriksa balas Anwar, yang dalam pembelaannya semata-mata memberi kenyataan politik," kata Yusof.

Anwar, dalam kenyataan sepanjang 32 halaman semalam menafikan bahawa beliau mempunyai hubungan seks dengan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1 Kondominimum Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.




'Saiful beritahu plastik dimasukkan ke duburnya'

Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.

Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.

Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.

Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

"Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop," katanya.

Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.

Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?

Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.

Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.

Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.

Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatakan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama. -mk









Rakyat Menderita Disebabkan Kegagalan BN Urus Ekonomi Negara

Posted: 23 Aug 2011 04:03 AM PDT

Faktor kenaikan harga barang kawalan sejak muktahir ini didakwa berpunca dari kegagalan pengurusan ekonomi dan kewangan negara oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi Kelab Protes Harga Barang Naik (Protes BN) Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz berkata demikina bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yaacob semalam bahawa Kerajaan tidak berkuasa dalam menentukan harga barang.

"Kita melihat bahawa kalaupun ada barangan tertentu harga naik di pasaraan dunia, kalau Kerajaan bijak dalam pengurusan ekonomi dan kewangan, boleh beri pengapungan subsidi.

"Tapi kerajaan selalu beri alasan, contohnya harga minyak (petrol). Bila harga pasaran dunia naik, Kerajaan kata terpaksa naikkan sebab tak mampu tampung subsidi berlebihan, bila harga turun, kerajaan berhujah kita harus stabilkan harga," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Nor Mohamed dalam laporan portal 'The Malaysian Insider' semalam, berkata kerajaan sentiasa berusaha mengawal kenaikan harga dengan pelbagai formula dan strategi dalam usaha memastikan keharmonian hidup rakyat serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun Mahfuz menganggap formula dan strategi kerajaan itu dilihat seolah terus menekan rakyat biasa dan menguntungkan orang tertentu.

Beliau mengulas mengenai pembentangan Makmal Rasionalisasi Subsidi tahun lalu yang menyatakan Kerajaan memperuntukkan RM74 bilion sebagai subsidi setahun merangkumi bahagian sosial (RM42.4 bilion), bahan api dan tenaga (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion).

"Bagi saya RM 42 Billion untuk sosial seperti pendidikan dan kesihaatan itu adalah tanggungjawab, begitu juga untuk infrastruktur.

"Sekarang Kerajaan gabungkan tanggungjawab itu sebagai subsidi. Saya rasa pelik. Sedangkan untuk bahan api dan tenaga syarikat IPP dapat untung. Rakyat kena tanggung kenaikan tarif. Dan inilah penyebab kos hidup meningkat," tegas beliau.

Tambah Mahfuz, jika ditolak bahagian sosial dan infrastruktur tersebut, Kerajaan hanya menanggung kira-kira RM 26 Billion dalam menanggung subsidi rakyat, lebih rendah dari laporan bahawa ketirisan dan pembaziran negara sebanyak RM 28 Billion setahun.



Tiada ulasan: