Selasa, 16 Ogos 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Bongkar! Skrip sumpah PATI agar menyokong BN!

Posted: 15 Aug 2011 11:22 PM PDT

SEBELUM ini ada disiarkan di MiLo SuaM bahawa pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan BN sebagai salah satu daripada syarat proses pemutihan, rujuk sini [Warga asing]

Di bawah ini salinan skrip sumpah yang dimaksudkan. Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana negara ini dijual oleh United Malays No Otak secara terang-terangan kepada warga asing.


Sebelum ini kita sudah saksikan bagaimana pendatang asing menghalau imam bertauliah di Negeri Sabah, rujuk sini [Halau imam]. Tidak lama lagi jangan terkejut, bila imam di semenanjung pula akan dihalau oleh warga asing yang diberikan layanan istimewa oleh United Malays No Otak.


Sumber gambar [KeadilanDaily]

ReJaM© "Berdirinya Kerajaan Rosmah Mansor kerana sokongan warga asing..."

Kantoi! Warga asing dikehendaki bersumpah menyokong BN

Posted: 15 Aug 2011 10:34 PM PDT

SATU persatu tembelang United Malays No Otak untuk menang pilihanraya terbongkar, kali ini mereka berselindung di sebalik program pemutihan warga asing.

Inilah jawapan kepada persoalan mengapa mereka begitu bersungguh-sungguh melakukan program pemutihan ini.

Wanita KEADILAN berjaya menyelinap masuk ke dalam program pemutihan ini dan mendapati bahawa pendatang asing dikehendaki bersumpah menyokong Umno dan BN sebagai salah satu daripada syarat proses pemutihan [MK]

Apa kejadah warga asing yang datang secara haram dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional? Apa kaitan program pemutihan dan sokongan kepada United Malays No Otak?

Ini namanya jual negara! Tapi kalau tanya kepada Kesatuan Melayu-Melayu tak ada otak (United Malays No Otak) ini yang dipanggil menyahut seruan kepala taik United Malays No Otak iaitu "defend Putrajaya at all cost!"


ReJaM© "Akan cuba dapatkan salinan arahan bersumpah tersebut sebentar lagi..."

Penduduk berang mahu kirim air kencing kepada PM

Posted: 15 Aug 2011 01:41 PM PDT


"JANGAN sampai kami kirim kencing kepada Perdana Menteri gara-gara Shafie Apdal," kata Setiausaha JKKK Kg. Cenderawasih, Kunak, Ahmad Bin Andi Mangga menunjukkan aksi berani memasukkan kencingnya ke dalam botol minuman yang mempunyai gambar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan mengungkapkan kata-kata di atas sambil menunjukkan botol yang mengandungi kencingnya untuk rakaman video.

Ahmad menyatakan beliau terpaksa bertindak 'kurang ajar' untuk mengajar Shafie yang terlalu cuai dan kurang peka dengan aspirasi penduduk luar bandar terutama yang mengalami gangguan bekalan air disebabkan pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang dilaksanakan tanpa pemantauan KKLW.

"Selama ini kita tidak pernah mengalami gangguan air, tetapi projek demi projek yang dilaksanakan KKLW telah dibuat tanpa sebarang notis sehingga mengganggu bekalan air ke kampung kami. Kadang-kadang satu bulan tiada air. Terpaksa beli daripada lori," kata Ahmad yang berang kerana aduannya terhadap Adun Kunak, Datuk Nilwan Kabang dan Jabatan Air tidak diendahkan langsung.


Menurut Ahmad, bekalan air di Kunak cukup untuk tempoh tiga puluh tahun daripada sekarang, malah terpaksa dibuang setiap hari bagi membolehkan kontraktor (Lahad Datu water Supply) memenuhi kuota bekalan air bersih setiap hari.

"Kalau mau buat projek, buatlah. Maklumkan kepada JKKK atau penduduk. Sekarang zaman modern. Semua maklumat di hujung jari. Tetapi kenapa buat senyap-senyap dan pasang paip tanpa papantanda sehingga kerja-kerja berkenaan mengganggu bekalan air ke kampung kami," kata Ahmad yang menuding jari kepada Shafie kerana ghairah meluluskan projek tanpa mengkaji kesesuaiannya.

Tegas Ahmad, hanya Sub-kontraktor yang menjalankan kerja memasang paip baru untuk projek BALB Tingkayu, namun kerja mereka tidak diselia oleh Jurutera Jabatan Air atau Juruperunding yang dilantik.

"Tetapi jangan jadikan kami mangsa projek. Mereka mau kayakah, mau telan itu wang projek, telanlah, tetapi kenapa bekalan air kami diputuskan? Bil kami bayar. Meter kami ada, tapi keluar angin saja. Mau bilang tangki simpanan Jabatan Air tiada air, penuh pula; sampai dibuang ke parit. Apa semuanya ini?," tanya Ahmad yang kesal kerana KKLW melantik kontraktor yang tidak berkelayakan menjalankan kerja penting berkenaan.

Oleh itu kata Ahmad, sebelum mereka bertindak memboikot pilihanraya umum akan datang atau memberikan undi mereka kepada pembangkang, Shafie wajib turun padang untuk melihat masalah penduduk kampung yang sengsara akibat pelaksanaan NKRA menyusahkan rakyat dan mengkayakan kroni Shafie.[SabahKini]



ReJaM© "Ini betul-betul marah tahap gaban nih..."

Selangor tubuh pasukan pemantau projek awam

Posted: 15 Aug 2011 07:36 AM PDT


KERAJAAN negeri Selangor menubuhkan satu pasukan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memastikan projek pembangunan dan pembinaan instrastuktur untuk rakyat diurus dan ditadbir dengan baik.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pasukan ini dianggotai oleh tenaga profesional terdiri daripada jurutera, juru ukur bahan (QS) dan pegawai teknikal yang berpengalaman, tahu latar belakang kontraktor yang dipilih serta paling penting mereka bijak menilai kos sebenar dan kepentingan sesuatu projek awam.

"Hasilnya, kita akan dapat menentukan projek diurus dengan baik. Ini memberi 'kawalan dan imbangan" atau "check and balance' dalam cara pemberian kontrak.

"Rakyat akan tahu setiap projek yang dilakukan setimpal dengan wang rakyat yang telah dibelanjakan," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata, pasukan profesional ini telah pun bergerak dengan memantau projek-projek pembangunan di kawasan undangan negeri menggunakan peruntukkan RM1 juta yang diberikan kerajaan negeri.

Sebagai projek perintis, pasukan ini hanya memantau projek-projek pembangunan di tiga PBT iaitu Kajang, Petaling Jaya dan Kuala Selangor.

"Kita akan menilai pemantauan yang dilakukan pasukan ini supaya keberkesanannya dapat ditingkatkan dan ditambah baik, sebelum dipeluaskan ke semua PBT," katanya.

Menteri Besar berkata, usaha ini juga untuk memastikan perbelanjaan yang dikeluarkan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat di samping menaikkan tahap profesionalisme penjawat awam.

Berhubung isu status Gereja Methodist Damansara Utama, Menteri Besar menjelaskan perkara itu akan dimasukkan dalam laporan lengkap yang sedang disiapkan oleh JAIS.

Katanya, laporan penuh itu akan menerangkan bidang kuasa JAIS dalam membuat pemeriksaan tempoh hari, amalan-amalan atau persediaan awal sebelum pemeriksaan dan langkah-langkah yang dilakukan JAIS mengikut undang-undang untuk mencegah penyebaran agama lain kepada orang Islam.

"Laporan lengkap ini saya akan persembahkan kepada DYMM Sultan Selangor untuk mendapat khidmat nasihat baginda selaku Ketua Agama Islam di Selangor," kata Menteri Besar.

Dikeluarkan oleh;
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Tiada ulasan: