Selasa, 16 Ogos 2011

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


RAHIM THAMBI CHIK BAKAL DILANTIK PENGERUSI BIRO AGAMA UMNO?

Posted: 15 Aug 2011 12:48 PM PDT

Aku terbaca dalam akhbar semalam begitu bersemangatnya Rahim Thambi Chik bercerita pasal isu murtad. Beliau kelihatan teramat peka dengan isu akidah berkaitan kisah kontroversi serbuan ke atas gereja di Selangor.

Apabila Rahim Thambi Chik yang memakai baju kalis peluru sewaktu upacara bidaah iaitu bersumpah laknat bersama Eskay mengulas isu murtad ini, ianya menjadi bahan lawak jenaka. Orang yang bersubahat membuat fitnah zina, terbabit pula di dalam tayangan video lucah di dalam hotel boleh memberi ulasan seperti seorang ustaz tentang isu murtad ianya satu lawak jenaka yang bodoh.

Itu belum lagi beliau memberi ingatan tentang dosa besar bersekedudukan dengan gadis bawah umur. Belum lagi beliau bercerita tentang dosa besar melakukan rasuah. Kita jangan pelik suatu masa nanti Umno akan melantik Rahim Thambi Chik sebagai Pengerusi Biro agama di dalam parti keris telanjang tak bersarung itu. Tahniah, Rahim Thambi.

Tiada ulasan: