MiLo SuaM |
- Bernama lapor Kerajaan Penang larang bacaan Quran guna pembesar suara
- Rais kata peserta BERSIH 2.0 dapat upah RM50
- Salinan pekeliling Jabatan Hal Ehwal Islam Penang
- Bekas komando TUDM dedah penipuan undi pos
- Gaysec akui Arlene Tan bukan Sitt Al-Wuzara
- Perlis dah lama larang baca Al-Quran waktu subuh guna pembesar suara
Bernama lapor Kerajaan Penang larang bacaan Quran guna pembesar suara Posted: 14 Aug 2011 12:50 AM PDT MEDIA pengampu gerombolan songkok tinggi (United Malays No Otak), Bernama nampaknya memainkan peranan lebih kurang sama dengan blogger-blogger United Malays No Otak, Umno. Media-media yang menjadi lidah propaganda kerajaan Rosmah ini sengaja mencipta putar belit untuk mengaitkan kerajaan Penang dengan isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara waktu subuh di negeri tersebut. Perkara ini sangat jelas dan terang, bahawa larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di waktu subuh dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, tiada kena mengena dengan kerajaan Penang rujuk sini [Salinan Pekeliling]. Tapi lihat petikan berita di bawah, lihat sendiri bagaimana putar belit dicipta untuk mengaitkan kerajaan negeri, sekaligus memperbodohkan rakyat dengan serangan propaganda separa sedar oleh media gerombolan songkok tinggi. Apa yang menghairankan, Negeri Perlis sudah lama melarang bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di waktu subuh, larangan itu sudah diluluskan sejak 2007 lagi, mengapa waktu itu United Malays No Otak tak ambil peduli? ReJaM© "Makcik Felda dan penghuni kampung terus percaya DAP anti Islam..." |
Rais kata peserta BERSIH 2.0 dapat upah RM50 Posted: 13 Aug 2011 06:36 PM PDT ADUHAI pagi-pagi lagi gua dah ketawa besar baca lawak Menteri Kebajikan Amah, Rais Yatim punya statement. Gua tak tahu dari mana Menteri Kebajikan Amah ni dapat maklumat, sama ada dia kena tipu atau memang dia saja nak menipu gua tak tau. Menteri Kebajikan Amah ni kata, Peserta Perhimpunan Aman Bersih 2.0 yang diadakan di ibu negara pada 9 Julai lalu diberi upah satu kepala RM50 kah kah kah. Ops ada lagi siap ada bagi makan keh keh keh [Bernama] Sempena bulan baik ni, gua nak bersangka baik dengan Menteri Kebajikan Amah. Maka gua anggap ini menteri sudah dapat maklumat dari laporan sahih, maka gua nak tanya siapa yang bagi maklumat tu? Mana laporan tu? Gua bukan apa, gua nak selidik siapa nama orang yang bagi upah RM50 siap dengan makan tu? Gua nak mintak upah bahagian gua! Penat-penat gua turun berperang dengan FRU, upah gua RM50 mana bhai? kah kah kah... RentaP© "Sapa lagi belum ambik duit RM50 jom kita gegar pejabat Menteri Kebajikan Amah!" |
Salinan pekeliling Jabatan Hal Ehwal Islam Penang Posted: 13 Aug 2011 05:22 PM PDT BLOGGER dan cybertrooper gerombolan songkok tinggi (United Malays No Otak) masih tetap meneruskan dakyah mereka berkenaan isu larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran pada waktu subuh di Pulau Pinang. Sifirnya mudah, mereka mahu rakyat percaya bahawa DAP sudah berjaya merosakkan Islam di Pulau Pinang, dan DAP anti Islam. Isu agama seperti ini mudah menaikkan darah orang Melayu yang kurang faham Islam. Berbagai kaedah putar belit digunakan, ada yang kata DAP hapuskan azan, DAP hakis Islam, malah ada blogger yang sanggup memutar belitkan cerita jadi Jabatan Agama Islam Penang larang baca Al-Quran. Di bawah ini salinan pekeliling yang menunjukkan isu ini tiada kena mengena langsung dengan kerajaan Penang. Pekeliling ini dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, yang hang sibuk nak salahkan DAP apa hal? Jangan lupa, larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara waktu subuh sudah lama dikuatkuasakan di Negeri Perlis, rujuk sini [Perlis]. Blogger Umno patut serang Perlis sebab DAP dah rosakkan Islam di Perlis kah kah kah... Ini lagi satu blogger lucu gerombolan songkok tinggi, dia perasan dia lagi bijak dari Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang, jadi rakyat semua kena dengar fatwa dia pulak kah kah kah... Baru terjumpa sepotong dua hadis, dia dah perasan dia lagi pandai dari Jawatan kuasa Fatwa Pulau Pinang, majlis fatwa pulak dia nak bidas, nak bangkang! Alim ulama dia letak bawah kelengkang kah kah kah... ReJaM© "Macam beruk dapat cincin, dia ingat dia dah bertukar jadi cantik haiwan lain semua hodoh dan bodoh kah kah kah..." |
Bekas komando TUDM dedah penipuan undi pos Posted: 13 Aug 2011 03:00 AM PDT LIHAT wajah lelaki ini baik-baik, ini wajah seorang bekas komando TUDM. Bekas komando ini berani tampil mendedahkan wajahnya selepas bergelar "bekas" komando. Jika dia mendedahkan penyelewengan undi pos semasa masih bergelar komando, maka dia akan dibuang kerja. "Saya berani tanggung risiko kerana menegakan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi," ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar (gambar) yang berpangkalan di Butterworth. Beliau ketika menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah. Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat pengiraan. Menurut beliau, tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari pengundian sesuatu pilihan raya sebenar. "Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang menunaikan amanah kepada negara," tambahnya. Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan 500 undi lagi dipangkah oleh individu lain. Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM, Butterworth.[HD] ReJaM© "Selepas berpuluh bukti dan pengakuan, SPR masih kata mana bukti?" |
Gaysec akui Arlene Tan bukan Sitt Al-Wuzara Posted: 13 Aug 2011 02:15 AM PDT SEBELUM ini MiLo SuaM ada menyiarkan bukti yang agak berasas menunjukkan bahawa Arlene Tan dan blogger anti Islam Hajjah Sitt Al-Wuzara bukan orang yang sama, sebaliknya Gaysec tersilap maklumat, rujuk sini [Kad Pengenalan]. Akhirnya Gaysec telah mengakui kesilapan mereka yang mengakibatkan bahana yang tertimpa ke atas Nor Arlene Tan Binti Khalid. Kumpulan hacker itu telah membuat satu permohonan maaf secara terbuka kepada Arlene Tan di dalam website rasmi mereka [Gaysec] Bagi pihak yang sudah terlanjur memaki hamun Arlene Tan diharap boleh lakukan sesuatu kerana Gaysec sendiri sudah mengakui kesilapan mereka. Lebih baik orang salah dilepaskan, daripada kita menghukum orang yang tidak bersalah. ReJaM© "Jadikan ini satu pengalaman, harap jangan silap lagi..." |
Perlis dah lama larang baca Al-Quran waktu subuh guna pembesar suara Posted: 13 Aug 2011 01:34 AM PDT BLOGGER dan cybertrooper gerombolan songkok tinggi (United Malays No Otak) sibuk menyebarkan dakyah, kononnya DAP berjaya mengharamkan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di Pulau Pinang. Sifirnya mudah, isu agama seperti ini mudah dimanipulasikan untuk menaikkan kemarahan orang-orang Melayu Islam yang kurang faham Islam. United Malays No Otak menggunakan isu ini untuk meraih sokongan Melayu. Malangnya kini mereka terpaksa membuktikan bahawa Negeri Perlis yang diperintah oleh Umno juga telah digodam oleh DAP. Ini berikutan sokongan Mufti Perlis terhadap Pulau Pinang di dalam isu ini. Apa yang lebih menarik, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata larangan seperti itu sudah lama dikuatkuasakan di Negeri Perlis [MK]. Menurut Dr Juanda, Jawatankuasa Fatwa Perlis telah membincang hal berkenaan sejak 30 April 2007 dan dalam garis panduan masjid di negeri itu diletakkan satu klausa: 'tidak membaca dan memperdengarkan ssebarang bacaan selain azan dengan kuat sebelum dan selepas'. Keputusan itu juga telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Perlis pada 25 Julai 2007 yg dipengerusikan oleh Tuanku Raja Muda Perlis. "Mikrofon (di) masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh. "Ini adalah amalan yang menepati kehendak Sunnah Nabi SAW yang sepatutnya dipatuhi oleh semua umat Islam yang cintakan Sunnah Nabi SAW yang sahih. "Pihak yang pertikai adalah jahil tentang hukum dan peranan masjid dalam Islam," katanya. ReJaM© "Pemuda Umno dipersilakan buat tunjuk perasaan di Perlis kerana DAP sudah rosakkan Islam di Perlis kah kah kah..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan