Kelab Greenboc |
- PAS Mohon Agong Ambil Tindakan Terhadap SPR
- Pegawai Kerajaan Ditangkap Berkhalwat Selepas Berbuka
- Memahami Isu MAS-Air Asia: Ia Memantapkan Monopoli Kroni UMNO BN
- Pelajar Tkn 3 Terselamat Daripada Diculik
- Ugutan Keterlaluan: Polis Perlu Bertindak & Tangkap Ezam
- Timb Menteri Tak Setuju Kerajaan Samakan BERS✔H 2.0 Dengan Rusuhan London
- BERS✔H Bidas SPR Lebih Berminat Pertahan Kedudukan Pemerintah
- Ali Kamaruddin (Mamat Exist) Hantu Dadah
- Isu Pembesar Suara: UMNO Kena Tempeleng Lagi, Gagal Untuk Eksploitkan Isu
PAS Mohon Agong Ambil Tindakan Terhadap SPR Posted: 14 Aug 2011 12:28 AM PDT Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memohon Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mengambil tindakan terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana gagal menjalankan tugas mereka bagi memastikan daftar pemilih bersih dan tidak dicemari penipuan. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyatakan pendedahan media yang dilakukan beberapa minggu ini membuktikan betapa daftar pemilih yang disediakan diragukan kesahihannya tetapi terus dinafikan oleh SPR. "Kehilangan kepercayaan sebahagian rakyat kepada SPR begitu memuncak sekarang. "Oleh itu kita harap YDPA campurtangan segera dan ambil tindakan terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR kerana gagal jalankan tugas," kata Mohamad dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini. SPR kini dibelenggu pelbagai kontroversi seperti isu 'Mismah', status MyPR bertukar kepada pemegang MyKad dalam tempoh beberapa jam dan banyak lagi. Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu turut menambah betapa Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusoff dan Timbalannya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar seringkali bertindak menyebelahi kerajaan Umno-BN. "SPR suka guna kalimah parti pembangkang. Umno boleh, tapi bagi SPR semua parti politik adalah pelanggannya," ulas Mat Sabu. Apapun, menurut beliau, tindakan membersihkan daftar pemilih dan memastikan mereka yang bertanggungjawab menerajui suruhanjaya menjalankan tanggungjawab dengan telus dan amanah, merupakan langkah terbaik demi masa depan Malaysia. "Jika rakyat terima keputusan pilihan raya, negara ini akan aman. Jika rakyat tolak, ia berbahaya pada keselamatan negara. "Kita tak ada masalah parti lain menang.. tapi akan jadi masalah jika mereka menang kerana manipulasi daftar pemilih," tegas Mat Sabu lagi. |
Pegawai Kerajaan Ditangkap Berkhalwat Selepas Berbuka Posted: 13 Aug 2011 10:10 PM PDT Arau: "Saya minta maaf ustaz, saya janji tak buat lagi. Saya mengaku berkhalwat dan berjanji perkara ini tidak akan berlaku lagi," kata seorang wanita berusia 27 tahun yang ditahan bersama pasangannya kerana disyaki berkhalwat di sebuah bilik hotel, di sini, malam kelmarin. Gambar fail Sebelum itu, anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) bersama Majlis Perbandaran Kangar (MPK) terpaksa menunggu 15 minit sebelum wanita berkenaan dan pasangannya berusia 27 tahun membuka pintu untuk pemeriksaan. Malah, wanita itu memberi alasan tidak melakukan perbuatan terkutuk di dalam bilik itu, sebaliknya hanya menemani teman lelakinya untuk menukar pakaian. Pasangan berkenaan yang bertugas sebagai pegawai kerajaan dikatakan baru mendaftar masuk ke hotel selepas waktu berbuka, dan lelaki terbabit sanggup datang dari Pulau Pinang untuk bertemu kekasihnya sempena cuti hujung minggu. Penolong Pengarah Penguatkuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, dalam pemeriksaan jam 11 malam itu, anggota penguat kuasa mengetuk pintu bilik yang dihuni pasangan berkenaan. Bagaimanapun, katanya, mereka mengambil masa 15 minit sebelum dibuka wanita terbabit lalu anggota penguat kuasa memperkenalkan diri untuk membuat pemeriksaan. "Wanita berkenaan mengaku berada dalam bilik bersama teman lelaki ketika disoal sebelum lelaki terbabit keluar dari bilik air tanpa memakai baju," katanya. -hm
|
Memahami Isu MAS-Air Asia: Ia Memantapkan Monopoli Kroni UMNO BN Posted: 13 Aug 2011 07:55 PM PDT Pakatan Rakyat mengutuk monopoli syarikat-syarikat besar Malaysia yang dikuasai kroni Umno-BN kerana langsung tidak membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia. Jawatankuasa Bajet Alternatif PR berpendapat, hal ini bertentangan dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini. Menurut ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad ini dapat dilihat dengan perkara paling asas iaitu makanan ruji rakyat Malaysia, beras. "Beras merupakan monopoli paling besar. Satu-satunya pengimport dan pengedar adalah Bernas. Walaupun dalam harga subsidi, jika kita benarkan orang lain import beras, dengan pasaran dan ekonomi, beras boleh dijual dengan harga lebih rendah dari Bernas," terang beliau dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat semalam. Dengan sinis Dr Dzulkefly berkata, hal ini seharusnya dijawab oleh Najib sendiri yang tidak berpijak pada bumi nyata dengan pengumuman bantuan namun menaikkan kos kehidupan rakyatnya. "Najib tahu hal ini salah tapi tetap dilakukan. Kenapa beri kepada kroni? Kita taknak buat andaian, mungkin mereka beri bantuan dan sokongan untuk pilihan raya. Biar parti politik buat analisis mengenai perkara ini," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS. Sementara itu, ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong pula mengulas mengenai pertukaran saham antara Air Asia dan Sistem Penerbangan Malaysia yang dikatakan bakal mewujudkan 'kartel' atau monopoli dalam industri penerbangan negara. Menurut Chin Tong, ia hanya akan menambah beban rakyat khususnya dari sabah dan Sarawak kerana kemungkinan tambang penerbangan domestik akan meningkat. Hal ini ada asasnya kerana pengelola lapangan terbang negara ini Malaysian Airport Holdings Berhad dilaporkan mahu menaikkan cukai lapangan terbang dari RM14 ke RM65 bagi penumpang antarabangsa dan RM7 ke RM32 bagi pengguna domestik minggu ini. "Khazanah pada masa yang sama meningkatkan cukai lapangan terbang menerusi MAHB. Semua ini dikawal oleh Khazanah. Semua ini berlaku pada waktu yang sama. Ini pasti bakal membunuh sektor penerbangan awam di negara ini dan membebankan pengguna iaitu rakyat Malaysia," kata beliau.
|
Pelajar Tkn 3 Terselamat Daripada Diculik Posted: 13 Aug 2011 05:33 PM PDT Besut: Tiga pemuda berpakat melarikan seorang gadis sunti berusia 15 tahun merentasi sempadan Terengganu- Kelantan selama lima jam malam kelmarin semata-mata dengan niat untuk memaksa pelajar tingkatan tiga itu mengahwini seorang daripada suspek. Gambar:BEBERAPA orang ahli keluarga mangsa menunjukkan tempat Noredreen Natasya dilarikan di Kuala Besut, Terengganu semalam. Gambar kecil ialah Suhaimi (bapa mangsa). Bagaimanapun, komplot mereka menculik Noredreen Natasya Suhaimi gagal selepas gadis itu sempat menggunakan telefon bimbitnya untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada seorang rakan yang akhirnya berjaya membantu polis menyelamatkannya dan menahan dua suspek. Insiden itu bermula pukul 9.15 malam kelmarin apabila gadis tersebut berjalan keluar dari sebuah kedai runcit di Alor Peroi di sini sebelum ditarik ke dalam sebuah kereta Perodua Kancil. Jeritan mangsa menarik perhatian bapanya, Suhaimi Mustafa (gambar kecil), 36, yang berada di rumah kira-kira 80 meter dari situ. Dia nampak anaknya ditarik ke dalam kereta itu tetapi tidak sempat menolong. Bimbang keselamatan anaknya, Suhaimi terus membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut. Noredreen Natasya ketika ditemui Kosmo! Ahad di rumahnya semalam memberitahu, kereta yang dinaikinya dipandu laju sebelum mereka berhenti di sebuah rumah kosong dipercayai milik salah seorang suspek di Kampung Gong Manor, Pasir Puteh, Kelantan, iaitu kira-kira 15 kilometer dari tempat dia dilarikan. Dia mendakwa mengenali salah seorang penculik itu. "Lelaki itu selalu kacau saya. Dia kerap telefon dan hantar SMS kepada saya. "Dia jugalah yang mengajak saya untuk bernikah dengannya ketika saya diculik. Saya cukup takut tapi Alhamdulillah semuanya selamat,'' katanya yang enggan mendedahkan wajahnya untuk diambil gambar.
|
Ugutan Keterlaluan: Polis Perlu Bertindak & Tangkap Ezam Posted: 13 Aug 2011 03:29 PM PDT Tsu Koon: Sikap Ezam ugut mahu bakar portal berita tidak boleh diterima Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menyelar tindakan Senator Ezam Mohd Nor yang mengugut mahu membakar pejabat portal berita The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang beliau dakwa sebagai ejen pengkhianat Islam. Tegas Koh, tindakan Ezam, bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim, sangat tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima. Beliau juga berkata tindakan Ezam itu terlalu mengikut perasaan apabila mengulas tentang kontroversi "serbuan" ke atas Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos lalu. "Dalam amalan demoktrasi, Ezam mempunyai hak untuk menyatakan pendirian dalam mempertahankan Islam dan juga melahirkan kebimbangan dengan kegiatan memurtadkan orang Islam yang kini sedang disiasat (Jais). "Jika beliau mengatakan laporan portal berita ini salah, beliau perlu membahaskan secara jelas, sediakan fakta-fakta dan bukti yang kukuh atau ambil tindakan perundangan," katanya dalam satu kenyataan. Koh menambah tindakan membuat ugutan sebegitu tidak menggambarkan sikap seorang senator yang sepatutnya memberikan contoh kepada rakyat. Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tindakan itu juga akan menjatuhkan imej Ezam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diwakili beliau. "Malangnya beliau telah menggunakan pengaruhnya untuk membantah dan membalasnya, beliau juga membenarkan dirinya dipengaruhi oleh emosi dan sentimen yang akan memberikan kesan negatif. "Dengan menggunakan kenyataan bersifat ugutan, beliau bukan sahaja merosakkan imejnya selaku senator tapi juga pertubuhan yang diwakilinya," katanya. Semalam Ezam semasa perhimpunan aman berhubung isu murtad pertahankan Jais di pekarangan Masjid Negeri, Shah Alam melancarkan perang ke atas The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang didakwa beliau sebagai "ejen kepada pengkhianat Islam." "Kita sedia berperang dengan mereka... kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka Malaysiakini, (The) Malaysian Insider yang biadap kepada Jais, kononnya mereka menceroboh masuk gereja. "Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar pejabat anda," katanya. Dalam ucapannya itu Ezam juga memberi amaran kepada kumpulan Kristian agar menghentikan kegiatan memurtadkan Umat Islam sekiranya tidak mahu berdepan dengan "perang." Kata Ezam, "masalah besar" akan berlaku sekiranya kumpulan Kristian meneruskan kerja-kerja memurtadkan umat Islam walaupun perkara itu tidak dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Tambah Koh, dengan semangat 1 Malaysia semua pemimpin termasuk Ezam perlu menunjukkan sikap yang tidak bertentangan dengan prinsip itu. "Rakyat Malaysia tahu komitmen dan amalan kita, 1 Malaysia yang ditonjolkan sepatutnya menunjukkan komitmen dan perpaduan. "Dengan semangat 1 Malaysia, setiap pemimpin perlu bercakap dan bertindak dengan berdasarkan tanggungjawab dan menyelesaikan segala salah faham, kontroversi atau konflik bukan menyemarakkan lagi kemarahan," katanya. -TMI PKR: Ugutan Ezam ke atas M'kini 'perbuatan jenayah' Ulasan GB Sebelum ini Ezam mencetuskan huru-hara di Pulau Pinang dengan mengepalai perarakan para perusuh yang bertindak ganas sehingga kumpulan ini memecahkan cermin kereta-kereta di sepanjang jalan. Polis pada ketika itu hanya membiarkan kumpulan itu dengan telatah dan gelagat mereka. Sesungguh memalukan negara mempunyai seorang senator sepertinya dan lebih menjelekkan apabila polis tidak bertindak untuk menahan dan menangkapnya. Laporan sebelum ini: [Bergambar] Dunia Saksikan, Bukan BERSIH Tetapi UMNO Pencetus & Peneraju Keganasan |
Timb Menteri Tak Setuju Kerajaan Samakan BERS✔H 2.0 Dengan Rusuhan London Posted: 13 Aug 2011 08:11 AM PDT Saifuddin: Saya tidak setuju samakan Bersih 2.0 dengan rusuhan London KAJANG, 13 Ogos — Datuk Saifuddin Abdullah hari ini tampil membuat pendirian tidak bersetuju dengan Putrajaya menyamakan Himpunan Bersih 2.0 dengan rusuhan di Britain baru-baru ini. Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Dalam perhimpunan itu hampir 1,700 telah ditahan termasuk pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat. Pendirian itu dilihat bertentangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam perkara itu. "Saya juga tidak setuju samakan Himpunan Bersih 2.0 dengan rusuhan di London," katanya pada forum Reformasi Pilihan Raya dan Pemurnian Demokrasi anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kolej Dar Al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam di sini. Semalam Najib langkah Putrajaya menghalang Himpunan Bersih 2.0 sebagai keputusan tepat bagi mengelakkan kejadian lebih buruk. Kata beliau, tiada sebarang jaminan bahawa semua peserta perhimpunan jalanan itu mempunyai niat untuk mengadakan perhimpunan secara aman. Sementara itu Hishammuddin berkata, banyak pengajaran boleh dipelajari daripada rusuhan ganas yang berlaku di London dan beberapa bandar lain di England. Hishammuddin juga berkata, insiden itu membuktikan pentingnya satu ketetapan dan ketegasan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani sesuatu isu secara bijaksana tanpa menjejaskan ketenteraman, kestabilan dan keharmonian di negara ini. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar juga memberi pendirian yang sama. Bagaimanapun pemimpin Pakatan Rakyat mengecam tindakan itu. Dalam ucapan itu, Saifuddin (gambar) yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Barisan Nasional (BN) sepatutnya mempertimbangkan cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung penganjuran perhimpunan aman. "Ada di antara kita yang alergik bila dengan perkataan demonstrasi tapi dia tak sedar dia juga lakukan perkara sama juga menggunakan istilah yang berlainan," katanya. Beliau juga berkata Najib komited untuk melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya. "Perdana Menteri menyatakan komitmen untuk pastikan pilihan raya bersih, beliau komited sejauh mana... kita perlu beri beliau masa," katanya. Keadaan di bandar-bandar utama di Britain kembali selepas dilanda rusuhan dan kegiatan mencuri yang berleluasa sejak minggu lalu sehingga mencetuskan kecemasan di negara itu. -TMI |
BERS✔H Bidas SPR Lebih Berminat Pertahan Kedudukan Pemerintah Posted: 13 Aug 2011 06:50 AM PDT Jawatankuasa Pemandu Bersih melahirkan kekecewaannya atas respon balas yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersabit tuntutan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil oleh pertubuhan bukan kerajaan itu. Dalam satu kenyataan media semalam, Bersih mendakwa SPR dilihat secara terus-menerus memberikan ulasan yang memudaratkan muafakat kerjasama ke arah pilihan raya yang lebih adil sebaliknya lebih "beria-ia mempertahankan parti pemerintah". Malah menurut kenyataan media itu lagi, jawatankuasa itu sangat kecewa dengan cara Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang didakwanya terus mengambil pendekatan konfrontasi melampau dan tidak produktif. "Kami telah menyatakan berulangkali bahawa matlamat Bersih 2.0 adalah sistem pilihan raya yang bersih dan adil untuk semua rakyat Malaysia, bukannya untuk memburukkan mana-mana institusi atau mempromosikan sebarang agenda politik," katanya. Menurutnya, Bersih 2.0 hanya berminat untuk melihat pilihan raya yang bersih. "Sekiranya BN atau mana-mana parti menang melalui pilihan raya yang bersih dan adil, maka matlamat kami telahpun tercapai," tegas kenyataan itu lagi. Sehubungan itu, Bersih berpendapat SPR dan Wan Ahmad mesti menumpukan perhatian mereka dengan melibatkan diri bersama-sama masyarakat madani bagi memperbaiki institusi awam dan "bukannya terlibat dalam perang mulut dengan parti-parti politik". "Ulasan terkini yang dibuatnya, mengancam kewibawaan awam berkenaan sifat 'non-partisan' SPR yang diperlukan untuk mengekalkan keyakinan orang ramai. "Membuat kritikan politik merupakan tugas seorang timbalan pengerusi sebuah parti politik, dan bukannya tugas timbalan pengerusi SPR," tambah kenyataan itu. Berikutan itu, katanya, Bersih 2.0 berharap SPR menumpukan tenaganya untuk menyelesaikan masalah besar, yang dikesan pada daftar pemilih seperti "skandal Mismah". Perkara itu, menurut gabungan NGO itu, mendedahkan perkembangan membimbangkan mengenai pemberian hak mengundi kepada seseorang yang diragukan kewarganegaraannya. "Masalah daftar pemilih lain termasuk kejadian pengundi bernama 'Kg Baru', penyelewengan yang serius berkenaan pengundi berganda serta alamat penuh sesak dan sebagainya. "SPR sepatutnya memberi perhatian untuk membetulkan masalah ini dengan segera dan bukannya mempertahankan serta menjadikan perkara ini sebagai isu politik yang menjejaskan kewibawaan semua pihak," tegas kenyataan itu lagi. Mengenai isu pengesahan biometrik, katanya, Bersih 2.0 memandang serius laporan terbaru bahawa pihak polis sedang menyiasat penyelewengan sistem biometrik yang digunakan untuk mendokumentasi pekerja asing. "Lebih tepat lagi, ianya merupakan kelemahan yang akan membolehkan penipuan pilihan raya secara besar-besaran sekiraya hanya sistem biometrik sahaja digunakan untuk mencegah pengundi hantu. "Kami masih belum mendengar hujah-hujah meyakinkan tentang kenapa kaedah dakwat kekal yang lebih murah, mudah dan lebih berkesan tidak patut dipakai," tambahnya. |
Ali Kamaruddin (Mamat Exist) Hantu Dadah Posted: 13 Aug 2011 05:07 AM PDT Johor Bharu: Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Mamat dijatuhi hukuman denda RM1,000 dan pengawasan polis selama dua tahun selepas mengaku bersalah memasukkan dadah ke dalam badannya, tahun lalu. Mamat, 33, yang popular menerusi lagu Untukmu Ibu pada tahun 90-an didakwa memasukkan dadah jenis methamphetamine di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya pada 9 November tahun lalu pada kira-kira jam 3.35 petang. Dia membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, sebaik pertuduhan selesai dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Maslinda Selamat. Tertuduh disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Mamat dalam rayuannya meminta mahkamah meringankan hukuman kerana sudah insaf selain menanggung tiga anak. Ulasan GB Dulu-dulu lagu "Oh Ibu" nyanyian Mamat ni jadi pujaan ramai. Tak kurang yang mengimpikan jadikan Mamat model contoh bagi anak muda... Mamat disanjung, ramai nak jadikan Mamat teman hidup kerana Mamat "anak soleh" yang mengingatkan orang tentang jasa ibu. Roh para ibu tenteram dan "damai di sana" seperti dendangan lagu mamat itu. Ibu bapa ketika itu tak kurang yang inginkan anak sebaik Mamat. Makcik-makcik pun ramai berkenan nak jadikan Mamat menantu. Rupa-rupanya kini Mamat dah jadi hantu. Hantu dadah... Mamat tidak bersyukur dengan pemberianNya, tetapi kufur nikmat. Roh ibu sudah tidak lagi damai di sana apabila Mamat sudah jadi hantu dadah. Semuga Mamat benar-benar insaf dan berubah. |
Isu Pembesar Suara: UMNO Kena Tempeleng Lagi, Gagal Untuk Eksploitkan Isu Posted: 13 Aug 2011 03:40 AM PDT Asri: Muslim Pulau Pinang patut sokong fatwa larang guna pembesar KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyokong keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat. Asri juga berkata, mematuhi keputusan dikeluarkan Jabatan Mufti Pulau Pinang tidak harus dianggap sebagai isu politik semata-mata. "Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya," katanya lagi. "Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Asri, kelahiran Pulau Pinang ini berkata, apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan dan "selain itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain." Malah kata beliau, perbuatan itu dilarang oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan apatah lagi dalam Islam, ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak. "Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid," kata beliau. Mengikut laporan media semalam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang mengeluarkan pekeliling mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan penggunaan sistem pembesar suara ketika bacaan al-Quran pada waktu sebelum subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid. Bagaimanapun kerajaan Pulau Pinang menyerahkan kepada pentadbiran masjid atau surau di negeri itu membuat pertimbangan sendiri sama ada mahu menggunakan sistem pembesar suara untuk mempendengarkan bacaan al-Quran dan zikir sebelum waktu subuh atau sebaliknya. Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kassim berkata, sebagai pentadbir institusi agama, pihak masjid dan surau bagaimanapun sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang memutuskan bahawa bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut hukum syarak. "Majlis Fatwa yang dipengerusikan oleh Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad pada 6 Jun lepas memutuskan perbuatan berkenaan boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid," katanya. Abdul Malik berkata kerajaan negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang tidak terlibat dalam keputusan Majlis Fatwa dan meminta perkara berkenaan tidak dipolitikkan. Jelas Asri, walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik, tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan yang disampaikan dan mungkin orang lain ingin membacanya sendiri atau ingin membacanya pada waktu lain atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain. "Ramai orang bukan Muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara," kata ahli akademik Universiti Sains Malaysia ini. "Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit," katanya lagi. Asri juga berkata, sebenarnya, Nabi Muhammad sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jemaah lain. Kata Asri, ulama silam juga telah mengingatkan hal ini bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. "Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi pernah berkata, 'antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampuradukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. "Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar'," kata beliau lagi. Ulasan GB Pannnnngggggggggggg! Bertubi-tubi UMNO kena tempeleng selepas cuba untuk eksploitkan dan mempolitikkan isu pembesar suara di Pulau Pinang. Sebeleum ini Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Sekarang bekas Mufti Perlis pula, Dr. Mohd Asri turut menyokong tindakan kerajaan Pulau Pinang itu. Baca: UMNO Terkedu. Perlis Dah Lama Kuatkuasa Larangan Pembesar Suara Waktu Suboh |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan