Ahad, 14 Ogos 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Rais Nyanyuk Sebab Terlupa Makan Sahur

Posted: 13 Aug 2011 08:00 PM PDT

Ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, dakwa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

rais yatim pc 020709 01Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.

"Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya pada majlis berbuka puasa di Felda Lui Timur semalam.

Rais berkata bukan semua peserta perhimpunan itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri.



Wahabi: Juanda harap Uthman akur nasihat Jamil Khir

Posted: 13 Aug 2011 05:39 PM PDT

Mufti Perlis terus meletakkan harapan agar pendakwah bebas Dr. Muhammad Uthman El Muhammady akan akur kepada nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turut mahu kedua-dua tokoh agama itu berdialog bagi menjernihkan isu "kesesatan" dan "keganasan" Arab Saudi yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi.

Dalam satu kenyataan kelmarin Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau berharap dan amat baik bagi kedua-dua personaliti itu akan bertemu dan berbincang secara berhemah kerana perbincangan dalam apa jua isu sememangnya dituntut dalam Islam.

"Saya harap mereka dapat ambil berkat dan semangat bulan Ramadan sekarang," kata Jamil Khir.


Sehubungan itu kata Dr Juanda Jaya,"saya ingat... kita menyeru Dr Uthman akur dengan nasihat Datuk Seri Jamil Khir," kata Juanda ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Uthman yang dihubungi The Malaysian Insider enggan mengulas lanjut perkara ini atas alasan mahu menghormati bulan Ramadan.

"Biar keadaan reda dulu, saya tidak mahu kata apa-apa sekarang," kata beliau.

Juanda berkata pihaknya berharap Uthman akan menerima pelawaan beliau untuk berdialog untuk memperjelaskan keadaan memandangkan "kita tahu bahawa kerajaan tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Uthman."

"MKN (Majlis Keselamatan Negara) juga sudah memberikan pendirian mereka, saya berharap Dr Uthman akan menerima nasihat Menteri," katanya Juanda lagi.

Sebelum ini Juanda berkata Uthman membalas pelawaan beliau dengan mengenakan pelbagai syarat seolah-olah enggan bertemu sedangkan Uthman pula menegaskan beliau tidak pernah menolak pelawaannya.

Berhubung soalan sama ada pihaknya akan mengatur pertemuan dua ulama itu, Jamil Khir menambah, soal itu termasuk masa dan tempat terpulang kepada pihak berkenaan.

"Biar mereka sendiri yang putuskan mengikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing," katanya dipetik akhbar kelmarin.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider Rabu lalu, Juanda berharap Uthman akan menerima pelawaan mereka.

"Kami sudah beri cek terbuka, kami (tetap) menanti kehadiran beliau," kata Juanda Jaya berhubung laporan terbaru semalam menyebut Uthman tidak menolak pelawaan Juanda agar diadakan satu dialog ketika Ramadan berhubung isu "kesesatan" dan "keganasan" Arab Saudi, yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi," katanya.

Hari ini, Juanda menjelaskan, beliau masih meletakkan harapan agar Uthman akan menggunakan bulan Ramadan, yang tinggal sekitar dua minggu lagi, untuk datang ke Perlis bagi mengadakan dialog.

Laporan media Isnin lalu memetik Uthman berkata beliau mahu dialog yang disyorkan itu tetapi perlu diadakan secara tertutup.

"Saya tidak menolak untuk berdialog, tetapi saya mahu majlis itu diadakan secara tertutup dengan penganjuran daripada Kementerian Dalam Negeri," kata beliau.

Juanda berkata, surat jawapan yang dibalas Uthman lebih seminggu lalu dengan jelas menunjukkan beliau telah menolak pelawaan Jabatan Mufti Perlis agar datang ke Perlis untuk memberikan penjelasan mengenai isu yang telah dibangkitkan pada satu mesyuarat MKN tiga minggu lalu.

Juanda juga berkata beliau dari awal-awal lagi sudah menjangkakan bahawa kerajaan akan memberi pandangan dan pendirian yang ia tidak terlibat dalam dakwaan kononnya wujud elemen "kesesatan" dan "keganasan" di sebalik fahaman Wahabi.

"Kerajaan tidak terlibat dalam pandangan-pandangan pelik dan janggal yang dibuat," kata Juanda.

Oleh itu kata beliau, Jabatan Mufti Perlis berharap dakwaan dapat diperjelaskan agar pihak yang menuduh dan dituduh termasuk kerajaan Arab Saudi dapat gambaran yang jelas dan membersihkan keadaan.

"Dengan penjelasan Dr Uthman sendiri, orang yang dituduh akan mendapat gambaran yang sebenar... kita berharap sangat keadaan dapat dijelaskan," katanya lagi.


Contoh Seekor Senator Yang Bodoh

Posted: 13 Aug 2011 04:26 PM PDT

TSU KOON : SIKAP EZAM UGUT MAHU BAKAR MALAYSIAKINI TIDAK BOLEH DI TERIMA

Presiden Gerakan Koh Tsu Koon hari ini menyelar tindakan Ezam Mohd Nor yang mengugut mahu membakar pejabat portal berita The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang beliau dakwa sebagai ejen pengkhianat Islam.

Tegas Koh , tindakan Ezam, sangat tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima.

Beliau juga berkata tindakan Ezam itu terlalu mengikut perasaan apabila mengulas tentang kontroversi "serbuan" ke atas Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos lalu.


"Dalam amalan demoktrasi, Ezam mempunyai hak untuk menyatakan pendirian dalam mempertahankan Islam dan juga melahirkan kebimbangan dengan kegiatan memurtadkan orang Islam yang kini sedang disiasat (Jais).

"Jika beliau mengatakan laporan portal berita ini salah, beliau perlu membahaskan secara jelas, sediakan fakta-fakta dan bukti yang kukuh atau ambil tindakan perundangan," katanya dalam satu kenyataan.

Koh menambah tindakan membuat ugutan sebegitu tidak menggambarkan sikap seorang senator yang sepatutnya memberikan contoh kepada rakyat.


3 pegawai UNISEL turun pangkat

Posted: 13 Aug 2011 04:08 PM PDT

Lembaga Pengarah dipengerusikan MB lulus pertukaran ke jawatan lain

SHAH ALAM: Tiga individu di Universiti Selangor (UNISEL) yang dilucutkan jawatan sehingga membawa kepada peletakan jawatan Naib Canselornya, Datuk Dr Rosti Saruwono sebagai tanda bantahan terhadap tindakan itu, sudah ditukarkan ke jawatan lain.

Menurut sumber, Rokmaa Mat yang memegang jawatan Pendaftar UNISEL sebelum ini hanya dipinjamkan ke jawatan berkenaan dan akan bertugas seperti biasa di Yayasan Selangor.

Dua lagi individu iaitu Dekan Fakulti Perniagaan, Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah pula diturunkan pangkat berkuatkuasa serta merta.


"Khalifah diturunkan pangkat sebagai pensyarah kanan di Fakulti Perniagaan dan Halid menjadi pensyarah biasa di fakulti sama. Kedua-dua mereka ini sudah mendapat surat pertukaran," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Berita Minggu difahamkan, perkara itu diluluskan oleh Lembaga Pengarah UNISEL yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengarah universiti berkenaan.

Pada 3 Ogos lalu, Dr Rosti meletak jawatan sebagai membantah pelucutan jawatan tiga individu di universiti berkenaan tanpa diberi surat tunjuk sebab dan peluang membela diri.

Menurut satu kenyataan untuk edaran dalaman UNISEL, keputusan Dr Rosti itu dibuat kerana memorandum yang dihantar kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dianggap memfitnah Dr Rosti dan tiga individu terbabit.

Memorandum bertarikh 16 Mei itu turut ditandatangani Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Zainal Abidin Kidam; Prof Dr Anuar Ahmad (TNC Akademik), Prof Ir Dr Mohamed Daud (TNC Perancangan Strategik dan Pembangunan) dan Datuk Latifah Hassan (Naib Presiden Perkhidmatan dan Pengurusan).

Ekoran itu, Lembaga Pengarah UNISEL melantik Dr Anuar Ahmad sebagai Pemangku Naib Canselor universiti itu bagi menggantikan Datuk Dr Rosti Saruwono yang meletakkan jawatan. - Bharian



HUKUM BACAAN AL QURAN DENGAN PEMBESAR SUARA DI MASJID

Posted: 13 Aug 2011 08:59 AM PDT

Sekarang berlaku kekecohan apabila Majlis Fatwa Pulau Pinang telah melarang bacaan Al Quran dengan pembesar suara dengan alasan ia bukan dari syariat Islam. Maka riuh se Malaysia samada ustaz ataupun orang jahil.

Saya setuju kalau ustaz yang cuba memepertikai membawa dalil-dalil yang kuat dan bukan dengan hujah: "saya rasa."

Dan saya harap orang yang jahil jangan cuba cari dosa dengan alasan: kita dah buat berpuluh tahun dah. Kerana itu bukan hujah, sebaliknya hanya menambah lagi kejahilan kerana berpegang dengan perkara yang bukan syariat.

HUKUM DALAM MAZHAB IMAM SYAFIE

Dalam Mazhab Imam Syafie hukum membaca al Quran dengan kuat sehingga mengganggu orang yang sedang solat dan tidur adalah makruh.


Di dalam kitab bughyah Al Mustarsyidin: tidak dimakruhkan menyaringkan suara di dalam masjid dengan apa saja bentuk zikir, yang termasuk juga bacaan Al Quran, kecuali jika ia mengganggu orang yang sedang solat atau mengganggu orang sedang tidur. Bahkan sekiranya kuat gangguan maka haram hukumnya… (ms 66)

Di dalam Hawasyi Syarwani ala Tuhafatul Muhtaj:
Orang yang solat tidak boleh menyaringkan bacaannya jika mengganggu orang yang sedang tidur atau solat.

Di dalam kitab-kitab fiqh dinyatakan juga jika bacaan nyaring tersebut mengganggu orang yang sedang mengajar agama, yang sedang berfikir kebesaran Allah, yang sedang mengarang kitab maka makruh juga hukumnya. Jadi jika terdapat orang sakit atau anak kecil yang terganggu maka tidak boleh dipasang bacaan Al Quran dengan pembesar suara.

REALITI AMALAN KITA

DI Pulau Pinang memang ada masjid yang memasang bacaan Al Quran sebagai tanda berlakunya kematian. Dan ada juga yang memasang bacaan Al Quran beberapa minit sebelum masuk waktu solat. Di Gerik pun ada juga. Nampaknya AJK masjid terus pasang saja sebelum sempat bertanya fatwa mengenainya.

Jadi dari fatwa di dalam kitab-kitab di atas dapat disimpulkan:

-Sekiranya waktu bacaan Quran sedang dibunyikan (dimainkan) dan pada masa itu ada orang yang masuk ke masjid/surau berkenaan dan solat, maka bacaan Al Quran itu hendaklah dihentikan kerana mengganggunya.

-Sekiranya ada orang yang sedang tidur di rumah berdekatan atau di masjid sekalipun maka bacaan Quran dengan player itu juga hendaklah dihentikan.

-Sekiranya ada makmum masbuk yang bangun menambah satu rakaat lagi maka imam tidak boleh berzikir kuat-kuat dengan mikrofonnya dan hendaklah berzikir perlahan-lahan.

Alasan lain ialah kerana bacaan Al Quran adalah untuk dihormati. Maka sekiranya dipasang dengan kuat sehingga didengari oleh orang yang sibuk dengan kerja mereka, sudah tentu mereka tidak dapat istima' (mendengar) dan insat (diam) kepada al Quran. Maka telah berlaku kurang sopan kepada Al Quran. Jadi supaya tidak berlaku perkara ini, yang terbaik ialah tidak dipasang dengan pembesar suara.

Di dalam surah Al A'raf: maksudnya:

"Dan apabila dibacakan al Quran, maka dengarlah dan berilah tumpuan, supaya kamu dirahmati." (204).

Dicatat oleh Ustaz Kamal


Zahid Tahu Ke Apa Yang Dia Cakap Nie??

Posted: 13 Aug 2011 08:53 AM PDT

Isu bacaan Al Qur'an : Ustaz Zahid lebih ALIM dari Dr Asri dan Dr Juanda

zahid hamidi wavingMaka berkatalah Naib Presiden Umno, Sahibus Samahah Al Fadzil Ustaz Ahmad Zahid Hamidi, bahawa tindakan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) melarang masjid dan surau menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di negeri itu tidak akan berlaku jika kerajaan negeri Pulau Pinang sensitif terhadap agama Islam.

Beliau berkata, perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam.

"Saya amat dukacita fatwa yang dikeluarkan oleh JHEAIPP yang selama ini tidak ada sebarang kajian dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai larangan itu," katanya kepada pemberita di Bagan Datoh hari ini yang disiarkan oleh Portal Malaysiakini.


Ahmad Zahid berkata, larangan yang dikeluarkan oleh JHEAIPP itu adalah arahan daripada pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang seharusnya merujuk fatwa itu kepada Yang Di-Pertuan Agong selaku ketua agama.

Katanya, apa yang dikhuatiri sekarang ialah larangan tersebut akan menjadi ikutan kepada negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Yang peliknya Ustaz Zahid Hamidi tidak pula mengeluarkan nas, dalil dan hujah-hujah dari Al Qur'an dan hadis Nabi hanya hujah akal fikirannya sahaja. Hebat betul Ustaz Zahid sehingga ilmunya lebih hebat dari bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin dan Mufti Perlis sekarang Dr Juanda Jaya.

Mengapa pula Ustaz Zahid tidak memberikan kenyataan tentang hujah-hujah Asri dan Juanda kalau betul beliau ada dalil dan nas yang berkaitan dengan isu ini.


PULAU PINANG ADA MASALAH DENGAN MELAYU

Posted: 13 Aug 2011 07:10 AM PDT

Ya. Pulau Pinang dari awalnya tertubuh negeri Pulau Pinang memang ada masalah dengan Melayu. Bukan masalah perselisihan faham antara kaum tapi masalah dalam memberi status Melayu kepada orang Melayu Pulau Pinang.

Cuba renung raut wajah dan susuk tubuh di bawah ini. Apakah mereka benar-benar Melayu atau hanya berpayung di bawah nama sebuah Pertubuhan Melayu. Hanya UMNO yang mampu menjawab. Melayu dengan mamak pun UMNO tak kenai ...chit!







Beberapa pengusaha dan anggota persatuan restoran mamak di negara ini tidak bersetuju gelaran kaum itu dan restoran mamak ditukar kepada nama lain.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Jamarulkhan Kadir berkata, pihak yang berpendapat gelaran itu perlu ditukar harus berfikir secara mendalam.

Katanya, penelitian terperinci dari segi apa maksud mamak dan sejauh mana ia boleh diterima semua kaum lain di negara ini perlu dibuat sebelum cadangan dikeluarkan.

"Apa yang hendak dimalukan atau dijadikan isu besar kerana sejarah sudah membuktikan kaum ini mempunyai kedudukan yang baik dan diberi penghargaan daripada Kesultanan Kedah.

"Pada zaman Kesultanan Kedah dulu, saudagar India Muslim yang datang berdagang ke negara ini digelar 'uncle' dan mamak bagi menghormati dan menghargai usaha mereka berniaga," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan Presiden Persatuan Usahawan Malabar Muslim Negeri Johor, Abdullah Aziz Mohamed melalui Forum Utusan Malaysia semalam agar semua pihak berhenti menggunakan istilah mamak atau restoran mamak.

Abdullah Aziz berpendapat, adalah lebih manis sekiranya kaum mamak dikenali sebagai kaum Malabar, manakala restoran mamak lebih sesuai digelar restoran Malabar. Jamarulkhan berkata, isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana terbukti kaum lain di negara ini terutama Melayu menerima mamak dalam pelbagai aspek termasuk kebudayaan dan makanan.

"Dengan kaum mamak yang berjumlah kira-kira 600,000 orang dan pengorbanan yang kami buat dalam membantu ekonomi negara, kami percaya kaum lain menerima kami," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan perasaan tidak puas hati segelintir etnik di dalam kaum mamak berpunca daripada sikap sesetengah individu yang menggelar penjaja kecil menyerupai mamak sebagai kaum itu.

Pengarah Urusan Restoran Hakim Sdn. Bhd., Hakimsa Abdul Karim hairan kenapa cadangan seperti itu timbul sedangkan Malabar sememangnya salah satu daripada etnik kaum mamak.

''Sama saja jika guna nama Malabar atau mamak, jadi kekalkan nama yang ada sekarang,'' ujarnya.

Beliau yakin orang ramai sudah biasa dan menerima dengan panggilan mamak untuk merujuk kepada kaum dan restoran golongan itu, bukan bertujuan menghina.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Amir Amsa Alla Pitchay turut menyokong panggilan mamak dikekalkan.

"Jangan besarkan isu ini kerana ada perkara lebih utama seperti memastikan umat Islam mengunjungi restoran yang dikatakan halal, tetapi tidak ada sijil halal yang sah." katanya.

Dipetik dari Penagadaily


Terkancing Sudah Hujah Umno Dan Pecacai..

Posted: 13 Aug 2011 06:49 AM PDT

Laungan azan: Mengapa saya sokong mufti Pulau Pinang?

Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat.

Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;

Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.


2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nab, kata Abu Sa'id al-Khudri: "Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda.

Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid.

Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rh mengulas hadis ini dengan katanya: "Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).

"Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid... dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini...boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya". (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai.

Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: "Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan.

"Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar". ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni.

Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.

Dr Mohd Asri Zainal Abidin


Tok Sah Dok Kelentong La.. Bawa Ke Mahkamah Jika Ada Bukti Muslim Dimurtadkan

Posted: 13 Aug 2011 06:09 AM PDT

PAS mengumumkan pendirian rasminya mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja minggu lalu sambil menegaskan, agensi itu harus mengambil tindakan segera jika ada bukti penganut Kristian memurtadkan Muslim.

Pemimpin-pemimpin PAS berkata keputusan tersebut selari dengan kedudukan parti itu yang diasaskan mengikut prinsip Islam.

Malah kata mereka, PAS tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang menyentuh hal ehwal Islam.

"PAS sebuah parti Islam. Perlembagaan kami mengatakan bahawa Islam adalah asas kami dan al-Quran.


"Keutamaan PAS adalah mempertahankan kesucian Islam, tiada kompromi apabila ia berhadapan untuk mempertahankan kepercayaan (kami)," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) selepas mempengerusikan mesyuarat biro politik di sini petang ini.

"Kami mengambil pendirian bahawa jika Jais ada bukti yang secukupnya, mereka harus mengambil tindakan segera ke atas mereka yang mahu menukar agama orang Islam atau merosakkan kepercayaan Islam mengikut peruntukan Enakmen Islam Negeri Selangor," kata Mohamad.

Kata beliau, biro politik mengadakan mesyuarat petang ini untuk memutuskan pendirian parti itu berhubung kontroversi semasa.

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada parti itu merestui serbuan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang turut hadir berkata, "tidak."

Kemudian, Mohamad menambah, PAS hanya akan menyokong tindakan Jais jika ia ada bukti kukuh wujudnya usaha mahu memurtadkan orang.

Sebelum ini pemimpin-pemimpin PAS kelihatan berbelah bahagi berhubung pendirian mereka dalam isu ini.

Mengenai rancangan PAS mahu mengadakan pertemuan dengan pengurusan gereja, Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali mengesahkan sudah menerima surat untuk mengadakan pertemuan Selasa ini.

Bagaimanapun menurut beliau, Jais menolak untuk mengadakan pertemuan, dipercayai atas nasihat Sultan Selangor memandangkan siasatan mengenai insiden 3 Ogos lalu belum lengkap.

"Kami menghormati keputusan mereka," kata Mustafa.

Dalam pada itu seorang lagi Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar menggesa Jais mempercepatkan siasatan bagi mengelakkan pelbagai spekulasi mengenai isu sensitif terbaru ini.

Ketika ditanya sama ada keputusan hari ini akan menjejaskan hubungan parti itu dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat, Mohamad tidak bersetuju dengan andaian sedemikian.

"Ini adalah asas kepada perjuangan parti. Tiada sebab ia akan menjejaskan hubungan," katanya lagi.

Beliau juga menafikan khabar angin dalam blog-blog pro-Umno mendakwa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat cuba campur tangan bagi mengelak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) daripada menyita bangunan Gereja Methodist Damansara Utama.

Blog itu menambah, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad telah menghubungi MBPJ agar menghentikan kerja menyita bangunan gereja itu. - TMI


Doktor Amerika Belah Lutut Najib?

Posted: 13 Aug 2011 02:22 AM PDT

Ya Quddus: Perkara ini kecil saja dan tidak patutnya menjadi isu. Tetapi disebabkan tidak ada isu besar lewat petang ini rasanya elok kalau ia dicatatkan di sini untuk menjadi renungan. Mudah-mudahan sumber dan maklumat ini dapat menyedarkan kita semua bagaimana sikap pemimpin kita.

Nilailah sendiri sebaik mungkin. Apa yang berlaku ini menyebabkan kita merasakan betapa rendahnya nilai orang kita di mata pemimpin negara kita yang bercakap soal bangsa, soal identiti dan soal nilai-nilai kita. Jelas pemimpin hanya tahu menyeru tetapi tidak mudah untuk berbuat.

Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Itulah slogan PM Najib Razak. Bila sebut rakyat dalam konteks hakikatnya Melayu. Kita faham kita kenakan dahulukan Melayu dulu sebab kita adalah orang Melayu dan PM itu Melayu Bugis.


Tetapi malang Najib tidak cuba mempraktikan apa yang diseru itu sebaliknya dalam masa sama merendahkan keupayaan Melayu bangsa yang memayungnya sebagai pemimpin.

Ini dapat dilihat kepada apa yang baru terjadi. Katanya doktor yang membedah lutut Najib bukan melayu tetapi doktor dari sebuah universiti Amerika Syarikat. Perkara ini telah menjadi buah mulut dari kalangan doktor dan pakar bedah negara ini.

"Najib tidak percaya kepada Melayu, yang bedah lutut dia doktor Amerika," begitu bagi tahu seorang doktor pakar di sebuah hospital pakar di KL kepada kawan saya yang kemudian memberi tahu saya.

Menurut katanya doktor itu rasa kecewa sedikit sebab Najib seakan tidak percaya kepada doktor Melayu. Urusan membawa mari doktor berkenaan dilakukan oleh Wanita Pertama Malaysia.

"Kita hanya periksa saja, pembedahan dilakukan oleh doktor asing," jelas doktor itu kepada kawan saya itu.

Tentang berapa bayaran untuk doktor pakar jangan ditanya, Najib PM kerajaan tanggung semuanya.

Hal ini tidak ada masalah. Seperti saya katakan tadi ia bukan isu. Kerana tak ada isu elok dicatat supaya rakyat tahu dan orang Melayu tahu bahawa Najib tidak percayakan kepada Melayu. Itu saja dan selamat berbuka puasa. [wm.kl.5:03 pm 13/08/11]

Dipetik dari mso.


Daftar pemilih: PAS mohon Agong campur tangan

Posted: 13 Aug 2011 02:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: PAS memohon Yang di-Pertuan Agong campur tangan dalam isu pembersihan daftar pemilih melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, PAS mahu Agong mengambil tindakan terhadap pihak atasan SPR khususnya pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalan pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana gagal menjalankan tugas dengan baik.

"Walaupun sudah berulang kali disebut mengenai pembersihan daftar pemilih tapi dinafikan SPR, sekarang sudah terdedah banyak penyelewengan dalam SPR sehingga ada nama Kg Baru sebagai pemilih dan kes Mismah.


"PAS harap Yang di-Pertuan Agong dapat mengambil tindakan terhadap SPR supaya pilihan raya yang adil dapat dilaksanakan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Baru-baru ini, heboh apabila media mendedahkan mengenai penduduk tetap (PR) yang memegang kad pengenalan merah mendapat taraf warganegara dengan mudah, sekaligus didaftarkan sebagai pemilih.

Nama Kg Baru pula didapati layak mengundi di sebuah kawasan di Besut, Terengganu.

Selain itu terdapat pertindihan nama pemilih di beberapa kawasan yang sangat meragukan.

Tambah Mohamad, SPR harus mengakui kesilapan dan pengerusinya harus meletakkan jawatan atau dikenakan tindakan yang setimpal.

Mohamad berkata, memandangkan memorandum mengandungi lapan tuntutan Bersih 2.0 telah diterima Agong, pihaknya mahu Tuanku Mizan Zainal Abidin mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Kita tidak perlu serah memorandum lagi tapi mempertegaskan lapan tuntutan Bersih 2.0 khususnya dalam isu daftar pemilih ini," katanya.

Tegasnya, isu ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana melibatkan sistem demokrasi dan kepercayaan rakyat.

"Pilihan raya yang adil penting kerana kalau rakyat tidak terima keputusan pilihan raya, itu sangat bahaya kerana rakyat sekarang semakin celik maklumat," katanya.

Beliau juga kesal dengan SPR yang sering bertindak double standard terhadap Pakatan Rakyat.

"Datuk Wan Ahmad selalu guna kalimah parti pembangkang sedangkan beliau tidak berhak melabelkan mana-mana parti sebagai pembangkang kerana semua parti ialah pelanggannya dan harus bersifat adil," katanya.

Turut bersama pada sidang media tersebut ahli jawatankuasa PAS Pusat, Anuar Tahir.


Dekan UM: Alasan SPR tolak tuntutan Bersih 2.0 memalukan

Posted: 13 Aug 2011 02:04 AM PDT

KAJANG, 13 Ogos — Seorang dekan Universiti Malaya hari ini membidas alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menolak lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sambil menyifatkan ia satu keputusan "memalukan."

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Prof Dr Redzuan Othman berkata tindakan SPR menolak untuk melaksanakan tidak wajar kerana kesemua tuntutan itu boleh dilakukan badan pengurusan pilihan raya itu.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.


"Jawapan yang diberikan tidak melambangkan satu intelektual dalam SPR yang mana SPR kata tidak boleh (laksanakan), akses media dia (SPR) kata parti politik boleh gunakan media elektronik, tempoh kempen... SPR kata melibatkan soal keselamatan.

"Dalam pilihan raya umum di Malaysia, saya lihat sejak 1974 tidak ada satu pergaduhan dan tiada pertumparan darah, kalau ada pun disebabkan kemalangan semasa pilihan raya," katanya pada forum Reformasi Pilihan Raya dan Pemurnian Demokrasi anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kolej Dar Al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam di sini.

Justeru tegas Redzuan, SPR perlu memandang serius tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 sehingga membawa perhimpunan aman pada 9 Julai lalu di ibu negara.

"Isu keselamatan bukan alasan untuk kurangkan tempoh berkempen, undi pos pula SPR kata ramai pelajar kita di luar negara tapi dulu, semasa saya masih belajar di luar negara, semasa tiba pilihan raya saya pergi ke kedutaan (untuk mengundi) tapi tiada, saya tidak mahu sebut tuntutan lain...hujah yang diberikan SPR memalukan.

"Proses pilihan raya harus melambangkan rakyat merasakan keadilan, peranan SPR, saya lihat dalam soal tempoh berkempan dulu sejak 1955 tempoh berkempen selama 42 hari, kemudian pada 1969 35 hari, pada 2004 tempoh dipendekkan kepada lapan hari ini benarkan Barisan Nasional (BN) menang besar begitu juga dengan akses media, pembangkang tidak dapat akses media," katanya.

Selain Redzuan, turut menjadi ahli panel adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Pengarah Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Puaad.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya tidak boleh melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 dengan alasan tidak mempunyai kuasa.

Justeru beliau meminta Bersih 2.0 yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevesan agar mengemukakan lapan tuntutan berkaitan pembaharuan sistem pilihan raya kepada Putrajaya, bukannya kepada agensi itu.

Jelas Wan Ahmad, SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan itu kerana ia terikat dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Lebih menjurus kepada lapan tuntutan Bersih 2.0 terutamanya akses media yang bebas dan adil, Redzuan meminta agar Putrajaya mencontohi Singapura yang membenarkan semua calon bertanding mendapat kebebasan media termasuk melalui televisyen.

"Kenapa kita tidak ikut Singapura, parti-parti politik diberi peluang untuk mendapat akses media, walaupun sehari sebelum hari mengundi semua calon tidak dibenarkan berkempen, namun mereka diberi peluang untuk bercakap di televisyen.

"Tapi di Malaysia media menggambarkan suasana pilihan raya sebagai perang, media memberikan gambaran yang tidak elok tentang pembangkang... tuntutan adalah tuntutan rakyat Malaysia, masyarakat sekarang tidak sama dengan masyarakat dulu... masyarakat hari ini tidak mahu diperbodohkan," katanya.

Isu pengurusan pilihan raya semakin hangat baru-baru selepas Pakatan Rakyat mendedahkan banyak kepincangan dan penyelewengan dalam daftar pemilih termasuk tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

Pakatan Rakyat turut meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan perkara itu.

Pada sidang media semalam, SPR menafikan dakwaan bahawa badan pengurusan pilihan raya itu sengaja membenarkan pemastautin tetap menjadi pengundi yang sah.

Sebaliknya, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ia hanya kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan JPN namun dikecam PAS.


Tiada ulasan: