Khamis, 4 Ogos 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Gerakan Mahathir dan Muhyiddin untuk jatuhkan Najib!

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

SEBELUM ini telah didedahkan di MiLo SuaM, bahawa ada gerakan mendesak Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan berikutan imej dan kepimpinannya semakin tidak diyakini [Penawar desak Najib Letak jawatan]

Portal Free Malaysia Today, FMT mengukuhkan lagi berita tersebut, malah turut menamakan siapakah gerangan orang di belakang gerakan mendesak Najib melepaskan jawatannya itu.

Menurut FMT, di sebalik tanggapan umum yang menggambarkan sokongan terhadap Najib, timbalannya Muhyiddin Yassin dengan restu bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir secara senyap melakukan gerakan ini [FMT].


Sebuah organisasi yang dianggotai oleh bekas ahli-ahli parlimen Umno telah menyuarakan ketidakyakinan terhadap kepimpinan Najib dan mahu beliau meletak jawatan.

Organisasi yang dimaksudkan ialah, Penawar yang diketuai oleh bekas menteri kabinet Aziz Shamsuddin yang juga bekas setiausaha politik Tun Mahathir sejak 1981 hingga 2002.

Salah seorang ahli Penawar yang tidak mahu dikenali berkata, organisasi tersebut telah mengadakan satu mesyuarat minggu lalu bahawa sudah tiba masanya Najib melepaskan jawatannya.

"Ianya terpulang kepada Najib, Jika beliau sayangkan negara dan orang-orang Melayu, beliau harus letak jawatan secepat mungkin".

"Jika dia bukan seorang yang pentingkan diri, maka dia harus letak jawatan" menurut salah seorang ahli penawar seperi dilaporkan oleh FMT.

Jelas sekali Najib bakal menerima nasib yang sama seperti yang dilalui oleh Imam Hadhari sebelum ini. Masih segar di ingatan, bagaimana Tun Mahathir sanggup keluar Umno, malah mengadakan "road show" ke seluruh negara semata-mata untuk menjatuhkan Pak Lah.


ReJaM© "Berhati-hati, kerana tikus akan mengeluarkan sebusuk-busuk kentut sebelum mati..."

Najib Razak dan Umno Selangor pengkhianat sebenar

Posted: 03 Aug 2011 08:17 AM PDT

DATO Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor wajar memikul tanggungjawab apabila telah terbukti satu kempen 'Jus Soli' telah dilakukan oleh puak berkepentingan dengan memberi pengiktirafan warganegara sah kepada pendatang asing yang memegang kad pemastautin tetap sebagai pengundi yang secara besar-besaran telah di bongkar hari ini.

Budaya yang mula menyubur ini bukanlah isu terpencil yang melibatkan hanya 2 atau 3 kes, sebaliknya Pakatan Rakyat dan KEADILAN Selangor telah mengesan lebih 160 pemastautin tetap telah menjadi warganegara Malaysia dan pengundi sah hasil carian beberapa hari ini sahaja. Ratusan kecurangan pada sistem ini diyakini akan bertambah menjadi ribuan dari hari ke hari. Kita juga mengesan pendaftaran pengundi warga asing ini tertumpu di kawasan Parlimen yang mana BN / UMNO Selangor telah kalah pada tahun 2008 lalu.

KEADILAN Selangor ingin bertanya, bukankah ini satu kerja gila lagi jahat yang dilakukan oleh pengkhianat negara? Kami mendesak Perdana Menteri Najib Razak menjelaskan isu pemberian kerakyatan seterusnya pendaftaran warga asing ini sebagai pemilih sah SPR kepada seluruh rakyat Malaysia, para Sultan dan DYMM Seri Paduka Baginda yang diPertuan Agong dengan kadar segera. Apakah sekarang Najib sudah mula membuktikan kata-katanya, bahawa beliau akan 'mempertahankan Putrajaya - at all costs!' itu adalah benar?

Adakah dengan pemberian kad pengenalan biru kepada warga asing untuk mengundi ini merupakan langkah terakhir UMNO Selangor merampas Selangor setelah usaha gigih sebelum ini menemui jalan buntu?

Bukti-bukti yang disampaikan kepada KEADILAN Selangor seperti yang ada di senarai pengundi Parlimen Hulu Langat cukup untuk mengesahkan bahawa sememangnya UMNO Selangor dan Najib secara langsung terlibat dalam dalam kerja-kerja tidak beretika menggadai maruah negara ini demi mempertahan kuasa. Siapakah yang mempunyai akses kepada keselamatan negara hari ini jika bukan kepimpinan UMNO?

KEADILAN Selangor mencabar Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Najib Razak untuk menjawap pendedahan ini, apakah membiarkan tanahair ini tergadai pada warga asing merupakan agenda terbaharu UMNO di Selangor?

KEADILAN Selangor akan komited memantau perkembangan yang mengerikan ini dan percaya akan ada lebih banyak bukti untuk menunjukkan bahwa JPN dan SPR yang didalangi oleh UMNO Selangor ini sedang giat menjalankan kegiatan menggadai negara ini demi mempertahan kuasa. Sebarang usaha oleh puak tidak bertanggungjawab ini akan dilawan habis-habisan.

UMNO Selangor sudah tidak peduli lagi pada asas penubuhan negara ini dan mula menggadai segala prinsip demi mempertahan baki kuasa di Purtajaya. Ketakutan dasyat yang dialami oleh UMNO Selangor kerana penolakan rakyat terhadap mereka telah memungkinkan mereka untuk mengambil jalan paling tidak beretika dengan menjual negara. Apa pun, saya ingin ingatkan pimpinan UMNO Selangor, segala perancangan jahat untuk merampas semula Selangor dengan cara jijik ini akan ditentang habis-habisan oleh rakyat Malaysia yang cintakan tanahair.

KEADILAN Selangor berikan nombor pengenalan sekali sebagai bukti pemberian kerakyatan pada warga asing yang diberi hak untuk mengundi yang tertumpu di Parlimen Hulu Langat yang mana kawasan ini UMNO-BN tewas pada PRU 12. Apa lagi yang hendak dinafikan?

Apa kata UMNO Selangor?

Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan
KEADILAN Selangor /
Adun Sri Muda


NOTA:

* jus soli = Jus soli (bahasa Latin bagi "hak untuk kawasan") atau kewarganegaraan hak lahir bermaksud hak kerakyatan sama rata iaitu taraf kerakyatan yang diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Tiada ulasan: