Isnin, 1 Ogos 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Cedera bermain Futsal, Najib jalani pembedahan lutut

Posted: 31 Jul 2011 08:24 AM PDT

AKIBAT dari kecederaan yang dialaminya semasa bermain futsal tempoh hari, Najib dilaporkan akan menjalani pembedahan pada lutut kirinya di Hospital Kuala Lumpur esok [Malaysiakini].


Ini bukan berita tipu, ini berita betul-betul punya. Kalau pihak pembangkang cedera semua tipu, kalau Najib cedera itu berita betul, berita sahih. Anwar Ibrahim mata lebam kerana tumbuk mata sendiri, Mat Sabu kakinya dipasang skru kerana beliau berlakon.

Teoh Beng Hock mati kerana bunuh diri, Ahmad Sarbaini pun bunuh diri. Peserta perhimpunan Bersih, berlakon sakit, berlakon mati. Pembangkang semuanya jahat yang baik hanya Najib dan Rosmah. Orang lain kalau cedera semua tipu, semua berlakon kerana nak dapatkan simpati.




RentaP© "Ini baru Futsal, Cuba lu orang bayangkan kalau Najib kena pukul dengan FRU, kena lontar bom asap..."

Berhati-hati, kurma jenama Jordan River dari Israel

Posted: 31 Jul 2011 07:00 AM PDT



MAKLUMAT yang diperolehi dari blog Chegubard, beliau menggesa orang ramai agar jangan membeli kurma jenama Jordan River yang boleh didapati dengan mudah di pasaran negara ini.

Kurma jenama ini dipercayai berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura sebelum dibungkus semula dan dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

Berbuka dengan kurma jenama Jordan River ini ibarat anda berbuka puasa dengan darah dan air mata anak-anak saudara kita di Palestin. Mohon disebarkan kepada rakan-rakan, saudara-mara, adik beradik dan sahabat handai.

Sumber: [Blog Chegubard]

RentaP© "Mengharap keredhaan Allah di bulan yang mulia ini..."

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam

Posted: 31 Jul 2011 04:15 AM PDT



KEDATANGAN bulan yang penuh berkat, bulan yang lebih baik dari seribu bulan. MiLo SuaM mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam tidak kira di mana anda berada, terutama kepada pengunjung blog ini yang beragama Islam.

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuniNya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Marhaban ya Ramadhan...

Tiada ulasan: