Isnin, 1 Ogos 2011

SharpShooter

SharpShooter

SharpShooter


Sharpshooter fail notis rayuan keseluruhan kes

Posted: 01 Aug 2011 02:10 AM PDT



Berita video TV Selangor

KUALA LUMPUR 1 0GOS : Blogger Amizudin Ahmat yang diarahkan membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bersabit dakwaan merogol, hari ini memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Amizudin menerusi laman sharpshooter.blogspot.com, pada 28 Disember 2010 menerbitkan artikel berserta gambar, yang mendakwa Datuk Seri Dr. Rais Yatim merogol pembantu rumahnya yang merupakan warganegara Indonesia.

Saya telah memfailkan notis rayuan untuk kita membuat rayuan terhadap keseluruhan keputusan Yang Arif mengenai kes saman malu ini termasuklah isu gantirugi, dan termasuk kos ketiga-tiga aspek semua," kata peguam yang mewakili Amizudin, Ong Chin Wen dilobi mahkamah.

Selain ganti rugi bernilai RM300,000, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.

Pada 1 Januari lalu, Rais memfailkan saman malu terhadap Amizudin Ahmat, yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, berhubung penyiaran artikel tersebut.

Mengulas perkembangan kes itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin berkata pihaknya akan memastikan kes ini mendapat pembelaan sewajarnya.

Menurutnya, perbicaraan kes ini tidak mendapat penghakiman yang tuntas ekoran kegagalan membawa saksi- saksi utama ke kandang saksi.

"Kita percaya bahawa alasan-alasan yang ada pasti nanti akan memberikan rakyat Malaysia satu pandangan tentang pendapat kes ini. Antara faktor utama ialah apabila saksi-saksi utama itu tidak dapat hadir dalam mahkamah dan ketika perbicaraan telah menolak permohonan untuk mendapatkan keterangan saksi-saksi utama dalam kes ini.

"Dari segi perspektif yang difahami oleh rakyat bahawa sebenarnya dalam perbicaraan kes ini hanyalah keterangan Amizudin Ahmat sahaja yang diambil dan tidak berjaya dikesan ialah mereka yang disyaki menjadi mangsa dalam kes ini," katanya.

Shamsul berkata akan menggunakan saluran yang tepat untuk membantu Amizudin, biarpun sistem perundangan negara kini terikat pada tekanan politik kotor pemerintah.

"Pada saya, saya rasa ini juga perbicaraan politik, jadi ini menyebabkan politik dan pemimpin politik, jadi kita lihat kebenaran itu dikekang dengan saluran undang-undang.

"Kita juga bersedia untuk berhadapan dengan apa jua keadaan untuk menggunakan semua saluran undang-undang yang ada agar tidak ada pertikaian dari segi aspek-aspek menggunakan mahkamah dalam kes ini," katanya.

Sharpshooter :- Alhamdulillah hari ini pada 1 Ramadhan 1432 telah berjaya menfailkan notis rayuan terhadap keseluruhan kes maknanya sharpshooter memang tidak berpuas hati terhadap keputusan yang lalu terutamanya apabila permohonan keterangan saksi utama iaitu Migrant Care dan Robengah ditolak.

Ramai yang bertanya sharpshooter, artikal mana satu yang kena saman, untuk tidak menghampakan pertanyaan anda boleh membaca artikal yang bertajuk "Hei Pak Menteri...mana mau lari? " anda boleh layari di sini. Itulah artikal yang disaman oleh Pak Menteri di mana artikal tersebut hanyalah artikal ulang siar atau copy & paste dari HarakahDaily yang bertajuk "kes perkosa bermula bila adik mangsa membuat aduan" anda boleh layari di sini.

Jazakallah kepada semua yang berdoa dan memberi sokongan dan sumbangan terutamanya kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang menelefon dan kemudian mahu bertemu dengan sharpshooter di Yayasan Aman minggu lalu. Semoga bulan Ramadhan Al-Mubarak dapat memberi kebenaran dan keadilan. Lawan tetap lawan....takbir...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Salam Ramadhan..esok 1 Ramadhan 1432 akan file rayuan keseluruhan kes di Mahkamah Rayuan Jalan Duta.

Posted: 31 Jul 2011 09:25 AM PDT

Esok 1 Ramadhan 1432 akan file rayuan keseluruhan kes di Mahkamah Rayuan Jalan Duta..asas rayuan adalah permohonan untuk mendapatkan keterangan saksi utama Migrant Care dan Robengah ditolak oleh hakim.

Bagaimana mungkin mendapat keadilan penghakiman sekiranya saksi utama ditolak. Semoga kedatangan Ramadhan dapat merungkai segalanya..

" Kita boleh membeli rumah tetapi kita tidak boleh membeli kehidupan.."

" Kita boleh membeli hamba tetapi kita tidak boleh membeli hamba yang berjiwa merdeka.." Lawan Tetap Lawan..

┏┉┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆ Harum Ramadhan
┆ tercium sudah ♥
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ┈⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶
┏┉┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆ Bersihkan Hati
┆ Sucikan Diri O:)
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ┈⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶
┏┉┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆ Mohon maaf setulus hati ({})
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ┈⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶ ┏┉┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆ Semoga indah Ramadhan
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ┈⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶ ┏┉┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆ Membawa kita ke tempat tersuci
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ┈⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶ ┏┉┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆ Selamat menunaikan puasa O:)
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ┈⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶

♍αянαвαη уα Ʀαмα∂нαη

Selamat menjalani ibadah puasa..Semoga bertemu malam Lailatulqadar.. Amin.. dari sharpshooter sekeluarga...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan: